HARI KEMERDEKAAN KE - 66 31 OGOS
MERDEKA Asal usul istilah "MERDEKA" ditakrifkan daripada Bahasa Sanskrit MAHARDDHIKA yang membawa makna "Kekayaan, keagungan dan kekuasan"
RUKUN NEGARA 01 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 02 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 03 KELUHURAN PERLEMBAGAAN 04 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 05 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
BUNGA RAYA, BUNGA KEBANGSAAN Bunga raya memainkan peranan penting dalam budaya Malaysia dan sering dikaitkan dengan keindahan dan kelembutan. Bunga raya juga melambangkan kesatuan, keramahan, dan menjadi simbol keunikan dan kekayaan budaya Malaysia. Bunga raya sering menjadi inspirasi dalam seni dan reka bentuk Malaysia. Ia sering digunakan dalam karya seni seperti lukisan, patung, dan kraftangan tradisional seperti tenunan dan sulaman. Bunga raya juga digunakan dalam reka bentuk fesyen dan hiasan dalaman rumah.
BENDERA MALAYSIA, JALUR GEMILANG Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.
NEGARAKU, LAGU KEBANGSAAN Maksud Di Sebalik Lagu Menyeru rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan sosiobudaya, hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Memohon rahmat dan kebahagiaan daripada Tuhan untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara Malaysia. Berdoa kepada tuhan untuk keselamatan negara. Menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air. 1. 2. 3. 4. 5.