Terbit edisi e-buku, Ogos 2020
© Angkatan Belia Islam Malaysia
Judul Asal: al-Durūs al-Mustafādah min al-Hijrah al-Nabawiyyah
Pengarang: Shaykh Dr. Rāghib al-Sirjānī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
Penyunting dan transliterasi: Mohd Khairul Anwar Ismail
Reka Bentuk Kulit: Ainatunnadiah Azizan
Reka Bentuk Huruf: Muhammad Fateh
ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN)
No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
No. Telefon (P): +603-4108 4500
No. Telefon (HP/Whatsapp): +6013 3916299
No. Faks: +603-41082400
Emel: [email protected]
Laman Sesawang: www.abimpress.com
FB: www.facebook.com/abimpressmy
Lihat juga pelbagai judul E-Buku yang lain yang boleh
dimuatturun secara percuma di halaman FB Abim Press:
ABIM PRESS
MUKADIMAH
PENTERJEMAH
Atas nama Yang Kasih, daku menulis.
Selawat dan salam, buat kekasih.
Gita puji sesempurnanya bagi Allāh, selama-lamanya,
atas kurniaNya dan izinNya, sesuai ketetapanNya yang
tersurat, kita selesai melaksanakan khidmat kepada
karya Shaykh Rāghib al-Sirjānī ini, yang pada asalnya
berjudul, al-Durūs al-Mustafādah min al-Hijrah al-
Nabawiyyah.1 Kita telah terjemahkan bahagian yang
berkenaan pengajaran hijrah sahaja, sementara beberapa
perenggan yang terakhir daripada makalah asal, seakan-
akan ditulis shaykh sebagai prelude kepada siri karya
selepasnya, justeru kita tidak menterjemahkannya dalam
karya ini.
1 Makalahnya di pautan berikut (akses terakhir 24.8.2020): http://iswy.co/e15nda
3
Mengambil kesempatan daripada awal Muharram
ini, untuk saling bermuhasabah dengan mentadabburi
peristiwa Hijrah suci baginda, atas perintah Allāh Ta‘ālā,
daripada Mekah ke Madinah.
Moga-moga dengan tahun baru hijriyah ini, meskipun
kita sedunia masih diuji dengan Covid-19, kita dapat
menyesuaikan diri dengan norma baharu ini, tanpa
sebarang kelemahan semangat, bahkan terus maju ke
hadapan yang lebih baik, lebih indah daripada tahun-tahun
sebelumnya, inshāAllāh, dalam arena dakwah khasnya dan
urusan kehidupan secara amnya.
Kita secara peribadi merasakan semangat itu, setelah
selesai membaca karya ini. Demikian, seakan-akan
Shaykh Rāghib menyalakan obor semangat di dalam diri
penterjemah, dan penterjemah cuba untuk berkongsikan
obor semangat Shaykh Rāghib kepada sidang pembaca
yang dirahmati Allāh sekalian. Bagaimana Rasūlullāh dalam
usaha Hijrah yang begitu merbahaya itu, tetap sahaja positif
meneruskan kehidupannya, kerana yakin dengan bantuan
Allāh. Maka begitulah juga dengan kita – meneladani
Rasūlullāh dalam menjadi positif dalam apapun situasi
dan keadaan, serta yakin dengan urustadbir Allāh, Tuhan
sekelian alam.
Terima kasih kita ucapkan buat pihak ABIM PRESS atas
kesudian menerbitkan dan menyebarkannya secara gratis
nan online. Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik terbitan
ini, ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh sesiapa saja,
dan digunakan dalam kajian-kajian.
4
Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan
kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan
itu hanyalah milik Allāh. Sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dan kesilapan dalam terjemahan ini, mohon
segera dimaklumkan agar segera diperbetulkan, kerana
tiada kitab yang sempurna melainkan al-Qur’ān.
Allāh Maha Mengetahui.
Syafiq atTauhidi (Mohammad Syafiq Ismail)
5 Muharram 1441H / 24 Ogos 2020M
Maktabah atTauhidi,
Negeri Sabah alMahmiyah billah.
5
6
IBRAH KISAH IBRAH
Tanpa diragui lagi, kisah Hijrah mempunyai pelbagai
pengajaran yang tak terkira banyaknya, dan mustahil
sekalilah untuk kita mengetahui kesemuanya. Akan
tetapi di sini, kita akan mengisyaratkan kepada beberapa
pengajaran itu, moga-moga Allāh mengurniakan kita akan
manfaatnya, dan menuliskan pahala buat kita kerananya
pula.
PERTAMA:
MELAKSANAKAN ASBĀB.
Rasūlullāh dan sahabatnya Abū Bakar al-Ṣiddīq telah
mengerahkan segala yang temampu oleh mereka, untuk
menjayakan proses Hijrah ini. Inilah dia, persediaan yang
dituntut daripada setiap mukminin, agar mereka bersiap-
sedia semampu mereka. Sementara apa yang di luar
7
daripada kemampuan, demikian itu tidaklah dituntut
daripada mereka.
ﯘﯙﯚﯛﯜﯝ
“Dan sediakanlah segala jenis kekuatan yang
dapat kamu sediakan untuk (menentang)
mereka...” (Sūrah al-Anfāl, ayat 60)
Akan tetapi, kita dapat memerhatikan, bahawa, apapun
pelan rancangan pasti akan wujud cabarannya yang di luar
daripada batas rancangan manusiawi.
Orang musyrikin telah tiba ke rumah Rasūl sebelum
waktu yang telah ditetapkan yang disangka baginda (bahawa
ia waktu yang selamat) dan bagindapun telah menyusun
rancangannya sesuai dengan asas (pengetahuan) ini. Orang
yang mengejar (baginda) telah sampai ke pintu Gua Thaur.
Surāqah bin Mālik telah mampu untuk sampai kepada
Nabi dan sahabatnya. Begitu juga, Buraydah al-Aslamī dan
kaumnya telah sampai kepada Rasūl (kesemuanya untuk
menghalang hijrah baginda).
Pengajarannya di sini, ialah, apabila dikau telah
melaksanakan kewajibanmu dan dikau telah melaksanakan
segala asbāb yang temampukan olehmu, maka Allāh-lah yang
akan menyempurnakan segala kekurangan yang berlaku di
luar kehendakmu.
Atas sebab itulah, Allāh telah menutup mata orang
musyrikin di depan rumah Rasūl, mereka tidak melihat
baginda ketika baginda keluar. Dialah juga yang telah
8
menjadikan mereka tidak mengintai sekalipun ke dalam
gua (Thaur) agar mereka tidak melihat kekasihNya dan
sahabat baginda. Dia-lah yang telah membenamkan kaki
kuda Surāqah di dalam pasir dan yang telah mencampakkan
kegerunan di dalam hatinya (akan baginda). Dialah yang
telah melapangkan hati Buraydah dan kaumnya untuk
menerima Islam; merekapun beriman, sedangkan mereka
keluar (daripada rumah) sebagai musyrikin dan pulang pula
sebagai mukminin.
KEDUA:
BERSANDAR KEPADA ALLĀH.
Rasūlullāh tidaklah hanya berharap kepada asbāb dan
meninggalkan Tuhan segala asbāb – ḥāshā lillāh! – Baginda
tahu bahawa segala asbāb itu, tidak akan memberikan
natijahnya, melainkan sekiranya dikehendaki Allāh. Atas
sebab itu, selepas baginda melaksanakan segala asbāb dengan
sempurnanya, baginda mengiringinya dengan keyakinan
yang agung bahawa apa yang dikehendaki Allāh itulah yang
pasti akan berlaku. Demikian itu menjelma dalam sabdanya
yang hebat,
َما َظنُّ َك ِبثْنَ ْ ِي الَّ ُل َثِل ُثُ َما
“Bagaimanakah sangkaanmu kepada dua orang,
yang Allāh itu pihak ketiganya?” (H.R. al-
Bukhārī)
9
Demikian (keyakinan yang kukuh) itu zahir, ketikamana
baginda tidak banyak menoleh ketika berada di jalan, kerana
baginda telah melaksanakan tanggungjawabnya, dan apa
yang dikehendaki Allāh itu pasti akan berlaku. Tanpa
keyakinan ini, tidak mungkinlah sebuah negara Islam akan
tertegak.
KETIGA:
BERHARAP DAN YAKIN AKAN
KEMENANGAN.
Rasūlullāh tidak pernah sedetikpun daripada hidup baginda
kehilangan roh pengharapan ini, hinggakan di dalam
pengembaraan yang berbahaya ini. Baginda keluar daripada
Mekah dengan cara sebeginilah – kepala baginda dicari (yakni
diburu), dan baginda tidak dapat menjamin keselamatan
nyawanya sendiri dan juga nyawa sahabatnya. Dalam keadaan
itupun, baginda tetap memberikan berita gembira kepada
Surāqah, bukan setakat dengan kemenangan Islam atas
Quraysh atau bangsa Arab, bahkan (berita gembira) dengan
runtuhnya singgahsana Kisrā di bawah kaki Muslimin, dan
beliau akan mengambil harta karun Kisrā sebagai rampasan
perang,
َك َأ ِّن ِب َك َي ُ َساقَ ُة تَلْبَ ُس ِسوا َر ْي ِك ْ َسى
“Seakan-akan daku melihatmu wahai Surāqah,
memakai dua gelang Kisrā.”
10
KEEMPAT:
KEPRIHATINAN RASŪLULLĀH
BERKENAAN URUSAN PERTEMANAN
(AL-ṢUḤBAH).2
Kita melihat prihatinnya Rasūlullāh dalam setiap
marhalah kehidupannya, dan dalam setiap rancangan
dakwahnya, akan urusan Pertemanan ini. Baginda hidup
di Mekah dengan peneman, baginda keluar ke Ṭā’if
dengan peneman juga, baginda bertemu dengan tetamu
(daripada ‘Aus dan Khazraj) juga dengan peneman.
Baginda memeterai bai‘ah akujanji yang telah membina
negara Islam, dengan peneman juga. Baginda sendiri juga
telah bertanya kepada Jibrīl tentang siapakah sahabatnya
di dalam Hijrah ini. Kesemua ini (hidup berpasukan ini),
dan baginda itu ialah baginda, baginda ialah Rasūlullāh.
Akan tetapi, semua manusia perlu kepada pertemanan.
Baginda mengajarkan kita agar kita sentiasa mencari
pertemanan yang soleh. Rasūlullāh telah menggariskan
sebuah kaedah Islāmiyyah yang teguh,
َو ُه َو ِم َن الاِثْنَ ْ ِي أَبْ َع ُد،ال َّش ْي َطا ُن ِم َع الْ َوا ِح ِد
“Syaitan itu akan bersama dengan seorang
(untuk menyesatkannya), dan dia itu lebih jauh
2 Yang dimaksudkan sebagai Pertemanan di sini ialah mirip kepada pengiring, pengikut,
atau pasukan (team) yang akan membela dan membantu baginda dalam usaha dakwahnya.
Shaykh menekankan di sini peripentingnya wujud kerja berpasukan (teamwork) dalam uru-
san dakwah.
11
daripada dua orang (yang bersepakat).” (H.R.
Ṣaḥīḥ al-Jāmi‘)
Rasūlullāh sendirilah yang telah mempraktikkan
kaedah ini di dalam hidupnya. Meskipun syaitan
tidak mempunyai sebarang cara (untuk menyesatkan)
Rasūlullāh – sejak daripada peristiwa pembelahan dada
baginda, dan telah dikeluarkan bahagian syaitan daripada
hatinya, dan Allāh telah membantunya menumpaskan
syaitan (yakni qarinnya), dan iapun masuk Islam dan
hanya memerintahkan baginda melakukan yang baik-
baik – pun demikian, baginda tetaplah menjaga urusan
pertemanan ini. Bagindalah yang telah mengajarkan kita
dan menunjukkan kita (cara berṣuḥbah).
KELIMA:
RASŪLULLĀH PEMIMPIN
TELADAN.
Riḥlah (Hijrah) ini telah menjelaskan kepada kita,
bagaimana Pemimpin Agung ini telah merasakan
kepayahan rakyatnya. Baginda berhijrah sepertimana
mereka berhijrah, baginda diburu sepertimana mereka
juga diburu, baginda penat sepertimana mereka
juga penat, baginda sedih sepertimana mereka juga
bersedih. Baginda hidup bersama mereka, dengan segala
kepedihan dan pengorbanan. Sedangkan, boleh saja Allāh
memindahkan RasūlNya yang Mulia daripada Mekah ke
12
Madinah dengan al-Buraq yang telah memindahkannya
sekelip mata daripada Mekah ke Baitul Maqdis. Akan
tetapi, di manakah teladannya sekiranya begitu? Oleh itu,
muslimin mestilah mengambil cara yang praktikal dalam
membina umat, jalan yang mampu ditempa oleh umum
muslimin, dan semestinyalah jalan ini jugalah yang harus
ditempa Rasūlullāh meskipun dengan segala kepayahan
dan keperihan itu.
KEENAM:
DAKWAH DALAM SETIAP TEMPAT
DAN MASA.
Kita telah melihat bagaimana dakwah itu telah
mendarahdaging dalam diri Rasūlullāh. Baginda tidak
meninggalkan sebarang peluang (untuk dakwah), dan tidak
pula dikekang oleh apapun kesibukan. Baginda berdakwah
kepada semua orang yang dimampukannya. Kita melihat,
bagaimana baginda menyeru Buraydah dan pengikutnya
daripada kabilah Aslam kepada Islam – dan tidak pula
keinginan utamanya itu untuk mencari sebarang wasilah
untuk lari pula daripada Buraydah. Bahkan baginda
menganggap bahawa Allāh-lah yang telah menggerakkan
lelaki ini (Buraydah) dan kaumnya kepada baginda – sebagai
sebuah hadiah, kurnia, nikmat, dan pahala yang besar, dan
ganjaran tak terhingga. Lalu bagaimanakah layak untuknya
melepaskan peluang sebegini?
13
KETUJUH:
PERSIAPAN AL-ṢIDDĪQ UNTUK
BEKERJA DEMI ALLĀH DALAM
APAPUN KEADAAN.
Kita telah melihat sendiri di dalam kelana ini, bagaimana
persiapan al-Ṣiddīq untuk bekerja demi Allāh dalam apapun
keadaan, pada setiap masa dan tempat – ia merupakan perkara
yang terlalu jelas menurut al-Ṣiddīq. Perkara yang terpenting
di dalam hidup al-Ṣiddīq ialah agar beliau membuat Allāh
dan RasūlNya redha. Tidak layaklah sekiranya Allāh
menginginkannya di sesuatu tempat lalu beliau tiada di
situ. Tidak layaklah sekiranya Rasūl menginginkannya
untuk melakukan sesuatu pekerjaan lalu beliau tidak ada
di situ. Tiadalah di dalam hidup beliau sebarang tempat
untuk perkataan ‘kesibukan,’ bahkan beliau menolak semua
kesibukan yang muncul di dalam kehidupannya, bahawa,
beliau mempunyai kesibukan yang lebih agung, yaknilah,
bekerja, berusaha, berkorban, dan berjihad di jalan Allāh.
KELAPAN: KEPADA
KECINTAAN AL-ṢIDDĪQ
RASŪLULLĀH.
Kita telah melihat bagaimana al-Ṣiddīq mencintai Rasūlullāh,
dan bagaimana beliau tidaklah menunggu pula sebarang
perintah atau permintaan, akan tetapi beliau berusaha
sesungguhnya untuk memantapkan cintanya kepada
14
Rasūlullāh. Beliaulah yang telah menyiapkan kenderaan buat
baginda. Beliaulah yang menangis gembira kerana menjadi
peneman baginda. Beliaulah yang membersihkan kawasan
gua buat baginda. Beliaulah yang berjalan di hadapan dan
di belakang baginda, untuk melindungi baginda. Dan selain
itu daripada pelbagai lagi peristiwa, yang kita telah sebutkan
sebahagiannya dan tidak kebanyakannya (yakni masih banyak
yang belum dikisahkan).
Beliau mencintai Rasūl dengan penuh ikhlas. Kecintaan
kepada Rasūl itu bukanlah semata-mata amalan-amalan
faḍīlat, bahkan, ia adalah daripada kewajiban. Sesiapa yang
mendahulukan cinta kepada sesiapapun ke atas cinta kepada
Rasūlullāh, maka dia berada di dalam situasi yang amat
merbahaya. Diriwayatkan daripada Anas, beliau berkata,
Rasūlullāh bersabda,
ل َا يُ ْؤِمـ ُن أَ َحـ ُد ُ ْك َحـ َّى أَ ُكـو َن أَ َحـ َّب ِإلَ ْيـ ِه ِمـ ْن َواِ ِل ِه َو َو َ ِل ِه
َوالنَّـا ِس أَ ْ َج ِعـ َن
“Tidak sempurna keimanan salah seorang daripada
kamu, hinggalah daku ini menjadi orang yang lebih
dicintainya berbanding orangtuanya, anaknya, dan
manusia kesemuanya. (H.R. al-Bukhārī),
sementara di dalam riwayat al-Nasā’ī,
ِم ْن َماِ ِل َوأَ ْه ِ ِل َوالنَّا ِس أَ ْ َج ِعي َن
“(Daku lebih dicintainya) berbanding hartanya,
keluarganya, dan manusia kesemuanya.”
15
KESEMBILAN:
BELANJA AL-ṢIDDĪQ DEMI
DAKWAH.
Kita melihat belanja dan infāq al-Ṣiddīq. Beliau mengambil
5000 dirham (wang perak) – kesemua hartanya – untuk
dibelanjakan dalam dakwah baginda. Sebelumnya pula,
beliau telah menginfakkan 35000 dirham di jalan Allāh. Dan
tetap teruslah beliau berinfak pula di Madinah, dan beliau
berinfak juga ketika menjadi Khalifah, dan beliau tetaplah
menginfakkan hattā ketika beliau berada di pembaringan
menanti kematian. Beliau telah membeli syurga, dan layaklah
orang yang sebegini sifatnya untuk Allāh meredhainya,
ﭚﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡ
ﭢﭣﭤﭥﭦﭧﭨﭩﭪﭫﭬﭭﭮ
ﭯﭰﭱ
“Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka)
itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, *
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan
membersihkan dirinya dan harta bendanya, *
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun,
yang patut di balas, * Hanyalah mengharapkan
keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; * Dan
demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati
(pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang
diharapkannya).” (Sūrah al-Layl, ayat 17-21)
16
KESEPULUH:
USAHA PENDAKWAH ITU BERSAMA
KELUARGANYA.
Kita telah menyaksikan di dalam kisah Hijrah ini akan
satu perkara yang mesti kita renungi. Adakah kalian
melihat, bagaimana al-Ṣiddīq menggunakan kesemua
anggota keluarganya di jalan Allāh? Adakah kalian
melihat, bagaimana beliau menggunakan ‘Abdullāh
anaknya untuk membawakan berita (yakni sebagai
perisik)? Serta bagaimana beliau menggunakan Asmā’
anak perempuannya untuk membawakan makanan dan
minuman? Serta bagaimana beliau menggunakan ‘Āmir
bin Fuhayrah – hambanya – untuk menghilangkan jejak
tapak kaki?
Al-Ṣiddīq telah membawa cintanya kepada dakwah ini
ke dalam keluarganya. Sementara sebahagian pendakwah
– menyedihkan sekali – menderita keperihan ‘uzlah
daripada keluarga mereka, di mana kalian mendapati
mereka memiliki aktiviti yang hebat sekali di luar rumah,
sedangkan mereka tidak menyertakan orang-orang yang
terdekat kepada mereka untuk bekerja demi Allāh. Mereka
tidak berusaha keras untuk membuat mereka (keluarganya
itu) untuk merasakan kemanisan iman yang mereka (para
pendakwah) itu rasakan. Ini merupakan kekurangan yang
teruk dalam kefahaman (tentang dakwah), dan pengabaian
yang teruk akan awlawiyyat (keutamaan).
17
Belajarlah daripada al-Ṣiddīq. Ingatlah,
َو ُكُّ ُ ْك َم ْس ُئو ٌل َع ْن َر ِع َّي ِت ِه،ٍُكُّ ُ ْك َراع
“Kesemua kamu itu pemimpin. Setiap daripada
kamu itu akan dipersoalkan tentang orang yang
dipimpinnya.” (H.R. Muslim).
Inilah dia pengajaran kesepuluh daripada pengajaran
Hijrah yang diberkati ini, dan dengan ini sempurnalah yang
sepuluh itu. Tak diragui lagi, bahawa pengajaran daripada
Hijrah ini tentulah berkali ganda banyaknya berbanding ini,
akan tetapi, ruang tidaklah lapang untuk memperincikannya.
***
Alḥamdulillāh, segala puji bagi Allāh, dahulu, kini dan
selamanya, atas penyempurnaan terjemahan bagi karangan
Shaykh Rāghib al-Sirjānī ḥafiẓahullāh ini, yang dijudulkan
sebagai Ibrah Kisah Hijrah, pada malam 5 Muharram 1442H,
bersamaan Isnin 24.8.2020M, di Maktabah atTauhidi,
negeri Sabah alMahmiyah billah, di tangan empunya segala
dosa dan kesilapan Syafiq atTauhidi. Semoga Allāh yang
baik menerimanya dan mengumumkan manfaatnya kepada
seluruh umat.
18