DALIL AL-QURAN
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri
sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan
mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu
katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam
keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas
sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau
sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang
dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan,
kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk),
maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang
suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(SURAH AN-NISA’ AYAT 43)
DALIL HADIS NABI