ڤنديديقن اسلام تاوهون ٥
بيدڠ عقيدة
تاجوق :بهاي سيحير
SIHIR adalah ilmu berkaitan perbuatan
halus melalui pertolongan makhluk ghaib
sama ada syaitan atau jin yang lebih
berfokus kepada perbuatan untuk
menyakiti, memudaratkan atau
mengelirukan manusia.
“Sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang
diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu
yang mendatangkan kesan dan akibat buruk
terhadap tubuh orang yang disihir atau
terhadap hati dan akalnya tanpa
menyentuhnya secara langsung.”
(Ibnu Qudamah)
فَأ ُْل ِق َيال َس َح َرةُ ُس َج ًدا َقال ُوا
آ َمنَا ِب َر ِب َها ُرو َن َومُو َ ىس
“Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang
terus menelan segala benda sihir mereka), maka
keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir
itu segera merebahkan diri sujud sambil
berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang
mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".
(Surah Taha: 70)
تَُم ْق َْنبأَْ ََل َتَلُ َ ََعصالفًااَ ٌةفَأَ َ ْسرأََب ََ ِعلُي َعنَلَ ْن ْي َََلً ْش ٍءلَ ْم
Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mendatangi tukang ramal
(dukun) dan bertanya kepadanya
tentang sesuatu, maka tidak diterima
solatnya selama empat puluh malam."
(Riwayat Muslim)
َيَمقُ ْنوأَ ََ ُلت،فَ َكَقا ْدِهنًَكا َ،فأََرْ ِوب ََماَعأاُ ْنفً ِا،زفََل َ َعص ََ َدل َقمُهُ َِبح َ َمما ٍد
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang
ramal, lalu dia membenarkan apa yang
dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur
kepada apa yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW."
(Riwayat Ahmad)
ااا َللو ْأجَُِمّ َت ْكْْحنِش ُبُلَ ُكاصول ِابنَِااارلّ َبَلِ َالِ،ست،اْبََلوَوعاأَُاملل ْْكِؤ ُمس ُِمل ْونَحَمِبا ُارَقِِ،التَاوالِلَق َيت َْغ،ت ِتاَقيُفِِلاملا،لُل َاَونَوااِْف:لتََيتِاَسو َِارّلَل ُِتس َي ْويو َلَم َحااّل َ َلر َلِزَم َا ْوّح َلَمِلُا ِإف َُ ّ،هلَوِبَن َقا؟ل ْذَق َاح ُ َِفلق:،
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
“Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan.
Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu?
Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa
yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan
riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan
menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan
tuduhan zina.”
(Riwayat Bukhari )
Hukum pengamal sihir adalah kafir.
Sekiranya pengamal sihir itu menyebabkan
kematian, maka pengamalnya boleh dikenakan
hukuman Qisas
1. Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli
sihir, membenar dan mempercayai
perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli
sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib,
maka orang yang seumpama ini dihukum
kafir.
Kerana dia telah mensyirikkan
Allah dengan ahli sihir tersebut
dalam mengetahui perkara ghaib
yang asalnya adalah milik Allah
sahaja.
2. Sesiapa yang mendatangi ahli sihir
hanya untuk bertanya, ia dikira telah
melakukan dosa besar dan tidak
diterima solat yang dilakukannya
selama 40 hari sebagai halangan
daripada melakukan dosa tersebut.
3. Sesiapa yang mendatangi ahli sihir bertujuan
membuktikan pembohongan ahli sihir tersebut kepada
orang ramai dan mengingkari perbuatannya, maka
usaha orang itu dibenarkan dan dia berhak
memperolehi pahala. Bahkan perkara ini menjadi wajib
bagi sesiapa yang berkemampuan melakukannya kerana
ia termasuk melaksanakan kewajipan al-Amr bi al-
Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Mungkar.
4. Orang yang menggunakan khidmat
ahli sihir boleh dikenakan hukuman
Ta’zir.
Ta’zir alah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan
dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan
hukuman hudud atau qisas
5. Pengamal sihir dan orang yang
menggunakan khidmat ahli sihir
sekiranya tidak bertaubat adalah
termasuk dalam golongan ahli
neraka.
6. Mempelajari ilmu sihir
adalah haram secara mutlak
walaupun dengan apa-apa
tujuan
7. Haramkan menyebarkan ilmu sihir.