Kisah 3 Orang Yang
Terperangkap Dalam Gua
يو جم
Kisah 3 orang di sini terbahagi
kepada beberapa kisah benar
berkaitan 3 orang manusia yang
dirakam kisahnya dalam Al Quran
serta Hadis Nabi SAW.
يو جم
Kisah ini terjadi pada zaman Bani Israil, jauh
sebelum diutusnya Rasulullah SAW. Baginda
mengisahkannya kepada kita berdasarkan wahyu dari
Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda
(menceritakan):
Ketika ada 3 orang sedang berjalan, mereka
ditimpa oleh hujan. Lalu mereka pun berlindung ke
dalam sebuah gua di sebuah gunung. Tiba-tiba
jatuhlah sebuah batu besar dari gunung itu lalu
menutupi pintu gua mereka. Lalu sebahagian mereka
berkata kepada yang lain:
يو جم
Lalu berkatalah salah seorang dari mereka:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai ibu bapa yang sudah tua, seorang
isteri, dan anak-anak yang masih kecil, di mana aku menggembala
ternakan untuk mereka. Bila aku membawa ternakan itu pulang ke
kandangnya, aku perahkan susu, kemudian aku beri minum kedua ibu bapaku
sebelum isteri dan anak-anakku. Suatu hari, ternakan itu membawaku
pergi jauh ke tempat meragut makanan. Akhirnya aku pulang ketika hari
sudah malam, dan aku dapati ibu bapaku telah tertidur. Aku pun memerah
susu sebagaimana biasa, lalu aku datang membawa susu tersebut dan
berdiri di kepala mereka, dalam keadaan tidak mahu mengganggu tidur
mereka. Aku pun tidak memberi minum susu tersebut kepada anak-anakku
sebelum kedua ibu bapaku meminumnya terlebih dahulu. Anak-anakku
sendiri menangis di bawah kaki ku meminta minum susu kerana lapar.
Seperti itulah keadaanku dan mereka, hingga terbit fajar. Maka kalau
Engkau (Ya Allah) tahu, aku melakukan hal itu kerana mengharapkan
Redha-Mu, bukakanlah satu celah untuk kami dari batu ini agar kami
melihat langit".
Lalu Allah SWT bukakan satu celah hingga mereka pun melihat langit.
يو جم
Yang kedua berkata:
"Sesungguhnya aku punya seorang sepupu perempuan yang aku
cintai, sebagaimana layaknya cinta seorang lelaki kepada
seorang perempuan. Aku minta dirinya (melayaniku), tapi
dia menolak sampai aku datang kepadanya (menawarkan)
seratus dinar. Aku pun semakin payah, akhirnya aku
kumpulkan seratus dinar, lalu menyerahkannya kepada gadis
itu. Setelah aku berada di antara kedua kakinya, dia
berkata: "Wahai hamba Allah. Bertakwalah kepada Allah.
Jangan engkau buka tutup (keperawanannya) kecuali dengan
haknya". Maka aku pun berdiri meninggalkannya. Kalau
Engkau (Ya Allah) tahu, aku melakukannya adalah kerana
mengharap Redha-Mu, maka bukakanlah untuk kami satu celah
dari batu ini".
Maka Allah SWT pun membuka satu celah untuk mereka. يو جم
Lelaki ketiga berkata:
"Ya Allah, sungguh, aku pernah mengambil seorang
pekerja, dengan upah 1 faraq beras. Setelah dia
menyelesaikan pekerjaannya, dia berkata: "Berikan
hakku". Lalu aku serahkan kepadanya beras tersebut, tapi
dia tidak menyukainya. Akhirnya aku pun tetap menanamnya
hingga aku kumpulkan dari hasil beras itu seekor lembu
dan penggembalanya. Kemudian dia datang kepadaku dan
berkata: "Bertakwalah kepada Allah, dan jangan zalimi
aku dalam urusan hakku".
يو جم
Aku pun berkata: "Pergilah, ambil sapi dan
penggembalanya itu". Dia berkata: "Bertakwalah
kepada Allah dan jangan mempermainkan saya".
Aku pun berkata: "Ambillah lembu dan
penggembalanya itu". Akhirnya dia pun membawa
lembu dan penggembalanya lalu pergi. Kalau
Engkau (Ya Allah) tahu bahawa aku melakukannya
karena mengharap Redha Mu, maka bukakanlah
untuk kami apa yang tersisa".
Maka Allah pun membukakan untuk mereka sisa
celah yang menutupi, hingga terbukalah
sepenuhnya untuk mereka selamat keluar.
يو جم
يو جم
Kisah ini menjadi dalil akan amalan
berdoa dengan berTawasul dengan amalan
soleh yang pernah kita ada. Biasanya
amalan soleh itu ialah suatu perkara
baik yang pastinya dibuat hanya diNiatkan
Kerana Allah dan disukai oleh Allah,
amalan tersebut suatu yang lain dari yang
lain, suatu amalan 'luar biasa' dari
pandangan umum atau yang sukar dilakukan
pada kebanyakan orang ramai.
يو جم
Sekiranya anda ada hajat tertentu
kepada Allah untuk dimakbulkan doa
hajat anda serta merta, atau segera,
maka berdoalah dengan
bertawasul dengan amalan soleh 'luar
biasa' yang pernah anda lakukan
dulu. Ulangi lagi berdoa dengan
bersungguh-sungguh dan berkali-kali
serta menyebut akan amalan tersebut.
يو جم
يو جم