The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ajaran sesat full
rafi
syawal
alis
nisa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by drafiu399, 2022-05-08 11:49:51

AJARAN SESAT

ajaran sesat full
rafi
syawal
alis
nisa

PENGERTIAN AJARAN SESAT :

 sesat atau Aliran sesat, Heresi menurut Oxford English Dictionary, adalah "pandangan
atau doktrin teologis atau keagamaan yang dianggap berlawanan atau bertentangan dengan
keyakinan, atau sistem keagamaan manapun, yang dianggap ortodoks atau ajaran yang
benar. Dalam pengertian ini, ajaran sesat adalah pandangan atau doktrin dalam filsafat, politik,
ilmu, seni, dll., yang berbeda dengan apa yang umumnya diakui sebagai yang berwibawa."

MAKSUD AJARAN SESAT :

 Maksud atau amalan yang didakwa sebagai ajaran islam sesdangkan hakikatnya
bercanggah dengan al-Quran dan Al-Sunnah

CIRI-CIRI AJARAN SESAT :
 Mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadis seperti memansuhkan , mengubah,

mempertikaikan atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan
Hadis . Contoh : Kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan
memansuhkan semua Kitab Samawi

Contoh-contoh ajaran sesat di malaysia

1. Kerajaan Langit

Terdapat seorang rakyat Malaysia yang pernah mendakwa dirinya tuhan kepada segala agama
dan boleh menjelma semula sebagai Jesus, Buddha, Shiva dan Nabi Muhammad SAW. Bunyinya
memang gila tetapi ia berjaya mempengaruhi ribuan pengikut yang mempercayai ketua ajaran
itu, Arifin Mohammed yang menjadikan teko sebagai simbol ideologi ajarannya ketika
pertengahan 1980an.

Arifin Mohammed dikenali sebagai Ayah Pin di kalangan 22,000 pengikutnya, dia memulakan
ajaran sesat itu pada 1979 sebagai Kerajaan Langit. Mungkin pengikut Ayah Pin dan empat
isterinya terlalu berimaginasi tinggi untuk meniru kehidupan di dunia penuh fantasi. Beberapa
replika besar seperti payung kuning, pasu serta teko gergasi yang terdapat di Terengganu
menjadi simbol kepada Kerajaan Langit itu.

Pengikut akan melakukan amalan mereka pada setiap malam Sabtu hingga pagi Ahad yang
kononnya banyak menekankan penyembuhan rohani dan penafsiran mimpi. Ayah Pin pernah
diiringi pengikutnya untuk menaiki bot konkrit dan baring di situ hingga keesokan hari sambil
dikelilingi pengikut yang berzikir sehingga jam 4 pagi.

Ayah Pin akhirnya meninggal dunia pada 23 April 2016 selepas mendakwa pernah dilahirkan
semula sebanyak 17 kali.

2. Taslim/Ajaran Matahari

Mengikut sejarah, ajaran Matahari atau Taslim juga terkenal sebagai ajaran sesat paling lama
yang wujud sekitar 1870an dan ia berpusat di sebuah kampung bernama Kampung Seronok.

Pada hari ini, suasana di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang kelihatan tenang
tetapi ketika 1940an hingga 50an, ajaran ini aktif melakukan pelbagai amalan karut mereka
hingga berjaya mempengaruhi ramai pengikut.Segalanya bermula selepas Haji Muhammed
Shayfie berpindah ke Kampung Seronok pada 1872 dan menggelarkan diri sebagai Taslim yang
mengasaskan ajaran Matahari.

Ajaran Matahari itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kenyataannya yang pernah
dibuat di hadapan Mufti Kedah ketika ditanya mengenai tuhan lalu dia menunjuk jarinya ke arah
matahari. Ia bukan hanya menimbulkan kemarahan kepada Mufti tetapi menyebabkannya
diharamkan terus daripada menjejakkan kaki ke bumi Kedah. Ada yang mengatakan pengikutnya
tertarik dengan ajaran itu disebabkan amalannya tidak terlalu berat seperti tidak perlu
sembahyang kerana Allah berada dalam tubuh badan apabila mengucap.

Bagaimanapun, mungkin ada yang lebih berminat dengan aktiviti yang dilakukan setahun
sekali di Kampung Seronok apabila pengikutnya akan mandi dalam keadaan gelap sebelum
melakukan persetubuhan.

3. Al- Arqam

Ashaari bukan hanya mempunyai 37 anak tetapi mendakwa mendapat kuasa istimewa
daripada Allah SWT. Ashaari Mohammad adalah pengasas kepada ajaran sesat ini dan di sebalik
nama Islam, kepercayaan mereka sudah tersasar jauh daripada agama sebenar.

Ketika gaya hidup barat menjadi pengaruh utama sekitar tahun 1960an, Al-Arqam percaya
umat Islam terpesong daripada ajaran agama dan satu-satunya cara untuk kembali ialah
dengan bertaubat. Terdapat pelbagai amalan menyesatkan umat Islam yang dilakukan
pengikutnya atas nama untuk menyucikan jiwa malah boleh berhubung dengan golongan
solihin yang sudah meninggal dunia.

Al-Arqam dikatakan berjaya menarik minat generasi muda untuk menyertai kumpulan itu
selain memberi perhatian istimewa terhadap persoalan dalam kehidupan secara menyeluruh.
Pergerakan mereka bukan dilakukan secara diam-diam kerana mudah dikenal pasti dengan
berpakaian jubah dan serban.

Kerajaan mengharamkan pergerakan ini pada 1994 dan namun sebelum itu ia
dianggarkan mempunyai kira-kira 10,000 hingga 12,000 pengikut selain 200,000 simpatisan
yang terpengaruh dengan ajaran Al-Arqam.

4. Baha’i

Baha'i ialah sebuah agama yang mengikuti ajaran diasaskan pengasas mereka,
Mirzá Husayn- 'Ali Núri atau Bahá'u'lláh. la adalah sebuah agama yang menekankan
soal kesatuan bagi seluruh manusia dengan menyatukan agama-agama yang ada
antaranya adalah agama Buddha, Islam, Yahudi, Kristian, Zoroaster dan Hindu.

Ajaran in mempercayai yang Nabi Isa mati disalib, menolak wujudnya malaikat,
syurga, negara dan segala bentuk mukjizat. Kepercayaan-kepercayaan ini jelas
menyalahi kepercayaa Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oct 1985 telah membincangkan Ajaran
Bahai. Muzakarah telah memutuskan bahawa Ajaran Bahai adalah bukan ajaran Islam.
Umat Islam yang terlibat dengannya adalah murtad.

5. Hassan Anak Rimau

Ajaran Hasan Anak Rimau ini dikatakan bermula di Kampong Bukit Gading, Bukit
Mas, Tanah Merah, Kelantan. Pengasas ajaran ini dikenali dengan gelaran Hassan
Anak Harimau dan merupakan seorang guru silat yang kemudiannya berhenti
mengajar silat untuk mendalami ilmu agama.

Pengasasnya merupakan seorang penjual limau sehingga orang ramal
memanggilnya Hassan Anak Limau. Namun lama-kelamaan, dengan pertambahan
pengikutnya maka dia mula dikenali dengan nama Hassan Anak Rimau. Antara
salah seorang pengikutnya adalah "Ayah Pin" yang turut mengasaskan ajarannya
sendiri.

Setelah kematiannya, pengikutnya masih mengamalkan ajarannya. Menjelang
1970-an, ajaran ini dikatan mula berkembang dari Kelantan ke Terengganu
sebelum tersebar ke negeri-nengeri lain. Dalam kalangan pengikutnya, Hassan
Anak Rimau dikenali sebagai seorang yang mempunyai kelebihan boleh
mengetahui isi hati tetamu yang datang berjumpanya.

Ajaran ini terkenal dengan amalan zikir secara kwat dan beruzlah yang telah
difatwakan akan keharamannya. Status pengharam ajaran ini boleh dirujuk pada
laman web Fatwa Jabatan Mufti Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

6. Millah Abraham

Ajaran Milllah Abraham ini dipercayai berasal dari Bogor, Indonesia. Ajaran ini mempunyai
persamaaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia (NIl) atau pemuda Kahfi atau Ad-Deen
yang telah difatwa dan diwartakan sebagai menyeleweng.

Ajaran ini pernah menggemparkan Malaysia tidak lama dahulu terutamanya di Sarawak
apabila terdapat pendedahan bahawa mereka mempunyai rancangan untuk menguasai
Borneo melalui aktiviti keganasan. Ahli-ahlinya dikatakan dipersiapkan untuk berperang di
Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada tahun 2016 sebulat suara memutuskan
bahawa ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Antara kesesatan
nyata yang dibawa oleh mereka adalah mensyirikkan sesiapa sahaja yang meolak ajaran ini,
mendakwa ada Rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W dan menggabungkan 3 agama iaitu
Islam, Kristan dan Yahudi.

Ajaran ini juga dianggap ekstrim kerana pengikutnya sanggup memutuskan hubungan
dengan ahli keluarga yang tidak mengikut ajaran mereka dan memahami Al-Quran dengan
tafsiran sendiri.

Rujukan

1. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-
ohsem/inspirasi/2021/05/06/beberapa-ajaran-sesat-terkenal-di-malaysia-dan-amalan-
karutnya/

2. https://iluminasi.com/bm/ajaran-ajaran-sesat-yang-telah-diharamkan-kerajaan-
malaysia.html

3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/04/146600/ayah-pin-meninggal-dunia-
malam-tadi

4. https://iluminasi.com/bm/ajaran-ajaran-sesat-yang-telah-diharamkan-kerajaan-
malaysia.html

5. https://m-update.com/2019/01/18/%EF%BB%BFajaran-bahai-dan-pengasasnya/
6. https://www.youtube.com/watch?v=j2AOPdAmvys
7. https://m-update.com/2019/01/14/%EF%BB%BFajaran-millah-abrahamibrahim/

Dalil al-Quran dan Hadis

Ajaran yang menyalahi ajaran akidah Islam merupakan kategori kufur yang keji dan
membabitkan hukuman serta implikasi yang amat berat, dalilnya sebagaimana yang dinyatakan Al-
Quran

• Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah)
daripada agamanya (Agama Islam) lalu ia mati sedangkan dalam keadaan kafir, maka orang yang
demikian, rosak binasalah segala amal usahanya (yang baik) didunia dan akhirat. Mereka itulah
ahli neraka dan kekal didalamnya (selama-lamanya) (surah Al-Baqarah 2: 217)

• Dalil daripada hadis Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Said bin Aslam r.a. bahawa Rasullulah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dipancung
lehernya “ (al-Muatta).

 Allah berfirman:

‫إ ِن ال ِذي ن ي ْكف ُر ُُو ن بِا ل ِّل و ُر ُسل ِه ُِ ويُ ِري ُدو ن أ ْن ُي ف ِّرقُوا ب ْي ن‬
‫ال ِّل و ُر ُسل ِه ُِ و يقُول ُو ن نُ ْؤ ِم ُن ِب ب ْع ض و ن ْكف ُر ُُ ِب ب ْع ض ويُ ِر‬
‫ أ ُول ئ ِك هُ ُم ا ْل كافِ ُرو ن‬. ‫ي ُدو ن أ ْن ي ت ِخ ُذوا ب ْي ن ذل ِك سبِي ًل‬

‫ح قًا " وأ ْع ت ْد نا ل ِل ُْ كافِ ِري ن ع ذابًا ُم ِهينًا‬

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud
memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami
beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud
(dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah
orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu
siksaan yang menghinakan" (QS al-Nisa’ [4]: 150-151).

Kesimpulan

Ajaran sesat membawa pelbagai kesan buruk dalam kehidupan manusia yang tidak mempunyai
pegangan agama yang kukuh dan utuh. Oleh yang demikian satu anjakan paradigma harus
dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan dan swasta serta masyarakat sejagat agar dapat
mengatasi masalah akidah yang sudah pastinya menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Justeru itu, kekuatan Iman adalah benteng terakhir yang mesti ditembusi oleh pengikut dan
pengasas mana ajaran sesat ini. Hanya dengan iman yang teguh dan benarsahaja akan
terselamat daripada pengaruh ancaman-ancaman tersebut. Oleh yang demikian beriman kepada
Allah dengan sebenar-benarnya akan memberi kepuasan dan kebersihan hatidan fikiran
seterusnya akan melahirkan sifat taqwa serta membantu seseorang itu menjalani kehidupan ini
dengan mengikut jalan yang lurus. Dalam hal ini kerjasama amat diperlukan dari semua pihak
termasuk orang awam, pihak berkuasa agama dan juga agensi persekutuan, kerajaan negeri dan
ahli politik agar dapat sama-sama meletakkan agenda pembasmian ajaran sesat dalam
masyarakat kita sebagai keutamaan pada masa kini. Ini kerana dalam agama Islam, konsep amar
makruf nahi mungkar menuntut sumbangan dari semua pihak dan perlu dilihat secara menyeluruh.
Ia bukan tugas pihak berkuasa semata-mata, malah itulah peranan setiap individu muslim
dalammelaksanakan tanggungjawab hidup bermasyarakat.

Di pihak penguatkuasa agama pula, pemahaman kehendak undang-undang berkaitan risikan dan
penyiasatan hendaklah dimantapkan. Pemahaman ajaran sesat mesti dibenterang sehingga
keakar umbi supaya menjadi tauladan kepada masyarakat. Kerjasama Jabatan Agama Islam
setiap negeri dengan pelbagai pihak seperti penguatkuasa Polis Diraja Malaysia atau kerajaan
tempatan perlu disebarkan kepada masyarakat sebagi bukti kesungguhnya segelintir umat Islam
membendung penularan gejala sesat tersebut. Natijahnya, sebahagian umat Islam terjebak ke
dalam fahaman dan ajaran sesat yang ditaja oleh golongan-golongan tertentu adalah
berkepentingan.

Masyarakatlah golongan pertama yang mampu mengetahui sama ada wujud sebarang aktiviti
berkaitan ajaran yang menyimpang dari Islam atau tidak di kawasan mereka. Imam-imam masjid,
surau, penghulu dan ketua masyarakat perlu sentiasa peka dengan aduan dan pertanyaan yang
dikemukakan oleh penduduk kariah masing-masing. Paling penting ialah ciri ajaran sesat perlu
disebarkan untuk maklumat awam. Ini kerana golongan yang kurang arif dengan agama akan
mudah terpesong kepada amalan agama yang mudah dan sesuai dengan corak hidup mereka.


Click to View FlipBook Version