The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-p19061581, 2022-11-13 06:27:54

Laporan Inovasi Smart Kit KMM

BBMK_18_SMART KIT KMM_LAPORAN

KATEGORI: PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2020

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
LAPORAN PROJEK INOVASI KoPPI 2022

A TAJUK PROJEK INOVASI:
SMART KIT KMM

B MAKLUMAT PASUKAN INOVASI

(i) Nama Ketua Pasukan: MOHD HANIF BIN ABDUL LATIF
Kad Pengenalan: 010126-12-0163

(ii) Alamat E-mel Ketua Pasukan: [email protected]
(iii) No.Telefon Bimbit Ketua Pasukan: 010-2878218

(iv) Ahli-ahli pasukan yang lain: Kad Pengenalan No.Telefon Bimbit
Bil Nama 000607-12-1109 011-12070958
1 MOHD FAZWAN PANG
016-2580502
2 MOHAMMAD APENDDY BIN YAPP WAI 000520-12-2205
YEE

C MAKLUMAT PROJEK INOVASI

(i) Pengenalan/Latar belakang Projek Inovasi

Kata Majmuk dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua iaitu Kata Majmuk Bebas dan Kata
Majmuk Mantap. Namun jika diperhatikan, murid sentiasa melakukan kesalahan dalam menulis
istilah atau perkataan yang merupakan Kata Majmuk Mantap sehingga menyebabkan berlakunya
kesalahan morfologi dan sintaksis dalam sesebuah frasa atau ayat dalam bahasa Melayu. Hal ini
kerana, ke-15 Kata Majmuk Mantap yang sedia ada dalam bahasa Melayu perlu dieja secara
rapat dan murid perlu mengingat ke-15 Kata Majmuk Mantap ini agar tidak melakukan sebarang
kesalahan dalam aspek penulisan. Oleh yang demikian, Inovasi Smart Kit KMM ini dicipta bagi
membantu guru dan murid dalam mengatasi masalah tersebut. Smart Kit KMM merupakan
singkatan kepada Smart Kit Kata Majmuk Mantap yang berfokuskan kepada kaedah, teknik atau
cara mengingat ke-15 kata majmuk mantap yang terdapat dalam bahasa Melayu dengan mudah.
Smart Kit KMM dicipta khas untuk murid sekolah rendah tahap dua kerana kata majmuk mantap
ini mula dipelajari semasa murid berada di tahun empat bertepatan dengan Standard
Pembelajaran (SP) yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) bahasa Melayu iaitu memahami dan menggunakan kata majmuk mantap mengikut
konteks. Bagi memudahkan guru dan murid untuk menggunakan Smart Kit KMM ini, maka inovasi
ini dicipta menggunakan aplikasi Scratch 3.0 yang boleh diakses secara atas talian dan dapat
digunakan pada bila-bila masa. Murid-murid boleh melakukan pembelajaran secara kendiri di
rumah dan proses pengajaran dan pembelajaran guru pun akan menjadi lebih mudah kerana
murid telah menguasai kata majmuk mantap ini dengan baik dan berkesan.

(ii) Rasional

Guru mendapati bahawa murid selalu melakukan kesalahan ejaan semasa menulis Kata Majmuk
Mantap dalam ayat bahasa Melayu. Hal ini kerana, murid selalu menulis Kata Majmuk Mantap ini
dengan ejaan yang terpisah kerana mereka masih belum mengenal ke-15 Kata Majmuk Mantap
ini dalam tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, antara rasional inovasi ini dicipta atau
dibangunkan menggunakan aplikasi Scratch 3.0 adalah kerana:

1) Murid tidak tahu cara menulis Kata Majmuk Mantap dengan betul.
2) Murid tidak mengingat ke-15 Kata Majmuk mantap yang tersedia dalam morfologi bahasa

Melayu.
3) Murid tidak dapat membezakan Kata Majmuk Mantap dan Kata Majmuk Bebas dalam

bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, Inovasi Smart Kit KMM ini dicipta agar murid dapat menyelesaikan atau
mengatasi masalah yang berlaku berkaitan Kata Majmuk Mantap ini dalam bahasa Melayu.
Antara objektif inovasi ini dicipta adalah bertujuan supaya:

1) Murid dapat mengingat ke-15 Kata Majmuk Mantap dengan mudah melalui teknik, kaedah
serta cara mengingat yang telah diperkenalkan.

2) Murid akan dapat menulis kata majmuk mantap dengan ejaan yang betul iaitu menulis
Kata Majmuk Mantap tersebut secara rapat.

3) Murid mampu membanding beza Kata Majmuk Mantap dan Kata Majmuk Bebas dalam
bahasa Melayu dengan betul.

(iii) Strategi Penyelesaian Inovasi Smart Kit KMM
dibangunkan menggunakan aplikasi
Murid sering kali menulis Kata
Majmuk Mantap dengan ejaan Scratch 3.0 untuk memudahkan
terpisah kerana mereka tidak murid mengenal pasti Kata Majmuk
mengingat ke-15 Kata Majmuk
Mantap ini dan masih tidak dapat Mantap dalam bahasa Melayu
membezakannya dengan Kata dengan lebih mudah melalui kaedah
Majmuk Bebas dalam bahasa
dan teknik yang diperkenalkan.
Melayu.

Dalam inovasi ini, terdapat 3 Dalam inovasi ini juga tersedia nota
kaedah, teknik atau cara begi pengajaran yang boleh
memudahkan murid mengingat ke-
15 Kata Majmuk Mantap ini dengan menambahkan kefahaman murid
mudah. Antara kaedahnya adalah berkaitan Kata Majmuk Mantap dan
seperti kaedah pengakroniman, Kata Majmuk Bebas dengan lebih
kaedah jalinan cerita dan kaedah
mantap.
nyanyian.

Bukan itu sahaja, terdapat gamifikasi Bagi mengukur keberkesanan
interaktif yang turut disediakan inovasi ini, satu kajian uji rintis
dalam inovasi ini. Gamifikasi ini dilaksanakan terhadap murid tahap
berfungsi sebagai aktiviti dua. Seramai 10 orang responden
pengukuhan kepada murid bagi telah dipilih yang terdiri daripada

mengukur tahap pencapaian mereka murid tahun lima untuk
terhadap tajuk Kata Majmuk Mantap melaksanakan ujian pra dan pasca

dan Kata Majmuk Bebas dalam bagi melihat tahap pencapaian
bahasa Melayu. mereka menggunakan inovasi ini.

Jika dianalisis dengan lebih mendalam, murid sering kali menulis Kata Majmuk Mantap dengan
ejaan terpisah kerana mereka tidak mengingat ke-15 Kata Majmuk Mantap ini dan masih tidak
dapat membezakannya dengan Kata Majmuk Bebas dalam bahasa Melayu. Oleh itu, Inovasi
Smart Kit KMM ini dibangunkan menggunakan aplikasi Scratch 3.0 untuk memudahkan murid
mengenal pasti Kata Majmuk Mantap dalam bahasa Melayu dengan lebih mudah melalui kaedah
dan teknik yang diperkenalkan. Inovasi ini boleh diakses secara atas talian dan boleh juga
digunakan secara luar talian tanpa menggunakan akses internet. Hal ini sangat memudahkan
semua murid untuk melakukan pembelajaran secara kendiri di rumah dan menyokong sebuah
pembelajaran imersif atau blended learning untuk berlaku. Keadaan ini selaras dengan aspirasi
pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang memerlukan murid melakukan pembelajaran pada bila-
bila masa tanpa mengira waktu dan tempat. Inovasi ini tercetus menggunakan idea asli dan
tidak mengambil mana-mana produk inovasi yang sedia ada dalam dunia pendidikan kini. Kaedah
dan teknik yang dimasukkan pula merupakan adaptasi idea daripada pendidik luar namun telah
diubah suai mengikut idea sendiri dan tidak mencuri hasil kerjaya orang lain. Kaedah atau teknik
nyanyian pula telah mendapat keizinan daripada pengubah lagu dan memberikan kebenaran
untuk mengadaptasi lagu tersebut mengikut gubahan idea sendiri. Secara keseluruhannya,
kesemua idea ini telah disatukan menjadi sebuah inovasi bagi membantu guru untuk memberikan
kefahaman dan memudahkan murid untuk mengingat dan membanding beza Kata Majmuk
Mantap ini dalam bahasa Melayu agar kesalahan penulisan ejaan tidak berulang lagi dalam
aspek penulisan.

Penggunaan dan Impak
(iv)

Bagi menguji keberkesanan inovasi Smart Kit KMM ini, maka sebuah kajian uji rintis telah
dilaksanakan ke atas murid tahun 5 tentang tajuk Kata Majmuk Mantap dan Kata Majmuk Bebas
dalam bahasa Melayu. Seramai 10 orang murid dipilih sebagai responden untuk menjawab
soalan ujian pra penilaian dan pasca penilaian berkaitan topik tersebut. Responden akan
diberikan 10 jenis perkataan yang merupakan Kata Majmuk dalam bahasa Melayu dan mereka
perlu menulis kesemua Kata Majmuk yang diberikan dengan ejaan yang betul iaitu sama ada
dieja secara terpisah atau rapat. Hal ini bergantung kepada kefahaman mereka berkaitan Kata
Majmuk Mantap dan Kata Majmuk Bebas dalam bahasa Melayu. Setelah ujian pra penilaian
dilaksanakan, maka ujian pasca penilaian pula akan diberikan. Dalam Ujian pasca penilaian ini,
kesemua responden telah didedahkan dengan penggunaan inovasi Smart Kit KMM ini. Oleh itu,
terdapat perbezaan atau perbandingan yang begitu besar sebelum dan selepas inovasi ini
diperkenalkan oleh guru kepada murid. Hasil dapatan ujian pra penilaian dan pasca penilaian
dapat dilihat pada jadual dan graf di bawah.

Jadual 1: Jadual Kekerapan Markah Pra Ujian dan Pasca Ujian bagi 10 Orang Murid Tahun 5

MURID PRA UJIAN PASCA UJIAN
1 3 10
2 3 10
3 4 10
4 4 10
5 4 10
6 4 10
7 5 10
8 5 10
9 5 10
10 6 10

Jadual 2: Taburan Data

MOD PRA UJIAN PASCA UJIAN
MEDIAN 4 10
4 10
MIN 4.3 10
PERATUS
43% 100%

Markah Graf 1: Analisis Dapatan Data Pra dan Pasca Ujian Murid Tahun 5

Analisis Dapatan Data Pra dan Pasca Ujian Murid Tahun 5

12

10

8

6

PRA UJIAN
PASCA UJIAN

4

2

0
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10
Murid

i) Impak Keberkesanan Inovasi
Berdasarkan kepada taburan data yang terdapat pada Jadual 1 dan 2 serta graf bar 1, dapat
dilihat dengan jelas bahawa terdapat perbezaan markah dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca murid
berkaitan pemahaman murid tentang Kata Majmuk Mantap dalam bahasa Melayu. Kajian ini
melibatkan seramai 10 orang murid tahun 5 sebagai sampel kajian bagi sebuah sekolah di Tuaran
iaitu SK Laya-Laya. Semasa Ujian Pra, kebanyakan murid tidak dapat mencapai markah 4 kerana
mod data menunjukkan bilangan 4. Min pula menunjukkan bahawa markah Ujian Pra murid
berada pada tahap 4.3 iaitu hampir kesemua murid mendapat markah 4 dengan peratusan soalan
yang dijawab dengan betul hanya sebanyak 43% sahaja. Hal ini disebabkan oleh masalah murid
yang masih tidak dapat membezakan Kata Majmuk Bebas dan Kata Majmuk Mantap dalam
bahasa Melayu. Hal ini juga turut disokong oleh kesukaran murid untuk mengingat ke-15 Kata
Majmuk yang telah tersedia dalam hukum tatabahasa bahasa Melayu. Namun, setelah inovasi
Smart Kit KMM diperkenalkan kepada mereka, markah murid meningkat dengan banyak dalam
Pasca Ujian. Kesemua murid berjaya menjawab semua soalan yang diberikan dengan betul. Hal
ini kerana, inovasi ini telah mendedahkan murid dengan kaedah, teknik dan cara mengingat ke-
15 Kata Majmuk Mantap yang hadir dalam morfologi bahasa Melayu agar mereka dapat
membezakannya dengan Kata Majmuk Bebas dan mampu mengeja Kata Majmuk Mantap ini
dengan betul iaitu secara rapat. Peratusan juga menunjukkan bahawa 100% soalan dijawab
dengan betul dengan skor min sebanyak 10. Hal ini membuktikan bahawa inovasi ini
sememangnya berpotensi dalam menyelesaikan masalah murid berkaitan Kata Majmuk Mantap
yang perlu dieja secara rapat mengikut hukum morfologi tatabahasa bahasa Melayu.

ii) Kesan Terhadap Aspek Kemahiran IR 4.0
Kemahiran IR 4.0 merujuk kepada aplikasi teknologi moden, pengawalan maklumat dan
pengenalan kepada komunikasi era moden. Tujuannya sudah jelas adalah untuk melahirkan
generasi yang mempunyai daya pemikiran kreatif untuk mendepani cabaran globalisasi.
Antaranya adalah seperti perhubungan maya yang memerlukan komunikasi dijalankan secara
atas talian, dan banyak lagi. Jika diteliti dengan lebih mendalam, inovasi Smart Kit KMM ini dangat
bertepatan dan memenuhi kriteria aspek Kemahiran IR 4.0 kerana menekankan penggunaan
teknologi dalam pendidikan. Smart Kit KMM dibangunkan melalui aplikasi Scratch 3.0 yang boleh
diakses secara atas talian dan dapat digunakan pada bila-bila masa. Hal ini boleh membantu
murid untuk melakukan pembelajaran kendiri pada bila-bila masa sekaligus dapat meningkatkan
kemahiran penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kehidupan.

iii) Maklumat Penyebarluasan dan Maklum Balas
Maklumat penyebarluasan seperti bukti bergambar, pakar rujuk inovasi dan analisis dapatan data
serta maklum balas pengguna telah dimasukkan dalam porfolio digital. Berikut merupakan pautan
Portfolio Digital dan Pautan Inovasi Smart Kit KMM:
Portfolio Digital: https://anyflip.com/flwsh/zokk/
Inovasi Smart Kit KMM: https://scratch.mit.edu/projects/760814495

(v) Perluasan/Komersial

Perluasan telah dilakukan dalam kalangan guru pelatih, guru dan murid sekolah rendah. Hal ini
bagi memastikan bahawa penggunaan Inovasi Kit KMM dapat diperluaskan lagi dalam membantu
murid-murid untuk lebih mengingat berkaitan Kata Majmuk Mantap ini agar kesalahan penulisan
ejaan tidak berlaku lagi dalam hukum tatabahasa Melayu di samping membantu mereka
membezakannya dengan Kata Majmuk Bebas. Perluasan yang dilakukan memberi impak yang
sangat baik kerana, murid-murid lebih memahami Kata Majmuk Mantap ini dalam bahasa Melayu
dengan lebih baik dan mantap. Justeru itu, inovasi Smrat Kit KMM ini perlu diperluaskan lagi
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi agar semua murid dan guru dapat menggunakan inovasi
ini sebagai pemudah cara dalam mempelajari tajuk berkaitan Kata Majmuk Mantap dan Kata
Majmuk Bebas dalam hukum tatabahasa bahasa Melayu.

D Akuan Ketua Pasukan Inovasi
Saya dengan ini mengaku bahawa laporan projek inovasi ini adalah benar.

Tarikh: 11/11/2022 Tandatangan Ketua : ______________________


Click to View FlipBook Version