1 – 4 Ogos 2022
Dewan Wawasan
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu
Kelantan
MINGGU PENDAFTARAN & PENGURUSAN
PELAJAR BARU AMBILAN JUN 2022
Rasional
Profesion perguruan merupakan satu kerjaya yang penuh
dengan cabaran. Pelajar sewajarnya diberi bimbingan untuk
memahami dan menghayati tanggungjawab dan peranan sebagai
seorang guru secara menyeluruh. Justeru, Minggu Pengurusan dan
Pendaftaran Pelajar Baharu bertujuan memberikan pendedahan
tentang kehidupan insan guru serta pengalaman untuk
membudayakan diri dengan amalan hidup di institusi.
Objektif Minggu Pengurusan
Mengetahui dan memahami visi dan misi sebagai pelajar di IPG
Kampus Kota Bharu. Boleh menyesuaikan diri dengan budaya institut
serta dapat mewujudkan sifat dan sikap yang ceria dan komited
sebagai warga baru institut. Mewujudkan interaksi yang positif,
memupuk kerjasama dan perasaan muhibah serta komitmen terhadap
tugas dan tanggungjawab antara pelajar baharu dengan warga
institut. Membina keupayaan, bakat kepimpinan, katahanan diri,
fizikal, dan ke profesion perguruan yang sebenar. Membina
perwatakan pelajar yang mempunyai sahsiah yang sepadu, beretika,
berdisiplin, berpotensi, dan berketrampilan.
Kata Aluan
Pengarah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia
Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada
Jawatankuasa Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar 2022
kerana memberi peluang kepada saya untuk menitipkan sepatah
dua kata.
Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar Ambilan Jun
2022 kerana telah dipilih untuk mengikuti kursus perguruan pada ambilan kali ini.
Diharapkan agar kepercayaan yang diberikan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia direalisasikan dengan mengikuti apa jua agenda dan
pengisian kursus yang akan dilaksanakan. Kesungguhan dan keiltizamantinggi perlu ada
pada setiap diri pelajar agar program yang diikuti dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Untuk menjadi sang guru, bukanlah sesuatu yang mudah Guru berkualiti
seharusnya berkemampuan menjadi agen perubahan kepada masyarakat di kawasan
perkhidmatannya. Keazaman dan semangat yang tinggi seharusnya menjadi tunjang
perkhidmatan dengan matlamat untuk melihat setiap anak didik mencapai kejayaan
yang cemerlang. Guru berkualiti bukan sahaja menjadi kebanggaan dan sanjungan
kepada bukan sahaja pelajarnya, tetapi juga kepada ibu bapa dan juga masyarakat
sekitar. Sesungguhnya guru berkualiti ibarat sebutir bintang yang sentiasa berkilau
sepanjang zaman.
Pada kesempatan ini juga, saya menyeru agar setiap pelajar yang pilih
menggunakan ruang dan peluang sepanjang minggu pengurusan ini untuk mengenali
warga IPG Kampus Kota Bharu, memahami visi & misi IPG, memahami visi & misi
Kementerian Pelajaran Malaysia dan sentiasa peka terhadap agenda pendidikan negara.
DR. KHAIRUDDIN BIN SAID, AAP
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU
Kata Aluan
Timbalan Pengarah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia
Segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, selawat ke
atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W Minggu
Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baru IPG Kampus Kota
Bharu merupakan satu program wajib bagi semua pelajar baru
yang akan mengikuti kursus perguruan. Program yang
bermatlamat ke arah mengenal budaya IPG dan budaya menjadi
seorang pendidik.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang diharapkan pelajar-pelajar baharu akan
mendapat suntikan untuk mencintai profesion perguruan. Pengisian sesi LDK dan
taklimat keguruan akan memberi peluang kepada semua pelajar baru untuk
mengetahui, memahami dan menghayati apa saja yang berkaitan dengan sistem
pengkuliahan, struktur kursus, peperiksaan, budaya IPG, akta dan peraturan
Pendidikan guru.
Pelajar-pelajar baru juga akan dibimbing dalam aktiviti-aktiviti pembangunan
rohani dan perkembangan jasmani dengan harapan pelajar-pelajar ini dapat
menguruskan diri secara berkesan, mempamerkan interaksi berkualiti bersama
pensyarah, tutor, staf dan juga rakan-rakan sekursus yang lain. Situasi sedemikian
akan dapat menyumbang kepada pembangunan diri ke arah menjadi guru yang
mempunyai minda kelas pertama.
Akhir sekali, selamat mengikuti program minggu pengurusan, selamat
mengikuti kuliah di IPG, semoga anda bersyukur dan teruja menjadi guru.
DR. MOHD ROZI BIN ISMAIL
TIMBALAN PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU
ATURCARA HARI PENDAFTARAN PISMP AMBILAN JUN 2022 (PERSEDIAAN)
1 OGOS 2022
Tarikh : 1 Ogos 2022
Masa : 8:00 pagi – 11:00 pagi
8:00 – 11:00 a.m : Pendaftaran Pelajar
Tempat: : Pendaftaran Akademik (meja mentor)
(Dataran HEP) : Kaunter Yuran Pendaftaran (kewangan)
: Kaunter Pendaftaran Pelajar (Pengesahan Mysmp)
9:00 a.m – 10.00 a.m : Kaunter Bayaran Insuran
Tempat: : Pendaftaran asrama
(Dewan Wawasan) : Kaunter Pusat Sumber
: Kaunter Kad Matrik
: Kaunter Koperasi
(Peralatan Mingguan Pengurusan)
: Interaksi Bersama Waris
: Ibu bapa atau penjaga mengambil tempat
: Ketibaan Pengarah diiringi oleh Timbalan Pengarah
Dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
: Bacaan Doa
: Ucapan Wakil Pelajar
: Ucapan Alu – aluan Tuan Pengarah
: Majlis Dialog Pihak Pentadbir dengan Waris
: Bersurai
Jawatankuasa Pengelola
Penasihat : Dr. Khairuddin Bin Said
Pengerusi Pengarah
Setiausaha IPG Kampus Kota Bharu
Bendahari
Urus setia : Dr. Mohd Rozi Bin Ismail
: Timbalan Pengarah
Penyelaras
PPISMP IPG Kampus Kota Bharu
: Ts. Dr. Osman Bin Kadir
: Ketua Jabatan HEP
: En. Nik Mohd Zamri bin Mat Nasir
: Semua Pegawai dan Pensyarah HEP
Ts. Dr. Osman bin Kadir (KJ)
Dr. Azizi Bin Jaafar
En. Muhamad Kushairi bin Jusoh
Pn. Siti Norasikhin binti Abdul Jalal
En. Zulkifli bin Yusoff
Pn. Nur Dieny binti Zohari
Pn. Nor Aini binti Ismail
Pn. Nur Atiqah binti Ab. Rahman
Pn. Rosnani binti Mohamed
: Dr. Murni binti Deraman
Jawatankuasa Kerja
Ts. Dr. Osman bin Kadir Penyelaras Minggu Pengurusan dan
Pn. Salmezah binti Salim Pendaftaran Pelajar Baharu
JK Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
En. Nik Mohd Zamri bin JK Kewangan
Mat Nasir
En. Muhammad Kushairi bin JK Pengendalian Majlis
Jusoh
Dr. Azizi bin Jaafar JK Sambutan dan Protokol
En. Zulkifli bin Yusoff JK Penginapan Kolej Kediaman
Pn. Nur Dieny binti Zohari JK Buku Program
En. Zulkifli bin Yusoff JK Kebajikan dan Keselamatan
Tn. Hj. Abd. Aziz bin Razali Lalulintas
JK Kerohanian dan Moral
En. Khairul Azman bin JK Riadah dan Rekreasi
Khairuddin
En. Nor Anuwar bin Hamat JK Persiapan Pentas, Back Drop dan
Persiapan Dewan
Pn. Zamilah binti Jusoh JK Siaraya, Rakaman Video dan ICT
Pn. Nor Aini binti Ismail JK Persegaran
Tn. Hj. Mohamed Lazim bin JK Bekalan dan Peralatan
Mansor JK Kad Pelajar
Pn. Hjh. Maziah bt Mohd
Rashid
Majlis Penutupan Rasmi
Tarikh : 4 Ogos 2022 (Khamis)
Masa : 11:30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Bakti
4:00 petang:
- Semua guru pelatih baru mengambil tempat
- Semua pensyarah mengambil tempat
- Ketibaan Pengarah diiringi oleh Timbalan
Pengarah dan semua JK PPPB
- Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Guru Malaysia
- Doa (Wakil pelajar)
- Ucapan Wakil Pelajar Baru
- Bacaan Ikrar
- Penyerahan Surat Ikrar
- Ucapan Penutupan olch Tuan Pengarah
- Nyanyian Lagu IPGM dan Selamat Sultan
Penyelaras:
Dr. Murni binti Deraman
Lagu IPGM
Institut pendidikan guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa Negara tercinta
Berwibawa, berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang, berakhlak mulia
Mendukung visi misi IPG.
Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera Puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu Negaraku
Negaraku...
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertahta
Rahmat bahagia tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertahta
Lagu Selamat Sultan
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan
PELAN LANTAI HARI PENDAFTARAN PELAJAR PISMP
(PERSEDIAAN) JUN 2022 DI DATARAN HEP – 1 OGOS
2022
Ikrar Pelajar
Institut Pendidikan Guru
BAHAWASANYA SAYA, SEBAGAI
PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU
DENGAN PENUH KESEDARAN,
KERELAAN DAN TANGGUNGJAWAB
BERIKRAR:
MENGGUNAKAN PELUANG
SEPENUHNYA UNTUK MENINGKATKAN
PENGETAHUAN DAN MENGUASAI KEMAHIRAN.
MEMATUHI SEGALA UNDANG-UNDANG
NEGARA DAN PERATURAN INSTITUT.
MENJAGA DAN MENINGKATKAN NAMA
BAIK INSTITUT SETIAP MASA.
MENGHORMATI DAN BEKERJASAMA
DENGAN SEMUA WARGA IPG
SERTA BERUSAHA MEMUPUK
KEIKRAMAN DAN PERPADUAN.
MEMATUHI TATASUSILA AGAMA,
MASYARAKAT, PROFESION
PERGURUAN DAN SENTIASA
MENAMPILKAN CITRA GURU
YANG UNGGUL DAN CEMERLANG.
BAHAWA SAYA FAHAM
SEKIRANYA SAYA MENGINGKARI
MANA-MANA BAHAGIAN IKRAR INI,
PIHAK PENTADBIRAN BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN
TATATERTIB YANG SEWAJARNYA KE ATAS SAYA.
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu