DUA6022; KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
ETIKA DIGITAL
DAN
BERINTERNET
MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM
LECTURE:
ENCIK MOHD FIRDAUS BIN MAMAT JUNOH
EBOOK
Nama: Muhammad Fahmi Aqemy Bin Hamzah
Kelas: DPC 5
No Matrik: 33DPC18F2008
Nama: Muhamad Zarif Ali Bin Nasri
Kelas: DPC 5
No Matrik: 33DPC18F2010
Nama: Muhammad Kasyidi Fawwaz Bin Mohd Khaidzir
Kelas: DPC 5
No Matrik: 33DPC18F2001
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan………………………………………………………………………….
Komputer dan Internet………………………………………………………………
Kebaikan dan Keburukan Internet…………………………………………………..
Etika Berinternet dari Segi Perspektif Islam…………………………………………
Cabaran-Cabaran Bagi Masyarakat Islam Dalam Etika Digital……………………..
Kesimpulan………………………………………………………………………….
Rujukan……………………………………………………………………………..
Pendahuluan
Internet telah memberikan banyak faedah kepada umat manusia sejak ia diperkenalkan.
Ramai manusia terutamanya kelompok belia telah menyalahgunakannya. Kita memerlukan
satu set etika digital dan berinternet agar penggunaan teknologi ini sejajar dengan ajaran islam.
Buku ini membincangkan etika digital dan berinternet dari perspektif islam. Akhlak islam dan
etika digital berinternet mestilah bergabung dan tidak boleh dipisahkan. Buku ini
menghujahkan bahawa dunia digital dan berinternet itu tidaklah merosakkan dengan syarat
setiap penggunaannya mestilah berlandaskan etika yang ditetapkan.
KOMPUTER DAN INTERNET
Kemunculan
Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai
ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense
Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang
oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori
queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP
kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan
daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.
Budaya
Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah
mewujudkan budaya Internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu,
dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan enjin gelintar seperti Google,
pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam
maklumat. Berbanding dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan
penyebaran(decentralization) maklumat dan data secara ekstrem.
Isu
Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada
beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian
identiti, dan fitnah, adalah biasa dan sukar hendak dikawal selia.
Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman
web. Mereka tidak menilai sama ada sesuatu itu benar atau palsu. Kandungan yang
bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat.
Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu yang dipaparkan di internet mempunyai
kesahihan atau tidak
Kepentingan kesedaran mengenai keselamatan internet dan etika digital amatlah
penting untuk mengelakkan daripada tertipu, teraniaya atau terlibat dengan
perlanggaran etika berinternet. Remaja dan belia mahukan kebebasan sendiri dalam
penggunaan komputer, internet dan telefon mudah alih serta gajet lain. Mereka biasanya
mengikut cita rasa sendiri, gemar berhubung dan berinteraksi dengan orang lain,
menggunakan gajet terkini dan bergaya dengan alat telekomunikasi canggih.
Kebanyakan kita terlalu bergantung kepada teknologi digital sama ada komputer,
internet atau telefon mudah alih.
Penceroboh (web intruder) dan pengodam (hacker) laman-laman web merupakan mereka
yang mahir tentang teknologi internet dan pemprograman komputer. Tetapi sayang, mereka
menggunakan kepakaran mereka biasanya untuk tujuan yang tidak baik. Ada di kalangan
mereka yang ingin menguji sistem keselamatan laman-laman tertentu, ada yang suka-suka, ada
yang mengugut, ada yang berniat khianat, ada yang ingin menjatuhkan reputasi institusi atau
syarikat atau pentadbir sistem maklumat dan ada yang mempunyai motif-motif yang tidak
diketahui. Perkara ini amat-amatlah ditentang oleh Islam. Sikap khianat dan iri hati merupakan
akhlak yang keji (mazmumah).
Bagi para penggodam dari kalangan Muslim, kepakaran mereka sepatutnya digunakan
untuk perkara-perkara yang memberi manafaat kepada agama. Banyak laman-laman web yang
menghina Islam, memaparkan surah-surah palsu, memburukkan Nabi Muhammad dan para
sahabat RA. Perkara ini mesti diberikan perhatian serius oleh umat Islam. Laman-laman begini
bukan sahaja boleh merosakkan akidah dan pemikiran belia-belia kita yang kurang asas agama
bahkan boleh merobah tanggapan bukan Islam yang ingin mendekati Islam.
Ada juga kes-kes di mana para pelayar laman-laman web berbentuk pornografi menghantar
gambar-gambar porno kepada rakan-rakan dan orang-orang tertentu melalui e-mail. Pencurian
nombor kad kredit dan kod-kod tertentu yang penting merupakan jenayah internet terkini.
Ulama-ulama perlukan ijtihad dalam hal ini seandai orang-orang ini tertangkap dan ingin
dihukum menurut hukum Islam.
Syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan aplikasi internet pula (seperti Telekom
Malaysia dan Jaring) diminta supaya tidak memikirkan soal keuntungan dan komersial semata-
mata, tetapi juga memikirkan soal etika juga. Garis panduan etika berinternet mestilah menjadi
suatu peraturan untuk para pengguna dan pelanggan agar perkhidmatan internet itu tidak
disalahgunakan. Pihak ini juga diminta untuk memikirkan mekanisme bagi menghalang
(blocking) pengguna tempatan daripada mengakses laman-laman web lucah dan berbentuk
pornografi.
Pengguna-pengguna ruangan chit-chat (sembang-sembang) atau chat room seharusnya
menggunakan ruangan ini untuk tujuan yang dibenarkan oleh agama. Kebelakangan ini ruangan
ini digunakan untuk berkenalan, berbual-bual kosong, mengatur dating dan sebagainya. Telah
banyak kes yang dipaparkan bagaimana perkenalan melalui ruangan ini telah mengundang
kecelakaan dan kebejatan sosial di kalangan remaja kita.
Bagi para pemilik cyber-cafe atau internet-café pula, mereka harus mengetatkan peraturan
bagi para pengguna premis mereka. Kita dapati ramai remaja sekolah menggunakan premis-
premis tersebut untuk aktivitiaktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain internet games, cd-
rom games, berdating, ponteng sekolah, mengakses laman-laman web lucah dan sebagainya.
Selain daripada peraturan yang ketat dan dikuatkuasa beserta dengan perlaksanaannya, pihak
pemilik juga boleh mengelak perkara ini berlaku dengan meletakkan komputer-komputer
terdedah kepada perhatian umum agar para pengguna yang ingin membuat serong merasa
diperhatikan.
Etika Berinternet Dari Perspektif Islam
Kita telah membincangkan mengenai kebaikan dan keburukan internet. Seperti juga
teknologi telekomunikasi yang lain, internet juga mempunyai banyak manfaat dan sedikit
keburukan. Namun demikian, keburukannya boleh menjadi serius jika ia disalahgunakan.
Sejak internet diperkenalkan, ia telah memberikan banyak faedah kepada umat manusia.
Namun demikian, ramai juga yang telah menyalahgunakannya. Oleh itu, teknologi maklumat
yang sedang mendominasi dunia ICT mestilah dipelihara agar ia dapat beri faedah kepada umat
manusia.
Tidak asing juga pada kita berita tentang pencorobohan dan penggodaman laman-laman
web. Ia merupakan satu gejala yang tidak sihat di kalangan pengguna-pengguna internet begitu
juga dengan aktiviti spam, spying, mencipta atau menghantar virus secara rambang melalui
rangkaian web dan e-mail. Perkara-perkara ini merupakan fenomena terkini yang dihadapi oleh
para pengguna, pentadbir dan pengurus sistem keselamatan teknologi maklumat dan internet.
Penggunaan internet mestilah berlandaskan akhlak Islam. Setiap apa yang kita lakukan
ketika bekerja, berinternet dan menggunakan teknologi akan dilihat oleh Allah SWT, ditanya
dan dibalas di hari Akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Taubah ayat 105:
Dan katakanlah (Wahai Muhammad): Beramal lah kamu (akan segala yang diperintahkan),
maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu
kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang
ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
Allah maha mengetahui dan Dia tahu akan setiap perkara di dunia ini. Tiada sesuatupun yang
dilakukan manusia yang tidak diketahui oleh Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Nahl ayat
23:
Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang
mereka zahirkan; Sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur.
Allah akan bertanya dan mengadili semua perbuatan manusia di dunia ini dan tiada satupun
perbuatan manusia di dunia yang tidak akan ditanya di Akhirat nanti dan semua makhluk akan
diadili sesuai dengan perbuatan mereka di dunia sesungguhnya Allah SWT itu maha adil a
sesuai dengan sifat adilnya Allah SWT Firman Allah SWT dalam Surah An Najm ayat 39-41:
dan Firman Allah Dalam Surah Al-Ahqaf, ayat 19:
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang
diusahakannya; dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada
hari kiamat kelak); kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.
Dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia - yang berbuat baik dan yang
berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) yang sesuai dengan apa yang mereka
telah kerjakan, dan (Ketetapan yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi
mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun).
Sebab itu nilai sesuatu pekerjaan sebagai programmer, sofware engineer, technician,
maintainer, blogger, pengajar, webmaster dan pengguna internet mempunyai tahap nilai
masing-masing. Tahap pekerjaan berkaitan dengan internet dan komputer akan ditentukan
pahalanya berasaskan kepentingan dan keutamaan pekerjaan itu.
Cabaran-Cabaran Bagi Masyarakat Islam Dalam Etika Digital
Masyarakat Malaysia mestilah menghadapi kepesatan arus ICT dan cabarancabarannya. Di
antara cabaran terpenting ialah seperti berikut:
1. Membetulkan niat dan keikhlasan dalam menggunakan ICT dan tujuantujuan yang
tidak menyalahi syariat.
2. Menggunakan ICT untuk tujuan kebaikan dan keredaan Allah SWT. Seperti juga mana-
mana teknologi, sekiranya ianya digunakan untuk tujuan kebaikan maka is akan
memberikan laba kepada seseorang dengan anugerah Allah SWT.
3. Menggunakan ICT untuk tujuan peningkatan dan kecemerlangan hidup.
4. Menapis maklumat dan menerima maklumat yang benar dan sahih sahaja.
5. Memerangi laman web yang memaparkan maklumat yang salah mengenai Islam,
menghina Islam dan laman-laman web pornografi.
Kesimpulan
Orang yang beramanah dan bertanggungjawab akan sentiasa dalam keadaan sedar tentang
peranan yang boleh dimainkan bagi kemajuan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
Integriti perlu ada dalam jiwa setiap individu Muslim jika benar-benar mereka mahu menjadi
pemangkin kepada kemajuan negara di masa hadapan. Peranan sebagai khalifah Allah di atas
muka bumi ini haruslah diintegrasikan dengan sikap, cara bekerja dan pemikiran yang positif
agar objektif tujuan penciptaan manusia itu tercapai.