0 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 44 2024 TARIKH : 19 MEI 2023 MASA : 2.00 PETANG HARI : AHAD TEMPAT : DEWAN SKMP PERASMI : DATO’ ASMADI BIN ABU TALIB, PENGERUSI GIATMARA PADANG SERAI. ""Kaji dan dalamilah sebelum engkau menduduki jawatan, karena kalau engkau telah mendudukinya, maka tidak ada kesempatan bagimu untuk mengkaji dan mendalaminya." " – Imam Assyafie.
1 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Isi Kandungan 1 2 Aturcara Mesyuarat Agung PIBG SKMP Kali ke-44 2 3 Notis Mesyuarat Agung PIBG SKMP Kali ke-44 3 4 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 / 2024 4 5 Ucapan Aluan Guru Besar SKMP 5 6 Ucapan Aluan YDP PIBG Sesi 2022-2023 6 7 Bilangan Pentadbir, Guru, Staf dan Murid SKMP 7 8 Senarai AJK Induk PIBG Sesi 2022 -2023 8 9 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2024 9 10 Senarai Guru Besar SKMP 10 11 Visi dan Misi 11 12 Pelajar Cemerlang Sekolah Khusus / Kawalan 12 13 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 13-17 14 Laporan Kewangan PIBG Tahun 2023 18-19 15 Usul dan Cadangan 20 16 Rekod Kehadiran AJK PIBG Tahun 2023 21 17 Senarai Kehadiran Ibu Bapa ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 43- 2023 22-32 18 Penghargaan 33 Catatan 34
2 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKMP KALI KE-41 2021 2.00 Petang - Pendaftaran para waris/ Ibu Bapa 2.15 Petang - Ketibaan Tetamu Jemputan 2.20 Petang - Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa oleh Ustaz A’fif bin Mohd Azmi Ucapan Aluan YDP PIBG – Tuan Haji Che Halijan bin Hassan Ucapan dan laporan Guru Besar –En Abdull Rahman bin Abdul Kadir Jelani Ucapan dan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 oleh Dato’ Asmadi bin Abu Talib, (Pengerusi Giatmara Padang Serai.) Majlis Sumbangan Kecemerlangan Murid Tahun 6 sesi 2022/2023 3.30 Petang - Mesyuarat Agung PIBG dimulakan - Cabutan bertuah - Bersurai
3 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG
4 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SKMP 2023 1. UCAPAN ALUAN YDP PIBG SKMP . 2. UCAPAN DAN LAPORAN GURU BESAR SKMP. 3. UCAPAN & PERASMIAN OLEH DATO’ ASMADI BIN ABU TALIB, (PENGERUSI GIATMARA PADANG SERAI.) 4. MAJLIS SUMBANGAN KECEMERLANGAN MURID TAHUN 6 SESI 2023 / 2024. 5. MESYUARAT AGUNG i. Membentang dan mengesahkan minit ii. Laporan kewangan iii. Pembubaran AJK PIBG sesi 2022-2023 dan pelantikan AJK baru. iv. Pembahasan usul/cadangan v. Hal-hal lain vi. Ucapan penangguhan 5. BERSURAI
5 UCAPAN ALUAN GURU BESAR PERUTUSAN GURU BESAR Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur ke hadrat Tuhan yang memiliki segala sifat-sifat Ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi kita Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga dan sahabatsahabat Baginda. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru SK Merbau Pulas kerana telah berjaya mengurus tadbir PIBG dengan baik dan harus diberi pujian dalam usaha memperkasakan sekolah dan anak-anak SKMP. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT yang memanjangkan usia kita untuk kesekian kalinya untuk kita terus bersama bersatu hati, seia sekata menjunjung amanah mempersiapkan anak-anak didik dalam menghadapi gelombang hari muka yang kian mencabar. Kita dipertanggungjawabkan atas bekalan yang kita sediakan untuk mereka menempuh perjalanan yang penuh pancaroba agar mereka tidak tersesat menuju “destinasi” yang abadi. Dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, objektif dan matlamat kita hendaklah jelas, tepat dan rasional, mengenali murid-murid kita dan mendekati ibu bapa serta komuniti mereka. Justeru, kita sebagai pendidik perlu bekerja keras dalam usaha merealisasikan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid seperti yang terlakar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Berusaha tanpa jemu, kreatif dan inovatif merupakan kunci dalam mempertingkatkan kualiti pencapaian dan bangun melangkah seirama pastinya menaikkan imej dan martabat profesion keguruan. Fokus utama kita pada tahun 2023 adalah untuk terus memastikan berlakunya peningkatan prestasi sekolah terutama dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) sejajar dengan hasrat memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit , yang merupakan penanda aras kekuatan dan kelemahan sekolah kita. Marilah kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa agar kita dapat melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati ilmu bukan hanya duniawi sahaja. Di samping itu bersamalah kita berusaha mencapai sifar LINUS seterusnya menyingkirkan status Belum Mencapai Tahap Minimum (BMTM). Kita juga tidak akan meminggirkan bidang sukan dan permainan dalam memastikan pencapaian yang cemerlang dan paling penting pembentukan sahsiah dan kemenjadian murid-murid kita sebagai pemimpin abad ke-21. Bagi merealisasikan harapan dan matlamat murni ini marilah sama-sama kita berganding tenaga dengan mengunakan kekuatan dan ramuan yang ada untuk meningkatkan usaha ke arah sekolah yang lebih berkuali bagi melahir anak pelajar yang lebih terarah dalam membentuk kemenjadiaannya yang seimbang di dunia mahupun akhirat. Abdull Rahman bin Abdul Kadir Jelani Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas, 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.
6 UCAPAN ALUAN YDP Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG SKMP kali ke-44 pada kali ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tetamu kehormat yang sudi datang untuk menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG ini, tidak dilupakan juga kepada ibu bapa/penjaga/waris kerana sudi meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini. Sesungguhnya majlis seperti ini amatlah penting dan bermanfaat kerana apa yang akan dibincangkan hari ini adalah untuk kepentingan kita bersama terutamanya untuk anak-anak kita yang dikasihi. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mengganggu pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Kini, peranan PIBG dan KSIB (Kumpulan Sarana Ibu Bapa ) merupakan saluran kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Oleh itu, ibu bapa boleh memberi pelbagai bentuk sumbangan kepada pihak sekolah mengikut bidang kepakaran masing-masing agar fasiliti sekolah dapat dibangunkan dari semasa ke semasa. Para ibu bapa yang dihormati, saya juga ingin meminta agar kita sama-sama memberikan lebih perhatian kepada pencapaian anak-anak di dalam bidang akademik. Pembelajaran seorang kanak-kanak tidak hanya terhad ketika mereka berada di sekolah, tetapi mereka akan dapat belajar selepas waktu persekolahan terutamanya di rumah. Kita harus sedar yang kini arus pendidikan semakin mencabar dengan Pembelajaran Abad 21 yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Justeru saya memohon ibu bapa sekalian agar dapat membantu menyemai minat anak-anak untuk belajar di rumah dan memastikan anak-anak membuat kerja-kerja rumah yang telah diberikan oleh guru-guru. Tahniah juga kepada semua pelajar yang belajar secara bersungguh-sungguh, dan tidak dilupakan juga kepada semua guru, ibu bapa serta semua pihak yang bekerja keras demi memastikan kejayaan anak-anak di SKMP. Akhir kata, saya bagi pihak barisan kepimpinan PIBG SKMP sesi 2022/2023 ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang padu demi menjayakan program anjuran PIBG selama ini. Semoga PIBG SKMP akan terus memberikan sumbangan kepada murid dan pihak sekolah untuk kemajuan akademik dan sahsiah. Sesungguhnya PIBG dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang perlu saling membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak sahaja kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan. Sekian, Terima kasih. TUAN HAJI CHE HALIJAN BIN HASSAN YDP PIBG SKMP Sesi 2022 -2023
7 BARISAN PENTADBIR EN ABDULL RAHMAN BIN ABDUL KADIR JELANI GURU BESAR SKMP EN SHUKERI BIN IBRAHIM GPK PENTADBIRAN PN BASERIAH BT ALI GPK HEM EN KU BAZNIIZWAL BIN KU BADHUR GPK KOKURIKULUM SENARAI GURU DAN STAF SKMP 2024 GURU EN ABD MANAIM BIN ABD HAMID PN ZURAIDA BT MOHAMAD ISA PN ASMA’ BT BAHARUDDIN EN SHAH RIZUAN BIN CHE DAN PN NORHAFIZA BT AHMAD EN SAIFUL ANUAR BIN SAMSUDIN EN MUAZ BIN ALI EN ASHRAFUDIN BIN AHMAD EN A’FIF BIN MOHD AZMI PN NURUL HASANATY SOLEHAH BT ZAINOL PN ZARIAH BT OTHMAN PN HASLINDA BT NAYAN PN SITI MARDHIAH BT NAYAN EN MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI EN ASMADI BIN MUSA EN SYAIFUL AKMAL KHAUSAR BIN ZULKEFLI PN SYUKRIAH BT ABD RAOF PN IZIANA BT IDRIS PN NORHASHIMAH BT SAID PN NORMA BT JAMIL PN ROHAIDAH BT ABU BAKAR PN NORZAMIZI BT SULONG PN AMANINA ZAIDATINA BINTI ABU ZAKI PN SITI SARAH BINTI SHAIK OTHMAN PN SALMIWATI BINTI MUHAMAD ANWAR STAF EN ROSIDI BIN OTHMAN PN NORHANA BT ABD WAHAB Pentadbir : 4 Guru : 25 Murid : 363 Staf : 2
8 SENARAI AJK INDUK PIBG 2022-2023 PENASIHAT EN ABDULL RAHMAN BIN ABDUL KADIR JELANI ( GURU BESAR ) YANG DIPERTUA PIBG TUAN HAJI CHE HALIJAN BIN HASSAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG ENCIK SHOKRI BIN NOR SETIAUSAHA ENCIK SYAIFUL AKMAL KHAUSAR BIN ZULKEFLI BENDAHARI PUAN SYUKRIAH BINTI RAOF EXCO-EXCO ENCIK ABD MANAIM B ABD HAMID PN AMANINA ZAIDATINA BT ABU ZAKI ENCIK JAMALUDIN BIN ISMAIL ENCIK MOHD ISA BIN ABDUL HAMID ENCIK ABDUL HALIM BIN HASSAN. PUAN NURUL HUDA BINTI REDZUAN. PUAN KHATIJAH BINTI YAAKOB. PUAN ROGAYAH BINTI ISMAIL. PUAN MARIA BINTI MUSTAFA PUAN JUNAIZAH BINTI CHE MAT JURU AUDIT PUAN ROHAIDAH BINTI ABU BAKAR.
9 JAWATANKUASA PELAKSANA Tarikh : 19 Mei 2024 Hari : Ahad Masa : 2.00 Petang Tempat : Dewan SKMP JAWATANKUASA INDUK Penasihat : En. Abdull Rahman bin Abdul Kadir Jelani (Guru Besar) Pengerusi : Tn. Hj Che Halijan bin Hassan (YDP) Timbalan Pengerusi : En. Shokri bin Nor (NYDP) Naib Pengerusi 1 : Pn. Baseriah binti Ali (PK Hem) Naib Pengerusi 2 : En. Shukeri bin Ibrahim (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 3 : En. Ku Bazniizwal bin Ku Bhadur (PK Kokurikulum) Setiausaha : En. Syaiful Akmal Khausar bin Zulkefli (Guru) Bendahari : Pn. Syukriah binti Abd Raof (Guru) JAWATANKUASA KERJA JK SAMBUTAN En. Abdull Rahman bin Abdul Kadir Jelani En. Shukeri bin Ibrahim Pn. Baseriah binti Ali En. Ku Bazniizwal bin Ku Bhadur En. Che Halijan bin Hassan (PIBG) En. Shokri bin Nor (PIBG) JK PERSIAPAN PENTAS & BACKDROP Pn. Norzamizi binti Sulong (K) Pn. Siti Sarah binti Shaik Othman Pn. Nor Iziana binti Idris Pn. Nurul Jannah Binti Ahmad Kamal Pn. Junaizah binti Che Mat (PIBG) JK PERSIAPAN TEMPAT En. Asmadi bin Musa (K) En. Ashrafudin bin Ahmad Pn. Nor Ajilina binti Johari Pn. Rosnah binti Yusoff En. Jaafar bin Shariff En. Azlan bin Abdullah En. Kamal Bashah bin Mohd Hassan JK PENDAFTARAN Pn. Norma binti Jamil (K) Pn Nurul Hasanaty Solehah binti Zainol En Saiful Anuar binSamsudin En. Jamaludin bin Ismail (PIBG) Pn. Maria bt Mustafa (PIBG) JK CABUTAN BERTUAH & CENDERAMATA PERASMI Pn. Siti Mardhiah binti Nayan (K) Pn. Zariah binti Othman Pn. Haslinda binti Nayan En. Rosidi bin Othman Pn. Nurul Huda binti Redzuan (PIBG) En. Mohd Isa bin Abdul Hamid (PIBG) JAMUAN VIP & WARIS Pn Norhashimah binti Said (K) Pn. Syukriah binti Abd Raof Pn. Norhana binti Abd Wahab En. Abdul Halim bin Hassan (PIBG) Pn Rogayah binti Hj Ismail (PIBG) Pn Siti Khatijah binti Yaakob (PIBG) JK SIARAYA En. Abd Manaim bin Abd Hamid (K) En. Mohamad Aizat bin Ahmad Sofi JK DOKUMENTASI / PELAPORAN Pn. Salmiwati binti Muhamad Anwar (K) En. Shah Rizuan bin Che Dan JK BROSUR En. Muaz bin Ali (K) Pn. Zuraida bt Mohamad Isa PENGACARA Pn Amanina Zaidatina bt Abu Zaki BACAAN DOA En A’fif bin Mohd Azmi PENCATAT MINIT Pn. Asma’ bt Baharuddin (K) Pn. Norhafiza bt Ahmad JK SUMBANGAN KECEMERLANGAN Pn. Rohaidah bt Abu Bakar JK BUKU PROGRAM En. Syaiful Akmal Khausar bin Zulkefli
10 SENARAI GURU BESAR 1. En Ishak b Ismail ( 1932-31/3/1951 ) 2. Tn Hj Kahar b. Abdullah ( 1/4/1951-31/3/1954 ) 3. En. Shafie b Saad ( 1/4/1954-6/5/1963 ) 4. En Shaari b. Ahmad ( 7/5/1963-21/1/1968 ) 5. En Azizan b Idris( 28/1/1968-31/12/1979 ) 6. En Yaakob b. Othman ( 1/1/1980-31/12/1984 ) 7. Tn Hj Abdul Halim b Ismail (1/1/1985-15/12/1987 ) 8. En Rashidi b. Hj Ismail ( 16/12/1987-15/4/1990 ) 9. En Jaafar b Mustaffa ( 16/4/1990-23/6/1995 ) 10. En Abd Aziz b. Abdullah (memangku-24/6/1995- 15/8/1995 ) 11. En Mohd Yusoff b Hamid ( 16/8/1995-30/10/1997 ) 12. En Idrus b. Ahmad ( 1/11/1997-31/12/2000 ) 13. Tn Hj Abdul Rahim b Yahaya ( 1/1/2001-16/11/2003 ) 14. Tn Hj Azmi b. Yahaya ( 16/11/2003-13/9/2006 15. En Hashim b Jamaludin ( 13/9/2006-3/7/2011 ) 16. Pn Hjh Ku Norgayah bt Ku Sulong ( 17/7/2011- 15/12/2012) 17. Pn Fadzillah bt Shaari ( 16/12/2012-16/8/2014 ) 18. En Mazlan b. Mad Saad ( 17/8/2014-30/9/2015 ) 19. Pn Hjh Nazirah bt Yeop ( 1/10/2015-Ogos 2016 ) 20. Pn Hjh Sabariah bt Ismail ( 4/10/2016-31/08/2017 ) 21. En Mohammad Nor bin Awang Kechik ( 1 /9/ 2017- 31/5/2021) 22. En Azman bin Ariffin (1/6/2021-7/11/2023) 23. En Abdull Rahman bin Abdul Kadir Jelani (1 Feb 2024- Sekarang)
11 VISI DAN MISI VISI SEKOLAH SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG MISI SEKOLAH MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
12 PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH KHUSUS/KAWALAN BIL NAMA SEKOLAH KHUSUS / SEK KAWALAN 1 NUR QASEH QAISARA BINTI ZAIDI MRSM PDRM KULIM 2 NIA FIRLYYA IQLIMA BINTI AHMAD MAHIR MRSM ULUL ALBAB KEPALA BATAS 3 MUHAMMAD AQIL ADAM BIN MD NOOR HIZAN SMK DATO LELA PAHLAWAN (KAA) 4 NUR AIMI FAQIHAH BINTI MOHD ZAMRI SMK KULIM (KSN) 5 NURUL AIERA SYAZIERA BINTI MOHD NURUL HAFIS SMK KULIM (KSN) 6 MUHAMMAD AIDIL AMSYAR BIN MOHD OTHMAN SMK KULIM (KSN) 7 IZAN DAMIAN BIN IBRAHIM SMK KULIM (KSN) 8 AINA SYARAFIENA BINTI MOHD SUKRI SMK SULTANAH ASMA (KSN) 9 NUR ARIANA QAIREEN BINTI SAIFUL ANUAR SMK SULTANAH ASMA (KSN) 10 NUR AIN MAISARAH BINTI MOHD ISA SMK TAMAN JELUTONG (KAA) 11 NUR AINUN BINTI MOHD NAZIR SMK TAMAN JELUTONG (KAA) 12 NUR SYIFA ZAHRA BINTI ASWAD SMK TAMAN JELUTONG (KAA) 13 SAIDATUL HUSNA BINTI SIADON SEK MODEL KHAS BALING
13 MINIT MESYUARAT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN MERBAU PULAS KALI KE – 43 TAHUN 2023 Tarikh : 21 Mei 2023 Hari : Ahad Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan sekolah Dirasmikan oleh : Tuan Zainol Abidin Mohamad Pengerusi PIBKS Negeri Kedah Darul Aman, Merangkap Focal Person Kebangsaan KPM. AGENDA MESYUARAT : I. Ucapan Aluan Tuan Guru Besar (Encik Azman bin Ariffin). 1. Ucapan alu-aluan 2. Guru besar mengucapkan terima kasih Tuan Zainol Abidin Mohamad kerana sudi menerima jemputan dan hadir ke sekolah ini. 3. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada waris dan ibu-bapa murid-murid SKMP yang sudi hadir pad ahari ini. 4. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada wakil PPD yang sudi hadir didalam majlis ini. 5. Guru besar menerangkan mengenai Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), yang mana sekolah kita telah dipilih menjadi sekolah TS25 kohort 7 pada tarikh 12.10.2022. 6. Guru besar berharap ibu-bapa dari tahun 1 hingga 6 mengambil berat mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) anak-anak supaya melahirkan anak-anak yang cemerlang.
14 7. Kejayaan sekolah dalam melaksanakan program-program telah menghasilkan muridmurid yang berketerampilan ini sekaligus akan mendorong PIBG mengambil sikap yang proaktif. 8. PIBG perlu membantu guru-guru dan pembangunan sekolah pada setiap masa yang diperlukan dan bantuan PIBG setakat ini amat memuaskan. 9. Laporan sekolah: Semua murid bersekolah di sesi pagi seramai : 360 orang. Murid lelaki: 164 orang. Murid perempuan: 196 orang. Sekolah bergred B. Lokasi di luar bandar. Guru: 29 orang. Staf sokongan: 3 orang. Pekerja kebersihan: 4 orang. Pengawal keselamatan: 4 orang. 10. Hari Aspresiasi Pra Sekolah dan Tahun 6 pada tarikh 06.12.2023 adalah sebahagian aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang telah kita laksanakan yang akan dipaparkan di dalam video selepas ini. II. Ucapan Aluan Tuan YDP (Tuan Haji Che Halijan bin Hassan). 11. Ucapan alu-aluan 12. Mengalukan kehadiran tetamu jemputan, PPD, Guru Besar, barisan pentadbir, wariswaris dan guru-guru. 13. Ucapan terima kasih kepada Tuan Tuan Zainol Abidin Mohamad, Pengerusi PIBKS Negeri Kedah Darul Aman, merangkap Focal Person Kebangsaan KPM atas kesudian hadir ke mesyuarat PIBG SKMP kali ke-43. 14. YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus mengajar dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak SKMP. 15. YDP mewarwarkan laluan kaki murid ke bilik ICT akan dipasang bumbung dan YDP menyeru supaya waris-waris boleh luangkan masa bersama-sama bergotong-royong bersama membinanya. 16. YDP meminta perasmi menerangkan hal-hal berkaitan PIBKS dengan lebih lanjut kepada semua warga SKMP. 17. YDP mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan pengusaha kantin dalam menyediakan makanan kepada murid-murid tanpa pernah berlaku kejadian keracunan makanan di sekolah sepanjang sesi ini.
15 18. Hubungan Ibu-bapa dan guru perlu dijalinkan dengan lebih erat tanpa rasa segan untuk bertegur sapa diantara sesama kita dan bertukar pandangan yang positif. III. UCAPAN & PERASMIAN – (Tuan Zainol Abidin Mohamad) 19. Ucapan alu-aluan. 20. Mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, wakil PPD, YDP PIBG SKMP, AJK PIBG, ibu bapa dan hadirin. 21. Tuan Tuan Zainol Abidin Mohamad menegaskan beliau sangat kagum dengan kehadiran waris-waris ke mesyuarat PIBG kali ini kerana selama beliau menghadiri mesyuarat-mesyuarat di banyak sekolah sebelum ini tidak pernah kehadiran sangat ramai seperti di SK Merbau Pulas pada hari ini. 22. Tuan Tuan Zainol Abidin Mohamad menegaskan peranan yang sangat penting adalah peranan yang dimainkan oleh ibu-bapa di rumah dengan memastikan kehadiran penuh anak-anak ke sekolah, menyediakan tempat khas untuk belajar di rumah dan membuat kerja rumah. 23. Tuan Tuan Zainol Abidin Mohamad menambah lagi bahawa ibu-bapa perlu mengawal anak-anak dari menaiki kenderaan sendiri, melihat gambar-gambar lucah, latih mereka bersaing untuk berjaya dan budayakan budaya memberi hadiah. 24. Tuan Noran Zamini Bin Jamaluddin menasihatai supaya pelajar-pelajar diajar menghormati guru yang mengajar mereka. 25. Sebagai Ibu-bapa ajaran rohani dan agama sangat penting untuk anak-anak, maka ajarkan mereka doa sebelum tidur, membaca Al-Quran, dan berdoa untuk anak menjadi anak-anak yang baik. 26. Ibu-bapa perlu ada ikhtiar untuk membantu pihak sekolah dari semua sudut yang mampu mereka lakukan. 27. Tuan Zainol Abidin Mohamad mengumumkan akan memberi sumbangan sebanyak RM2000 kepada pihak PIBG untuk pihak sekolah melaksanakan program-program akademik . 28. Tuan Zainol Abidin Mohamad berhasrat untuk memberi sumbangan juga kepada sekolah pada masa akan datang dari segi idea dan lain-lain. 29. Beliau mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau ke mesyuarat agung kali ini. 30. Tuan Tuan Zainol Abidin Mohamad merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke-43.
16 IV. MESYUARAT AGUNG PIBG DIMULAKAN. 31. Ucapan aluan YDP PIBG SKMP 32. Syukur alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kita dapat berkumpul pada petang ini untuk menjalankan mesyuarat agung PIBG kali ke-43. 33. En. Syaiful Akmal Khausar bin Zulkefli membentangkan untuk disahkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke- 42 tahun 2022. 34. Encik Safrizan mencadangkan dan mengesahkan minit mesyuarat. 35. Disokong oleh Ustazah Asmabi. V. LAPORAN KEWANGAN. 36. Puan Syukriah binti Raof selaku bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan semasa Jun 2022 – Mei 2023. 37. Cadang untuk disahkanPn. Zuhaini. 38. SokonganPn. Suhaila binti Abu Bakar. VI. PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN USUL / CADANGAN JIKA ADA. 39. Usul/cadangan : Menyediakan tempat khas menunggu berbumbung untuk pelajar menunggu waris ketika hujan. 40. Pihak PIBG dan sekolah akan cuba usahakan sekiranya dana mencukupi, cadangannya adalah waris akan masuk melalui pagar B turunkan murid di laluan ICT kemudian keluar melalui pagar A. 41. Usul/cadangan : Membaiki kepala paip air yang rosak di dalam tandas. 42. Pihak sekolah sudah ambil maklum dan penyelesaian akan dibuat, guru besar akan memaklumkan kepada tukang kebun. 43. Usul/cadangan : Isu keselamatan lalu lintas murid ketika datang dan pulang sekolah. 44. YDP menjawab waris-waris boleh membayar kepada RELA untuk menjaga keselamatan lalu lintas sebagai alternatif selain boleh bergilir-gilir menjaga lalu lintas antara waris. 45. Isu air menitik di bangunan Pra sekolah dan bangunan darjah enam pihak sekolah sudah ambil maklum dan dalam proses tindakan oleh PPD 46. Usul/cadangan : Simpan buku teks di sekolah. 47. Pelarasan jadual dan buku yang perlu dibawa ke sekolah akan dilaksanakan.
17 48. Usul/cadangan : Perlu sediakan kemudahan water cooler. 49. Pihak sekolah telah ada water cooler Coway yang diwakafkan oleh Ustazah Iziana di belakang surau sekolah. 50. Usul/cadangan : Mohon buat pakir motosikal. 51. PIBG hadapi masalah kekurangan dana dan perlu melaksanakan rancangan yang lebih penting untuk keselesaan anak-anak. 52. Usul/cadangan : Waktu pembelajaran KAFA dilewatkan sedikit dalam pukul 2.30ptg – 2.45 ptg. 53. Ustazah Asmabi memaklumkan waktu semasa adalah waktu yang diarahkan oleh Jabatan Agama sendiri. 54. Murid ponteng KAFA dan persekolahan sesi pagi terutama pada hari ahad. 55. Ibu-bapa setuju untuk memantau anak-anak untuk hadir ke KAFA dan sekolah pada sesi pagi terutama pada hari ahad. VII. UCAPAN PENANGGUHAN 56. En. Ku Bazniizwal mengucapkan ribuan terima kasih kepada waris yang hadir dan AJK PIBG. Sebagai PKKO beliau amat berterima kasih kepada waris dengan kerjasama yang diberikan. 57. Mohon sokongan Waris kepada semua program-program sekolah. 58. Mesyuarat ditangguhkan Pada 5.10 petang. Disediakan oleh: Disemak oleh: ………………………………………. ………………………………………. (Syaiful Akmal Khausar bin Zulkefli) (En Che Halijan bin Hassan) Setiausaha PIBG YDP PIBG SKMP SK. Merbau Pulas, 09300 Kuala Ketil, kedah. Disahkan oleh: ……………………………………….. (En Azman bin Ariffin) Guru Besar SKMP
18 LAPORAN KEWANGAN
19
20 USUL / CADANGAN Usul-usul /Cadangan 1. Daripada : Saloma Mat Daud No. KP : 840201-03-XXXX Alamat : No 54, Jalan titi gantung, Merbau pulas. Usul 1 : Jika ada sebarang kejadian yang berlaku melibatkan anak- anak di sekolah. Mohon maklum segera kepada ibu bapa. Jawapan 1 : 2. Daripada : Muhammad Nazril bin Abdul Rahman No. KP : 890427-08-XXXX Alamat : no. 03 jalan 1, Taman merbau jaya, Merbau pulas. Usul 1 : Memperbanyakkan makanan sihat di kantin. Jawapan 1 : 3. Daripada : Siti Nur Liyana binti Roslan No. KP : 920121-02-XXXX Alamat : No 12, Kg Jeram, Merbau pulas. Usul 1 : Membaik pulih taman permainan sekolah. Jawapan 1 :
21 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG Bil Nama AJK 1 2 3 1. EN CHE HALIJAN BIN HASSAN / / / 2. EN SHOKRI BIN NOR / / / 3. EN SYAIFUL AKMAL KHAUSAR B. ZULKEFLI / / / 4. PN SYUKRIAH BINTI RAOF / / / 5. EN ABD MANAIM B ABD HAMID / / / 6. PN AMANINA ZAIDATINA BT ABU ZAKI / / / 7. JAMALUDIN BIN ISMAIL / / / 8. EN MOHD ISA BIN ABDUL HAMID / / / 9. EN ABDUL HALIM BIN HASSAN / / / 10. PUAN NURUL HUDA BINTI REDZUAN / / / 11. PUAN KHATIJAH BINTI YAAKOB / / / 12. PUAN ROGAYAH BINTI ISMAIL / / / 13. PUAN MARIA BINTI MUSTAFA / / / 14 PUAN JUNAIZAH BINTI CHE MAT / / /
22 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA 2022
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33 PENGHARGAAN Sekalung Budi Setinggi Penghargaan Kepada : En Abdull Rahman bin Abdul Kadir Jelani Guru Besar SK Merbau Pulas Dato’ Asmadi bin Abu Talib, Pengerusi Giatmara Padang Serai Pn Baseriah binti Ali Guru Penolong Kanan HEM AJK PIBG SK Merbau Pulas sesi 2022/2023 Guru-guru SK Merbau Pulas Warga SK Merbau Pulas & Para Ibu Bapa Individu / Syarikat-syarikat Semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 SK Merbau Pulas Tn Hj Shukeri bin Ibrahim Guru Penolong Kanan Pentadbiran En Che Halijan bin Hassan YDP PIBG sesi 2022 / 2023 En Ku Bazniizwal bin Ku Bhadur Guru Penolong Kanan KoKurikulum
34 CATATAN