BERBILANG BANGSA KUMPULAN 9 ASPEK-ASPEK MMEENNYYAATTUUPPAADDUUKKAANN MMAASSYYAARRAAKKAATT BBEERRBBIILLAANNGG KKAAUUMM KEPENTINGAN MENYATUPADUKAN MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM KEPENTINGAN MENYATUPADUKAN MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM 09 " MANUSIA YANG LEMAH SEKALIPUN JIKA BERSATU PADU AKAN DAPAT MENGGONCANG DUNIA,DEMIKIANLAH KESANNYA PERPADUAN." -TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD " MANUSIA YANG LEMAH SEKALIPUN JIKA BERSATU PADU AKAN DAPAT MENGGONCANG DUNIA,DEMIKIANLAH KESANNYA PERPADUAN." -TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD PERANAN IBU BAPA CARA MEMUPUKNYA
ISI KANDUNGAN 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 SIDANG REDAKSI KATA ALU-ALUAN PENGENALAN ASPEK-ASPEK MENYATUPADUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM PAKAIAN TRADISIONAL PERANAN IBU BAPA AKTIVITI KEMASYARAKATAN CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM KESIMPULAN SANTAI-SANTAI SUMBER RUJUKAN CATATAN
DAMIAHAYANIBINTI ZULKIFLE (17DHF22F2070) SIDANG REDAKSI NUR SHAHIKA BINTI JURAIMI (17DHF22F2048) AINA FARZANA BINTIMOHD FAUZI (17DHF22F2998) page 3
KATA ALU-ALUAN Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Mohd Husni Bin Abd Halid dan Encik Mohd Rushdan Bin Hasan kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan serta tunjuk ajar. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang telah bertungkuslumus bekerjasama dalam menyiapkan efolio ini walaupun kami mempunyai pelbagai pendapat dan idea. Akhir sekali,kami berharap semoga majalah ini dapat memberikan panduan dan kesedaran kepada masyarakat atau sesiapa sahaja yang membaca. 2023 A ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur kepada ilahi dengan limpah dan kurnianya kami sekumpulan dapat menyiapkan tugasan e-folio ini. M A L A Y S I A page 4
PENGENALAN Sejak mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam mencapai keamanan pada hari ini. Hasil usaha pemimpin terdahulu yang mewakili setiap kaum dan bangsa di tanah air ini telah berjaya memberikan kebebasan daripada penjajahan. Namun begitu, keharmonian yang dinikmati oleh nenek dan moyang kita dahulu semakin hari semakin goyah.Jurang ekonomi dan pendidikan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada isu ini selain gerakan politik negara yang terlalu berteraskan kaum dan agama. Tidak dinafikan bahawa kita mempunyai rambut yang sama hitam tetapi hati masing-masing lain. Justeru, meraikan perbezaan dan sikap toleransi hendaklah dipupuk dalam setiap individu yang ingin melihat negara kita maju ke hadapan. Mari kita bincangkan apakah usaha dalam memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia? Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. page 5
Pada tahun 1974, Pemimpin MIC TUN V.T Sambanthan telah dilantik menjadi Menteri Perpaduan Negara yang pertama setelah portfolio perpaduan diwujudkan dalam Kabinet Malaysia. Namun begitu, kedudukan portfolio perpaduan pada masa itu tidak begitu baik kerana ia sering bertukar ganti mengikut pemikiran dan keutamaan pemimpin. Penubuhan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menunjukkan keseriusan kerajaan melaksanakan Dasar Perpaduan Nasional demi memastikan kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia. Pada abad ke-20, kegiatan Nasionalisme yang bermula di Tanah Melayu memperjuangkan bangsa masing masing disebabkan tiadanya kesatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat. "Without INTEGRITY, a leader wil use his position as a commodity to peddle influence and to achieve status, name and riches " A S P E K S E J A R A H Semangat perkauman yang menebal menyebabkan kolonial British mencipta slogan "perpaduan sebelum kemerdakaan". Pihak british juga telah menggerakkan kepimpinan pelbagai parti politik di Tanah Melayu untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun 1949, buat pertama kalinya persidangan meja bulat diadakan untuk mewujudkan Kontrak Sosial. Perjanjian ini dimeterai oleh para pemimpin yang mewakili 3 bangsa utama, iaitu Melayu, Cina, dan India. Pada era selepas perang dunia kedua, dapat kita saksikan bahawa politik perpaduan begitu popular. Menurut Dato' Onn Jaafar, negara boleh mencapai kemerdekaan dan pembangunan hanya menerusi kesepaduan dalam kalangan rakyat. Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan penubuhan RIDA pada tahun 1950 yang kini telah ditukar nama menjadi MARA. Hal ini adalah bertujuan untuk membangunkan masyarakat Melayu dari aspek ekonomi dan pendidikan serta bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan pembangunan antara kaum bagi menyemarakkan semangat perpaduan dan kerjasama antara parti-parti politik yangtelah digerakkan. Aspek-aspek menyatupadukan masyarakat berbilang kaum page 6
ASPEK PENDIDIKAN Sistem pendidikan pada zaman tersebut dipengaruhi oleh corak sosio-ekonomi yang dicetuskan oleh kaum masing-masing. Ini menyebabkan pencapaian sesuatu matlamat menjadi sukar . Pada tahun 1956 pula, telah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, pada tahun 1957. Dasar Pendidikan ini disemak semula pada tahun 1960 dan menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran pada tahun 1961. Pada tahun 1974, sebuah jabatan kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan seluruh masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin berjaya. Malaysia mempunyai sejarah pendidikan yang unik dan tersendiri. Berdasarkan perkembangan sejarah Pendidikan, di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu sebelum kedatangan British, selepas kedatangan British dan selepas kemerdekaan. Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan lebih bersifat keagamaan dan berkembang pesat sekitar tahun 1920an hingga 1940an. Sekolah ini bertujuan untuk melahirkan insan yang mempunyai moral yang tinggi, namun mempunyai sedikit kelemahan pada perlaksanaannya, iaitu tiada penekanan kepada mata pelajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris. Sekolah Inggeris hanya ditubuhkan di kawasan bandar dan sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Pada zaman penjajahan, setiap sekolah ditubuhkan mengikut kaum dan mempunyai kurikulum yang berbeza dan lokasinya juga berbeza meengikut kaum masing-masing. Selepas kemerdekaan, Laporan Barnes (1950) dikerluarkan untuk sistem pendidikan negara. Hal ini bertujuan untuk mengkaji dan menyiasat kedudukan pendidikan orang-orang Melayu pada masa itu.Laporan Fenn-Yu (1951) dan Ordinan Pelajaranpadatahun1952pulabertujuanuntukmengkaji semula Laporan Barnes kerana dikatakan bahawa Laporan Barnes ignin menghapuskan bahasa dan kebudayaanmasyarakatCina. Manakala, sekolah Vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai Bahasa penghantar di setiap sekolah dan berasaskan kepada identiti kaum masing-masing. Aspek-aspek menyatupadukan masyarakat berbilang kaum page 7
NEGARA ASPEK Negara Bagi mencapai status negara yang maju dan terbilang, perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang berperanan penting untuk mendapatkan keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya agar menjadi pegangan kepada pandangan positif negara lain. Malaysia dapat menjadi contoh sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Di kebanyakan negara, persengketaan antara kaum lebihlebih lagi berkaitan isu agama, membawa peperangan yang berlarutan, sekaligus membantutkan pembangunan negara, sosial dan juga politik berkenaan. Dengan itu, kita haruslah saling berhemah supaya dapat meluahkan rasa hati tanpa menejajaskan keamanan dan kemakmuran negara. Contohnya,seperti Rukun Negara yang mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Peristiwa itu telah mengubah kehidupan rakyat Malaysia. Dan dibuat menjari sebagai pengajaran yang amat besar kepada negara, walaupun sesetengah pihak menanggap bahawa ia satu titik hitam dalam sejarah. Kita boleh mengambil ikhtiar daripada peristiwa ini jika kita memahami dan mendalami lagi mengapa peristiwa ini terjadi. Rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing amat diperlukan oleh negara. Sebagai contonya, insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia pada tanggal 13 Mei 1969. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969 Senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran adalah keharmonian dan kerjasama agar negara Malaysia dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Secara umumnya, dalam sesebuah negara, akan mempunyai perasaan prasangka dan ketidak puas hati antara pelbagai etnik dan ia bukanlah sesuatu yang asing di majoriti negara. Aspek-aspek menyatupadukan masyarakat berbilang kaum page 8
ASPEK EKONOMI Malaysia mempunyai penduduk berbilang bangsa dan budaya. Hubungan kaum yang terjalin akan mengukuhkan lagi kedaulatan negara serta membantu pembangunan dan ekonomi negara. Keharmonian hidup rakyat di Malaysia mampu menjadi tarikan pelabur asing untuk menanam modal di negara ini. Selain itu, dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara, perpaduan kaum memainkan peranan penting dengan melibatkan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Cara ini dapat meningkatkan dan mampu mengukuhkan ekonomi dengan bantuan kerjasama setiap bangsa. Agenda perpaduan perlulah sentiasa dititikberatkan kerana apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) adalah dengan bersatu hati, kita dapat membina sebuah negara yang sejahtera, aman damai dan rakyat juga akan mementingkan perpaduan dan politiknya tidak huru-hara, serta menjalin ekonomi yang mantap. Tambahan pula,Gagasan 1Malaysia berasaskan prinsip 'Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan ' juga menerangkan bahawa hubungan antara kaum adalah kunci utama untuk menghadapi cabaran supaya negara mencapai matlamat yang ditetapkan. Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika konsep itu dapat dihayati sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat Malaysia mampu menjadi negara lebih aman, stabil, maju serta disegani masyarakat dunia. Di samping itu, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidak seimbangan ekonomi yang disebabkan oleh sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Aspek-aspek menyatupadukan masyarakat berbilang kaum page 9
Kepentingan Masyarakat MENYATUPADUKAN By : SEMAKAN.MY Ketut Susilo Memelihara Budaya, Warisan & Adat Resam Demi Keselamatan & Kesejahteraan Penduduk di Malaysia Secara Definisi, Perpaduan bermaksud satu proses menyatupadukan anggota masyarakat dalam sesebuah negara misalnya melalui ideologi, indentiti atau nilai yang sama. Perpaduan antara kaum penting untuk dikekalkan agar kita dapat memelihara budaya, warisan, dan adat resam masyarakat. hanya Malaysia kita dapat menikmati sarapan Tose yang berasal dari india, kemudian makanan tengah hari nasi berlauk campur, makanan orang melayu dan makan char kuey, iaitu makanan orang cina pada waktu makan. Perbezaan kaum pula hadir bersama berbeza bahasa, budaya, adat dan juga pemikiran. Namun, nilai kemanusiaan dan agama yang mendorong ke arah kebaikan adalah sama sahaja. Peristiwa yang melibatkan kaum hanya akan merugikan masa kita saja. Sebaliknya, kita harus bersatu padu untuk mempelajari menghormati dan meraikan pelbagai kaum yang ada di negara kita. Seperti hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Deepavali disambut meriah dan kita menikmati percutian yang banyak berbanding dengan negara yang lain. Pada masa yang sama, perpaduan antara kaum di malaysia penting demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan setiap penduduk. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan banyal lagi. Kepelbagaian ini dahulunya terjadi selepas penjajahan british. Yang membawa masuk rakyat daripada negara luar ke Tanah Melayu. Tetapi pada tanggal 31 Ogos 1957, rakyat Malaysia berjaya bersatu padu untuk membebaskan diri daripada penjajah dan mengecapi kemerdekaan. Aspek-aspek menyatupadukan masyarakat berbilang kaum page 10
P a k a i a n T r a d i s i o n a l B a j u t r a disio n al M ela y u m e r u j u k k e p a d a b a j u t r a disio n al o r a n g M ela y u , t e r u t a m a n y a b a j u M ela y u d a n b a j u k u r u n g. S elain it u , ia j u g a t e r m a s u k b a j u k e b a y a , d r C f y u tj e n r h r c ela n a , k ain s a r u n g , s a m pin g d a n s ele n d a n g. P a k aia n o r a n g M ela y u kini la hir d a rip a d a p e r t u m b u h a n d a n p e r k e m b a n g a n p a k aia n o r a n g d a h ulu k ala m elalui p r o s e s u b a h a n s u r. P r o s e s ini b u k a n s a h a j a b e rla k u a kib a t p e r a d a b a n a w al m a s y a r a k a t dit e m p a t it u s e n diri, m ala h a n y a n g le bih p e n tin g a kib a t d a rip a d a p e n g a r u h d a rip a d a p e d a g a n g In dia , Cin a , A r a b d a n E r o p a h. U n s u r - u n s u r t a m a d u n d a ri tim u r d a n b a r a t ini diola h d a n dig a b u n g k a n m e n j a di s a t u b u d a y a y a n g b e r a n e k a r u p a s e r t a in d a h d a n u nik P a k aia n k a u m lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau Pakaian Malaysia adalah pakaian tradisional yang dipakai oleh tiga budaya utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap budaya mempunyai etika berpakaian tradisional yang dipengaruhi oleh agama dan boleh disesuaikan dengan pengaruh dan keadaan tempatan. Kami akan kongsikan koleksi pakaian tradisional cina lelaki & pakaian tradisional cina perempuan yang popular seperti pakaian tradisional cina hanfu, pakaian tradisional cina samfoo, pakaian tradisional cina samfu, pakaian tradisional cina cheongsam dan sebagainya. Senarai pakaian tradisional cina adalah Cheongsam sering dipakai dalam majlis yang bersesuaian mengikut peredaran zaman seperti majlis perkahwinan dan tahun baru cina. Terdapat banyak jenis cheongsam, namun asalnya pakaian tradisional cina ini berlapis- lapis, penuh sulaman benang emas dan sutera. Seterusnya, Pakaian tradisional cina samfu ini adalah sejenis baju dan seluar yang boleh dipakai oleh wanita dan lelaki dalam kehidupan seharian. Pakaian tradisional cina ini berupa baju longgar dan seluar. Dan Changshan adalah sejenis pakaian tradisional cina yang dikatakan berbaju panjang. Seperti cheongsam. Changshan selalunya dipakai oleh kaum lelaki khususnya. Ia berasal dari Piyin Changshan pada zaman dahulu. Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atasbahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. Manakala, Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen. Kaum Melayu Kaum Cina Kaum India p a g e 1 1
Peranan Ibu Bapa A P RIL 2 0 2 3 | P E R A N A N IB U B A P A Sebelum anak bersekolah, ahli keluarga adalah individu yang paling dekat dengan anak-anak. Ibu bapa dan keluarga yang bertanggungjawab untuk mengasuh dan mendidik mereka. Ibu bapa merupakan profesor pertama bagi anak-anak, rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa berperanan penting untuk melatih anakanak menjadi modal insan yang cemerlang. Ibu bapa juga berperanan untuk menjadi contoh teladan dan sikap baik dalam membentuk anakanak menjadi seorang insan yang berjaya. Ibu bapa harus mempunyai sikap yang baik seperti amalan suka membaca, tidak merokok dan lain-lain lagi. Hal ini demikian supaya anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa yang diamalkan bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Peranan ibu bapa adalah mengajar dan mendidik Pendidikan Moral serta agama dalam usaha membentuk anak-anak menjadi modal insan yang cemerlang. Janganlah ibu bapa menjadi seperti peribahasa ketam mengajar anaknya berjalan lurus dengan meminta anak-anak menunjukkan contoh yang baik sedangkan diri sendiri tidak menunjukkan teladan terbaik. Oleh hal yang demikian, tabiat yang negatif seperti menghisap rokok, minum arak, berjudi dan lain-lain lagi haruslah dijauhi. Tuntasnya, peranan ibu bapa juga haruslah memainkan peranan dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Misalnya, ibu bapa boleh mendidik anak supaya mengenali kawan-kawan yang berbilang kaum ia juga dapat memberikan kesan positif kepada masyarakat Malaysia. Patriotik page 12
" Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia,demikianlah kesannya perpaduan." -Tun Dr Mahathir Mohammad Program Pemuafakatan Masyarakat Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan sebagainya. Hari Keluarga dan Sukan Rakyat Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat Acarakebudayaandankesenian Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturanyangdigariskan. Sambutan perayaan semua kaum MajlisSambutanHariRaya,Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan. AktivitiRiadah Setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesamamasyarakat. page 13
Sambutan Hari Keluarga Sambutan Hari Ibu Sambutan Hari Bapa Sambutan Hari Perayaan Contoh-contoh program yang boleh dijalankan adalah seperti: Namun demikian, sikap negatif seperti inilah yang ada di dalam masyarakat terutamanya yang duduk di bandar. Mereka ini yang hanya melakukan kerja sendiri tanpa mengendahkan persekitaran mereka. Ini menyebabkan usaha di dalam memupuk semangat perpaduan sukar untuk dipraktikkan dan diterapkan di dalam diri masing-masing. Aktiviti-aktiviti yang boleh memperteguh jalinan kemesraan sesama kita harus diadakan seperti aktiviti gotongroyong yang memerlukan kerjasama setiap pihak dalam masyarakat. Ianya agar semangat perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan di dalam diri rakyat Malaysia. Semestinya, aktiviti kemasyarakatan sebegini dapat memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat. Ianya juga boleh menjadi wadah yang terbaik seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu biarpun berlainan bangsa mahupun agama. CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM 1.Menganjurkan majlis rumah terbuka Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat negara Malaysia yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah “bersatu teguh, bercerai roboh”. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain di dalam masyarakat Malaysia. Keharmonian seperti ini senang terhapus melalui sikap mementingkan diri sendiri yang dilihat kian tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Dalam menelusuri arus pemodenan, usaha yang lebih efisien haruslah dilakukan demi membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia ini. Pihak kerajaan mahupun rakyat juga mempunyai peranan masing-masing di dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia adalah salah satu tindakan yang amat dialu-alukan. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, konsep 1 Malaysia (perpaduan kaum) dapat dijayakan melalui majlismajlis sebegini. page 14
3. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu, rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti, Pemakanan ,Pemakaian ,Peradaban. Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 2. Melaksanakan sekolah wawasan Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini. Dengan pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung. Selain itu, terdapat sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu:- Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah di universiti. Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh kaum-kaum yang lain. Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing. Sebagai contoh yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh rakyat Malaysia antaranya adalah seperti:- 1. 2. 3. Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara. page 15
Kesimpulannya, dengan e-folio ini, kami dapat memahami bahawa banyak kepentingan dalam menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum. Jika kita melihat di negara yang lain, berlaku peperangan di negara mereka yang berlanjutan bertahun-tahun serta meragut ribuan malah jutaan nyawa yang tidak berdosa. Perpaduan yang kita telah bentuk pada masa ini, akan menghasilkan keamanan. Yang dimana menjadi perkara yang diidam- idamkan oleh rakyat di negara yang kurang bernasib baik. Cadangan kami ialah saya berharap kita sentiasa bersikap terbuka tidak kira bangsa, agama dan warna kulit agar peradaban di negara kita terus berkembang dan tiada perbalahan. Seterusnya kami juga berharap agar masyarakat kita menjadi lebih mengambil berat dan bersikap sederhana dalam semua perkara seperti yang digalakkan oleh setiap agama di Malaysia.Apabilakitabersikapsederhana maka nilai hormat-menghormati dan toleransi dapat diamalkan dan perpaduan akan kekal utuh. Ibarat peribahasa Melayu, gunung sama didaki, lurahsamadituruni. Kesimpulan April, 2023 page 16
SANTAI-SANTAI page 17
Sumber Rujukan 1 https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untukmemupuk-perpaduankaum.html#:~:text=Perpaduan%20kaum%20juga%20dap at%20dipupuk,lain%20di%20dalam%20masyarakat%20 Malaysia. 2 https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/ 3 https://www.coursehero.com/file/p15qv7s/AktivitiMasyarakat-Setempat-Untuk-memupuk-PerpaduanProgramPemuafakatan/#:~:text=Masyarakat%20setempat%20j uga%20boleh%20memainkan,hubungan%20antara%20 masyarakat%20pelbagai%20kaum. 4 https://www.semakan.my/kepentingan-perpaduankaum/ 5 https://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_tradisional_Melayu 6 https://nadz.my/pakaian-tradisional-cina/ 7 https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/india. html 8 https://sites.google.com/site/conietan1028/penulisanakademik/peranan-ibu-bapa-dalam-melahirkan-modalinsan-yang-cemerlang 9 https://www.academia.edu/31952974/Perpaduan_raky at_aspek_penting_jana_ekonomi page 18
Catatan page 19
JULY 2023 Disediakan oleh : Nur Shahika Bint i Juraimi (17DHF22F2048) Damia Hayani Bint i Zulkifle (17DHF22F2070) Aina Far zana Bint i Mohd Fauz i (17DHF22F2998) Disediakan untuk : Encik Mohd Husni Bin Abd Halid & Encik Mohd Rushdan Bin Hasan "Perpaduan tidak memberi erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud hanya dengan disuruh-suruh dan diseru-seru. Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan suatu pihak atau suatu golongan sahaja." -Sasterawan Negara, Uthman Awang