The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1231-11-amirah, 2023-03-14 08:31:34

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

Tahun 4 (Bidang ADAB)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM : TAHUN EMPAT 1. MATA PELAJARAN Pendidikan Islam ( Adab ) 2. KELAS 4 Bestari 3. TARIKH/HARI 15 Syaaban 1444 / 9 Mac 2023 / Khamis 4. MASA (10:30 – 11:30 pagi) 60 Minit 5. BILANGAN MURID 37 orang ( Lelaki : 19, Perempuan : 18) 6. TAJUK Tutuplah Auratmu 7. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid-murid telah mengetahui kewajipan menutup aurat bagi semua orang Islam. 8. STANDARD KANDUNGAN 6.1 Merumus adab berpakaian yang menepati syarak dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. 9. STANDARD PEMBELAJARAN 6.1.1 Menyatakan maksud dan hukum menutup aurat. 6.1.2 Menerangkan hukum menutup aurat berdasarkan dalil naqli serta terjemahannya. 6.1.3 Menjelaskan adab dan ciri-ciri berpakaian yang menepati syarak. 10. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menerangkan erti menutup aurat dan hukum terhadapnya dengan betul. 2. Menyatakan hukum menutup aurat berpandukan dalil naqli serta terjemahannya dengan tepat. 3. Menghuraikan adab dan ciri-ciri berpakaian yang menepati syarak. 11. KEMAHIRAN BERFIKIR Membuat pertimbangan dan wajaran yang betul dengan menggunakan Peta i-Think. 12. GABUNGJALIN Alquran : Dalil Naqli hukum menutup aurat. Aqidah : Beriman kepada Allah 13. PENYERAPAN Muzik Aqidah : Beriman Kepada Allah 14. PENERAPAN NILAI Taat, Ikhlas, Konsisten, Sabar. 15. AMALAN PEDAGOGI MASA KINI Pembelajaran Kooperatif


16. KEMAHIRAN INSANIAH Etika dan Moral 17. E.M.K 1. Kreativiti 2. Nilai Murni 3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi 18. PENILAIAN P DAN P 1. Lisan 2. Tulis 3. Pemerhatian 19. BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Aplikasi Interaktif 2. Video Youtube 3. Google Form 4. Buku Teks


LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Pendahuluan (3 Minit) : Bacaan Doa : Bacaan Syahadah 1. Guru memulakan pembelajaran dengan klip video bacaan Doa. 2. Murid diminta membaca doa dan mengaminkan doa tersebut. 3. Murid-murid diminta melafazkan kalimah Syahadah. 1- Khusyuk 2- Tawakkal 3- Adab Berdoa Set Induksi (5 Minit) 1. Pilihan 2 jenis gambar. - Guru bertanyakan antara kedua-dua gambar tersebut yang manakah menjadi pilihan? - Gambar menunjukkan perbezaan di antara pelajar yang menutup aurat dan tidak menutup aurat. 1. Guru memberi pilihan 2 jenis gambar untuk dipilih oleh murid. 2. Murid akan memberi respon tentang pandangan peribadi tajuk yang akan dipelajari melalui aplikasi AhaSlides. 3. Murid akan mengetahui tajuk yang akan difokuskan melalui penyusunan puzzle di aplikasi Wordwall. Kaedah: -Soal jawab. Bahan bantu mengajar: -Aplikasi interaktif (Ahaslides dan Wordwall) Kemahiran Insaniah : Etika dan moral. EMK: -Teknologi dan Maklumat -Nilai murni. Langkah 1 (10 Minit) (Pengertian dan hukum menutup aurat) Pengertian Hukum 1. Pelajar diminta untuk menulis satu perkataan mengenai aurat melalui ruangan yang disediakan oleh guru. 2. Murid diminta untuk menonton tayangan video penerangan oleh guru. 3. Guru menyediakan soalan untuk dijawab oleh pelajar.


Refleksi : isu / Penambahbaikan Segala puji bagi Allah yang mengurniakan segala nikmat. Syukur ke hadrat-Nya dapat juga saya menyelesaikan tugasan Pentaksiran Berterusan ini bagi subjek Teknologi dan Media Pengajaran (EDUP2112) . Ucapan setinggi penghargaan didedikasikan buat pensyarah saya yang membimbing dan mencurahkan ilmu yang begitu mahal tiada nilai gantinya, Tuan Abd.Haris Bin Johari. Dengan perkongsian ilmu dan tunjuk ajar oleh pensyarah, dapat saya pelajari pelbagai ilmu baharu. Penghasilan tugasan ini, membuka ruang buat saya bahawa betapa pentingnya berusaha agar menjadi mahir dalam bidang teknologi ini. Oleh yang demikian, betapa pentingnya mempelajari akan bidang ini agar sesi pengajaran dan pembelajaran kelihatan lebih menarik selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Saya juga yakin, dengan pembelajaran interaktif antara salah satu usaha menarik minat para pelajar untuk lebih fokus dan semangat. Tidak dinafikan, setiap apa yang kita lakukan pasti adanya cabaran. Begitu juga sepanjang proses persiapan menyelesaikan tugasan ini, saya menghadapi kesukaran dari sudut mengaplikasikan sebahagian kecil ilmu-ilmu yang telah diajar oleh pensyarah. Pembinaan Google Site ini suatu perkara baharu bagi diri ini. Selain itu, saya mengalami kesukaran dari sudut jaringan internet sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Oleh yang demikian, tanpa melayan putus asa antara tindakan yang diambil agar diri ini terus bersemangat untuk menyelesaikan tugasan ini adalah dengan merujuk semula nota-nota Langkah 2 (10 Minit) Hukum menutup aurat berdasarkan Dalil Naqli 1. Murid diminta untuk membaca dan menghafaz dalil naqli mengenai hukum menutup aurat. 2. Murid diminta merekod hafazan dan menghantarnya kepada guru. 2.Murid diminta menjawab soalan yang disediakan oleh guru. Langkah 3 (15 Minit) Adab-adab berpakaian dan Ciri-ciri pakaian yang menepati syarak 1.Murid diminta untuk menonton klip video nasyid adab-adab berpakaian. 2.Guru memberi arahan kepada murid untuk melihat poster ciri-ciri pakaian menepati syarak. 3.Murid diberi arahan untuk menjawab soalan kuiz yang disediakan. Penutup (5 Minit) Penutup Kognitif : -Pengertian dan hukum menutup aurat. -Dalil Naqli tentang Hukum menutup aurat. -adab-adab dan Ciri-ciri pakaian yang menepati syarak. Penutup Sosial : Sentiasa mentaati perintah Allah dan bersabar melaksanakannya. 1. Murid diminta mengingat kembali isi pelajaran dengan menonton klip video. 2. Murid diminta kongsikan perasaan selepas mempelajari tajuk ini. 3. Murid diminta merumuskan isi pembelajaran yang dipelajari. 4. Murid diingatkan agar sentiasa mentaati perintah allah dan bersabar melaksanakannya. 5. Latihan sebagai pengukuhan.


dan rakaman video yang dibuat semasa kelas bersemuka yang lalu. Selain itu, saya juga menonton semula rakaman taklimat yang terkandung padanya tutorial ringkas yang diajar oleh pensyarah. Tambahan lagi, segala kekeliruan diajukan persoalan-persoalan tersebut kepada rakan-rakan. Selain huluran bantuan perkongsian ilmu oleh rakan-rakan, semangat moral turut dikongsikan buat saya. Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah memberkati usaha murni para pendidik khususnya pensyarah bagi subjek ini Tuan Abd.Haris Bin Johari. Mudah-mudahan, apa yang dipelajari ini akan membuahkan hasil agar dipraktikkan di medan sebenar iaitu di sekolah. Moga ianya mampu memberi manfaat buat semua khususnya anak-anak didik dan warga sekolah, insya-Allah.


Click to View FlipBook Version