PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT
ANJURAN AGENSI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN
Oleh:
Nazatul Amilin binti Mohd Muzaffar
PISMP Jun 2018 Unit 7 (Bahasa Melayu 4)
1) Kementerian Pendidikan Malaysia
PROGRAM 3K3C
Program ini telah dilancarkan pada tahun 2015 hasil kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia bersama syarikat Dutch Lady. 3K merujuk kepada “Kebersihan,
Kesihatan & Keselamatan” manakala 3C merujuk kepada “Cabaran, Cergas & Ceria”.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan laman sesawang rasmi untuk
memudahkan penyebaran maklumat dan informasi berkaitan program ini.
Sasaran: Murid sekolah rendah dan sekolah menengah.
Objektif:
- Program Anugerah 3K
1. Meningkatkan kualiti persekitaran sekolah dari aspek fizikal, kesihatan,
keharmonian dan keselamatan.
2. Membina kesedaran terhadap kepentingan memelihara persekitaran yang
sihat dan selamat.
- Projek Khas 3C
1. Mendidik murid melalui pendidikan pemakanan berterusan, diet yang
seimbang dan penglibatan dalam aktiviti sukan fizikal harian.
2) Kementerian Pengajian Tinggi
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT
Program ini telah menjadi amalan bagi kebanyakan Institut Pengajian tinggi.
Program ini termasuklah aktiviti senamrobik, Kayuhan Kampus, Larian Kampus,
Anugerah Ideal, Anugerah Jabatan Sihat dan sebagainya. Contohnya, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Sukan (USE) telah
melaksanakan program signature seperti Senam Robik Perdana, UTM Games dan
Kayuhan Lestari.
Sasaran: Semua warga UTM (turut mendapat sokongan daripada 400 hingga 600
kakitangan staf)
Tujuan:
1. Mewujudkan budaya sihat dalam kalangan warga UTM
2. Menangani isu stress dalam kalangan mahasiswa UTM
3) Kementerian Kesihatan Malaysia
KEMPEN NAK SIHAT
Program ini dikhusukan kepada golongan belia bagi memastikan mereka
mengamalkan cara hidup sihat menerusi aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Aktiviti
yang dijalankan termasuklah regangan, aktiviti yang melibatkan orang ramai seperti
berbasikal, pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, BMI, gigi, mata serta khidmat
kaunseling berkaitan isu merokok atau lain-lain masalah.
Sasaran: Semua anggota masyarakat setempat termasuk orang dewasa, ketua keluarga,
suri rumah, belia, remaja, pemimpin komuniti dan warga emas.
Objektif:
1. Meningkatkan pengetahuan golongan belia tentang kepentingan pelaksanaan
aktiviti fizikal berdasarkan piramid aktiviti fizkal yang disarankan oleh KKM.
2. Membina kemahiran dan keyakinan diri melalui pelaksanaan aktiviti fizikal.
3. Menjadikan amalan aktiviti fizikal sebagai rutin kehidupan bagi masyarakat
setempat terutama golongan belia.
4) Kementerian Belia dan Sukan
PROGRAM KBS FIT & ACTIVE
Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan berkaitan pemakanan yang
seimbang, isu kesihatan seperti berat badan berlebihan atau obesiti dan amalan gaya
hidup sihat dalam menjalankan rutin harian.
Sasaran: Terbuka kepada semua masyarakat Malaysia.
Objektif:
1. Mendidik masyarakat tentang pemakanan yang sihat.
2. Meningkatkan pengetahuan tentang amalan aktiviti fizikal harian.
3. Mendedahkan cara menyediakan pelan diet yang seimbang dan efektif.
4. Menggalakkan pengisian masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan
memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.
5) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
PROGRAM TRANSFORMASI PASAR MALAM KPKT
Program ini telah dianjurkan serentak dengan Majlis Sambutan Hari Penjaja dan
Peniaga Kecil Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021. Program yang dirancang
ini telah dilaksanakan pada 3 Disember 2021 untuk membiasakan masyarakat dengan
pengoperasian pasar malam pasca pandemic Covid-19. Program ini juga bertujuan
mewujudkan keseragaman dalam pengoperasian, pengurusan mengikut Garis Panduan
Pasar Malam KPKT, amalan norma baharu seperti program sanitasi dan disinfeksi secara
kendiri.
Sasaran: Semua peniaga kecil dan pelanggan (masyarakat setempat).
6) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
PROGRAM USAHAWAN TEKNOLOGI RETORT
Program ini memberi keutamaan kepada usahawan kecil dalam kalangan
penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR). Program ini bertujuan untuk membantu
masyarakat menjana pendapatan lebih demi kelangsungan hidup keluarga mereka.
Melalui program ini, usahawan kecil didedahkan kepada penggunaan teknologi canggih
yang dapat membantu mereka dalam proses pembungkusan makanan supaya tahan
lebih lama. Teknologi yang diperkenalkan ini dapat menghapuskan mikroorganisme
dalam makanan sekali gus menjamin kebersihan dan kesegaran produk.
Sasaran: 105 peserta dalam komuniti PPR Hiliran Ampang dan Koperasi Hiliran Ampang.
7) Agensi Anti Dadah Kebangsaan
PROGRAM HIJRAH AADK
Program ini merupakan sebuah inisiatif yang memberi peluang kedua kepada
Orang Kena Pengawasan (OKP) untuk meneruskan kehidupan mereka dengan lebih
baik. Pelaksanaan program ini telah membantu mereka mendapatkan pekerjaaan dalam
tempoh 6 bulan sejak pelaksanaannya pada tahun 2019.
Sasaran: 53, 384 OKP (74%)
Tujuan:
1. Membolehkan OKP daripada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen)
menjalani kehidupan yang lebih baik.
2. Memperoleh peluang pekerjaan dan sumber pendapatan tetap daripada lebih 400
syarikat daripada pelbagai bidang.
8) Majlis Aids Malaysia
PROGRAM PENGURANGAN MUDARAT
Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2005 dengan kerjasama pelbagai
agensi kerajaan dan bukan kerajaan khususnya Majlis Aids Malaysia. Program ini telah
menunjukkan pencapaian yang baik dalam mengurangkan peratusan jangkitan HIV
tahun demi tahun. Program ini merangkumi pelbagai usaha pencegahan, kawalan,
rawatan dan jagaan yang diberikan khusus kepada golongan penagih dadah.
Sasaran: Penagih dadah dan individu yang dijangkiti HIV akibat kes-kes tertentu.
Bibliografi
Nor Hidayati Mokhtar. (2020, Jun 28). UTM Suburkan Gaya Hidup Sihat Dalam
Kalangan Warganya. Laman Sesawang Rasmi Universiti Teknologi Malaysia.
Dicapai pada 28 Disember 2021, daripada https://news.utm.my/ms/2020/06/utm-
suburkan-gaya-hidup-sihat-dalam-kalangan-warganya/
Zanariah Abd Mutalib. (2021, Disember 11). Program Usahawan Teknologi Retort Bakal
Diperluas. Berita Harian Online. Dicapai pada 28 Disember 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/897844/program-
usahawan-teknologi-retort-bakal-diperluas
Program 3K3C. (n.d). Laman Sesawang Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dicapai pada 28 Disember 2021, daripada https://www.moe.gov.my/en/bantuan-
pembelajaran-menu/program-3k3c
Program KBS Fit & Active. (n. d). Laman Sesawang Rasmi Kementerian Belia Dan
Sukan. Dicapai pada 28 Disember 2021, daripada
https://www.kbs.gov.my/program-kbs-fit-active-2.html
Intan Mas Ayu Shahimi. (2018, Januari 5). Dorong Generasi Muda Amal Hidup Sihat.
Harian Metro Online. Dicapai pada 28 Disember 2021, daripada
https://www.hmetro.com.my/hati/2018/01/300188/dorong-generasi-muda-amal-
hidup-sihat
Usaha Pencegahan, Rawatan Berjaya Turunkan Kes HIV Dalam Negara. (2021,
Disember 1). BERNAMA. Dicapai pada 28 Disember 2021, daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/usaha-pencegahan-rawatan-
berjaya-turunkan-kes-hiv-dalam-negara-333930