The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RENUGA MAHANDRAN, 2023-12-26 11:17:47

KIAR ASSIGNMENT 2 KUMPULAN 2

KIAR ASSIGNMENT 2 KUMPULAN 2

Bekas Presiden Indonesia


BIL TAJUK MUKA SURAT 1. PENGENALAN AHLI KUMPULAN 1 - 3 2. LATAR BELAKANG KES INTEGRITI ATAU RASUAH SUHARTO 4 - 5 3. ISU-ISU UTAMA DAN AKIBAT DARIPADA KESALAHAN INTEGRITI ATAU RASUAH SUHARTO 6 - 9 4. LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENANGANI ATAU MENYELESAIKAN KES RASUAH SUHARTO 10 - 11 5. KESAN KES RASUAH SUHARTO KEPADA INDIVIDU, ORGANISASI, DAN MASYARAKAT 12 - 14 6. LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI MASALAH RASUAH DALAM MASA HADAPAN 15 - 18 7. PENUNTUP 19 - 21 ISI KANDUNGAN


PENGENALAN AHLI KUMPULAN NAMA: RENUGA A/P MAHANDRAN NOMBOR MATRIK: 299061 NAMA: LIKNESH A/L KUNALAN NOMBOR MATRIK: 298308 NAMA: CHE WAN NUR ASMIRA NATASHA BINTI CHE WAN MOHD ASRI NOMBOR MATRIK: 298770 1


NAMA: NUR AMISHAHAINAA BINTI YAHAYA NOMBOR MATRIK: 299211 NAMA: NUR ILHAM ALIA BINTI ISMAIL NOMBOR MATRIK : 299017 NAMA: DARAPORN A/P SAK NOMBOR MATRIK: 299435 NAMA: NURFATIHAH SYAKIRIN BINTI ROSDZI NOMBOR MATRIK: 298844 2


NAMA: ZAHIRA ALIABINTI MHD ZAKARIA NOMBOR MATRIK: 299319 NAMA: NURUL AMIRA BINTI MOHAMAD ZAIDI NOMBOR MATRIK: 299161 NAMA: CHE NAJJAHNABILA BINTI CHE FAIZUL NOMBOR MATRIK: 299070 3


Pedes apabila ibu dan ayah tirinya pindah rumah ke Kemusuk Kidul. Kemudian, Suharto melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Pertama (SMP) Muhammadiyah di Yogyakarta. Setelah lulus SMP, Soeharto sebenarnya ingin pergi ke sekolah menengah atas (SMA), tetapi dia terkendala dengan kos. Oleh itu, Soeharto kemudiannya memilih untuk menyertai tentera. Melalui artikel Kompas.com pada tahun 1940, dia masuk ke Militer Koning Willem III, yang sekarang dikenali sebagai Akademi Militer Magelang. Pada mulanya, Suharto menyertai tentera kolonial Belanda, tetapi selepas Jepun penaklukan (1942) dia menyertai kor pertahanan tajaan Jepun. Ketika itu, Suharto telah berkahwin Siti Hartinah dilangsungkan tanggal 26 Desember 1947 di Solo iaitu Suharto berusia 26 tahun.dan isterinya 24 tahun. Lepas itu, mereka mempunyai 6 cahaya mata yang bernama Siti Hardiyanti Hastuti, Sigit Harjojudanto, Bambang Trihatmodjo, Siti Hediati Herijadi, Hutomo Mandala Putra dan Siti Hutami Endang Adiningsih. 1.0 LATAR BELAKANG KES INTEGRITI ATAU RASUAH SUHARTO Mengikut Encyclopedia Britannica, nama penuh Suharto yang dikenali sebagai Jend. Besar TNI Purn. Haji Muhammad Soeharto yang dilahir pada 8 Jun 1921 di Kemusu Argamulja, Jawa, Hindia Belanda. Beliau menjadi presiden kedua Indonesia dari 1967 hingga 1998. Suharto bermula mendapat pendidikannya berusia delapan tahun tetapi kerap berpindah-pindah iaitu pada awalnya, bersekolah di Sekolah Dasar (SD) Puluhan, Godean. Selepas itu, berpindah ke Sekolah Dasar (SD) 4


Dia menyertai pasukan gerila yang menuntut kemerdekaan daripada Belanda selepas Jepun menyerah kalah. Beliau adalah leftenan kolonel apabila Indonesia mendapat kemerdekaan pada tahun 1950. Dia adalah seorang antikomunis yang kuat, dan dia menghancurkan apa yang dianggap sebagai percubaan rampasan kuasa komunis pada tahun 1965 dengan melakukan pembersihan kejam terhadap orang komunis dan kiri di seluruh negara, yang mengakibatkan kematian 1,000,000 orang. Beliau menggulingkan Sukarno, presiden yang sedang bersidang, dan pada tahun 1967, beliau sendiri dilantik sebagai presiden. Beliau menubuhkan kerajaan autoritarian dan menang tanpa lawan. Beliau dengan kejam mengilhakkan bekas wilayah Portugis di Timor Timur pada tahun 1975. Semua orang melihat rasuah kerajaannya apabila ekonomi runtuh, yang membawa kepada demonstrasi besar-besaran yang mendorongnya meletak jawatan pada tahun 1998, selepas 31 tahun berkuasa. Mengikut Utusan Malaysia, pemerintahan Suharto selama 32 tahun mencerminkan skandal rasuah, amalan kronisme, pemerintahan diktator dan penindasan. Jumlah penyelewengan yang dilakukan oleh Suharto dianggarkan oleh Transperancy International adalah sebanyak adalah RM60 bilion hingga RM140 bilion. Oleh kerana masalah kesihatannya, percubaan untuk mendakwanya atas kesalahan rasuah dan jenayah lain gagal. Suharto meninggal dunia pada 27 Januari 2008 akibat komplikasi jantung, paru-paru dan ginjal. Pada masa itu, dia berumur 86 tahun. Pada 8 Julai 2015, Mahkamah Agong Indonesia memutuskan bahawa Yayasan Beasiswa Supersemar dan enam anak Suharto perlu membayar balik 4.389 trilion rupiah (RM1.8 bilion) yang telah diseleweng semasa pemerintahan diktator itu. 5


2.0 ISU-ISU UTAMA DAN AKIBAT DARIPADA KESALAHAN INTEGRITI ATAU RASUAH SUHARTO 2.1 ISU - ISU UTAMA KESALAHAN INTEGRITI ATAU RASUAH SUHARTO 2.1.1 DESAKAN KETUA KABINET DAN PENOLAKAN JAWATAN 14 ORANG MENTERI Haji Harmoko merupakan antara penyokong Suharto pada peringkat awal kerana beliau telah berkhidmat dengan kabinet Orde Baru selaku Menteri Penerangan kira-kira selama 14 tahun. Tetapi, beliau akhirnya telah mendesak Suharto supaya meletakkan jawatan. Hal ini disebabkan oleh rasuah yang telah dilakukan oleh Suharto. Pada ketika itu, beberapa projek negara telah dimonopoli oleh pihak tertentu. Hampir semua anak Suharto mendapat kontrak pengedaran dan projek pertamanya selama Suharto menjadi presiden. Suharto juga dituduh terlibat dengan rasuah iaitu kekayaan yang melampau dan didapati bahawa kekayaan beliau telah diletakkan di bawah banyak yayasan dengan tujuan dapat mengelakkan cukai. Selain itu, seramai 14 orang Menteri telah menolak jawatan yang diberikan oleh Suharto kerana tidak percaya pada pemerintahan Suharto. 6


2.1.2 PENGUASAAN EKONOMI OLEH KAUM KELUARGA SUHARTO Semasa pemerintahan Suharto, beliau banyak memberikan projek kerajaan kepada kaum keluarga dan kroninya sahaja tanpa memberi peluang kepada rakyat Indonesia. Hal ini menyebabkan kekayaan negara Indonesia boleh dianggap sebagai milik kaum keluarga Suharto dan kroninya sahaja kerana sebilangan besar kekayaan negara hanya dirasai oleh mereka. Ini telah menyebabkan ekonomi Indonesia semakin teruk dan lumpuh semasa serangan mata wang kerana banyak mata wang rupiah dan kekayaan yang dimiliki oleh Suharto dan kroninya telah disimpang di bank luar negara. Contohnya, di Singapura yang menyebabkan kecairan mata wang tidak dapat dilakukan dalam negara. 2.1.3 KEGAWATAN EKONOMI YANG BERPANJANGAN Kegawatan ekonomi yang berpanjangan ini telah mencerminkan kredibiliti Suharto dalam memegang amanah sebagai ketua negara. Ternyata Suharto tidak berhasil dalam mengawal apatah lagi menamatkan kegawatan ekonomi yang telah melanda Indonesia. Tindakan beliau membuat pinjaman dari IMF ternyata diibaratkan seperti keluar terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Hal ini demikian kerana tindakan tersebut tidak sedikitpun dapat berubah keadaan ekonomi Indonesia yang sedang tenat. Langkah drastik yang diambil seperti menaikkan harga minyak juga dilihat memarahkan lagi situasi ekonomi Indonesia. Masalah-masalah ekonomi sejak dari awal seperti masalah liberalisasi ekonomi dan ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan yang tidak dibendung oleh Suharto ternyata membawa padah kepada beliau. 7


2.2 AKIBAT DARIPADA KESALAHAN INTEGRITI ATAU RASUAH SUHARTO 2.2.1 GERAKAN DESAKAN PELAJAR Pelajar mendesak agar pemerintah bersikap jujur dan tegas dalam membanteras rasuah dan penyimpangan yang berlaku. Mereka juga menuntut agar kehidupan masyarakat dibela dan ditingkatkan. Kemuncak daripada protes yang dilakukan oleh pelajar pada 15 Januari 1974 apabila berlaku peristiwa rusuhan besar yang disertai kekerasan di Jakarta, yang menyebabkan banyak rakyat terkorban dan harta benda musnah. Semua aktiviti pelajar selepas itu dikawal secara ketat oleh pimpinan institusi pengajian tinggi yang diberi kuasa luas untuk mencampuri aktiviti luar yang dianggap merbahaya. Dengan cara kawalan itu, gerakan pelajar makin lemah dan masyarakat akademik tidak lagi terbabit dalam usaha-usaha menentang dasar pemerintah. Meskipun kawalan yang dilakukan ke atas universiti sangat ketat, namun para tokoh gerakan pelajar terus berusaha untuk melakukan penentangan terhadap sekatan yang dikenakan terhadap mereka. Kekecewaan pelajar terus meningkat kerana pemerintah gagal menyelesaikan pelbagai permasahan bangsa, mulai daripada rasuah sampai kepada pelbagai praktik politik pemerintah yang tidak berpelembagaan. 8


2.2.2 HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT Kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Suharto berkurang setelah bangsa Indonesia dilanda krisis multidimensional termasuklah krisis kegawatan ekonomi yang melanda Indonesia dilihat seperti tidak ada penghujungnya. Kelemahan sistem pengadilan turut melahirkan krisis hilang kepercayaan rakyat terhadap pemerintah. Hal ini telah menyebabkan muncul berbagai aksi damai yang dilakukan oleh masyarakat dan mahasiswa. Pada era 1980-an sehingga 1990-an kekuasaan kerajaan begitu kuat manakala masyarakat pula sangat lemah. Kerajaan mula mengawal masyarakat yang menyebabkan timbulnya kebencian terhadap kerajaan yang didapati mula bertindak adil dalam banyak perkara. Para mahasiswa yang menjadi perantara masyarakat dengan pihak kerajaan pula telah berjaya memperlihatkan rakyat sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan Suharto dan tidak dapat bersabar dengan tekanan hidup yang mencengkam mereka. 2.2.3 MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA Ekonomi negara Indonesia mula terjejas semasa serangan mata wang di mana kaum keluarga Suharto dan kroninya telah menguasai kekayaan yang melampau yang menyebabkan banyak mata wang rupiah dan kekayaan yang dimilikinya telah disimpang di bank luar negara seperti di Singapura. Tambahan lagi, kekayaan yang dimiliki oleh Suharto tidak digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan ekonomi negara malah digunakan untuk kepentingan diri. Kekayaan yang melampau yang dimiliki oleh Suharto ini menggambarkan bahawa kekayaan tersebut bukannya hasil dari gajinya malah menunjukkan berlakunya rasuah dan penyelewengan yang dilakukan Suharto. Hal ini dikatakan kerana kekayaan yang dimilikinya melampaui kekayaan yang dimiliki oleh Raja Arab Saudi, Ratu England dan Sultan Brunei. Kekayaan Suharto yang banyak ini dikatakan dapat mengatasi masalah kemiskinan rakyat Indonesia sekiranya digunakan untuk negara. Suharto telah didapati bersalah apabila Pusat Data Bisnes Indonesia (PDBI) berjaya membuktikan bahawa Suharto telah melakukan rasuah walaupun pernah dinafikan olehnya. 9


3.0 LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENANGANI KES SUHARTO Selepas peristiwa Suharto pada tahun 1998, kerajaan Indonesia mengambil beberapa langkah untuk menangani masalah rasuah dan rasuah. Beberapa langkah ini melibatkan: KPK (Suruhanjaya Pemberantasan Rasuah) iaitu kerajaan menubuhkan KPK pada tahun 2003 sebagai badan bebas yang memberi tumpuan kepada memerangi rasuah. KPK mempunyai kuasa penyiasatan dan pendakwaan. Pembaharuan undang-undang iaitu Indonesia sedang melakukan pembaharuan undang-undang untuk mengukuhkan rangka kerja undangundang dalam menangani rasuah. Ini termasuk perubahan dalam undangundang dan penciptaan Mahkamah Rasuah Khas. Ia termasuk peningkatan sekatan dan penalti yang sepadan dengan tahap pelanggaran. Penglibatan masyarakat tentang sivil termasuk NGO anti-rasuah, memainkan peranan aktif dalam mengawasi kerajaan dan mengumpulkan sokongan untuk membasmi rasuah. Wujud sikap ketelusan dan akauntabiliti. Apabila peningkatan ketelusan dalam pengurusan kewangan awam dan dasar akauntabiliti membantu mengurangkan skop tindakan rasuah. Walaupun langkah-langkah positif, cabaran dalam memerangi rasuah masih ada, dan usaha yang berterusan diperlukan untuk memastikan integriti dalam kerajaan. Sistem akauntabiliti yang kuat juga harus dilaksanakan untuk memastikan tanggungjawab pegawai awam terhadap penggunaan dana awam. 10


Melalui pendidikan dan kesedaran dapat meningkatkan pendidikan awam mengenai rasuah, termasuk kesannya terhadap pembangunan negara. Kempen penjangkauan dan kesedaran boleh memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam mencegah dan melaporkan tindakan rasuah. Pengawasan media juga dapat sokongan untuk media bebas yang mempunyai peranan penting dalam mengawasi pemerintah. Kebebasan akhbar mesti dikekalkan, dan sokongan diberikan supaya media dapat berfungsi sebagai penjaga kepentingan umum dan melaporkan kes rasuah tanpa takut tekanan atau penindasan. Kewujudan pembaharuan birokrasi iaitu pembaharuan struktur birokrasi untuk mengurangkan peluang rasuah. Ia melibatkan peningkatan prosedur untuk perolehan, penempatan dan promosi pegawai awam, serta penubuhan mekanisme pengawasan dalaman yang berkesan. Kewujudan kerjasama antarabangsa juga melalui terokai kerjasama dengan institusi antarabangsa dan negara lain untuk menyokong usaha memerangi rasuah. Ini termasuk pertukaran maklumat, latihan, dan koordinasi dalam menangani kes rentas sempadan. Perlindungan pemberi maklumat dengan mencipta dan menguatkuasakan undang-undang yang melindungi pemberi maklumat daripada tindakan balas atau ancaman. Keberanian untuk melaporkan rasuah harus diberi ganjaran dan dilindungi. 11


KESAN KEPADA INDIVIDU AKIBAT KES RASUAH SUHARTO 4.0 KESAN KES RASUAH SUHARTO KEPADA INDIVIDU, ORGANISASI, DAN MASYARAKAT Kepimpinan Suharto di Indonesia selama lebih dari tiga dekad mempunyai kesan yang besar terhadap individu, organisasi, dan masyarakat secara umum. Berikut adalah analisis bagaimana kes rasuah Suharto mempengaruhi pelbagai aspek: 4.1 KESAN KEPADA INDIVIDU 4.1.2 PENINGKATAN KETAKSAMAAN EKONOMI Amalan rasuah di bawah pemerintahan Soeharto mewujudkan ketidaksamaan ekonomi yang semakin meningkat. Sesetengah kekayaan tertumpu kepada sebilangan kecil individu dan kumpulan yang mempunyai akses kepada sumber dan dasar ekonomi yang menguntungkan. 4.1.1 MENCIPTAKAN BUDAYA KORUPSI Rasuah yang melibatkan Suharto dan pemerintahannya bisa menciptakan budaya korupsi di masyarakat. Ketika individu melihat bahwa korupsi dianggap sebagai "norma" dalam pemerintahan, mereka mungkin cenderung terlibat dalam praktik-praktik korupsi di kehidupan sehari-hari mereka. 12


KESAN KEPADA ORGANISASI AKIBAT KES RASUAH SUHARTO 4.2.2 PENYELEWENGAN DALAM SEKTOR PERNIAGAAN Amalan rasuah meresap dalam sektor perniagaan, mewujudkan herotan dalam persaingan dan mengehadkan pertumbuhan perniagaan yang jujur dan beretika. Syarikat yang tidak terlibat dalam amalan rasuah mungkin menghadapi halangan atau diskriminasi. 4.2.1 KETIDAKADILAN DALAM ORGANISASI Rasuah Soeharto menyebabkan ketidakadilan dalam masyarakat. Banyak proyek dan kebijakan pemerintah tidak didasarkan pada kebutuhan rakyat atau kepentingan umum, tetapi lebih kepada keuntungan pribadi dan kelompok yang terlibat dalam praktik rasuah. 4.2 KESAN KEPADA ORGANISASI 4.2.3 PENCEMARAN LINGKUNGAN Rasuah juga berdampak negatif pada lingkungan. Banyak proyek pembangunan yang dibiarkan tanpa pengawasan yang memadai karena korupsi, mengakibatkan kerusakan lingkungan yang serius seperti deforestasi, pencemaran air, dan kerusakan ekosistem. 13


KESAN KEPADA MASYARAKAT AKIBAT KES RASUAH SUHARTO 4.3.1 KETIDAKPERCAYAAN TERHADAP SISTEM DAN KERAJAAN Rasuah telah mewujudkan tahap ketidakpercayaan yang tinggi terhadap sistem politik dan kerajaan. Umum merasakan dasar dan keputusan dibuat berdasarkan kepentingan golongan tertentu, bukan untuk kesejahteraan masyarakat keseluruhannya. 4.3.2 KETAKSAMAAN DALAM AKSES KEPADA PELUANG Amalan rasuah mengakibatkan ketidaksamaan dalam akses kepada peluang untuk masyarakat. Peluang untuk pendidikan, pekerjaan atau perkhidmatan awam mungkin terhad bagi mereka yang tidak terlibat dalam rangkaian rasuah. 4.3 KESAN KEPADA MASYARAKAT 4.3.3 KEMISKINAN Korupsi yang melibatkan Suharto menyebabkan kemiskinan di kalangan masyarakat. Dana yang seharusnya digunakan untuk pembangunan dan pemberdayaan ekonomi masyarakat malah berakhir di tangan segelintir orang. 14


5.0 LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI MASALAH RASUAH DALAM MASA HADAPAN 5.1 LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK MENGATASI MASALAH RASUAH DALAM MASA HADAPAN 5.1.1 KERAJAAN MEMINDA AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2018 (PINDAAN MACCA) DENGAN MEMPERKENALKAN SEKSYEN 17 A MACCA 2009. Seksyen 17 A MACCA 2019 merupakan peruntukan yang khusus mengenakan tanggungjawab ke atas organisasi komersial bagi rasuah yang dilakukan oleh individu berkaitan. Peruntukan ini menuntut setiap pengurusan peringkat atasan Syarikat untuk mematuhi sepenuhnya undang-undang dan keperluan peraturan mengenai anti-rasuah. Melalui pindaan Seksyen 17 A MACCA 2019, setiap Syarikat tempatan atau antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia atau di tempat lain diarahkan untuk melaksanakan beberapa langkah untuk menghindari rasuah. Langkah-langkah ini akan dilaksanakan melalui dasar anti-rasuah seperti kewajiban melakukan penilaian wajar, pengaduan pelanggaran etika, penyaringan latar belakang, Latihan tentang anti-rasuah dan penipuan, serta dasar penilaian anti-penipuan. Selain itu, Syarikat juga harus menetapkan peraturan dan meningkatkan kesedaran anti-rasuah di kalangan pekerjanya. Setiap Syarikat diharapkan memiliki dasar-dasar dan prosedur yang komprehensif untuk mendorong aktiviti pengaduan pelanggaran etika. Bukan itu Sahaja, Syarikat juga harus memiliki pengawalan yang tepat seperti pengurusan risiko. Pengawalan internal sangat membantu mencegah risiko rasuah pihak ketiga yang terlibat dalam perniagaan. Syarikat dikehendaki menilai pihak ketiga dan membantu aktiviti mereka secara berterusan. 15


5.1.2 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG. Pendekatan penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik. Penguatkuasaan undang-undang memberikan hasil dan impak kepada masyarakat terutamanya membabitkan kes dalam ketirisan dana kerajaan. Apabila sebuah. Undang-undang sedia ada tidak benar-benar memberi ketakutan kepada masyarakat hinggakan mereka yang didakwa atas kesalahan itu juga langsung tidak menunjukkan rasa malu ketika dihadapkan ke mahkamah. Kegiatan rasuah pada masa kini kebanyakkannya berlaku dalam golongan penjawat awam dan juga golongan yang berprofit tinggi. Mereka menggunakan pangkat dan jawatan mereka sebagai satu kelebihan serta peluang untuk mereka terlibat dalam kegiatan jenayah rasuah. Kebanyakkan Syarikat-syarikat besar yang terlibat dengan rasuah dan terbukti bersalah bertanggungjawab, pengarah, rakan kongsi, atau pekerja akan dipertanggungjawab secara bersama dan berasingan. Apabila disabitkan kesalahan, individu tersebut boleh dihukum denda tidak kurang daripada 10 kali jumlah atau nilai suapan jika boleh dinilai atau RM1 juta (mana yang lebih tinggi) atau penjara untuk tempoh tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya sekali. 5.1.3 MEMPERKENALKAN KAEDAH PERISIKAN DAN PENYIASATAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI LEBIH MAJU. Pengenalan kaedah perisikan dan penyiasatan dengan menggunakan teknologi lebih maju dapat mengesan dengan lebih tepat Tindakan yang dilakukan oleh pelaku rasuah. Penggunaan teknologi yang canggih dapat memudahkan pihak SPRM untuk mengenakan hukuman yang setimpal dengan tindakan rasuah yang dilakukan. Namun begitu, penggunaan alatan penyiasatan berteknologi canggih menggunakan kos yang tinggi dan efektif seperti penggunaan kamera badan bertujuan untuk mengesan pergerakan dan tindakan yang mencurigakanyang dilakukan oleh pelaku rasuah. Oleh itu, pihak Kerajaan hendaklah mengambil Tindakan segera dalam memperuntukkan alatan yang berteknologi canggih dan lebih maju dalam membanteras jenayah rasuah yang kebelakangan ini meningkat di dalam negara. 16


5.1.4 MENGADAKAN KEMPEN ANTI-RASUAH. Kempen anti rasuah dalam kalangan komuniti perlu digerakkan dari masa ke semasa bagi membendung jenyah rasuah dalam kalangan komuniti terutamanya penjawat awam. Kempen anti rasuah diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti bahawa jenayah rasuah mampu merosakkan sesebuah negara. Kempen anti rasuah diadakan adalah untuk memupuk budaya ketelusan dan integriti masyarakat. 5.1.5 5PENDIDIKAN DAN KESEDARAN. Pendidikan antirasuah adalah langkah tepat untuk membanteras rasuah bermula daripada akar umbi. usaha itu bertujuan bagi melahirkan generasi berkualiti selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara bebas rasuah. Pendidikan anti rasuah perlu diselitkan dalam silibus pembelajaran bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar sekaligus kesedaran kepada mereka berkaitan dengan jenayah rasuah dan rasuah perlu dibanteras untuk keamanan negara. 5.2 LANGKAH - LANGKAH PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI MASALAH RASUAH DALAM MASA HADAPAN 5.2.1 MEMBERIKAN GAJI YANG BERTEPATAN DAN BERMARUAH. Dengan memberikan gaji yang layak, pemilik dapat meningkatkan harapan dan standard etika di antara pegawai serta menguatkan budaya organisasi yang menekankan integriti. Hal ini kerana sebagai pekerja, kita mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menampung keperluan dan kehendak diri serta keluarga, keinginan untuk menerima rasuah pasti dapat dielakkan. Oleh itu, gaji yang bertepatan dengan kelayakan bagi seseorang pekerja haruslah diberikan. 17


5.2.2 MENJATUHKAN HUKUMAN YANG BERAT KEPADA PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH. Hukuman yang setimpal harus diberikan kepada pemberi dan penerima rasuah. Sebagai contoh, memberi denda,penjara atau kedua-duanya sekali mengikut kesahalahan mereka serta tidak mengira pangkat mereka. Hal ini dapat menunjukkan bahawa kerajaan berlaku adil dan meningkatkan kepercayaan rakyat. 5.2.3 MEMASTIKAN SEKTOR AWAM BEROPERASI SECARA JUJUR, TELUS DAN BERTANGGUNGJAWAB. Dalam sesebuah organisasi, pengurus merupakan jawatan yang paling penting bagi menguruskan tugas organisasi dan perlu menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja yang lain. Oleh itu, sekiranya berlaku penyelewangan, pekerja tersebut haruslah dibuang kerana telah melanggar peraturan dan telah mencemar nama baik sebagai penjawat awam walaupun mempunyai pangkat yang tinggi. 5.2.4 MENINGKATKAN PENGUNAAN TEKNOLOGI DAN INOVASI Pengunaan teknologi dan inovasi yang canggih dapat mengesan kes rasuah yang berlaku antara pekerja. Hal ini kerana teknologi yang digunakan dapat mengesan data keluar masuk duit dan maklumat. Ini dapat memudahkan untuk mengesan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan. 18


RUJUKAN 19 1.RUJUKAN LATAR BELAKANG: Britannica, T. Editors of Encyclopaedia (2003, August 7). Suharto summary. Encyclopedia Britannica. :https://www.britannica.com/summary/Suharto Artikel Kompas.Com, Biografi Soeharto, dari Anak Petani hingga Jadi Presiden Indonesia, 2023, Kompas.com : https://www.kompas.com/stori/read/2023/08/31/130000079/biografisoeharto-dari-anak-petani-hingga-jadi-presiden-indonesia?page=all Utusan Malaysia. Wartawan Luar Negara (2022, Ogos 25). Ramai Pemimpin Dunia Pernah Dihukum Penjara. : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/08/ramai-pemimpin -dunia-dihukum-penjara-kerana-rasuah/ 2.RUJUKAN ISU-ISU UTAMA DAN AKIBAT DARIPADA KESALAHAN INTEGRITI ATAU RASUAH SUHARTO Amirah Hamzah. Galurkan Faktor-Faktor Kejatuhan Suharto Dalam Politik Indonesia, (28 November 2023). : https:// www.academia.edu/30645248. Muhammad Amirul. Krisis Ekonomi 1997 Merupakan Faktor Yang Mempercepatkan Kejatuhan Suharto, (28 November 2023 : https://www.academia.edu/35436447.


20 3.RUJUKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENANGANI KES SUHARTO Utusan Online. Wartawan Luar Negara (2022, Disember 16). Rasuah Presiden Suharto : https://www.utusan.com.my/tag/presiden-suharto/ Portal Rasmi SPRM. Presiden Indonesia, Mohamed Suharto 2022. : https://www.sprm.gov.my/index.phpid=21&page_id=103&contentid =1818&cat=BKH 4.RUJUKAN KESAN KES RASUAH SUHARTO KEPADA INDIVIDU, ORGANISASI, DAN MASYARAKAT Classmate, Lutfan. Gaya Kepimpinan Mahathir vs Suharto Dalam Perspektif Lee Kuan Yew, 2012, Academia.edu : https://www.academia.edu/3494247/Gaya_Kepimpinan_Mahathir _vs_Suharto_Dalam_Perspektif_Lee_Kuan_Yew Article ResearchGate, Md Salleh HJ. Hassan, Mohammad Agus Yusoff, Leo Agustino, Jayum Anak Jawan. (2012, January). Masyarakat Sivil dan pendemokrasian: Perbincangan Konseptual : https://www.researchgate.net/publication/311419326_Masyarakat _sivil_dan_pendemokrasian_Perbincangan_Konseptual Tondutosuau. Assignment Gejala Rasuah, 2008, Scribd.com : https://www.scribd.com/doc/162991275/Assignment-Gejala-Rasuah Zulhasril Nasir. Perubahan Struktur Media Akbar Indonesia Dari Order. Soeharto Ke Order Reformasi, 2004 :http://eprints.usm.my/36473/1/ZULHASRIL_NASIR_%28KHK%29 _%28NN24%29.pdf


21 5.RUJUKAN LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI MASALAH RASUAH DALAM MASA HADAPAN Mohd Azrul Mat Said. (2021, 0gos 25). Manfaat Teknologi Perangi Rasuah, Pertingkat Integriti. Berita Harian Online : https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/08/845741/manfaat -teknologi-perangi-rasuah-pertingkat-integriti Jais Abd Karim. (Januari 8, 2023) Hukuman Tegas Atasi Rasuah Penjawat Awam, : bhrencana@bh.com.my : https://www.bharian.com.my/kolumnis/2023/01/1049071/ hukuman-tegas-tanpa-pilih-kasih-ubat-atasi-rasuah-penjawat-awam Amirah Hamzah. Galurkan Faktor-Faktor Kejatuhan Suharto Dalam Politik Indonesia, 2010, Academia.edu : https://www.academia.edu/30645248/GALURKAN_FAKTOR_FAKTOR _KEJATUHAN_SUHARTO_DALAM_POLITIK_INDONESIA_AMIRAH_HAMZAH_ Mohamad Tarmize Abdul Manaf Maznah Che Muda Siti Zakiah Che Man Samsul Salip Mohd Nur Lokman Samingan Suryani Ali. (2020, September). Kursus Integriti Dan Rasuah Institut Pengajian Tinggi : https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/buku-kursus -integriti-dan-rasuah-ipt--my-06012021.pdf


Click to View FlipBook Version