The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bathumaarivinthan22, 2021-09-05 08:25:48

TUN VT SAMBANTHAN

TOKOH PEMIMPIN

Bilangan ISI KANDUNGAN Muka surat

1 Kandungan 3
2 4
3 Pendahuluan 5
4 Biodata tokoh pemimpin 6
5 7
6 Kerjaya tokoh 8
7 Sumbangan tokoh 9
8 Nilai kepimpinan 10

Kenangan
Kesimpulan

Rujukan

Pendahuluan

Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk
dicapai.Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang
sangat panjang.Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan
kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan contoh atau idola kepada generasi kini dan
yang akan datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat lelah mereka berbakti untuk
negara patut dicontohi dan dijadikan panduan. Perjuangan tokoh –tokoh kemerdekaan adalah
antara faktor utama kejayaan keamanan dan kesejahteran Negara kita .Sebagai generasi muda
kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini dari dijajah sehingga
dapat kemerdekaan. Kita perlu sentiasa ingat jika kita tidak menjaga Negara kita , ‘Sejarah
mungkin berulang’ dan juga ‘tanpa sejarah , siapalah kita’.

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses saya
menyiapakan folio ini . Semoga perisian yang disampaikan oleh saya berguna untuk diri saya
sendiri dan juga rakan-rakan saya. Bersama-sama kita memupuk semangat cintakan Negara
dalam diri kita untuk kesejahteraan bersama.

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Tun Veerasamy Thirugnana Sambanthan
Lebih dikenali sebagai Tun V.T. Sambanthan
Dilahirkan pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak
Anak kepada EN.Andiappan Veerasamy dan PN. Sengammal
Isteri PN. Umasundari dan anak perempuan PN.Devakunjari.

Dua idola beliau iaitu
Mahatma Ghandi dan Jawaharlal Nehru.

SEJARAH PENDIDIKAN TOKOH

Tun Sambanthan menamatkan persekolahan rendahnya di Sungai Siput. Beliau telah
dihantar ke Kuala Kangsar untuk menyempurnakan persekolahan menengahnya di Sekolah
Clifford. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara dalam jurusan ekonomi.
Semasa menuntut di sana, Tun Sambanthan tidak ketinggalan mengikuti keadaan politik di
India. Beliau adalah seorang yang sangat gemar bersukan dan juga dikenali sebagai murid
yang pintar dan peramah serta suka bergurau.

KERJAYA TOKOH

Penglibatan awal Sambanthan dalam politik bermula dengan niatnya untuk
membangun dan menyatukan kaum India. Atas dasar itu beliau menganjurkan Majlis India
Bersatu Perak pada tahun 1953. Tun V.T. Sambanthan adalah merupakan presiden ke 5
Kongres India se-Malaysia (MIC) dan secara tidak langsung, beliau adalah merupakan salah
seorang bapa pengasas Malaysia bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan
Cheng Lock. Beliau menjadi presiden MIC dari tahun 1955 sehingga 1973.Selain itu, beliau
turut memegang beberapa jawatan dalam Kabinet seperti Menteri Kesihatan pada 1957
hingga 1959, Menteri Kerja, Pos dan Telekomunikasi (1959 hingga 1969) dan Menteri
Perpaduan (1970 hingga 1974).Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak
jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat
yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di
Fiji dengan masyarakat pribumi.

SUMBANGAN TOKOH

Tun V. T. Sambanthan, tokoh yang berperanan besar dalam memperjuangkan kemerdekaan
dan menyatukan masyarakat majmuk di negara ini pasti bermain di bibir rakyat.Beliau
merupakan salah seorang tokoh yang disanjung sepanjang masa khususnya masyarakat India
di Malaysia. Kepemimpinan dan kepercayaan daripada penjajah kepadanya menjadi langkah
awal penonjolan negarawan ini untuk terus melangkah ke dunia politik sebenar.

EKONOMI •‘South Indian Labour Fund’. Tabung ini dimulakan
SOSIAL untuk menjaga kabajikan serta membiayai
perbelanjaan pergi-balik buruh
India di Tanah Melayu.
•Pengorbanan harta beliau demi membina sebuah
sekolah untuk penduduk tempatan .

•Tun Sambanthan bersikap sederhana
dalam amalan agama dan adat resam supaya orang
India yang berpendidikan dan berjawatan tinggi dapat
mencontohinya
•Beliau telah mewajibkan penggunaan bahasa Tamil
dalam urusan rasmi MIC.
•Memakai Dhoti simbol kesederhanan beliau.

MASYARAKAT •Sambanthan juga dianggap pembela kaum India di
INDIA Tanah Melayu.
•Menyelamatkan pekerja India yang berhadapan
dengan masalah fragmentasi ladang.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

Tun VT Sambanthan adalah antara figura yang sering kita jadikan contoh dan rujukan
serta dijulang sebagai arkitek yang membina jambatan perpaduan yang diwariskan kepada
kita. Harus diingat kejayaan beliau dan pemimpin lain menyatupadukan pelbagai etnik yang
ada di Tanah Melayu ketika itu membolehkan kita memenuhi syarat British seteruskan
memperoleh kemerdekaan.

Nilai kepimpinan yang bersifatkan kesederhanan dan kebijaksanaan tokoh-tokoh zaman
VT Sambantan telah memberi peluang mencapai kemerdekaan tanpa melibatkan
pertumpahan darah. Kerjasama dan perpaduan juga adalah penting bagi membuktikan
bahawa walaupun negara kita terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum,kita masih boleh
hidup dalam suasana harmoni.

Ditinjau dari semua segi, pemimpin ini memperlihatkan kesediaan untuk bekerjasama,
bertolak ansur, dan mengetepikan perbezaan, sambil tidak mengabaikan usaha untuk
memperjuangkan hak dan kebajikan kaum melalui parti yang diwakili. Beliau telah
menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara yang
kukuh dan menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi
kepada negara ini yang patut dicontohi oleh generasi muda sekarang.

TUN VT SAMBANTHAN DALAM KENANGAN

Pemergian Tun Sambanthan adalah kehilangan seorang tokoh perpaduan yang sentiasa
bekerja keras ke arah menyatupadukan rakyat di negara ini. Perdana Menteri kedua,
Allahyarham Tun Hussein Onn menyifatkan pemergian Tun Sambanthan sebagai satu
kehilangan kepada negara dan masyarakat khususnya masyarakat keturunan India. Mendiang,
semasa berkhidmat dengan kerajaan adalah seorang yang rajin dan dedikasi dalam kerjayanya.
Beliau tanpa jemu-jemu menaburkan jasa baktinya kepada negara dan kehilangannya kini
adalah satu kerugian yang besar kepada negara. Sesungguhnya dengan kematian Tun
V.T.Sambanthan pada hari ini dalam tahun 1979 merupakan satu kehilangan seorang tokoh
yang pernah berjasa kepada negara khususnya pada zaman pra-kemerdekaan.

kesimpulan

Perpaduan merupakan istilah umum yang biasa kita cakap dan dengar. Ia menjadi
basahan dalam perbualan harian dan ucapan dalam kalangan pemimpin politik. Namun istilah
tersebut amat penting dalam pembinaan sebuah negara-bangsa. Alah petikan ucapan Tun
Sambanthan masih terngiang-ngiang apabila beliau bercakap secara jelas dan berfakta tentang
kerakyatan dan perpaduan. Menghargai dan mengingati perjuangan tokoh-tokoh negara ini
adalah salah satu cara bagaimana kita menyuburkan semangat patriotisme dan cinta kepada
negara dalam kalangan murid –murid sekolah. Kesimpulanya, Tanpa perpaduan, rakyat
Malaysia yang berbeza bangsa, latar belakang dan agama akan mudah diprovokasi dan diadu
domba oleh pihak yang mempunyai kepentingan mereka sendiri. Dengan kefahaman patriotik
yang tinggi, pemeliharaan dan pemerkasaan perpaduan dapat dibentuk dengan mudah.

Rujukkan

http://studentsrepo.um.edu.my/763/1/PEND.pdf
Raman, Arumugam (2015) Tun V.T. Sambanthan: Pembela masyarakat India di Malaysia.
https://tamizharmedia.com/2019/04/28/biografi-tokoh-negara-tun-v-t-sambanthan-dan-
sumbangan-beliau-kepada-negara-dan-kaum-india/
https://www.coursehero.com/file/24141858/PROPOSAL-tun-vt-sambanthanpdocx/




Click to View FlipBook Version