The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SKMBII Kali ke-19

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlina.ismail05, 2024-05-10 06:21:52

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SKMBII Kali ke-19

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SKMBII Kali ke-19

PIBG Mesyuarat Disempurnakan oleh : KAPTEN(B) SABARIN HJ. ABU BAKAR (TUDM) Penceramah Bebas 11 MEI 2024 | SABTU 9.00 PAGI DEWAN SERI TERBILANG SKMBII


1 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, maka sekali lagi warga SK Machang Bubok 2 dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 pada hari ini. TAHNIAH PIBG. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan puan untuk sama-sama hadir melapangkan masa bagi tujuan menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua Jawatankuasa PIBG yang banyak membantu pihak sekolah. Kerjasama seperti ini sesungguhnya membantu aktiviti sekolah secara tidak langsung serta memperlihatkan PIBG di sekolah ini aktif dan berfungsi. Kejayaan demi kejayaan telah kita kecapi namun, tanpa usaha dan kerjasama dari semua pihak, kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai. Harapan saya semoga usaha murni dari kita semua dapat diteruskan demi kemajuan sekolah ini. Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDP PIBG, guruguru, para pelajar serta warga kerja SK Machang Bubok 2 atas kejayaan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 ini. Saya berdoa semoga SK Machang Bubok 2 ini menjadi sekolah yang dapat melahirkan modal insan cemerlang sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekian, terima kasih. G U R U B E S A R Puan Jura binti Haji Hamid GURU BESAR SKMBII


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita bersama-sama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK. Machang Bubok 2 kali ke-19 pada tahun ini. Sokongan sebegini amat diharapkan agar segala program PIBG boleh dijayakan dalam membantu pihak sekolah untuk meraih kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru sekolah ini yang berkorban dari segi masa dan tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak kita. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG sesi 2023/2024 kerana memberi kerjasama sepanjang saya menerajui PIBG sekolah ini. Saya berharap dana yang disumbangkan oleh ibu bapa dan guru-guru banyak membantu pihak sekolah merealisasikan program akademik secara berkala untuk anak-anak kita di sekolah ini. Saya berharap kerjasama seumpama ini berterusan dan berharap semua pihak terus dapat menyumbangkan tenaga, idea serta dana bagi membantu sekolah ini. Selain itu, ke arah menjayakan program sekolah, kita sebagai ibu bapa amat berperanan mendidik serta mengasuh anak-anak di rumah agar penyediaan diri yang baik dapat diterapkan. Dengan ini akan membantu pihak sekolah mengukuhkan keperibadian anak-anak sewaktu di sekolah. Saya percaya dan yakin bahawa disiplin diri amat penting di samping pengukuhan bidang agama untuk anak-anak meraih kejayaan. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan bekerjasama sepanjang saya menjadi Yang Dipertua PIBG selama ini. Sekian, terima kasih. Sekian, terima kasih. Y D P P I B G Puan Marshidaliza binti Marzuki YDP PIBG SKMBII 2


3 01 02 03 04 05 06 TENTATIF MAJLIS m/s : 4 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18 m/s : 8 - 18 LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM SESI 2023 / 2024 m/s : 7 LAPORAN KEWANGAN PIBG ( Januari 2023 - 31 Disember 2023 ) m/s : 19 USUL-USUL 2024 ( Dibahas, Diterima Tanpa Bahas, Ditolak ) m/s : 20 -23 JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 m/s : 5


4 9:00 Pagi Pendaftaran Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan Guru Besar- Pn. Jura binti Hj. Hamid Ucapan Yang Dipertua PIBG Pn. Marshidaliza bt Marzuki (Yang Dipertua PIBG) Ucapan Perasmian oleh:- Kapten (B) Sabarin Haji Abu Bakar (TUDM) Bersurai 9:30 Pagi 10:00 Pagi Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2023/2024 Membentangkan dan menerima Laporan Kewangan PIBG Sesi 2023/2024 Perbahasan usul Mesyuarat Agung PIBG 2024/2025 Hal-hal lain Ucapan Penangguhan 11:00 Pagi


J A W A T A N K U A S A P I B G S K M A C H A N G B U B O K I I S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 Penasihat : Pn. Jura binti Hj. Hamid (GB SKMBII) Yang Dipertua : Pn. Marshidaliza binti Marzuki Naib Yang Dipertua : En. Sulaiman Khaw bin Abdullah Setiausaha : Pn. Nurul Izza binti Kechik Naib Setiausaha : Pn. Farizam binti Mohd Noor Bendahari : En. Mohd Affandi bin Rosdi Naib Bendahari : Pn Mohd Salam bin Nayan @ Ahmad AJK ( Guru) : Pn. Rohana binti Wan Chee Pn. Shuhaida binti Othman Pn. Ummi Madihah binti Ahmad Cik Saravana Devi a/p Alagumalai AJK ( Ibu Bapa) : En. Idrus bin Abu Seman Encik Zulhasni Pn. Norshafida binti Azimi En. Suhaizar bin Abu Bakar Pn. Suhaila binti Buang En. Mohd Fitry bin Zakaria Juruaudit Dalaman : En. Ahmad Fazrol bin Ahmad Juruaudit Luar : Puan Nor Amiera binti Mohamad Suhaimi 5


P ENGA C ARA MAJ L IS P n . No o r h a n a b i n ti T a h a r BA C AAN DOA E n . Mo h d F a d z i l b i n I sma i l DOKUMENTASI P n . No o r Z a ri n a b i n ti I d ri s P n . No r a i n i b i n ti Ya a c o b P ENDAF TARAN P n . J a y a l e t c hmi a / p K ri s h n a n P n . Nu r z a w a n i b i n ti Mh d F a k h r u d d i n P n . Nu r u l S h a h i l a b i n ti R a z a l i P n . R o s l i n d a b i n ti T a l i b SIARAYA E n . R i z a l b i n Ahma d P E RSIAPAN T EMPAT E n . Ahma d F a z r o l b i n Ahma d E n . S a l am b i n Na y a n @ Ahma d E n . Vi j a y a k uma r a n a / l Ar umu g am P e k e rj a P emb e r s i h a n S e k o l a h J EMPUTAN DAN KE RAIAN P n P n . J u r a b i n ti H a j i H ami d (GB ) Wa k i l P I BG P n . R o s h it a b i n ti I b r a h im ( P K 1) E n . Do r o h i d b i n S it u ( P K H EM) E n . Mo h d Na jmi b i n Md Mu k h t a r ( P K KOKO) P n . No r h a y a ti b i n ti Osma n ( P K P P K I) P EN C ATAT MINI T P n . S h u h a i d a b i n ti Ot hma n C i k S a r a v a n a De v i a / p Al a g uma l a i P n . Us h a d e v i a / p T a n g a r a j o o BUKU P ROGRAM P n . No r Az l i n a b i n ti I sma i l P n . Ma i z a t u l Akma b i n ti Mo h ama d P E RSIAPAN P ENTAS P n . Ummi Ma d i h a h b i n ti Ahma d P n . Nu z u l As h i k i n b i n ti Mo h d S a a d MEDIA SOSIAL SEKOLAH E n . Mo h d Yo u h a rma n b i n Ya h a y a C i k De ri s e h b i n ti Da u n i a n P ENASIHAT YANG DI P E R TUA P I BG NAI B YANG DI P E R TUA P I BG SE T IAUSAHA NAI B SE T IAUSAHA B ENDAHAR I NAI B B ENDAHAR I : P n . J u r a b i n ti H j H ami d Gu r u B e s a r : P n . Ma r s h i d a l i z a b i n ti Ma r z u k i : E n . S u l a ima n K h a w b i n Ab d u l l a h : P n . Nu r u l I z z a b i n ti K e c h i k : P n . F a ri z am b i n ti Mo h d No o r : E n . Mo h d Aff a n d i b i n R o s d i : E n . Mo h d S a l am b i n Na y a n @ Ahma d JAWATANKUASA PELAKSANA 6


BIL N A M A P R O G R A M TARI KH 1 Hari Apresisasi dan Kecemerlangan Kurikulum, Koku dan Nilam 2023 28.1.2023 2 Graduasi Tahun 6, Prasekolah dan PPKI 11.2.2023 3 Sambutan Hari Lahir Murid 15.2.2023 4 Program Transisi Tahun 1 18.3.2023 5 Sambutan Hari Raya 18.5.2023 6 Pertandingan Catur MSSM 5.7.2023 7 Kem Kepimpinan 14.7.2023 8 Program “We Love, We Care” 9.8.2023 9 Lawatan Minecraft Education 23.8.2023 10 Pembinaan Laman Minda Sihat 25.8.2023 11 Program Kelas PROKEBAT 25.8.2023 12 Program Katan Perdana 26.8.2023 13 Sambutan Bulan Kemerdekaan 13.9.2023 14 Kayuhan Merdeka 14.9.2023 15 Karnival Pendidikan Kerjaya Murid 20.9.2023 16 Sambutan Maulidur Rasul 25.9.2023 17 Kejohanan Bola Sepak 10TKB 19.10.2023 18 Pemantapan Jati Diri PPKI 20.10.2023 19 Pelancaran Program Solidariti Palestin 2.11.2023 20 Hari Kanak-Kanak, Hari Lahir dan Deepavali 18.11.2023 21 Hari Sukan Tahunan Sekolah 25.11.2023 22 Program Gotong-Royong MADANI 9.12.2023 7


MINI T MESYUARAT AGUNG PIBG KAL I KE -18 SK MACHANG BUBOK II TAHUN 2024 TARIKH :10/6/2023 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT :DEWAN TERTUTUP SK MACHANG BUBOK II KEHADIRAN GURU/STAF : 55 orang KEHADIRAN IBUBAPA : 85 orang JUMLAH KEHADIRAN :140 orang 1.0 UCAPAN PENASIHAT (PUAN JURA BINTI HAJI HAMID) 1.1 Puan Jura binti Haji Hamid selaku Guru Besar mengalu-alukan kehadiran barisan AJK PIBG, guru-guru, para ibu bapa dan semua waris dan mengucapkan ribuan tahniah atas kehadiran para hadirin. Komitmen dan keprihatinan waris untuk bersama dalam Mesyuarat Agung PIBG amat dihargai, beliau berharap agar di medan ini kita sama-sama berbincang aktiviti bagi kemenjadian murid SK Machang Bubok II yang kita sayangi. 1.2 Beliau menyatakan kehadiran mesyuarat pada hari ini agak mencabar kerana banyak sekolah mengadakan mesyuarat PIBG pada hari yang sama memandangkan aktiviti sekolah hanya dibenarkan dilakukan pada minggu ke dua dan ke empat sahaja. Oleh yang demikian sekolah sekitar juga banyak yang mejalankan Mesyuarat Agung PIBG pada pagi ini, kesungguhan waris dengan membahagikan ibu dan bapa ke dua lokasi amat dihargai. 1.3 Beliau juga menzahirkan kegembiraan kerana dapat bertemu dengan para waris secara rasminya dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini, ini merupakan mesyuarat agung pertama beliau dengan waris-waris di SK Machang Bubok II. Harapan beliau para waris dapat bersama-sama berganding bahu untuk kemenjadian murid-murid SKMB II. 1.4 Beliau mengambil kesempatan memperkenalkan Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Roshita binti Ibrahim yang baru dua bulan di SK Machang Bubok II dan Penolong Kanan Kokurikulum Encik Mohd Najmi bin Md. Mukhtar yang baru sebulan di sini. Beliau juga memperkenalkan Penolong Kanan HEM, Encik Mohd Zulkifli dan Penolongkan Kanan Pendidikan Khas, Puan Norhayati 8


1.5 1.6 Guru Besar selaku penasihat PIBG SK Machang Bubok II berharap agar semua ahli PIBG, PIBKs dan AJK yang bakal dilantik akan memberikan komitmen yang tinggi pada Amanah yang bakal digalas demi anak-anak SK Machang Bubok II. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa bakti semua AJK PIBG sesi yang lalu, yang mana telah banyak menyokong dan memberikan komitmen dalam semua aktiviti yang dijalankan. 1.5 Guru Besar selaku penasihat PIBG SK Machang Bubok II berharap agar semua ahli PIBG, PIBKs dan AJK yang bakal dilantik akan memberikan komitmen yang tinggi pada Amanah yang bakal digalas demi anak-anak SK Machang Bubok II. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa bakti semua AJK PIBG sesi yang lalu, yang mana telah banyak menyokong dan memberikan komitmen dalam semua aktiviti yang dijalankan. Beliau turut berkongsi amanat KPPM iaitu melahirkan anak ABC (Anak Baik lagi Cerdik), beliau menyeru semua ibubapa menyahut amanat ini dan kita lahirkan anak-anak ABC SK Machang Bubok II bersama-sama. Beliau menyatakan menerima lebih 20 usul untuk keharmonian dan kesejahteraan anak-anak dan kecemerlangan sekolah, beliau berterima kasih pada semua ibubapa yang telah menghantar usul dan cadangan. Perkara ini kita akan bincangkan di bahagian USUL nanti. Beliau memohon ibubapa/ waris sekiranya ada sebarang masalah atau isu berhubung dengan beliau dahulu/ pihak sekolah untuk dapatkan fakta dan mohon waris tidak budayakan “viralkan isu” ini budaya yang tidak sihat untuk sekolah dan anak kita. Tindakan: Makluman 1.7 2.0 UCAPAN ENCIK SHYFUL JEFHARY BIN RAZALI (YDP PIBG) 2.1 YDP, Encik Shaifuljefhry mengucapkan terima kasih kepada waris kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18.Kehadiran waris sangat dihargai oleh pihak sekolah.YDP yakin sekolah akan lebih cemerlang dengan adanya kerjasama dari semua pihak. 2.2 Kejayaan demi kejayaan SKMBII merupakan hasil kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah. Kerjasama waris dan pihak sekolah sangat penting untuk menghadapi cabaran bersama bagi melihat anak-anak kita berjaya. 2.3 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG 2022/2023 kerana memberi sumbangan bakti cemerlang kepada sekolah. 9


10 Akhir sekali , YDP juga mengucapkan berbanyak terima kasih kerana melantik beliau menerajui jawatan YDP selama ini. YDP juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana mendidik anak-anak selama ini. Beliau berharap baraisan AJK yang baharu nanti akan lebih cemerlang dan sentiasa mendokong semua program sekolah demi anak-anak kita. Tindakan: Makluman 2.4 3.0 UCAPAN PERASMI (PUAN HASLINDA ABDULLAHPENGARAH URUSAN BORDER GLOBAL SDN BHD) 3.1 Puan Haslinda Abdullah mengucapkan tahniah kepada Guru Besar, Puan Jura dan juga jawatankuasa PIBG serta warga sekolah kerana berjaya merancang dan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa ke mesyuarat kali ini. 3.2 Puan Haslinda Abdullah merupakan Pengarah Urusan Border Global SDN BHD dan seorang isteri kepada usahawan yang berjaya. Memandangkan beliau adalah sahabat Puan Jura, beliau berjanji akan memberi bantuan dana kepada sekolah . Beliau amat yakin dengan kepimpinan Puan Jura, sekolah akan lebih maju.nBeliau berjanji akan memberikan dana dan sumbangan untuk Kelab Zumba sekolah serta menaja baju tarian kumpulan Penari SKMB II dan kemeja T unutk Kelab Zumba PIBKs SK Machang Bubok II. Beliau berharap guru penyelaras tarian dan juga guru penyelaras Zumba akan berhubung dengan beliau bagi melancarkan sumbangan yang dijanjikan. 3.3 Beliau berharap para ibu bapa dan guru dapat memberi sepenuh kerjasama dan kepercayaan kepada Guru Besar kerana beliau adalah seorang yang berdedikasi dan menyeronokkan dalam memimpin sekolah. Beliau juga berharap agar sekolah dan PIBG terus cemerlang dalam melahirkan anakanak hebat. 3.4 Akhir kata, dengan lafas BISMILLAHIRAHMANIRAHIM beliau merasmikan Mesyuarat Agung SK Machang Bubok II kali ke 17 tahun 2023 ini. Tindakan: Makluman


4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN LALU 4.1 Setiausaha PIBG (Cik Saravana Devi ap Alagumalai) membentang Minit Mesyuarat Agung PIBG yang kali ke -17 dari mukasurat 9 hingga muka surat 13 , mohon rujuk flitbook yang dikongsikan. 4.2 Encik Youharman mencadangkan minit mesyuarat ini diteriman dan disahkan, Ianya disokong oleh Encik Zul Hazmi bin Mohd Hashim. Tindakan: Makluman 5.0 MEMBENTANG , MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 5.1 Bendahari PIBG Puan Thoiyibah binti Khalid membentangan laporan kewangan sesi 2022/2023, semua ahli mesyuarat di minta merujuk pada mukasurat 14 dalam flipbook yang diedarkan. 5.2 Untuk laporan kewangan ianya telah ; Cadangan diterima : Encik Mohd Syukur b. Ibrahim Cadangan disokong : Puan Suhaila binti Buang Tindakan: Makluman 11


6.0 MEMBAHAS USUL DAN CADANGAN 6.1 Usul 1: Puan Suhaila binti Buang mencadangkan : 1) Kebersihan tandas diberi perhatian serta dibuat penambahbaikan peralatan elektrik seperti kipas. 2) Mengadakan kelas tambahan murid keciciran seperti subjek Matematik. Respon: Kebersihan tandas : Tandas memang sentiasa bersih namun begitu diakui bahawa tandas dalam keadaan uzur. Setiap tahun sekolah meminta peruntukan penyelenggaraan menyeluruh dengan PPD dan baru tahun ini sekolah mendapat peruntukan tersebut. Dengan adanya peruntukan tersebut kelemahan-kelemahan ini akan diperbaiki. Peralatan Letrik: Guru besar mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan sumbangan pihak ibu bapa yang telah menyumbangkan kipas di kelas anak-anak. Sekolah telah meminta peruntukan untuk membaiki alatan elektrik dan akan segera membaikinya memandangkan cuaca yang panas sekarang. Kelas Tambahan: Sekolah mendapat dana bantuan kewangan daripada kementerian dan zakat daripada Pusat Zakat Pulau Pinang untuk tahun 5 dan 6. Ini akan digunakan untuk manafaat pembelajaran murid. Murid juga haruslah dipastikan sentiasa hadir ke sekolah dan tidak ponteng sekolah bagi memastikan tidak berlaku keciciran dalam pembelajaran. Murid juga dialu-alukan untuk mengikuti tusiyen di luar waktu sekolah bagi memastikan murid terus maju dalam pembelajaran. Ini kerana pihak sekolah tidak mampu menyediakan tuisyen di luar waktu sekolah untuk tahun 1 sehingga tahun 6 memandangkan guruguru telah berada di sekolah dari pukul 7 sehingga pukul 2 petang. Bagi mata pelajaran Matematik, guru-guru akan melakukan intervensi bagi murid-murid yang lemah. Tindakan: Makluman 6.2 Usul 2: Pn Nurul Nazirah Md Saad mencadangkan: Tambah kemudahan di dalam kelas seperti kipas tambahan sekiranya ada peruntukan. Respon: GB mengalu-alukan KSIB iaitu Kumpulan Sokongan Ibu Bapa untuk membantu sekolah dalam menyediakan keperluan-keperluan sampingan murid di dalam kelas dan sekolah seperti kipas dan sebagainya. Selain itu bagi kelas-kelas yang panas, pihak pentadbir sentiasa menggalakkan guruguru membawa murid ke bilik dan kelas-kelas berhawa dingin bagi memberi keselesaan murid untuk belajar. 12


6.3 Usul 3: Puan Suhaila binti Buang Mewujudkan semula buku Nilam bagi melatih murid. Respon: Seiring dengan teknologi terkini, sekolah tidak menggunakan buku nilam lagi. Murid akan key in synopsis bahan bacaan di dalam e-nilam (google form). Guru akan menyediakan slip supaya murid dapat terus menulis butiran buku yang dibaca semasa di sekolah sebelum memasukkannya ke dalam enilam (keyin) di rumah. Tindakan: Makluman 6.4 Usul 4: Puan Rohana binti Wan Chee 1) Memasang pintu grill di setiap tangga aras bawah. 2) Memasang awning dilaluan waris menunggu anak sewaktu balik dari sekolah. 3) Menyediakan senarai semak usul-usul yang lepas setiap kali Mesyuarat Agong PIBG Respon: Memasang pintu grill di setiap tangga aras bawah: Tiada peruntukan untuk membuat grill dan guru besar akan cuba meminta peruntukan untuk membuat grill. Walau bagaimanapun, beliau mengharap jika ada ibu bapa yang menjadi tukang besi atau menjual besi dapat memberi harga yang istimewa bagi membina pintu grill tersebut kerana ianya amat perlu untuk keselamatan sekolah. Memasang awning dilaluan waris menunggu anak sewaktu balik dari sekolah: Peruntukan untuk membuat awning telah pun dibuat kepada YDP PIBG semasa Majlis Graduasi sekolah yang lalu dan masih menunggu kelulusan dan selepas itu sekolah juga perlu memohon kelulusan MPSP bagi pembinaan tersebut. Menyediakan senarai semak usul-usul yang lepas setiap kali Mesyuarat Agong PIBG: Guru Besar mengharapkan AJK PIBG yang baru dilantik nanti akan membuat senarai semak untuk usul-usul yang telah, sedang dan akan dilaksanakan supaya tiada usul yang bertindih dan berulang di masa depan. Tindakan: Makluman 13


6.5 Usul 5: Encik Mohd Reezal Bin Abd Rashid 1) Memohon dibuat satu permuafakatan antara semua sekolah supaya Mesyuarat Agong PIBG sekolah tidak bertembung dengan sekolah lain bagi memudahkan ibu bapa hadir. 2) Penubuhan pasukan e-sport sekolah yang akan mewakili sekolah ke peringkat yang lebih jauh. 3) Kempen beradab bagi murid dengan memberi point seterusnya mengadakan anugerah-anugerah untuk akhlak terpuji. 4) Menyediakan tempat perhimpunan berbumbung untuk murid Respon: 1) Memohon dibuat satu permuafakatan antara semua sekolah supaya Mesyuarat Agong PIBG sekolah tidak bertembung dengan sekolah lain bagi memudahkan ibu bapa hadir. Pihak sekolah terikat dengan SPI (Surat Siaran Kementerian) iaitu semua guru hanya boleh hadir ke sekolah pada minggu kedua dan keempat untuk melaksanakan aktiviti sekolah. Oleh yang demikian, pihak sekolah menghadapi kekangan masa dan tarikh untuk mengadakan mesyuarat. 2) Penubuhkan pasukan e-sport sekolah yang akan mewakili sekolah ke peringkat yang lebih jauh. SKMB11 tiada kepakaran guru untuk mewujudkan e-sport. Namun begitu, jika ada dalam kalangan waris yang ada kepakaran untuk mengajar e-sport, pihak sekolah sangat mengalu-alukan dan akan memberi kerjasama. 3) Kempen beradab bagi murid dengan memberi point seterusnya mengadakan anugerah- anugerah untuk akhlak terpuji.Guru Besar meminta para waris untuk follow semua media sosial sekolah seperti facebook, Instagram dan tiktok serta facebook unit kaunseling sekolah bagi mengetahui perkembangan dan aktiviti sekolah. Sekolah juga telah mengadakan Pertandingan Kelas Hebat dengan memberi markah kepada kelas berdasarkan markah syahsiah murid di dalam kelas tersebut. 4)Menyediakan tempat perhimpunan berbumbung untuk murid. Tempat perhimpunan berbumbung memerlukan dana yang besar dan hanya boleh dilakukan oleh tokoh-tokoh politik dan badan-badan korporat. SKMB11 telah memiliki dewan tertutup dan dewan terbuka di bawah bangunan, serta satu kawasan lapang tidak berbumbung untuk aktiviti perhimpunan murid. Namun begitu pihak sekolah tetap menerima jika ada pihak yang sudi memberi sumbangan untuk membina bumbung di tempat perhimpunan tersebut. 14


15 6.6 Usul 6: Puan Masyidaliza Puan Masyidaliza mencadangkan agar sumbangan PIBG SK Machang Bubok II dikekalkan sekurang-kurangnya RM50.00 satu keluarga. Respon: Pengerusi membuka respon kepada semua ahli PIBG yang hadir, semua ahli bersetuju untuk mengekalkan sumbangan PIBG sekolah sekurang-kurangnya RM50.00 satu keluarga sebulat suara. Tindakan: Makluman 7.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA SESI 2023/2024 7.1 Encik Mohd Najmi bin Md Mukhtar, Penolong Kanan Kokurikulum mencadangkan AJK Guru bagi PIBG sesi 2023/2024, berikut adalah namanama yang dicadangkan ; i.Setiausaha Kehormat :Puan Nurul Izza binti Kechik ii.Penolong Setiausaha Kehormat :Puan Farizam bt Mohd Noor iii.Bendahari Kehormat : Encik Mohammad Affandi bin Rosdi iv.Penolong Bendahari Kehormat : Encik Mohjd Salam bin Nayan @Ahmad iv. AJK Guru : 1. Puan Ummi Madihah bt Ahmad 2. Puan Shuhaida bt Othman 3. Puan Rohana bt Wan Chee 4. Cik Saravana Devi a/p Arumugam v. Juruaudit 1 : Encik Ahmad Fazrol bin Mohamad Puan Norhayati binti Osman, Penolong Kanan Pendidikan Khas mencadangkan cadangan ini diterima dan ahli mesyuarat yang hadir menyokong sebulat suara. Tindakan: Makluman 7.2 Encik Shafuljehery mencadangkan Puan Marshidaliza bt Marzuki sebagai Yang Dipertua PIBG SK Machang Bubok II bagi sesi 2023/2024. Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong cadangan tersebut dan menerima cadangan tersebut. Tindakan: Makluman 7.3 Encik Mohd Zulkifle mencadangkan, Encik Sulaiman Khaw bin Abdullah sebagai Naib Yang Dipertua PIBG, cadangan diterima dan disokong sebulat suara Tindakan: Makluman


16 AHL I JAWATANKUASA P I BG SESI 202 3 / 2024 IBUBAPA GURU YDP PIBG Pn Marshidaliza bt Marzuki NAIB YDP PIBG En Sulaiman Khaw bin Abdullah AJK En Idrus bin Abu Seman En Zulhasni Pn Norshafida bt Azimi En Suhaizar bin Abu Bakar Pn Suhaila bt Buang En Mohd Fitry bin Zakaria JURUAUDIT Pn Noramiera SETIAUSAHA Pn Nurul Izza bt Kechik NAIB SETIAUSAHA Pn Farizam bt Mohd Noor BENDAHARI En Mohd Affandi bin Rosdi PENOLONG BENDAHARI En Mohd Salam bin Nayan AJK Pn Rohana Wan Chee Pn Shuhaida bt Othman Pn Ummi Madihah bt Ahmad Cik Saravana Devi Alagumalai JURUAUDIT En Ahmad Fazrol bin Ahmad 7.4 Puan Majida, mantan NYDP mencadangkan AJK Waris adalah seperti berikut ; 1. En Idrus bin Abu Seman 2. En Zulhasni 3. Pn Norshafida bt Azimi 4. En Suhaizar bin Abu Bakar 5. Pn Suhaila bt Buang 6. En Mohd Fitry bin Zakaria Semua ahli mesyuarat menerima cadagan ini dan menyokong cadangan ini sebulat suara. 7.5 Puan Jariah mencadangkan Puan Noramiera sebagai juruaudit waria, semua ahli mesyuarat bersetuju menerima dan menyokong cadangan tersebut. 7.6 Berikut adalah senarai lengkap AJK PIBG sesi 2023/2024 ;


8.0 HAL-HAL LAIN 8.1 Ustaz Mohd Fadzil bin Ismail, memaklumkan program SURAUTHON akan dilaksanakan pada tahun ini bagi menaik taraf dan membaiki kerosakkan surau sekolah unutk kemudahan murid. Beliau memohon persetujuan ahli mesyuarat yang hadir. Kertas Cadangan akan dibentangkan dalam Mesyuarat AJK PIBG yang terdekat. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan program SURAUTHON SKMB II (2023). Tindakan : Panitia Pendidikan Islam 8.2 Encik Mohd Youharman berkongsi dengan waris laman sosial sekolah iaitu FB, Tik Tok , IG dan juga Blog sekolah. Waris dialu-alukan untuk menjadi sahabat dan mengikut semua program sekolah di laman tersebut. Tindakan: Makluman 8.3 Puan Majida, mantan NYDP mengucapkan ribuan terima kasih pada smeua waris, guru. Beliau telah bersama dengan PIBG SK Machang Bubok II selama 16 tahun. Beliau berharap waris dan AJK yang dilantik akan terus memberikan komitmen dalam membantu sekolah menjayakan programprogram yang dirancang. Tindakan: Makluman 8.4 Puan Jura selaku penasihat PIBG SK Machang Bubok II, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK sesi yang lalu dan sangat menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan pada SK Machang Bubok II. Beliau memohon agar AJK lama dan baharu memberikan kerjasama dalam proses pertukaran tandatangan pengurusan terutamanya urusan tandatangan CEK PIBG. Semua yang terlibat dengan pertukaran tandatangan cek akan berurusan dengan bank dalam kadar segera. Selepas ini cek PIBG akan tandatangani oleh manamana berikut ; i.MARSHIDALIZA BT MARZUKI (YDP) ii.NURUL IZZA BINTI KECHIK (SETIAUSAHA) Atau i.MARSHIDALIZA BT MARZUKI (YDP) ii.MOHAMMAD AFFANDI BIN ROSDI (BENDAHARI) Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan kluasa kuasa penandatangan cek PIBG SK Machang Bubok II. Tindakan : YDP, SU dan Bendahari 17


18 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN Encik Shyful, mantan YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih pada smeua ibubapa, guru yang banyak membantu beliau dalam memastikan anak-anak SK Machang Bubok II cemerlang secara menyeluruh. Beliau berharap jawatankuasa baharu lebih cemerlang dan dapat menaikkan nama sekolah dan melahirkan anak-anak hebat Sk Machang Bubok II. Beliau akhiri ucapan dengan terima kasih. 11.30 pagi – mesyuarat tamat. Disediakan oleh, ………………….. (PUAN NURUL IZZA BT KECHIK) Setiausaha PIBG SK Machang Bubok II Disahkan oleh, ………………… (PUAN MARSHIDALIZA BT MARZUKI) YDP PIBG SK Machang Bubok II


19


20 NAMA PENCADANG Pn. Nabya Shakira Nama anak: Mohd Ikhwan (5 USM) CADANGAN Meminta pihak sekolah beri perhatian keadaan lalulintas yang sesak ketika hadir dan pulang sekolah. Keselamatan murid kerana kenderaan semakin banyak di Machang Bubok kini. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Pn. Rusfamira binti Ruslan Nama anak: Adam Mikhael ( 5USM) CADANGAN Meminta pihak sekolah dapat buat sesuatu untuk laluan murid masuk ke sekolah tanpa basah apabila hujan. Contoh seperti membina bumbung di laluan masuk dan tempat menurunkan anak. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Pn Shuhaida Binti Othman (Kaunselor Sekolah) CADANGAN Mencadangkan program wakaf dan sedekah seringgit sehari untuk pembinaan 'awning' ruang menunggu waris di GateB memandangkan bertahun-tahun ada cadangan usul dari waris KEPUTUSAN


21 NAMA PENCADANG Pn. Che Puteh binti Che Ani Nama anak : Muhammad Anaqi ( 4USM) CADANGAN Harap dapat tinggal buku di sekolah kerana bebanan beg terlalu berat. Sehari 5 subjek,satu subjek berbuah buku kena bawa. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Pn. Jumidah binti Jefri Nama anak : Muhd Denish Danial (PK Zamrud) CADANGAN Menempatkan seorang pengawal keselamatan di pintu pagar murid PPKI di waktu awal pagi sebelum guru hadir bertugas. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Pn Norhafzah binti Mohd Razali Nama anak: Nor Hasya Aniqah (2UPM) CADANGAN Meminta pihak sekolah buat jadual pembelajaran kurang matapelajarannya sehari supaya anak tidak bawa banyak buku/ beg tidak terlalu berat KEPUTUSAN


22 NAMA PENCADANG Pn. Hazwanie binti Harison Nama anak :Nur Maisara binti Abdullah (2UUM) CADANGAN Tingkatkan prestasi murid. Memastikan murid yang lemah dalam subjek Matematik dan English dibimbing dan diberikan latihan untuk tindakan ibu bapa. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Pn. Syarifah binti Sharif Nama anak: Siti Nurazra Zurimi (1UUM) CADANGAN Harap pihak sekolah dapat kekalkan pemakaian baju PJ KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Pn. Suriani binti Saadin Nama anak: Muhd. Zharfan Mustaqim (1UUM) CADANGAN Tidak membezakan antara murid KEPUTUSAN


23 NAMA PENCADANG Pn Anis Adlin Nama anak : Airis Khayrina (2UPM) CADANGAN Kembali gunakan jadual sebelum 22 April lepas iaitu murid pulang 30 minit lebih awal daripada jadual sekarang. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG En. Mohd Youharman bin Yahaya Guru SKMB2 CADANGAN Mencadangkan pihak sekolah menjalankan Program Bacathon untuk menampung dana PIBG bagi membangunkan infrastruktur sekolah demi sejahteraan murid. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Pn Jura binti Hj Hamid Guru Besar SKMB2 CADANGAN Mencadangkan 4 orang AJK waris yang tidak pernah hadir mesyuarat dan aktiviti sekolah digugurkan dan mengekalkan AJK lain. Mohon cadangan 4 orang waris lain untuk penggantian. KEPUTUSAN


Penghargaan Pihak Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada pihak sekolah, KSIB dan ahli-ahlinya di atas segala sumbangan, sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menjayakan segala program dan aktiviti anjuran PIBG. Semoga segala usaha kita akan diberkati Allah S.W.T. Sesungguhnya hanya Allah sahaja dapat membalas sumbangan tenaga, masa, idea dan wang ringgit yang tuan/puan sumbangkan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu menyelesaikan satu wawasan kearah melahirkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin. PIBG Mesyuarat


Click to View FlipBook Version