The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD ZAMHAIKAL BIN MOHD SABERI Moe, 2023-10-31 07:28:32

Kesalahan Ejaan Pada Papan Tanda

PB2 ATBM IPG 2023

KESALAHAN EJAAN PADA PAPAN IKLAN IPG KAMPUS BAHASA MELAYU ASAS TATABAHASA BAHASA MELAYU


Biodata Pelajar: Nama : Muhammad Zamhaikal bin Muhammad Saberi Angka Giliran : 2023192310144 Nombor Kad Pengenalan : 050803-01-0065 Kumpulan : C6 Nama Kursus dan Kod : Asas Tatabahasa Melayu (BMMB 1084) Tugasan : Tugasan 2 Nama Pensyarah : Puan Teo Siew Fang Tarikh Hantar: 1 November 2023


PENGENALAN Pada era globalisasi ini, papan iklan merupakan medium yang memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan maklumat dan mesej kepada masyarakat umum. Namun, keberkesanan papan iklan yang dipaparkan juga bergantung kepada kejelasan dan ketepatan ejaan yang digunakan. Hal ini kerana terdapat banyak lagi papan iklan yang melakukan kesalahan ejaan dalam mengiklankan atau menyampaikan mesej kepada masyarakat. Pengkaji memilih untuk mengkaji fenomena ini kerana kesalahan ejaan yang dilakukan tersebut dapat menjejaskan persepsi dan pemahaman terhadap mesej yang ingin disampaikan kepada penerima. Antara kesalahan ejaan yang sering berlaku pada papan iklan yang dipaparkan kepada masyarakat umum ialah seperti kesalahan huruf vokal, kesalahan huruf konsonan, kesalahan kata majmuk, kesalahan jenis-jenis imbuhan dan kesalahan tanda baca. Selain itu, kesalahan ejaan yang dilakukan juga boleh berlaku dalam aspek kesalahan kataseperti kesalahan kata majmuk, kesalahan kata ganda, kesalahan sendi nama, kesalahan kata ganti nama, kesalahan kata pemeri, kesalahan kata nafi, kesalahan kata penguat, kesalahan kata hubung, kesalahan kata pastikel dan kesalahan kata bilangan.


Selain itu, antara faktor-faktor yang menyebabkan kesalahan ejaan ini sering dilakukan dalam kalangan masyarakat ialah kurangnya pengetahuan tentang Bahasa. Hal ini menyebabkan mereka membuat ejaan Bahasa Melayu tanpa mengambil kira aspek tatabahasa yang betul. Selain itu, pengaruh dialek dalam pertuturan seharian mereka. Perkara ini menyebabkan kekeliruan dalam pengejaan kerana bunyi-bunyi dalam bahasa tempatan mungkin berbeza dengan bunyi asal perkataan tersebut. Sebagai contohnya, kesalahan ejaan ‘poko’ yang sebenarnya merujuk kepada perkataan ‘pokok’ berlaku akibat daripada pengaruh cara sebutan perkataan tersebut mengikut dialek (Anne Jeffrey Kihob dan Saidatul Nornis Mahali, 2021). Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti jenis-jenis kesalahan ejaan yang sering berlaku pada papan iklan. Hal ini juga bagi memastikan kesalahan ejaan yang dilakukan tidak berulang lagi pada yang akan datang. Perkara ini sangat penting bagi memastikan masyarakat kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dalam kehidupan seharian mereka.


ANALISIS 1 Kesalahan Kata Majmuk


Papan iklan perniagaan tersebut menunjukkan kesalahan ejaan daripada aspek kata majmuk dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana perkataan ‘alatulis’ seperti yang dieja dalam papan tersebut sepatutnya dieja dengan menjarakkan perkataan ‘alat’ dan ‘tulis’ iaitu ‘alat tulis’ kerana perkataan ‘alat tulis’ merupakan perkataan yang tergolong dalam kata majmuk. Hal ini selaras dengan pendapat Nik Safiah Karim et al. (2015) yang menyatakan bahawa kata majmuk hendaklah dieja secara terpisah dan bertindak sebagai satu unit dan bentuknya juga tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Selain itu. perkataan ‘alat’ dan ‘tulis’ adalah dua perkataan yang berasingan dan mempunyai makna yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), perkataan alat membawa maksud perkakasan atau barang yang diperlukan untuk menghasilkan, mengerjakan atau melakukan sesuatu manakala perkataan tulis membawa maksud mencatat kata-kata dengan menggunakan huruf. Hal ini jelas membuktikan bahawa perkataan ‘alat ‘tulis’ harus dijarakkan apabila dieja dan tidakk boleh digabungkan sebagai satu perkataan.


ANALISIS 2 Kesalahan Kata Sendi Nama di


Papan kenyataan tersebut menunjukkan berlakunya kesalahan ejaan dalam penggunaan kata sendi nama. Perkataan ‘di’ dan ‘atas’ merupakan perkataan yang harus dijarakkan apabila dieja dan tidak boleh dieja secara rapat. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (1972), penulisan perkataan ‘di’ hendaklah dieja secara terpisah daripada perkataan yang mengikutinya. Antara perkara yang menyebabkan perkataan ‘di’ dan ‘atas’ harus dijarakkan ialah kerana kedua-dua perkataan tersebut mempunyai fungsi atau makna yang berlainan dalam ayat. Kesalahan penggunaan perkataan ‘di’ ini juga kerap berlaku kerana kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat dalam membezakan penggunaan perkataan ‘di’ sebagai imbuhan awalan. Sebagai contohnya, perkataan ‘dibaca’ boleh dieja secara rapat kerana perkataan diyang diletakkan di hadapan perkataan tersebut berfungsi sebagai imbuhan awalan dan kata dasarnya iaitu ‘baca’ merupakan kata kerja. Manakala, perkataan ‘ di atas’ harus dieja secara jarak kerana perkataan ‘di’ yang diletakkan di hadapan berfungsi sebagai kata sendi nama yang digabungkan dengan kata arah iaitu ‘atas’.


ANALISIS 3 Kesalahan Ejaan Digraf


. Papan iklan di atas menunjukkan kesalahan ejaan daripada aspek digraf dilakukan. Digraf ialah istilah di dalam linguistik yang membawa maksud dua huruf konsonan digabungkan bagi mewakili satu fonem atau bunyi dalam sesebuah perkataan. Kesalahan yang telah dikenalpasti pada papan iklan tersebut ialah pada perkataan ‘perhidmatan’. Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah ‘perkhidmatan’ di mana kata dasarnya merupakan ‘khidmat’. Pengulangan huruf konsonan dalam perkataan tersebut iaitu ‘kh’ merupakan digraf kerana kedua-dua huruf tersebut merupakan huruf konsonan yang apabila digabungkan akan mewakili satu fonem iaitu bunyi. Hal ini selaras dengan pendapat Nur Shakirah binti Azizan dan Muhammad Saiful Haq bin Hussin (2017), yang menyatakan bahawa digraf ialah dua huruf konsonan yang hadir secara berturutan dan mewakili satu fonem. Kesalahan ini juga mungkin berlaku kerana pengulangan huruf konsonan dalam perkataan ‘khidmat’ iaitu ‘kh’ mewakili satu bunyi menyebabkan kekeliruan berlaku apabila perkataan tersebut dieja.


ANALISIS 4 Kesalahan Keselarasan Huruf Vokal


Poster digital tersebut menunjukkan kesalahan ejaan dari aspek keselarasan huruf vokal yang berlaku pada perkataan ‘warong’ yang terdapat pada papan iklan tersebut. Perkataan ‘warong’ yang terdapat pada poster digital tersebut sepatutnya dieja sebagai ‘warung’. Keselarasan huruf vokal merupakan perkara yang melibatkan perkataan yang berbentuk dua suku kata yang terdiri daripada lapan pola keselarasan huruf vokal (Sulaiman Masri et al., 2006). Pola keselarasan ini hendakah dipatuhi bagi mengelakkan kesalahan ejaan dilakukan. Perkataan tersebut dikategorikan sebagai kesalahan daripada aspek keselarasan huruf vokal kerana berlakunya pertukaran huruf vokal yang tidak sepatutnya berlaku dalam perkataan tersebut dan terdapat ketidaksesuaian dalam penggunaan huruf vokal dalam perkataan tersebut. Bagi memahami kesalahan ini dengan lebih mendalam, dalam kata "warong, " terdapat campuran huruf vokal "a" dan "o" yang tidak sesuai dengan prinsip ejaan yang meminta penggunaan vokal yang seragam dalam satu kata. Oleh karena itu, ejaan yang betul adalah "warung, " di mana semua huruf vokal adalah "a, " sesuai dengan aturan keselarasan huruf vokal dalam bahasa Melayu.


ANALISIS 5 Kesalahan Ejaan Pinjaman Bahasa Cina


Papan iklan tersebut menunjukkan berlakunya kesalahan ejaan yang berlaku akibat pengaruh ejaan pinjaman bahasa Cina. Perkataan ‘mee’ seperti yang tertera pada papan iklan tersebut seharusnya dieja dengan perkataan ‘mi’. Perkataan ‘mee’ merupakan ejaan pinjaman daripada Bahasa Cina, iaitu dari dialek Hokkein yang disebut sebagai ‘mien’. Hal ini selaras dengan pendapat Choi Kim Yok dan Chong Siew Ling (2008) yang menyatakan bahawa sebahagian kecil ejaan Bahasa Melayu merupakan kata pinjaman daripada dialek Hokkien dan sebahagian kecil datang daripada dialek Kantonis. Dalam konteks bahasa Cina, perkataan ini merujuk kepada makanan yang berbentuk mee atau mi yang diperbuat daripada tepung terigu. Dalam hal ini, apabila Bahasa Melayu mengambil perkataan ini sebagai pinjaman, maka ia diselaraskan dengan ejaan Melayu yang membentuk perkataan ‘mi. Perubahan ini termasuk penyesuaian bunyi ‘ee’ kepada ‘i’ yang sesuai dengan struktur bunyi dalam Bahasa Melayu.


ANALISIS 6 Kesalahan Ejaan Pinjaman Bahasa Arab


Poster digital tersebut menunjukkan kesalahan ejaan yang berlaku akibat daripada kekeliruan yang berlaku dengan sistem ejaan Bahasa Arab dengan sistem ejaan Bahasa Melayu. Kesalahan yang dilakukan ialah pada perkataan ‘ramadhan’ yang seharusnya dieja sebagai ‘ramadan’. Dalam Bahasa Arab, perkataan tersebut dieja sebagai ‘ramadhan’. Terdapat penggunaan huruf ‘dhod’ dalam apabila perkataan tersebut dieja dalam Bahasa Arab. Hal ini menyebabkan kekeliruan apabila ejaan ‘ramadhan’ di dalam Bahasa Arab ditukarkan kepada Bahasa Melayu. Sebagai contohnya, huruf ‘dhod’ dalam Bahasa Arab akan ditukarkan kepada huruf ‘d’ dalam Bahasa Melayu apabila ejaan tersebut ialah dalam Bahasa Melayu. Perubahan huruf tersebut dilakukan adalah untuk kesesuaian dalam sistem ejaan Bahasa Melayu. Hal ini selaras dengan pendapat Any Rozita Abdul Mutalib (2023) yang menyatakan bahawa konsonan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Arab tidak semuanya selari dengan ejaan asalnya dan terdapat beberapa konsonan tertentu yang ditambahkan atau dirumikan bagi memastikan ianya sesuai dengan ejaan Bahasa Melayu


ANALISIS 7 Kesalahan Kata Sendi Nama dari /daripada


Papan tanda tersebut menunjukkkan kesalahan dari aspek penggunaan kata sendi nama dari/daripada dilakukan. Kesalahan yang yang dilakukan ialah penggunaan kata sendi nama yang tidak tepat. Kata sendi nama ‘dari’ yang digunakan dalam papan tanda tersebut merupakan sebuah kesalahan kerana kata sendi ‘dari’ merupakan kata sendi yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama bagi menunjukkan arah, waktu dan juga tempat. Tambahan pula, tidak wujud perkataan yang menyatakan tempat, arah atau waktu di belakang kata sendi nama tersebut yang membolehkan kata sendi nama ‘dari’ digunakan dalam ayat tersebut. Hal ini selaras dengan pendapat Nor Ain Nor Azman dan Nur Farahkhanna Mohd Rusli (2020), yang menyatakan bahawa kata sendi nama ‘dari’ hendaklah digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama yang berfungsi bagi menunjukkan waktu dan masa, dan arah atau tempat. Oleh itu, kata sendi nama ‘daripada’ sepatutnya digunakan di dalam ayat di atas kerana kata sendi nama ‘daripada’ merupakan kata sendi nama yang mematuhi aspek tatabahasa yang betul untuk digunakan di dalam ayat tersebut.


ANALISIS 8 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Akhiran -an


Papan iklan tersebut menunjukkan kesalahan penggunaan imbuhan yang tidak sesuai dilakukan pada papan iklan tersebut. Kesalahan dapat dikesan pada perkataan ‘sentuhan’ yang terdapat pada papan tersebut. Hal ini dikatakan sedemikian kerana perkataan ‘kanta sentuhan’ yang terdapat pada papan iklan tersebut seharusnya dieja sebagai ‘kanta sentuh’ yang merujuk kepada kepingan yang dilekapkan ke kornea mata sebagai alat alternatif yang digunakan bagi merawat masalah rabun yang dihadapi seseorang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), perkataan sentuhan membawa maksud senggolan atau singgungan manakala sentuh membawa maksud dua benda yang bersentuhan antara satu sama lain. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa imbuhan akhiran -an tidak sesuai untuk diletakkan pada perkataan ‘sentuh’ yang terdapat pada papan iklan tersebut kerana ia akan membawa makna yang lain kepada ‘kanta sentuh’. Hal ini selaras dengan pendapat Abdullah Hassan (2008), yang menyatakan bahawa imbuhan akhiran -an merupakan imbuhan yang memberikan makna hasil daripada perbuatan.


ANALISIS 9 Kesalahan Penggunaan Tanda Sempang


Poster digital tersebut menunjukkan kesalahan dalam penggunaan tanda sempang yang diletakkan dalam frasa ‘ke 48’. Seharusnya tanda sempang diletakkan di antara perkataan ‘ke’ dan ‘48’. Hal ini selaras dengan pendapat Nik Safiah Karim (2015) seperti yang dinyatakan dalam Muhammad Faizul Abd Hamid et al. (2022) yang menyatakan bahawa tanda sempang perlu diletakkan apabila ‘ke-’ dirangkaikan dengan angka. Tanda sempang merupakan tanda baca yang berfungsi bagi menjelaskan hubungan antara bahagian ungkapan atau perkataan. Selain itu, Tanda sempang (-) yang seharusnya digunakan dalam frasa tersebut merupakan tanda baca yang berfungsi sebagai morfem. Morfem merupakan unit bahasa yang terkecil yang dapat membawa makna kepada frasa. Dalam konteks ini, ia berfungsi bagi menyatukan unsur ‘ke’ yang merupakan awalan yang menunjukkan arah atau tujuan dengan nombor ordinal ‘48’ yang berfungsi bagi menunjukkan kedudukan atau urutan. Sebagai contohnya, apabila frasa ‘kali ke-48’ ditulis seperti berikut maka ia merujuk kepada mesyuarat yang diadakan untuk kali yang ke-48 daripada semua mesyuarat yang pernah dilangsungkan sebelum ini.


ANALISIS 10 Kesalahan Penggunaan Imbuhan beR-


Poster digital tersebut menunjukkan kesalahan daripada aspek penggunaan imbuhan beR-. Kesalahan yang dilakukan pada poster tersebut ialah pada perkataan ‘merbahaya’. Ejaan ‘merbahaya’ merupakan ejaan yang tidak mematuhi kaedah ejaan standard Bahasa Melayu. Ejaan tersebut merupakan variasi atau bentuk ejaan yang tidak diiktiraf dalam Bahasa Melayu. Perkataan tersebut seharusnya dieja dengan perkataan ‘berbahaya’. Selain itu, tidak wujud imbuhan ‘meR-‘ di dalam Bahasa Melayu. Perkara ini jelas membuktikan bahawa perkataan bahaya yang diletakkan imbuhan ‘meR-‘ di hadapan kata dasarnya pada poster digital merupakan sebuah kesalahan daripada aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Imbuhan ‘beR’ merupakan imbuhan yang tepat untuk diletakkan pada kata dasar ‘bahaya’ yang merupakan kata adjektif. Hal ini bertepatan dengan pendapat Nik Safiah Karim et al. (2015) yang menyatakan bahawa imbuhan awalan ‘beR’ merupakan imbuhan yang boleh digabungkan dengan kata dasar yang merupakan kata adjektif.


ANALISIS 11 Kesalahan Ejaan Peraturan D-M


Papan iklan tersebut menunjukkan kesalahan ejaan daripada aspek peraturan hukum D-M dilakukan. Hukum D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Kesalahan yang dilakukan ialah pada perkataan ‘goreng pisang’. Ejaan tersebut tidak membawa apa-apa makna. Sebaliknya, ia harus dieja dengan perkataan ‘pisang goreng’. Dalam aspek peraturan D-M, perkataan ‘pisang’ merupakan unsur yang diterangkan yang harus hadir pada kedudukan yang pertama. Seterusnya, perkataan ‘goreng’ merupakan unsur yang menerangkan. Tambahan pula, unsur penerang bagi ‘menerangkan’ akan hadir pada kedudukan yang kedua. Pernyataan ini disokong dengan pendapat Abdullah Hassan (2006) yang menyatakan bahawa hukum D-M hendaklah mematuhi aturan yang diterangkan mendahului yang diterangkan. Perkara ini jelas membuktikan bahawa ejaan ‘goreng pisang’ seperti yang tertera pada poster digital tersebut merupakan sebuah kesalahan dan seharusnya dieja dengan perkataan ‘pisang goreng’.


RUMUSAN Sebagai rumusan, terdapat banyak kesalahan ejaan yang berlaku pada papan iklan yang terdapat di sekeliling kita. Berdasarkan kajian dan analisis yang telah dilaksanakan, kesalahan ejaan paling banyak berlaku pada papan iklan perniagaan. Perkara ini disyaki berpunca daripada sikap peniaga sendiri yang hanya mementingkan nilai komersial semata-mata tanpa mengambil kira aspek penggunaan tatabahasa yang betul (Muhammad Faizul Abd Hamid et al., 2022). Tambahan pula, kesalahan ejaan yang dilakukan pada papan iklan tersebut akan menyebabkan berlakunya kekeliruan dan ketidakjelasan dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat umum. Melalui kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa jenis kesalahan ejaan yang paling banyak dilakukan pada papan iklan ialah kesalahan ejaan kata majmuk. Kesalahan ejaan tersebut didapati paling mudah untuk dijumpai oleh pengkaji sewaktu menjalankan kajian. Seterusnya, kesalahan ejaan daripada aspek keselarasan huruf vokal. Kesalahan ini sering dilakukan pada papan iklan didapati berlaku akibat daripada sikap peniaga yang tidak mematuhi peraturan dalam keselarasan huruf vokal.


Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan hendaklah memainkan peranan yang penting dalam memastikan ejaan pada papan iklan yang dipaparkan kepada masyarakat menggunakan ejaan yang betul. Hal ini bagi memastikan contoh yang baik dapat diberikan kepada masyarakat umum. Sebagai contohnya, pihak berkuasa tempatan hendaklah melantik seorang yang mahir dalam bidang bahasa dalam bahagian permohonan lesen iklan papan tanda. Hal ini bagi memastikan ayat ataupun perkataan yang digunakan pada papan tersebut mematuhi hukum ejaan yang betul supaya maklumat yang ingin disampaikan kepada masyarakat melalui papan iklan tersebut disampaikan dengan jelas.


TERIMA KASIH...


Click to View FlipBook Version