The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pm2244, 2022-07-08 04:53:04

TOK JANGGUT

TOK

TOKOH SEJARAH

TOK JANGGUT

NAMA PELAJAR: MUHAMMAD HAZIQ LUQMAN BIN MOHD AZLAN
KELAS : 1 AA

BIODATA TOK JANGGUT.

.

TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN

(i) Latar belakang
– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke
paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga

♣FAKTOR PENENTANGAN♣

a) British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar
cukai tanah pada tahun 1915.

b) Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang
berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.

c) Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang
gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang
bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.

d) Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat
Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan
melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.

:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD ::

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba
dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti
dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang
kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang
bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat,
maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang
juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga
perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut
dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu
dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.
Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil
kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta
sahabat dan pengikutnya terhadap negara.

Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak
kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di
jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.
Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau
dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan
ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana
Tengku Seri Maharaja Jeram.
Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah,
Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya
berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu,
Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung
selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.
Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani,
Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran
yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.
Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak
terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk
menubuhkan barisan menentang penjajah itu.
Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat
Kilau dan Datuk Bahaman.
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama
pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian
Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam
peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang
Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul
Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan
sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang
Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak
berpuas hati.
Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip
hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan
itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen
penentangan.
Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut
dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah
perjuangannya.
Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas
di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan
mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.
Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal
dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai
Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.
Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada
pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat
Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya
bersenjata.
Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan
mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul
persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan
seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis
berjalan seiring atau di hadapannya.
Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan
dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut
dengan Inggeris.
Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di
jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya
menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua
Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.

Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana
sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan
kekacauan tidak berlaku di Kelantan.
Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV
mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud
Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk
Imam Lebai Kadir.
Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa
beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang
dianggap sebagai penindas.
Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri,
Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas
kesalahan menderhaka.
Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya
menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.
Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok
Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik
Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.
Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239
askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok
Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang
mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas
seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.
Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh,
Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk
kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah
tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.
Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin
pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah
Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.

Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan
akibatnya beliau ditikam mati.
Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak
jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan
pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai
pengikutnya.
Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan
digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum
dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan

Pertempuran Kampung Saring

Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah
menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih. Pasukan Tok Janggut kemudian
telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris telah menyerang kubu
tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi
serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas
Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau.

Walaubagaimanapun, akhirnya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta
lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok
Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala Tengku Besar Tuan Ahmad, Haji Said
dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.

(ii)Faktor Penentangan

a) Peraturan Tanah
- Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani
membayar cukai tanah

b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan
- petani dikehendaki membayar cukai seperti;
- cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok
- pokok pinang satu sen sepokok
- sirih 5 sen sejunjung
- kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor
- peraturan ini membenakan rakyat

c) Perasaan anti-British
- sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki
Uthmaniyah semasa Perang Dunia I tahun 1914
- kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad
menentang penjajah Barat
- Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh

d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan
- penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran
cukai terletak jauh di bandar
- Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal
- mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda
- penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British

TUGU PERINGATAN TOK JANGGUT

Tugu Peringatan Tok Janggut ini telah dibina oleh Majlis Daerah Pasir Puteh pada tahun 2005.
Tugu ini dibina bagi memperingati jasa dan perjuangan Haji Wan Muhamad Saman atau lebih
dikenali sebagai Tok Janggut dalam era penentangan orang-orang Melayu di Tanah Melayu ke atas
Inggeris. Lokasi tugu ini adalah di Pusat Bandar Pasir Puteh.

MAKAM PEJUANG JIHAD TOK JANGGUT

Makam Tok Janggut terletak di Pasir Pekan Tumpat Kelantan. Beliau terkorban ketika serangan
British pada bulan Mei 1915 di Saring. Mayatnya di arak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum
digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada
masyarakat tempatan yang berani menentang British.

KESIMPULAN

1.Kita mestilah menghargai jasa pejuang-
pejuang tokoh tempatan. hal ini kerana
jikalau tiada mereka, negara kita tidak
mungkin akan bebas seperti sekarang.

2.kita perlu menghargai, bersyukur dan
menjaga keamanan negara sehingga di
kandung badan


Click to View FlipBook Version