The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat PIBG SMKA KERIAN kali ke 23

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chezararamlan, 2023-06-16 03:20:09

BUKU MESYUARAT PIBG

Mesyuarat PIBG SMKA KERIAN kali ke 23

Disempurnakan oleh : Encik Khairul Anuar bin Arshad Penolong PPD Pendidikan Islam 16JUN2023 | JUMAAT | 3.00PETANG DEWANIBNUKHALDUN S M K A G A M A K E R I A N K A L I K E - 2 4


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam . Terlebih dahulu izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini bagi mengalu-alukan kehadiran semua hadirin khasnya para ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 pada petang yang penuh ceria ini. Selaku Pengetua di sekolah ini, saya berasa sungguh bangga dan amat bersyukur dengan komitmen tuan-tuan dan puan-puan dan saya berharap agar sokongan dan kerjasama begini akan berterusan untuk semua acara dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pun PIBG sendiri. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini juga memberikan petanda baik bahawa wujudnya permuafakatan yang jitu antara ibu bapa dan guru di sekolah ini dalam memastikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, Seperti yang tuan-tuan dan puan maklum, sekolah ini telah berada di tempatnya tersendiri dalam kedudukan antara yang terbaik di peringkat kebangsaan. Jadi, bukan mudah untuk saya selaku pengetua untuk mengekalkan kecemerlangan ini jika tanpa sokongan tuan-tuan dan puan-puan. Bukan saja daripada PIBG, malah sokongan daripada PPD, JPN, Kementerian apatah lagi pemimpin setempat. Saya amat berharap kita semua mengukuhkan Kerjasama yang padu demi kejayaan anak-anak kita tak kira sama ada bidang akademik, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Program tahfiz di sekolah ini bermula pada tahun 2015 dan keluaran SPM pertama pada tahun 2019. Pada tahun ini sekolah kita berjaya melahirkan para penghufaz al Quran seramai 144 orang. Pada tahun 2020 pula seramai 117 orang dan tahun 2021 dan 2022 pula seramai 115 orang semuanya berjumlah 491 orang. Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puanpuan, pelajar-pelajar kita juga ada yang berjaya khatam hafazan lebih awal.Maknanya sebelum tingkatan 5 mereka ini telah berjaya menamatkan hafazan. Pada tahun ini pencapaian SPM 2022 baru-baru ini, menurun sedikit dari tahun sebelum ini. Dari sudut Gred purata sekolah berlaku penurunan dari 1.57 kepada 1.85. P E N G E T U A Tuan Abdul Halim bin Mohd Naam PENGETUA SMK AGAMA KERIAN 1


Keluarga Abu Bakar As Siddiq (Merah), Keluarga Umar Al Khattab ( Hijau) Keluarga Uthman Al-Affan ( Biru ) Keluarga Ali Bin Abi Talib ( Kuning ) Akademik Hafazan Disiplin Sukan Nilam Asrama Jati diri Budi Bahasa Penampilan Diri Kehidupan beragama Walau bagaimanapun, berlaku peningkatan pencapaian dalam bilangan pelajar yang mencapai A dalam semua mata pelajaran dari 12 orang kepada 14 orang. Begitu juga pencapaian pelajar yang mendapat 9A dan lebih, juga meningkat kepada 56 orang. Selain itu sekolah ini juga mencapai yang terbaik dalam mata pelajaran matematik, matematik tambahan dan kimia dalam kalangan sekolah-sekolah SMKA seluruh Maalaysia. Tuan-tuan dan puan-puan, Dalam bidang Hal Ehwal Murid, SMKA Kerian telah melaksanakan Sistem Keluarga Asrama ( SisKA). Ada 4 keluarga besar asrama iaitu : Keempat empat keluarga besar ini perlu menjaga 6 aspek yang menjadi KPI setiap keluarga iaitu : Pada akhir tahun, pihak sekolah akan bagi pengiktirafan dan penghargaan dalam majlis makan malam Gilang Gemilang Sistem Juara kepada keluarga asrama yang terbaik. Program ini telah banyak menyumbang kepada kemenjadian murid dalam setiap bidang. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) juga dilaksanakan di sekolah ini. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, tidak semua sekolah diarah melaksanakan program ini. Hanya sekolah yang terpilih sahaja. Program ini bermatlamat untuk mengimbangi pencapaian akademik yang cemerlang dengan sahsiah yang terpuji. Terdapat 4 teras SUMUR iaitu : Tuan-tuan dan Puan-puan, PIBG telah banyak membantu sekolah, segala bantuan yang diberikan turut dilaporkan dalam mesyuarat nanti. Urusan budi bicara permohonan dana PIBG untuk apaapa program sangat mudah. Terima kasih diucapkan. Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan juga guru kerana sangat komited dengan semua aktiviti di sekolah ini. Semoga KEJAYAAN akan menjadi milik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan serta milik kita bersama-sama. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wbth. Terima kasih. 2


3 Y D P P I B G Dr. Mohd Fahmi bin Abdul Khir YANG DI-PERTUA PIBG SMK AGAMA KERIAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam kerana kita diberi peluang untuk meneruskan perjuangan dalam mencari keredhaanNya. Bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” begitulah perumpamaan yang dapat digambarkan eratnya Kerjasama di antara ibubapa dan guru di SMKA Kerian bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang tetapi mempunyai akhlak yang baik dan mulia. Benarlah sabda Nabi junjungan kita, anak-anak ibarat kain putih maka menjadi tanggungjawab ibubapa dan guru-guru dalam mencorakkannya. Sehubungan itu saya ingin mengambil kesempatan ini menyeru kepada ibu bapa marilah kita berganding bahu memberi sokongan dan galakan kepada mereka supaya bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka untuk dijadikan pedoman menghadapi hari muka. Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada guru-guru khasnya dan ibubapa amnya kerana sekolah kita mencapai keputusan SPM yang boleh dibanggakan pada tahun 2022. Marilah kita sama-sama berdoa dan memberi sokongan kepada anakanak kerana perjuangan kita belum berakhir. Kita juga mengharapkan keputusan SPM 2023 lebih cemerlang bukan sahaja di peringkat negeri malahan di peringkat kebangsaan. Semoga impian murni ini tidak mustahil untuk dicapai berkat usaha ibubapa memberi bimbingan dan galakan sedari awal di rumah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Jawatankuasa PIBG yang telah menyumbang tenaga dan idea dalam merancang dan menjayakan aktiviti bersama pihak sekolah. Saya juga turur menyeru supaya ibubapa bersama-sama dalam Program Uniknya Zakat dan Jariah @ SMKA Kerian. Saya juga meletakkan harapan agar usaha dan kerjasama daripada semua ibubapa dan guru dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam membentuk generasi yang cemerlang dan berakhlak mulia. Sekian, terima kasih.


4 Pendaftaran Ucapan pengerusi majlis Bacaan Al-Quran Persembahan montaj Ucapan Pengetua Cemerlang SMK Agama Kerian Ucapan Yang Dipertua PIBG Ucapan Perasmi Penyampaian hadiah kepada perasmi Persembahan pelajar Acara Perasmian Mesyuarat Agung Ucapan Pengerusi. Bacaan doa Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-23 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2022 Penetapan bayaran persekolahan dan Program Kecemerlangan Pelajar bagi tahun 2023 Pembubaran AJK 2022/2023 Pemilihan AJK baharu Tahun 2023/2024 Ucapan YDP sesi 2023/2024 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 Cabutan Bertuah Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 ditangguhkan.


5 MINI T MESYUARAT AGUNG PIBG KAL I KE -23 SMK AGAMA KERIAN TAHUN 2022 TARIKH : 28 MEI 2022 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN IBNU KHALDUN SMKA KERIAN (TMUA) KEHADIRAN : 200 orang 1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan guru-guru yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke23 secara bersemuka setelah kali terakhir mesyuarat ditangguhkan adalah secara atas talian. 1.2 YDP PIBG meminta ibu bapa membuka buku mesyuarat dan minit mesyuarat boleh didapati di dalam buku tersebut untuk kempen “paperless”. 2.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2.1 Setiausaha PIBG iaitu Puan Ain Fatahah Bt Norazizan membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-22 pada muka surat 7,8,9,10,11,12,13 dan 14. 2.2 Encik Abdul Hadi Bin Kader mencadangkan minit mesyuarat disahkan. 2.3 Puan Wan Nadia Balkis Bt. Wan Ghazali menyokong. 3.0 Laporan Aktiviti Tahunan 3.1 Setiausaha PIBG iaitu Pn Ain Fatahah Bt Norazizan membentangkan laporan aktiviti tahunan dengan merujuk muka surat 15,16,17,18 dan 19. 3.2 Encik Abdul Hadi Bin Kader mencadangkan minit mesyuarat disahkan. 3.3 Puan Wan Nadia Balkis Bt. Wan Ghazali menyokong.


6 Membentang dan Menerima serta meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang Berakhir pada 31 Disember 2021 4.1 Cik Zuraini bt Ahmad membentangkan penyata kewangan PIBG, Kecemerlangan dan wakaf dan Jariah dengan merujuk muka surat 20,21 dan 22. 4.2 PIBG : RM 11,391.23 Kecemerlangan : RM 147305.34 Wakaf dan Jariah : RM 11, 655.35 Beliau menyatakan baki pada 31 Disember 2021 adalah seperti berikut : 4.3 Ustaz Mad Saad Bin Puteh telah mencadangkan supaya penyata kewangan disahkan. 4.4 Puan Intan Farhana Bt Numan telah menyokong penyata kewangan tersebut disahkan. 4.5 En Hakimi Bin Kassim telah bertanya adakah duit kutipan kecemerlangan bagi setiap tingkatan dikekalkan dalam tingkatan semasa atau dibawa ke tahun hadapan mengikut tingkatan pelajar jika masih berbaki. 4.5.1 Pn Mazni telah menjawab pertanyaan tersebut dengan menyatakan kutipan wang kecemerlangan akan dibawa ke tingkatan seterusnya jika masih berbaki pada tahun semasa. 5.0 MENETAPKAN BAYARAN PERSEKOLAHAN DAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI TAHUN 2022 5.1 Pengetua mencadangkan sumbangan PIBG dan Yuran kecemerlangan dikekalkan seperti tahun sebelum-sebelumnya 5.1.1 Encik Mohd Akram Bin Danial mencadangkan penetapan bayaran persekolahan dan program kecemerlangan diterima dan disahkan 5.1.2 Puan Suhaila Bt Ismail menyokong untuk sumbangan dan yuran dikekalkan. 5.2 Mesyuarat memutuskan sumbangan PIBG dan yuran kecemerlangan adalah seperti berikut: 5.2.1 Sumbangan PIBG sebanyak RM100/ keluarga (dikekalkan).


7 5.0 5.2.2 Yuran kecemerlangan: Tingkatan 1 - RM 200 Tingkatan 2 - RM 200 Tingkatan 3 - RM 250 Tingkatan 4 - RM 200 Tingkatan 5 - RM 350 Tingkatan 6 Rendah - RM 200 Tingkatan 6 Atas - RM 350 6.0 PEMBENTANGAN USUL 6.1 Encik Ahmad Azizul Fazli B. Mai dan juga mencadangkan agar waktu outing pelajar bermula pada jam 9.00 sehingga 6.30 petang dan boleh bermalam setiap 2 minggu sekali. Cadangan ditolak kerana akan menggangu program sekolah. 6.2 Puan Rohayu Bt Abu Bakar waktu outing pelajar bermula pada jam 9.00 sehingga 6.30 petang. Cadangan ditolak. 6.3 Puan Norazizah bt Mohd Shohari memohon supaya pihak sekolah menempah bas pergi dan balik untuk murid- murid asrama pulang bermalam / balik ke rumah. Akan diusahakan oleh Kelab Usahawan Muda. 6.4 Puan Siti Norasikin Bt Muhyaddin mencadangkan pihak sekolah membenarkan penggunaan laptop atau tablet untuk tujuan akademik. 6.5 Puan Rosiyah binti Mohamad turut mencadangkan Puan Muhasliza sebagai AJK Ibu bapa dan cadangan ini disokong oleh Puan Jemiah binti Che Yusof. 6.4.1 YDP PIBG mencadangkan untuk mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah- sekolah SBP/MRSM yang telah menggunakan gajet dalam pdpc dan cara untuk mengawal penggunaannya. 6.4.2 Puan Intan telah memberi respon bahawa di sekolah-sekolah SBP, pihak sekolah yang akan menguruskan pesanan gajet dan murid akan membayar harga gajet tersebut secara ansuran. Selain itu, pihak sekolah juga menyediakan tempat yang selamat untuk menyimpan gajet dan yuran penyimpanan akan dikenakan sebanyak RM100 setahun. 6.5 Encik Fauzi Aziz mencadangkan tiga cadangan. Yang pertama agar pihak sekolah mengadakan Program Hari Terbuka Asrama. Cadangan kedua, iaitu mengadakan kelas tambahan secara intensif bermula dari Tingkatan 3. Cadangan yang terakhir ialah mengadakan satu perjumpaan khas pelajar dengan waris pelajar berkaitan dengan program hafazan. 6.5.1 Cadangan untuk ketiga-tiga usul telah diterima.


8 6.6 En Mohd Kamarulhisam B. Mohd Nowawi mencadangkan agar ibu bapa diberi kebenaran untuk masuk ke asrama bagi membantu dalam keceriaan asrama. 6.6.1 Pihak sekolah memutuskan bahawa ibu bapa hanya dibenarkan masuk ke asrama bagi program tertentu sahaja. 6.7 Puan Adliatun Mokhtar mencadangkan program meraikan setiap pelajar yang telah khatam hafazan 30 juzuk. 6.7.1 Pengetua menyatakan memang telah berada dalam perancangan sekolah dan tahun-tahun sebelum ini tidak dapat dijalankan kerana pandemik. Majlis khas tersebut akan diadakan untuk pelajar Tingkatan 5 sebelum mereka tamat sekolah dan pelajar-pelajar yang sudah khatam akan memakai jubah khas menandakan mereka telah khatam 30 Juzuk Al-Quran. 6.8 Encik Ahmad mencadangkan : 1. Agar menaik taraf insfrastruktur dan kelengkapan asrama menepati taraf Sekolah Berasrama Sekolah. 2. Utamakan aspek disiplin dalam menjaga kebersihan diri, asrama, sekolah dan persekitaran sesuai dengan wajah TMUA. 6.8.1 Pengetua memberi jawapan balas bahawa sekolah tidak dapat menaik taraf setara sekolah SBP kerana dana sekolah SBP tidak sama dengan SMKA. 6.9 Cadangan no 9,10,11,12 dari pihak Pn Wan Afdzan Bt Raja Zulkifli , Ahmad Bashah B. Saadan, Noor Azlinawati Bt Meor Kamar dan Pn Hasruniza Bt Hj Abd Rahman masing- masing berkaitan dengan menaik taraf sekolah telah dijawab dalam cadangan ke- 8. Segala usul berkaitan infrastruktur dan penaiktarafan sekolah akan dibincang dalam suatu perjumpaan khas Pengetua bersama AJK PIBG yang lain. Pengetua juga akan memohon peruntukan khas daripada KPM. 7.0 Puan Norhajjah mencadangkan agar 1. Mengadakan buku panduan khas untuk Tingkatan 1 yang mengandungi informasi penting di sekolah. 2. Menyediakan baju prep dan baju batik yang telah siap dijahit. 3. Mengadakan jadual yang tidak terlalu padat untuk pelajar baru khususnya pelajar Tingkatan 1. 7.0.1 PK KOKO Encik Zaidie menyatakan bahawa perkhidmatan baju siap dijahit tidak dapat disediakan buat masa ini. 7.0.2 PK HEM memberi maklum balas hanya ketika orientasi sahaja pelajarpelajar baru akan tidur selama 2 atau 3 jam itu pun selama dua hari sahaja. Hari-hari lain pelajar-pelajar akan tidur seperti biasa.


9 7.1 Encik Akasyah Bin Abdullah telah membentangkan usul tergempar. 1. Cadangan untuk mengekalkan YDP, dan AJK PIBG yang lain selama dua tahun sekali. Beliau berkata dalam perlembagaan dibolehkan. 2. Jawatankuasa PIBG harus terdiri daripada 5 orang biasa dan 5 orang guru. 3. Cadangan seterusnya agar pihak sekolah menambah bilangan pokokpokok di kawasan sekolah berikutan kawasan sekolah yang luas dan lapang yang dilihat sangat kosong tanpa pokok-pokok hijau. Beliau juga mencadangkan untuk mengadakan program 1 Keluarga 1 Pokok. 4. Beliau juga memohon agar Mesyuarat PIBG selepas ini agar ditamatkan lebih awal dan tidak terlalu lewat. 7.1.1 Usul diterima. 7.0 PEMBUBARAN AJK 2020 / 2021 7.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah, guruguru dan ibu bapa kerana telah memberi kerjasama kepada pihak AJK PIBG dalam menjalankan tugas. 7.2 YDP membubarkan AJK PIBG 2019/2020. 8.0 PEMILIHAN AJK BAHARU BAGI SESI 2022 / 2023 8.1 Encik Hafizuddin Bin Abdullah PK1 SMK Agama Kerian mencadangkan AJK dikekalkan. 8.2 Encik Mohd Akram Bin Danial menyokong untuk semua AJK dikekalkan. 8.3 Ahli jawatankuasa PIBG SMKA Kerian sesi 2022/2023 : Yang Dipertua PIBG Dr Mohd Fahmi bin Abdul Khir Timb. Yang Dipertua PIBG Tn. Hj. Mazalani bin Abdul Muhaini Setiausaha Pn. Ain Fatahah Bt Norazizan Bendahari Pn Nor Zaihan Bt Abdul Aziz Timb. Bendahari Pn. Zuraini Bt Ahmad AJK Ibu Bapa Tn Hj Hamzah bin Awang@ Mahmud Puan Intan Mazwin binti Mohd Khalil Puan Saliza binti Daud Puan Fauziah binti Mohd Junid Encik Hishamsudin bin Yahya Shaiful Fadzli bin Ismail


10 AJK Guru Tn. Hj. Mohd Isa Bin Saud En. Muhammad Salahuddin Bin Abdul Wahab En. Mior Abdul Rahman Bin Mior Sidek Pn. Fatimah Azzahra’ Binti Mohamad Sakir Pn. Halimah Binti Mohd Kamaruldin Juruaudit Pn. Arshidah binti Mat Johor Pn.Fouziyah Binti Ali 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YDP PIBG melahirkan kesyukuran dan akan berusaha memikul amanah yang diberikan. 9.2 9.1Beliau berharap seluruh AJK yang baru dilantik dapat bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mencapai visi dan misi sekolah. Beliau juga berharap dapat berkongsi pengalaman yang ada khasnya berkaitan pengurusan kewangan. Beliau akan cuba memantapkan ALUMNI dan sahabat PIBG dalam kalangan ibu bapa dari golongan profesional untuk membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah. YDP juga bercadang untuk berkaloborasi dengan maahad tahfiz bagi meningkatkan prestasi dalam bidang tahfiz Al-Quran. 9.3 YDP menyeru jika ibu bapa mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu menyumbang kepakaran masing- masing membantu pihak sekolah. 9.4 YDP memohon ibu bapa untuk membayar zakat dengan pihak sekolah 9.5 Beliau turut mengucapkan sekalung tahniah kepada ibu bapa dan guruguru yang meluangkan masa dalam Mesyuarat Agung PIBG SMKA Kerian TMUA kali ke-23. 9.6 Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.05 petang.


11 1.0 Pendahuluan PIBG SMKA Kerian telah ditubuhkan mengikut garis panduan kaedah-kaedah Persatuan Ibu bapa dan guru, 1998 dengan nombor pendaftaran PIBG PK 1097. 2.0 Keahlian Semua ibu bapa dan guru SMKA Kerian adalah ahli PIBG seperti yang tercatat dalam Perlembagaan (Bhg . Keanggotaan Persatuan) 3.0 Ahli Jawatankuasa PIBG SMKA Kerian SESI 2022/2023 Penasihat : Tn. Hj. Abdul Halim Bin Mohd Naam (Pengetua) Yang Di Pertua : Dr. Mohd Fahmi Bin Abdul Khir Naib Yang Dipertua : Tn. Hj. Mazalani Bin Abdul Muhaini Setiausaha : Pn. Ain Fatahah Binti Norazizan Bendahari : Pn. Nor Zaihan Binti Abdul Aziz Pen. Bendahari : Pn. Zuraini Binti Ahmad Ajk Wakil Ibu Bapa : En. Hamzah Bin Awang @ Mahmud : En. Hishamsudin B. Yahya : En. Fauziah Binti Mohd Junid : Pn. Intan Mazwin Binti Mohd Khalil : Pn. Saliza Binti Daud Ajk Wakil Guru : En. Ahmad Fakhruddin Bin Mohamad : En. Muaz Bin Sulaiman : Pn. Norfaizatul Shima Binti Kamal Bahari Juruaudit : Pn. Fouziyah Bt Ali : Pn. Arshidah Haji Mat Johor


12 BIL NAMA JAWATAN TARIKH 28.7.22 17.11.22 26.1.23 17.5.23 1 TN. HJ. ABDUL HALIM BIN MOHD NAAM Penasihat (Pengetua) / / / / 2 TN. HJ. HAFIZUDDIN BIN ABDULLAH Penolong Kanan Pentadbiran x x / / 3 TN. HJ MOHD KAMAL BIN IBRAHIM Penolong Kanan HEM x / x x 4 PN. MAZNI BINTI HAMIDAN Penolong Kanan HEM x x x / 5 DR. MOHD FAHMI BIN ABDUL KHIR Yang Dipertua / / / / 6 TN. HJ. MAZALANI BIN ABDUL MUHAINI Naib Yang Dipertua x x x x 7 PN. AIN FATAHAH BINTI NORAZIZAN Setiausaha / / x / 8 PN. NOR ZAIHAN BINTI ABDUL AZIZ Bendahari / / / x 9 PN. ZURAINI BINTI AHMAD Pen. Bendahari / x / / 10 EN. HAMZAH BIN AWANG @ MAHMUD AJK Ibubapa x x / / 11 EN. HISHAMSUDIN B. YAHYA AJK Ibubapa / / x / 12 PN. FAUZIAH BINTI MOHD JUNID AJK Ibubapa / x / / 13 PN. INTAN MAZWIN BINTI MOHD KHALIL AJK Ibubapa / x / / 14 PN. SALIZA BINTI DAUD AJK Ibubapa / x x x 15 EN. AHMAD FAKHRUDDIN BIN MOHAMAD AJK Guru x / x / 3.1 Mesyuarat AJK PIBG sesi 2022/2023 Bagi sesi 2022/2023, sebanyak empat kali mesyuarat AJK diadakan bagi merancang dan membincangkan aktiviti dan program yang akan dan telah dilaksanakan. Program – program tersebut adalah atas cadangan dan kerjasama pihak sekolah dan PIBG. REKOD KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2022/2023


13 PETUNJUK: / - HADIR x - TIDAK HADIR BERSEBAB (kursus, mesyuarat dll.) 4.0 Aktiviti PIBG PIBG terlibat secara langsung dalam menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan, perkongsian ilmu dan sokongan moral kepada pihak sekolah untuk membantu menjayakan program-program yang dirancang. 4.1 Sumbangan wang kepada Aktiviti Sekolah dan Asrama. 4.1.1 Memberi sumbangan untuk Hadiah dan Majlis Persaraan Guru 4.1.2 Memberi sumbangan untuk Menaiktaraf Makmal Sains 4.1.3 Memberi sumbangan untuk Hari Anugerah HEM & Koku 4.1.4 Memberi sumbangan untuk Menaiktaraf Bilik Seminar 4.1.5 Memberi sumbangan untuk Menaiktaraf Gelanggang Sepak Takraw 4.1.6 Memberi sumbangan untuk Keceriaan Bilik PAK 21 4.1.7 Memberi sumbangan untuk Sambutan Hari Guru Tahun 2022 4.1.8 Memberi sumbangan untuk Majlis Sanjung Budi Tahun 2022 4.1.9 Memberi sumbangan untuk Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2022 4.1.10 Memberi sumbangan untuk Pertandingan dan Keceriaan Kelas & Asrama 4.1.11 Memberi sumbangan untuk Sukan dan Kokurikulum Daerah 4.1.12 Memberi sumbangan untuk Memasang Langsir Pejabat 4.1.13 Memberi sumbangan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022 4.1.14 Memberi sumbangan untuk Menaiktaraf studio Nurrahman 4.1.15 Memberi sumbangan untuk Seminar Kebitaraan & Aku Janji Gemilang 2022 16 EN. MUAZ BIN SULAIMAN AJK Guru / x x x 17 PN. NORFAIZATUL SHIMA BINTI KAMAL BAHARI AJK Guru x / / / 18 PN. FOUZIYAH BT ALI JURUAUDIT (Guru) x x x x 19 PN. ARSHIDAH HAJI MAT JOHOR JURUAUDIT (Ibubapa) x x x /


14 4.1.16 Memberi sumbangan untuk Jamuan Kesyukuran Sempena Keputusan SPM 4.1.17 Memberi sumbangan untuk Aset Sekolah: Peralatan Siaraya Bergerak 4.1.18 Memberi sumbangan untuk Menaiktaraf Kelas Tingkatan 6 4.1.19 Memberi sumbangan untuk Aset Sekolah: Audio Speaker Dewan Besar 4.1.20 Memberi sumbangan untuk Kem Mutqin Al-Quran 4.1.21 Memberi sumbangan untuk Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2022 4.1.22 Memberi sumbangan untuk Aktiviti Kokurikulum 4.1.23 Pembelian 2 unit vacuum dari alumni 4.2 Program Kecemerlangan Akademik 4.2.1 Kelas Tambahan SPM dan STPM PIBG dan pihak sekolah telah bekerjasama dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan akademik pelajar. Bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM, PIBG telah memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan pihak sekolah menyediakan guru-guru sama ada dari luar ataupun dalam sekolah untuk mengajar dan membimbing para pelajar dalam mata pelajaran yang kritikal. Program ini bermula pada awal tahun sehingga hari peperiksaan. 4.2.2 Program Peningkatan Sahsiah Diri Program Peningkatan Sahsiah Diri adalah program yang diseliakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi semua pelajar (mengikut tingkatan). Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan remaja yang mempunyai penghargaan kendiri yang positif, mempunyai cita-cita, bertanggungjawab dan berinspirasi untuk membangunkan dan memajukan diri sesuai dengan kehendak diri, keluarga, masyarakat, negara dan Agama. 4.2.3 Kelas Gerak Gempur SPM Kumpulan sasaran bagi program ini adalah untuk subjek SPM khususnya bagi pelajar yang tidak mencapai target di dalam Peperiksaan Percubaan. Program ini dapat menambah pengetahuan pelajar dan kemahiran teknik menjawab soalan peperiksaan dengan lebih baik. 4.2.4 Teknik Menjawab Soalan SPM dan STPM PIBG dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah bekerjasama bagi menjayakan program ini dengan menjemput penceramah yang berpengalaman dan dijemput khas untuk memberikan tips-tips yang berkesan dalam menjawab soalan. 4.2.5 Program Cuti Terancang Program ini diadakan untuk pelajar Tingkatan 5 yang mana pelajar- pelajar ditahan selama tiga hari dua malam atau lebih. Pengisian program dengan diadakan bengkel setiap mata pelajaran. Kos makanan pelajar dan bahan dibiayai oleh tabung kecemerlangan pelajar.


15 4.2.6 Pogram Tasmik Booster Mingguan Program ini sebagai inisiatif meningkatkan prestasi sukatan hafazan subjek Hifz Al-Quran yang melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 yang lemah dalam hafazan Al-Quran. Program ini juga bertujuan untuk memberi ruang dan masa yang lebih kepada murid yang tidak cukup sukataan hafazan berusaha sepenuh masa untuk mencapai target tertentu. 4.2.7 Modul Subjek Akademik Modul digunakan bagi membimbing pelajar kearah peningkatan pencapaian akademik berdasarkan modul yang telah dibina. Modul yang digunakan adalah berbentuk buku dan juga nota fotostat. PIBG telah memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan guru-guru menyediakan modul sama ada dari luar ataupun dalam sekolah untuk mengajar dan membimbing para pelajar dalam mata pelajaran yang kritikal. 4.2.8 Program Motivasi dan Inspirasi Pelajar SPM Program ini menyediakan pelajar supaya mempunyai kemahiran persediaan menghadapi peperiksaan supaya dapat bertindak secara positif kearah kecemerlangan akademik. 4.3 Waqaf dan Jariah 4.3.1 Penapis air (2 unit) 4.3.2 Menaiktaraf Makmal Sains (tambahan) 4.3.3 Sumbangan Menggantikan Kipas Bilik Darjah dan Makmal 4.3.4 Sumbangan Membekal Kipas Auto 98 (8 unit) 4.3.5 Menaiktaraf Kelas Pengoperasian Hifz Al-Quran 4.3.6 Pemasangan Penghawa Dingin Bilik Sahsiah 4.3.7 Pembelian Aset Sekolah Dron: DJI Mini 3 Pro 4.3.8 Penyeleggaraan Penghawa Dingin Bilik Sahsiah 4.3.9 Kerja Penurapan Tar dan Pembaikan Jalan 4.3.10 Menaiktaraf Bilik Seni 4.3.11 Servis dan Pembaikan Penhawa Dingin Bilik Seminar 4.3.12 Penyelenggaraan Bilik Makmal dan Tandas Pelajar 4.3.13 Membaiki Tangki Kantin 5.0 Penutup Semua AJK PIBG sesi 2022/2023 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PIBG serta semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan program-program PIBG. PIBG sesi 2022/2023 mendoakan agar anak-anak di sekolah ini mendapat kebaikan dunia dan akhirat dan mengharapkan adanya penggembelengan usaha yang berterusan antara ibu bapa dan guru serta pihak sekolah bagi merealisasikan moto SMK Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab “Istiqamah Cemerlang, Sekolah Gemilang”


16 P I B G 2 0 2 2 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK AGAMA KERIAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022


17 SUMBANGAN TABUNG KECEMERLANGAN SMK AGAMA KERIAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022


18 WAQAF DAN JARIAH SMK AGAMA KERIAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022


19 2 unit penapis air AKTIVITI DANA PIBG 2022 / 2023 1. 2. Menaik taraf bilik pengoperasian Bilik TMUA dan pemasangan penghawa dingin Bilik TMUA.


20 3. Penyelenggaraan penghawa dingin Bilik Sahsiah. 4. Kerja penurapan tar dan pembaikan jalan.


21 4. Menaik taraf Bilik Seni.


NAMA PENCADANG Encik Hafizuddin bin Abdullah CADANGAN Cadangan penambahan sumbangan PIBG dari RM 100 kepada RM 150 KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Encik Meshahery bin Sahin CADANGAN 1.Bekalan bahan mentah di dewan makan pastikan produk muslim. 2.Cara memastikan kemenjadian murid agar tidak menjejaskan prestasi PAJSK. 3.Halatuju TMUA biar jelas agar murid tidak sekadar menggenggam sijil semata. 4.Permohonan ke SMKA perlu berada diluar pksk. bagi elak isu diskriminasi dlm permohonan.lebih baik diletak di bawah SMAN atau SABK. KEPUTUSAN 22


23 NAMA PENCADANG Encik Mohd Hafiz bin Sulaiman CADANGAN 1. Pihak sekolah menganjurkan pertandingan hafazan secara kerap dan konsisten bagi tujuan : - Mengasah kualiti hafazan pelajar. -Memupuk semangat bersaing secara sihat di kalangan pelajar. - Meningkatkan motivasi pelajar utk menambahbaik kualiti hafazan dari semasa ke semasa. 2.Saya mencadangkan agar cadar di bilik asrama anak2 TIDAK PERLU mengikut warna siska seperti yg sedang dipraktikkan sekarang. Ini kerana mengikut kajian saintifik tentang aura warna khas untuk mendapat TIDUR YG BERKUALITI , antara warna2 yg PALING SESUAI ialah PUTIH, KELABU, HIJAU PASTEL, UNGU PASTEL. Warna bilik, warna cadar, warna selimut, warna baju yanag dipakai ketika tidur sangat mempengaruhi emosi, kualiti tidur dan aura seseorang ketika bangun tidur.. Warna yang tidak sesuai menyebabkan anak2 TIDUR dalam keadaan TIDAK REHAT. Warna kuning pekat, warna Merah seperti yang sedang digunakan sekarang adalah sangat memberi kesan emosi (Merah) juga mengganggu sistem perut anak2 (kuning). Cadangan saya, Ibubapa boleh membeli sendiri cadar, sarung bantal PUTIH supaya tidak membebankan pihak sekolah menyediakan cadar berwarna warni. Cara Ini lebih praktikal dan mudah untuk semua pihak. Ketetapan boleh dibuat oleh pihak sekolah agar ianya seragam.


NAMA PENCADANG Encik Mohd Hafiz bin Sulaiman CADANGAN 3. Ampaian asrama puteri sangat terdedah kepada pandangan umum terutama ketika pelajar putera lalu lalang dan pelawat2 luar yang datang melawat sekolah. Cadangan saya, kawasan ampaian pelajar puteri dipasang penghadang agar pelajar puteri tidak begitu terdedah kepada umum semasa menyidai dan mengangkat pakaian Dari ampaian. Persekitaran sekolah juga nampak lebih kemas. 4. Membuka keahlian KELAB FALAK kepada SEMUA tingkatan tanpa mengkhususkan kepada tingkatan tertentu sahaja. Ini bertujuan untuk mencungkil bakat2 baru dalam bidang AeroAngkasa sepertimana perbincangan yanag telah dibuat oleh saya dan Tuan Pengetua. 5. Bagi pelajar yang tidak cukup silibus hafazan, dicadangkan agar peruntukan dari Yuran Kecemerlangan disalurkan juga untuk program2 Kecemerlangan Al Quran dan hafazan, agar pelajar Ini tidak terus ketinggalan dalaam hafazan mereka yang akhirnya membuatkan mereka hilang motivasi untuk menghafal. Cadangan saya, pihak sekolah boleh menganjurkan kelas intensif 2 Hari pada hujung minggu yg pelajar tidak balik bermalam. Ini kerana , mutu hafazan juga perlu diberi penekanan seperti subjek2 Akademik yang lain sesuai dengan status TMUA. 24


25 NAMA PENCADANG Encik Mohd Hafiz bin Sulaiman CADANGAN 6. Melantik guru2 yang lebih AGRESIF dan BERKOMITMEN TINGGI sebagai MENTOR ASRAMA bagi melatih pelajar mengurus diri Dan bilik Di asrama. Kami harap tidak Ada lagi guru2 mentor asrama yang culas Dalam memberi kerjasama kepada ibu bapa yang bersemangat untuk membantu menceriakan bilik anak2. Cadangan saya, Tuan Pengetua dapat menetapkan skop tugasan ini sebagai TUGAS HAKIKI kepada setiap mentor dorm asrama demi bersama2 dengan ibu bapa menambahbaik asrama anak2. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Puan Rohani binti Ahmad CADANGAN Penambahbaikan penapis air bagi memudahkan pelajar mengambil air. KEPUTUSAN


Penasihat : Tn. Hj. Abdul Halim b Mohd Naam Penolong Kanan Pentadbiran : Tn. Hj. Hafizuddin b Abdullah Penolong Kanan HEM : Tn Hj Mohd Kamal b Ibrahim Penolong Kanan Kokurikulum : En. Zaidie b Chee Din Yang Di-pertua : Dr. Mohd Fahmi b Abdul Khir Naib Yang Di-pertua : Tn. Hj. Mazalani b Abdul Muhaini Setiausaha : Pn. Ain Fatahah bt Norazizan Bendahari : Pn. Nor Zaihan bt Abdul Aziz Penolong Bendahari : Pn. Zuraini bt Ahmad En. Hamzah b Awang @ Mahmud : AJK Ibu Bapa En. Hishamsudin b Yahya : AJK Ibu Bapa Pn. Fauziah bt Mohd Junid : AJK Ibu Bapa Pn. Intan Mazwin bt Mohd Khalil : AJK Ibu Bapa Pn. Saliza bt Daud : AJK Ibu Bapa En. Ahmad Fakhruddin b Mohamad : AJK Guru En. Muaz b Sulaiman : AJK Guru Pn Norfaizatul Shima bt Kamal Bahari : AJK Guru Juruaudit : Pn. Arshidah bt Haji Mat Johor Juruaudit : Pn. Fouziyah bt Ali J A W A T A N K U A S A P I B G S M K A G A M A K E R I A N TAHUN 2022 / 2023 26


P ENYAMBUT T E TAMU P e n o l o n g - p e n o l o n g K a n a n Gu r u - g u r u K a n a n Gu r u K a n a n TMUA AJ K P I BG BUKU MESYUARAT AGUNG P n . Ai n F a t a h a h b t No r a z i z a n P n . ‘Ai n u n S a i l a h b t Mo h d Gh a z a l i P n . H i d a y a r h Al - Z a h r a b t R aml a n E n . Mu h amma d F ir d a u s b Mo h d H a r o n E n . Mo h d R i d h u a n b R u s l a n SIAR RAYA DAN L C D E n . Afi q H a k im b R aml i E n . As b o lf a d z i l l a h b Ahma d E n . K h a ir u l R i d w a n b Ot hma n E n . Na s r u l ‘Ad l i b Ab d u l Mu t a l i b E n . Mo h amma d F a i d h i b Mo h d Al i P E RSIAPAN DEWAN E n . Mu a z b i n S u l a ima n E n . Mu h amma d H a n a fi b Mo h d F a d z i l E n . Mu h amma d H a fi z u d d i n b Z u l k ifl e E n . K h a ir u l Az ami b S h a fi a i E n . Mo h d Na s h ir b I sma i l P n . Nu r Az ir a b t R o s l i P n . S a fi a h b t S h a riff P n . Nu r E i dma h b t Ami n n u d d i n HIASAN DEWAN P n . Wa n Na d i a B a l k i s b t Wa n Gh a z a l i P n . No r f a i z a t u l S h ima b t K ama l B a h a ri P n . S iti Ai s y a h b t Yu s o f P n . As i a h b t B a c h i k E n . Mu h amma d F a i z b H a s s a n E n . S h a rif u d d i n b F u a t P ENASIHAT T IMBALAN P ENASIHAT P ENGE RUSI T IMBALAN P ENGE RUSI SE T IAUSAHA B ENDAHAR I T IMBALAN P ENDAHAR I : T uan Abdu l Hal i m bi n Mo hd Naa m P e n g e t u a C eme rl a n g : T uan Hafi z uddi n bi n Abdu l lah P e n o l o n g K a n a n P e n t a d b ir a n : Dr. Mo hd Fah m i bi n Abdu l Khair Ya n g Di - P e rt u a P I BG : P n . Maz n i B i n ti Ha m idan P e n o l o n g K a n a n H EM E n . Zaidi e bi n C h e e Di n P e n o l o n g K a n a n K o k u ri k u l um E n . Az har bi n Bahazan P e n o l o n g K a n a n T i n g k a t a n 6 E n . Hj . Mazalan i bi n Abdu l Mu hai n i Na i b Ya n g Di - P e rt u a P I BG : P n . Ai n Fatahah bi n ti No raz i zan : P n . No r Zai han bi n ti Abdu l Az i z : P n . Z u rai n i bi n ti Ah m ad 27


P ENDAF TARAN GURU DAN I BUBAPA P n . S a l i z a b t Da u d P n . S iti Ami n a h b t I sma i l @ S h a a ri P n . K h oms a h b t H amd a n P n . Ma h a n i b t R aml i P n . No o r S u b h i y a h b t Mo h ama d P n . S iti Ai s y a h b t S a b ri P n . R u s i l a h b t Ab d u l l a h BANNE R / BA C KDROP Ahma d F a k h r u d d i n b Mo h ama d E n . Ahma d S h a hmi e b S h u k r a n Ab d u l H a k im b Ab d u l K a d ir Arif Ahma d b S i d i k P n . I n t a n F a r h a n a b t Numa n P n . S u h a i l a b t Mo h d S u k ri JAMUAN (MINUM P E TANG) P n . S iti Z a t u n Na j a h a h b t Mo h d S o b ri P n . No r Z a i h a n b t Ab d u l Az i z P n . No r e ff a ri z a n b t Ahma d Az am E n . Mu h amma d Z a h ir b Z amz i b a E n . Mo h d H a z u l ima n b Z u l k ifl i E n . Mo h d Ni z am b Z a k u a n DOKUMENTASI E n . Mu h ama d E s a b Ab u B a k a r E n . Mu h amma d F a hmi b Md S a b ri P n . Nu r F a tima t u z Z a h r a b t R aml i P n . Mimi Afi q a h b t K a s im P EN C ATAT MINI T P n . F a ti n F a r z a n a b t Z u l k a fl i P n . Nu r F a q i h a h I z z a ti b t F a i z u l P n . Ma r z e h a b t Z amz u ri P n . Nu r a ti q a h b t H a s s a n P ENGA C ARA MAJ L IS H a l ima h b t Mo h d K ama r u l d i n BA C AAN DOA E n . Mu h amma d S a l a h u d d i n b Ab d u l Wa h a b KI RAAN UNDI Mo h d F a r h a n b Mo h ama d B a h a ri n E n . Wa n Ahma d Mu n a u w a r b Wa n Mo h d H a r u n P n . H amd a n i b t I b r a h im P n . F a ti n S h amimi e b t S h a f e i LALU L INTAS / PARKING E n . M.As h r u l Af a n d i b K a s s im E n . R ame s h A/ L G. R a j a s i v am E n . Mo h d F a d h l a n b S u g ima n E n . Z u l k a r n a i n b Z u l k ifl i E n . Mo h d Yu s ri b I b r a h im E n . Mo h d I s a b S a u d E n . Ahma d Z a imu d d i n b Ya h a y a E n . Mo h d Na im b Ya h a y a E n . H i z w a n b Ya ’ a c o b E n . Mu h amma d F a hmi b K ama r u d d i n E n . Mo h ama d Z a i d b S u l a ima n SAMBUTAN DAN P E RARAKAN E n . Ahma d R a s h i d i b S h a h i d a n E n . Mo h d F a ri h a n b Mo h d Z a k i C i k B a h i y a h b t Ahma d P n . At h ir a h H a n i s a h b t Ab u K a s s im P n . Nu r u l Akma l b t S y e d Ahma d S h a h 28


KE B E RSIHAN P n . Ma w a d d a h b t Z u l k e p e l i P n . R a hma h b t Z u l k e p e l i P n . No r a i n i F a r h a n a h b t I sma i l P n . Az l i n a b t S amd i n P n . F e ri d a h R a h a n a b t Ma t J ama l u d d i n E n . Mu h amma d H a fi z u d d i n b Ay o b E n . Mo h d K h a l i s b Ot hma n E n . Mi o r Ab d u l R a hma n b Mi o r S i d e k P ENGURUSAN C ABUTAN B E R TUAH P n . Z u r a i n i b t Ahma d C i k S a i d a t u l Al w a H a fi z a b t Ay u b P n . No r F a r h a n a b t F a ri k P n . R a j a J ame l a h b t R a j a Da u d P n . Nu r S y u h a d a b t Z a i n i P n . Nu r F a d h i l a h b t Yu s o f E n . T e o w P a k K e e E n . Mu h amma d L u qma n b Az h a r P E RSEMBAHAN P E LAJAR E n . Ni z amu d d i n b Mo h d Arif E n . Mu h amma d Az im b Az n i P n . Nu r I z a ti H a fi z a b t S i a n o o n P n . No r F a e z a h b t Mu h ama d S a l l e h P ENYAMPAIAN HADIAH C i k R a s I z z u w a n i b t I sma i l C i k Z a k ir a h b t Azmi C i k R a j a Nu r u l H a y a t b t R a j a I sma i l P n . I n s y ir a h b t Ab i d i n P n . Nu r u l Ad a w i a h b t Ma d Z i n P n . Na d r a t u n Na im b t S u j a k P n . Nu r d i a n a Akma b t Mi o r Azma n 29


Penghargaan Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kami bagi pihak Pengerusi PIBG dan AJK, Pengetua, guruguru, kakitangan dan para pelajar SMKA Kerian Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan secara langsung atau tidak langsung tuan-tuan dan puan-puan yang sama-sama membantu menjayakan aktiviti-aktiviti PIBG SMKA Kerian bagi sesi 2022 / 2023.


Click to View FlipBook Version