The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 331-3-putri, 2022-09-13 02:46:35

PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASAS

tutorial

Pengaplikasian Kaedah
Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa

PUTRI BATTRISYA BINTI ANAS PUTRA

KAEDAH TERUS

Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer (1920-1935).
Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Tujuan kaedah ini adalah membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa
secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari dalam mesyurakat
dan persekitarannya

KEBAIKAN

Kaedah terus sesuai untuk mempelajari bahasa kerana mempunyai persamaan dengan cara kanak-
kanak menguasai bahasa ibunda mereka dan tidak menggunakan terjemahan.
Pengajaran secara terus membantu memudahkan pencapaian murid-murid dan membolehkan
mereka bertutur dengan cepat, lancar dan fasih.

KAEDAH TERUS

KELEMAHAN

Kaedah terus adalah lebih kompleks berbanding kaedah lain dalam menyampaikan
makna perkataan terutama sekali perkataan-perkataan yang abstrak.
Kaedah ini mengambil masa yang lama dan memerlukan guru terlatih khas dalam
menyampaikannya.
Kelemahan kaedah ini meliputi kemungkinan berlakunya penerimaan mesej yang kurang
tepat dan ini menyebabkan kurang penerimaan daripada murid-murid lantas
menimbulkan kekeliruan sepanjang perlaksanaan P&P.

KAEDAH TERUS

EMPAT PERKARA ASAS DALAM KAEDAH TERUS

Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran
atau sebaliknya.
Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.
Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah
dirancangkan.
Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang
hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus
diperbanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

Kaedah Tatabahasa Terjemahan (Kaedah Nahu Terjemahan) yang suatu ketika dahulu
dikenali sebagai Kaedah NahuTradisional dipelopori oleh Panini yang berasal dari India

TUJUAN KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan dapat melatih murid
menulis menggunakan bahasa yang betul.

Membolehkan murid-murid menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya.
Melengkapkan murid dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan
dalam penulisan.
Membolehkan murid-murid membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang
dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka lebih menikmati nilai kesusasteraan
yang dibaca.

KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

KELEBIHAN

1. Perlaksanaan kaedah ini tidak memerlukan masa yang panjang untuk menterjemahkan
sesuatu bahasa
2. Kaedah ini juga tidak memerlukan guru yang fasih dalam sesuatu bahasa
3. Tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dalam menjalankan pengajaran dan
pembelajaran
4. Kaedah ini juga tidak memerlukan latihan yang intensif terutamanya kepada murid-murid
yang fasih membaca
5. Murid-murid akan lebih mahir dalam penulisan dan penterjemahan sesuatu bahasa
6. Memperkembangkan kebolehan murid membaca sesuatu bahasa asing tanpa terjemahan

KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

KELEMAHAN

1. Menambahkan kebolehan murid-murid dalam membaca tetapi mendatangkan kesukaran
kepada murid-murid yang mempunyai kesulitan membaca
2. Kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti. Murid-murid
mungkin dapat membaca sesbuah buku tetapi tidak memahami maksud buku yang dibaca
3. Kaedah ini menghasilkan murid-murid yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat
membaca serta memahami bahan bacaan yang lain, atau pun menghasilkan murid-murid yang
boleh membaca tersebut tidak dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

KAEDAH AJUK HAFAZ

Mula diguna oleh tentera Amerika pada perang dunia kedua
Berkesan kerana dorongan yang kuat dan latihan yang intensif

KONSEP KAEDAH AJUK HAFAZ

Pengajaran melalui demonstrasi dan latih tubi
Pembelajaran secara mengajuk atau menghafaz sebutan kata dan ayat yang tepat
seperti penutur jati bahasa yang dipelajari

KAEDAH AJUK HAFAZ

CIRI-CIRI KAEDAH AJUK HAFAZ

Tatabahasa diajar secara menghafaz ayat-ayat asas melalui ajukan
Makna diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda
Melajar tidak dikehendaki menterjemah kata demi kata
Selepas menguasai ayat dasar, murid digalakkan menggunakan bahasa yang dipelajari
dalam perbualan dan komunikasi harian supaya sebutan dan tatabahasa dapat
dipraktik

KAEDAH AJUK HAFAZ

CIRI-CIRI KAEDAH AJUK HAFAZ

Tatabahasa diajar secara menghafaz ayat-ayat asas melalui ajukan
Makna diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda
Melajar tidak dikehendaki menterjemah kata demi kata
Selepas menguasai ayat dasar, murid digalakkan menggunakan bahasa yang dipelajari
dalam perbualan dan komunikasi harian supaya sebutan dan tatabahasa dapat
dipraktik

KAEDAH KOD-KOGNITIF

PENGENALAN

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kaedah ini
menekankan bentuk dan makna.
Seseorang murid yang hendak mempelajari sesuatu bahasa
seharusnya mengetahui sistem bahasa yang didasarkan pada
hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu
tatabahasa.

KAEDAH KOD-KOGNITIF

CIRI-CIRI UTAMA

Aspek yang menjadi tumpuan utama dalam kaedah ini adalah
sintaksis, morfologi dan fonologi
Pemeblajaran tatabahasa diterapkan secara langsung melalui
pendekatan deduktif.
Proses PdP mestilah berupaya menggalakkan murid menggunakan
sebanyak mungkin kemampuan kreatif
Kaedah ini amat memetingkan makna.
Kaedah ini menggunakan aplikasi tatabahasa transformasi-generatif
dalam menghuraikan bahasa.
Kaedah ini merupakan satu kaedah tradisional

KAEDAH LINGUISTIK

PENGENALAN

Dianggap sebagai kaedah mengajar bahasa yang moden dan saintifik

KONSEP

Kaedah pengajaran yang membandingkan dua bahasa, iaitu antara bahasa yang
dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid sama ada bahasa itu bahasa
ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa lain..
Tumpuan kepada bentuk dan fungsi bahasa di samping aspek bunyi, ayat, makna dll.
Mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui
oleh murid.

KAEDAH LINGUISTIK

CIRI-CIRI UTAMA

Mendahulukan bentuk daripada makna
Memberi pertimbangan kepada pengetahuan fonetik
Mendahulukan bentuk-bentuk ayat yang ada dalam bahasa ibunda, kemudian diikuti
bentuk ayat dalam bahasa yang dipelajari
Mendahulukan perkataan yang serupa atau hampir sama bunyi daripada kedua-dua
bahasa

KAEDAH NATURAL

CIRI-CIRI

Berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang menganggap bahawa
bahasa lebih mudah dikuasai secara semula jadi
Komunikasi sebagai fungsi utama berbahasa dan pengajaran bahasa lebih
berpusatkan keupayaan pengajaran komunikatif
Menekankan makna dan perbendaharaan kata dalam pengajaran kerana
bahasa dilihat sebagai alat untuk menghubungkan makna dan mesej
Penguasaan bahasa berlaku apabila pendengar memahami mesej dalam
bahasa sasaran yang dipelajari

KAEDAH NATURAL

PRINSIP

Arahan sama dengan tahap penguasan bahasa
Mengajar perkataan dan ayat harian
Kemahiran komunikasi diajar berperingkat-peringkat
Tatabahasa diajar dengan pendekatan induktif
Pelajaran baru diperkenalkan secara lisan
Objek dan gambar diguna untuk kosa kata maujud dan penyataan idea untuk kosa kata
abstrak
Teks turut digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur
Sebutan dan tatabahasa yang betul turut ditekankan.

KAEDAH NATURAL

PENDEKATAN KAEDAH NATURAL

Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan
gambar
Perkataan-perkataan baharu diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan
yang telah diketahui oleh murid
Tidak menggunakan bahasa ibunda (dalam pembelajaran bahasa kedua) dan tidak
menggunakan kaedah terjemahan
•Cara pembelajaran menyamai pembelajaran bahasa pertama
P &P dilaksanakan secara tersusun dan berperingkat bermula dengan kemahiran lisan,
kemudian bertutur dan seterusnya membaca dan menulis.

KAEDAH BAHASA KOMUNITI

PENGENALAN

Pembelajaran bahasa komuniti merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan
oleh Charles A. Curren
Teknik ini menganggap murid sebagai manusia yang mempunyai emosi dan perasaan, di
samping pengetahuan linguistik dan kemahiran tingkah laku

ENAM PERKARA YANG DIKEMBANGKAN
DALAM PROSES SOSIAL

Proses keseluruhan individu
Proses pendidikan
Proses interpersonal
Proses komunikasi
Proses kebudayaan

KAEDAH BAHASA KOMUNITI

AKTIVITI YANG SESUAI PERINGKAT KAEDAH INI
DIJALANKAN DIGUNAKAN

Terjemahan 1.Peringkat kelahiran - semangat kekitaan
Kerja kumpulan dan perasaan keselamatan dipupuk
Rakaman
Tranksripsi 2.Peringkat kedua - kebolehan murid
Analisi meningkat maju dan mula berdikari
Gambaran daripada ibu bapa
Pemerhatian dan pendengaran
Perbualan bebas 3.Peringkat ketiga - murid bebas bercakap
dan membina identiti sendiri

4.Peringkat keempat - murid berasa selamat
untuk dikritik

5.Peringkat kelima - murid mengetahui semua
yang diajarkan dan bersedia menjadi
pengajar kepada orang lain


Click to View FlipBook Version