Drama Asiah
Samiah
NURUL IFFA BINTI MOHAMAD KHAIRUDIN
6 UPMB
01
SINOPSIS
Babak 1
Asiah Samiah dan Marga Tua sedang bernyanyi yang seterusnya
membawa kepada luahan hati Marga Tua tentang raa tidank
senangnya terhadap Asiah Samiah yang dianggapnya gila. Sejak 15
tahun yang lalu Marga Tua berada di jalan itu mendengar Asiah
Samiah tua menyanyi.
Kesetiaan dan keistemewaan Asiah Samiah dalam berkata-kata
seperti seorang sasterawan menyebabkan Marga Tua tetap mengikuti
perkembangannya. Marga Tua berasa simpati dengan Asiah Samiah
yang menjadi gila kerana teringatkan anak yang baru dilahirkannya.
Babak 2
Peristiwa zaman muda Asiah Samiah, yang amat dikasihi oleh kedua
orang tuanya Tuan Setiawan Tanjung dang Puan Suari Alimin.
Keistemewaan , kecerdikan serta kecantikan Asiah Samiah turut
menjadikan beliau seorang yang sangat istemewa.
Marga Tua menceritakan bagaimana dia mengenali Asiah Samiah
menerusi tugasnya sebagai guru bahasa yang turut memupuk minat
Asiah Samiah dalam bidang sastera menerusi cerita-cerita yang
diceritakannya. Imbas kembali hubungan Asiah Samiah dengan Anas
Samanda yang tidak dipersetujui oleh keluarga Asiah Samiah.
Babak 3
Marga tua teringatkan tentang anas samanda pada zaman mudanya begitu
juga dengan Misa Sagaraga yang lebih hebat daripada segi kekayaan
dan pengaruh sehingga orang ramai mengkaguminya. Kehebatan Misa
Sagaraga digambarkan menerusi keupayaannya membeli syarikat besar
termasuklah syarikat yang haram
Asiah samiah tua teringatkan pada zaman mudanya dia dijaga oleh
pembantu orang tuanya iaitu Siti Bunirah dan
Pak Leh Lak Lak yang menjaganya
dengan penuh kasih sayang. Asiah Samiah dinasihati agar sentiasa menjaga
diri dan jangan terpengaruh dengan kehidupan luar
Babak 4
Peristiwa imbas kembali pada zaman muda antara Marga Muda dan Anas
Samanda tentang Misa Sagaraga yang sangat berpengaruh dan berkuasa. Anas
Samanda menceritakan tentang tindakan Misa Sagaraga dan pengikut-pengikutnya
yang datang ke rumah bapanya dengan tujuan untuk menghalau bapanya.
Anas Samanda cuba mempertahankan hak dan maruah keluarganya namun
dinasihati oleh Marga Muda yang dia pasti akan tewas jika menentang Misa
Sagaraga.
Marga Muda menceritakan apa yang telah terjadi kepada keluarganya apabila
ayahnya cuba memperjuangkan tanah yang bukan miliknya menyebabkan ayahnya
dianggap penjenayah serta keluarganya yang musnah apabila ayahnya
dipenjarakan. Marga Muda terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik-
adiknya dan apa yang menyedihkannya apabila adiknya didera oleh jiran
tetangganya yang hidup senang hasil perjuangan ayahnya.
Babak 5
Asiah Samiah meminta Sari Saribiru membantunya dengan kebolehan Sari
Saribiru dalam pembomohan tetapi ditolak kerana dia belum betul-betul menguasai
ilmu pembomohan. Tuan Setiawan Tanjung bimbang akan perkembangan
pemikiran Asiah Samiah yang agak tertutup kerana hanya berkawan dengan orang
suruhannya sahaja.
Peristiwa Misa Sagaraga berkunjung ke rumah Asiah Samiah hingga
mendorongnya menyuruh pembantunya menyiasat tentang Asiah Samiah. Ibubapa
Asiah Samiah lebih mementingkan kebendaan apabila mereka sanggup menolok
Anas Samanda yang merupakan pilihan anaknya. Peristiwa Marga Tua merungut
tentang ketidakadilan hidup yang dialami olehnya manakala Misa Sagaraga yang
hidup dalam kekayaan sejak dilahirkan.
Marga Tua juga merungut tentang ketidakadilan itu yang akan terus menghantui
Anas Samanda sampai bila-bila
Babak 6
Penduduk kampung meminta bantuan Misa Sagaraga dalam pelbagai
masalah yang dihadapi oleh mereka dan Misa Sagaraga berjanji akan
membantu mereka menyelesaikannya. Ibubapa Asiah Samiah berbincang
tentang lamaran Misa Sagaraga , Ibubapa Asiah Samiah lebih
mementingkan kekayaan daripada kebahagiaan anaknya. Asiah Samiah
berada dalam kekeliruan antara kebahagiaannya dengan kemahuan
ibubapanya menyebabkan dia mula berubah sikap.
Asiah Samiah Tua beranggapan bahawa ayah dan ibunya
mempergunakannya sebagai alat bagi mendapat kekayaan daripada Misa
Sagaraga. Sari Saribiru,Siti bunirah dan Pak leh lak lak bimbang dengan
kaedaan Asiah Samiah yang termenung di luar rumah, Asiah Samiah masih
mentah sedangkan Misa Sagaraga sudah 20 kali berkahwin.
Babak 7
Marga Tua teringatkan tentang kawannya seorang wartawan yang berhenti kerja ketika dia
berada di kemuncak kerjayanya kerana terjerat dengan kebebasan dalam memperjuangjkan
isu-isu rakyat. Marga Tua teringatkan bagaimana dia terjebak dalam konflik antara Asiah
Samiah, Misa Sagaraga dan Anas Samanda yang berpunca daripada keakrabanya dengan
Asiah Samiah. Marga Tua teringat bagaimana perjuangan ayahnya telah menyebabkan
keluarganya berantakan. Beliau mengagumi Misa Sagaraga kerana keturunan serta nasib
baik, kehebatannya kerana penampilannya yang menggunakan jenama antarabangsa.
Misa Sagaraga meminta pembantunya menukar imej Asiah Samiah agar standing dengan
dirinya menerusi barang-barang berjenama antarabangsa. Marga Tua berasa dia telah
mengecewakan Anas Samanda dan Asiah Samiah kerana tidak mahu membantu mereka
berdua menentang Misa Sagaraga. Asiah Samiah mengalami pergolakkan jiwa apabila dia
terpaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga sedangkan Anas Samanda tidak dapat dikesan
kerana berjuang mempertahankan hak dan maruah diri dan keluarganya.
Babak 8
Perubahan mulai dirasakan dalam kehidupan keluarga Tuan Setiawan Tanjung apabila Misa Sagaraga
masuk dengan pengaruh, kekayaan serta kuasanya dia telah dapat menguasai segala-galanya.
Perkahwinan Asiah Samiah dengan Misa Sagaraga yang dilangsungkan dengan satu amaran jika
sesiapa cuba menghalangnya mereka pasti akan dihukum.
Asiah Samiah berdepan dengan pergolakkan jiwa apabila terpaksa menghadapi malam pertama
dengan orang yang tidak dicintainya. Asiah Samiah pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak
sanggup menghadapi kehidupan dengan Misa Sagaraga namun dia masih ingatkan agama beliau juga
hendak membunuh Misa Sagaraga tapi bimbang keselamatan ahli keluarganya menyebabkan dia tidak
jadi untuk membunuh Misa Sagaraga. Asiah Samiah akhirnya melarikan diri dari rumah Misa
sagaraga kerana ingin melupakan segala keperitan yang terpaksa dilaluinya.
Sari Saribiru, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak saling berdialog antara satu sama lain tentang hak ke
atas hasil usaha mereka. Semuanya telah dirampas dan menjadi milik Misa Sagaraga. Bagi Asiah
Samiah pula mengalami nasib yang lebih menyakitkan. Dirinya telah dimiliki secara paksa oleh Misa
Sagaraga tanpa kasihan belas. Lalu lahirlah zuriat daripada hubungannya dengan Misa Sagaraga yang
bernama Laila Anurisah yang beliau benci.
Babak 9
Laila Anurisah lahir tetapi ditinggalkan oleh ibunya. Ibunya, Asiah Samiah menjadi tidak
siuman dan Misa Sagaraga juga membenci anak kecil itu. Misa Sagaraga telah menghalau
Laila Anurisah dari rumahnya kerana anak itu telah mengingatkannya kepada Asiah Samiah
yang sudah gila. Marga Tua telah mengambil Laila Anurisah untuk dijaga selepas anak itu
dihalau dari rumah oleh Misa Sagaraga.
Asiah Samiah berkelakuan seperti orang tidak siuman kerana menyanyi, bergurindam,
berpantun, dan berseloka tanpa hala tuju. Anas Samanda telah berjuang dengan menentang
Misa Sagaraga untuk mendapatkan haknya.Anas Samanda membenci Misa Sagaraga yang
telah merosakkan hidup Asiah Samiah. Anas Samanda meminta Marga Muda agar menjaga
Laila Anurisah.
Anas Samanda telah dibelasah oleh orang- orang atau pengikut Misa Sagaraga semasa
memberi ucapan malah Marga Muda juga turut dibelasah apabila dia cuba untuk membantu
Anas Samanda.Misa Sagaraga telah merampas semula Laila Anurisah dari tangan Marga
Muda.
Babak 10
Mayat Anas Samanda diikat pada dua batang kayu dan tubuhnya berayun
mengikut rentak orang yang membawanya dengan membiarkan mayatnya
tergantung dalam perarakan yang besar. Marga tua dipenjara selama 2 tahun
kerana dianggap bersekongkol dalam perjuangan Anas Samanda untuk
bertemu dengan Laila Anurisah.
Asiah Samiah teringatkan malam semasa dia melahirkan Laila Anurisah
dengan diterangi cahaya bulan yang penuh dan angin bertiup sepoi-sepoi
bahasa. Asiah Samiah terlalu merindui Anas Samanda sehinggakan dia
merasa Anas Samanda sentiasa berada di sisinya.
Pada usia 24 tahun Laila Anurisah berjumpa dengan Marga Tua untuk
bertanya tentang ibunya,Asiah Samiah. Laila Anurisah terkejut kerana
diberitahu oleh Marga Tua bahawa ibunya telah meninggal dunia.
02
tema
● Drama “Asiah Samiah” memperkatakan tentang ketidakadilan sosial yang
berlaku dalam masyarakat. Pengarang memggambarkan kehidupan
masyarakat yang terdiri daripada golongan yang berpengaruh, berkuasa, dan
mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah berhadapan dengan
golongan bawahan yang tertindas. Golongan yang tertindas cuba untuk
merubah keadaan, tetapi tidak berjaya kerana mereka serba serbi
kekurangan sama ada dari sudut pengaruh, kuasa atau kekayaan. Akhirnya
perjuangan golongan ini menemui kegagalan. Anas Samanda misalnya telah
ditangkap dan dibunuh oleh Misa Sagaraga kerana cuba berjuang untuk
menegakkan keadilan dan mempertahankan haknya. Mayatnya diarak dan
digantung dalam perarakan yang besar penuh dengan penghinaan.
Kematiannya dianggap wajar oleh pihak berkuasa, kerana beliau dianggap
sebagai pemberontak, musuh rakyat, pengacau ketenteraman awam dan
anasir subersif.
03
persoalan
P E R S O A L AN C ONTOHNYA
Persoalan Cinta yang tidak Drama “Asiah Samiah” memaparkan kegagalan
kesampaian cinta Asiah Samiah. Asiah Samiah gagal
merealisasikan rasa cintanya terhadap Anas
Samanda apabila dia dipaksa berkahwin dengan
Misa Sagaraga, lelaki yang langsung tidak
dicintainya.
Persoalan kesetiaan dalam percintaan Asiah Samiah yang terlalu mencintai Anas
Samanda sehingga sanggup menunggu
Anas Samanda biarpun masa telah berlalu
selama hampir 15 tahun tanpa kepastian
Persoalan tentang kasih sayang. Tuan Sitiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin
sangat menyayangi Asiah Samiah. Mereka
mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tuan
Sitiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin
mengambil keputusan untuk tidak menghantar
Asiah Samiah ke sekolah malah menggaji guru
untuk mengajar di rumah.
P E R S O A L AN C ONTOHNYA
Persoalan tentang pengaruh, kuasa
dan wang ringgit Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin telah
memilih Misa Sagaraga sebagai suami kepada
Persoalan tentang perjuangan. Asiah Samiah. Mereka beranggapan bahawa Misa
Sagaraga yang memilki pengaruh, kuasa dan wang
Persoalan tentang kepercayaan dan ringgit dapat memberi kebahagian kepada Asiah
institusi perbomohan dalam kalangan Samiah
masyarakat.
Anas Samanda sanggup berjuang menentang Misa
sagaraga kerana
hendak mendapatkan kembali tanah yang
merupakan hak keluarganya walau pun
terpaksa berhadapan dengan maut.
Sari Saribiru dalam drama “Asiah Samiah”
dikatakan telah berguru dengan Pawang
Satam, tetapi belum khatam lagi.
04
Watak
perwatakan
Kurang waras
Penyayang Meminati bahasa dan
sastera
Seorang yang taat ASIAH SAMIAH
dan patuh. Tidak dapat menerima
Puteri tunggal Tuan hakikat sebagai isteri
Seorang yang cantik Setiawan Tanjung kepada
dan Puan Suari
Alimin. lelaki bukan pilihan hati
Seorang yang
romantis
Bertanggungjawab Baik budi
terhadap keluarga bahasanya
Pejuang gerakan ANAS SAMANDA Kekasih Asiah
gerila Samiah
Tokoh koporat
Dikelilingi kekayaan berjaya
dan kemewahan
Usahawan yang Mengahwini Asiah Samiah Kejam/rakus
berjaya – isteri ke 20 terhadap Asiah
Tokoh yang MISA SAGARAGA Pentingkan imej diri
berpengaruh
Bersedia membantu Gelaran - Tuan Besar
Berkuasa dan rakyat dalam Misa Sagaraga Tuan
dihormati pelbagai masalah Malim Di
timur Malim Di barat
Berpengetahuan luas Mencintai Asiah dalam Seorang realis
– sejarah & sastera diam
Belas kasihan terhadap Laila
Melayu Tradisi MARGA TUA Anurisah – menjaganya
selepas dihalau oleh Misa
Berpendidikan tinggi - Bertanggungjawab Sigaraga
belajar hingga ke sebagai anak sulung
menara gading Dituduh bersubahat
dengan Anas
Pernah menjadi seorang guru Samanda
- Sebagai guru bahasa
Asiah Samiah
Tegas/degil – nekad kahwinkan Bangga
Asiah Samiah dengan dengankedudukan –
Misa Sigaraga bermenantukan
orang kaya
Berkedudukan
tinggi dalam Mementingkan kekayaan
masyaraka /materialistik
Pentingkan pendidikan TUAN SETIAWAN
anak - sediakan guru TANJUNG
mengaji dan tutor
untuk anaknya Amat
menyayangi
Mementingkan jodoh anaknya Asiah
anaknya samiah
05
PLOT
Plot ialah jalinan cerita. Plot drama Asiah Samiah
ialah plot kompleks kerana disusun peristiwa –
peristiwa secara tidak kronologi.
Pengarang memperkenalkan watak Eksposisi
– watak penting iaitu watak Asiah
Samiah waktu tua dan masa
remajanya,termasuk kedua – dua
orang tuanya iaitu Tuan Setiawan
Tanjung dan puan Suari Alimin.
Watak Marga Tua, Anas
Samanda dan Misa Sagaraga turut
diperkenalkan dalam bahagian ini
sebagai watak penting.
Peristiwa-peristiwa konflik yang berlaku Perkembangan
1. Hubungan Asiah Samiah dan Anas
Samanda tidak dipersetujui oleh orang
tua Asiah Samiah
2. Konflik antara Anas Samanda dengan
Misa Sagaraga .Misa Sagaraga telah
menghalau bapa Anas Samanda kerana
tidak setuju dengan perjuangan ayah
Anas Samanda
3. Marga Muda menaruh hati kepada
Asiah Samiah tetapi Asiah Samiah
telah mencintai Anas Samanda.
4. Konflik as dengan kedua-dua ibu
bapanya yang lebih mementingkan
kebendaan apabila mereka menolak
Anas Samanda dan memilih Misa
Sagaraga.
Perkahwinan Asiah Samiah secara Klimaks
paksa dengan Misa Sagaraga
menyebabkan Asiah Samiah mengalami
pergolakan jiwa sehingga beliau terfikir
untuk membunuh diri atau membunuh
Misa Sagaraga tetapi akhirnya beliau
melarikan diri dari rumah Misa
Sagaraga untuk melupakan keperitan
hidup
❖ Asiah Samiah hidup dalam pelarian Peleraian
❖ Menjadi tidak siuman selepas
melahirkan anak
❖ Anaknya dipelihara oleh Marga
Tua
❖ Anas Samanda ditangkap dan
dibunuh, mayatnya diarak secara
besar-besaran yang menggambarkan
tewasnya perjuangan menentang
ketidakadilan
❖ Anak Asiah Samiah berusia 15
tahun di bawah peliharaan Marga
Tua- Sedang mencari ibunya tetapi
tidak sempat menemuinya kerana
Asiah Samiah telah meninggal
dunia
06
Nilai
NILAI C ONTOHNYA
Nilai bersifat materialistik
Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin
Nilai kesetiaan dalam percintaan telah memilih Misa Sagaraga sebagai suami
Nilai kasih sayang. kepada Asiah Samiah. Mereka beranggapan
bahawa Misa Sagaraga yang memilki pengaruh,
kuasa dan wang ringgit dapat memberi
kebahagian kepada Asiah Samiah
Asiah Samiah yang terlalu mencintai Anas
Samanda sehingga sanggup menunggu
Anas Samanda biarpun masa telah berlalu
selama hampir 15 tahun tanpa kepastian
Tuan Sitiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin
sangat menyayangi Asiah Samiah. Mereka
mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tuan
Sitiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin
mengambil keputusan untuk tidak menghantar
Asiah Samiah ke sekolah malah menggaji guru
untuk mengajar di rumah.
NILAI C ONTOHNYA
Nilai bertanggungjawab
Nilai simpati Marga menjaga adiknya apabila ibunya
meninggalkan mereka dan Marga terpaksa
Nilai beriman bekerja untuk menyara kehidupan
Marga simpati terhadap Laila Anurisah yang
masih kecil yang ditinggalkan oleh ibu
bapanya. Marga menjaga Laila Anurisah
sambil membawanya ke sana ke sini
mencari ibunya.
Asiah Samiah membatalkan niatnya untuk
membunuh Misa Sagaraga kerana teringatkan
Allah,keluarganya dan orang yang terdekat.
06
Pengajaran
NILAI C ONTOHNYA
Kita hendaklah tidak mempunyai sikap Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin
materialistik telah memilih Misa Sagaraga sebagai suami
kepada Asiah Samiah. Mereka beranggapan
bahawa Misa Sagaraga yang memilki pengaruh,
kuasa dan wang ringgit dapat memberi
kebahagian kepada Asiah Samiah
Kita mestilah setia dalam percintaan Asiah Samiah yang terlalu mencintai Anas
Samanda sehingga sanggup menunggu
Anas Samanda biarpun masa telah berlalu
selama hampir 15 tahun tanpa kepastian
Sifat kasih saying perlulah ada dalam Tuan Sitiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin
diri setiap orang. sangat menyayangi Asiah Samiah. Mereka
mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tuan
Sitiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin
mengambil keputusan untuk tidak menghantar
Asiah Samiah ke sekolah malah menggaji guru
untuk mengajar di rumah.
NILAI C ONTOHNYA
Kita hendaklah bertanggungjawab Marga menjaga adiknya apabila ibunya
dalam menjalankan tugas sebagai meninggalkan mereka dan Marga terpaksa
ketua keluarga. bekerja untuk menyara kehidupan
Kita hendaklah mempunyai sikap Marga simpati terhadap Laila Anurisah yang
simpati dalam diri. masih kecil yang ditinggalkan oleh ibu
bapanya. Marga menjaga Laila Anurisah
sambil membawanya ke sana ke sini
mencari ibunya.
Nila beriman perlulah ada pada setiap Asiah Samiah membatalkan niatnya untuk
orang islam. membunuh Misa Sagaraga kerana teringatkan
Allah,keluarganya dan orang yang terdekat.
07
Sudut
pandangan
Pengarang terlibat secara Sudut
langsung pandangan
dalam karyanya dengan orang pertama
meresapkan diri ke dalam
watak karya menggunakan
gantinama “aku.
Pengarang mengetahui segalanya dari Sudut
segi lahiriah dan bathiniah watak pandangan
dan orang ketiga
fenomena yang berlaku dalam tidak terbatas
karyanya. Pengarang juga terlibat
dalam membawa
pengajaran tafsiran atau memberi
hukuman kepada watak-watak
terlibat.
Pengarang boleh bercerita secara
fizikal dan dalaman /apa yang
dirasai oleh
watak-watak seterusnya boleh
mencetuskan konflik watak
Pengarang berada di luar Sudut
permasalahan sekadar pandangan
mengetahui diri watak-watak orang ketiga
tersebut secara tidak
terperinci terbatas
Pengarang bertindak Sudut
sebagai pencatat / pelapor pada pandangan
peristiwa yang berlaku.
Pengarang berada di luar objektif
karyanya. Disebut juga “teknik
kamera”. Pengarang tidak
memihak kepada watakwatak
dalam karyanya, tidak memberi
pendapat, hanya
memperlihatkan aksi
watak dan terserah kepada
pembaca untuk membuat
kesimpulan.
08
Latar
tempat
tepi jalan depan rumah
beranda tempat Kuala Semarang
rumah
Lautan Tanjung
kampung Jati