The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 19 SK CHERAS JAYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Husaini Abu Hassan, 2023-05-12 09:10:51

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 19 SK CHERAS JAYA

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 19 SK CHERAS JAYA

Disempurnakan oleh : Puan Jamilah binti Mohd Yusof GURU BESAR SK CHERAS JAYA 13MEI2023 | SABTU | 8.30PAGI DEWANTERBUKASKCJ S K C H E R A S J A Y A K A L I K E - 1 9


1 2 3 7 - 11 33 - 34 35 - 45 46 4 - 5 6 12 13 - 26 27 - 32


2


3


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam SERASA SEJAHTERA, SK CHERAS JAYA Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izinNya kita warga Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-19. Sayugia, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2022/2023, guruguru dan ibubapa yang telah banyak memberi kerjasama juga komitmen kepada pihak sekolah selama ini. Tanpa kerjasama daripada semua pihak, banyak perkara yang dapat dilaksanakan dengan lancar. Jutaan terima kasih, diucapkan kepada pembawa usul dan cadangan yang telah dikemukakan. Pihak sekolah berharap, semua ibubapa turut berusaha sedaya upaya untuk mencari solusi bagi menyelesaikan kekangan demi kemajuan serta keselesaan semua pihak terutama anak-anak didik Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya. #CJWARRIOR PIBG merupakan penyokong kuat kepada sekolah terutama dalam usaha peningkatan keberhasilan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid di Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya. Kejayaan sekolah terletak di atas kekuatan dan peranan PIBG. Justeru, sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya sejajar dengan Gelombang Ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam setiap program sekolah. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan impak yang besar kepada masa depan murid di Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya. Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Justeru itu, misi sekolah adalah untuk membangunkan potensi individu murid melalui pendidikan berkualiti memenuhi aspirasi negara Malaysia. Dengan kerjasama daripada PIBG, suatu inisiatif serta komitmen yang tinggi dalam memikul tanggungjawab dengan iltizam serta azam yang kental bagi menjana kecemerlangan sekolah. Contoh seperti terkandung dalam Buku Sarana Ibu Bapa, ada menyatakan peranan ibu bapa/penjaga sebagai: G U R U B E S A R Puan Jamilah binti Mohd Yusof GURU BESAR SK CHERAS JAYA 4


Jurulatih- menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya untuk anak belajar di sekolah dan di rumah. Mentor – menasihati, membimbing, mengajar, menyokong, menjaga, menggalakkan , menunjukkan cara dll Penyokong- menyokong, mempertahankan, menyakinkan anak. Sentiasa bermaklumat – kemaskini perkara yang berlaku di sekolah. Menjadualkan kehidupan - mengaturkan kehidupan supaya aman dan tenteram, tenang dan bahagia. Sahabat kepada anak remaja – mendampingi anak remaja sebagai seorang sahabat. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tuan/Puan yang dihormati sekalian, Peranan tersebut dapat ditingkatkan dan diperolehi melalui perkongsian dalam Kumpulan Sokongan IbuBapa (KSIB) PIBG bagi berkongsi buah fikiran untuk menangani setiap isu. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak terutama ketika berada di rumah. Keprihatinan dan pemantauan rapi daripada ibu bapa amat diperlukan dalam membantu perkembangan pelajaran anak-anak dan bukannya mengharapkan kepada guru semata-mata. Kedua-dua pihak haruslah sama-sama berganding bahu agar prestasi anak-anak mampu diserlahkan. Pihak sekolah sentiasa bersikap terbuka dan berfikiran positif serta rasional sekiranya ibu bapa menghadapi sebarang kesulitan berkaitan masalah pembelajaran anak-anak di sekolah. Maka, atas rasa tanggungjawab dan kebersamaan yang padu, PIBG mampu melahirkan sesuatu yang bernilai dan bermakna demi mencapai kecemerlangan anak-anak di Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya. Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T hendaknya. PIBG dan sekolah terus kekal bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan negara. Lantaran itu, diharap PIBG Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya terus mengekalkan momentum sedia ada dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan buat Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya. Dengan itu, anak-anak kita menjadi insan holistik; berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia. Saya menyeru semua ahli PIBG menggunakan platform terbaik untuk melahirkan idea-idea bernas dalam membentuk strategi lebih berkesan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan kemenjadian murid di Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya. Sekian. Terima kasih. JAMILAH BINTI MOHD YUSOF Guru Besar, SK Cheras Jaya. 5


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi – tinggi rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana masih diberi ruang dan peluang untuk menabur khidmat dan bakti untuk seluruh warga sekolah SKCJ. Selaku Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya, saya ingin merakamkan setinggi – tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKCJ kali ini. Kerjasama erat dan sokongan semua merupakan satu pemangkin untuk menyediakan SKCJ ke aras suasana persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk anakanak kita. Sepanjang sesi 2022/2023, banyak aktiviti yang telah dirancang dan dijalankan dengan kerjasama PIBG dan sekolah. Saya berasa amat bersyukur dan ingin memaklumkan bahawasanya kita telah berjaya membina laluan pejalan kaki berbumbung daripada blok C ke pintu pagar belakang sekolah untuk digunakan oleh murid ketika pulang dan datang ke sekolah dengan mengira faktor keselamatan mereka. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan projek ini sama ada dari segi idea, sumbangan kewangan, masa dan tenaga. Syabas saya ucapkan.. Marilah kita berusaha merealisasikan hasrat murni untuk sama – sama memajukan SKCJ bagi melahirkan murid–murid cemerlang yang dapat mendepani dan mengharungi cabaran perubahan yang mendatang. Sokongan berterusan dan kerjasama semua pihak amat penting untuk mencapai hasrat murni yang diimpikan. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19 pada tahun ini. Semoga kerjasama, sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada PIBG akan terus berkekalan pada masa akan datang demi keselesaan suasana di sekolah, kecemerlangan pendidikan dan masa depan anak-anak kita. Teruskan menyokong PIBG SKCJ. Sekian,terima kasih. IKHLAS BERKHIDMAT AHMAD HASNI BIN MOHAMED JALILAH YDP PIBG SK CHERAS JAYA 2022/2023 6 Y D P P I B G Encik Ahmad Hasni bin Mohamed Jalilah YDP PIBG SK CHERAS JAYA


7


8


9


10


11


Encik Budiman bin Bujang Encik Wan Syamsul Azhar bin Wan Musa Encik Muhammad Hafiz bin Zaini Encik Mohd Sharin bin Mohd Sidek Puan Selasawati binti Ismail Puan Noor Shafarina binti Ibrahim Puan Hogilam a/p Sivapalan Puan Wan Amilia binti Wan Ahmad Encik Muhamad Khairuldin bin Samak Encik Mohamad Husaini bin Abu Hassan Cik Sharifah Zalikha binti Bahari Encik Mohamad Suffize bin Majid (wakil ibubapa) Puan Wan Norhayati binti Wan Salleh (wakil guru) Penasihat : Puan Jamilah binti Yusof Yang Dipertua : Encik Ahmad Hasni bin Mohamed Jalilah Naib Yang Dipertua : Puan Hilaliyah binti Mohd Hanif Setiausaha : Cik Puteri Norasyikin binti Pazil Bendahari : Cik Rabi'atul Adawiyah binti Abdul Ghafar AJK (Ibubapa) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. AJK (Guru) 1. 2. 3. 4. Pemeriksa Kira-kira 1. 2. J A W A T A N K U A S A P I B G S K C H E R A S J A Y A TAHUN 2022 – 2023 12


13


14


15


16


17


18


19


20


21


22


23


24


25


26


27


28


29


30


31


32


33


34


NAMA PENCADANG Azizah binti Abd Wahab@Ibrahim (Adnin Nur Safiya binti Mohamad Khairi - 3B) CADANGAN Selenggara tandas supaya dapat berfungsi dengan baik untuk keselesaan anak-anak. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Mazuin binti Yusof (Nur Aina Qaisara binti Mohammad Shaharizan - 5H) CADANGAN Baikpulih tandas, tiada pintu. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Nengsi binti Sikirman (Muhammad Khalis Imran) CADANGAN Membina dewan terbuka sekolah. KEPUTUSAN 35


NAMA PENCADANG Asrul Afif bin Ayob (Aiman Asyraf bin Asrul Afif - 1B) CADANGAN 1. Menaiktaraf insfrastruktur sekolah. 2. Memperbaiki tandas murid. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Intan Noor Atika binti Rosli (Ahmad Izz Zaidan bin Ahmad Sufyan - 1B) CADANGAN Menaiktaraf ruang menunggu pelajar waktu pulang semasa hari hujan. KEPUTUSAN 36 NAMA PENCADANG Nur Suraini binti Hashim (Haris Syaqeel bin Mohd Hazmil) CADANGAN Penambahbaikan trafik di depan sekolah ketika datang & pulang dari sekolah. KEPUTUSAN


NAMA PENCADANG Noremmadiana binti Sharuddin (Muhammad Damian Irsyad bin Irwan Suhardi - 1B) CADANGAN Isu beg sekolah berat. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Nurnashzreen binti Roslan (Nur Lunna Elvyra binti Shahril Anuar) CADANGAN 1 subjek 1 buku supaya kanak-kanak tidak membawa buku yang banyak kerana beg sekolah akan menjadi berat. KEPUTUSAN 37 NAMA PENCADANG Azrimi bin Abdul Ghapar (Nor Aisyah Humira binti Azrimi) CADANGAN Menaiktaraf papan hitam kelas ke projektor KEPUTUSAN


NAMA PENCADANG Nur Fitri bin Abdullah (Nur Sumayyah binti Nur Fitri - 2F) CADANGAN Pemantauan harga barangan yang dijual di kedai buku sekolah. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Saiful Asyraf Hazman bin Abu Hanifah (Dhiya' Insyirah binti Saiful Asyraf Hazman - 1B) CADANGAN Adakan waktu untuk solat Zohor berjemaah bagi murid-murid. Jika tunggu murid-murid solat sendiri, hanya sebilangan kecil sahaja yang akan solat. KEPUTUSAN 38 NAMA PENCADANG Nik Norasiah binti Nik Mohamed (Nik Ikhwan Adli - 3G) CADANGAN Memohon pihak sekolah untuk mengambil gambar pelajar dan guru kelas sebagai kenangan sepertimana yang memang ada sebelum ini dan di sekolah lain juga. KEPUTUSAN


NAMA PENCADANG Norisma Aiza binti Ismail (Nur Aisyah Irdina - 4J) CADANGAN Membuka borang usul/cadangan sepanjang tahun dan mudah diakses oleh penjaga. Mengadakan lawatan ke PIBG sekolah yang cemerlang bagi membincangkan isu dan cara mengatasi masalah/mendapatkan idea melaksanakan apa-apa program terbaik. Kemaskini aktiviti PIBG yang akan, sedang dan telah diadakan untuk membolehkan penjaga mengetahui status aktiviti yang dicadang/dilaksanakan atau memberi sumbangan. Mewujudkan ahli sukarela (sukarelawan) bagi setiap unit AJK untuk rekrut lebih ramai penjaga terlibat dalam apa-apa aktiviti yang dianjurkan. 1. 2. 3. 4. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Ahmad Hasni bin Mohamed Jalilah CADANGAN Mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM70 & meminta supaya sumbangan tidak perlu diusulkan setiap tahun ketika mesyuarat sekiranya jumlah yang sama masih dikekalkan. Sekiranya berlaku perubahan jumlah sumbangan, maka akan diusulkan pada mesyuarat agung PIBG akan datang. KEPUTUSAN 39


NAMA PENCADANG Nik Aziz bin Mustaffa (Noor Hanania binti Nik Aziz - 4F) CADANGAN Adakan kemudahan yang tiada lagi di sekolah untuk pelajar seperti multisensory room dan therapeutic garden. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Saidaruza binti Shamsuddin (Muhammad Nur Imran bin Mukhzani) CADANGAN Membina laluan jalan kaki berbumbung. Bagi mengelakkan pelajar mengantuk dalam kelas, dicadangkan supaya murid-murid untuk tidur sebentar (power nap) selama 10 minit bagi merehatkan tubuh badan sebelum memulakan pelajaran seterusnya. 1. 2. KEPUTUSAN 40


NAMA PENCADANG Haryati binti Paimin (Penolong Kanan Kokurikulum) Unit Kokurikulum CADANGAN bagi melahirkan atlet yang berpotensi Mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan Peruntukan kewangan - RM3000 Bagi mengukuhkan ilmu pendidikan yang telah dipelajari dan berkongsi pengalaman bersama rakan. Membina keyakinan diri pelajar dan berdikari dalam kehidupan seharian. Kutipan yuran penyertaan daripada murid sebanyak RM50 Peruntukan kewangan RM1000 Memohon peruntukan kewangan untuk makan dan minum murid sebanyak RM5000 ketika kejohanan sukan diadakan. 1.Pembangunan Sukan SKCJ 2023@CJ WARRIOR dalam acara sukan di samping pencapaian akademik yang tinggi. olahraga dan permainan. 2. Perkhemahan Unit Beruniform SKCJ 3. Kejohanan Sukan Tahunan KEPUTUSAN 41


NAMA PENCADANG Nursafarina binti Jaafar (Penolong Kanan Pendidikan Khas) Unit Kurikulum CADANGAN Dijangka akan diadakan pada 8/2/2024. Pihak sekolah memohon peruntukan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM8500 daripada Tabung PIBG. Dirancang pada 13/1/2024. Melibatkan semua murid Tahun 6 termasuk murid PPKI tahun akhir yang akan diadakan di sekolah. Kutipan bayaran daripada murid sebanyak RM50 seorang (merangkumi sewaan jubah, fotografi, goodies, jamuan, sijil dan fail) 1.Hari Anugerah Cemerlang 2. Majlis Apresiasi/Graduasi Tahun 6 KEPUTUSAN 42


NAMA PENCADANG Haryati binti Paimin (Penolong Kanan Kokurikulum) Unit Hal Ehwal Murid CADANGAN Motivasi kemahiran belajar Program cegah jenayah Kursus kepimpinan pelajar Bengkel teknik menjawab soalan Program bersama ibubapa dan murid Taklimat persediaan ke sekolah menengah Peruntukan kewangan RM500 Gotong-royong kebersihan dan keceriaan Pertandingan kelas kondusif Program zon/Kawasan bersih Laporan penarafan tandas sekolah Peruntukan kewangan - RM3000 Anugerah Tokoh Lelaki dan Perempuan Peruntukan kewangan RM6000 1.JK Bimbingan & Kaunseling 2. JK 3K 3. JK Hari Kanak-Kanak KEPUTUSAN 43


NAMA PENCADANG Shazmihani binti Md Khalid (Penolong Kanan Petang) CADANGAN 1.Memohon peruntukan kewangan bagi Hari Mesra Tahun 1 sebanyak RM450. 2. Memohon peruntukan kewangan daripada tabung PIBG bagi Program Transisi Tahun 1 sebanyak RM1600 KEPUTUSAN 44 NAMA PENCADANG Nursafarina binti Jaafar (Penolong Kanan Pendidikan Khas) CADANGAN 1.Memohon sumbangan sebanyak RM100 daripada ibubapa bagi menjalankan aktiviti PPKI sepanjang tahun. 2. Memohon PIBG mewujudkan ruang berasingan (slot) khas dalam buku akaun PIBG untuk Pendidikan Khas supaya semua derma, bantuan dan sumbangan kewangan boleh dipantau dengan mudah melalui ruang (slot) ini. KEPUTUSAN


NAMA PENCADANG Rosmintan binti Jahuri (Prasekolah) CADANGAN 1.Memohon peruntukan kewangan sebanyak RM500 bagi Majlis Hari Graduasi Prasekolah. KEPUTUSAN 45


46


Penghargaan Seluruh Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG SK Cheras Jaya dengan tulus ikhlas merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perjalanan mesyuarat ini dari awal hingga ke akhirnya.


Click to View FlipBook Version