SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI
KM.7, JALAN PADANG MELANGIT,
01000 KANGAR ,PERLIS.
Pendidikan Kerjaya
Panduan temuduga
#1 Buat kajian ringkas
Setelah menerima tawaran/panggilan temuduga sama ada untuk kemasukan ke
universiti,tawaran biasiswa atau untuk mula bekerja,pastikan anda membuat kajian ringkas
tentang organisasi atau bidang kursus yang ditawarkan.
# 2 Rancang perjalanan ke lokasi temuduga
Kenal pasti lokasi temuduga dan uruskan masa perjalanan dengan baik.Seeloknya anda tiba
lebih awal ke lokasi temuduga sekurang-kurangnya 15 minit sebelum temuduga
bermula.Elok juga jika ada masa tambahan dikhuatiri berlaku kesesakan atau kemalangan
yang menyebabkan trafik sesak.
#3 Pakaian yang sesuai ,sediakan dokumen , portfolio dan pen
Pastikan anda berpakaian yang sesuai,senarai semak dokumen yang diperlukan,jika ada
portfolio lebih baik . Bawa lebih daripada satu pen untuk menulis,manalah tahu tiba-tiba pen
kehabisan dakwat.Jadi anda tidak kalut meminjam pen orang lain.
#4 Bertenang , ucap salam dan hormat panel
Ketenangan adalah sangat penting agar proses temuduga berjalan dengan lancar.Beri salam
kepada penemuduga dan hanya duduk setelah dipersilakan duduk oleh panel penemuduga
#5 Kontak mata
Pastikan anda memandang wajah penemuduga semasa menjawab soalan.Jika ahli panel
lebih daripada seorang, kontak mata juga haruslah seimbang antara kedua panel.Selang
selikan pandangan kerana ia menunjukkan anda berkeyakinan tinggi
#5 Ambil masa untuk menjawab dan ucap terima kasih
Tidak perlu tergopoh gapah untuk menjawab soalan.Dengar dan fahami soalan serta beri
jawapan yang terbaik.Setelah temuduga selesai jangan lupa ucap terima kasih kepada panel
penemuduga.
#stayathome #kitapastimenang Disediakan oleh Cikgu Rafiza