The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1114-15-nurhazwani, 2021-10-29 12:33:28

Tugasan 2: Penulisan E-Portfolio

eportfolio

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan……………………………………………………………………………………… 1
1.1 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Malaysia .................................................................. 1

1.1.1 Kedudukan Bahasa Melayu dalam Pendidikan ............................................................. 1
1.1.2 Dasar Bahasa Kebangsaan ....................................................................................... 2-3
1.1.3 Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI) ........................................................................................................................... 3-5
1.2 Bahasa Melayu dalam Kalangan Masyarakat Malaysia ................................................... 6
1.2.1 Bahasa Perpaduan .................................................................................................... 6-7
1.2.2 Bahasa llmu.................................................................................................................. 7
1.2.3 Bahasa Komunikasi ..................................................................................................... 8
1.3 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu pada Peringkat Antarabangsa..................................... 8-9
1.3.1 Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dalam Perdagangan ................ 8-9
1.4 Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ................................................... 9-10
1.4.1 Bahasa Melayu dalam Ruang Siber............................................................................10
1.4.2 Bahasa Melayu dalam Media Sosial ..................................................................... 11-12
2.0 Bahasa Komunikasi dalam Hubungan Diplomatik, Ekonomi, Pendidikan dan Sukan ........12
2.1 Hubungan Diplomatik .....................................................................................................13
2.2 Ekonomi ........................................................................................................................14
3.0 Kesimpulan .......................................................................................................................15
4.0 Rujukan…………………………………………………………………………………………16-17
5.0 Lampiran……………………………………………………………………………………… 18-22

1.0 Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi atau lebih sinonim dikenali sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam perkara 152, iaitu perlembagaan negara yang
menyatakan bahawa bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan. Sesungguhnya, bahasa
merupakan ceminan kehidupan sesebuah bangsa dan menjadi alat komunikasi dalam segenap
masyarakat. Umumnya, bahasa melayu menjadi tunjang atau nadi kepada masyarakat majmuk
yang terdapat di Malaysia walaupun berbilang kaum. Menurut Noresah Baharum (2007), bahasa
melayu merujuk kepada bahasa melayu Polinesia yang digunakan di bawah Austronesia secara
meluas di beberapa negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia dan yang seumpamanya. Kajian
terkini menjelaskan bahawa tempat ke-enam merupakan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa yang memiliki penutur terbanyak di jagatraya (Adi Badiozaman Tuah, 2007). Kini, bahasa
Melayu telah berkembang dan menjadi salah satu mata pelajaran yang diajar di setiap sekolah.
Manakala setiap urusan rasmi dalam sesuatu bidang juga melibatkan penggunaan bahasa
Melayu. Tuntasnya, bahasa amat penting untuk mencapai kejayaan dalam pembangunan
sesebuah tamadun atau bangsa (Awang Sariyan, 2010).

1.1 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Malaysia
1.1.1 Kedudukan Bahasa Melayu dalam Pendidikan

Dalam konteks ini, pendidikan merupakan satu alat yang berkesan dan berpengaruh
untuk mengembangkan bahasa Melayu di negara ini. Menurut Abdul Fatah Hassan (2003),
pendidikan dapat mendidik manusia supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan
berkesan dan dapat melatih manusia untuk berfikir secara rasional dan baik. Beberapa dasar
dan program seperti Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu
serta Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan usaha untuk memperkukuhkan
bahasa Melayu dalam bidang pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia.

1

1.1.2 Dasar Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu terbukti menjadi bahasa kebangsaan bagi Malaysia seperti yang telah
termaktub dalam Perkara 152 (1) dan Perkara 152 (6) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pelaksanaan maksud Kerajaan Persekutuan, badan berkanun, kerajaan negeri, Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bukan itu
sahaja, rakyat Malaysia juga dilarang belajar, menggunakan atau mengajarkan bahasa yang
lain. Namun demikian, terdapat tanggapan bahawa bahasa Melayu ialah untuk orang Melayu
sahaja dan menjadi kelemahan di Malaysia. Kewujudan pandangan dan desakan untuk
menjadikan bahasa Cina atau Mandarin, bahasa Tamil dan bahasa sukuan yang lain seperti
bahasa Iban dan Kadazan sebagai bahasa rasmi merupakan implikasi daripada persepsi
yang bersifat perkauman sebegini. Penggunaan bahasa kebangsaan masih menjadi isu dan
perdebatan yang tidak ada penghujungnya walaupun negara telah menyambut kemerdekaan
selama 61 tahun. Kajian menunjukkan bahawa perkara yang paling mengharukan apabila
terdapat generasi muda daripada kaum Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu.

Seterusnya, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia supaya kembali memainkan peranan, masih terdapat pelbagai situasi
yang meminggirkan bahasa Melayu kerana usaha pemartaban bahasa Melayu di Malaysia tidak
menyeluruh dan hanya tertumpu kepada sesuatu landasan atau bidang yang tertentu. Selain itu,
Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam Akta Pendidikan 1996 jelas menunjukkan bahawa
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Namun demikian, IPTS
dilihat lebih cenderung menidakkan hak bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah dan mengajar
pengajian ilmiah dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Ketetapan untuk mengajarkan tiga mata
pelajaran yang teras, iaitu subjek Kenegaraan Malaysia, Bahasa Kebangsaan dan Pengajian
Islam atau Pendidikan Moral di IPTS tampaknya hanya menjadi dokumen tersurat sahaja. Hal ini
demikian kerana ketetapan tersebut kebanyakannya diabaikan oleh IPTS.

2

Di samping itu, pengutamaan dalam penguasaan bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan
pula pada tahun 1990-an menjadi respon kepada faktor globalisasi. Pada tahun 1993,
penggunaan bahasa Inggeris telah dibenarkan oleh kerajaan untuk digunakan sebagai bahasa
pengantar bagi kursus sains dan teknologi di IPTA. Menurut Tan Yao Sua (2010), walaupun dasar
bahasa mengalami perubahan dan ditentang oleh golongan nasionalis, tetapi golongan Melayu
kelas menengah dan atasan termasuk elit politik UMNO yang muncul akibat pelaksanaan DEB
mempertahankannya.

Selaras dengan itu, pemberian kuasa kepada Menteri Pendidikan Malaysia untuk
mengecualikan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar pendidikan telah
memudahkan proses perubahan dasar bahasa ini seperti yang dinyatakan dalam Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 17(1), (Hashim Musa, 2005). Kerajaan juga telah
melakukan perubahan yang besar apabila dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 di sekolah-
sekolah kebangsaan. Walaubagaimanapun, atas desakan daripada pelbagai pihak, dasar PPSMI
ini telah dimansuhkaan dan pengajaran dan pebelajaran Sains dan Matematik juga turut
dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah pada tahun 2016,
manakala bagi sekolah menengah pula pada tahun 2021. Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu
telah menggantikan dasar ini dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

1.1.3 Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Selain itu, dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan dasar MBMMBI bagi
memastikan bahasa Malaysia dapat digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
kebangsaan dan menengah serta menjamin kefasihan murid untuk menguasai bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris dengan tepat. Hasil daripada kajian lapangan mendapati murid
sukar memahami pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Penetapan dasar
MBMMBI dimulakan pada tahun 2011 oleh Kementerian Pelajaran pada 2010. Pengajaran
dan pembelajaran diikuti oleh murid tahun 1 pada tahun 2011 dalam bahasa Melayu
sepenuhnya bagi pembelajaran Matematik dan Sains.

3

Walau bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Melayu pada tingkatan 1 melahirkan
kebimbangan ibu bapa kerana bimbang anak mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan
peralihan bahasa secara mendadak apabila mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam
bahasa inggeris selama enam tahun di sekolah. Kebenaran murid sekolah rendah kohort
PPSMI diputuskan oleh kabinet apabila mereka memasuki tingkatan satu untuk meneruskan
pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris serta bahasa
Melayu sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa.

Gambar 1: Keratan akhbar mengenai KPM komited terhadap MBMMBI

4

Keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI iaitu murid tahun dua hingga
tingkatan lima tahun ini iaitu merujuk kepada keputusan yang membenarkan murid kohort
PPSMI untuk meneruskan pembelajaran sehingga tamat tingkatan lima dalam bahasa
Inggeris dapat melegakan hati ibu bapa. Pelaksanaan pembelajaran Matematik dan Sains di
sekolah rendah dapat dijalankan dalam bahasa Melayu sepenuhnya pada tahun 2016 melalui
pendekatan bangkit semula ini. Manakala, pelaksanaan untuk menggunakan bahasa Melayu
di sekolah menengah pada tahun 2021 pula dijalankan sepenuhnya bagi kedua dua mata
pelajaran ini. Dasar MBMMBI mengandungi sebanyak tiga belas inisiatif di bawahnya dalam
hal ini yang berpandukan Rancangan Malaysia ke-10 telah digariskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Terdapat lapan strategi utama yang dikemukakan sebagai Pelan
Tindakan Utama Inisiatif MBMMBI untuk melaksanakan kesemua inisiatif tersebut. Rumusan
ringkas untuk lapan strategi berkenaan dapat ditunjukkan seperti di bawah.

Mentransformasikan Memantapkan Menempatkan guru
kurikulum bahasa kompetensi guru bahasa Malaysia dan
bahasa Malaysia dan
Malaysia dan bahasa bahasa Inggeris bahasa Inggeris
Inggeris mengikut opsyen

Menggunakan Memperluas Memperluas Publisiti
khidmat pakar, penggunaan bahan dan kempen
perunding dan dan TMK dalam PdP
membantu guru pengukuhan bahasa
bahasa Malaysia
dan Inggeris

Meningkatkan Melaksanakan
penyertaan murid pentaksiran dan
pelaporan keperihalan
dalam aktiviti pencapaian murid
bahasa di luar bilik

darjah

Rajah 2: Strategi utama bagi Pelan Tindakan Utama inisiatif MBMMBI

5

1.2 Bahasa Melayu dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

Sejak zaman Kepulauan Melayu dan Nusantara telah mengesan kepelbagaian kaum di
Malaysia. Masyarakat yang saling berhubung wujud setelah penghijrahan penduduk antara
wilayah di Nusantara walaupun pada dasarnya mereka berbeza ras dan etnik. Pedagang-
pedagang asing berminat untuk masuk ke tanah Melayu apabila adanya aktiviti perdagangan
dan perniagaan seterusnya dapat menambahkan jumlah entik lain pada ketika itu di tanah
Melayu. Hal ini merupakan rentetan sejarah awal kewujudan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia pada hari ini. Masyarakat plluraliti ini membawa bersama kehendak dan kemahuan
yang berbeza sekaligus mahu menjaga kepentingan kaum mereka sendiri. Manakala,
perpaduan merupakan aspek yang amat penting untuk masyarakat berbilang kaum, agama,
budaya dan penyatuan demi menjamin keharmonian negara. Perpaduan merupakan intipati
dalam menjamin keamanan negara seperti yang sering dilaungkan oleh pemimpin. Menurut
Shamsul (2007), perpaduan merupakan proses untuk menyatupadukan seluruh masyarakat
dan negara agar nilai dan identiti masyarakat dapat dibentuk serta menimbulkan perasaan
cinta dan bangga akan tanah air. Oleh itu, pengunaan bahasa Melayu merupakan medium
yang dipilih sebagai pengantara kepada perpaduan kaum, bahasa komunikasi dan
penyampaian ilmu rakyat Malaysia.

1.2.1 Bahasa Perpaduan

Bahasa perpaduan merujuk kepada bahasa Melayu. Penyataan ini bermaksud bahasa
Melayu merupakan agen penyatuan masyarakat. Menurusi fungsinya sebagai bahasa
perpaduan, bahasa Melayu ini dapat menimbulkan semangat kebangsaan dan kecintaan
dalam kalangan masyarakat. Proses menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat serta
negara mentafsirkan perpaduan atau solidariti supaya masyarakat dapat membentuk satu
indentiti dan perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Perpaduan merupakan medium
penting untuk melahirkan keharmonian rakyat di Malaysia.

6

Pihak kerajaan boleh mewujudkan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua lapisan
masyarakat untuk membentuk perpaduan kaum. Selaras dengan faktor sejarah dan menjadi
bahasa yang memiliki penutur yang ramai di negara ini, bahasa Melayu telah diangkat sebagai
bahasa perpaduan. Pengunaan bahasa yang berbeza akan menyebabkan sikap prasangka,
iaitu maksud sebenar perbualan tidak dapat difahami. Misalnya, bahasa Tamil dan bahasa
Cina tidak dapat dikuasai oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Namun, bahasa Melayu dapat
dituturkan dengan baik oleh masyarakat Cina dan India. Tegasnya bahasa perpaduan iaitu
bahasa Melayu menjadi lambang penyatuan suara yang diaplikasikan sebagai alat
perhubungan dan alat menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

1.2.2 Bahasa llmu

Di samping itu, bahasa ilmu atau sinonim sebagai bahasa Melayu bermaksud fungsi
bahasa yang menjadi pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat penyampaian ilmu
pengetahuan moden, iaitu ilmu sains, ekonomi, teknologi, kejuruteraan, kedoktoran, undang-
undang dan sebagainya. Bahasa Melayu harus memiliki perbendaharaan kata sebagai
bahasa ilmu, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan pemikiran dan konsep
hal-hal perdagangan antarabangsa, perniagaan saham dan yang seumpamanya. Fungsi
bahasa Melayu ialah sebagai bahasa akademik, mempunyai laras bahasa yang lengkap dan
mampu memperkatakan pelbagai bidang keilmuan. Selain itu, bahasa Melayu mempunyai
istilah, bahasa dan perbendaharaan kata yang sesuai untuk mengungkapkan pemikiran atau
konsep yang kompleks dan abstrak. Ciri-ciri bahasa ilmu dapat diklarisifikasikan kepada dua
bahagian. Pertama, keupayaan bahasa menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan
berkesan dan cepat merupakan pengertian bagi keintelektualan bahasa. Keintelektualan
bahasa boleh dicapai melalui perkembangan struktur kata dan perbendaharaan kata (kosa
kata). Misalnya, perbendaharaan kata lebih khusus dan banyak, struktur kata yang komples
dan asing bermaksud mudah untuk penerimaan unsur baharu. Manakala, ciri yang terakhir
pula ialah kesempurnaan bahasa. Kesempurnaan bahasa dapat dicapai melalui kelenturan,
kestabilan, keindahan dan kepelbagaiannya. Kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia
ada pada aspek sistem ejaan, sebutan baku dan ayat serta pengimbuhan merujuk kepada
definisi kestabilan.

7

1.2.3 Bahasa Komunikasi

Semenjak zaman Empayar Sriwijaya, bahasa Melayu dalam konteks komunikasi
tradisional telah memainkan peranannya sebagai bahasa lingua franca. Bahasa melayu telah
tersebar luas dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura hinggalah Brunei. Pada hari ini,
semua rakyat Malaysia menggunakan bahasa kebangsaan kita untuk berkomunikasi. Bahasa
Melayu digunakan secara meluas dalam semua bentuk komunikasi melainkan dalam sektor
swasta. Dalam konteks dunia moden, bahasa komunikasi yang sinonim dikenali sebagai
bahasa perhubungan merujuk kepada bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, pelbagai
laras bahasa mengikut situasi dan konteks digunakan sama ada formal atau tidak formal.
Maklumat dapat disampaikan melalui siaran-siaran radio, media sosial, televisyen, Internet
dan yang lain melalui kecanggihan alat media dan komunikasi. Bahasa Melayu digunakan
untuk berkomunikasi apabila individu memiliki perkongsian idea, maklumat, dan perasaan
dengan orang lain sama ada melalui pertuturan mahupun tulisan. Dengan berbahasa Melayu,
penyampaian dan penerimaan maklumat menjadi lebih mudah dan komunikasi antara
manusia sejagat berlangsung dengan baik.

1.3 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu pada Peringkat Antarabangsa
1.3.1 Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dalam Perdagangan

Dalam konteks ini, bahasa Melayu dilihat berupaya untuk menjadi lingua franca dalam
bidang perdagangan dengan pembuktian sejarah. Berdasarkan penemuan batu bersurat yang
tertua, iaitu Batu Bersurat Kedukan Bukit di Palembang yang bertarikh 683 Masihi merupakan
kenyataan bahawa bahasa Melayu sebagai lingua franca. Selain itu, beberapa lagi batu
bersurat iaitu Batu Bersurat di Talang Tuwo, Palembang (683 Masihi), Batu Bersurat di Kota
Kapur, Pulau Bangka (686 Masihi) dan Batu Bersurat di Karang Brahi, Meringin daerah Hulu
Jambi (686 Masihi) merupakan batu bersurat yang ditemui menggunakan bahasa Melayu (Nik
Safiah Karim, 2010).

8

Penemuan batu-batu bersurat ini bukan sahaja penting dari segi bentuk bahasa Melayu yang
wujud pada masa itu di Sumatera, tetapi juga dari segi peranan dan kedudukan bahasa
Melayu pada ketika itu. Bukti ini jelas menunjukkan bahawa sejak zaman Sriwijaya lagi iaitu
pada abad ke-7 Masihi dan sehinggalah abad ke-19 Masih, bahasa Melayu menjadi bahasa
lingua franca atau pengantara.

Seterusnya, bahasa Melayu menjadi lingua franca dalam perdagangan dan perhubungan
antarabangsa dalam wilayah ini. Kehebatan pemerintahan Kerajaan Sriwijaya dari segi
perdagangan sehingga menjadi pusat maritim utama yang menjadi daya tarikan pedagang
asing merupakan sebab bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantara pada ketika
itu. Melihat kepada cabaran dan kedudukan bahasa Melayu kini, walaupun pernah diangkat
dalam urusan perdagangan sebagai lingua franca, namun terhad kepada kawasan di
Nusantara. Perkara ini berbeza dengan bahasa Inggeris yang diangkat sebagai lingua franca
sedunia untuk hampir segala aspek kehidupan manusia. Hakikat ini berasaskan bahasa
Melayu tidak mempunyai sokongan sumber bagi mengembangkan pengaruhnya dari segi
penggunaan dan geografi, sedangkan bagi negara-negara besar yang merupakan pemain
industri terus membekalkan sumber yang dikehendaki dalam usaha memperluas penggunaan
bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Jerman dan bahasa Jepun dalam urusan
perdagangan.

1.4 Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pada era globalisasi ini, kehidupan manusia telah mengalami perubahan kepada semakin
mudah dan moden dengan adanya perkembangan teknologi. Kemudahan komunikasi
merupakan salah satu manfaat teknologi pada hari ini. Umumnya, komunikasi merupakan
keperluan bagi setiap manusia yang terdapat di dunia ini. Keadaan ini telah membuka ruang

9

kepada manusia untuk berkomunikasi melangkaui sempadan geografi berlandaskan
perkembangan teknologi yang semakin canggih. Bahasa Melayu yang digunakan dalam TMk
juga perlulah standing dengan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dapat tersebar dengan mudah,
cepat dan berkesan melalui perantaraan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Perkembangan masyarakat dunia yang semakin maju bersesuaian dengan kemudahan
peggunaan TMK.

1.4.1 Bahasa Melayu dalam Ruang Siber

Di samping itu, ruang yang sangat luas dapat merujuk kepada ruang siber. Menurut
Noriah Mohamed (2014), kacukan ruang fizikal, mental dan sosial merupakan ruang siber.
Kewujudan pelbagai bahasa dalam ruang siber, termasuk bahasa pengaturcaraan yang
dianggap sebagai unsur fizikal, ruang sosial yang melibatkan komuniti berkomunikasi yang
melangkaui sempadan geografi, virus sebagai entiti kehidupan dan ruang mental yang melibatkan
perkongsian keinginan untuk mempelajari sesuatu yang baharu, berinteraksi secara sosial,
bertukar-tukar maklumat dan mencambahkan buah fikiran termasuk berkongsi sebarang minat
atau hobi.

Sehubungan dengan itu, persamaan dengan bahasa perbualan dalam komunikasi biasa
secara bersemuka jelas menunjukkan penggunaan bahasa Melayu di ruang siber. Pengguna
bahasa Melayu tidak boleh merosakkan penggunaan bahasa Melayu melalui penggunaan
singkatan perkataan seperti pk iaitu fikir, Akum iaitu Assalamualaikum dan yang seumpamanya
dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa melalui ruang siber. Begitu juga dengan
penggunaan simbol bukan verbal bagi menggantikan penggunaan bahasa badan dalam
persekitaran fizikal perlulah dielakkan. Misalnya, penggunaan emoji, emotikon dan ciri-ciri
parabahasa teks yang lain. Terdapat perubahan yang ketara daripada penggunaan bahasa
Melayu dalam ruang siber ini khususnya ruang siber yang mempamerkan bahasa yang unik, dan
tersendiri, yakni bahasa Melayu Internet. Fenomena sebegini dikhuatiri akan menjejaskan nilai-
nilai asli dalam bahasa Melayu. Sudah terang lagi bersuluh bahawa, pengguna Internet perlulah
sedar dan tidak menggunakan bahasa Melayu iaitu wadah komunikasi sesuka hati tanpa
mengambil kira peraturan yang sedia ada.

10

1.4.2 Bahasa Melayu dalam Media Sosial

Media sosial membuka ruang yang luas kepada ahli masyarakat di seluruh dunia untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dalam bahasa penulisan atau pertuturan. Misalnya, media sosial
yang mendapat sambutan pada hari ini ialah Twitter, WhatsApp, Telegram, Viber, WeChat,
Instagram, YouTube dan Facebook. Penguna bahasa memiliki kuasa yang besar dalam media
sosial untuk menentukan kualiti bahasa yang akan digunakan dan diterima pakai. Kualiti
penggunaan bahasa dalam media sosial banyak bergantung pada tahap pengetahuan dan
kesedaran bahasa penggunanya. Lazimnya bahasa yang kesat dalam media sosial kerap
digunakan oleh penguna. Pengenalan kosa kata dan ungkapan baharu yang membawa konotasi
negatif dan ejaan baharu seperti makcik bawang, bukan bishe-bishe,dan yang kesemuanya boleh
merosakkan bahasa Melayu dan melanggar tatabahasa. Penggunaan bahasa Melayu
seumpama ini harus dielakkan apabila sesuatu ungkapan atau kosa kata yang salah mula
menjadi kebiasaan dalam media social, maka penggunaan ini akan meluas dan menjadi satu
konvension.

Seterusnya, isu peminggiran bahasa Melayu secara menyeluruh dalam media sosial
sebenarnya tidak berlaku kerana rata-rata pembina atau pengasas media baharu masih
menggunakan medium utama iaitu bahasa Melayu. Kualiti bahasa Melayu yang terpinggir
merupakan bahasa Melayu yang digunakan untuk berinteraksi dalam blog peribadi dan laman
sosial. Tamsilnya, penguna bahasa rojak, bahasa slanga dan bahasa pasar serta singkatan kata
sesuka hati. Istilah bahasa rojak merujuk kepada fenomena bahasa yang bercampur antara
bahasa Melayu dan juga bahasa asing. Manakala, bagi maksud bahasa slanga pula merupakan
bahasa yang digunakan secara tidak rasmi dan memiliki ungkapan-ungkapan yang tidak
memenuhi dialek atau standard bahasa. Menurut Zaidi Ismail (2012) media sosial yang tiada
sempadan, tiada penguat kuasa dan pemantau yang boleh menghalang dan mengawal
penggunaan bahasa yang kesat, kotor,jijik,melanggar nahu, dan laras bahasa. Oleh itu,bahasa
Melayu seharusnya digunakan oleh semua pengguna media sosial dengan betul dan berusaha
membetulkan penggunaan kosa kata dan nahu yang disalahgunakan.

11

Gambar 3: Keratan penggunaan bahasa rojak

Gambar 4: Keratan akhbar mengenai bahasa slanga
2.0 Bahasa Komunikasi dalam Hubungan Diplomatik, Ekonomi, Pendidikan dan Sukan

Sejak abad ke-7 Masihi, iaitu semasa empayar Sriwijaya menguasai Nusantara, bahasa
Melayu telah diterima sebagai bahasa komunikasi. Dalam urusan diplomatik dan perdagangan,
bahasa ini telah digunakan secara meluas. Taraf bahasa Melayu iaitu bahasa komunikasi di
rantau ini tidak dapat ditandingi oleh bahasa yang lain dan turut dipelajari oleh pelbagai kaum
termasuk penjajah Inggeris, Belanda dan Portugis.

12

2.1 Hubungan Diplomatik

Hubungan yang terjalin antara dua atau lebih kerajaan merupakan hubungan diplomatik.
Hubungan ini bermatlamat untuk memantapkan pentadbiran dan pemerintahan serta
pembangunan sesebuah kerajaan (Salmah Jan, 2018). Bahasa Melayu merupakan satu-satunya
bahasa lingua franca di rantau Kepulauan Melayu dan menjadi alat perhubungan, iaitu yang
merangkumi ASEAN atau negara Asia Tenggara. Bahasa Melayu termasuk dalam lima kelompok
bahasa yang mempunyai bilangan penutur yang banyak, iaitu selepas bahasa Inggeris, Hindi,
Mandarin dan Sepanyol dapat dibuktikan melalui hal ini (Zakaria Kasa, 2014). Penutur bahasa
Melayu merangkumi rakyat Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam, Kemboja dan Vietnam serta
tidak hanya terhad kepada rakyat Malaysia sahaja. Menurut Asmah Haji Omar (2008),bukan
masyarakat di negara ASEAN sahaja yang menuturkan bahasa Melayu, malahan sehingga
tempat pergunungan yang terdapat di Taiwan, turun ke Selatan hingga New Zealand, dan dari
luar pantai timur Afrika iaitu Madagaskar hingga ke Lautan Pasifik seperti di Pulau Ester. Bukan
itu sahaja, bahasa Melayu wajar dimartabatkan sebagai bahasa ASEAN dalam setiap urusan
tidak rasmi atau rasmi.

Di samping itu, terdapat 104 buah kedutaan Malaysia yang mampu memainkan
peranannya di seluruh dunia untuk memperluaskan peranannya bagi menyebarluaskan bahasa
Melayu. Bahasa Melayu dapat diketengahkan sebagai bahasa pengantar dalam pelbagai majlis
atau acara melalui kedutaan tersebut. Dengan ini, bahasa Melayu dapat dikenali, dihayati
seterusnya dihormati oleh jagatraya. Selain itu, ketika rakyat Malaysia yang berada di luar negara,
mereka perlulah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan sebagai duta kecil.

13

2.2 Ekonomi

Akhir sekali, penggunaan bahasa Melayu dalam konteks pada hari ini terutamanya dalam
bidang ekonomi masih tidak meluas. Perkara ini bukan sahaja berlaku dalam lingkungan
masyarakat tempatan, malah di peringkat antarabangsa juga. Bahasa Melayu dianggap sukar
digunakan dalam urusan perdagangan dan sering dikatakan tiada nilai ekonomi serta tiada nilai
komersial. Contohnya, Ringgit Sense Plus yang merupakan rancangan televisyen dan melibatkan
perbincangan kewangan serta dikendalikan dalam bahasa Inggeris manakala rancangan seperti
Majalah Tiga pula tidak berkaitan dengan ekonomi dan kewangan. Keadaan ini menunjukkan
seolah-olah bahasa yang digunakan untuk urusan ekonomi hanya bahasa Inggeris sahaja. Dalam
peringkat tempatan dan hubungan yang bersifat kelompok kecil dan bergantung pada masyarakat
penuturnya masih menggunakan bahasa Melayu dalam urusan ekonomi. Namun demikian,
bahasa Melayu semakin berkurangan dalam peringkat yang lebih besar dan luas. Penglibatan
urusan wang, untung rugi dan proses bersinergi yang memerlukan bahasa sebagai objek kedua
merupakan maksud ekonomi.

Salah satu faktor untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara ialah bahasa yang
mungkin ramai tidak menyedari perkara tersebut. Hal ini bersandarkan hakikat bahawa bahasa
merupakan medium atau alat penyampaian maklumat sains dan teknologi yang menjadi
pemangkin kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Terdapat dua peringkat
memindahkan maklumat yang berlaku melalui bahasa. Pertama, bahasa Melayu daripada
bahasa asing seperti bahasa Inggeris atau Jepun yang membawa maklumat masuk ke dalam
bahasa kita. Kedua, maklumat akan disampaikan kepada individu yang menggunakan maklumat
tersebut atau beroperasi dalam sektor ekonomi. Maklumat yang dibawa bahasa tersebut akan
mudah difahami apabila bahasa bahasa Melayu digunakan, lantas menjamin keberkesanan
operasi perekonomian (Jaafar Jambi, 2008). Kini, bahasa Melayu dapat menampilkan nilai-nilai
ekonomi apabila berkeupayaan menjadi bahasa untuk proses penyebaran maklumat ke dalam
bahasa Melayu.

14

3.0 Kesimpulan
Sebagai penghias bicara akhir, melalui langkah-langkah sedemikian, nescaya cabaran

atau isu dalam bahasa Melayu dapat ditangani. Rakyat Malaysia perlulah memiliki kecintaan dan
sikap bangga terhadap bahasa ibunda. Sesungguhnya, bahasa merupakan elemen yang amat
penting sebagai cerminan budaya dalam kalangan masyarakat. Harapan setiap insan untuk
melihat bahasa Melayu menjadi bahasa yang dapat berkembang dan digunakan dalam semua
acara rasmi negara serta dalam majlis di peringkat antarabangsa memerlukan usaha yang
strategik daripada semua pihak. Sejauh mana sesuatu bangsa mempertahankannya merupakan
letaknya nasib bahasa Melayu. Tegasnya, Malaysia hendaklah memperkasakan bahasa Melayu
sebagai sebuah negara yang telah lama mencapai kemerdekaan untuk membentuk dan membina
sebuah negara bangsa.

15

4.0 RUJUKAN:

Abdul Fatah Hassan. (2003). Pengenalan Flsafah Pendidikan Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Adi Badiozaman Tuah. (2017). Kepentingan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM).
Seminar Kerangka Standard Bahasa Melayu, (1 - 5).

Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Awang Sariyan. (2010). Pemartabatan Bahasa Kebangsaan dalam Pembinaan Negara
Bangsa. Syarahan Bahasa Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan IPG
Tengku Ampuan Afazan: Kuala Lipis.

Hashim Musa. (2005). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi
Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Jaafar Jambi. (2008). Cabaran dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian
Melayu. Jilid 19. 68-90.

16

Nik Safiah Karim. (2010). Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Noresah Baharum. (2005, 15 Ogos). Antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu.
Berita Harian, ms 2.

Salmah Jan Noor Muhammad. (2018). Implikasi Hubungan Diplomatik terhadap Kerajaan
Melaka dan Kedah Berdasarkan Naskhah Melayu Tradisional. International Journal of the
Malay World and Civilisation 6(2) 99-108.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia.

Tan Yao Sua. (20100. Isu bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem
Pendidikan Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Zaidi Ismail. (2012). Bahasa Melayu dalam Media Baharu: Sejauhmanakah Diutamakan?
Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Kasa. (2014). Jaringan Kebahasan Mengupayakan UPSI Sebagai Hab Pendidikan
Bahasa Melayu ASEAN. Prosiding Seminar Memartabatkan Bahasa Melayu ASEAN-II.
Universiti Fatoni (Thailand) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Malaysia). 25-26
Oktober 2014.
17

5.0 LAMPIRAN:
18

19

20

21

22


Click to View FlipBook Version