The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1114-15-nurhazwani, 2022-05-22 09:17:08

Tugasan 3, Penulisan Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau

Tugasan 3, penulisan Kelestarian

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

TUGASAN 3 KERJA KURSUS:
PENULISAN ESEI

NAMA : NURHAZWANI IZZATI BINTI MOHD ASRI
ANGKA GILIRAN : 2021292310085
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030621020184
KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU 4 (SK)
KOD KURSUS : PALS1012
NAMA KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
NAMA PENSYARAH : PUAN NORZEHA BINTI OTHMAN
TARIKH HANTAR : 26 MEI 2022

Pengesahan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan pelajar: Tarikh: 26 MEI 2022

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan........................................................................................................................ 1

2.0 Analisis Produk Teknologi Hijau ...................................................................................... 1-8

2.1 Tong Sampah Pintar.................................................................................................... 1-3

2.2 Kereta Elektrik ............................................................................................................ 3-5

2.3 Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif (EM).............................................................. 5-7

2.4 Pembuatan Baja Kompos…………………………………………………………….. 7-8

3.0 Penutup .......................................................................................................................... 8-9
4.0 Rujukan....................................................................................................................... 10-11

5.0 Lampiran..................................................................................................................... 12-15

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana atas limpah dan kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan
tugasan ketiga kerja kursus Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau dengan jayanya. Pertama
sekali, saya ingin menjulang sepenuh penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Puan Norzeha Binti Othman, selaku pensyarah bagi mata pelajaran PALS1012 ini atas
tunjuk ajar, bimbingan daripada beliau dapat memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ketiga ini. Beliau banyak membantu dan berkongsi maklumat sepanjang
proses pelaksanaan penulisan ini berlaku. Segala semangat, bantuan, strategi dan
kebijaksanaan beliau dalam merancang pelaksanaan tugasan ini dapat meyakinkan saya untuk
menyelesaikan kerja kursus ini dengan sebaiknya.

Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu yang saya hormati kerana banyak mmemberikan nasihat dan sokongan
moral kepada saya agar tidak mudah berputus asa demi menyiapkan tugasan ini. Ibu saya
banyak berkongsi maklumat daripada sumber-sumber yang sahih tentang produk teknologi hijau
yang dapat digunakan. Sesungguhnya, segala pengorbanan yang telah dicurahkan amat saya
sanjungi dan tidak akan dilupakan sepanjang hayat ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan seperjuangan saya yang tidak
lokek berkongsi ilmu dan maklumat tentang tugasan ini. Mereka sentiasa menjawab pertanyaan
apabila saya mengalami masalah dalam melaksanakan tugasan ini. Mereka membantu saya
dalam pencarian maklumat dan dapat bertukar-tukar idea demi melaksanakan tugasan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua responden yang sudi menjawab segala soalan
dan berkongsi maklumat agar penulisan ini dapat dilengkapkan.

Akhir kata, ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam pemberian bantuan dan cadangan dalam menyiapkan tugasan ini.
Harapan saya agar tugasan kerja kursus ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran supaya saya dapat menjadi seorang guru yang bertanggungjawab agar insan yang
cemerlang dapat dilahirkan.

1.0 Pengenalan

Penciptaan manusia sebagai khalifah di bumi ini berkait rapat dengan kelestarian alam
sekitar. Manusia mempunyai hak dan tanggungjawab sebagai pemimpin agar alam sekitar dapat
dipelihara dengan baik. Sebaliknya, mutakhir ini, tindakan manusia telah mewujudkan pelbagai
kerosakan dan ancaman ke atas alam (Ruzian dan Norizan, 2014). Teknologi hijau merujuk
kepada pembangunan dan aplikasi peralatan, produk serta sistem agar alam sekitar dapat
dipelihara dan kesan negatif daripada aktiviti manusia dapat diminimumkan (Norizan et.al, 2017).
Teknologi hijau dapat dirujuk sebagai bentuk penginovasian tenaga. Menurut Bushra Limuna
(2020) teknologi hijau dapat mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan
fenomena cuaca dunia yang berubah sebagai satu teknologi yang mesra alam dan rendah
karbon. Sebagai alternatif untuk mengatasi sebarang isu-isu semasa global mengenai alam
sekitar berlaku, produk teknologi hijau diperlukan agar kadar peningkatan penggunaan tenaga
dikurangkan sekali gus ekonomi negara dapat dimampankan. Sumber-sumber asli dapat
diaplikasikan seperti tenaga, air dan sebagainya apabila menggunakan teknologi hijau untuk
menghasilkan sesuatu produk. Tujuan produk teknologi hijau diperkenalkan kepada masyarakat
adalah supaya pembangunan masyarakat berilmu dapat didorong agar tenaga lestari
dipraktikkan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan celik alam sekitar. Oleh itu, semua
produk, alatan dan sistem teknologi hijau mampu mengurangkan kerosakan ke atas alam sekitar
dan memenuhi keperluan semasa dalam membantu pembangunan lestari secara menyeluruh.

2.0 Analisis Produk Teknologi Hijau

2.1 Tong Sampah Pintar

Dalam konteks ini, produk teknologi hijau yang berdasarkan isu-isu semasa global
mengenai alam sekitar ialah tong sampah pintar. Produk teknologi hijau ini dapat mengatasi isu
semasa global mengenai alam sekitar seperti banjir. Hal ini demikian kerana, penduduk di
sesuatu kawasan sering membuang sampah-sarap ke dalam laluan air seperti anak sungai dan
longkang sekali gus menyebabkan banjir apabila kawasan yang mengalirkan air tersumbat oleh

1

sampah sarap. Masalah sebilangan penduduk yang kerap membuang sampah di merata tempat
dapat diselesaikan melalui penggunaan penutup tong sampah yang diautomatikkan. Hal ini
demikian kerana, terdapat segelintir penduduk yang kurang selesa untuk membuka dan menutup
penutup tong sampah agar sampah dapat dibuangkan ke dalamnya. Suatu alat dicipta agar
perhatian para penduduk dapat ditarik terutamanya kanak-kanak agar membuang sampah di
tempat yang sepatutnya. Menurut Wan Noor hayati (2016), tong sampah pintar ini boleh
dilengkapi dengan elektro magnet dan pengesan infra merah serta sampah seperti besi, gelas,
kertas dan botol mampu diasingkan dengan baik. Tong sampah pintar ini dicipta dengan
mneggunakan Arduino bagi menarik perhatian orang ramai untuk membuang sampah di tempat
yang sepatutnya dan bukan membuang sampah merata-rata. Kod sensor ultrasonic dan Arduino
bersama motor servo dapat digabungkan untuk mencipta sebuah tong sampah pintar. Arduino
Uno merupakan sebuah elektronik open source yang dicipta supaya sesuatu urusan manusia
dipermudahkan dan mengawal sesuatu objek. Manakala, sensor ultrasonic digunakan sebagai
sensor yang bekerja sebagai pengesan sesuatu objek di mana ia berada. Tempat sampah pintar
yang berasaskan Arduino Uno meliputi sensor LCD agar sesuatu perkataan dapat ditampilkan
sebagai media pada tempat sampah. Manakala, produk ini dilengkapi dengan LED hijau sebagai
pengesan keberadaan manusia di sesuatu tempat pembuangan sampah, LED merah sebagai
notis bahawa sesuatu tempat tersebut dipenuhi dengan sampah sarap, motor servo pula
diaplikasikan sebagai penutup dan pembuka bagi tong sampah pintar tersebut. Dalam produk
tekologi hijau ini, motor servo diaplikasikan sebagai motor elektrik agar sistem umpan balik
tertutup (closed loop) dapat dirancang. Motor servo dapat mengawal kecepatan dan kedudukan
motor berputar. Jika kapasiti tempat sampah di dalam tong sampah pintar sudah masuk dengan
jarak 17cm, maka penyalaan LED merah akan digunakan dan buzzer akan mengeluarkan bunyi
bagi menandakan bahawa tong sampah pintar sudah penuh. Inovasi tong sampah pintar ini boleh
diletakkan di setiap kwasan perumahan agar tong sampah pintar tersebut dapat mengesan
beberapa sampah yang berada di sekelilingnya. Penduduk hanya perlu membang sampah ke
dalam tong sampah pintar tersebut tanpa perlu menyentuh secara fizikal. Sampah akan dikesan
oleh sensor ultrasonic secara automatik seterusnya penutupnya akan dibuka dengan bantuan
motor servo. Penutup tong sampah pintar akan ditutup secara automatik apabila selesai

2

membuang sampah setelah penundaan selama beberapa saat. Produk teknologi hijau ini juga
dicipta menggunakan alat kawalan agar arahan diprogramkan dan dapat dihubungkan oleh
komputer kepada prototaip. Produk teknologi hijau ini dicantumkan kepada empat bahagian tong
sampah yang berupaya agar bahan buangan dapat dikenal pasti berdasarkan tiga kategori iaitu
kertas, plastic dan kaca. Dengan ini, tong sampah pintar akan mengeluarkan bunyi apabila
pengguna salah membuang sampah ke dalam tong yang tidak sepatutnya. Produk ini
berteknologi hijau kerana memiliki unsur mesra alam untuk mengurangkan pembuangan sampah
yang akan mengakibatkan banjir dan dapat menarik penduduk untuk menggunakannya. Oleh itu,
tong sampah pintar dapat menjadi produk teknologi hijau untuk mengatasi banjir berlaku dengan
kemudahan yang dilengkapkan untuk penduduk membuang sampah dengan baik.

Rajah 1: Tong sampah pintar Arduino

2.2 Kereta Elektrik
Selain itu, produk teknologi hijau yang berdasarkan isu-isu semasa global mengenai alam

sekitar ialah kereta elektrik. Produk teknologi hijau ini dapat mengatasi isu semasa global
3

mengenai alam sekitar seperti pencemaran udara. Hakikatnya, salah satu penyumbang terbesar
bagi pencemaran udara ialah daripada asap kenderaan. Kenderaan berbahan bakar api fosil
dapat mengakibatkan pencemaran udara yang menjadi masalah besar di seluruh dunia
terutamanya kenderaan yang berlegar-legar di jalan raya. Pencemaran udara semakin meningkat
apabila berlaku peningkatan jumlah kereta yang terdapat di setiap laluan jalan raya. Gas yang
dikeluarkan oleh kereta menyebabkan udara tercemar dengan asap yang dikeluarkan oleh setiap
kenderaan. Seiring dengan kemajuan teknologi dan sains, kenderaan elektrik dicipta agar
pencemaran udara dapat dikurangkan dan membangunkan kelestarian alam sekitar. Sebagai
contoh, produk kereta elektrik ialah BMW i3, Tesla Roadster, Nissan Leaf dan sebagainya.
Produk ini menjimatkan penggunaan bahan api petroleum kerana ia merupakan alternatif jangka
panjang yang terbaik. Kereta elektrik terbahagi kepada empat bahagian berdasarkan tenaganya
sperti Hybrid Electric Vehicle (HEV), Battery Electric Vehicle (BEV), Plug-in Hybrid Elektric
Vehicle (PHEV) dan Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV). Menurut Alvian (2020), empat jenis
kenderaan elektrik tersebut terdapat lima jenis komponen umum yang akan dicipta pada setiap
kenderaan elektrik iaitu charging port, DC/Dc converter, thermal system dan motor penggerak
elektrik. Motor elektrik yang merupakan komponen terpenting dalam produk teknologi hijau
tersebut digunakan agar mengubah bateri yang menyimpan tenaga elektrik menjadi tenaga
kinetik. Oleh yang demikian, kereta mampu untuk bergerak daripada tenaga kinetik tersebut.
Udara tidak dicemarkan oleh kereta elektrik kerana gas ekzos tidak dihasilkan. Karbon dioksida
tidak dikeluarkan oleh kereta elektrik kerana bateri yang digunakan hanya menggunakan oksigen
dan hidrogen di mana air merupakan sisa bateri ini. Melalui produk teknologi hijau ini, pelepasan
asap yang mencemarkan udara dapat dikurangkan sekali gus kesihatan manusia dapat dipelihara
kerana kualiti udara yang baik. Hal ini kerana, bahan pencemar bagi kereta elektrik tidak
dibebaskan secara langsung. Kereta elektrik bergantung kepada cara menghasilkan sumber
tenaga elektrik agar kenderaan dapat dicaskan, seterusnya dari kawasan bandar, pembebasan
bahan pencemar dialihkan ke kawasan stesen janakuasa yang menghasilkan tenaga elektrik.
Jumlah pembebasan karbon diaoksida bergantung kepada pembebasan karbon tersebut dari
kecekapan dan stesesn janakuasa tersebut. Bateri digunakan bagi penjanaan kereta elektrik dan
tidak memerlukan kuasa penjanaan enjin mekanikal. Malah, kereta elektrik mengurangkan
pencemaran bunyi disebabkan penciptaan produk teknologi hijau yang moden dan senyap ini.
Dengan ini, kerajaan perlu berinisiatif untuk menggalakkan pengusaha automotif tempatan agar

4

produk kenderaan hijau dapat dikeluarkan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa, kereta elektrik
menjadi produk teknologi hijau yang digunakan dalam kehidupan agar isu semasa global seperti
pencemaran udara dapat dikurangkan bagi melestarikan alam sekitar.

Rajah 2: Contoh kereta elektrik yang menggunakan pengecasan bateri

2.3 Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif (EM)
Seterusnya, produk teknologi hijau yang berdasarkan isu-isu semasa global mengenai

alam sekitar ialah bebola lumpur mikroorganisma efektif (EM). Produk teknologi hijau ini dapat
mengatasi isu semasa global mengenai alam sekitar seperti pencemaran air. Satu kaedah bagi
merawat pencemaran air ditemukan dengan menggunakan biotek di mana kelompok (EM) atau
mikroorganisma yang bermanfaat dapat digunakan. Hal ini demikian kerana, mikroorganisma
yang khusus tidak dimiliki oleh mikroorganisma efektif (EM). Ia merupakan mikroorganisma
campuran yang dipilih agar berupaya memberikan pelbagai faedah kepada alam sekitar.
Penciptaan bebola lumpur (EM) dapat dilakukan melalui gabungan bahan-bahan biologi seperti
bakteria baik iaitu asid laktik, yis, fototropik, antinomycetes, tanah liat dan bahan organik yang
lain seperti mineral dan molases. Kesemua bahan tersebut akan digumpal menjadi bentuk bebola

5

yang dikenali sebagai bebola lumpur (EM) dan akan dibaling ke dalam air yang tercemar. Antara
kaedah untuk membuat produk teknologi hijau tersebut adalah dengan mencampurkan gula
merah dengan air dan sisa makanan diikuti dalam sesuatu bekas, 1/3 ruang dalam bekas
ditinggalkan untuk fermentasi, penutup bekas setiap hari dibuka bagi mengeluarkan gas, bahan-
bahan terapung dikacaukan seterusnya kaedah yang terakhir ialah selepas jangka waktu selama
tiga bulan, cecair (EM) boleh digunakan. Namun begitu, dalam pembuatan bebola lumpur (EM)
ini, kualiti mikroorganisma efektif perlulah dikawal dengan sebaiknya. Sebagai contoh, mengawal
pH di bawah kuantiti 3.5 dan sekiranya mikroorganisma efektif berbau, maka tidak boleh
digunakan dalam membuat bebola lumpur (EM). Produk teknologi hijau yang dicipta ini sangat
mesra alam untuk mengatasi pencemaran air kerana bebola lumpur (EM) dapat digunakan agar
kawasan saluran air seperti sungai atau longkang dapat dibersihkan. Dengan ini, produk teknologi
hijau tersebut dapat digunakan bagi memastikan longkang atau sungai tidak mengeluarkan bau
yang busuk atau tidak menyenangkan bagi penduduk setempat. Hal ini demikian kerana, bebola
lumpur (EM) ini mengandungi bakteria asid laktik agar sisa kumbahan di saluran perairan dapat
dirawat dan bau busuk yang terdapat dalam air dapat disingkirkan. Bebola lumpur (EM) ini
digunakan dengan cara bebola lumpur (EM) tersebut dituangkan ke dalam air yang tercemar.
Sekiranya bebola lumpur (EM) digunakan di bilik air atau tandas, mikroorganisma efektif akan
menyebabkan pengaliran terus ke saluran najis atau longkang di rumah. Air kumbahan akan
dibersihkan oleh mikroorganisma efektif tersebut malah salurannya juga turut dibersihkan. Air
yang mengandungi (EM) akan mengalir ke longkang, ke sungai dan akhirnya membawa ke
kawasan laut. Mikroorganisma yang terdapat dalam (EM) di sepanjang perjalanan saluran
tersebut akan bereaksi dan terus hidup dengan mikroorganisma pencemar iaitu yang dinamakan
sebagai patogen. Mikroorganisma pencemar berperanan membersihkan setiap kawasan laluan
air.

6

Rajah 3: Contoh bebola lumpur (EM)

2.4 Pembuatan Baja Kompos

Di samping itu, produk teknologi hijau yang berdasarkan isu-isu semasa global mengenai
alam sekitar ialah pembuatan baja kompos. Produk teknologi hijau ini dapat mengatasi isu
semasa global mengenai alam sekitar seperti pembuangan sampah sarap yang semakin
berleluasa di negara kita. Hal ini demikian kerana, produk teknologi hijau ini dapat
meminimumkan atau mengurangkan jumlah bahan buangan dan sisa makanan yang terdapat di
dapur kediaman seseorang seterusnya sisa tersebut dibuang ke tempat pembuangan sampah
pada setiap hari. Sampah mesra alam dapat dicipta dengan menjadikan baja kompos sebagai
alternatif dan sumber tenaga (Norazizah dan Noor Ashikin, 2020). Pembuatan baja kompos
memberikan manfaat terhadap alam sekitar apabila ruang dapat dijimatkan dalam sesebuah
tapak pelupusan dan pembuangan sampah. Baja kompos dapat dibuat dengan mengitar semula
sisa-sisa makanan yang terdapat di rumah bagi menghasilkan baja yang organik. Pengkomposan
dapat menyimpan sebanyak 30% sisa makanan daripada terbuang yang akan mencemarkan
alam. Pembuatan baja kompos perlu melalui beberapa proses iaitu bekas yang mempunyai
pengudaraan perlu disediakan, kompos yang telah siap diletakkan dan mengandungi bakteria
agar penguraian sisa makanan dapat dipercepatkan. Menurut Su Lin (2015), selepas dua hari,
sisa makanan perlu digaul dengan kompos dan penutup bekas hendaklah ditutup semula.

7

Sisa maknan akan mula diuraikan selepas dua minggu dan akan menadi baja kompos. Baja
kompos tersebut dapat membekalkan khasiat yang secukupnya untuk tumbesaran tanaman dan
baja kimia dapat digantikan kepada tanaman secara semula jadi. Jelaslah di sini bahawa, baja
kompos dilihat sebagai produk teknologi hijau yang mengurangkan pembuangan sampah kerana
sisa organik di rumah mampu dikitar semula agar tidak dibuang dan menyebabkan pencemaran
alam sekitar akibat meningkatnya pembuangan sampah.

Rajah 4: Pembuatan baja kompos daripada sisa-sisa makanan

3.0 Penutup
Kesimpulannya, pengaplikasian teknologi dapat membangunkan dan peralatan, produk

serta sistem digunakan dengan sebaiknya agar alam sekitar dapat dipelihara dan kesan negatif
daripada aktiviti manusia dapat diminimumkan. Konsep bagi teknologi hijau dapat digunakan dan
dikaitkan dengan tenaga hijau. Produk teknologi hijau yang dicipta dapat digunakan oleh manusia
untuk memelihara dan memuliharakan alam sekitar. Malah, isu-isu semasa global yang kini
diakitkan dengan alam sekitar juga dapat ditangani dengan menggunakan pemilihan produk
teknologi hijau yang terkini. Kita dapat melihat terdapat sebilangan negara luar yang
mengaplikasikan produk teknologi hijau sebagai asas agar pembangunan dapat ditingkatkan
dengan lebih mampan dan melancarkan kelangsungan penggunaan tenaga boleh guna.
Sesungguhnya, manusia bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar yang jelas merupakan
nadi bagi kehidupan manusia. Insitusi pendidikan perlulah menerapkan pengetahuan tentang

8

teknologi hijau dalam kalangan pelajar supaya dapat menyedari manfaatnya dan menggalakkan
penggunaan teknologi yang meluas dalam kehidupan (Muhamad Guntor dan Mohd Syahriman,
2022). Oleh itu, teknologi hijau dapat membangunkan tenaga lestari serta cara hidup yang bijak
dapat dipraktikkan untuk generasi yang akan datang.

9

4.0 Rujukan
Alvian Gilang Sagita. (2020). Perancangan gim “project electrorace” sebagai media sosialisasi

kendaraan listrik untuk mengurangi pencemaran udara. Jurnal Ilmiah Multimedia dan
Komunikasi, 5(1), 11-22.

Bushra Limuna Ismail. (2020). Teknologi hijau dalam arus pembangunan negara dan amalan
masyarakat. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, 3, 161-168.

Norazizah Abdul Rahman & Noor Ashikin Mohd Yusop. (2020). Kelestarian alam dalam kalangan
kanak-kanak menerusi projek penghasilan baja kompos. Sains Humanika, 12(2),39-54.

Norizan Hassan, Hussin Salamon & Hasimah Abdul Rahman. (2017). Peranan aplikasi teknologi
hijau dalam konteks melestarikan alam sekitar menurut perspektif islam. Jurnal
Penyelidikan dan Inovasi, 4(1),1-12.

Ruzian Markom & Norizan Hassan. (2014). Kelestarian alam sekitar dan pembiayaan teknologi
hijau dari perspektif undang-undang. Kanun, 26(2), 268-287.

Muhamad Guntor Mansor Tobeng & Mohd Syahriman Mohd Azmi. (2022). Beri pendedahan awal
budaya teknologi hijau. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2022/01/914322/beri-pendedahan-awal-
budaya-teknologi-hijau

10

Tan, S.L. (2015). Penghasilan baja kompos daripada sisa makanan di rumah. Astro Awani.
https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/penghasilan-baja-
kompos-daripada-sisa-makanan-di-rumah-63571%3Famp%3D1

Wan Noor Hayati Wan Alias. (2016). Tong sampah pintar asingkan bahan buangan ikut jenis.
Berita Harian.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/bhplus-
old/2016/10/203244/tong-sampah-pintar-asingkan-bahan-buangan-ikut-jenis

11

5.0 Lampiran
12

13

14

15


Click to View FlipBook Version