The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Azizah Arsad, 2017-04-22 20:17:21

Buku Panduan LM Edisi 2013

Buku Panduan LM Edisi 2013

Garis Panduan Latihan Mengajar UPSI(Pindaan 2013) |0

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2
PERKARA 3
PRAKATA OLEH PENGARAH PULAMI 4
VISI, MISI, MOTO 5
GLOSARI
1.0 PENGENALAN 6
2.0 MATLAMAT
3.0 OBJEKTIF LATIHAN MENGAJAR 7
4.0 PERATURAN LATIHAN MENGAJAR 8
9
4.1 Tempoh
4.2 Syarat Layak Menjalani Latihan Mengajar 10
4.3 Syarat Lulus Latihan Mengajar 11
4.4 Penempatan 12
4.5 Lapor Diri di Institusi
4.6 Waktu Pengajaran 14
4.7 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
4.8 Bimbingan dan Penyeliaan 15
4.9 Disiplin dan Tatatertib
4.10 Kehadiran 16
4.11 Kes Gagal Latihan Mengajar 17
4.12 Penangguhan Latihan Mengajar 18
4.13 Cuti 19
5.0 PELAKSANAAN LATIHAN MENGAJAR 20
5.1 Kriteria Penentuan Penempatan Guru Pelatih
5.2 Persediaan Sebelum Mengajar 21
5.3 Pengajaran dan Pembelajaran 22
5.4 Refleksi Selepas Pengajaran dan Pembelajaran 24
5.5 Penyeliaan
6.0 KRITERIA KELAYAKAN
6.1 Pensyarah Penyelia
6.2 Guru Pembimbing
6.3 Penyelia/Penilai Rentas
6.4 Penyelaras Latihan Mengajar Fakulti/Program
7.0 TANGGUNGJAWAB DAN ETIKA
7.1 Tanggungjawab Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI)
7.2 Tanggungjawab Fakulti/Pusat
7.3 Tanggungjawab Penyelaras Latihan Mengajar Fakulti/Pusat/Program
7.4 Tanggungjawab Pensyarah Penyelia
7.5 Tanggungjawab Guru Pembimbing
7.6 Tanggungjawab Pihak Institusi
7.7 Tanggungjawab Guru Pelatih
7.8 Etika Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing, dan Guru Pelatih

7.8.1 Etika Pensyarah Penyelia
7.8.2 Etika Guru Pembimbing
7.8.3 Etika Guru Pelatih
8.0 PENILAIAN LATIHAN MENGAJAR
8.1 Kriteria Penilaian Latihan Mengajar
8.1.1 Bahagian A – Persediaan
8.1.2 Bahagian B – Perkembangan
8.1.3 Bahagian C – Sikap dan Sahsiah
8.2 Aktiviti Kokurikulum Dalam Program Latihan Mengajar

Garis Panduan Latihan Mengajar UPSI(Pindaan 2013) |1

LAMPIRAN

PERKARA MUKA SURAT

RUBRIK PENILAIAN KURSUS LATIHAN MENGAJAR 27

SURAT PEKELILING/EDARAN 35
i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1985 Latihan Mengajar bagi Guru-Guru Pelatih 37
Maktab Perguruan, Pusat/ Fakulti Pendidikan Universiti 39
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan 40
Pembelajaran
iii. Surat Perbendaharaan Rujukan PS(6.00)111-JD4(SK 1/94)/(2) Pemberian 48
Ganjaran Kepada Guru Pembimbing Kursus Perguruan Praperkhidmatan 49
iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/
Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan
Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau
Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran
v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika
Bertugas Di Sekolah
vi. Surat Edaran KPPM KP/KPPM/5 (49): Kebenaran Khas Kepada Guru-guru
dan Murid-murid Yang Melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan (PJK) Memakai Pakaian Rasmi Sukan Sepanjang Hari
Berkenaan

BORANG-BORANG BERKAITAN 51
i. PLMI/LM/B05/Pin00/Januari 2014 - Borang Laporan Penyeliaan Latihan 52
Mengajar (LM1) 53
ii. PLMI/LM/B06/Pin00/Januari 2014 Borang Pentaksiran Pengelolaan Aktiviti 54
Kokurikulum (LM2) 55
iii. PLMI/LM/B07/Pin00/Januari 2014 Borang Rumusan Program Latihan 56
Mengajar (LM3) 57
iv. PLMI/LM/B08/Pin00/Januari 2014 Borang Rumusan Penyeliaan Rentas
Latihan Mengajar (LM4)
v. PLMI/LM/B02/pin00/Januari2014 - Borang Maklum Balas Penempatan Guru
Pelatih UPSI
vi. PLMI/LM/B04/Pin00/Januari2014 - Borang Lapor Diri Guru Pelatih
vii. PLMI/KEW/B01/Pin00/Januari 2014 - Borang Tuntutan Elaun Khas Guru
Pembimbing

Garis Panduan Latihan Mengajar UPSI(Pindaan 2013) |2

PRAKATA DARI PENGARAH PUSAT LATIHAN MENGAJAR DAN INDUSTRI

Syukur Alhamdulillah kerana buku Garis Panduan Latihan Mengajar UPSI dapat

dihasilkan. Buku garis panduan ini sangat berguna kepada Guru Pelatih, Guru
Pembimbing, Pensyarah Penyelia dan Pentadbir di institusi. Buku ini dihasilkan
berdasarkan penambahbaikan Buku Panduan Latihan Mengajar pindaan Tahun
2010. Beberapa perubahan telah dibuat untuk menjamin kualiti Guru Pelatih di
UPSI.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat terutamanya
Timbalan-timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar), Penyelaras Latihan Mengajar
Program dan Urus setia di Pusat Latihan Mengajar dan Industri di atas sumbangan dan komitmen
yang diberi. Semoga usaha ini mendapat menyumbangkan kepada kualiti pembangunan
akademik di UPSI dan dirahmati oleh Allah subhanahuwataala hendaknya.
Sekian, terima kasih.
Profesor Madya Dr. Ahmad Jazimin Bin Jusoh
Pengarah
Pusat Latihan Mengajar Dan Industri
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Garis Panduan Latihan Mengajar UPSI(Pindaan 2013) |3

VISI, MISI DAN MOTO

Visi
Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam
kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan

sejarah serta menerajui perubahan global.
Misi

Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran,
penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat

masyarakat, dalam konteks pembangunan insan
untuk mencapai wawasan negara.
Moto

"Komited Membawa Perubahan Dalam Pendidikan"

Garis Panduan Latihan Mengajar UPSI(Pindaan 2013) |4

GLOSARI

Bimbingan Merangkumi segala aktiviti tunjuk ajar, pengukuhan dan pengayaan yang
dijalankan secara profesional dan berterusan untuk membantu guru
Buku persediaan mengajar pelatih menguasai pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai-nilai
Guru Pelatih perguruan.
Guru Pembimbing Dokumen rasmi yang perlu disediakan untuk merekodkan semua aktiviti
dan kandungan pengajaran dan pembelajaran.
Institusi Pelajar UPSI yang mengikuti kursus latihan mengajar di sekolah atau institusi
Latihan mengajar pendidikan.
Pemantauan
Guru terlatih yang dicadangkan oleh pihak sekolah/institusi dan dilantik
Pencerapan klinikal oleh UPSI sebagai pembimbing dan penilai kepada Guru pelatih yang
Penilaian menjalani latihan mengajar di sekolah atau institusi pendidikan berkenaan.
Penyelia/ Penilai Rentas
Pentadbir Institusi Ertinya institusi pendidikan yang terlibat dalam program latihan mengajar
Pensyarah penyelia seperti sekolah/ sekolah teknik/ kolej vokasional/ maktab rendah sains
Mara/ kolej komuniti.
Penyelaras latihan mengajar Amali pengajaran yang dijalankan di sekolah atau institusi pendidikan bagi
Penyeliaan satu tempoh yang ditetapkan oleh Universiti.
Persediaan mengajar Kaedah untuk mengesan dan mengenal pasti keberkesanan, keselarasan
dan kepatuhan kepada prosedur pelaksanaan latihan mengajar dan
Rancangan Pengajaran disusuli dengan pelaporan.
Harian
Senat Satu kaedah penyeliaan secara berterusan bagi tujuan membimbing yang
Universiti berasaskan kepada langkah-langkah khusus yang melibatkan pra
pemerhatian, pemerhatian dan pasca pemerhatian.

Proses penentuan tahap prestasi Guru Pelatih berdasarkan kriteria yang
ditetapkan.
Jawatankuasa yang dilantik oleh fakulti untuk menjalankan penilaian
semak silang bagi menentukan kesahan pencapaian Guru pelatih yang
cenderung gagal.
Mencakupi Pengarah/Pengetua/ Guru Besar/ Timbalan Pengarah/
Penolong Kanan dan sebagainya.

Pensyarah yang dilantik oleh UPSI untuk membimbing, menyelia dan
menilai prestasi Guru pelatih semasa latihan mengajar.

Pensyarah yang dilantik oleh UPSI yang mewakili fakulti/program bagi
merancang, menyelaras dan memantau program latihan mengajar di
peringkat fakulti/program.
Proses bimbingan, pencerapan dan penilaian terhadap Guru pelatih oleh
pensyarah penyelia dan guru.

Perancangan menyediakan objektif pengajaran, isi kandungan, strategi
mengajar, bahan bantu mengajar, nilai-nilai murni, dan pentaksiran.

Rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan
oleh guru di bilik darjah/luar bilik darjah dalam satu jangka waktu yang
ditetapkan.

Pihak Berkuasa Universiti yang ditubuhkan menurut peruntukan seksyen
20(1) Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris 1998.

Ertinya Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Garis Panduan Latihan Mengajar UPSI(Pindaan 2013) |5

1.0 PENGENALAN

Latihan Mengajar merupakan salah satu kursus yang menjadi sebahagian daripada syarat
bergraduat di UPSI. Kursus ini menyediakan peluang bagi Guru Pelatih mempraktikkan segala
pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari di UPSI bagi
membolehkan Guru Pelatih menjadi insan guru yang berkualiti, berpengetahuan luas dan
berketerampilan dengan mengamalkan prinsip-prinsip keguruan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Oleh itu bagi memudahkan pelaksanaan latihan mengajar, panduan ini disediakan untuk pihak
pengurusan latihan mengajar, Penyelia, Guru Pembimbing, Guru Pelatih dan Pentadbir institusi.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”

Falsafah Pendidikan Guru

“Guru berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan

memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

2.0 MATLAMAT LATIHAN MENGAJAR

Latihan mengajar adalah untuk menyediakan peluang kepada Guru Pelatih mengalami dan
mengaplikasikan ilmu pendidikan dalam konteks sebenar di institusi pendidikan.

3.0 OBJEKTIF LATIHAN MENGAJAR

Latihan mengajar bertujuan memberi peluang kepada Guru Pelatih untuk:

3.1 Mengorganisasi pengetahuan dan kemahiran pengajaran pembelajaran.
3.2 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran pengajaran pembelajaran dalam konteks

sebenar.

3.3 Mengenal pasti dan menilai masalah dalam pengajaran pembelajaran.
3.4 Mempamerkan pemikiran reflektif dan inovatif dalam pengajaran pembelajaran.

3.5 Mempamerkan sahsiah guru profesional.

Garis Panduan Latihan Mengajar UPSI(Pindaan 2013) |6

4.0 PERATURAN LATIHAN MENGAJAR
4.1 Tempoh
4.1.1 Tempoh minimum pelaksanaan latihan mengajar ialah 16 minggu.
4.1.2 Sebarang perubahan tempoh tertakluk kepada struktur program yang
ditentukan oleh Jawatankuasa Perancangan Akademik Universiti dan Senat.

4.2 Syarat layak menjalani latihan mengajar.
4.2.1 Memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 2.00.
4.2.2 Telah lulus dan memperoleh sekurang-kurangnya Gred C bagi semua Kursus
Profesional yang wajib diambil sebelum mengikuti latihan mengajar.
4.2.3 Telah lulus semua kursus teras major yang ditetapkan Fakulti/Pusat.
4.2.4 Mendapat kebenaran/kelulusan Fakulti/Pusat.

4.3 Syarat lulus latihan mengajar.
4.3.1 Telah menjalani latihan mengajar mengikut tempoh yang ditetapkan oleh
Universiti.
4.3.2 Telah mematuhi semua peraturan latihan mengajar.
4.3.3 Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dan diluluskan oleh Senat Universiti.

4.4 Penempatan
4.4.1 Pelajar perlu mendaftar Kursus Latihan Mengajar sebelum membuat
pendaftaran penempatan.
4.4.2 Penempatan pelajar untuk latihan mengajar ditetapkan oleh Universiti.
4.4.3 Universiti berhak untuk menukar penempatan pelajar berdasarkan keperluan.

4.5 Lapor Diri di Institusi
4.5.1 Guru Pelatih mesti melaporkan diri di institusi pada hari pertama latihan
mengajar mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Universiti.
4.5.2 Guru Pelatih menyerahkan borang butiran diri kepada pentadbir institusi.
4.5.3 Guru Pelatih perlu mendapatkan jadual waktu mengajar dan maklumat yang
berkaitan daripada pihak institusi.

Garis Panduan Latihan Mengajar UPSI(Pindaan 2013) |7

4.6 Waktu Pengajaran

4.6.1 Waktu pengajaran ialah 10 - 12 waktu seminggu:

4.6.1.1 8 - 10 waktu untuk mata pelajaran major (tertakluk kepada
keperluan institusi).

4.6.1.2 2 - 4 waktu untuk mata pelajaran lain (tertakluk kepada keperluan
institusi).

4.6.2 Guru Pelatih dikehendaki menyerahkan salinan jadual waktu pengajaran,
jadual aktiviti kokurikulum, dan takwim sekolah kepada pensyarah penyelia.
Sebarang pindaan jadual waktu pengajaran perlu dimaklumkan segera
kepada pensyarah penyelia.

4.6.3 Guru Pelatih dikehendaki mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan oleh
pihak institusi.

4.6.4 Guru Pelatih tidak dibenarkan menukar mata pelajaran atau meminda
jadual waktu pengajaran tanpa kelulusan pihak institusi.

4.7 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

4.7.1 RPH perlu disediakan mengikut rancangan pengajaran tahunan dan
rancangan pengajaran harian berasaskan sukatan pelajaran yang
ditentukan oleh pihak institusi.

4.7.2 RPH perlu disediakan dalam buku persediaan mengajar yang ditetapkan
oleh Universiti.

4.7.3 Guru pelatih yang gagal menyediakan RPH akan dikenakan tindakan
berdasarkan perkara 4.11.1.

4.8 Bimbingan dan Penyeliaan

4.8.1 Penyeliaan pensyarah penyelia

4.8.1.1 Menjalani sekurang-kurangnya dua (2) kali penyeliaan yang
lengkap untuk sepanjang tempoh sesuatu sesi latihan mengajar
Guru Pelatih.

4.8.1.2 Menjalani penilaian prestasi Guru Pelatih mengikut prosedur dan
kaedah yang ditetapkan oleh Universiti.

4.8.2 Penyeliaan Guru pembimbing

4.8.2.1 Menjalankan sekurang-kurangnya EMPAT (4) kali penyeliaan yang
lengkap untuk sepanjang tempoh sesuatu sesi latihan mengajar
Guru Pelatih.

4.8.2.2 Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum Guru Pelatih (tertakluk
kepada keperluan institusi).

Garis Panduan Latihan Mengajar UPSI(Pindaan 2013) |8

4.8.2.3 Menjalankan penilaian prestasi Guru Pelatih mengikut prosedur dan
kaedah yang ditetapkan oleh Universiti.

4.9 Disiplin dan Tatatertib

4.9.1 Guru Pelatih dikehendaki hadir di institusi pada masa yang ditetapkan.

4.9.2 Guru Pelatih hendaklah mematuhi semua peraturan institusi yang
berkenaan.

4.10 Kehadiran

4.10.1 Guru Pelatih diwajibkan hadir pada setiap hari bekerja dan melaksanakan
segala tanggungjawab yang telah ditetapkan.

4.10.2 Guru Pelatih di institusi tidak boleh meninggalkan tugas kecuali:

4.10.2.1 Mengalami masalah kesihatan yang disahkan oleh pegawai
perubatan kerajaan selama tempoh tidak melebihi 14 hari.

4.10.2.2 Mewakili Universiti atau Negara dalam acara sukan atau aktiviti
yang diarahkan oleh Universiti atau Negara.

4.10.2.3 Menghadapi kematian ibu atau bapa atau ahli keluarga terdekat.

4.10.2.4 Kes-kes lain yang munasabah yang diterima oleh institusi dan
Universiti.

4.10.3 Guru Pelatih dikehendaki melanjutkan Latihan Mengajar mengikut tempoh
yang ditetapkan oleh Universiti dan tertakluk kepada perkara 4.10.2.

4.10.4 Guru Pelatih yang tidak hadir selama tempoh yang tidak melebihi 3 hari
bekerja atas alasan kesihatan atau alasan lain berserta bukti yang
dianggap munasabah oleh Universiti, boleh disifatkan sebagai telah
memenuhi keperluan latihan mengajar.

4.10.5 Sekiranya Guru Pelatih tidak hadir kerana kecemasan atau sakit, Guru
Pelatih dikehendaki menghubungi Pentadbir institusi dengan segera.
Serahkan surat cuti atau sijil sakit yang diperoleh dari hospital atau klinik
kerajaan kepada pentadbir institusi sebaik sahaja kembali bertugas di
institusi.

4.10.6 Sekiranya perlu mengambil cuti atas urusan penting, Guru Pelatih mesti
mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak Pentadbir
institusi.

4.10.7 Guru Pelatih dikehendaki memaklumkan pihak institusi sekiranya sampai
lewat kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan seperti
kemalangan dan sebagainya.

4.10.8 Guru Pelatih perlu memaklumkan ketidakhadirannya kepada Guru
Pembimbing dan Pensyarah Penyelia.

Garis Panduan Latihan Mengajar UPSI(Pindaan 2013) |9

4.10.9 Guru pelatih perlu menangguhkan latihan mengajar, sekiranya
ketidakhadiran ke institusi melebihi 14 hari.

4.11 Kes Gagal Latihan Mengajar

4.11.1 Guru Pelatih didapati gagal jika semasa tempoh latihan mengajar:

4.11.1.1 Tidak menyediakan rancangan pengajaran harian sebanyak tiga
(3) kali pengajaran dalam sekurang – kurangnya dua kali lawatan
pensyarah penyelia, atau

4.11.1.2 Tidak hadir melebihi 3 hari tanpa kebenaran, atau

4.11.1.3 Tidak melengkapkan buku persediaan mengajar, atau

4.11.1.4 Melakukan plagiat RPH yang berterusan.

4.11.2 Bagi Guru Pelatih yang memperoleh Gred B- dan ke bawah dalam Latihan
Mengajar, Guru Pelatih diwajibkan mengulang Latihan Mengajar sebanyak
satu (1) kali sahaja. Sekiranya masih gagal, Guru Pelatih diberhentikan
daripada pengajian.

4.11.3 Guru Pelatih yang diberhentikan kerana gagal dalam Latihan Mengajar
boleh memohon rayuan kepada Senat. Keputusan Senat muktamad.

4.12 Penangguhan latihan mengajar

4.12.1 Guru Pelatih perlu menangguhkan latihan mengajar ke sesi berikutnya
sekiranya tidak hadir melebihi tiga (3) hari tanpa sebarang alasan yang
kukuh atau terlibat dalam aktiviti/masalah kesihatan yang melebihi 14 hari.

4.12.2 Guru Pelatih mestilah menangguhkan latihan mengajar sekiranya hamil
lima bulan dan selebihnya sebelum latihan mengajar bermula. Guru Pelatih
yang hamil kurang dari lima bulan perlu memaklumkan kehamilan dan
mengisi Surat Perakuan Hamil.

4.12.3 Guru Pelatih perlu mengemukakan permohonan bertulis kepada Fakulti
sekiranya ingin menangguhkan latihan mengajar.

4.12.4 Penangguhan latihan mengajar tidak akan diambil kira dalam pengiraan
semester yang dibenarkan untuk pengijazahan bagi kes-kes seperti yang
berikut:

4.12.4.1 masalah kesihatan yang diperakukan oleh pegawai perubatan
kerajaan.

4.12.4.2 mewakili negara dalam acara sukan atau menjalani aktiviti yang
diarahkan oleh Kerajaan atau Universiti.

4.12.5 Penangguhan latihan mengajar diambil kira dalam pengiraan semester
untuk pengijazahan selain sebab di atas.

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 10

4.12.6 Dalam kes tertentu Fakulti boleh bertindak untuk mencadangkan kepada
PULAMI untuk menangguhkan latihan mengajar bagi seseorang Guru
Pelatih.

4.13 Cuti

4.13.1 Guru Pelatih tidak diperuntukkan sebarang cuti rehat sepanjang menjalani
latihan mengajar.

4.13.2 Sekiranya Guru Pelatih bercuti kerana sakit atau kecemasan, Guru Pelatih
hendaklah memaklumkannya kepada institusi dan Pensyarah Penyelia.
Dokumen sokongan perlu diserahkan kepada institusi.

4.13.3 Guru Pelatih yang memperoleh cuti kecemasan atau cuti yang dibenarkan
perlu menambah tempoh latihan mengajar berdasarkan syarat yang
ditetapkan oleh Universiti selaras dengan perkara 4.10.4.

5.0 PELAKSANAAN LATIHAN MENGAJAR

5.1 Kriteria Penentuan Penempatan Guru Pelatih

Penempatan Guru Pelatih adalah berdasarkan:

5.1.1 bidang pengajian dan kesediaan institusi pendidikan untuk menerima Guru
Pelatih.

5.1.2 bilangan pelajar dalam satu-satu program.

5.1.3 jarak institusi pendidikan dari Kampus UPSI.

5.1.4 kaedah berkelompok di sesuatu kawasan yang ditetapkan Universiti.

5.2 Persediaan Sebelum Mengajar

5.2.1 Guru Pelatih dikehendaki:

5.2.1.1 membuat pemerhatian di kelas-kelas yang terlibat bersama-sama
dengan guru kelas/guru mata pelajaran/guru pembimbing sebelum
mengambil alih tugas. Perkara ini perlu dirunding dengan guru
berkenaan.

5.2.1.2 sentiasa bekerjasama dan berbincang dengan guru mata
pelajaran yang diambil alih untuk memastikan kesinambungan
dalam pengajaran. Kerjasama ini melibatkan perancangan dalam
buku persediaan mengajar, kaedah pengajaran, ujian dan
sebagainya.

5.2.1.3 memastikan buku persediaan mengajar dan rancangan
pengajaran harian ditulis atau ditaip dengan lengkap dan kemas.

5.2.1.4 memastikan rancangan pengajaran harian mengandungi
komponen berikut;
a. Objektif pembelajaran
b. Perancangan:

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 11

i. Isi kandungan
ii. Strategi dan kaedah
iii.Aktiviti yang membina dan meningkatkan kemahiran

berfikir, kemahiran berbahasa, penerapan nilai dan/atau
kemahiran proses sains

c. Pentaksiran

5.2.1.5 menggunakan buku persediaan mengajar yang telah disediakan
oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris.

5.2.1.6 mencatat dengan lengkap rekod kerja dan tanggungjawab dalam
buku persediaan mengajar.

5.2.1.7 memastikan buku persediaan mengajar disediakan dengan
sempurna.

5.2.1.8 menyerahkan buku persediaan mengajar kepada pentadbir institusi
untuk pemeriksaan dan pengesahan mengikut amalan di institusi
berkenaan.

5.2.1.9 Dokumen standard atau sukatan pelajaran, huraian sukatan
pelajaran, dan rancangan tahunan mata pelajaran yang diajar
hendaklah dilampirkan di dalam buku persediaan mengajar.

5.2.1.10 Guru Pelatih tidak perlu menyerahkan buku persediaan mengajar
kepada Pensyarah Penyelia setelah tamat latihan mengajar,
kecuali diperlukan.

5.3 Pengajaran Dan Pembelajaran

5.3.1 Pengajaran mestilah mengikut persediaan dalam Rancangan Pengajaran
Harian. Namun Guru Pelatih boleh menyesuaikan pengajaran mengikut
keperluan dan perkembangan semasa pengajaran.

5.3.2 Aspek yang perlu diberi perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
adalah seperti berikut:
a. permulaan pengajaran
b. perkembangan pengajaran
c. pelaksanaan strategi/kaedah dan pemupukan kemahiran
berfikir/berbahasa/nilai dan kemahiran proses sains
d. pengurusan bilik darjah/makmal/bengkel dan sebagainya
e. komunikasi/pertuturan
f. pencapaian objektif
g. pentaksiran
h. penguasaan isi kandungan
i. penyertaan pelajar/murid
j. penggunaan alat/bahan pengajaran
k. penutup pengajaran
l. refleksi

5.3.3 Selain daripada itu, aspek sikap dan sahsiah seperti penampilan diri,
keprihatinan, pekerti dan ciri-ciri profesional juga perlu dititikberatkan.

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 12

5.3.4 Guru Pelatih sangat digalakkan menggunakan kaedah pengajaran inovatif
dan kreatif serta menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar bagi
memantapkan pengajaran dan pembelajaran.

5.4 Refleksi Selepas Pengajaran Dan Pembelajaran

5.4.1 Guru Pelatih dimestikan membuat refleksi selepas setiap proses pengajaran
dan pembelajaran serta mencatatnya dalam buku persediaan mengajar.

5.4.2 Komponen refleksi adalah seperti berikut:
a. Isu/masalah signifikan yang dikenal pasti
b. Punca/sumber masalah
c. Pandangan alternatif atau teori dan prinsip pendidikan yang boleh
menerangkan masalah yang dikenal pasti
d. Kekuatan yang boleh dimanfaatkan
e. Pengajaran yang diperoleh (lesson learnt) atau kesedaran baharu yang
timbul
f. Tindakan penambahbaikan yang boleh diambil

5.4.3 Guru pelatih perlu mengambil tindakan penambahbaikan berdasarkan
refleksi tersebut.

5.4.4 Pensyarah penyelia perlu menyemak catatan refleksi dan memastikan
tindakan penambahbaikan itu dilaksanakan.

5.5 PENYELIAAN

5.5.1 Guru Pelatih dikehendaki:

5.5.1.1 bersedia menerima bimbingan daripada Pensyarah Penyelia,
Pentadbir institusi atau wakilnya dan Guru Pembimbing pada bila-
bila masa.

5.5.1.2 menyerahkan buku persediaan mengajar kepada Pensyarah
Penyelia dan Guru Pembimbing sebelum sesi pengajaran bermula.

5.5.1.3 menilai semula pengajaran dan berbincang bersama Pensyarah
Penyelia dan Guru Pembimbing.

5.5.2 Penyeliaan pengajaran oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing
adalah berdasarkan konsep pencerapan klinikal. Dalam pencerapan
klinikal, pensyarah penyelia/guru pembimbing dan guru pelatih bersama-
sama berusaha untuk memperbaiki kelemahan pengajaran dan
pembelajaran dan memperkembangkan potensi dan kemahiran guru
pelatih.

5.5.2 Pencerapan klinikal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi ciri
seperti pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data
daripada pemerhatian, penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti
untuk meningkatkan mutu pengajaran. Pencerapan klinikal terdiri daripada

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 13

tiga fasa iaitu Prapemerhatian, Pemerhatian Pengajaran dan
Pascapemerhatian.

a. Prapemerhatian
i. Menjalinkan hubungan yang saling percaya mempercayai.
ii. Mengenal pasti isu/ masalah pengajaran/ kebimbangan
(concern) yang dihadapi Guru Pelatih.
iii. Menterjemah isu/masalah pengajaran/kebimbangan Guru
Pelatih kepada tingkah laku yang boleh dilihat.
iv. Mengenal pasti prosedur untuk menambah baik pengajaran.
v. Membantu Guru Pelatih menetapkan matlamat kemajuan diri
(self-improvement goals).
vi. Menetapkan masa untuk pemerhatian.
vii. Memilih tingkah laku yang ingin direkod.

b. Pemerhatian Pengajaran
i. Membuat pemerhatian pengajaran Guru Pelatih.
ii. Memberi fokus kepada pelaksanaan prosedur penambahbaikan
pengajaran Guru Pelatih.
iii. Menumpu pemerhatian kepada tingkah laku yang diberi fokus
untuk penambahbaikan.

c. Pascapemerhatian
i. Menunjukkan data yang direkod semasa pemerhatian.
ii. Penyelia dan Guru Pelatih menganalisis data.
iii. Guru Pelatih dibantu oleh penyelia mentafsir data, mengenal
pasti sebab musabab dan membuat refleksi terutama yang
melibatkan tingkah laku yang diberi fokus untuk
penambahbaikan.
iv. Guru Pelatih dibantu oleh penyelia untuk menentukan langkah
penambahbaikan.
v. Penyelia mengukuhkan keinginan Guru Pelatih untuk
melaksanakan langkah penambahbaikan.

5.5.4 Panduan perancangan penyeliaan oleh pensyarah penyelia ialah:

Lawatan Aktiviti Tempoh
Lawatan Pertama Lawatan sosial Minggu 1 hingga
Bimbingan minggu 4
Lawatan Kedua Bimbingan/ Minggu 5 hingga
Penyeliaan minggu 8

Lawatan Ketiga Bimbingan/ Minggu 9 hingga
Penyeliaan minggu 16
Lawatan Panel Khas - Penyeliaan Rentas Minggu 13 hingga
bagi kes Guru Pelatih minggu 16
yang cenderung
mendapat Gred Gagal

Sekiranya Guru Pelatih didapati cenderung untuk gagal atau bermasalah,
Pensyarah Penyelia perlu melaporkannya kepada Penyelaras Latihan Mengajar
Program/Fakulti selewat-lewatnya pada minggu ke-12 untuk tindakan lanjut.

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 14

5.5.5 Panduan perancangan bimbingan dan penyeliaan untuk Guru Pembimbing
ialah:

Pencerapan Aktiviti Tempoh
Pencerapan 1 Bimbingan dan Minggu 1 hingga
Penyeliaan 1 minggu 4
Pencerapan 2 Bimbingan dan Minggu 5 hingga
Penyeliaan 2 minggu 10
Pencerapan 3 Bimbingan dan Minggu 11 hingga
Penyeliaan 3 minggu 12
Pencerapan 4 Penyeliaan dan Minggu 13 hingga
Pemantauan minggu 16

Nota: Rujukan untuk pensyarah penyelia dan guru pembimbing

6.0 KRITERIA KELAYAKAN
6.1 Pensyarah Penyelia

6.1.1 Pensyarah dengan kelayakan ikhtisas pendidikan (sijil perguruan, diploma
pendidikan, ijazah pendidikan, ijazah dengan pendidikan) atau

6.1.2 Pensyarah/Guru* dengan kelayakan setara (kursus Pendidikan dalam cuti
atau pernah mengikuti latihan pendidikan yang diperakukan oleh pihak
universiti dan penyeliaan bersama dengan pensyarah yang diperakukan
oleh pihak PULAMI) atau

6.1.3 Pensyarah/Guru* dengan kelayakan ikhtisas pendidikan (sijil perguruan,
diploma pendidikan, ijazah pendidikan, ijazah dengan pendidikan dan
menyelia mata pelajaran yang berasaskan kepada bidang kepakarannya
dan diperakukan oleh pihak PULAMI) atau

6.1.4 Pensyarah kontrak dengan kelayakan ikhtisas pendidikan/setara yang
disambung perkhidmatan selepas bersara wajib dan diperakukan oleh
pihak PULAMI berasaskan kepada bidang kepakaran. Tempoh kontrak
masih aktif pada sesuatu sesi latihan mengajar/praktikum/ internship yang
beliau akan terlibat.

Nota: *Guru yang berkelayakan ijazah sarjana.

6.2 Guru Pembimbing

6.2.1 Guru yang mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan dan telah disahkan
dalam jawatan.

6.2.2 Guru mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran atau bidang
yang berkenaan sekurang-kurangnya tiga tahun.

6.2.3 Guru Pembimbing dicadangkan oleh pihak pentadbir institusi dan dilantik
oleh UPSI.

6.2.4 Pentadbir institusi mencadangkan guru yang mengajar mata pelajaran di
kelas yang diambil alih oleh guru pelatih sebagai guru pembimbing.

6.3 Penyelia/Penilai Rentas

Terdiri daripada jawatankuasa yang dianggotai oleh Dekan/ Timbalan Dekan
(Akademik dan Pembangunan Pelajar)/ Ketua Jabatan/ Penyelaras Latihan
Mengajar atau Pensyarah bidang berkaitan yang dilantik oleh Fakulti berkenaan dan
dimaklumkan kepada PULAMI.

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 15

6.4 Penyelaras Latihan Mengajar Fakulti/Pusat/Program

6.4.1 Pensyarah dengan kelayakan ikhtisas pendidikan (sijil perguruan, diploma
pendidikan, ijazah pendidikan, ijazah dengan pendidikan) atau

6.4.2 Pensyarah dengan kelayakan setara (Kursus Pendidikan dalam cuti atau
pernah mengikuti latihan pendidikan yang diperakukan oleh pihak Universiti
dan penyeliaan bersama dengan pensyarah yang diperakukan oleh pihak
PULAMI).

7.0 TANGGUNGJAWAB DAN ETIKA

7.1 Tanggungjawab Pusat Latihan Mengajar dan Industri

7.1.1 Melantik Penyelaras Latihan Mengajar di peringkat Fakulti/Pusat/Program.

7.1.2 Menyediakan buku panduan, buku penyeliaan Latihan Mengajar dan
dokumen lain yang berkaitan dengan Latihan Mengajar.

7.1.3 Memilih institusi untuk penempatan Guru Pelatih.

7.1.4 Menguruskan penempatan Guru Pelatih di institusi pendidikan.

7.1.5 Melantik pensyarah penyelia.

7.1.6 Memastikan pihak institusi mencadangkan guru pembimbing yang
berkelayakan dan bertanggungjawab untuk membimbing dan mencerap
Guru Pelatih.

7.1.7 Melantik guru pembimbing.

7.1.8 Memantau pelaksanaan Latihan Mengajar.

7.1.9 Menyelaras markah di peringkat Jawatankuasa Markah Latihan Mengajar.

7.1.10 Menyelaras laporan pelajar gagal Latihan Mengajar.

7.1.11 Menyampaikan taklimat kepada Penyelaras Latihan Mengajar
Fakulti/Pusat/Program dan guru pelatih.

7.2 Tanggungjawab Fakulti/Pusat

7.2.1 Mencadangkan nama Penyelaras Latihan Mengajar di peringkat
Fakulti/Pusat/Program.

7.2.2 Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk meneliti dan
mempertimbangkan kes-kes khas berkaitan Latihan Mengajar Guru Pelatih.

7.2.3 Mengemukakan justifikasi keputusan yang diambil bagi kes-kes khas.

7.2.4 Memperakukan keputusan penilaian Latihan Mengajar Guru Pelatih di
peringkat Fakulti/Pusat.

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 16

7.3 Tanggungjawab Penyelaras Latihan Mengajar Fakulti/Pusat/Program

7.3.1 Membantu PULAMI dalam memilih institusi untuk Guru Pelatih menjalani
Latihan Mengajar.

7.3.2 Menentukan Pensyarah Penyelia untuk Guru Pelatih.

7.3.3 Mengadakan taklimat khusus latihan mengajar kepada semua pensyarah
penyelia dan Guru Pelatih di peringkat Fakulti/Pusat.

7.3.4 Mengadakan mesyuarat berkaitan Latihan Mengajar peringkat
Fakulti/Pusat.

7.3.5 Memastikan semua Pensyarah Penyelia telah memasukkan markah melalui
sistem UIMS mengikut tarikh yang ditetapkan.

7.3.6 Menghadiri semua mesyuarat yang berkaitan Latihan Mengajar sama ada
di peringkat fakulti/pusat atau universiti serta melaporkan segala maklumat
yang diperoleh kepada pihak fakulti.

7.3.7 Melaporkan kes-kes khas di peringkat fakulti.

7.3.8 Menyelaras laporan Guru Pelatih yang mendapat Gred Gagal dalam
Latihan Mengajar di peringkat Fakulti/Pusat/Program.

7.4 Tanggungjawab Pensyarah Penyelia

7.4.1 Menerima pelantikan sebagai pensyarah penyelia daripada Universiti untuk
menjalankan tugas penyeliaan.

7.4.2 Menghadiri taklimat program latihan mengajar di peringkat Fakulti.

7.4.3 Berbincang dengan Guru Pelatih tentang Latihan Mengajar sebelum dan
sepanjang tempoh Latihan Mengajar berlangsung.

7.4.4 Memastikan jadual pengajaran dan pembelajaran diterima daripada Guru
Pelatih.

7.4.5 Pensyarah penyelia perlu menilai serta memberi bimbingan dan nasihat
berkaitan mata pelajaran yang diajar berdasarkan jadual pengajaran.

7.4.6 Membuat lawatan ke institusi, berjumpa dan berbincang dengan pihak
pengurusan institusi dan Guru Pembimbing untuk menjalin hubungan
profesional semasa membuat penyeliaan.

7.4.7 Memaklumkan kepada Penyelaras Latihan Mengajar secara bertulis kes-kes
khas yang memerlukan perhatian dan tindakan universiti dengan segera.

7.4.8 Menyemak buku persediaan mengajar Guru Pelatih mulai dari minggu
pertama dan minggu seterusnya serta menandatangani buku persediaan
mengajar tersebut.

7.4.9 Memastikan perjumpaan pertama dengan Guru Pembimbing dapat
diadakan semasa lawatan pertama ke institusi. Memberi penerangan jika

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 17

guru pembimbing belum berpengalaman dan kurang faham dengan
prosedur Latihan Mengajar.

7.4.10 Memberi bimbingan berasaskan unsur-unsur pencerapan klinikal.

7.4.11 Menyelia Guru Pelatih mengikut jadual dan bilangan penyeliaan yang
telah ditetapkan.

7.4.12 Memantau prestasi dan disiplin Guru Pelatih sepanjang tempoh Latihan
Mengajar.

7.4.13 Membimbing Guru Pelatih ke arah perkembangan sahsiah guru yang baik.

7.4.14 Membimbing, menilai dan membuat rumusan prestasi Latihan Mengajar.

7.4.15 Berbincang dengan Guru Pembimbing tentang kes-kes khas Guru Pelatih
yang perlu diberi perhatian segera.

7.4.16 Membuat rumusan bersama Guru Pembimbing tentang hal-hal yang
berkaitan dengan penyeliaan Latihan Mengajar yang dijalankan.

7.4.17 Melengkapkan dan menyimpan dokumen-dokumen seperti Borang
Penilaian (LM 1), Borang Rekod Aktiviti Ko-kurikulum (LM 2)(diisi oleh Guru
Pembimbing), Borang Rumusan Program Latihan mengajar (LM 3a) dan
lain-lain yang berkenaan.

7.4.18 Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh universiti dari semasa ke
semasa sesuai dengan kepentingan program dan Universiti.

7.4.19 Melaksanakan bilangan penyeliaan seperti yang ditetapkan. Pensyarah
penyelia mesti melaporkan dengan segera kepada Penyelaras Latihan
Mengajar Fakulti/Pusat/Program sekiranya tidak dapat melengkapkan
bilangan penyeliaan atas sebab-sebab tertentu. Pensyarah penyelia tidak
boleh meminta rakan untuk menggantikan tempat beliau tanpa merujuk
Penyelaras Latihan Mengajar Fakulti/Pusat/Program.

7.4.20 Menyedia dan memasukkan markah penilaian Latihan Mengajar ke dalam
UIMS.

7.5 Tanggungjawab Guru Pembimbing

7.5.1 Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku
persediaan mengajar Guru Pelatih.

7.5.2 Membimbing dan membantu Guru Pelatih menyediakan rancangan
pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakannya dengan berkesan.

7.5.3 Membimbing Guru Pelatih ke arah perkembangan sahsiah sebagai
pendidik terutama dari segi pergaulan, peningkatan jati diri dan
pemupukan nilai-nilai profesional perguruan.

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 18

7.5.4 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan/penyeliaan yang telah
dikemas kini dan menyerahkannya kepada pensyarah penyelia semasa
lawatan penyeliaan.

7.5.5 Memaklumkan Pentadbir institusi mengenai kemajuan Guru Pelatih dari
semasa ke semasa.

7.5.6 Melaporkan sebarang kes atau keadaan berkaitan latihan mengajar yang
memerlukan tindakan segera daripada pihak UPSI kepada Pensyarah
Penyelia dengan serta-merta.

7.5.7 Memantau dan memaklumkan salah laku disiplin Guru Pelatih kepada
Pentadbir institusi dan UPSI dengan segera sepanjang tempoh latihan
mengajar.

7.5.8 Berbincang dengan Pensyarah Penyelia tentang kes-kes khas Guru Pelatih
yang perlu diberi perhatian segera.

7.5.9 Menjalankan penilaian prestasi Guru Pelatih mengikut prosedur dan
kaedah yang ditetapkan oleh UPSI.

7.5.10 Membuat rumusan bersama Pensyarah Penyelia tentang hal-hal yang
berkaitan dengan penyeliaan latihan mengajar yang dijalankan.

7.5.11 Menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) kali penyeliaan yang lengkap
untuk sepanjang tempoh sesuatu sesi latihan mengajar.

7.5.12 Menggunakan borang LM1 untuk tujuan penyeliaan. Membuat
catatan/ulasan kekuatan dan kelemahan secara terperinci serta
cadangan untuk penambahbaikan.

7.5.13 Melengkapkan Borang LM2 untuk melaporkan dan menilai kegiatan aktiviti
kokurikulum Guru Pelatih/ Pelatih.

7.5.14 Mengirimkan Borang LM1 dan LM2 melalui pos atau menyerahkannya
sendiri kepada Pensyarah Penyelia pada tarikh yang dipersetujui bersama
dengan Pensyarah Penyelia melalui Pentadbir Institusi. Tidak dibenarkan
untuk menghantar borang tersebut melalui Guru Pelatih.

7.6 Tanggungjawab Pihak Institusi

7.6.1 Memberi taklimat kepada Guru Pelatih tentang;

7.6.1.1 sejarah, struktur, organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan
budaya institusi.

7.6.1.2 tugas dan tanggungjawab semua pegawai di institusi.

7.6.1.3 latar belakang sosioekonomi pelajar/murid dan masyarakat
tempatan.

7.6.1.4 tugas dan tanggungjawab Guru Pelatih di institusi semasa menjalani
latihan mengajar.

7.6.1.5 penglibatan pengelolaan gerak kerja kokurikulum/aktiviti di institusi.

7.6.1.6 maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

7.6.2 Memberi jadual waktu dan takwim institusi kepada Guru Pelatih pada hari
pertama mendaftar di institusi.

7.6.3 Mengawasi tingkah laku Guru Pelatih dan mengesahkan kehadiran mereka
semasa Latihan Mengajar berlangsung.

7.6.4 Memberitahu secara bertulis kepada pihak universiti dari semasa ke semasa
tentang Guru Pelatih yang:

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 19

7.6.4.1 tidak menjalankan tugas dengan memuaskan.
7.6.4.2 tidak hadir tanpa sebab.
7.6.4.3 mempunyai kes-kes disiplin.
7.6.4.4 mempunyai kes-kes kesihatan atau kemalangan.
7.6.5 Menyemak dan mengesahkan persediaan mengajar Guru pelatih.
7.6.6 Mengambil tahu hal-hal berkaitan pelaksanaan penyeliaan Latihan
Mengajar dengan sempurna.
7.6.7 Memastikan Guru Pelatih terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
7.6.8 Menilai penglibatan Guru Pelatih dalam kegiatan aktiviti kokurikulum dan
aktiviti institusi.
7.6.9 Menjaga kebajikan Guru Pelatih sepanjang tempoh Latihan Mengajar.
7.6.10 Memastikan Guru Pelatih TIDAK diberi tanggungjawab menjalankan tugas
seperti:
7.6.10.1 menjadi guru kelas.
7.6.10.2 menjadi warden asrama.
7.6.10.3 ketua rombongan aktiviti di luar institusi.
7.6.10.4 ketua guru pengiring pasukan institusi, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, Guru Pelatih boleh membantu guru terlatih
menjalankan tugas seperti di atas.

7.7 Tanggungjawab Guru Pelatih

7.7.1 Wajib menghadiri taklimat latihan mengajar yang diadakan oleh
penyelaras latihan mengajar di peringkat fakulti.

7.7.2 Memahami dan menghayati objektif latihan mengajar.

7.7.3 Berbincang dengan pensyarah penyelia dan pihak institusi/guru
pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan
tanggungjawab semasa pelaksanaan latihan mengajar.

7.7.4 Membina hubungan profesional dengan semua staf dan pelajar di institusi.

7.7.5 Wajib menghantar dan memaklumkan pensyarah penyelia maklumat yang
berkaitan jadual waktu, takwim institusi, senarai tugas dan maklumat lain
pada minggu pertama latihan mengajar.

7.7.6 Memaklumkan pensyarah penyelia tentang cuti atau apa-apa aktiviti
institusi semasa latihan mengajar agar penyeliaan berjalan lancar
sebagaimana yang dijadualkan.

7.7.7 Mematuhi dan mengamalkan etika perguruan, peraturan universiti dan
peraturan institusi sepanjang tempoh latihan mengajar.

7.7.8 Wajib hadir dan menjalankan tugas di institusi sepanjang tempoh latihan
mengajar berlangsung.

7.7.9 Merekodkan kehadiran di institusi pada setiap hari bekerja.

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 20

7.7.10 Membuat persediaan mengajar berdasarkan jadual pengajaran yang
ditentukan sepanjang tempoh latihan mengajar.

7.7.11 Melibatkan diri dalam aktiviti akademik dan kokurikulum semasa menjalani
latihan mengajar.

7.7.12 Wajib menyediakan laporan refleksi/penilaian kendiri selepas proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

7.7.13 Mematuhi semua peraturan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) di institusi
Guru Pelatih/ Pelatih yang menjalankan latihan mengajar.

7.7.14 Mematuhi Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik)
2008.

7.7.15 Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa pengantar
seperti ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

7.7.16 Penglibatan guru pelatih dalam aktiviti luar, iaitu aktiviti yang dianjurkan
oleh institusi dan universiti perlu mendapat kebenaran bertulis daripada
pihak institusi dan universiti.

7.8 Etika Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing dan Guru Pelatih.
Etika Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing dan Guru Pelatih seperti yang berikut:

7.8.1 Etika Pensyarah Penyelia
7.8.1.1 Pensyarah Penyelia mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran
Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang mengganti atau
memangku jawatan tersebut pada setiap kali sebelum ke institusi.
7.8.1.2 Pensyarah Penyelia hendaklah bertemu dengan pihak pentadbir
atau pegawai-pegawai di institusi bagi memohon kebenaran untuk
menjalankan pencerapan terhadap Guru Pelatih.
7.8.1.3 Berkomunikasi serta menjalinkan hubungan yang baik dengan Guru
Pembimbing dan semua pihak di institusi.
7.8.1.4 Semasa proses perbincangan dengan Guru Pelatih, elakkan unsur-
unsur negatif seperti menjatuhkan air muka atau memarahi orang
lain. Sebarang teguran mestilah dilakukan di dalam bilik
perbincangan. Teguran hendaklah bersifat profesional.
7.8.1.5 Berintegriti dalam penyeliaan dan pemarkahan serta menepati
masa.

7.8.2 Etika Guru Pembimbing

7.8.2.1 Memastikan dapat berjumpa dan berkenalan dengan Guru Pelatih
yang melaporkan diri di institusi. Guru Pembimbing perlu bersifat
profesional dalam melaksanakan bimbingan.

7.8.2.2 Melaporkan masalah dengan segera kepada Pensyarah Penyelia
jika tidak dapat melengkapkan jumlah penyeliaan yang ditetapkan.

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 21

7.8.2.3 Tidak boleh tukar suka sama suka dengan rakan sejawat lain tanpa
merujuk Pentadbir Institusi dan Pensyarah Penyelia.

7.8.2.4 Semasa proses perbincangan dengan Guru Pelatih, elakkan unsur-
unsur negatif seperti menjatuhkan air muka atau memarahi orang
lain. Sebarang teguran mestilah dilakukan di dalam bilik
perbincangan. Teguran hendaklah bersifat profesional.

7.8.3 Etika Guru Pelatih

7.8.3.1 Guru Pelatih mesti memahami dan mengamalkan etika profesion
perguruan.

7.8.3.2 Sekiranya menerima teguran daripada Pensyarah Penyelia,
Pentadbir Institusi atau Guru Pembimbing, Guru Pelatih hendaklah
bersikap positif.

7.8.3.3 Sebarang aduan daripada pihak institusi berkaitan ketertiban serta
kesopanan akan dirujuk kepada pihak universiti untuk tindakan.

7.8.3.4 Dari segi pakaian, Guru Pelatih dikehendaki mematuhi Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 6/ 1985 bertarikh 9 hb Mei 1985, Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 7/2001 dan surat edaran KPPM KP/KPPM/5 (49) mengenai
peraturan berpakaian ketika di sekolah.

7.8.3.5 Semasa menjalani latihan mengajar, Guru Pelatih tertakluk kepada
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan sebarang
pindaan yang berkaitan dengan Akta ini.

7.8.3.6 Guru Pelatih hendaklah sentiasa mematuhi peraturan berpakaian
dan penampilan diri seperti yang berikut;

7.8.3.6.1 Memakai pakaian yang kemas dan lengkap seperti
yang ditetapkan oleh institusi.

7.8.3.6.2 Memakai kasut yang bertutup. Sandal tidak
dibenarkan.

7.8.3.6.3 Memakai pakaian mengikut ketetapan pihak institusi
seperti baju Melayu (lelaki), baju kurung
(perempuan), baju batik dan pakaian beruniform.

7.8.3.6.4 Memakai tanda nama sewaktu menjalani Latihan
Mengajar.

7.8.3.6.5 Berambut pendek (lelaki) dan kemas. Guru Pelatih
tidak dibenarkan mewarnakan rambut.

8.0 PENILAIAN LATIHAN MENGAJAR

8.1 Kriteria Penilaian Latihan Mengajar

Penilaian bagi latihan mengajar meliputi tiga bahagian, iaitu Bahagian A (Persediaan),
Bahagian B (Perkembangan) dan Bahagian C (Sahsiah).

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 22

8.1.1 Bahagian A – Persediaan (25%)

Persediaan ialah perancangan Guru Pelatih sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi aspek penyediaan sukatan
pelajaran, Rancangan Pengajaran Tahunan dan penulisan Rancangan
Pengajaran Harian.

8.1.1.1 Objektif /Hasil Pembelajaran

Menyatakan objektif pembelajaran secara eksplisit, tepat, jelas
dan spesifik. Objektif pengajaran pembelajaran ini meliputi
domain (ranah) kognitif, afektif dan psikomotor. Ia perlu
menunjukkan hasil pembelajaran yang dijangkakan akan
diperoleh daripada pelajar pada akhir pembelajaran mengikut
kebolehan pelajar menurut kehendak sukatan pelajaran /
dokumen standard kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

8.1.1.2 Perancangan

a. Isi kandungan

Kemampuan Guru Pelatih membuat pemilihan ke atas isi
pelajaran yang menepati keperluan objektif pembelajaran,
sukatan pelajaran, kebolehan, keperluan, minat dan
kecenderungan pelajar serta agihan masa pelajaran.
Pemeringkatan isi pelajaran perlu jelas mengikut urutan bagi
mencapai hasil pembelajaran.

b. Strategi/kaedah

Guru pelatih perlu memilih strategi / kaedah yang sesuai dan
bertepatan dengan objektif pembelajaran yang hendak
dicapai dan tahap pelajar dengan mengambil kira semua
aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-unsur
ICT.

c. Kemahiran Berfikir /Kemahiran Berbahasa /Nilai/ Kemahiran
Proses Sains

Penulisan Kemahiran Berfikir /Kemahiran Berbahasa /Nilai/
Kemahiran Proses Sains perlu jelas dan sesuai untuk
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

8.1.1.3 Pentaksiran

Pentaksiran perlu pelbagai dengan mengambil kira pentaksiran
semua domain hasil pembelajaran secara seimbang.

8.1.2 Bahagian B - Perkembangan (65%)

8.1.2.1 Permulaan pengajaran

Guru Pelatih perlu mewujudkan kesediaan pelajar untuk
mengikuti pembelajaran. Ia meliputi kemampuan menarik

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 23

perhatian, mewujudkan motivasi, menstrukturkan pelajaran dan
membuat perkaitan antara pengetahuan sedia ada pelajar
dengan pelajaran yang diajar.

8.1.2.2 Perkembangan pengajaran

Guru Pelatih perlu melaksanakan langkah-langkah pengajaran
yang dirancang dengan teratur dan terkawal seperti pengurusan
masa yang baik, sesuai dengan keperluan setiap langkah
pengajaran dan berkesinambungan.

8.1.2.3 Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)/Kemahiran

Berfikir Secara Kreatif dan Kritis/Kemahiran

Berbahasa/Nilai/Kemahiran Proses Sains.

Guru pelatih perlu menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(HOTS)/Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis/ Kemahiran
Berbahasa/ Nilai/Kemahiran Proses Sains secara berkesan, sesuai
dengan masa dan tempat.

8.1.2.4 Pengurusan Bilik Darjah/Makmal

Guru pelatih perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif melalui pengurusan bilik darjah, masa dan aktiviti
pembelajaran dengan baik.

8.1.2.5 Komunikasi/Pertuturan

Guru Pelatih perlu menggerakkan pelajar/murid melalui
penggunaan bahasa yang ekspresif dan berkesan (lisan dan
bukan lisan). Di samping itu, Guru Pelatih perlu peka terhadap
penggunaan bahasa pelajar/murid dan mewujudkan interaksi
pelbagai hala dengan berkesan.

8.1.2.6 Pencapaian Objektif/Hasil Pembelajaran

Guru Pelatih perlu berusaha agar pelajar/murid mencapai semua
objektif yang dirancang.

8.1.2.7 Pentaksiran

Guru Pelatih perlu mentaksir dan menilai kerja pelajar/murid
selaras dengan objektif pembelajaran.

8.1.2.8 Penguasaan Isi Pelajaran

Guru Pelatih perlu menguasai isi pelajaran dan berusaha
meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa.

8.1.2.9 Penyertaan Pelajar/Murid

Guru Pelatih perlu melibatkan penyertaan pelajar/murid dengan
aktif dalam semua aktiviti pembelajaran.

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 24

8.1.2.10 Penggunaan Alat Bantu Mengajar.

Guru Pelatih perlu cekap menggunakan alat atau sumber
pengajaran yang menarik dan pelbagai bagi membantu
pengajaran dan pembelajaran.

8.1.2.11 Penutup Pengajaran

Guru Pelatih perlu menamatkan pengajaran dengan aktiviti yang
berkesan seperti membuat rumusan, memberi peneguhan hasil
pembelajaran, memberi kerja susulan dan memastikan kelas
ditamatkan dengan teratur.

8.1.2.12 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Refleksi tersebut adalah berdasarkan lawatan terakhir dan siri-siri
pencerapan yang dilakukan.

8.1.2.13 Teknologi

Elemen teknologi adalah merangkumi apa sahaja berkaitan
dengan teknologi seperti multimedia, komputer, internet,
WhatsApp, robotik dan elemen bukan manusia yang membantu
Pengajaran dan Pembelajaran.

8.1.3 Bahagian C - Sikap Dan Sahsiah (10%)

8.1.3.1 Penampilan Diri

Guru Pelatih hendaklah berkeyakinan tinggi dalam penampilan
diri , bersikap positif, mesra dan memiliki sifat kecindan serta dapat
menimbulkan kesan yang menyenangkan, bersopan santun, dan
berbudi bahasa.

8.1.3.2 Ciri-ciri Profesional

Guru Pelatih hendaklah menunjukkan sifat dan sikap
bertanggungjawab, beriltizam, berdedikasi serta bersedia
menerima teguran yang membina daripada Pensyarah Penyelia,
Guru Pembimbing dan pihak pentadbir sekolah/institusi.

8.2 Aktiviti Kokurikulum Dalam Program Latihan Mengajar (5%)

8.2.1 Guru Pelatih mesti melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sama ada
dalam aktiviti unit beruniform atau sukan/permainan atau kelab/persatuan
dan aktiviti-aktiviti lain institusi.

8.2.2 Jenis kegiatan yang diikuti hendaklah dicatatkan dalam ruangan yang
disediakan dalam borang LM 2.

8.2.3 Borang LM2 perlu dihantar bersama-sama dengan borang LM1 kepada
Pensyarah Penyelia.

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 25

LAMPIRAN

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 26

RUBRIK PENILAIAN KURSUS LATIHAN MENGAJAR

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 27

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 28

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 29

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 30

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 31

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 32

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 33

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 34

SURAT PEKELILING/EDARAN

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 35

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 36

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 37

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 38

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 39

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 40

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 41

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 42

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 43

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 44

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 45

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 46

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 47

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 48

G a r i s P a n d u a n L a t i h a n M e n g a j a r U P S I ( P i n d a a n 2 0 1 3 ) | 49


Click to View FlipBook Version