TEMA 2
PEMERINTAHAN
&
PENTADBIRAN
2.3 RAJA MUTLAK
&
RAJA
BERPERLEMBAGAAN
DI
ENGLAND
SEJARAH
KANDUNGAN
I Konsep raja mutlak
II Latar Belakang Sistem Raja Mutlak
III Pelaksanaan Raja Mutlak
IV Pemerintahan Raja Mutak
a) Dinasti Tudor- Raja Henry VIII
b) Dinasti Stuart - Raja James I, Raja
James II, Oliver Cromwell, Raja Charles I
V Konsep Raja Berperlembagaan
VI Latar Belakang Sistem Raja Berperlembagaan
VII Pelaksanaan Raja Berperlembagaan
VIII Dasar Pemerintahan Raja Charles II
X William of Orange & Mary
XI Revolusi Cemerlang 1688
XII Kesimpulan
Sejarah
2.3 RAJA MUTLAK & RAJA
BERPERLEMBAGAAN (ENGLAND)
KONSEP RAJA
MUTLAK
Raja Mutlak ialah seseorang
pemerintah (raja) berkuasa
sepenuhnya untuk menggubal dan
melaksanakan segala dasar dan
kedudukannya adalah mengatasi
undang-undang negara.
Bermaksud cara pemerintahan
raja tidak dikawal oleh parlimen.
Melalui sistem ini, kehendak
pemerintah ialah undang-undang.
Menurut sistem ini, raja
dilantik atas kehendak tuhan
untuk memerintah rakyat.
Sekiranya raja bertindak
kejam dan berlaku tidak adil,
rakyat harus menerimanya
dengan tenang sebagai
hukuman atas dosa yang
dilakukan oleh mereka.
Pandangan ini diterima oleh
pihak gereja dan mendapat
sokongan daripada raja-raja
negara bangsa
SISTEM PEMERINTAHAN RAJA MUTLAK
LATAR BELAKANG
Kemunculan negara bangsa pada
Menurut sistem pemerintahan
abad ke-15, meletakkan asas bagi
beraja mutlak, raja dilantik atas
kemunculan sistem pemerintahan
kehendak Tuhan untuk
beraja mutlak di Eropah pada abad
memerintah rakyat.
ke-16 dan 17. Menjadi tanggungjawab rakyat
Sistem pemerintahan beraja mutlak
untuk membantu raja dalam
bermaksud sistem kerajaan dimana
menjalankan pentadbiran.
cara pemerintahan raja tidak dikawal
Sekiranya raja bertindak kejam
oleh parlimen. dan berlaku tidak adil, rakyat
Melalui sistem ini, kehendak
harus menerimanya dengan
pemerintah ialah undang-undang. tenang sebagai hukuman atas
Kemunculan sistem pemerintahan ini
dosa yang dilakukan mereka.
disebabkan kekayaan yang diperoleh
Pandangan ini diterima oleh
raja-raja negara bangsa melalui
pihak gereja dan mendapat
aktiviti perdagangan. sokongan daripada raja-raja
negara bangsa.
PELAKSANAAN RAJA MUTLAK
1. Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem
pemerintahan beraja mutlak telah diterima oleh rakyat
kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang
berlaku.
• Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh Dinasti Tudor
memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat
sokongan rakyat.
• Pemerintahan berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu
piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja.
• Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat
mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri
daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat
diraja) dan House of Common (knight, orang kaya dan
peguam).
2. Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar
bandar yang memiliki tanah dan menjadi kaya daripada
golongan bangsawan.
• Muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai
ekonomi melalui kegiatan perdagangan.
• Pada abad ke-17, wujud perbalahan antara mazhab Kristian
di England iaitu antara penganut Protestan (golongan puritan)
yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja
kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja
Kristian (Katolik).
• Golongan puritan ingin membersihkan amalan agama di
England daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu
gereja di England bebas daripada kawalan politik.
• Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik
minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam ajaran
mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak
upacara atau istiadat agama yang tradisional.
• Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik
tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati dengan
golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas
daripada kawalan politik.
PELAKSANAAN RAJA MUTLAK
3. Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka
bermula pula era pemerintahan Dinasti Stuart (1603-
1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari
Scotland.
• Dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti
Tudor, ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku
kebangkitan golongan puritan sehingga membawa
tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi
Puritan (1642-1648).
• Raja James I berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci
raja. Kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang.
• Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada
golongan puritan dan ahli-ahli parlimen kerana baginda
mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada
mazhab Katolik.
• Golongan puritan menolak bishop yang dilantik oleh Raja
James I dan kemarahan golongan ini memuncak apabila
baginda mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis
yang bermazhab Katolik.
4. Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James
I membubarkan parlimen pada tahun 1611.
• Menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan lebih
memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang
memerintah England pada tahun 1625 juga tidak menyukai
golongan puritan.
• Baginda membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan
cukai.
• Mana-mana ahli parlimen yang menentang baginda telah
ditahan dan tentera akan mengawal mereka.
• Rakyat telah bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja.
Pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan Petition of
Right yang mengutuk tindakan autokratik raja.
Baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang
menentang baginda secara terbuka di parlimen. Sehubungan
itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara
mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun.
PELAKSANAAN RAJA MUTLAK
5. Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis
cukai dengan bebas dan menaikkan cukai dengan
sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli
parlimen.
• Raja Charles I memulihkan semula amalan roman
khatolik sebagai amalan dalam gereja Anglican yang
menyebabkan kebangkitan golongan puritan.
• 1639, Raja Charles I menubuhkan semula parlimen
untuk tujuan mendapatkan peruntukkan yang diperlukan
oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan bekerjasama
dengan baginda.
• mendorong baginda membubar semula parlimen yang
baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap
beberapa ahli parlimen.
6. Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland
yang telah menyebabkan beberapa orang British
bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik.
• berlaku pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada
dikendalikan oleh raja atau parlimen. Akhirnya
peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah
pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya mengalahkan
tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.
• Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah
mengisytiharkan England sebuah negara republik dengan
Oliver sebagai ketua negara yang baharu.
• Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2
golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap
mengancam pemerintahannya.
• 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan
anaknya iaitu Richard Cromwell. Dalam masa setahun
memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana
tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.
Pemerintahan Raja Mutak
Pemerintah Dinasti Tudor ( 1485-1603)
Raja Henry VIII (1509-1547)
• Berkuasa penuh menggubal & melaksanakan dasar
• Kedudukan raja mengatasi undang-undang
• Diterima oleh rakyat kerana menamatkan huru-hara
• Tujuan- wujudkan kerajaan yang stabil & mendapat
sokongan rakyat
• Pemerintahan berdasarkan Magna Carta
• Parlimen
i) House of Lord (golongan tuan tanah yang
kaya,golongan bishop, & kerabat diraja)
ii) House of Common (golongan knight, orang kaya, &
peguam)
• Menangani golongan puritan( penganut protestan)
Pemerintah Dinasti Stuart (1603-1702
Raja James I (1603-1625)
• berpegang kuat kepada doktrin kuasa
raja
• dasar memihak kepada mazhab katolik
• mengahwinkan puteranya dengan
Puteri Perancis bermazhab katolik
• membubarkan parlimen pada tahun
1611
• menaikkan cukai keatas rakyat sesuka
hati ekoran daripada Parlimen enggan
meluluskan peruntukan kewangan
apabila beliau menghadapi masalah
kewangan
Pemerintah Dinasti Stuart (1603-1702
Raja Charles I (1625-1649)
• tidak menyukai golongan puritan
• membelakangi parlimen dalam kutipan cukai
• menahan 9 orang ahli parlimen yang
menentang
• membubarkan parlimen dan memerintah
secara mutlak selama 11 tahun
• mengenakan pelbagai jenis cukai
• memulihkan amalan Roman Katolik
• menyebabkan kebangkitan golongan puritan
• tahun 1693 tubuhkan semula parlimen
• gagal dapat kerjasama ahli parlimen dan
bubarkan semula parlimen
• berjaya dikalahkan oleh tentera gereja
pimpinan Oliver Cromwell
• tidak berkuasa dalam parlimen dan dihukum
pancung oleh Parlimen Rump
Pemerintah Dinasti Stuart (1603-1702
Oliver Cromwell(1653-1658)
• Memimpin Perang Saudara(1642-1649)
• Selepas England diisytiharkan republik, Oliver
Cromwell menjadi ketua negara yang baharu
• Membubarkan parlimen pada tahun 1653 dan
menubuhkan pemerintahan Komanwel dan
Protectorate
• Memegang jawatan sebagai Lord Protecture
• Membentuk semula parlimen dan kerajaan
baharu berdasarkan satu perlembagaan bertulis
• Mengamalkan pemerintahan bercorak diktator(
parlimen hanya bersidang apabila ia mempunyai
kepentingan sendiri)
• Banyak mencapai kejayaan dalam bidang
perdagangan dan dasar luar
• Meninggal dunia pada 1658 dan digantikan oleh
anaknya, Richard Cromwell.
Pemerintah Dinasti Stuart (1603-1702
Raja James II (1685-1688)
• Adik kepada raja Charles
• Mempunyai kecenderungan untuk memulihkan
doktrin kuasa raja
• Menjalankan dasar agama yang lebih condong
kepada mazhab katolik
• Melantik pengikutnya yang bermazhab katolik
menjawat jawatan dalam kerajaan & memegang
kedudukan di universiti
• Tindakan baginda bertentangan dengan Test
Act
• Mempunyai dua isteri
i)isteri pertama bermazhab protestan
ii) isteri kedua bermazhab katolik
• Menyedari sokongannya berkurang, baginda
melarikan diri ke Perancis
2.3 RAJA MUTLAK & RAJA BERPERLEMBAGAAN (ENGLAND)
KONSEP RAJA
BERPERLEMBAGAAN
Raja Berpelembagaan adalah
Sistem kerajaan di mana raja
menjalankan pemerintahan
mengikut perlembagaan dan
undang-undang yang
ditetapkan atau piagam
politik. Misalnya, di England,
kuasa raja terbatas dengan
Magna Carta. England
menuju pemerintahan raja
berpelembagaan setelah
Revolusi Cemerlang pada
tahun 1688. Magna Carta atau Piagam Kebebasan
Agung merupakan piagam yang
diterbitkan pada tahun 1215 di
England (15 Jun 1215). Piagam ini
merupakan suatu titik awal dalam
proses mendirikan sistem
perlembagaan dan undang-undang
am yang wujud pada hari ini. Magna
Carta dianggap salah satu daripada
dokumen-dokumen penting dalam
sejarah demokrasi.
Sistem pemerintahan raja berperlembagaan
Latar Belakang
Penduduk England berpendapat reformasi yang berlaku
pada zaman Raja Henry VIII tidak berjaya mengikis
pengaruh Kato sepenuhnya dari England.
Golongan ini mahu membersihkan gereja daripada anasir-
anasir tidak sihat dan mereka ini digelar Puritan.
Pada waktu yang sama, wujud satu lagi golongan yang
mengekalkan kebesaran gereja, digelar High Church Party
Golongan ini menyokong konsep raja mempunyai kuasa
Tuhan seperti yang diperjuangkan oleh James I (1603-
1625) daripada Dinasti Stuart.
PELAKSANAAN RAJA BEPERLEMBAGAAN
1. Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak
telah digantikan dengan raja
berperlembagaan selepas berakhirnya
Revolusi Cemerlang
berlaku secara aman dan memberi impak
yang besar terhadap perubahan landskap
politik England selepas 1688.
Raja Charles II telah ditabal sebagai raja
England selepas Richard Cromwell meletak
jawatannya dan mesti mengamalkan sistem
beraja berperlembagaan.
Sistem pemerintahan raja berperlembagaan
membawa kepada perkembangan politik
kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu
Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian
besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat,
gentry dan bourjuis.
2. Golongan rakyat atau kelas bawahan masih
tidak diberikan ruang untuk terlibat secara
langsung dalam politik
Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada
tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II
yang lebih cenderung untuk memulihkan
kembali doktrin kuasa suci raja.
Raja James II telah disingkirkan dan
kemudiannya Marry II dan Raja William of
Orange telah ditabal sebagai raja England
yang baharu selepas berlakunya Revolusi
Cemerlang (1698) tanpa berlaku
pertumpahan darah
PELAKSANAAN RAJA BEPERLEMBAGAAN
3. Parlimen meluluskan Toleration Actdan Bill of
Right pada 1699.
Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan
yang ditubuhkan di bawah sistem
berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai
ketua negara.
Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan
beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab
Protestan di England.
Bill of Right mengemukakan beberapa peruntukan
berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal
undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan
hak untuk mengecapi kebebasan.
4. Raja berperlembagaan di England memerintah
berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh
parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik.
Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang
yang telah diluluskan oleh parlimen.
Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam
urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan
undang-undang
5. Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat
apabila Act of Settlement diluluskan pada 1701
menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan
sahaja yang layak menjadi raja.
Raja bertanggungjawab kepada parlimen sebagai
institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai
keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif.
Sistem pemerintahan beraja mutlak di England
juga telah menghapuskan pergeseran antara raja
dengan parlimen dalam soal-soal dasar
pemerintahan dan keadaan ini secara langsung
telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik
negara tersebut.
Pemerintahan Raja berperlembagaan
Raja Charles II ( 1660-1685)
Sosial Meluluskan undang-undang
yang mengikis fahaman puritan
daripada England
Menentang Clarendon Code
yang mengisytiharkan Anglican
sebagai agama rasmi England
Poltik
Memansuhkan
pemerintahan Komanwel
Meluluskan undang-
undang hak asasi
manusia Habeas Corpus
Act 1679 dimana ia
mensyaratkan seseorang
yang ditangkap itu perlu
dibawa ke muka
pengadilan dan diberi
sebab ia dipenjarakan
WILLIAM OF ORANGE & MARY
• Mary ialah puteri kepada raja James II
dengan isteri pertamanya yang bermazhab
protestan
• Mary telah berkahwin dengan Raja William of
Orange dari Belanda yang bermazhab
Protestan
• Menerima surat utusan daripada rakyat
England supaya kembali mengambil alih
takhta
• Membawa 15000 angkatan tentera ke
England namun, Raja James II dan
angkatannya telah lari ke Perancis
• Mary II dan William of Oranges menjadi Raja
England selepas berlakunya Revolusi
Cemerlang
• Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja
berperlembagaan dimantapkan
Revolusi Cemerlang 1688
• Dikenali sebagai Revolusi Keagungan
( Glorius Revolution) kerana peralihan
kuasa berlaku secara aman tanpa
pertumpahan darah
• Berlaku disebabkan keinginan
menegakkan kedaulatan parlimen dan
hak asasi rakyat
• Tercetus kerana Raja James II
membelakangkan parlimen semasa
menggubal undang-undang
• Ahli parlimen telah bangkit
menentang dengan sokongan Mary II
William of Oranges
• Berjaya menjatuhkan kerajaan beraja
mutlak di England
Revolusi Cemerlang membawa pengisytiharan
beberapa undang-undang oleh parlimen : -
a) Pengisytiharan hak :
• parlimen mesti mengadakan
persidangan daripada masa ke semasa
• parlimen sebagai institusi yang
mewakili rakyat
• parliemen mempunyai keutuhan dalam
soal legislatif dan eksekutif
• rakyat mempunyai hak menghadap
raja ke muka pengadilan
• raja England mesti dari mazhab
Protestan
Toleration of Act 1699( Undang-undang Toleransi )
• beri kebebasan beragama bagi penganut Kristian
Protestan
• Bill of Right pada 1699 kemukakan bidang kuasa
raja
• raja diiktiraf sebagai ketua negara
• raja tiada lagi kuasa autokratik
• raja tidaak boleh memansuhkan undang-undang
yang diluluskan parlimen
• raja tidak boleh campur tangan dalam urusan
mahkamah dan eksekutif
• rakyat mempunyai hak menghadap raja ke muka
pengadilan
• raja England mesti dari mazhab Protestan
K E S IKMesimpPulaUn L A N
Menjelang abad ke18 dan ke17, pemerintah di England
mempunyai kuasa mutlak. Semasa pemerintahan Dinasti
Tudor,sistem pemerintahan beraja mutlak amat kukuh dan
menerima sokongan rakyat England. Menjelang abad ke 17 dan
ke 18, sistem beraja mutlak mula merosot di England.
Perkembangan politik menyebabkan lahir desakan untuk
menubuhkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan.
Revolusi Cemerlang menyebabkan pemerintahan beraja
mutlak berakhir dan digantikan dengan pemerintahan raja
berperlembagaan. Kemunculan negara berperlembagaan di
England disebabkan oleh dominasi golongan bangsawan yang
tidak menyenangi pemerintahan Raja James I dan Charles II
yang cenderung memenjarakan golongan bangsawan dengan
sesuka hati. Pergeseran antara parlimen dan Raja England
berkisar kepada dua isu utama, iaitu isu pemerintahan raja
yang membelakangkan parlimen dan isu agama (kegerejaan).
Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan
raja berpelembagaan di England dan kekal sehingga hari.