HIKAYAT
PUTERI WALINONG SARI
HIKAYAT PUTERI WALINONG SARI
DISUNTING OLEH:
NOR ATISHA BINTI FADZIL
NUR SHAZARINI BINTI SUPIAN
NUR SYAFIRAH BINTI SAZALI
NURULAQILAH BINTI BAKHRURAZI
DITERBITKAN OLEH:
PENERBITAN SENDIRI @2021
ILLUSTRASI OLEH:
IRFAN AZMAN
Catatan: Buku Digital Ini Adalah Semata-Mata Untuk Tugasan
Subjek IML606 Perpustakaan Kanak Kanak
HIKAYAT
PUTERI
WALINONG
SARI
Walinong Sari adalah seorang puteri yang diangkat bagi negeri Pahang atau pun nama lainnya pada masa dulu adalah negeri Indera pura. Walinong Sari merupakan anak
kepada bendahara Paduka Raja. Pada masa dahulu, negeri Pahang ini diperintah oleh negeri Melaka. Maka bendahara Paduka Raja ini adalah wakil yang diamanahkan untuk
mentadbir negeri Pahang. Daripada itu menyebabkan Walinong Sari ini membesar di negeri Pahang.hjoiWalinong Sari adalah seorang puteri yang diangkat bagi negeri
Pahang atau pun nama lainnyWa paadalimnasoanduglu adSalaah rneigerai Idndaerlaapuhra. WsaelinoonrgaSnargi merpupuaktaen rainakykeapandagbenddahiaaranPgadkuakatRajba. aPagdaimasa dahulu, negeri Pahang
ini diperintah oleh dniegnebrgi Mffelnakea.gMeakraibPendaahharaa nPagdukaa tRaajua inpi audanlahnwaakmil yaangldaiaimnannayhkaan punatudk maenmtadbairsnaegedri uPalhuanga. Ddaariplaadahitu menyebabkan Walinong
Sari ini membesar
negeri Indera pura. Walinong Sari merupakan anak kepada
bendahara Paduka Raja. Pada masa dahulu, negeri Pahang
ini diperintah oleh negeri Melaka. Maka bendahara Paduka
Raja ini adalah wakil yang diamanahkan untuk mentadbir
negeri Pahang. Daripada itu menyebabkan Walinong Sari ini
membesar di negeri Pahang.
Walinong Sari juga bukan sebarang puteri. Beliau tidak cukup
feminin dan mempunyai kecenderungan dan juga minat
terhadap aktiviti silat dan menyabung ayam. Puteri Walinong
Sari sangat perwira dan dapat menewaskan lelaki yang
handal bersilat. Malah, pada masa yang sama juga setiap kali
bertarung, Walinong Sari akan menutup sebahagian
wajahnya daripada terlihat oleh penonton.
Pada suatu hari ayah beliau Paduka Raja telah
mengemukakan syarat kepada sesiapa sahaja yang ingin
mengahwini anaknya, mestilah menewaskan Walinong Sari
dalam pertarungan silat. Khabar itu telah tersebar ke pelosok
negeri. Maka, banyaklah rakyat jelata yang ingin mencuba
nasib.Tetapi malangnya, tiada seorang pun lelaki yang dapat
menewaskan beliau.
Bendahara Raja pun berasa amat susah hati jika puterinya itu
menjadi anak dara tua. Pada masa yang sama, Temenggong
Melaka telah mendapat perkhabaran mengenai Walinong Sari
yang bukan sahaja cantik, malah pandai bersilat. Kebetulan
pula, Temenggong Melaka mempunyai anak lelaki dan
terlintas di hati Temenggong untuk bermenantukan Puteri
Walinong Sari. Dalam pada itu, hasrat Temenggong telah
diperkenan oleh Sultan Melaka dan Sultan Melaka membuat
keputusan untuk meminang beliau kepada anak Temenggong.
Sultan Melaka menyiapkan rombongan meminang untuk Tun
Putih Cahaya Pualam. Rombongan meminang diterima dengan
penuh istiadat. Bendahara Raja pun bagaikan mengantuk
disorongkan bantal. Tanpa berbicara dengan Puteri Walinong
Sari, perkahwinan itu telah ditetapkan dan akan berlangsung
dalam empat purnama.
Rakyat menjadi sibuk dan menaikkan balai serta melakukan
segala persiapan untuk majlis tersebut. Pada suatu hari,
Inang Tua yang merupakan salah seorang dayang ingin ke
pasar untuk membeli kain cindai. Walinong Sari meminta
izin kepada ayahandanya untuk ikut bersama sebelum
puteri berangkat ke Melaka.
Di dalam perjalanan, mereka telah berehat di sebuah
tasik yang amat cantik. Puteri Walinong Sari bermain
di tepi tasik yang sangat jernih airnya. Tanpa mereka
sedari, seorang individu yang bernama Raja
Mambang Segara sedang memerhatikan mereka.
Raja Mambang mula terpikat dengan kecantikan tuan
puteri. Mungkin kerana tertarik dengan Walinong Sari,
lelaki itu telah bertukar menjadi seekor burung
merpati dan bermain-main di hadapan tuan puteri.
Puteri Walinong Sari merasa takjub apabila merpati
itu hinggap dibahunya.
Setelah lama berehat, tuan puteri ingin bertolak ke pasar dan
melepaskan burung tersebut. Raja Mambang terharu dengan
sikap tuan puteri. Sebaik tibanya di pasar, Raja Mambang telah
menukarkan dirinya kepada seorang pengemis dan
memberikan sebuah dulang emas yang amat cantik. Mereka
berdua mula berkenalan sehingga pada minggu-minggu
berikutnya Raja Mambang memberikan pelbagai hadiah lain
seperti bunga dan payung.
Raja Mambang dengan segera terbang ke Pekan dan bertukar
menjadi pemuda yang comot. Sebaik sahaja Puteri Walinong Sari
tiba, Raja Mambang pun segera menghulurkan bakul yang halus
buatannya. Puteri Walinong Sari berasa malu apabila memandang
mata pemuda itu. Matanya bersinar-sinar walaupun empunya
badan comot dan kotor.
Begitulah seterusnya selama dua hari berturut-turut. Pemuda itu
memberi sekaki payung dan bunga melur sebagai hadiah. Tuan
Puteri berdebar-debar dan sering terkenang-kenang akan
pemuda itu. Apabila pemuda itu muncul, tuan puteri pun
mengajak pemuda itu bertarung silat. Pemuda comot itu tidak
menolak kerana dia juga pandai bersilat.
Masa pertarungan pun telah tiba. Rakyat berpusu-pusu datang
untuk menyaksikan pertarungan itu. Puteri Walinong Sari
dengan yakinnya dapat menewaskan pemuda itu dengan
mudah. Tuan puteri pun muncul dengan wajah yang berlitup
dan kelihatan sangat perwira sekali. Maka mereka pun terus
bertempur, saling memukul dan menepis.
Ternyata pemuda itu sangat hebat. Tuan puteri tidak mampu
untuk mengalahkannya. Hatinya gundah-gulana, bimbang
keluarganya akan menanggung malu. Maka dengan itu tuan
puteri membuka kain yang menutupi wajahnya. Pemuda itu
terpaku melihat kecantikan tuan puteri sehingga leka untuk
menepis serangan.
Pemuda itu terus pengsan dan segala ilmu yang dimilikinya
telah hilang. Raja Mambang pun kelihatan tampan dengan
pakaian serba lengkap dan bersenjata yang selayaknya bagi
raja-raja. Maka, Raja Mambang pun diusung masuk ke istana.
Raja Petir yang merupakan ayahanda Raja Mambang pun
murka apabila melihat anakandanya terpikat dengan
kecantikan manusia.
Maka baginda pun dengan segera turun ke Inderapura. Pada
masa yang sama, terlihat kilat sabung-menyabung di luar
istana. Puteri Walinong Sari hanya dapat melihat tubuh Raja
Mambang yang semakin menghilang. Tuan puteri pun
pengsan apabila melihat apa yang berlaku. Tuan puteri pun
bermimpikan Raja Mambang. Raja Mambang menyuruh tuan
puteri pergi ke Gunung Tahan untuk bertemu dengan Raja
Mambang.
Apabila hari menjelang pagi, Puteri Walinong Sari pun sedar.
Hatinya berasa resah kerana rindukan Raja Mambang. Maka
tuan puteri pun berangkat ke Gunung Tahan dan telah hilang di
sana. Bendahara Raja pun mencari anakandanya di sana sini,
tetapi tidak juga menemui puterinya itu. Puteri Walinong Sari
pula sudah bertemu dengan Raja mambang dan mereka pun
hidup bahagia.
PENGAJARAN:
1. Kita mestilah berani menentang musuh. Sebagai
contohnya, Puteri Walinong Sari berani menentang
musuh dengan melengkapkan diri dengan seni persilatan
untuk mempertahankan diri.
2. Kita mestilah menghormati ibu bapa. Sebagai contohnya,
Puteri Walinong Sari meminta izin daripada ayahnya
untuk mengikuti dayang iaitu Inang Tua untuk membeli
barangan persiapan kahwin.
3. Kita perlulah merendah diri apabila berhadapan dengan
orang. Sebagai contohnya, Puteri Walinong Sari
merendah diri dengan menutupi sebahagian mukanya
sewaktu pertarungan untuk mengelakkan dari identitinya
dikenali.