The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU DIGITAL SMK TAMAN UNIVERSITI 2, 2021-04-14 22:08:55

Ebook_Misteri_Syiling_Lama

Ebook_Misteri_Syiling_Lama

MISTERI SYILING LAMA

lebih buruk lagi... kawan baik
menjadi mangsa.

“Apa yang perlu kita lakukan
sekarang, ustaz?” Cikgu Azri
bertanya setelah segala persoalan
telah pun terjawab.

“Baiklah, mari kita cuba
pulihkan semula pelajar
tersebut.” Ustaz Halim
melangkah masuk ke dalam
kelas. Mulutnya terkumat-kamit
membaca ayat Al-Quran. Dia
kemudian menyuruh Cikgu Azri
melaungkan azan.

51

MISTERI SYILING LAMA

Sebaik azan dilaungkan,
Lily menjerit dan kemudian
melompat ke atas meja.
Matanya menyorot ganas
memandang setiap orang yang
berada di dalam kelas tersebut
sambil berulang kali bertempik
menghalau semua pergi.

“Kau yang sepatutnya pergi
dari tubuh budak itu, wahai
makhluk terkutuk!” Ustaz Halim
seolah berperang mulut dengan
makhluk yang telah merasuk
Lily.

52

MISTERI SYILING LAMA

“Tidak! Aku suka budak ini.
Aku takkan tinggalkannya!” Lily
bersuara dengan suara garau
yang menakutkan. Ternyata
makhluk itu berdegil, mahu
terus menghuni di dalam badan
mangsanya.

“Macam mana ustaz? Benda
itu berdegil tidak mahu keluar.”
Cikgu Azri sudah berpeluh dahi,
bertanya panik apabila melihat
situasi seolah tidak menyebelahi
mereka.

53

MISTERI SYILING LAMA

“Tidak mengapa. Cikgu
teruskan azan.” Ustaz Halim
memberi arahan dan kemudian
dia memandang ke arah Anita
lalu berkata, “ Kamu berikan saya
barang-barang yang digunakan
untuk upacara tadi.”

Anita mengangguk faham dan
tanpa berlengah terus melakukan
apa yang disuruh. Selang 10
minit, dia kembali mendapatkan
Ustaz Halim. “Ustaz, hanya
kertas lukisan ini sahaja yang
ada tetapi duit syiling lama yang

54

MISTERI SYILING LAMA

digunakan tadi sudah hilang.
Puas kami berdua cari tetapi
tidak jumpa.”

“Tidak mengapalah. Saya
akan ikhtiar sedaya yang
mampu.”

Pantas Ustaz Halim
mengambil kertas lukisan yang
dijadikan spirit board oleh Anita
dan rakan-rakannya. Kemudian
dilipat empat kali dan diletakkan
di atas lantai. Lelaki itu mula
membaca ayat Al-Quran sebagai
senjata yang akan menentang

55

MISTERI SYILING LAMA

makhluk di dalam tubuh Lily.
Selesai membaca, ditepuk
tapak tangan kanannya pada
kertas yang berada di atas lantai
tadi.

Lily secara tiba-tiba menjerit
kesakitan dan semakin lama
tubuhnya menjadi longlai.
Mujurlah Anita dan Nisda pantas
bertindak menyambut tubuhnya
yang hampir jatuh dari atas meja.
Dia yang tidak sedarkan diri
terus dibawa ke asrama, diberi
rawatan selanjutnya. Akhirnya

56

MISTERI SYILING LAMA

dia kembali sedar seperti sedia
kala.

Selepas kejadian tersebut,
sekolah tiba-tiba menjadi
hura-hara apabila para pelajar
perempuan kerap diserang
histeria kerana sering ternampak
kelibat wanita yang berlumuran
darah. Maka terpaksalah
diadakan majlis bacaan yasin dan
solat hajat setiap malam. Setelah
itu barulah keadaan kembali
tenang.

57

MISTERI SYILING LAMA

Sehingga kini duit syiling lama
yang ghaib terus kekal menjadi
misteri. Mungkin satu hari
nanti ia akan muncul kembali
mencari mangsa baru untuk
diperdaya dan disesatkan. Maka
berhati-hatilah wahai anak
cucu keturunan Adam. Mana
tahu anda pula bakal menjadi
pilihannya….

58


Click to View FlipBook Version