The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqk89, 2026-02-11 07:43:03

BUKU PERATURAN SK GUAR NAPAI 2026.pdf

BUKU PERATURAN SK GUAR NAPAI 2026

BUKU PANDUANPERATURAN SEKOLAHSEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NAPAI06100 KODIANG, KEDAH


ISI KANDUNGAN1. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA2. FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH3. MATLAMAT SEKOLAH4. IKRAR MURID5. PERATURAN – PERATURAN DISPLIN SEKOLAHPERKARA 1 : WAKTU PERSEKOLAHANPERKARA 2 : PAKAIAN MURIDPERKARA 3 : LENCANA , STOKIN, KASUTPERKARA 4 : RAMBUTPERKARA 5 : BASIKAL / MOTOSIKALPERKARA 6 : PERHIMPUNANPERKARA 7 : DISPLIN DAN TATATERTIB DALAM BILIK DARJAHPERKARA 8 : REHAT, MAKAN DAN MINUMANPERKARA 9 : GERAK KERJA KO-KURIKULUMPERKARA 10 : HAL – HAL LAINPERKARA 11 : KESALAHAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT6. SENARAI SEMAK SALAH LAKU UNTUK MURID – MURID SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NAPAI7. LAMPIRAN : i ) CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI Ii ) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID LELAKI Iii ) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID PEREMPUAN Iv ) LENCANA SEKOLAH V ) LAGU SEKOLAH


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memeperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.VISI KPMPendidikan berkualiti, Insan terdidik, Negara SejahteraMISI KPMMelestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negaraMOTTO SEKOLAH“ILMU PELITA HIDUP”


IKRAR MURID Bahawa dengan sesungguhnya kami pelajar – pelajar Sekolah Kebangsaan Guar Napai dengan penuh kesedaran dan kesyukuran berjanjiakan : -Ø Murid yang taat kepada agamaØ Berhemah tinggiØ Menjaga nama baik sekolah setiap masaØ Mematuhi semua peraturan sekolahØ Tekun belajarØ Cemerlang serta gemilang dalam Kurikulum dan Ko-kurikulumØ Serta menjadi murid yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negaraPERATURAN-PERATURAN DISPLIN SEKOLAHPERKARA 1 : WAKTU PERSEKOLAHAN1.1 Semua murid mestilah berada di kawasan sekolah dalam waktu yang ditetapkan iaitu 7.00 pagi hingga 1.45 petang1.2 Semua murid di larang berada didalam bilik darjah sebelum loceng Dibunyikan kecuali murid-murid yang menjalankan tugas harian.1.3 Pada waktu rehat, murid-murid tidak dibenarkan berada didalam bilik darjah kecuali kebenaran rasmi.1.4 Murid-murid yang sampai lewat ke sekolah selepas 7.30 pagi dianggap lewat dan nama murid akan di catat.1.5 Murid-murid yang datang lewat ke sekolah sebanyak 3 kali berturut-turut akan dibawa ke Guru Disiplin / Penolong Kanan Hem.1.6 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sehingga tamat waktu persekolahan melainkan dengan kebenaran GURU BESAR atau GURU PENOLONG KANAN atau GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.


PERKARA 2 : PAKAIAN MURID2.1 MURID LELAKI2.1.1 BAJUSemua murid lelaki mestilah memakai kemeja biasa berwarna putih, lengan pendek berkolar dan satu poket di sebelah kiri. 2.1.2 SELUAR Semua murid lelaki mestilah memakai seluar panjang berwarna biru tua ( navy blue ).Panjang seluar hendaklah sampai ke bawah buku lali. Paras seluar di pinggang. Ukuran di peha cukup untuk duduk bersila. Semua murid dilarang sama sekali memakai seluar ketat, jenis bottom atau jeans 2.1.3 TALI PINGGANG Tali pinggang berwarna hitam atau coklat tanpa corak boleh digunakan. Lebarnya tidak melebihi 2.5cm. Kepala tali pinggang mestilah tidak besar atau berbentuk-bentuk.2.2 MURID PEREMPUAN2.2.1 BAJUMurid-murid perlu memakai baju kurung berwarna putih. Panjangnya mestilah sampai ke lutut.2.2.2 KAIN Kain hendaklah berbentuk kain bersusun dan berwarna biru tua.2.2.3 Pelajar perempuan Islam hendaklah memakai tudung kepala Berwarna putih, berbentuk segi tiga dua sama berukuran sesuai dengan murid yang memakainya.


2.2.4 Murid-murid perempuan adalah dilarang keras memakai sebarang Perhiasan dan Barang-barang Kemas.2.2.5 Kuku mestilah sentiasa pendek dan tidak diwarnakan.2.2.6 Murid-murid perempuan adalah dilarang sama sekali menggunakan Alat Solek.2.3 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANISemua murid mestilah memakai pakaian sukan sekolah bersama seluar sukan (trek bottom) berwarna biru gelap atau hitam sahaja sewaktu menjalankan PENDIDIKAN JASMANI. Murid dibenarkan memakai kasut sukan sewaktu Pembelajaran Pendidikan Jasmani. Murid dikehendaki menukar kasut sukan selepas waktu Pendidikan jasmani dengan memakai kasut sekolah.2.4 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH2.4.1 LELAKI- Seluar panjang biru tua/ tali pinggang hitam- Baju kemeja biru muda berlengan panjang- lencana sekolah- tali leher maroon- Kasut hitam dan stokin hitam.


2.4.2 PEREMPUAN- Kain sarung biru tua- tudung biru muda- Baju kurung biru muda - lencana sekolah- Kasut hitam dan stokin hitam.2.5 PAKAIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH2.5.1 LELAKI- Seluar panjang brown tua/ tali pinggang hitam- Baju kemeja kuning muda berlengan panjang- lencana sekolah- tali leher brown tua- Kasut hitam dan stokin hitam.2.5.2 PEREMPUAN- Kain sarung brown tua- tudung brown tua- Baju kurung / kemeja kuning muda berlengan panjang- lencana sekolah- Kasut hitam dan stokin hitam.


PERKARA 3 : LENCANA SEKOLAH, STOKIN DAN KASUT3.1 LENCANA SEKOLAH / TANDA NAMA / TALI LEHERSemua murid adalah diwajibkan memakai lencana / tanda nama di atas poket atau disebelah kiri kemeja atau baju. Lencana yang telah hilang warna, dikikis dan diubahsuai tidak boleh digunakan.3.2 STOKINStokin pendek berwarna hitam dan tidak berjalur sahaja yang boleh digunakan.3.3 KASUTSemua murid adalah dimestikan memakai kasut kanvas/kulitberwarna hitam.3.4 Selipar dan kasut sukan berwarna warni adalah tidak dibenarkan sama sekali.PERKARA 4 : RAMBUT4.1 RAMBUT MURID LELAKI( Rujuk gambarajah )4.1.1 Murid-murid lelaki adalah dilarang menyimpan rambut panjang.4.1.2 Istilah rambut panjang adalah seperi berikut : -(a) di belakang : rambut jatuh melebihi di bawah cuping telinga.(b) di hadapan : rambut menutup garisan tengah dahi.(c) di sebelah :rambut menutup kedua-dua telinga atau(d) di atas :rambut melebihi daripada 10 cm panjang.


4.2 RAMBUT MURID PEREMPUAN4.2.1 Bagi murid-murid perempuan, rambut yang panjang hendaklah sentiasa kemas kecuali mereka yang memakai tudung / mini telekung. Ikatan rambut sebagai tocang atau ekor kuda dibenarkan.4.2.2 Sepit-sepit atau hiasan rambut yang beraneka warna atau bermanik adalah tidak dibenarkan.PERKARA 5 : BASIKAL / MOTOSIKAL5.1 Semua murid hendaklah meletakkan basikal di tempat yang dikhaskan.5.2 Murid-murid adalah tidak dibenarkan sama sekali menunggang motosikal sendiri untuk hadir kesekolah kecuali jika dihantar oleh ibu bapa/penjaga.5.3 Semua basikal hendaklah dikunci dengan sempurna untuk keselamatan.5.4 Segala rupa basikal yang membahayakan, dilarang dibawa ke sekolah.PERKARA 6 : PERHIMPUNAN6.1 Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada hari Ahad setiap minggu.6.2 Perhimpunan ringkas akan diadakan pada hari lain jika difikirkan perlu.6.3 Semua murid adalah diwajibkan menghadiri perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan.6.4 Sebelum perhimpunan, loceng akan dibunyikan sekali.


6.5 Semua murid dilarang bercakap-cakap sewaktu berada di tempat Perhimpunan dan dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu Sekolah dengan penuh semangat.6.6 Bacaan Ikrar Rukun Negara akan dibaca oleh semua guru dan murid pada setiap perhimpunan hari Ahad.6.7 Bacaan Ikrar Murid dibaca selepas Ikrar Rukun Negara oleh murid pada perhimpunan hari Ahad.6.8 Bacaan doa.6.9 Ucapan guru bertugas/guru lain sekiranya ada.6.10 Persembahan murid sekiranya ada.6.11 Ucapan Guru Besar atau wakil pentadbir.6.12 Bersurai - murid-murid berjalan masuk ke kelas dalam barisan dan tidak dibenarkan bercakap-cakap.PERKARA 7 : DISPLIN TATATERTIB DALAM BILIK DARJAH7.1 Murid yang bertugas hendaklah membersihkan kelas sebelum loceng pertama dibunyikan. Sampah-sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.7.2 Semua murid tidak dibenarkan membuat bising dan bergaduh didalam bilik darjah.7.3 Semua murid adalah dilarang makan dan minum di dalam kelas.7.4 Semua murid hendaklah menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan lain-lain kemudahan.


7.5 Semua murid hendaklah duduk di tempat yang telah ditetapkan.7.6 Semua murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah bila-bila masa tanpa keizinan guru.7.7 Semua murid dilarang berkeliaran di luar bilik darjah.7.8 Semua murid dilarang menconteng, merosakkan semua perabot, memecah tingkap, pintu dan peralatan bilik darjah.7.9 Sewaktu ketiadaan guru, bilik darjah adalah dalam kawalan ketua dan penolong kelas yang berkenaan.PERKARA 8 : REHAT, MAKANAN DAN MINUMAN8.1 Semua murid mestilah makan dan minum di kantin sahaja.8.2 Semua murid hendaklah beratur semasa membeli makanan dan minuman.8.3 Semua murid hendaklah menggunakan kantin sepenuhnya untuk membeli makanan dan minuman. Segala sisa makanan hendaklah diletakkan ditempat yang telah disediakan.8.4 Semua murid adalah dilarang mengambil, merosakkan dan memusnahkan alat-alat kantin seperti sudu, garfu, gelas, piring dan botol kosong.PERKARA 9 : GERAK KERJA KO-KUKURIKULUM9.1 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada sebuah rumah sukan dan mengambil bahagian dalam kegiatan sukan.9.2 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada unit sukan dan permainan.9.3 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada persatuan atau kelab 9.4 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada unit pakaian seragam TKRS.


9.5 Semua murid yang hadir untuk perjumpaan ko-kurikulum mestilah MEMAKAI PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN dengan aktiviti yang akan dijalankan.PERKARA 10 : HAL-HAL LAIN10.1 Semua murid dikehendaki mematuhi segala peraturan MAKMAL SAINS, BILIK KEMAHIRAN HIDUP, dan MAKMAL KOMPUTER10.2 Semua murid dilarang menggunakan surau kecuali untuk beribadat dan pada waktu yang dibenarkan sahaja.10.3 Semua murid diwajibkan mengikuti pelajaran pendidikan jasmani bagi mereka yang mendapat kebenaran surat akuan doktor.10.4 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke Bilik Guru atau Pejabat sekolah tanpa urusan rasmi.10.5 Semua murid dilarang menggunakan tandas Guru.10.6 Semua murid hendaklah menggunakan tandas dengan penuh tanggungjawab dan tidak merosakkan alat-alat tandas.10.7 Penggunaan tandas adalah hanya pada waktu selepas Pendidikan Jasmani atau Waktu rehat sahaja kecuali dengan kebenaran guru.10.8 Semua murid tidak dibenarkan membawa orang luar kawasan dan bangunan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar.10.9 Semua murid yang sakit dan hendak ke hospital pada waktu persekolah hendaklah mengisi nama dalam buku murid keluar dan juga mendapat surat rawatan doktor daripada guru bertugas.10.10 Semua murid mestilah sentiasa menghormati guru-guru dan pengawas serta bersopan santun.10.11 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan wang atau barang kemas murid di sekolah. Semua murid digalakkan membawa wang yang secukupnya untuk perbelanjaan harian.


10.12 Murid-murid yang hendak ke tandas atau keluar dari kelas mestilah mendapatkan kad / pas keluar dari guru atau ketua kelas ( jika ketiadaan guru )PERKARA 11 : KESELAMATAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT( PEKELILING BIL.9/1975 )11.1 Menjadi ahli pertubuhan haram11.2 Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat.11.3 Memukul kakitangan sekolah, guru dan Guru Besar.11.4 Mengancam kakitangan sekolah, guru dan Guru Besar.11.5 Melanggar peraturan dan undang-undang yang telah digubal oleh SEKOLAH dan KEMENTERIAN PENDIDIKAN.11.6 Menulis surat kepada akhbar tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar.11.7 Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid.11.8 Sengaja merosakkan harta kerajaan atau sekolah.11.9 Mencuri.11.10 Mengancam murid-lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.11.11 Merokok atau mengambil najis dadah di dalam atau di luar sekolah.11.12 Berjudi.11.13 Meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan sekolah.11.14 Masih membantah hukuman guru walaupun sudah diberi tiga atau empat kali amaran.11.15 Menunjukkan sikap bongkak atau menghina kakitangan sekolah, guru-guru dan Guru Besar.


11.16 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum.11.17 Melanggar peraturan tatatertib yang menurut budi bicara Guru Besar / Penolong Kanan sebagai melanggar tatatertib yang BERAT.SENARAI SEMAK NOMBOR RUJUKAN/BILANGAN UNTUK KES SALAH LAKU MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NAPAI1. Datang lewat ke sekolah.2. Berambut panjang ( rujuk gambarajah gaya menyimpan rambut murid lelaki )3. Mewarnakan rambut.4. Memakai barang kemas berharga.5. Memakai barang kemas hiasan ( costume jewellery )6. Berkuku panjang / mewarnakan kuku.7. Menunggang motosikal ke sekolah.8. Tidak memakai pakaian yang besesuaian untuk Pendidikan Jasmani dan kegiatan Ko-Kurikulum.9. Memakai seluar “ jeans ” di kawasan sekolah.10. Memakai seluar ketat atau bel bottom.11. Berjudi.12. Mencuri.13. Memeras ugut.14. Membawa senjata berbahaya dan bahan-bahan berbahaya.


15. Membawa bahan-bahan bacaan lucah ke sekolah.16. Membawa radio ke sekolah ( kecuali dengan kebenaran ).17. Sengaja merosakkan harta persendirian sekolah ( contohnya ; -menconteng dinding ), guru, kakitangan sekolah dan murid-murid.18. Mengancam atau menggangu murid lain.19. Bersikap degil terhadap guru ( kurang sopan, angkuh ).20. Bergaduh / bertumbuk.21. Buli / ragging.22. Tidak menghormati bendera kebangsaan negeri, lagu kebangsaan dan lagu negeri.23. Berkhalwat / berdua-duaan.24. Merokok, membawa rokok atau menagih rokok.25. Memakai topi (cap), semua jenis selipar, baju T dalam yang berwarna dan tali pinggang kepala besar di kawasan sekolah.26. Bercelak atau memakai ‘ make up ’.27. Tidak mengancing lengan baju dan butang.28. Memakai kain singkat dan memakai kasut kulit.29. Berbaju jarang dan sempit ( bagi murid perempuan ).30. Meninggalkan buku teks pinjaman ( SPBT ) dalam kelas selepas waktu persekolahan.


CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI


CONTOH PAKAIAN MURID LELAKI DAN PEREMPUANLENCANA SEKOLAH


LAGU SEKOLAHSekolah Kebangsaan Guar NapaiMedan harapan kami semuaDi sini tempatnya kami berjuangMenuntut Ilmu dan beramalDengan semangat maju jayaTerus belajar dan berusahaTak kira di mana kami beradaKami harapan nusa bangsaHormati guru dan ibubapaSayangi rakan semuaBerbudi Bahasa budaya kitaMenjadi insan bergunaJasa guru tak dilupaMendidik kami setiap masaMencapai harapan nusa bangsaUntuk negara yang tercintaMencapai harapan nusa bangsaSekolah Guar Napai


RUKUNEGARAKEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN


CARTA SIFIR1 2 3 4 5 6 7 8 92 4 6 8 10 12 14 16 183 6 9 12 15 18 21 24 274 8 12 16 20 24 28 32 365 10 15 20 25 30 35 40 456 12 18 24 30 36 42 48 547 14 21 28 35 42 49 56 638 16 24 32 40 48 56 64 729 18 27 36 45 54 63 72 81


Click to View FlipBook Version