NURFARAHANIS KISAH BUDAK YANG NAKAL BUKU CERITA KANAK-KANAK
Ini Azman. Azman berumur 9 tahun. Dia belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa.
Di sekolah, Azman suka mengusik rakan-rakannya. Rakan sekelasnya tidak suka bergaul dengan Azman kerana sikapnya yang nakal itu. Cikgu Murni selalu menasihati Azman supaya tidak bersikap nakal lagi. Cikgu Murni : “Adila, kenapa kamu menangis ini?” Adila : “Azman mengejek dan mengusik saya, cikgu.” Azman : “Ala, saya ingin bergurau sahaja.” Cikgu Murni : “Azman, janganlah kamu mengusik rakan-rakan kamu. Jika kamu berkelakuan begini, sudah pasti tiada siapa mahu berkawan dengan kamu.” Azman : “Saya tidak peduli pun, cikgu. Lagipun saya lebih suka bersendirian.” Cikgu Murni: “Ish kamu ini Azman, tidak baik kamu bercakap begitu. Sepatutnya kamu perlulah berkelakuan baik terhadap orang lain. Kamu juga perlulah menghormati rakan-rakan kamu.” Namun, Azman masih tidak menghiraukan nasihat daripada gurunya itu.
Pada suatu hari, Azman hendak keluar bersiar-siar di taman permainan yang berdekatan dengan rumahnya. Azman : “Bosannya duduk rumah, apa kata aku pergi bersiar- siar di taman permainan. Mana tahu aku boleh usik kanak-kanak lain yang ada di sana. HAHAHAHA”
Sewaktu Azman sedang berjalan, dia terlihat sebatang pokok rambutan yang lebat buahnya. Azman : “Wah, merah sungguh warna buah rambutan ini! Mesti manis rasanya, lagipun cuaca panas terik mesti lega jika aku dapat memakan buah ini. Apa salahnya jika aku mengambil sedikit buah rambutan ini sudah pasti orang lain tidak akan tahu.”
Kemudian, Azman mengambil sebatang galah yang berhampiran dengan pokok itu dan terus menjolok buah rambutan tanpa memeriksa kawasan sekeliling. Azman : “Wah kebetulan ada sebatang galah di sini! Bolehlah aku menggunakan galah ini untuk menjolok buah rambutan yang masak ranum ini.”
Azman : “Alamak! Apa yang jatuh itu? Eh, itu sepert sarang lebah. Bahaya ini, lebih baik aku lari sekarang.Jika tidak, nahas aku dibuatnya.” Tiba-tiba, Azman secara tidak sengaja telah menjolok sebuah sarang lebah.
Azman berasa sangat takut dan terkejut apabila melihat sekawan lebah yang keluar dari sarang itu dan terus menyerangnya. Azman berlari dengan pantas ke arah taman permainan seperti lipas kudung untuk menyelamatkan dirinya. Azman : “Tolong, tolong, ada lebah serang aku! Aku takut. Ada sesiapa di sini, bantulah aku. Lebah-lebah ini menyerang aku. Tolong,tolong!” Tolong, tolong aku!
Azman : “Aduh, sakitnya kedua-dua belah lenganku ini. Tolong, tolong! Ada lebah menyengat lenganku. Bisanya lenganku ini.” Azman menangis dan teriak dengan kuat untuk meminta pertolongan. Sewaktu Azman berlari dengan laju, tiba-tiba dia merasakan sakit di bahagian kedua-dua lengannya.
Dia berhenti berlari dan terus duduk melutut di atas tanah. Dia melihat kedua-dua lengannya sudah bengkak dan kemerahan akibat sengatan lebah itu.
Lelaki tua : “Suara siapakah itu? Suaranya seperti meminta tolong. Apa kata aku pergi ke arah sana. Rasanya suara ini muncul dari arah sana.” Seorang lelaki tua telah mendengar teriakan Azman dari arah pokok itu. Lelaki tua itu pun mencari suara tersebut. Tiba-tiba, dia ternampak Azman yang sedang menangis teresak-esak. Dia datang menghampiri Azman. Lelaki tua : “Kamu siapa? Kenapa dengan kamu ini nak? Apa yang sudah terjadi? Cuba kamu ceritakan kepada atuk. Atuk dengar kamu menjerit meminta tolong tadi.” Azman : “Saya Azman. Ya, sayalah yang menjerit meminta tolong itu. Tolonglah saya, atuk. Kedua-dua lengan saya sakit akibat disengat lebah tadi. Saya tidak tahan menanggung kesakitan ini.”
Lelaki tua itu berasa simpati akan nasib malang yang ditimpa Azman. Lelaki tua : “Marilah nak. Ikut atuk. Kita pergi ke hospital berdekatan dari sini. Jika dibiarkan, akan lebih memudaratkan keadaan lengan kamu itu nanti. ” Azman : “Baiklah atuk.” Azman mengekori lelaki tua itu sambil menahan kesakitannya.
Mereka pergi ke hospital dengan menaiki sebuah teksi. Azman mendapatkan rawatan dengan segera.
Lelaki tua itu menemani Azman sepanjang menerima rawatan. Doktor Amirul ditugaskan untuk merawat Azman. Doktor Amirul :“Nasib baik awak segera mendapatkan rawatan, jika lambat tadi, sudah pasti makin teruk keadaan awak ini.” Azman : “Saya berasa terharu dan berterima kasih kepada atuk ini. Dialah yang menolong saya tadi. Jika saya tidak bertemu dengannya sudah tentu saya masih meraung kesakitan.” Lelaki tua : “Sama-sama. Kebetulan atuk terdengar suara kamu meminta tolong tadi sewaktu atuk sedang ambil angin di taman tadi.” Doktor Amirul: “Oh, begitu ceritanya! Baiklah Azman, awak dibenarkan pulang sekarang. Jangan lupa iya untuk habiskan ubat kamu dan berehat di rumah.” Azman : “Baiklah, doktor. Terima kasih kerana sudah merawat saya.” Lelaki tua : “Terima kasih, doktor. Azman, mari kita pulang.” Doktor Amirul: “Sama-sama.”
Azman : “Siapakah nama atuk?” Lelaki tua: “Nama atuk ialah Halim. Panggil saja, Tok Halim.” Azman : “Terima kasih Tok Halim kerana telah membantu saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu membalas jasa baik atuk.” Lelaki tua: “Sama-sama. Bagaimana kamu boleh disengat dengan lebah tadi. Apa yang berlaku pada waktu itu?” Azman : “Sebenarnya, pada waktu itu saya ingin bersiar-siar di taman permainan. Tiba-tiba, saya ternampak sebatang pokok rambutan yang lebat buahnya. Saya pun teringin untuk mengambil buah rambutan itu. Kemudian, tanpa membuang masa saya terus mengambil sebatang galah yang terdapat berhampiran dengan pokok itu lalu terus menjolok buah rambutan itu tanpa memeriksa kawasan sekeliling.”
Azman : “Ketika saya sedang menjolok buah tersebut, rupa- rupanya saya tidak sengaja menjolok sebuah sarang lebah dan mengakibatkan sarang lebah itu terjatuh ke tanah. Saya berasa takut dan terkejut apabila sekawan lebah keluar daripada sarang tersebut dan terus menyerang saya. Saya terus berlari untuk mencari bantuan.” Lelaki tua : “Oh,begitu kisahnya!” Azman. : “Saya mengaku bersalah atas perbuatan yang saya lakukan ini. Saya tidak patut menjolok buah rambutan itu sesuka hati kerana itu bukan hak milik saya.” Lelaki tua :“Tok Halim bersyukur kerana kamu sudah insaf dan sedar akan kesalahan kamu. Anggap sahajalah apa yang terjadi ini sebagai satu pengajaran dalam diri kamu untuk berubah menjadi lebih baik.”
Lelaki tua :“Tok Halim mahu menasihati kamu supaya janganlah bersikap sebegitu lagi. Sebagai seorang manusia, kita janganlah mengambil hak milik orang lain tanpa izin dan jangan sesekali suka menganiaya orang lain kerana perbuatan tersebut boleh merosakkan hubungan antara satu sama lain. Faham itu, Azman?” Azman :“Faham, Tok Halim. Saya berjanji tidak akan sesekali menganiaya orang lain terutamanya terhadap rakan-rakan saya di sekolah.” Lelaki tua :”Baguslah kalau kamu kata begitu. Kamu tinggal di mana? Marilah Tok Halim hantar kamu pulang ke rumah.” Azman :“Saya tinggal di Taman Seri Sentosa.” Lelaki tua : “Tok Halim pun tinggal berdekatan dengan kawasan perumahan kamu. Mari kita pulang bersama.” Azman :“Baiklah, Tok Halim.”
Mereka pulang bersama-sama dengan menaiki sebuah teksi.
Azman :“Terima kasih, Tok Halim kerana sudi membantu saya. Saya tidak akan lupa jasa Tok Halim terhadap saya.” Lelaki tua :”Sama-sama. Jangan lupa iya nasihat Tok Halim tadi.” Azman :“Baiklah, Tok Halim. Saya akan ingat nasihat itu” Lelaki tua :“Kalau begitu, Tok Halim minta diri dahulu ya.” Azman :“Baiklah, Tok Halim. Hati-hati ya.” Azman bersalaman dan mencium tangan Tok Halim. Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan orang baik seperti Tok Halim.
Kita janganlah bersikap nakal supaya tidak merosakkan diri sendiri. 1. Kita perlulah saling menolong antara satu sama lain supaya dapat membina hubungan yang erat. 2. Kita perlulah mendengar nasihat daripada orang tua supaya tidak ditimpa nasib malang. 3. Kita janganlah mengambil hak milik orang lain kerana perkara itu merupakan perbuatan yang jahat. 4. NILAI PENGAJARAN PENGAJARAN GLOSARI GLOSARI ranum = cukup masak nahas = kemalangan/kecelakaan lipas kudung = selalu bergerak dengan cepat/pantas ambil angin = bersiar-siar menganiaya = perbuatan yang menyeksa atau menyakiti manusia atau haiwan
Buku cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Azman. Azman bersifat nakal. Pada suatu hari, kejadian malang telah ditimpa oleh Azman. Adakah sejak dari hari itu, Azman menginsafi dirinya? Buku cerita ini bersesuaian dengan tahap pembacaan kanak-kanak sekolah rendah dan buku ini mengandungi nilai murni yang dapat dijadikan contoh teladan kepada kanak-kanak dalam kehidupan seharian.