The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahnaz Amiratul, 2023-04-01 22:11:52

Nilai Masyarakat Majmuk Di Malaysia Menarik Perhatian Warga Dunia

1AD02161-A34D-4764-9F46-0E15C826B3A5

Nilai Masyarakat Majmuk Di MALAYSIA KONSEP MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA SEJARAH MASYARAKAT MAJMUK LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PERPADUAN Menarik Perhatian Warga Dunia KEUNIKAN PERAYAAN YANG ADA DI MALAYSIA


ISI KANDUNGAN Muka Surat Prakata Pengenalan Bagaimanakah sejarah pembentukkan masyarakat majmuk di Malaysia Konsep masyarakat majmuk di Malaysia Komposisi etnik mengikut agama di Malaysia Cara mengekalkan perpaduan Keunikan perayaan di Malaysia Benarkah kepelbagaian budaya, perayaan jadi tarikan warga asing datang ke Malaysia Keunikan adat resam di Malaysia 3 budaya adat perkahwinan Makanan menjadi tarikan pelancong 3 faktor masyarakat majmuk 4 langkah mengatasi masalah perpaduan Kesimpulan Rujukan 1 2 3 4 5 6 7-8 9 10 11 12 13 14 15 16


Dari Meja Pengarang Assalamualaikum WBT & Salam Sihat Sejahterah kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam E-Folio tentang Nilai Masyarakat Majmuk Di Malaysia Menarik Perhatian Warga Dunia . Kami berasa bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana banyak perkara kami boleh pelajari seperti Bagaimankah sejarah pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia , Keunikan budaya , adat resam dan perayaan suatu kaum yang menjadi tarikan kepada warga asing untuk datang berkunjung ke Malaysia . Selain itu , banyak inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum seperti mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada hari perayaan , dan Hari Sukan Negara yang dihadiri oleh berbagai kaum . Kemeriahan tersebut adalah bukti perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di Malaysia . Seterusnya , tidak lupa juga kami ingin mengucapkan jutaan perhargaan terima kasih kepada pensyarah yang banyak membantu kami iaitu Puan Nurul Asma Binti Effendi . Beliau banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini , juga rakan rakan yang memberi kerjasama . Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini . Tajuk : NILAI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MENARIK PERHATIAN WARGA DUNIA Nama Penyarah : NURUL ASMA BINTI EFFENDI Subjek : PENGHAYATAN ETIKA & PERADfABAN (MPU21032) Editor 1 . SHAHNAZ AMIRATUL AIN THIAN MUI LENG 16DPR22F2023 2. NUR AQILA BALQIS BINTI ROHEZAT 16DPR22F2031 3. NUR QURATULNISHA MOHD AZHAR 16DPR22F2028 1


pengenalan 2


bagaimanakah sejarah pembentukan masyarakat majmuk di malaysia ? Credit:Google 3 Masyarakat majmuk merupakan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan,adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukkannya. Masyarakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah seperti etnik, agama, ideologi, Bahasa dan budaya. menurut kamus dewan (2005) , masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama sesuatu tempt dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina,India dan lainlain. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada bad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19 lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu . Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan ,pekerjaan dan Pendidikan.


KONSEP MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA DEFINISI Komposisi etnik di Malaysia terdiri daripada lima taburan peratusan penduduk mengikut kaum di Malaysia dimana peratusan antara kaumnya adalah Melayu 50.1%, Cina 22.6%, India 6.7%, Bumiputera lain 11.7%, Warga asing 8.2% dan Lain lain sebanyak 0.7%. Itu adalah peratus komposisi etnik yg terdapat di negara Malaysia ini . Terdiri daripada pelbagai kaum/Etnik yang mempunyai kebudayaan , agama , bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada dibawah sistem politik yang sama KOMPOSISI ETNIK Ini adalah contoh contoh komposisi dan suku kaum yg terdapat di negara Malaysia ini. Secara puratanya ialah sebanyak 23 kaum yg terdapat di Sabah dan Sarawak , 4 kaum yg terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asli. CONTOH KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA 4


KOMPOSISI ETNIK MENGIKUT AGAMA DI MALAYSIA Seperti kita tahu, di Malaysia terdiri daripada banyak bangsa di mana umumnya bangsa yang majoriti di Malaysia ini ialah bangsa melayu. Oleh itu, agama yang paling amnya ialah agama Islam. Tidak lupa juga kepada penganut yg lain dimana agamanya terdiri daripada agama buddha, kristian dan hindu. Ini semua agama yang secara amnya yg terdapat di Malaysia. Akan tetapi ada juga agama agama seperti yg lain yg tidak kita ketahui secara amnya seperti :- TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI SEGREGASI KE AMALGAMASI Tahap hubungan etnik di Malaysia boleh diukur sejak zaman penjajahan lagi. Oleh itu, perkembangan tahap hubungan etnik di Malaysia bermula dari tahap yang rendah hinggalah ke tahap yang tinggi. Apakah maksud tahap rendah kepada tahap lebih tinggi tersebut? persoalan ini dapat dilihat dalam konsep-konsep berikut iaitu bermula dalam segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. 1.SEGREGASI Pada peringkat pertama tahap hubungan antara kaum atau entik di tanah Melayu yang bersifat pemisahan dapat dilihat melalui tempat tinggal , sistem pendidikan , pekerjaan dan pergaulan . Keadaan ini ketara semasa pendudukan british di tanah Melayu dahulu. 2. AKOMODASI Proses di mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahan budaya dan nilai hidup masing- masing. 4. ASIMILASI Proses percatuan dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan indentiti yang sama. proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan. dengan kata lain proses asimilasi akan belaku apabila adanya: (a) Etnik yang mempunyai budaya yang berbeza. (b) Etnik-etnik tersebut sentiasa berinterasi. (c) Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama. 5. AMALGAMASI Satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum becampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu. ia biasanya berlaku melalui perkhawinan campur atara etnik atau kaum. 3. AKULTURASI Suatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok budaya itu dari budaya lain. walau pun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-unsur budaya etnik lain, ia tidak menyebabkan kehilangan identiti asla kaum atau etnik yang menerimanya. keadaan ini dapat dilihat dari segi makanan, pakaian dan sebagainya. 5


CARA ME N G E KAL KAN P E R PAD UAN Diperkenalkan oleh J.S Furnivall Masyarakat hendaklah meningkatkan penghayatan terhadap rukun negara. Selain itu , menghormati perlembagaan negara . Bagi mengelakkan berlakunya sebarang pergaduhan isu isu sensitif antara kaum lain tidak perlu dibangkitkan . Masyarakat setempat memainkan peranan yang sangat penting untuk mewujudkan suasana yang harmoni "Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan”. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 31 Oktober 1995, Kuala Lumpur Pelancaran Keris Motion Sdn Bhd 6


Keunikan perayaan di Malaysia Kemajmukan rakyat menjadikan kepelbagaian kebudayaan negara. Penduduk yang berbilang kaum ini menyambut pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun dalam keadaan yang meriah serta muhibah. Dalam setiap perayaan, tradisi mengadakan rumah terbuka telah memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi memeriahkan perayaan tersebut. Perayaan tahunan seperti Hari Raya Aidilfitri , Krismas, Deepavali dan Tahun Baharu Cina adalah perayaan yang memanfaatkan semua kaum dari segi memupuk keharmonian , keamanan dan perpaduan antara kaum "Rakyat Malaysia harus berasa berbangga kerana dapat meraikan pelbagai perayaan dalam keadaan aman dan damai. Sejak merdeka , tugas yang penting bagi setiap rakyat adalah menyumbang ke arah perpaduan negara serta berusaha meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan sosial negara kita . Perpaduan adalah kunci kepada kejayaan negara . Oleh itu, rakyat perlu menggunakan setiap peluang yang ada untuk mengukuhkan semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti yang membabitkan semua kaum" Tan Sri Lee Lam Thye Pemegang amanah yayasan 1Malaysia 7


Perayaan masyarakat melayu Hari Raya Awal Muharram Maulidur Rasul Perayaan Masyarakat Cina Tahun BaruCina Perayaan Bot Naga Pesta Kuih Bulan Dan Tanglung Perayaan Masyarakat India Deepavali Thaipusam Thaiponggal Perayaan Masyarakat Sabah Dan Sarawak Pesta Gawai Dayak Pesta Kaamatan Pesta Kaul Melanau Kami Anak Malaysia 8


BENARKAH KEPELBAGAIAN BUDAYA, PERAYAAN JADI TARIKAN WARGA ASING DATANG KE MALAYSIA ? Kepelbagaian budaya dan perayaan yang diraikan masyarakat pelbagai kaum berupaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk mengunjungi negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata salah satu perayaan yang disambut secara meriah oleh pelbagai kaum di Malaysia ialah sambutan Tahun Baru Cina. “Saya berasa bangga kerana sambutan Tahun Baru Cina peringkat Perak berlangsung dalam suasana meriah apabila dihadiri lebih 10,000 tetamu yang mewakili lapisan masyarakat termasuklah kaum Orang Asli dan juga pelancong asing. Sambutan ini juga melambangkan konsep 1Malaysia dan kehadiran ramai tetamu ini juga merupakan satu petanda baik kepada usaha kita untuk mengekalkan keharmonian yang sedia terjalin selama ini,” katanya kepada pemberita di Chendering, dekat Tapah, malam tadi. Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berkenan mencemar duli memeriahkan sambutan itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Mengulas lanjut, Hang Soon menegaskan kepelbagai budaya yang diwarisi rakyat juga menjadi kelebihan untuk menarik lebih ramai pelancong melawat negara ini. “Sambutan seperti ini menjadi tarikan kepada pelancong asing untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama rakyat jelata, sekaligus mewar-warkan kepada mereka keunikan dan kelebihan yang kita miliki,” katanya lagi. Pelancong tidak lepaskan peluang sertai rumah terbuka Rusli yang berasal dari Bangladesh dan telah menetap selama 18 tahun di sini berkata di negara asalnya tiada sambutan seumpama ini. “Inilah pertuama kali saya tengok perayaan orang India dan ia turut melibatkan pelbagai bangsa,” katanya yang ditemui di Batu Caves. Pelancong dari Belanda, Daura Roetman berkata beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves, di sini apabila diberitahu tentang sambutan perayaan itu. “Kami melancong dua minggu di Malaysia dan baru tiba di Kuala Lumpur tiga hari lepas. Apabila tahu ada sambutan Deepavali, kami tidak mahu melepaskan peluang untuk turut menyertainya kerana ia peluang terbaik untuk kami melihat secara dekat kebudayaan orang India di sini,” katanya kepada Bernama di sini. 9


Adat yang diwarisi secara turun temurun bagi mengekalkan sesuatu kaum. KEUNIKAN ADAT RESAM DI MALAYSIA Kepelbagaian kaum dan sejarah yang panjang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan latar budaya yang berbeza. Definisi Adat Resam ’’ Adat Perkahwinan Malaysia merupakan negara yang mempunyai adat istiadat dan budaya perkahwinan tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Terdapat persamaan dan perbezaan adat resam perkahwinan pelbagai kaum dan adat perkahwinan ini diwarisi secara turun-temurun. Kepelbagaian kaum dan sejarah yang panjang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan latar budaya yang berbeza. Mereka bebas mengamalkan adat resam dan kebudayaan sendiri tanpa halangan selagi ianya tidak menimbulkan sensitiviti manamana kaum. . Peraturan ini menjadi kebiasaan dan tabiat semulajadi manusia . Ianya menjadi satu kemestian yang perlu diikuti dari generasi ke generasi yang lain agar dapat dikekalkan tradisi sesuatu kaum. Adat merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian 10


3 Budaya Adat Perkahwinan MELAYU Adat merisik & melamar diadakan sebelum bertunang. Barang-barang hantaran dalam bilangan ganjil. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara akad nikah. Hari pertunangan perlu berdasarkan kalendar Cina. Upacara minum the untuk mengeratkan perhubungan. Majlis perkahwinan diadakan secara besar- besaran. CINA 11 INDIA Istiadat pertunangan diadakan sebelum perkahwinan. Hari & waktu perkahwinan ditentukan mengikut kalendar Hindu. Lambang perkahwinan ialah pengikatan “thali”. Pelancong India pilih Malaysia lokasi anjur majlis perkahwinan Mahani Ishak Oktober 16, 2019 @ 8:23pm [email protected] KUALA LUMPUR: Malaysia optimis mencapai sasaran satu juta pelancong India tahun depan yang sebahagian besar daripada mereka memilih negara ini sebagai destinasi penganjuran majlis perkahwinan. Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mohmed Razip Hasan, berkata sasaran itu dijangka mencatat jumlah perolehan bernilai RM4 bilion. Beliau berkata, pihaknya meneruskan pelbagai aktiviti mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan, bertepatan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020). Katanya, infrastruktur pelancongan sempurna antara tarikan ramai pelancong India ke negara ini. Faktor lain termasuk penggunaan bahasa Inggeris secara meluas mampu melancarkan proses komunikasi, selain tukaran mata wang yang stabil. “Malaysia menjadi tarikan pelancong dari India yang memilih negara ini majlis perkahwinan, berbulan madu sekali gus menyumbang kepada sebahagian besar perolehan.


Makanan menjadi tarikkan pelancong Malaysia memiliki pelbagai jenis restoran hampir setiap Bandar dan pekan. Terdapat Restoran Melayu , Restoran Cina , Restoran India dan banyak lagi. Makanan di Malaysia adalah pengalaman ilmu pengetahuan tentang makanan enak yang sebenar. Terdapat pilihan yang menarik seperti masakan Melayu yang pedas, kepelbagaian makanan Cina yang bagaikan tiada kesudahannya, hidangan eksotik dari utara dan selatan india. Hidangan masyarakat Malaysia yang terkenal adalah termasuk sate, nasi lemak, rendang, roti canai, murtabak, laksa, nasi ayam, mi goreng dan sebagainya. Sebagai tambahan rangkaian makanan segera antarabangsa juga beroperasi di bandar-bandar utama berdekatan dengan ribuan gerai jalanan dan pasar malam. Pada bulan mac 2023 ini masyarakat yang beragama Islam sedang menjalani ibadah berpuasa iaitu dikenali juga sebagai bulan ramadan. Justeru , menjelang bulan yang mulia ini kemeriahan bazar Ramadan antara yang dinantikan dan dalam masa yang sama menjadi tempat tarikan pelancong. Suasana meriah dengan kehadiran para pelancong asing setiap hujung minggu, masing-masing berpeluang menikmati juadah di bazar ramadan. Populariti bazar ramadan ini melonjakkan namanya sebagai produk pelancongan wajib kunjung khususnya dalam kalangan pelancong domestik dari luar. Bazar ramadan Kampung Baru dan Jalan Tar yang terletak di Kuala Lumpur antara yang popular dikalangan pelancong kerana telah menjalankan program berbuka puasa di Jalan Raja pada setiap hujung minggu, popular di kalangan pelancong memperoleh makanan kegemaran yang hanya dijual setahun sekali. 12


3 Faktor Masyarakat Majmuk Perkembangan ekonomi kapitalis Perkembangan ekonomi kapitalis menyebabkan perbezaan dalam fungsi ekonomi antaranya seperti perkembangan ekonomi komersial yang di dorong oleh gologan imigran Cina yang terlibat dalam bidang perniagaan dan perlombangan biji timah. Pengalaman budaya yang berbeza Hubungan sosial dalam kalangan Cina tidak erat kerana mempunyai dialek berbeza. Orang India pula terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik seperti Tamil, Telengu, Punjabi dan sebagainya. Mereka terus mengekalkan budaya masing-masing seperti pakaian, adat resam, makanan dan perayaan. Perbezaan agama Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan pertempatan yang baru tersebut. Mereka juga membina rumah ibadat di kawasan penempatan masingmasing. Orang Melayu beragama Islam, orang India sebahagian besarnya beragama Hindu manakala orang Cina pula beragama Budha. 13


4 Langkah mengatasi masalah perpaduan Menjadikan aspek sosial sebagai salah satu langkah untuk mengekalkan perpaduan penduduk berbilang kaum. Interfasi ekonomi seperti melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) agar jurang kemiskinan dapat dikurangkan dengan seimbang. Menyeragamkan sistem pendidikan seperti menyemai dan memupuk semangat perpaduan dengan bermulanya di sekolah. Penyatuan fahaman politik dengan mewujudkan persefahaman dalam politik yang sama untuk mewujudkan serta mengekalkan perpaduan. 14


Kesimpulan Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain. Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain. Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini. 15


RUJUKAN http://faizolsubhi.com/2011/04/faktorfaktor-pembentukan-masayrakat.html http://www.scribd.com/doc/133557329/Lang kah-langkah-mengatasi-masalah-perpaduan https://peraktoday.com.my/2014/02/kepelbagaianbudaya-perayaan-jadi-tarikan-pelancong-lawatmalaysia/ 16 https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lainlain/2019/10/618524/pelancong-india-pilih-malaysialokasi-anjur-majlis


SEKIAN


Click to View FlipBook Version