NAMA PELAJAR NO. PENDAFTARAN ANIS NABILAH BINTI NORZAIDI 03DPW23F1042 MUHAMMAD AMIERUL HAIQAL BIN ZAIZULAZIZI 03DPW23F1044 AFIQ IKHWAN BIN ISMAT 03DPW23F1046 AMELIA RAHAYU BINTI MUHAMMAD ALI HUSEIN 03DPW23F1048 MUHAMMAD DANISH HAIKAL BIN ABDUL RAHMAN MADRI 03DPW23F1050 KOD KURSUS: MPU21032 NAMA KURSUS: Penghayatan Etika Dan Peradaban TAJUK: Sukan Dan Perpaduan NAMA PENSYARAH: Puan Nur Sobriah Binti Abu Bakar SESI PENGAJIAN: 2023/2024 E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
ISI KANDUNGAN BIL. TAJUK HALAMAN 1. PENGHARGAAN 1 2. PENGENALAN 2-3 3. DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN 4 4. PERANAN SUKAN DALAM MENYATUKAN PERPADUAN KAUM 5-7 5. IMPAK SUKAN TERHADAP KAUM 8-9 6. FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN 10 7. USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR 11-12 8. KESIMPULAN 13 9. RUJUKAN 14 10. LAMPIRAN 15
PENGHARGAAN Selamat sejahtera.Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami,Puan Nur Sobriah kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan dengan jelas sekali. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan efolio ini.Tidak lupa juga dengan rakanrakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami. Akhir sekali,saya ingin mengucapakn sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat folio ini secara langsung dan secara tidak langsung. 1
PENGENALAN Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya. Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. 2
PENGENALAN Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. “Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan agama,”. Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. “Oleh yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah amat penting sebagai satu landasan untuk melahirkan pelajar yang cergas, dinamik serta bersatu padu,” jelasnya. Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk pelajar yang cergas dan patuh kepada peraturan. 3
DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN Apa itu sukan ? -Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Apa itu perpaduan ? - Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosoilogi ataupun sains kemasyarakatan. 4
PERANAN SUKAN DALAM MENYATUKAN PERPADUAN KAUM Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza. 5
Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan sematamata atlet yang terlibat. . PERANAN SUKAN DALAM MENYATUKAN PERPADUAN KAUM 6
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat' PERANAN SUKAN DALAM MENYATUKAN PERPADUAN KAUM 7
IMPAK SUKAN TERHADAP KAUM Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malah terbuka kepada sesiapa yang berminat. Di peringkat sekolah, sukan menjadi aktiviti kokurikulum yang digalakkan. Majlis sukan sekolahsekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan 1. 2. Sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan oleh sesebuah negara itu bakal menjana pertumbuhan ekonomi negara juga. Usaha menganjurkan sukan bertaraf dunia memerlukan pembinaan stadium serta kemudahan awam lainnya. Aktiviti sebegini memerlukan sejumlah modal yang besar untuk memastikan semua berjalan lancar. Sesungguhnya, aktiviti sukan boleh memajukan sektor ekonomi negara dengan begitu mudah 8
IMPAK SUKAN TERHADAP KAUM Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan pada masa sama menerapkan disipin dan integriti dalam kalangan peserta. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. 3. 4. Memupuk semangat setia kawan, sebagai contoh pasukan bola sepak Harimau Malaya terdiri daripada bangsa Melayu, India dan Cina. Aktiviti sukan juga mampu memupuk semanagat setia kawan dalam diri masingmasing.Di sini kita dapat lihat bahawa sistem pendidikan kita telah menerapkan perkara ini sejak dibangku sekolah lagi. 9
FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN Sukan dapat mengeratkan hubungan muhibah dan menerapkan rasa saling hormat dalam kalangan peserta. Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara. 10
USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR Penubuhan sekolah sukan bukit jalil untuk menempatkan murid yang mempunyai potensi dalam bidang sukan. Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diwujudkan melalui tahun 2011 11
USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR Setiap tahun kejohanan Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia dianjurkan. Pengenalan rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986 12
KESIMPULAN Berdasarkan laporan yang dilaksanakan aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Selain itu Sukan dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan, rakyat Malaysia juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. 13
RUJUKAN https://anyflip.com/bpfaa/oree/basic https://anyflip.com/sanjb/mbfg/basic https://shellyfenx.blogspot.com/2020/10/efolio-penghayatan-etika-danperadaban.html https://penegaksukannegara.blogspot.com/ 2020/09/sukan-dan-perpaduan.html 14
LAMPIRAN 15