The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM
Susunan Husnaa Dzakiyyah Azrin
Future Leaders Class of 2021
SK Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azrienz7, 2021-04-19 13:38:38

TUN TAN SRI DR. HAJAH FATIMAH BINTI HAJI HASHIM

TOKOH NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM
Susunan Husnaa Dzakiyyah Azrin
Future Leaders Class of 2021
SK Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor

Keywords: Tun Fatimah,Tun Fatimah Hashim,Tokoh Wanita,Tokoh Johor,Fatimah Hashim,Buku Skrap,SLB,DSLB,JSLB,Pemimpin,Hari Wanita,Malaysia,UMNO,Wanita UMNO,Merdeka

TOKOH

NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah binti Haji Hashim



Buku skrap ini didekasikan untuk… i
Ibu yang tercinta… Hazlinawati binti Alias
Ayah yang tersayang… Azrin bin Zakaria

Adik-adik yang dikasihi…
Muhammad Syukri Al Hadi bin Azrin
Muhammad Saif Al Haqq bin Azrin

Hannannur Dzaakirah binti Azrin

Serta guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa dalam doa dan ingatan…
Tadika Kemas Bukit Tok Bilal, Kampung Delong, Dungun, Terengganu
Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu
Sekolah Kebangsaan Tok Kah, Dungun, Terengganu
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor

Husnaa Dzakiyyah binti Azrin

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah,
Iskandar Puteri - 2021



Setitis Tinta Sejuta Harapan…

Buku skrap digital ini diilhamkan oleh saya berdasarkan inspirasi tokoh pilihan saya
yang berasal dari Negeri Johor Darul Ta’zim.

Tokoh yang dimaksudkan adalah Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah binti Haji Hashim
yang merupakan seorang wanita yang selayaknya menjadi ikon atau idola
kepada semua wanita di luar sana kerana kegigihan, kecekalan, kesungguhan dan
ketabahan beliau sehingga berjaya menempa nama dalam beberapa bidang
penting dalam negara seperti politik, kebajikan dan pendidikan yang beliau
merupakan antara pelopornya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan
kepada ibu bapa saya yang sentiasa menyokong usaha saya ini. Selain itu,
setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Guru Besar, barisan
pentadbir sekolah dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah,
Iskandar Puteri yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada saya apabila
diperlukan terutama Encik Muhammad Khairul Fadzir bin Zainal dan Encik
Muhammad Syakirin bin Arifin.

Semoga buku ini mampu menjadi sumber maklumat mengenai tokoh ini dan
seterusnya memberi manfaat kepada semua pembaca dalam menginspirasikan
kejayaan kita semua di masa hadapan untuk mencipta kejayaan dan keunggulan
demi memartabatkan Malaysia di peringkat global.

ii



Nama Penuh : Husnaa Dzakiyyah binti Azrin

Nama Kelas : Future Leaders’ Class of 2021

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor

Alamat Emel : [email protected]

Tarikh Lahir : 16 Julai 2009

Tempat lahir : Hospital Sultanah Aminah , Johor Bahru

Nama Ibu : Hazlinawati binti Alias

Nama Bapa : Azrin bin Zakaria

Bilangan Adik Beradik : 4 orang

Kedudukan Dalam Adik Beradik : Anak Sulung

Falsafah Hidup :

“Jika kita bersyukur dengan apa yang kita ada kita tidak akan perlu risau dengan apa yang bukan milik kita”

Matlamat Jangka Pendek :

Mencatat keputusan cemerlang dalam semua subjek dan memenuhi kriteria untuk ke Sekolah Tun Fatimah

Husnaa Dzakiyyah Binti Azrin Matlamat Jangka Panjang :

Menjadi Usahawan F&B yang mampu menginfaqkan jutaan ringgit untuk kemakmuran ekonomi ummah

Tak Kenal Maka Tak Cinta… iii



Senarai Kandungan… i
1. Dedikasi ii
2. Setitis Tinta Sejuta Harapan iii
3. Tak kenal,Maka Tak Cinta iv
4. Senarai Kandungan 1
5. Pendahuluan 2
6. Biodata Tokoh 3
7. Potret Keluarga 4-5
8. Keluarga Tokoh 6
9. Pendidikan Tokoh 7-9
10. Kerjaya Tokoh 10-11
11. Sumbangan Tokoh 12
11. Nilai Kepemimpinan Tokoh – Sumber Inspirasi Generasi Kini 13
12. Anugerah Dan Penghargaan Kepada Tokoh 14-15
13. Legasi Tokoh 16
14. Trivia Tokoh 17
15. Penutup 18-19
16. Rujukan

iv



Buku skrap ini akan mengupas tentang seorang tokoh yang berasal dari Negeri Johor Darul P
Ta’zim. Beliau merupakan seorang wanita yang merupakan seorang pemimpin yang memang E
dilahirkan untuk memimpin. N
D
Perjalanan hidup beliau sedari lahir, dibesarkan, menerima pendidikan awal dan terhenti A
pendidikan menengahnya lantaran penjajahan. Situasi tersebut telah mendewasakannya dan H
menyuntik semangat patriotisme sehingga diangkat memimpin para ibu untuk sama-sama U
memperjuangkan kemerdekaan negara. L
U
Saat diberi peluang menggalas tanggungjawab memimpin sebagai menteri wanita pertama, A
beliau pantas dan tegas menangani isu-isu berkaitan diskriminasi wanita dan kebajikan N
golongan marhaen. Beliau mengundurkan diri dari arena politik setelah menerima kekalahan
dengan sahabat baiknya untuk menjawat jawatan tertinggi pimpinan wanita dalam partinya.

Pengunduran diri beliau dari arena politik, tidak menjauhkan dirinya dengan masyarakat.
Beliau terus menabur budi dan bakti dalam bidang pendidikan, komuniti, politik dan
perjuangan hak wanita sehingga diangkat sebagai penerima anugerah tertinggi negara yang
melayakkannya bergelar Tun.

1



BIODATA TOKOH

Nama Penuh : Hajah Fatimah binti Haji Hashim

Gelaran : Tun Tan Sri Dr.

Tarikh Lahir : 25 Disember 1924

Tempat Lahir : Parit Keroma, Muar, Johor

Tarikh Meninggal Dunia : 9 Januari 2010

Tempat Meninggal Dunia : Kuala Lumpur, Malysia

Pasangan : Tan Sri Abdul Kadir Yusof
Anak-Anak : Datin Mariam Abdul Kadir

Encik Mohamed Shah Abdul Kadir
Profesor Emeritus Dato' Dr Khalid Abdul Kadir
Datuk Ali Abdul Kadir
Encik Abdul Karim Abdul Kadir
Puan Faridah Abdul Kadir

2

POTRET KELUARGA

Tun Tan Sri Dr Hajah Fatimah Haji Hashim dan suaminya telah dikurniakan 6 orang anak, 19 cucu dan 11 orang cicit

3

KELUARGA TOKOH

Pasangan Hidup Dan Anak-anaknya

Tun Tan Sri Hajah Dr. Fatimah binti Haji Hashim telah bertemu jodoh dengan pasangan hidupnya Tan Sri Dato’ Haji Abdul Kadir bin Haji Yusof.
Suaminya juga merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi yang berasal dari Nejeri Johor Darul Ta’zim. Beliau dilahirkan di Parit Sakai, Muar,
Johor pada tanggal 10 September 1917. Mereka mempunyai perbezaan umur sebanyak 7 Tahun. Suami beliau merupakan seorang yang aktif dalam
bidang politik terutama dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Barisan Nasional. Suaminya juga pernah menjawat jawatan
Peguam Negara (1963-1977) dan menerajui Kementerian Undang-Undang sebagai Menteri Undang-Undang (1974-1978). Selain itu suami beliau juga
pernah menjawat jawatan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (1978-1982). Pasangan hidup beliau telah kembali menemui Penciptanya
pada tanggal 18 April 1992 akibat barah paru-paru dan telah disemadikan di Makam Pahlawan, Kuala Lumpur.

4

Datin Mariam Abdul Kadir, Ketua Anak perempuan sulungnya, Datin Mariam Abdul Kadir merupakan bekas Pengarah Perpustakaan Negara
Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Manakala anak kedua beliau, Mohamed Shah Abdul Kadir kini menjadi Pengerusi McDonald's
Malaysia (1990-1999) Malaysia dan juga Pengasas Tabung Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMCC). Anak ketiga beliau
pula, Prof Emeritus Dato' Dr Khalid Abdul Kadir merupakan Pengarah Hospital UKM, Bangi, dan Dekan
Perubatan di Monash University Malaysia kini Pengerusi Thompson Hospital. Seterusnya anak keempat beliau,
Datuk Ali Abdul Kadir pernah menjadi akauntan di firma akauntan Ernst & Young dan kini sebagai Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti (SC). Anak kelima beliau pula, Abdul Karim Abdul Kadir bekas Pengurus Besar Bahagian
Pengurus Perniagaan di sebuah Firma di Jepun, Toa Corporation, kini pengasas sebuah syarikat penyelidikan,
pembangunan dan pengkomersialan buluh di Malaysia. Akhir sekali, anak bongsu beliau, Faridah Abdul Kadir
pula sebagai menjawat jawatan Penasihat Bank Pelaburan Denmark.

Mohamed Shah Abdul Kadir, Pengerusi Professor Dato' Dr Khalid bin Tan Sri Abdul Kadir,
McDonald's Malaysia dan juga Pengasas Pengarah Hospital UKM
Tabung Kebajikan Ronald McDonald's
Malaysia (RMCC) 5



PENDIDIKAN TOKOH 6

Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah telah menerima pendidikan
awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, Muar,
kerana ketika itu belum ada sekolah untuk murid perempuan
di kampung tersebut. Beliau kemudian menyambung
pelajarannya di Sekolah Melayu Perempuan Mersing tetapi
telah terhenti kerana pendudukan Jepun di Tanah Melayu
ketika itu. Sesudah berkahwin dan menetap di Johor Bahru,
beliau belajar Bahasa Inggeris di sekolah malam dengan
seorang guru yang mengajar di Sekolah Convent Johor Bahru
semasa.

Pada Tahun 1975, atas sumbangan dan pencapaian beliau
pada ketika itu, Universiti Malaya telah menganugerahkan
beliau Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang. Kemudian
pada tahun 2000, Universiti Teknologi Malaysia telah
menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor
Pendidikan.



KERJAYA TOKOH

Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah mula menceburkan diri dalam arena politik pada
tahun 1947 sebagai seorang ahli dalam UMNO dengan memakai nombor 315.

Pada tahun 1948 beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Cawangan Kaum Ibu
Kampung Nong Chik Johor Bahru yang ditugaskan mengutip yuran dan mencari

ahli. Di samping itu beliau pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha
UMNO Cawangan Johor Bahru (Ketika itu Y.Bhg. Datin Suhaila sebagai
Setiausaha) dan pernah menjadi wakil Kaum Ibu UMNO.

Beliau kemudiannya telah berpindah ke Kota Tinggi kerana mengikut suami
beliau sebagai Majistret dan semasa di sana beliau mendapat kepercayaan
menjadi Naib Ketua Kaum Ibu UMNO Kota Tinggi. Di sana beliau sempat

membuka kelas dewasa yang diadakan di rumah beliau sendiri untuk membantu
penduduk-penduduk yang buta huruf. Di antara tahun 1951-1953, beliau telah
memegang jawatan Setiausaha Pergerakan Kaum Ibu UMNO Johor.

7

Usaha-usaha beliau ini terpaksa diberhentikan kerana mengikut suami beliau melanjutkan pelajaran ke
England. Setelah pulang dari luar negara pada bulan Jun 1955, beliau aktif semula dalam politik di Negeri
Perak dan sama-sama terlibat dalam kempen pilihanraya dan menjadi wakil Parti Perikatan untuk menjaga
pengundi-pengundi dalam piliharaya yang diadakan pada bulan Julai 1955. Sekali lagi selepas itu pemimpin-
pemimpin UMNO negeri datang menemui beliau dan meminta jasa baik beliau supaya menyusun semula
Pergerakan Kaum Ibu UMNO kawasan Ipoh dan beliau telah dipilih menjadi ketua. Beliau kemudiannya
dipilih pula untuk memimpin pergerakan UMNO Negeri Perak dalam mesyuarat perhimpunan Agong pada
bulan April 1956.Pada penghujung tahun 1958, beliau telah mengikut suaminya bertugas di Kedah Beliau
telah bertanding dalam pilihanraya bagi Kawasan Jitra/Padang Terap dan menjadi ahli parlimen kawasan
tersebut sehingga 20 Mei 1969. Beliau juga telah dilantik menjadi menteri wanita yang pertama dalam
Kerajaan Malaysia dengan memegang portfolio Menteri Kebajikan Am dari 20 Mei 1969 hingga akhir
Februari 1973.

8

Beliau telah memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO selama 16 tahun dan melepaskan jawatan tersebut setelah kalah dengan
sahabat seperjuangan Tan Sri Aishah Ghani. Setelah itu, beliau juga melepaskan jawatan menteri yang disandangnya untuk memberi laluan
kepada sahabatnya tersebut. Seterusnya kerjaya beliau telah beralih kepada menerajui Pertubuhan Wanita Kebangsaan di mana di bawahnya
terdapat lebih 100 NGO Wanita selama 24 tahun bermula pada tahun 1965 dan telah bersara pada tahun 1989. Selain itu, beliau juga turut aktif
berperanan dalam komuniti dan organisasi kebajikan, kesihatan dan perdidikan sebagai Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan
Masyarakat, Ahli Majlis Universiti Malaya, Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta, Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh, Ahli
Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya, Ahli Jawatankuasa Majlis Pepaduan Kebangsaan Malaysia dan Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit
Merah. Pada tahun 1995 beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia.

9



SUMBANGAN TOKOH

Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah binti Haji Hashim merupakan pencetus kepada Perayaan Hari
Wanita di Malaysia. Beliau telah mengilhamkan tanggal 25 Ogos 1962 diisytiharkan sebagai
Hari Wanita dan perayaan tersebut masih kekal diraikan pada Tarikh tersebut hingga ke hari ini
sebagai mengiktiraf sumbangan dan kepentingan wanita kepada masyarakat.

Melalui perjuangan beliau dalam menerajui Pertubuhan Wanita Kebangsaan, beliau telah
berjaya mengangkat martabat wanita dalam sektor pekerjaan di mana pekerja wanita diberi gaji
sama dengan pekerja lelaki bagi pekerjaan yang sama dan diberikan status pekerja tetap serta
diperuntukkan dana pencen.

Selain itu, perjuangan beliau dalam pertubuhan tersebut telah membawa beberapa perubahan
dalam perundangan negara bagi melindungi dan memelihara hak-hak wanita dan
kedudukannya dalam masyarakat terutamanya dalam perundangan syariah.

10

Beliau telah memperjuangkan hak wanita untuk menuntut hak-hak
mereka seperti nafkah dan hadanah sesuai dengan tuntutan Islam. Beliau

juga telah mencadangkan penubuhan Pusat Pendaftar di pejabat agama
bagi pendaftaran pernikahan dan perceraian bagi melindungi keselamatan

dan kebajikan wanita. Selain itu, beliau juga turut memperjuangkan
tuntutan hak wanita bagi harta sepencarian bagi pasangan yang berpisah.

Saranan beliau untuk meletakkan nama isteri sebagai pemilik bersama
bagi tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau FELDA
telah diterima untuk dilaksanakan bagi menjamin masa depan isteri dan

anak-anak setelah ketiadaan suami bagi menyekat harta tersebut
difaraidkan kepada ahli keluarga yang lain.

Dalam bidang Pendidikan, beliau sebagai seorang yang berpengaruh
telah mempromosikan kepentingan menuntut ilmu untuk meneroka
bidang sains dan teknologi. Beliau juga memperkasa peranan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru sebagai organisasi yang menyokong kemajuan sistem

pendidikan.

11

Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah binti Haji Hashim sememangnya tokoh wanita ulung yang
nilai kepimpinannya wajar dicontohi generasi kini. Antara nilai kepimpinan tersebut adalah

beliau memiliki semangat waja dalam menuntut ilmu dan mendapatkan pendidikan.
Sebagai seorang pemimpin, ilmu adalah asset penting untuk memberi panduan kepada kita
bagi membuat keputusan yang bukan berdasarkan rasional dan emosi semata-mata. Beliau
bukan sahaja membuktikan pendidikan adalah satu keperluan tetapi telah memperkasakan
tuntutan menjadi ilmuan kepada setiap individu yang ingin menjadi pemimpin yang hebat.

Selain itu, nilai kepimpinan yang wajar dicontohi daripada beliau adalah kecekalan,
kesungguhan dan ketegasan itu adalah sesuatu yang penting dalam memperjuangkan
sesuatu. Beliau merupakan pemimpin yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa berjuang
berhabis-habisan bagi menuntut hak, keadilan dan kebajikan wanita. Sebagai seorang

pemimpin wanita yang mempunyai peranan sebagai seorang isteri
dan juga ibu, tanggungjawab di rumah tidak boleh dikesampingkan oleh
pemimpin itu dengan alasan kesibukan di lapangan. Buktinya beliau seorang
isteri yang sentiasa mendokong kejayaan suaminya dan ibu yang berjaya melahirkan dan
mendidik anak-anak sehingga berjaya dan menempa nama dalam bidang yang diceburi.

NILAI KEPIMPINAN TOKOH Sumber Inspirasi Generasi Kini
12



31 Ogos 1958: Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh Yang di-
Pertuan Agong yang membawa gelaran 'Tan Sri’.

1975: Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya

2000: Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan oleh Universiti Teknologi
Malaysia

2003: Seri Setia Mahkota (S.S.M) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong yang membawa gelaran 'Tun’.

19 Ogos 2009: Anugerah Merdeka - beliau seorang daripada
empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima

Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.

ANUGERAH DAN PENGHARGAAN KEPADA TOKOH

13



LEGASI TOKOH 14

Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah binti Haji Hashim telah meninggal dunia pada 9 Januari 2010, jam 11.35 malam dalam usia 85 tahun
kerana sakit tua. Walaupun beliau telah pergi meninggalkan kita di dunia ini, namun beliau telah menitipkan beberapa legasi beliau
untuk manfaat kita semua. Antara legasi terbesar dan terpenting tokoh ini adalah Yayasan Kadir & Fatimah yang menganugerahkan
Pingat Tun Fatimah kepada graduan wanita yang paling aktif dalam aktiviti kemasyarakatan buat pertama kalinya pada tahun 2007.
Ianya adalah anugerah tahunan khas buat para graduan wanita dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Universiti
Teknologi Malaysia.

Selain itu, sebuah sekolah menengah di Johor Bahru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 3 telah ditukar nama mengambil
sempena nama beliau kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah Hashim. Selain itu juga, Universiti Kebangsaan Malaysia telah
mewujudkan sebuah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim sebagai mengiktiraf sumbangan dan ketokohan beliau sebagai seorang
pemimpin wanita unggul. Manakala sebuah buku biografi mengenai beliau, Tan Sri Fatimah Hashim telah ditulis oleh Dr. Nik Safiah Karim
dan Dr. Rokiah Talib telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003. Mahathir menyifatkan
buku itu tentang perjuangan menuntut kemerdekaan dan berguna kepada generasi muda.

15

TRIVIA TOKOH

• Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah merupakan wanita pertama yang
dilantik sebagai Menteri Kabinet di Malaysia

• Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah dan suaminya Tan Sri Dato’ Haji
Abdul Kadir merupakan pasangan suami isteri pertama yang
menjawat jawatan menteri dalam Kabinet di Malaysia.

• Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah pernah dirompak wang tunai dan
barang kemas yang berjumlah melebihi RM2 juta oleh pekerja
yang membaiki sistem perpaipan di rumahnya.

• Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah merupakan wanita pertama yang
disemadikan di Makam Pahlawan, Kuala Lumpur.

• Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah disemadikan bersebelahan
dengan makam suaminya di Makam Pahlawan, Kuala Lumpur.

16



PENUTUP

Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah binti Haji Hashim adalah sosok yang paling
layak sebagai negarawan wanita ulung yang mempelopori tunggak
kepemimpinan wanita negara.
Beliau juga sosok yang tanpa lelah memperjuangkan pengiktirafan dan
kesamarataan layanan terhadap wanita dalam sektor pekerjaan selain menjadi
teraju dalam bidang kebajikan.
Beliaulah idola saya dan idola wanita seluruh Malaysia bagi meneruskan
legasi kepimpinan wanita dan kebajikan masyarakat.
Semoga jasa, sumbangan dan pengorbanan yang beliau telah curahkan
menerima balasan yang baik di sisi Tuhan Yang Maha Esa.
Al-Fatihah

Husnaa Dzakiyyah binti Azrin
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri

17



RUJUKAN

The Straits Times, 6 Jun 1969, Mukasurat 7; Tan Sri Fatimah memberikan bungkusan makanan untuk keluarga India yang dilanda oleh rusuhan
The Straits Times, 7 Julai 1972, Mukasurat 6 ; Tan Sri Fatimah umum berhenti jawatan sebagai Menteri Kebajikan A
Wanita Umno page Archived 16 November 2007 at the Wayback Machine
"First Woman Minister Tun Fatimah Dies". Bernama. 10 January 2010. Retrieved 10 January 2010.
"Tun Fatimah Bt Haji Hashim". National Archives of Malaysia. Retrieved 2 October 2018.
"Tun Fatimah Bt Haji Hashim". National Archives of Malaysia. Retrieved 2 October 2018. (in Malay)
Edwards, Audrey. "Burning spirit in Fatimah" – The Star – Sunday, February 25, 2007

18

Hassan, Saliha; Weiss, Meredith (2012). Social Movement Malaysia. Routledge. p. 59. ISBN 9781136003264.
Lifestyle Focus: "Brought up with a sense of service" – The Star – Sunday, 25 February 2007
"Datuk Ali Kadir returns to Ernst & Young" Archived 23 March 2006 at the Wayback Machine – Ernst & Young Global Limited – 1 March 2004
Ridu, Johannes., Yvonne Chong and James S. "Making the right moves" – AsiaViews – Malaysian Business – 26/IV/July/2007
"Sharifah makes history"[permanent dead link] – the New Straits Times – (c/o NST Online) – 2007/09/03
"SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Retrieved 23
December 2020.
"Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2003" (PDF).

19


Click to View FlipBook Version