ISI KANDUNG
PENGENALAN
HALANGAN KOMUNIKASI
ISU KETERAMPILAN BERBAHASA
KESIMPULAN
RUJUKAN
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan (2005), Keterampilan ialah kemampuan atau
kecekapan yang berada pada tahap tinggi. Dengan ini, Keterampilan
Berbahasa bermaksud kecekapan seseorang itu berbahasa dengan
baik serta menggunakan laras bahasa yang sesuai. Selain itu,
keterampilan berbahasa ini juga terbahagi kepada lima bentuk yang
perlu diketahui dan dikuasai oleh para penyampai agar dapat
menjadikan maklumat yang disampaikan itu berkualiti. Hal ini sangat
berkait rapat dengan komunikasi yang mana komunikasi berfungsi
sebagai proses interaksi antara manusia dengan manusia yang
bertujuan untuk memindahkan maklumat, idea, perasaan dan fikiran
secara lisan atau bukan lisan. Oleh itu, komunikasi yang berkesan
akan wujud apabila seseorang itu berinteraksi dengan keterampilan
berbahasa yang baik. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa
halangan dalam komunikasi dan isu yang timbul dalam keterampilan
berbahasa. Dengan ini, produk yang dihasilkan ini adalah tentang
halangan komunikasi serta isu keterampilan berbahasa.
HALANGAN
KOMUNIKASI
Psikologi
Halangan psikologikal ini berlaku
melibatkan perasaan seseorang pengucap
yang mana ia mempengaruhi cara seseorang
itu untuk berkomunikasi.
Antara contoh halangan psikologi yang
melibatkan perasaan adalah perasaan
gementar, kehilangan idea, malu dan
berasa tidak yakin.
Dalam hal ini, komunikasi yang dilakukan
adalah tidak berkesan kerana menyukarkan
para pendengar untuk memahami isi yang
disampaikan.
Selain itu, halangan ini boleh disebabkan
perbezaan kefahaman antara penyampai
dengan penerima. Sebagai contoh,
penyampai menyampaikan sesuatu mesej yang
berbentuk pengajaran. Tetapi, pendengar
tidak memahami mesej yang disampaikan
disebabkan perbezaan dari segi pendidikan
dan pengalaman mereka. Oleh hal yang
demikian, pendengar tidak dapat memahami
isi dan mesej yang disampaikan oleh
penyampai.
HALANGAN
KOMUNIKASI
Fisiologi
Halangan fisiologi ini secara umumnya ialah
gangguan daripada dalaman yang mana ia juga
berkaitan dengan gangguan dalaman.
Merupakan halangan yang berpunca daripada
penyampai mahupun pendengar dari segi
kesihatan.
Dalam hal ini, terdapat segelintir audien
yang mempunyai masalah deria pendengaran dan
penglihatan. Oleh itu, audien tersebut tidak
dapat menerima mesej yang disampaikan oleh
penyampai.
Selain itu, terdapat juga contoh lain yang
boleh dialami oleh penyampai semasa ingin
menyampaikan mesej. Antaranya ialah demam,
selesema dan sakit perut. Situasi ini akan
menyebabkan penyampai rasa tidak selesa
untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan.
Dengan ini, penyampai hendaklah sentiasa
bersedia sebelum menyampaikan sesuatu mesej
kepada pendengar dengan mengenal pasti
audien yang ingin mendengar pada ketika itu.
HALANGAN
KOMUNIKASI
Semantik
Semantik merupakan halangan komunikasi
yang disebabkan oleh bahasa yang
digunakan oleh penyampai dalam
menyampaikan mesej. Hal ini dikatakan
demikian kerana, terdapat bahasa yang
tidak difahami oleh para audien. Namun,
hanya penyampai yang memahami bahasa yang
digunakannya untuk menyampaikan sesuatu.
Selain itu, penggunaan bahasa dialek atau
slanga menyebabkan pendengar tidak
memahami apa yang ingin disampaikan oleh
penyampai kerana terdapat beberapa
perkataan yang tidak difahami oleh
mereka.
Apabila ini berlaku, komunikasi yang
dilakukan oleh penyampai adalah kurang
efektif kerana tidak memberi kesan yang
positif kepada pendengar.
HALANGAN
KOMUNIKASI
Fizikal
Gangguan fizikal merupakan halangan yang wujud secara
nyata dan jelas semasa penyampai hendak menyampaikan
sesuatu mesej kepada audien.
Faktor fizikal yang menjadi penghalang untuk seseorang
itu mewujudkan komunikasi yang berkesan ialah
persekitaran. Hal ini demikian kerana, persekitaran
adalah penting untuk seseorang itu berkomunikasi kerana
ia mempengaruhi apa yang didengari oleh audien sama ada
jelas atau tidak.
Sebagai contoh, persekitaran yang bising boleh menghalang
para audien untuk mendengar mesej yang disampaikan oleh
penyampai. Dengan ini, penyampai hendaklah menyelesaikan
masalah ini dengan menggunakan mikrofon sebagai alat yang
boleh membesarkan suara agar dapat didengari oleh audien.
Halangan fizikal juga boleh terjadi apabila berlakunya
gangguan daripada audien. Sebagai contoh, deringan
telefon daripada audien menyebabkan komunikasi terhalang.
Kesannya, penyampai akan rasa terganggu dan kurang selesa
semasa menyampaikan mesej.
Pakaian penyampai yang tidak kemas juga merupakan salah
satu halangan yang berlaku semasa berkomunikasi. Hal ini
demikian kerana, penampilan seseorang penyampai boleh
mempengaruhi audien. Contohnya, pakaian penyampai yang
tidak sopan menyebabkan audien berasa ragu untuk
mendengar mesej tersebut. Tambahan pula, penampilan
penyampai boleh menunjukkan keyakinan diri penyampai
untuk menyampaikan sesuatu.
ISU-ISU KETERAMPILAN
BERBAHASA
ISU BAHASA
Dalam hal ini, bahasa sering menjadi isu dalam
keterampilan bahasa seseorang disebabkan penggunaan
bahasa. Hal ini demikian kerana, bahasa digunakan untuk
berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, bahasa
digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada orang
lain. Oleh itu, bahasa boleh menunjukkan sikap peribadi
penyampai sama ada positif dan negatif yang mana
bergantung pada cara penyampai menyampaikan mesej dalam
keadaan baik atau buruk.
Dengan ini, perkara yang sering menjadi isu bagi
keterampilan bahasa ini ialah apabila seseorang
penyampai tidak mampu untuk menggunakan bahasa yang baik
semasa menyampaikan mesej. Sebagai contoh, penyampai
menggunakan bahasa rojak semasa menyampaikan mesej. Hal
ini akan menyebabkan pendengar tidak faham dengan apa
yang disampaikan.
Selain itu, bahasa yang berunsurkan benda yang negatif
menyebabkan para audien berasa kurang selesa dan tidak
tertarik dengan apa yang hendak disampaikan oleh
penyampai. Sebagai contoh, penyampai menggunakan bahasa
yang kasar seperti memaki atau perkataan yang tidak
sepatutnya kepada audien. Apabila perkara ini berlaku,
audien akan menganggap bahawa penyampai ialah seseorang
yang tidak mempunyai keterampilan dan tidak sesuai untuk
menyampaikan sesuatu maklumat. Oleh hal yang demikian,
segala mesej yang disampaikan tidak dapat diterima oleh
pendengar kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap
penyampai.
ISU-ISU KETERAMPILAN
BERBAHASA
ISU BUDAYA
Budaya yang berbeza boleh menyebabkan kesukaran
seseorang untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan.
Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat
perbezaan pendapat yang wujud akibat perbezaaan
budaya dari segi adat dan kepercayaan masing-masing.
Apabila berlakunya perbezaan pendapat, ia boleh
menyebabkan pendengar tidak dapat menerima mesej
yang disampaikan oleh penyampai. Oleh hal yang
demikian, komunikasi yang dihasilkan adalah tidak
berkesan.
Selain itu, sifat yang mementingkan kaum juga boleh
menjadi isu dalam keterampilan berbahasa. Hal ini
demikian kerana, sifat mementingkan kaum ini boleh
dilihat apabila seseorang itu tidak ingin
bertoleransi dalam sesuatu perkara. Tambahan pula,
sifat perkauman ini boleh menyebabkan pergaduhan
antara kaum disebabkan perbezaan pendapat serta
mempunyai sikap mementingkan diri sendiri.
Oleh itu, penyampai yang hendak menyampaikan sesuatu
mesej hendaklah memastikan bahawa mesej itu tidak
membawa kepada perkara yang sensitif bagi setiap
budaya orang lain agar tidak berlakunya salah faham
dan pergaduhan. Tegasnya, isu budaya merupakan isu
keterampilan berbahasa yang tidak boleh dielakkan
kerana wujudnya pelbagai kaum di negara.
ISU-ISU KETERAMPILAN
BERBAHASA
ISU MEDIA SOSIAL
Media sosial yang wujud pada zaman ini merupakan
salah satu isu dalam keterampilan berbahasa yang
mana ia boleh mempengaruhi seseorang dari segi
mental dan fizikal.
Hal ini dikatakan demikian kerana, media sosial
ini boleh digunakan dengan mudah seperti
penggunaan aplikasi Instagram, Tiktok dan
Facebook. Tambahan pula, banyak perkara yang
negatif ditonjolkan dalam media sosial seperti
penggunaan perkataan dan ayat-ayat yang tidak
sopan.
Selain itu, media sosial juga boleh mempengaruhi
seseorang daripada segi penggunaan bahasa. Sebagai
contoh, penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai
dalam sosial media telah menjadi ikutan seseorang
dalam berkomunikasi. Apabila ini berlaku, ia akan
menghalang audien untuk memahami mesej yang
disampaikan atau kurang disenangi oleh para
audien.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat beberapa halangan yang boleh menghalang
seseorang penyampai untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan
iaitu dari segi psikologi, fisiologi, fizikal dan semantik. Halangan-
halangan ini boleh menyebabkan maklumat yang disampaikan tidak
difahami oleh audien. Selain itu, isu yang sering berlaku dalam
keterampilan berbahasa ialah isu bahasa, budaya dan media sosial.
Ketiga-tiga isu ini boleh menjejaskan keterampilan berbahasa
seseorang penyampai kerana ia merupakan sesuatu isu yang tidak
boleh dielakkan. Walaubagaimanapun, halangan dan isu ini boleh
diatasi dengan kebijaksanaan seorang penyampai untuk mewujudkan
komunikasi yang berkesan.
RUJUKAN