The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 BMMB1104 (DANIEL TAN QI RONG)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danieltan_2003, 2022-03-31 12:32:23

TUGASAN 1 BMMB1104

TUGASAN 1 BMMB1104 (DANIEL TAN QI RONG)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2021 (KEMASUKAN SEPTEMBER 2021)
- KERJA KURSUS –

KURSUS: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
KOD KURSUS : BMMB1104
KANDUNGAN :

TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK
TUGASAN 2: PERSEMBAHAN KUMPULAN

Nama Guru Pelatih :DANIEL TAN QI RONG

No. Kad Matrik :P21075976

Kumpulan :PPISMP BM SJKC

Ambilan : AMBILAN JUN 2021

Semester/Sesi : SEMESTER 2

No. Telefon Bimbit :0163489822

Alamat E-mel :[email protected]

Nama Pensyarah Kursus : Dr. Rahmah Binti Haji Abdul Ghani

Markah: 30 % 30 % 60 %
KRITERIA

Penghasilan Produk Persembahan Jumlah

Kumpulan

Pemeriksa 1

Pemeriksa 2

1.Pengesahan Pelajar: (diisi semasa menghantar tugasan)

Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur -unsur plagiat di dalamnya.
Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu.

Tanda tangan Pelajar:tan Tarikh: 31.03.2022

2.Pelajar Menerima Maklum balas Hasil Tugasan: (diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah) . Sila
scan dan isi:

1

Penghargaan
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Rahmah Binti Haji
Abdul Ghani,selaku pensyarah Kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang
membimbing, mendorong, dan memberi nasihat dengan penuh semangat serta
sentiasa bersabar.Saya juga ingin berterima kasih kepada beliau kerana sentiasa
bersedia untuk memberi bantuan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan
ini.Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi berbincang
dan berkongsi pendapat kepada saya.

2

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1 Takrif Kesusasteraan .................................................................................................................................4
2 Bentuk-bentuk Kesusasteraan Melayu...............................................................................................4

2.1 Sastera prosa ...................................................................................................................................4
2.2 Sastera puisi .....................................................................................................................................4
3 Jenis- jenis Kesusasteraan Melayu.......................................................................................................5
3.1 Sastera Rakyat ................................................................................................................................5
3.2 Sastera Epik......................................................................................................................................5
3.3 Sastera Hikayat ...............................................................................................................................5
4 Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu .............................................................................................................6
4.1 Keindahan..........................................................................................................................................6
4.2 Mencerminkan Pengalaman ......................................................................................................6
4.3 Pengalaman Seni ...........................................................................................................................6
4.4 Karya Seni .........................................................................................................................................6
5 Fungsi Kesusasteraan Melayu................................................................................................................7
6 Pantun............................................................................................................................................................7
6.1 Manifestasi Akal Budi Dalam Pantun......................................................................................7
7 Syair................................................................................................................................................................8
7.1 Akal Budi syair .................................................................................................................................8
8 Seloka.............................................................................................................................................................9
8.1 Akal budi seloka Pak Kaduk.......................................................................................................9
9 Gurindam................................................................................................................................................... 10
9.1 Akal budi.......................................................................................................................................... 10

3

1 Takrif Kesusasteraan

Kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan
pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari kehidupan
masyarakat.Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan
membina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada
unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain
berfungsi dalam kehidupan masyarakat.Kesusasteraan Melayu mempunyai
seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan dapat memberi
kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan
keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna
yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi
menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.

2 Bentuk-bentuk Kesusasteraan Melayu

2.1 Sastera prosa

Bentuk Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua kelompok besar menurut
acuan bentuk bahasa iaitu sastera prosa dan sastera puisi. Sastera prosa
adalah sastera yang ditulis dengan menggunakan tatabahasa mudah dan
disusun dalam bentuk karangan dan lebih mudah difahami. Contoh sastera
prosa ialah cerpen, novel, esei ataupun skrip drama.

2.2 Sastera puisi

Manakala sastera puisi didefinasikan sebagai hasil kesusasteraan yang
dikarang tetapi di dalam bentuk baris. Kebiasaannya ia merupakan bahasa
yang berirama dan mempunyai maksud berlapis. Sastera puisi banyak juga

4

terdapat di dalam sastera rakyat, sastera epik dan dan sastera hikayat. Contoh-
contohnya ialah, sajak, gurindam, pantun, syair atau mentera.

3 Jenis- jenis Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu dibahagi kepada tiga jenis iaitu sastera rakyat, sastera
epik dan sastera hikayat.

3.1 Sastera Rakyat

Sastera rakyat diletakkan di bawah naungan sastera lisan kerana proses
penyampaian diperturunkan daripada generasi ke generasi secara lisan. Ia
dianggap di antara proses kesusasteraan meliputi ciri-ciri hiburan, kritikan,
pengkisahan sejarah, nasihat dan motivasi dan tidak statik. Tokok tambah dan
perubahan akan sentiasa berlaku disebabkan tiadanya rekod pengumpulan
cerita secara bertulis.

3.2 Sastera Epik

Dari segi bahasa, epik didefinasikan sebagai sebuah puisi yang panjang yang
menceritakan mengenai individu pahlawan yang berjasa kepada komunitinya.
Kepanjangannya itu meleret sehingga membabitkan watak-watak sampingan
yang ramai dan jangka masa penceritaan yang lama. Kebiasaannya latar
sastera epik melibatkan zaman kuno atau ratusan tahun yang lampau. Pada
kebanyakan ketika, ia agak sukar difahami kerana menukilkan maksud tersirat
dan tersurat dalam perjalanan seorang adiwira yang tidak boleh tidak
mengaitkan juga faktor mitos, legenda dan dongeng di dalamnya.

3.3 Sastera Hikayat

Sastera hikayat merupakan koleksi cerita-cerita berbentuk tulisan dan ditulis
dalam Bahasa Melayu lama serta dalam laras bahasa dan struktur tertentu.

5

Kebiasaannya ia membentangkan cerita-cerita ajaib lagi mistik berunsur
hiburan yang mungkin kadang-kala ultra hebat tentang watak ciptaan
pengarangnya.

4 Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu

4.1 Keindahan

Dapat dilihat melalui gaya dan bahasa yang digunakan dalam karya sastera.
Hasil karya juga dikatakan indah jika memenuhi empat syarat iaitu keutuhan,
keselarasan, keseimbangan dan fokus kepada sesuatu unsur.

4.2 Mencerminkan Pengalaman

Merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang digambarkan
secara realiti. Pengalaman diungkapkan menerusi bahasa dalam karya sastera.

4.3 Pengalaman Seni

Pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan pengkarya
melalui karya mereka. Pengkarya juga mendapat kepuasan sekiranya hasil
karya mereka diterima baik oleh pembaca. Hasil karya sastera dapat
memberikan pembaca pengalaman dan nilai-nilai seni.

4.4 Karya Seni

Sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus merupakan
perkara yang membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera.
Fiksyen bermaksud karya sastera itu dihasilkan melalui imaginasi pengkarya
berdasarkan pengalaman atau tindak balas mereka terhadap alam realiti. Nilai-
nilai estetik pula membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan
jelas dan mendalam.

6

5 Fungsi Kesusasteraan Melayu

Salah satu fungsi adalah sebagai alat pendidikan .Berperanan dalam usaha
penggayaan khazanah ilmu dan persuratan Bahasa Melayu. Selain itu,Sebagai
instrumen perpaduan di kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah
negara bangsa yang bersatu padu.Dalam pada itu,juga memberi kepuasan
estetik. Kesusasteraan Melayu juga memberi pengajaran dan nilai murni dalam
kehidupan. Kesusasteraan Melayu Alat juga dijadikan kawalan sosial dalam
kehidupan seharian.Akhir sekali, memberi hiburan dan mengisi masa lapang.

6 Pantun

Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang sering digunakan bagi
menyampaikan pemikiran dan perasaan seperti gembira, rindu, marah, sedih
dan lain-lain. Pantun merupakan puisi tradisional yang biasanya terdiri
daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap Dua baris pertama merupakan
pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya

Contoh Pantun Nasihat
Pohon kelapa tumbuh berjajar
Tumbuh berjajar ditepi pantai
Barang siapa rajin belajar
Tentu dia lekas pandai

6.1 Manifestasi Akal Budi Dalam Pantun

Pantun-pantun di atas merupakan pantun nasihat. Pantun nasihat ialah
pantun yang menekankan aspek ajaran, peringatan serta petunjuk ke arah
kebaikan untuk mengelakkan permasalahan.
Cerminan yang dihasilkan melalui penyampaian nasihat ini akan memberi

7

kesan yang cukup mendalam lebih-lebih lagi kepada golongan muda kerana
nasihan dan dorongan yang diperkatakan ini disampaikan secara halus dan
berseni.Tanpa ilmu, hidup kita akan menjadi sukar. Jika kita menjadi pandai
hidup kita akan menjadi senang selalu, kita seharusnya belajar bersungguh-
sungguh.

7 Syair

Syair merupakan bentuk puisi tradisional masyarakat Melayu yang dikenali
juga sebagai puisi berlagu atau karangan bersajak. Karya sastera yang
biasanya wujud dalam 4 baris serangkap dan berbentuk terikat.

Berikut merupakan petikan syair Karya Gina Hayana.

Pergi ke sekolah jangan malas
Belajar yang rajin di dalam kelas
Jaga sikapmu jangan culas
Agar hati tiada keras

Sekolah tempat mencari ilmu
Luruskan niat dan itikadmu
Belajar giat tekun selalu
Agar baik masa depanmu
(Karya Gina Hayana)

7.1 Akal Budi syair

Secara umum syair ini mendorong pembacanya untuk tidak malas bersekolah,
mencari ilmu dan bersosialisasi. Pada rangkap 1 penulis memberikan
semangat untuk belajar dan tidak bersikap culas.Rangkap 2 juga isinya hampir

8

sama dengan rangkap 1. Penulis menekankan prioritas utama pelajar adalah
belajar dan ilmu yang didapat bisa menentukan masa depannya. akan sukses
di masa depan. Syukuri apa yang dimiliki hari ini dengan demikian ilmu dan
iman yang dimiliki semakin kuat.

8 Seloka

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa
Melayu.
Seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.
Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris
serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu seloka juga
ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi puisi berkenaan.

Contoh petikan seloka “Pak Kaduk”

Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,

8.1 Akal budi seloka Pak Kaduk

Seloka ini membawa sindiran kebodohan seseorang dalam bertindak tanpa
menggunakan akal fikiran yang waras akan merugikan diri sendiri.Sebagai
contoh, Pak Kaduk mengalami kerugian dalam hidupnya kerana tindakannya
yang bertukar ayam dengan Raja dibuat tanpa berfikir panjang.Kesan buruk

9

perbuatan suka berjudi. Sebagai contoh, sikap Pak Kaduk yang suka berjudi
menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib yang malang.Kita seharusnya
berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang merugikan diri sendiri.

9 Gurindam

Gurindam adalah salah satu puisi Melayu lama. Gurindam dikatakan berasal
dari perkataan India dan dibaca dengan lagu tersendiri, dan berbeza jika
dibandingkan dengan lagu syair Melayu. Puisi gurindam mempunyai kata-kata
nasihat dan kebiasaannya mempunyai rima akhir yang sama.Gurindam
merupakan sejenis puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya .
Contoh guridam nasihat
Kebajikan yang dibuat oleh diri,
Jangan pernah lagi kau ingati.
9.1 Akal budi
Gurindam di atas memberi pengajaran kepada kita selaku manusia harus
melupakan perbuatan baik yang telah kita lakukan. Sebab, jika perbuatan baik
yang kita lakukan terus diingat-ingat oleh diri sendiri, maka bukan tidak
mungkin kita akan membangga-banggakan perbuatan baik tersebut di
hadapan orang lain dan hal itu akan mengurangi nilai kebaikan kta. Pemikiran
yang ingin disampaikan ialah kita seharusnya sentiasa bersikap sederhana.

10

Rujukan:
Norizam, M., Bahri, S., & Radzi, M. (2015). Kesusasteraan Melayu tradisinal sebagai
wadah komunikasi massa : Suatu analisis. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of
Communication Jilid, 31(2), 183–194. https://core.ac.uk/download/pdf/77967589.pdf

Yusoff, I. (2008). Kesusasteraan Melayu lama dan baru. In repo.uum.edu.my. Penerbit
Universiti Utara Malaysia. https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6070/

Ali, A. H. (2012). Pengkisahan semula cerita dalam Kesusasteraan Melayu

tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 7, 109–124.

https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3197

Makmun, R., Mahamod, Z., Taib, N. I. M., & Haron, A. R. (2016). Pengetahuan teknologi

pedagogikal kandungan Kesusasteraan Melayu: Peranan guru sastera dalam SPN

21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 85–98.

https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/32

Ali, A. H. (2011). Konsep keindahan dalam Kesusasteraan Melayu radisional. PENDETA, 2,
99–117. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109

Ali, A. H. (2014). Konsep estetika bersepadu: Satu kaedah baharu kaedah kritik estetik
dalam kesusasteraan Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 84–104.
https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/1989

Zakaria, N. (2015). Penghayatan nilai murni dalam pembangunan modal insan melalui
Kesusasteraan Melayu tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 10, 25–32.
https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/2003

Othman, S., Md, A .& Lateh, G. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu

dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training

(InjET), 1(2), 1–10.

http://www.injet.upm.edu.my/images/journal/issue2/Pemikiran%20Akal%20Budi%20dan%20So

siobudaya%20Melayu%20da

Atoh, N., Ramli, S., Arifin, Z., & Idris, Z. (2020). Konsep puisi tradisional antara
kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. SIBAWAYH Arabic Language and
Education, 1(1), 1–15. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/SIBAWAYH/article/view/3762

Zakaria, N., Abdullah, A., Zakaria, S. Z. S., Mutalib, M. H. A., Lambri, A., Jamaldin, S. S.,
Sulaiman, M., & Derak, R. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam
Pantun. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2), 89–97.
https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/105

11

12


Click to View FlipBook Version
Previous Book
POPS วารสาร สป.กษ. ISSUE NO.50-2022- Learn from the past. Think of the future.
Next Book
CV AND CONTENTS_merged