The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zura_mdmg, 2021-04-13 23:03:31

Full Kertas Kerja (160119) (1)

Full Kertas Kerja (160119) (1)

SULIT

PERSETUJUAN TERHADAP DRAF TERMA RUJUKAN
DAN PEMAKLUMAN PROGRAM PUBLISITI AWAL

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MERSING 2030 (PENGGANTIAN)

1

SULIT

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan dan memaklumkan
Majlis Penuh Majlis Daerah Mersing terhadap perkara-perkara berikut:

a. Draf Terma Rujukan bagi Rancangan Tempatan Daerah (RTD)
Mersing 2030 (Penggantian);

b. Program Publisiti Awal bagi RTD Mersing 2030 (Penggantian); dan
c. Lain-lain kos pengurusan yang melibatkan kajian ini ditanggung oleh

Majlis Daerah Mersing (MDM) dan PLANMalaysia@Johor (Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor) berjumlah
RM 375,000.00.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 RTD Mersing 2008-2018 telah disediakan pada tahun 2006 dan diwartakan
pada 7 Julai 2011 melalui no warta J.P.U 67 No. 14 Jld. 55. Dokumen ini
telah dirujuk dan digunapakai oleh agensi peringkat negeri, persekutuan dan
pihak-pihak berkepentingan dalam memandu, menyelaras dan mengawal
pembangunan guna tanah dan fizikal di kawasan pentadbiran MDM.

2.2 Draf Terma Rujukan ini disediakan sebagai panduan yang menjelaskan
kerangka dan pendekatan kepada perunding termasuk pihak-pihak berkaitan
dalam penyediaan RTD Mersing 2030 (Penggantian) termasuk untuk
menjelaskan pendekatan bagi melaksanakan kajian yang memberi gambaran
ringkas kawasan kajian, isu-isu perancangan utama, skop dan pendekatan
kajian, tempoh penyediaan kajian serta asas pertimbangan dalam
permohonan kos dan peruntukan kewangan kajian dan pelantikan perunding.

SULIT
2

SULIT

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 RTD Mersing 2030 (Penggantian) perlu disediakan berdasarkan justifikasi-
justifikasi berikut:

3.1.1 Tamat Tempoh Perancangan
Tempoh perancangan bagi Rancangan Tempatan Daerah Mersing
2018 sedia ada telah tamat pada tahun 2018. Oleh itu, keperluan
untuk penggantian kepada RTD sedia ada adalah mendesak dan perlu
dibuat bagi memastikan kesinambungan perancangan dan
pembangunan Daerah Mersing.

3.1.2 Perubahan Dasar dan Strategi Pembangunan
Menterjemahkan dasar dan konsep baru perancangan dan
pembangunan di peringkat nasional dan negeri bagi Daerah Mersing
seperti:
a. Bandar Mersing sebagai pusat katalis dalam Rancangan
Fizikal Negara Ke-3 dan Draf Rancangan Struktur Negeri Johor
2030;
b. Daerah Mersing sebagai daerah pelancongan “Naturally
Splendid” dalam Pelan Pertumbuhan Strategik Johor; dan
c. Dasar-dasar dan konsep pembangunan baru seperti
Sustainable Development Goals (SDG), New Urban Agenda
(NUA), konsep pembangunan semula (urban renewal),
pembangunan teknologi hijau serta lain-lain.

3.1.3 Penyelarasan Projek dan Kelulusan Pembangunan
Terdapat tekanan pembangunan daripada pembangunan komited
sedia ada dan pembangunan infill dalam kawasan perbandaran yang
memerlukan perubahan cadangan zon guna tanah sedia ada di
kawasan seperti:

SULIT
3

SULIT

a. Cadangan pembangunan pusat pentadbiran baru,
pembangunan sekitar Bandar Mersing, Pekan Endau dan
Pekan Jemaluang;

b. Cadangan pembangunan projek berimpak tinggi seperti
cadangan Lapangan Terbang Mersing, Lembah Agro Mersing,
cadangan pembangunan Universiti Malaysia Johor,
pemeliharaan dan pemuliharaan zon Taman Laut Sultan
Iskandar, pembangunan pulau-pulau pelancongan di daerah
Mersing, pembangunan pusat pentadbiran baru daerah Mersing
dan lain-lain lagi; dan

c. Menyelaras cadangan dan projek pembangunan di dalam
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Mukim-mukim Pulau Mersing
dan Draf RKK Kampung Sri Lumpur, Mersing.

3.1.4 Semakan Semula Projek dan Program
Cadangan projekdan program di dalam RT Daerah Mersing 2018 perlu
dikaji semula terutama daripada aspek perancangan dan tempoh
pelaksanaan selaras dengan halatuju pembangunan negeri, dasar-
dasar terkini, isu-isu semasa dan prospek pembangunan dan hasil
pemantauan penilaian outcome bagi dokumen tersebut.

3.2 Rujukan kepada dasar-dasar semasa yang berkaitan
Penyediaan RTD Mersing 2030 (Penggantian) akan berpandukan kepada
dokumen strategik yang telah disediakan diperingkat nasional, negeri, daerah
serta lain-lain dasar, prinsip dan nilai yang bersesuaian dalam menentukan
hala tuju perancangan dan pembangunan bagi daerah Mersing sehingga
tahun 2030. Antara dokumen yang dirujuk adalah:

SULIT
4

SULIT

01 02 03 04

Agenda Matlamat Rancangan Rancangan
Perbandaran Pembangunan Malaysia Kesebelas Fizikal Negara
Baharu (NUA) Mampan (SDGs) ke-3 (RFN-3)
(RMKe-11)

05 06 07 08

Dasar Rancangan Dasar Perbandaran Draf Rancangan Lain-lain Dasar
Struktur Negeri dan Kajian Yang
Fizikal Desa Negara Negara Kedua Berkepentingan
Johor 2030
(2030) (DPN2)

4.0 PROFIL KAWASAN KAJIAN

4.1 Latar Belakang Kawasan Kajian
Kawasan RTD merangkumi keseluruhan Daerah Mersing termasuk rangkaian
gugusan pulau-pulau utama iaitu Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Besar,
Pulau Aur dan Pulau Pemanggil. Daerah Mersing bersempadan dengan
Daerah Rompin (Negeri Pahang) di bahagian utara, Daerah Segamat dan
Kluang di bahagian barat dan Daerah Kota Tinggi di bahagian selatan.
Daripada segi geo politik, Daerah Mersing terbahagi kepada satu kawasan
parlimen iaitu Parlimen Mersing dan terdapat dua kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau. Di bawah kawalselia
Majlis Daerah Mersing (MDM), kawasan operasi di bawah pentadbiran MDM
hanya meliputi kawasan seluas 28,680 hektar (10.04 peratus) manakala bagi
kawasan kawalan pula meliputi seluas 256,979 hektar.

Mersing merupakan daerah keempat terbesar dari segi keluasan tanah di
Negeri Johor iaitu seluas 705,878.76 ekar (285,659.00 hektar). Keluasan ini
adalah 14.87% daripada keluasan seluruh Negeri Johor. Kawasan
Rancangan Tempatan Daerah Mersing meliputi seluruh kawasan Daerah
Mersing yang melibatkan sepuluh (10) buah mukim dan terletak di bawah
kawasan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan iaitu Majlis Daerah

SULIT
5

SULIT

Mersing. Antara mukim-mukim terlibat ialah Mukim Mersing, Padang Endau,
Tenggaroh, Triang, Tenglu, Penyabong, Jemaluang, Semberong, Lenggor,
dan Pulau-pulau iaitu Pulau Aur, Pulau Besar, Pulau Pemanggil, Pulau Sibu,
dan Pulau Tinggi.

Sektor ekonomi daerah Mersing semakin berkembang dengan lebih pesat
khususnya sektor pelancongan selepas ianya dimasukkan di dalam
sebahagian koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) iaitu di bawah
NOD 4 Mersing – Rompin (meliputi kawasan Endau – Rompin – Mersing –
Pulau Tioman) melalui pelaksanaan Pelan Induk Wilayah Pantai Timur.

Selain daripada itu, Kajian Draf RSN Johor 2030 pula telah memperkenalkan
konsep pembangunan di Negeri Johor dengan “Konsep Pergantungan Antara
Wilayah” melalui pembentukan fungsi khusus bagi Wilayah Konurbasi
Selatan dan Wilayah Luar Konurbasi Selatan. Daerah Mersing terletak di
dalam Wilayah Luar Konurbasi Selatan iaitu sebagai Wilayah Timur
merangkumi keseluruhan Daerah Mersing dan sebahagian utara Daerah
Kota Tinggi. Setiap wilayah ini akan dimajukan berdasarkan kekuatan dan
kebitaraan masing-masing.

Daerah Mersing juga telah dikenalpasti sebagai Pusat Katalis Wilayah Timur,
pusat eko-pelancongan utama (pulau-pulau, pantai dan alam semulajadi –
Jemaluang – Mersing – Endau) dan sebahagian wilayah Rainforest to Reef
(R2R; Bersama Daerah Segamat, Kluang dan Rompin, Pahang), Hab Industri
Asas Perikanan / Marin, Kluster Industri berasaskan sumber tempatan
(seramik) serta cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa Mersing sebagai
Hab Penerbangan Pelancongan yang mana perlu diperincikan sumbangan
serta kepentingannya dalam RT Daerah Mersing 2030 (Penggantian).

SULIT
6

Ke Kuantan / Pekan

Daerah Rompin PPU Kg. Penyabong
(NEGERI PAHANG) ENDAU

MUKIM SEMBERONG MUKIM MUKIM Tg. Resang
TRIANG TRIANG

MUKIM
PADANG ENDAU

Daerah MUKIM Kg. Tenglu Besar
Segamat TENGLU
PWN
Felda Nitar 1 BANDAR MERSING

Felda Nitar 2 Kg. Sri Pantai

MUKIM MUKIM
MERSING JEMALUANG

PPU
JEMALUANG

Daerah Ke Kluang
Kluang

MUKIM
LENGGOR

PETUNJUK Daerah Ke Kota Tinggi
Kota Tinggi

Sempadan Daerah Zon Pengurusan Persisiran HIERARKI PETEMPATAN MUK
Sempadan Mukim Pantai 3 Batu Nautika 1.
Pusat Wilayah Negeri 2.
Jalan Persekutuan  Bandar Mersing 3.
4.
Jalan Negeri Pusat Petempatan Utama 5.
 Jemaluang 6.
Jalan Tempatan  Endau 7.
 Tenggaroh 8.
9.
Sempadan Wilayah RainForest To Reef (R2R) 10.

Kawasan Operasi MDM

Kawasan Kawalan MDM

KAWASAN KAJIAN DAERAH MERSING

Sempadan Wilayah Rain Forest To Reef (R2R)

Pulau
Pemanggil

Pulau Aur

Pulau Besar

PELAN LOKASI

PAHANG

Tg. Sekakap Pulau Tinggi NEGERI
G SEMBILAN

MELAKA Daerah Daerah
Segamat Mersing

Daerah
Tangkak

Pulau Sibu Daerah
Kluang
Daerah
Muar Daerah
Batu Pahat
Daerah

MUKIM Kota Tinggi
TENGGAROH
Daerah

Daerah Kulai Daerah

Pontian Johor Bahru

PPU SINGAPURA
TENGGAROH
Rajah 4.1

KAWASAN PARLIMEN / DUN DAERAH MERSING

KAKWawAaSsaAnNPaPrAliRmLeInMEN / DUPN15D4AMEeRrsAinHgMERSING
 Kawasan Parlimen - P154 Mersing
 DDUUNN - NN3322 EEnnddaauu

- NN3333 TTeennggggaarorohh

KIM DI DAERAH MERSING PETEMPATAN KAMPUNG UTAMA
Mukim Mersing
Mukim Padang Endau 1. Padang Endau 12. Kg. Tanah Abang 23. Felda Tenggaroh Timur
Mukim Tenggaroh 24. Felda Tenggaroh Timur 1
Mukim Triang 2. Kg. Sg. Padang 13. Kg. Peta 25. Risda Sg. Ambat
Mukim Tenglu 26. Felda Tenggaroh 1
Mukim Penyabong 3. Kg. Semaloi 14. Punan 27. Felda Tenggaroh 2
Mukim Jemaluang 28. Felda Tenggaroh 3
Mukim Semberong 4. Felda Endau 15. Terowoh 29. Felda Tenggaroh 4
Mukim Lenggor 30. Felda Tenggaroh 5
Pulau-Pulau 5. Kg. Labong 16. Felda Nitar 1 31. Felda Tenggaroh 6

6. Kg. Penyabong 17. Felda Nitar 2 7

7. Kg. Mawar 18. Kg. Sri Pantai

8. Kg. Tg. Resang 19. Kg. Sg. Tuba

9. Kg. Tenglu Besar 20. Pengkalan Bukit

10. Felcra Sg. Jamari 21. Tg. Sekakap

11. Kg. Tg. Tuan 22. Tg. Tenggaroh

SULIT

4.2 Keluasan Daerah Mersing
Kawasan kajian Rancangan Tempatan Daerah Mersing 2030 (Penggantian)
merangkumi keseluruhan kawasan Daerah Mersing dengan keluasan
285,659.00 hektar (No. Pelan Warta PW 2886) atau 14.87% daripada
keluasan Negeri Johor.

Terdapat sepuluh (10) buah mukim di daerah Mersing dengan keluasan
seperti berikut:

Jadual 4.1: Keluasan Mukim-Mukim Daerah Mersing

Bil. Mukim Luas (hektar) Peratus (%)
1. Mersing 76,753.71 26.87
2. Padang Endau 16,536.80 5.79
3. Tenggaroh 17,993.66 6.30
4. Triang 6,510.17 2.28

5. Tenglu 16,165.44 5.66
6. Penyabong 10,166.60 3.56
7. Jemaluang 12,509.00 4.38
8. Semberong 60,214.06 21.08

9. Lenggor Jumlah 63,327.74 22.17
10. Mukim-Mukim Pulau 5,481.79 1.92

Sumber: GeoJohor, 2019 285,659.00 100.00

4.3 Hierarki Petempatan
Bandar Mersing merupakan bandar utama ataupun Pusat Perkhidmatan
Utama bagi Daerah Mersing yang merupakan Pusat Wilayah Negeri
sepertimana yang telah dikenalpasti oleh Draf RSN Johor 2030 dan RTD
Mersing 2018. Bandar Mersing memainkan peranan sebagai pusat
pentadbiran, perdagangan dan pusat perindustrian. Pusat-pusat petempatan
di Daerah Mersing mengikut hierarki petempatan yang telah dikenalpasti
adalah seperti berikut :

SULIT
8

SULIT

Jadual 4.2: Hierarki Petempatan Daerah Mersing

Hierarki Draf RSN Johor 2030 RTD Mersing 2018

Pusat Wilayah Negeri  Mersing  Mersing

Pusat Petempatan  Endau  Endau

Utama  Jemaluang

 Tenggaroh

Pusat Petempatan  Pekan Jemaluang

Kecil

Pusat Pertumbuhan  Kg. Air Papan  FELDA Tenggaroh

Desa  Kg. Tanjung Resang  FELDA Nitar

 FELDA Sri Mahkota

 FELDA Tenggaroh 6

 Mini RTC Air Merah

 Mini RTC FB Sri

Mahkota

Sumber: i) Draf Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 (Kajian Semula), 2017
ii) Rancangan Tempatan Daerah Mersing 2018

4.4 Guna Tanah Semasa Daerah Mersing
Guna tanah utama daerah Mersing adalah perhutanan yang merangkumi
kawasan seluas 204,454.5 hektar (72.03 peratus) pada tahun 2008 dan pada
tahun 2017 keluasan perhutanan telah meningkat kepada 205,760.18 hektar
(72.03 peratus) daripada keseluruhan gunatanah daerah. Ini diikuti oleh guna
tanah pertanian yang tuurut meningkat jumlah keluasannya iaitu seluas kira-
kira 53,040.96 hektar (18.69 peratus) pada tahun 2008 dan telah meningkat
pada tahun 2017 iaitu seluas 53,389.67 hektar (18.69 peratus). Manakala
bagi kawasan tepubina di Daerah Mersing, keluasan bagi tahun 2008 adalah
seluas 3,283.46 hektar (1.16 peratus) dan meningkat kepada seluas 3,285.07
hektar (1.16 peratus) pada tahun 2017. Guna tanah pengangkutan,
infrastruktur dan utiliti turut menunjukkan peningkatan keluasan iaitu 1,995.48
hektar pada tahun 2008 kepada 1,999.62 hektar pada tahun 2017. (rujuk
Jadual 4.3 dan Rajah 4.2 dan Rajah 4.3).

SULIT
9

SULIT

Jadual 4.3: Perbandingan Guna Tanah Daerah Mersing bagi Tahun 2008

dan 2017

Keluasan 2008 Keluasan 2017

Guna Tanah Luas Peratus Luas Peratus
(hektar) (%) (hektar) (%)

Tepubina 3,283.46 1.16 3,285.07 1.16

Perhutanan 204,454.50 72.03 205,760.18 72.03

Pertanian 53,040.96 18.69 53,389.67 18.69

Tanah Kosong 14,416.08 5.08 14,511.48 5.08

Pengangkutan, 1,995.48 0.70 1,999.62 0.70
Infrastruktur dan Utiliti

Badan Air 6,656.52 2.35 6,712.99 2.35

Jumlah 283,847.00 100.00 285,659.00 100.00

Nota: Keluasan daerah yang dirujuk bagi kajian ini adalah berdasarkan keluasan Pelan
Warta PTG Johor (PW 2886)
Sumber: i) Rancangan Tempatan Daerah Mersing 2018

ii) GeoJohor, 2019

SULIT
10

Ke Kuantan / Pekan

Daerah Rompin ENDAU
(NEGERI PAHANG)
Kg. Penyabong

Tg. Resang

TAMAN NEGARA HUTAN SIMPAN Kg. Tenglu Besar
ENDAU ROMPIN GUNUNG ARONG

Daerah HUTAN SIMPAN HUTAN SIMPAN BANDAR
Segamat LABIS SEMBERONG MERSING

Felda Nitar 1 Kg. Sri Panta

Felda Nitar 2

HUTAN SIMPAN
MERSING

JEMALUAN

Daerah Ke Kluang
Kluang

HUTAN SIMPAN Felda Te
LENGGOR HUTAN SIMPAN

ULU SEDILI
Felda Tenggaroh

Risda Sg. Ambat

TE

Felda Tenggar

Daerah Ke Kota Tinggi
Kota Tinggi

PETUNJUK RIZAB HUTAN, TANAH KOSONG DAN BADAN AIR

GUNA TANAH TEPU BINA Rizab Hutan
Badan Air
Perumahan Tanah Kosong
Perniagaan
Industri KAWASAN PERTANIAN
Tanah Lapang dan Rekreasi
Institusi dan Kemudahan Masyarakat Pertanian

PETA GUNATANAH SEMASA 2008

Daerah Mersing

Pulau
Pemanggil

Pulau Aur

Pulau Besar
ai

Tg. Sekakap Pulau Tinggi

NG PELAN LOKASI

Tg.Tenggaroh PAHANG
Pulau Sibu
NEGERI
SEMBILAN

enggaroh Timur Daerah
Segamat
MELAKA Daerah
Daerah Mersing
Tangkak

5 Daerah
Kluang
Daerah
Muar Daerah
Batu Pahat
ENGGAROH Daerah

Felda Tenggaroh 2 Kota Tinggi

roh 1 Daerah

Felda Tenggaroh 6 Daerah Kulai Daerah

Pontian Johor Bahru

SINGAPURA

PENGANGKUTAN / INFRASTRUKTUR DAN UTILITI Rajah 4.2

Jalan Raya Lain-lain
Infrastruktur Dan Utiliti
Talian Rentis 132 KV Sempadan Daerah
Sempadan Mukim

Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Mersing 2018 11

Ke Kuantan / Pekan

DAERAH ROMPIN ENDAU Kg. Penyabong
(NEGERI PAHANG)

Tg. Resang

TAMAN NEGARA HUTAN SIMPAN Kg. Tenglu Besar
ENDAU ROMPIN GUNUNG ARONG

Daerah HUTAN SIMPAN HUTAN SIMPAN Felda Nitar 1 BANDAR
Segamat LABIS SEMBERONG MERSING

Kg. Sri Panta

Felda Nitar 2

HUTAN SIMPAN
MERSING

JEMALUAN

Daerah
Kluang

Ke Kluang

HUTAN SIMPAN Felda Te
LENGGOR HUTAN SIMPAN

ULU SEDILI
Felda Tenggaroh

Risda Sg. Ambat

TE

Felda Tenggar

Daerah Ke Kota Tinggi
Kota Tinggi

PETUNJUK RIZAB HUTAN, TANAH KOSONG DAN BADAN AIR

GUNA TANAH TEPU BINA Rizab Hutan
Badan Air
Perumahan Tanah Kosong
Perniagaan
Industri KAWASAN PERTANIAN
Tanah Lapang dan Rekreasi
Institusi dan Kemudahan Masyarakat Pertanian

PETA GUNATANAH SEMASA 2017

Daerah Mersing

Sempadan Wilayah Rain Forest To Reef (R2R)

Pulau
Pemanggil

Pulau Aur

Pulau Besar
ai

Tg. Sekakap Pulau Tinggi

NG PELAN LOKASI

Tg.Tenggaroh

PAHANG

Pulau Sibu NEGERI
SEMBILAN

enggaroh Timur MELAKA Daerah
Segamat
Daerah
Daerah Mersing
Tangkak

5 Daerah
Kluang
Daerah
Muar Daerah
Batu Pahat
ENGGAROH Daerah

Felda Tenggaroh 2 Kota Tinggi

roh 1 Daerah

Felda Tenggaroh 6 Daerah Kulai Daerah

Pontian Johor Bahru

SINGAPURA

PENGANGKUTAN / INFRASTRUKTUR DAN UTILITI Rajah 4.3

Jalan Raya Lain-lain
Infrastruktur Dan Utiliti
Talian Rentis 132 KV Sempadan Daerah
Sempadan Mukim
Sempadan Wilayah RainForest To Reef
(R2R)

Sumber: GeoJohor 2019 12

SULIT

4.5 Penduduk dan Sosio Ekonomi
Berdasarkan unjuran penduduk bagi tahun 2018 oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia (semakan semula) berasaskan Data Banci Penduduk dan
Perumahan Malaysia (2010), jumlah penduduk daerah Mersing adalah
seramai 82,500 orang dengan Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan
(KPPT) adalah 1.6. Berdasarkan unjuran oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,
berlaku penurunan terhadap KPPT bagi daerah Mersing iaitu daripada 2.2
pada tahun 2011 kepada 1.6 sehingga tahun 2020. Daripada jumlah unjuran
penduduk bagi tahun 2018 tersebut, komposisi kaum paling ramai adalah
kaum Melayu iaitu 62,000 orang (75.15 peratus) diikuti kaum Cina seramai
7,800 orang (9.45 peratus) manakala kaum India hanya seramai 800 orang
(0.97 peratus). Selain itu, didapati bahawa Bukan Warganegara menunjukkan
jumlah yang kedua tertinggi selepas kaum Melayu iaitu 8,500 orang (10.30
peratus) berbanding kaum Cina, India, Bumiputera Lain dan lain-lain (rujuk
Jadual 4.4).

Jadual 4.4: Unjuran Penduduk (Semakan Semula) berasaskan Data
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (2010) bagi daerah Mersing
mengikut Komposisi Kaum untuk Tahun 2018

Bangsa Jumlah Peratus (%)
Melayu 62,000 75.15
Bumiputera Lain-lain 3,200 3.88
Cina 7,800 9.45
India 800 0.97
Lain-lain 200 0.25
Bukan Warganegara 8,500 10.30
82,500
Jumlah Penduduk 100.00

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018

Unjuran penduduk daerah Mersing bagi tahun 2018 oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia (semakan semula) berasaskan Data Banci Penduduk
dan Perumahan Malaysia (2010), mengikut pecahan umur dan jantina

13

SULIT

menunjukkan kumpulan umur 30 – 34 tahun merupakan penduduk majoriti di
daerah Mersing iaitu seramai 8,200 orang (9.94 peratus), diikuti kumpulan
umur 0 – 4 tahun iaitu seramai 8,100 orang (9.82 peratus) dan kumpulan
umur 5 – 9 tahun iaitu seramai 7,600 orang (9.20 peratus). Manakala bagi
pecahan jantina menunjukkan penduduk lelaki merupakan penduduk majoriti
di daerah Mersing iaitu seramai 44,000 orang (53.33 peratus) dengan
kumpulan umur tertinggi adalah 30 – 34 tahun manakala penduduk
perempuan adalah seramai 38,500 orang (46.67 peratus) dengan kumpulan
umur tertinggi adalah 0 – 4 tahun. Berdasarkan kepada unjuran penduduk
mengikut umur ini, kumpulan umur yang produktif bagi lelaki dan perempuan
di daerah Mersing adalah dari kumpulan umur 0 – 44 tahun. Kumpulan warga
emas iaitu di peringkat kumpulan umur 70 – 80+ tahun pula hanya
menyumbang seramai 3,000 orang (3.64 peratus) daripada jumlah penduduk
di daerah ini (rujuk Jadual 4.5).

Jadual 4.5: Unjuran Penduduk (Semakan Semula) berasaskan Data

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (2010) bagi daerah Mersing

mengikut Jantina dan Pecahan Kumpulan Umur untuk Tahun 2018

Kumpulan Umur Lelaki Perempuan Jumlah Peratus
0–4 8,100 9.82
5–9 4,200 3,900 7,600 9.21
6,200 7.52
10 – 14 3,800 3,800 6,700 8.12
15 – 19 6,900 8.36
20 – 24 3,100 3,100 6,500 7.88
25 – 29 8,200 9.94
30 – 34 3,400 3,200 6,600 8.00
35 – 39 5,400 6.55
40 – 44 3,500 3,400 4,700 5.70
45 – 49 4,000 4.85
50 – 54 3,700 2,900 3,800 4.61
55 – 59
4,600 3,600

3,900 2,700

3,000 2,400

2,500 2,200

2,100 1,900

1,900 1,900

SULIT
14

SULIT

Kumpulan Umur Lelaki Perempuan Jumlah Peratus
2,800 3.39
60 – 64 1,500 1,300 2,000 2.42
1,400 1.69
65 – 69 1,200 900 800 0.97
70 – 74 800 600 800 0.97

75 – 79 400 400 82,500 100.00

80+ 400 400

Jumlah 44,000 38,500

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018

4.6 Sistem Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan
Laluan utama yang menghubungkan Daerah Mersing dengan daerah
bersempadan dan bandar-bandar utama di dalam dan luar daerah ialah:
a. Jalan Persekutuan (3) Jalan Endau menghubungkan Mersing dengan
pusat petempatan utama Endau dan Pekan Rompin, Pahang;
b. Jalan Persekutuan juga menghubungkan Daerah Mersing dengan
daerah-daerah lain. Jalan Mersing (80) menghubungkan Mersing
dengan Kluang dan Jalan Jemaluang menghubungkan Daerah
Mersing dengan Kota Tinggi; dan
c. Selain itu, terdapat beberapa jalan raya negeri utama di Mersing,
antaranya:
 J78 : Jalan Air Papan – Tanjung Resang
 J80 : Jalan Makam
 J181 : Jalan Sekakap
 J182 : Jalan Penyabong – Endau
 J183 : Jalan Penyabong – Tanjung Resang

SULIT
15

SULIT

5.0 PUBLISITI AWAL RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MERSING 2030
(PENGGANTIAN)

5.1 Tujuan dan Keperluan Publisiti Awal

5.1.1 Publisiti Awal bertujuan untuk membuat hebahan kepada pihak
berkepentingan berkaitan cadangan penyediaan rancangan tempatan
dan mendapatkan maklumbalas awal serta input antaranya berhubung
isu semasa dan cadangan awal. Ini selaras dengan keperluan
Seksyen 12A, Akta 172 dimana sebelum memulakan penyediaan
sesuatu rancangan tempatan, PBPT hendaklah mengambil apa-apa
langkah yang pada pendapatnya akan memastikan:
a. Bahawa seranta diberikan di dalam kawasannya tentang draf
rancangan tempatan yang akan disediakan, matlamatdan
maksud bagi penyediaannya, dan perkara-perkara yang PBPT
bercadang untuk memasukkannya ke dalam rancangan itu; dan
b. Bahawa orang yang dijangka ingin mendapat peluang untuk
membuat representasi kepada PBPT itu berkenaan dengan
perkara-perkara itu dijadikan sedar bahawa mereka berhak
mendapat, dan diberi, peluang untuk berbuat demikian.

5.1.2 Keperluan bagi Publisiti Awal ini adalah seperti berikut:
a. Memberi peluang penduduk setempat dalam proses
perancangan selaras dengan:
i. Local Agenda 21 (LA21) : Menepati prinsip LA21 iaitu
penyertaan dan ketelusan yang melibatkan masyarakat
tempatan termasuklah ketua masyarakat, pihak swasta,
persatuan, badan bukan kerajaan, PBT, jabatan kerajaan
dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) ke arah
merealisasikan konsep pembangunan mampan; dan

SULIT
16

SULIT

ii. Mengambilkira keperluan-keperluan orang awam dari
pelbagai peringkat dan kumpulan dalam menentukan
visi, matlamat, objektif dan skop kajian.

b. Mendapatkan input bagi memantapkan penyediaan Terma
Rujukan RTD sebelum perlantikan perunding boleh dibuat.
Terma Rujukan ini bertujuan antara lainnya untuk memberi
gambaran ringkas kawasan kajian, isu-isu perancangan utama,
skop dan pendekatan kajian, proses penyediaan, struktur
pengurusan kajian dan kewangan kajian. Selain itu, forum ini
juga turut mengambil kira dasar-dasar peringkat global, nasional
dan negeri antaranya seperti Rancangan Pemajuan Nasional
(Rancangan Fizikal Negara Ketiga-RFN Ke-3, Dasar
Perbandaran Negara Kedua-DPN2 dan Dasar Perancangan
Fizikal Desa Negara 2030-DPF Desa Negara 2030), Agenda
Perbandaran Baru (NUA), Rancangan Malaysia Ke-11, Pelan
Pembangunan Mampan Johor (2019-2030) dan sebagainya.

5.2 Program Publisiti Awal
Program publisiti awal bagi penyediaan Draf Terma Rujukan kajian
RTD Mersing 2030 (Penggantian) telah diadakan pada 9 Januari 2019 (Rabu)
bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing. Program publisiti
awal yang dijalankan adalah dalam bentuk kaedah perbincangan Focus
Group Discussion (FGD) yang melibatkan penyertaan seramai
165 orang dari pelbagai pihak iaitu pihak Majlis Daerah Mersing (MDM),
PLANMalaysia@Johor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Johor), Jabatan/ Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs),
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, badan profesional, pemaju,
pemimpin masyarakat, badan/ pertubuhan bukan kerajaan (NGOs),
pengusaha perniagaan, pertubuhan politik dan orang perseorangan.

SULIT
17

SULIT

Hasil penemuan dan rumusan program publisiti awal tersebut telah
diambilkira dan dijadikan input dalam penyediaan dan pemantapan Terma
Rujukan RTD Mersing 2030 (Penggantian).

6.0 PERNYATAAN ISU DAN MASALAH

6.1 Pernyataan isu dan potensi pembangunan telah dikenalpasti berdasarkan
rumusan penilaian outcome kajian RT Daerah Mersing 2018 serta sesi Focus
Group Discussion (FGD) di dalam program publisiti awal bagi kajian
RT Daerah Mersing 2030 (Penggantian) yang telah dijalankan pada
9 Januari 2019 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing
bersama pihak Majlis Daerah Mersing (MDM), PLANMalaysia@Johor
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor), Jabatan/ Agensi
Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs), Institusi Pengajian Tinggi
Awam dan Swasta, badan profesional, pemaju, pemimpin masyarakat,
badan/pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), pengusaha perniagaan,
pertubuhan politik dan orang perseorangan.

6.1.1 Pernyataan Isu dan Masalah
i. Kadar migrasi keluar golongan belia yang tinggi kerana
kurang kepelbagaian tawaran peluang pekerjaan
Kebanyakan penduduk tempatan di Daerah Mersing
menjalankan aktiviti perikanan sebagai nelayan dan perusahaan
kawasan pertanian (khususnya di kawasan FELDA). Walau
bagaimanapun, kebanyakan golongan belia tidak berminat
untuk meneruskan aktiviti yang menjadi sumber pendapatan
keluarga mereka disebabkan faktor punca pendapatan yang
tidak menentu serta ketiadaan salinan rekod pendapatan
menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan
perkhidmatan pinjaman bank dan sebagainya. Berdasarkan
unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2018 untuk

SULIT
18

SULIT

daerah Mersing, Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan
(KPPT) telah menurun daripada 2.2 pada tahun 2011 kepada
1.6 bagi tahun 2018 dan dijangka kekal sehingga tahun 2020.
Pecahan penduduk mengikut kumpulan umur juga
menunjukkan berlaku penurunan di kalangan golongan
penduduk produktif iaitu di kumpulan umur 30 – 49 tahun.

ii. Kurang penyelarasan dan perancangan pembangunan
fizikal yang menyebabkan berlakunya konflik guna tanah
Aktiviti perikanan merupakan antara aktiviti utama yang
menyumbang pendapatan dan sumber ekonomi setempat
disebabkan perletakan lokasi daerah yang terletak di sepanjang
persisiran pantai. Antara isu konflik guna tanah yang dihadapi
adalah penempatan setinggan dan kewujudan jeti-jeti haram
dan tidak tersusun di sepanjang persisiran sungai yang tidak
terkawal dan sistem kumbahan yang tidak sempurna sehingga
memberi imej yang kurang menarik Daerah Mersing yang ingin
ditonjolkan sebagai daerah pelancongan.

iii. Tahap kemudahsampaian dari aspek kemudahan jaringan
pengangkutan, infrastruktur serta kemudahan sokongan
pelancongan yang belum mencapai tahap bagi menyokong
matlamat dan halatuju pembangunan iaitu sebagai
destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa
Daerah Mersing masih belum mempunyai jaringan
pengangkutan seperti Lebuhraya atau bypass yang sangat
diperlukan bagi menyokong sektor ekonomi daerah utama
pelancongan. Kekurangan pembangunan kemudahan dan
infrastruktur bagi menyokong matlamat daerah untuk menjadi
daerah pelancongan yang bertaraf antarabangsa juga dilihat
telah menjadikan Bandar Mersing sebagai bandar transit

SULIT
19

SULIT

kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke pulau-pulau.
Ini telah menyebabkan penduduk tempatan Mersing tidak dapat
menggunakan peluang yang ada untuk menjana sumber
pendapatan ekonomi serta menjadikan kos sara hidup yang
tinggi disebabkan kos pengangkutan dan logistik yang tinggi.

iv. Aktiviti pertanian yang tidak diusahakan secara komersil
Kawasan pertanian merupakan guna tanah kedua terbesar
selepas perhutanan iaitu seluas 53,389.67 hektar (18.69
peratus) daripada keluasan Daerah Mersing. Walau
bagaimanapun, tiada aktiviti pertanian yang diusahakan secara
komersial secara meluas selain daripada perusahaan
pertaniaan yang dijalankan di kawasan FELDA. Ketiadaan
bantuan dan galakan daripada agensi yang berkaitan juga
menyebabkan penduduk tempatan menjalankan perusahaan
pertanian secara kecil-kecilan. Selain itu, ancaman haiwan liar
seperti gajah, monyet dan babi hutan turut menjejaskan aktiviti
pertanian menyebabkan ketidakupayaan dalam meningkatkan
produktiviti dan hasil sektor tersebut.

v. Kekurangan aktiviti perniagaan berkonsepkan kompleks
perdagangan
Kekurangan aktiviti perdagangan berkonsepkan kompleks
perdagangan atau wholesale telah mendorong untuk penduduk
daerah Mersing bertumpu di daerah dan negeri bersebelahan
seperti daerah Kota Tinggi dan juga daerah Rompin di Negeri
Pahang bagi mendapatkan barangan atau perkhidmatan.

SULIT
20

SULIT

vi. Pembangunan perindustrian semasa yang kurang berdaya
maju kerana kekurangan infrastruktur sokongan dan
kemasukan pelaburan ke daerah.
Daerah Mersing tidak mempunyai pembangunan perindustrian
mega yang pada masa yang sama boleh membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya golongan
belia yang tidak berminat untuk menerajui sektor perikanan dan
pertanian. Sistem jaringan pengangkutan yang lemah
menyebabkan tiada kemasukan pelaburan ke daerah ini.

vii. Kekurangan penawaran perumahan kos rendah dan mampu
milik kepada penduduk tempatan
Penawaran perumahan kos rendah dan mampu milik kepada
penduduk tempatan tidak dapat dipenuhi disebabkan kuasa beli
di kalangan penduduk tempatan adalah rendah. Kebanyakan
penduduk tempatan tidak mempunyai sumber pendapatan yang
tetap dan menyebabkan bantuan kewangan bagi pinjaman
pembelian perumahan tidak diluluskan.

viii. Kedatangan pelancong ke pulau-pulau semakin menurun
disebabkan faktor air pasang surut laut yang mengehadkan
jadual perjalanan feri ke pulau-pulau selain promosi
pelancongan yang kurang efektif dan tiada tarikan produk
pelancongan daerah
Pembangunan jeti-jeti seperti di Tanjung Gemuk telah
menjejaskan jumlah kedatangan pelancong ke Daerah Mersing
yang ingin berkunjung ke pulau-pulau. Selain daripada itu,
kurang promosi terhadap produk-produk pelancongan tempatan
bagi menyokong pembangunan daerah sebagai daerah
pelancongan bertaraf antarabangsa.

SULIT
21

SULIT

6.1.2 Prospek dan Potensi Awal
i. Kekayaan Sumber Semulajadi Daerah Mersing
Daerah Mersing kaya dengan sumber alam semulajadi
khususnya pantai, hutan lipur dan hutan simpan, taman laut,
sumber perkayuan dan hasil pertanian boleh dimajukan sebagai
pengeluar bahan mentah yang aktif kepada keperluan
pembangunan produk pelancongan utama serta industri hiliran.
Sektor pelancongan telah menjadi penyumbang utama kepada
ekonomi Mersing susulan pelaksanaan projek-projek
infrastruktur berimpak tinggi dan strategi pembangunan Hutan
Hujan ke Terumbu Karang (Rainforest to Reef - R2R) yang
dilaksanakan Kerajaan Persekutuan melalui Majlis
Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)
dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor. Selain daripada itu,
sektor perniagaan tani dilihat mampu menjadi pemacu
pertumbuhan yang seterusnya, terutamanya dalam industri
perikanan dan ternakan.

ii. Bandar Pelancongan dan Hub Pendidikan
Kepelbagaian produk pelancongan di Daerah Mersing menjadi
penggerak kepada pertumbuhan ekonomi bagi Daerah Mersing.
Di samping itu, cadangan Draf RSN Johor 2030 yang telah
mencadangkan pembangunan Universiti Malaysia Johor di
Mersing yang akan memberi impak kepada tren pembangunan
di daerah Mersing dan seterusnya membuka peluang pekerjaan
dan merancakkan pembangunan ekonomi setempat.

iii. Kesediaan Tanah Untuk Pembangunan
Daerah Mersing mempunyai tanah yang luas dan berpotensi
untuk pembangunan bagi menggalakkan pertumbuhan sektor
ekonomi. Pembangunan sektor perindustrian berasaskan

SULIT
22

SULIT

produk tempatan sangat berpotensi untuk dibangunkan di
daerah ini bagi memacu sektor ekonomi setempat serta
menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

iv. Hab Penerbangan Pelancongan
Cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa Mersing
berpotensi untuk menjadikan Daerah Mersing sebagai Hab
Penerbangan Pelancongan khususnya di Wilayah Timur Johor.
Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan tahap
kemudahsampaian ke daerah ini serta menarik pelaburan bagi
menjana sumber ekonomi daerah.

v. Kedapatan Tanah untuk Pembangunan Baru Berasaskan
Kebitaraan Daerah
Daerah Mersing mempunyai kawasan tepubina yang hanya
melibatkan keluasan 3,285.07 (1.16 peratus) berdasarkan guna
tanah semasa tahun 2017 daripada keseluruhan Daerah
Mersing. Sehubungan itu, keluasan tanah sedia ada yang luas
berpotensi untuk pembangunan berdasarkan kebitaraan daerah
dan penggantian RT ini hendaklah memperincikan mekanisma
kawalan secara terancang dan terkawal.

vi. Penarafan Antarabangsa oleh UNESCO bagi cadangan
tapak Mersing Geopark sebagai Geopark Kebangsaan
Cadangan pembangunan Mersing Geopark selari dengan
hasrat kerajaan negeri yang berhasrat mengangkat Mersing
sebagai daerah pelancongan yang berjaya tidak sekadar di
peringkat domestik malahan dunia. Keistimewaan daerah ini
adalah berdasarkan kepada sejarah bentuk muka bumi yang
menunjukkan bahawa daerah Mersing merupakan daratan
terawal terbentuk di Semenanjung Malaysia, selain ia

SULIT
23

SULIT

merupakan lingkaran arka volkanik aktif 300 juta tahun lalu.
Geopark adalah sebahagian daripada pembangunan serantau
yang mampan yang akan memberi tumpuan kepada pemulihan
warisan semula jadi, kesejahteraan rakyat, dan generasi
pendapatan melalui pelancongan. Pelan komprehensif akan
disediakan bagi memastikan matlamat pembangunan geopark
iaitu untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi, melindungi
kesejahteraan rakyat dan untuk menyumbang keuntungan
kepada negeri. Penarafan antarabangsa ini secara tidak
langsung akan menarik minat pelancong antarabangsa untuk
berkunjung ke daerah Mersing.

7.0 MATLAMAT, OBJEKTIF, OUTCOME DAN HALA TUJU KAJIAN RANCANGAN
TEMPATAN DAERAH MERSING 2030 (PENGGANTIAN)

7.1 Matlamat Kajian
Menyediakan suatu pelan perancangan dan pembangunan yang
komprehensif, inklusif dan mampan selaras dengan aspirasi pembangunan
Daerah, Negeri dan Negara menjelang tahun 2030.

7.2 Objektif Kajian
Selaras dengan matlamat kajian, objektif kajian RT Daerah Mersing 2030
(Penggantian) ini adalah untuk:
a. Memformulasi skop, matlamat dan halatuju kajian bagi memberi
halatuju kepada pembangunan di Daerah Mersing;
b. Mengenalpasti isu-isu perancangan serta potensi pembangunan yang
boleh digunakan untuk merancang dan memperkasakan
pembangunan daerah agar berdaya saing berasaskan kebitaraan dan
sumberjaya sedia ada khususnya bagi sektor pelancongan, perikanan,
dan pertanian;

SULIT
24

SULIT

c. Menterjemah konsep, pendekatan dan dasar-dasar semasa bagi
mengemaskini dan memperkukuh cadangan pemajuan guna tanah
serta menyesuaikan matlamat pembangunan Daerah Mersing;

d. Mengurangkan konflik guna tanah berdasarkan senario pembangunan
semasa yang mendatangkan isu kepada pembangunan fizikal dan
sosial melalui perincian perancangan dan pembangunan guna tanah
serta klasifikasi aktiviti kegunaan tanah bagi tujuan kawalan
perancangan;

e. Mengenalpasti dan memperkukuhkan pusat-pusat petempatan utama
dan kecil mengikut hierarki dan fungsi bandar yang saling sokong
menyokong pembangunan daerah keseluruhannya;

f. Menganalisa dan merangka satu rangka pembangunan spatial dan
memudahcara pelaksanaan projek-projek pembangunan yang
dikenalpasti bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk di daerah
Mersing berdasarkan sosio-demografi yang telah dikenalpasti;

g. Memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, sumber
warisan sejarah dan budaya sebagai tarikan pelancongan serta
pengurusan sumberjaya semulajadi yang kaya di Daerah Mersing; dan

h. Merangka halatuju pembangunan Daerah Mersing sebagai destinasi
pelancongan utama yang disokong dengan komponen kemudahan
sokongan pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

7.3 Faedah Kajian
Kajian ini memberikan faedah terutama sebagai panduan perancangan dan
pembangunan fizikal atau lebih dikenali sebagai business plan/ investment
directions bagi daerah oleh Majlis Daerah Mersing serta lain-lain agensi
pelaksana yang telah dikenalpasti melalui penyediaan peta cadangan guna
tanah dan penyediaan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Kajian ini
turut memberi faedah dalam mengenalpasti projek utama dan
pelaksanaannya oleh PBPT, Jabatan, agensi dan pihak swasta bagi
kepentingan awam. Selain itu, ianya juga penting dalam memastikan

SULIT
25

SULIT

pembangunan yang dirancang selaras sepertimana keperluan perenggan
12(3)(a) Akta 172.

7.4 Outcome Kajian
Berdasarkan objektif yang telah dibentuk, kajian ini akan menghasilkan
outcome seperti berikut:
i. Peningkatan pertumbuhan ekonomi daerah melalui penyusunan
semula aktiviti gunatanah yang berpotensi untuk dibangunkan;
ii. Peningkatan potensi pembangunan fizikal melalui perancangan fizikal
yang lebih terancang dan tersusun;
iii. Peningkatan peluang-peluang pekerjaan dengan peningkatan
pertumbuhan ekonomi daerah melalui penyusunan semula aktiviti
guna tanah yang berpotensi untuk dibangunkan berdasarkan
kebitaraan daerah;
iv. Pengukuhan dan menaiktaraf kawasan tarikan pelancongan serta
kemudahan sokongan yang berkaitan;
v. Peningkatan pengurusan alam sekitar bagi mengekalkan
kemampananserta mengekalkan pencapaian indeks pembangunan
mampan dan kualiti alam sekitar;
vi. Peningkatan tahap kemudahsampaian dan jaringan perhubungan
yang efisien serta penyediaan kemudahan masyarakat, infrastruktur
dan utiliti; dan
vii. Pengukuhan urustadbir yang lebih efektif dan inklusif.

SULIT
26

SULIT

8.0 BIDANG DAN SKOP KAJIAN

Selaras dengan matlamat dan objektif kajian, Jadual 8.1 merupakan cadangan
kepakaran bagi setiap bidang kajian.

Jadual 8.1: Bidang dan Kepakaran Perunding/ Pengkaji

Bil Bidang Kepakaran/ Pengkaji

1.  Verifikasi maklumat, pengolahan Perunding Perancang Bandar

strategi/konsep, penyediaan draf (Ketua Perunding)

laporan dan kawalan kualiti

 Guna tanah dan Ciri-ciri Fizikal Perunding Perancang GIS
 Pembangunan Pangkalan Data dan

Sistem Maklumat Geografi (GIS)

2. Rangka Wilayah, Penduduk dan Sosio Perunding Perancang Bandar/

Ekonomi Pakar Perangkaan/ Ekonomi

3. Pelancongan Perunding Perancang Bandar/

Pakar Pelancongan

4. Perikanan dan Pertanian Perunding Perancang Bandar/

Pakar Marin

5. Perniagaan & Perkhidmatan dan Perunding Perancang Bandar/

Perindustrian Pakar Ekonomi

6. Petempatan Bandar dan Desa, Perunding Perancang Bandar

Perumahan, Institusi, Kemudahan

Masyarakat dan Kawasan Lapang

7. Pusat Bandar, Rekabentuk, Perunding Perancang Bandar/

Pemuliharaan Bangunan Warisan dan Arkitek (Reka Bentuk Bandar)

Landskap

8. Pengurusan Alam Sekitar dan Perunding Perancang Bandar/

Sumberjaya Semulajadi, Perhutanan dan Pakar Alam Sekitar dan Geo

Geo Bencana Bencana

9. Infrastruktur, Utiliti dan Pengangkutan Perunding Kejuruteraan

10. Pengurusan dan Pelaksanaan Perunding Perancang Bandar/

Penilaian dan Pengurusan

Harta

11. Penilaian Kemampanan (SA) In-house

 Pn. Nurfaeeza Saleha binti

Sahlan

 En. Maarof bin Jamingan

SULIT
27

SULIT

9.0 TEMPOH PENYEDIAAN PROJEK

9.1 Tempoh Penyediaan Projek
Tempoh penyediaan RT Daerah Mersing 2030 (Penggantian) adalah selama
12 bulan dengan penglibatan perunding termasuklah penyediaan Laporan
Pendekatan, Laporan Analisis dan Strategi Pembangunan, Draf Awal dan
Draf RT. Proses mobilisasi, publisiti awal dan penyertaan awam, pengurusan
mesyuarat dan proses perwartaan tidak diambil kira dalam tempoh ini (rujuk
Jadual 9.1).

Jadual 9.1: Tempoh Penyediaan Laporan oleh Perunding Tempoh
1 bulan
Bil Peringkat 3 bulan
1. Laporan Pendekatan
2. Laporan Analisis dan Strategi Pembangunan 4 bulan

(LASP) 4 bulan
3. Laporan Draf Awal RT Daerah Mersing 2030
12 Bulan
(Penggantian)
4. Laporan Draf RT Daerah Mersing 2030

(Penggantian)
Jumlah

Program kerja RT Daerah Mersing 2030 (Penggantian) adalah sepertimana
di Jadual 9.2.

SULIT
28

SULIT
Jadual 9.2: Tempoh Penyediaan RT Daerah Mersing 2030 (P

2

Penggantian)
29

SULIT
10.0 ANGGARAN DAN PERINCIAN KOS KAJIAN

10.1 Sumber Kos Kajian
Kaedah perolehan adalah secara Tender Terbuka. Kos kajian bagi RT
Daerah Mersing 2030 (Penggantian) melibatkan tiga (3) sumber pembayaran
iaitu seperti berikut:

Jadual 10.1: Sumber Pembiayaan Kajian

Bil Perkara Sumber
1. Kos Bayaran Yuran Perunding Kerajaan Negeri (BPENJ) –
70%
dan Kos Bayaran Imbuhan Balik ECER – 30%
Perunding Kerajaan Negeri
2. Kos Pengurusan (PLANMalaysia@Johor)

Majlis Daerah Mersing

Sumber kewangan bagi kajian ini adalah menggunakan peruntukan Pejabat
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan) iaitu sebanyak
70% manakala pihak ECER akan menanggung kos sebanyak 30% kos
keseluruhan kajian (tidak termasuk kos pengurusan) dengan kos siling
peruntukan sebanyak RM 1,000,000.00. Anggaran kos untuk kos fee
perunding dan imbuhan balik perunding adalah sebanyak RM 953,834.50.
Kos pengurusan akan dibiayai secara bersama oleh PLANMalaysia@Johor
iaitu sebanyak RM 200,000.00 dan Majlis Daerah Mersing sebanyak
RM 175,000.00.

10.2 Anggaran Kos Keseluruhan Kajian

Kos Kajian Rancangan Tempatan Daerah Mersing 2030 (Penggantian)
melibatkan tiga (3) bahagian perincian iaitu:

SULIT

SULIT

Bil Perkara
1. Kos Bayaran Yuran Perunding
2. Kos Bayaran Imbuhan Balik Perunding
3. Kos Pengurusan

Jadual 10.2 menunjukkan perincian bagi anggaran kos kajian keseluruhan
bagi RT Daerah Mersing 2030 (Penggantian).

Jadual 10.2: Anggaran Kos Kajian Keseluruhan JUMLAH (RM)

BUTIRAN PERBELANJAAN 677,065.50
1. KOS PERKHIDMATAN PERUNDING 49,778.40

A. Yuran Perunding 726,843.90
i. Profesional
ii. Sub Profesional 50,000.00
Jumlah Yuran Perunding 6,000.00
5,000.00
B. Kos Imbuhan Balik
i. Tuntutan Perjalanan & Pengangkutan 4,500.00
ii. Kos Perhubungan
iii. Pembelian Pelan/ Carian Rasmi 22,500.00
iv. Fotokopi dan Percetakan 22,500,00
- 45 Set Laporan Pendekatan Kajian x 22,500.00
RM 100 40,000.00
- 45 Set LASP x RM 500 173,000.00
- 45 Set Draf Awal x RM 500 899,843.90
- 45 Set Draf Akhir x RM 500 53,990.60
v. Kaji Selidik dan Kajian Lapangan 953,834.50
Jumlah Imbuhan Balik Perunding
JUMLAH KOS KESELURUHAN (A+B) 85,000.00
SST (6%) (A+B) 73,450.00
JUMLAH BESAR 1 80,000.00

2. KOS PENGURUSAN 95,550.00
i. Pakej Mesyuarat 41,000.00
ii. Penyediaan Dokumen 375,000.00
iii. Kajian Perbandingan dan Penyediaan
Pangkalan Data
iv. Program Publisiti dan Penyertaan Awam
v. Pewartaan dan Cetakan Akhir
JUMLAH BESAR 2

Nota: Perincian Kos Imbuhan Balik seperti di Lampiran 1.

SULIT

31

SULIT
10.3 Perincian Kos Keseluruhan Kajian
Perincian kos yuran perkhidmatan Perunding adalah sepertimana di Jadual
10.3.

Jadual 10.3: Anggaran Yuran Perunding Secara Input Masa Kajian RT Daerah Mersing
2030 (Penggantian)

SULIT

32

SULIT
10.4 Anggaran Kos Pengurusan

10.4.1 Sumber Peruntukan Kos Pengurusan

Jadual 10.4: Pecahan Sumber Kos Pengurusan

Bil Butiran Jumlah (RM)

1. Majlis Perbandaran Mersing 175,000.00

2. PLANMalaysia@Johor 200,000.00

Jumlah Peruntukan Kos Pengurusan 375,000.00

10.4.2 Anggaran Kos Pengurusan

Jadual 10.5: Anggaran Kos Pengurusan

ANGGARAN PERBELANJAAN PERBELANJAAN
(RM)
BIL BUTIRAN TAHUN 2019 TAHUN 2020

Negeri PBT Negeri PBT

A. Pakej Mesyuarat dan Sajian 63,000.00 31,500.00 15,750.00 15,750.00 -
i. Pakej Mesyuarat

Jawatankuasa
Penyelarasan Teknikal (4
kali)

ii. Pakej Mesyuarat Pasukan 12,000.00 - 9,000.00 - 3,000.00
Kajian (4 kali)

iii. Pakej Mesyuarat 10,000.00 - - 10,000.00 -

Kolaborasi dan Verifikasi 31,500.00 24,750.00 25,750.00 3,000.00
- - 8,200.00 -
Bersama Pihak

Berkepentingan (FGD)

Jumlah Kos Pakej Mesyuarat 85,000.00
dan Sajian

B. Penyediaan Dokumen Mesyuarat

i. Mesyuarat Jawatankuasa 8,200.00

Perancang Negeri (JPN)

ii. Mesyuarat Penuh MP 11,250.00 - - - 11,250.00
Mersing

iii. Mesyuarat Jawatankuasa 54,000.00 40,500.00 - 13,500.00 -
Penyelarasan Teknikal (4
peringkat)

SULIT

33

SULIT

Jumlah Kos Penyediaan 73,450.00 40,500.00 - 21,700.00 11,250.00
Dokumen Mesyuarat

C. Kajian Perbandingan dan Penyediaan Pangkalan Data Mersing

i. Kajian perbandingan 50,000.00 - 50,000.00 - -

ii. Penyediaan pangkalan 30,000.00 - - - 30,000.00
data, perisian dan
perkakasan 80,000.00 - 50,000.00 - 30,000.00
13,000.00
Jumlah Kos Perbandingan dan - - 13,000.00 -
Pangkalan Data 1,700.00 - - - 17,000.00

D. Program Publisiti
i. Notis Pemberitahuan

ii. Pakej Sewaan Tempat
Majlis Perasmian dan
Jamuan

iii. Gimik dan Multimedia 20,000.00 - - 30,550.00 20,000.00
Majlis Perasmian

iv. Percetakan Bahan Program 40,550.00 - - - 10,000.00

untuk Publisiti dan

Hebahan

v. Sesi Taklimat dan Townhall 5,000.00 - - - 5,000.00

Jumlah Kos Program Publisiti 95,550.00 - - 43,550.00 52,000.00

E. Program Pewartaan

i. Notis Warta 4,000.00 - - - 4,000.00

ii. Siar Akhbar (1 keluaran 2 -----
akhbar)

iii. Cetak RT (untuk -----
mesyuarat) 36,000.00 - - 36,000.00 -

iv. Cetak RT (Akhir)

v. Cetak CD 1,000.00 - - 1,000.00 -
Jumlah Kos Program Pewartaan 41,000.00 - - 37,000.00 4,000.00

JUMLAH KOS PENGURUSAN 375,000.00 72,000.00 74,750.00 128,000.00 100,250.00
[A+B+C+D+E]

SULIT

34

SULIT

10.5 Kaedah / Peringkat Bayaran Perunding
Pembayaran kepada perunding dicadangkan sebanyak lima (5) kali mengikut
peringkat penyerahan laporan-laporan (rujuk Jadual 10.6).

Jadual 10.6 : Peringkat Pembayaran Kemajuan Perunding

Bil Laporan Peratus Kelulusan Tahun
1. Laporan Bayaran Bayaran Bayaran
Selepas serahan
Pendekatan Kajian 20 Laporan 2019
2. Laporan Analisis 20 Mesyuarat 2019
Jawatankuasa
dan Strategi 20 Penyelarasan 2020
Pembangunan Teknikal
30 Mesyuarat 2020
3. Laporan Draf Awal 10 Jawatankuasa 2020
RT Penyelarasan
Teknikal
4. Laporan Draf RT Mesyuarat
Pasukan Kajian
5. Bayaran Akhir Mesyuarat
Pasukan Teras

11.0 SYOR PERTIMBANGAN

Majlis Daerah Mersing yang bersidang pada hari ini adalah dimohon untuk
mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

i. BERSETUJU atau SEBALIKNYA terhadap Draf Terma Rujukan Rancangan
Tempatan Daerah Mersing 2030 (Penggantian);

ii. MENGAMBIL MAKLUM ke atas Program Publisiti Awal Rancangan
Tempatan Mersing 2030 (Penggantian) yang telah dilaksanakan selaras
dengan keperluan Seksyen 12A, Akta 172; serta

SULIT

35

SULIT
iii. BERSETUJU ke atas lain-lain Kos Pengurusan yang melibatkan kajian ini
ditanggung oleh Majlis Daerah Mersing dan PLANMalaysia@Johor (Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor) iaitu berjumlah
RM 375,000.00.

Disediakan Oleh:
PLANMalaysia@Johor
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor)
Tarikh : 16 Januari 2019

SULIT

36


Click to View FlipBook Version