The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulfadlyothman5951, 2019-12-19 07:52:48

CKT sentap

#01
Disember 2 0 19

MA J AL AH
USAHAWAN






BERJAYA









































Ber samasama
Ber
EN.NAZRI
EN.NAZRI







TEMURAMAH



TUAN RESTORAN


RAHSIA


KEJAYAAN


CABARAN Menu
ISTIMEWA

BERNIAGA






EDISI PERTAMA

ISI KANDUNGAN








TAJUK MUKA SURAT




Biodata Pemilik 03


Sejarah Awal Pembukaan 04




Menu Istimewa 05


Perkhidmatan Katering 06




Inspirasi 07


Cabaran Berniaga 08




Majikan Yang Prihatin 09


Pengurusan Masa 10




Percaya Pada Rezeki 11


Nasihat Kepada Usahawan 12




Perancangan 13


Keuntungan 14




Sekalung Budi 15


Penghargaan 16




Ahli Kumpulan 17

ISI KANDUNGAN BIODATA PEMILIK RESTORAN








TAJUK MUKA SURAT Nama penuh beliau ialah Mohamad Nazri Bin

Othman. Pekerjaan tetap Encik Nazri

Biodata Pemilik 03 merupakan seorang Jurutera Mekanikal di
MMHE. Beliau berusia 34 tahun, mempunyai
seorang isteri iaitu Puan Maisura Binti Abu
Sejarah Awal Pembukaan 04 Bakar dan berusia 35 tahun. Beliau juga


mempunyai 2 orang cahaya mata. Dilahirkan di
Menu Istimewa 05 Muar, Johor dan sekarang menetap di Pasir
Gudang, Johor. Beliau mendapat pendidikan
Perkhidmatan Katering 06 awal di SK Bukit Gambir, Muar dan SMK Bukit

Gambir. Kemudian melanjutkan pelajaran

Inspirasi 07 dalam Diploma automotif, dan juga Ijazah
Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Dungun

dan UTHM, Batu Pahat. Di masa lapang,
Cabaran Berniaga 08 beliau lebih gemar membaca bagi mengisi

masa lapang dan menjadi hobi beliau gemar
Majikan Yang Prihatin 09 membaca. Cita-cita beliau ialah ingin menjadi
En.Nazri pemilik Restoran Char Kuey
Teow Sentap seorang usahawan yang berjaya, dimana
Pengurusan Masa 10 beliau sekarang berada.




Percaya Pada Rezeki 11


Nasihat Kepada Usahawan 12




Perancangan 13


Keuntungan 14




Sekalung Budi 15


Penghargaan 16




Ahli Kumpulan 17




USAHAWAN BERJAYA 03

SEJARAH AWAL PEMBUKAAN







Nama tersebut ditetapkan selepas beberapa
kali mencari satu nama yang sesuai dengan
perniagaan beliau. Namun, En Nazri yang
sememangnya rajin membaca bagi menambah
pengetahuan dalam perniagaan yang
diceburinya, beliau telah terjumpa perkataan
sentap dari sebuah buku mentor perniagaan
beliau iaitu DR Azizan Osman. Di dalam buku
berkenaan, penulis acapkali menggunakan
perkataan sentap. Selain itu juga, nama tersebut
juga seringkali menjadi perkataan yang selalu
diviralkan dan perasaan ingin tahu umum untuk
mengetahuinya dengan lebih lagi menjadikan
nama tersebut diguna pakai sehingga hari ini.





















Sebelum membuka kedai char kuey teow, En
Nazri dan isterinya mula berniaga dengan
menjual produk barangan baju bayi yang kini
mempunyai 4 butik, menjual roti (Bakery),
menjual kain dan fabric serta menjual kerepek.
Isterinya yang bertugas sebagai seorang guru,
membantu En Nazri memulakan perniagaan
tersebut sekadar secara sambilan. Setelah
perniagaan tersebut meningkat maju, keluarga
isteri En Nazri memberikan cadangan untuk
beliau menceburi perniagaan kedai makan.


Idea tersebut diteliti dan dibincangkan bersama
isteri beliau. Keluarga isteri En Nazri
sememangnya berniaga Char Kuey Teow di
Sungai Petani, Kedah. Oleh yang demikian, atas
dorongan dan sokongan keluarga, En Nazri
berasa yakin untuk memulakan perniagaan Char
Kuey Teow tersebut.



USAHAWAN BERJAYA 04

MENU ISTIMEWA

















































Bagi menu char kuey teow sendiri, terdapat

lebih dari 3 jenis yang disediakan. Selain dari
itu, pelbagai jenis nasi goreng, nasi lemak,
Mendoan Cheezy, serta kerang celup tepung
juga menjadi hidangan. Hal ini kerana, bukan

semua pelanggan beliau meminati char kuey
tiaw. Restoran perlulah menawarkan pelbagai
jenis hidangan supaya pelanggan tidak jemu
dan dapat memilih yang bertepatan dengan

selera mereka, menurut kata En Nazri.


















USAHAWAN BERJAYA 05

PERKHIDMATAN CATERING






Menurut En Nazri, di dalam kehidupan
yang serba moden dan penuh kesibukan ini,
khidmat penghantaran juga penting dalam
memastikan perniagaan restoran beliau
terus diminati dan mempunyai pelanggan
yang setia. Dalam era globalisasi ini, beliau
tidak ketinggalan menggunakan teknologi
untuk menawarkan khidmat penghantaran
kepada pelanggan-pelanggan beliau. Ini
bagi memastikan pelanggan beliau sentiasa
berphuas hati dan dapat menikmati
hidangan yang terdapat di restorannya untuk
dijamu di rumah sendiri mahupun di pejabat.


Selain dari itu juga, perkhidmatan catering
khususnya bagi menu char kuey teow dan
juga hidangan masakan panas di
majlis-majlis juga turut disediakan. Satu
keunikan dan kelainan dalam sesebuah
majlis dijamu dengan hidangan seperti itu.
Namun, ianya menjadi tarikan pelanggan
yang juga mahupun kelainan masakan
makanan yang biasa dihidangkan di
majlis-majlis seperti Nasi Beriani dan Nasi
Minyak yang biasa disediakan di dalam
negeri Johor ini.




































USAHAWAN BERJAYA 06

INSPIRASI






Sebelum memulakan perniagaan, En Nazri
sendiri melakukan proses temubual dengan
peniaga jalanan yang menjual char kuey teow .
Beliau menanyakan beberapa soalan
berhubung dengan perniagaan peniaga
tersebut, Mengapa tidak membuka gerai?
Itulah soalan yang ditanya kepada semua
gerai-gerai di jalanan yang membuka minda
dan hati En Nazri, tekad untuk membuka
restorannya sendiri. Walaupun dapatan dari
temubual secara tidak langsung itu
menunjukkan sebab peniaga tidak membuka
restoran mereka sendiri adalah kerana didapati
orang Malaysia secara amnya, inginkan
pekerjaan yang memberi jaminan untuk satu
jangka masa yang lama dan kukuh. Jadi, bagi
membuka restoran perlulah mempunyai
pekerja yang dapat memberikan komitmen dan
mutu kerja yang konsisten. Maka, ianya sukar
bagi mendapatkan pekerja yang sebegitu.
Namun, sebagai seorang usahawan muda dan
ingin Berjaya, En Nazri melihat ianya satu
peluang di mana semua orang tidak bernai
untuk mengambil risiko.

































En Nazri mempunyai pandangan yang jauh. Beliau menjangkakan lebih ramai pelanggan yang
dapat menikmatinya makanan di restorannya tanpa mengira yang datang secara
berseorangan mahupun beramai-ramai. Di mana kebanyakan orang terlalu takut untuk
mengambil risiko, di situlah letaknya peluang yang mungkin boleh memperolehi kejayaan.
Itulah apa yang En Nazri katakan dalam permulaannya membuka Char Kuey Teow Sentap.


USAHAWAN BERJAYA 07

CABARAN BERNIAGA











































Permulaan perniagaan En.Nazri



Hanya 3 orang pekerja sewaktu awal
permulaan perniagaanya, termasuk dirinya
dan isteri yang bertugas sebagai pembuat
minuman di restorannya. Semakin maju
perniagannya, semakin bertambah
bilangan pekerja beliau dan akhirnya beliau
mempunyai 12 orang pekerja kesemuanya
hingga ke hari ini.
Cabaran paling besar yang terpaksa beliau
hadapi ialah peruntukan masa. En Nazri
mempunyai kekangan untuk
membahagikan masa kepada pekerjaan
tetap beliau dan perniagaan barunya. Pada permulaannya, beliau terpaksa
mengorbankan waktu rehat dan tidur beliau yang hanya dalam tempoh 3 hingga 4 jam
sahaja dalam sehari. Seterusnya, dari segi kepimpinan (leadership). Beliau memahami
peranan dan tugas sebagai seorang pemimpin, ketua mahupun pengarah. Menjadi
tunjang dalam sesebuah perniagaan perlulah memberi tunjuk ajar, berbincang serta
mengurus orang bawahannya secara berterusan. Pun begitu, oleh kerana kekangan masa
menyebabkan En Nazri sukar dan hampir tidak mampu untuk menjadi ketua yang
sepatutnya. Cara kerja, mengetahui latar belakang dan masalah pekerjanya
menyebabkan beliau sukar untuk mengurus perniagaannya dengan lebih teratur.




USAHAWAN BERJAYA 08

MAJIKAN YANG PRIHATIN








Beliau menyediakan carta
organisasi dalam perniagaanya.
Namun jawatan atau pangkat
bukanlah yang menjadi ukuran
atau tanda aras untuk di banding
beza. Ianya lebih kepada
mengetahui bidang tugas
masing-masing dan dapat
menjalankannya dengan
sempurna. Tambah beliau lagi,
walaupun dirinya berjawatan
pengarah urusan, namun itu tidak
bermakna beliau hanya mengira
keuntungan semata-mata. Beliau
turut membuat kerja di lapangan di
samping membantu pekerjanya.

Beliau juga memastikan, selain dari jawatan yang telah ditetapkan dalam carta organisasi,
kesemua pekerja beliau haruslah mengetahui setiap bidang tugas yang ada dalam
perniagaannya. Hal ini secara tidak langsung melatih pekerja supaya mempunyai kemahiran
yang pelbagai dan dapat menimba pengalaman daripadanya.

Beliau telah menetapkan
sebanyak 40% bagi penyediaan
kos bahan mentah dan tidak lebih
dari jumlah tersebut. Bagi kos
utility, gaji pekerja dan lain-lain,
beliau memperuntukkan sebanyak
85%. Jumlah kos permulaan bagi
pembukaan kedai beliau
mencecah sehingga RM80 ribu.
Beliau juga menyatakan bahawa
strategi pemasaran merupakan
perkara penting dalam menjamin
keuntungan perniagaan.
























USAHAWAN BERJAYA 09

PENGURUSAN MASA







Beliau mempunyai jadual yang tersendiri
bagi menguruskan urusan seharian beliau
untuk satu tempoh masa yang tertentu.
Berdisiplin dan patuh terhadap jadual yang
dibuat menyebabkan beliau dapat
membahagikan masa sebaiknya. Selain itu
juga, sistem pengurusan yang sistematik
yang merangkumi pengurusan pemasaran,
kebajikan pekerja, dan juga makanan
membantu beliau dalam menguruskan
kehidupan dengan lebih sempurna. Sifat
toleransi juga perlu menurut beliau dalam
memastikan hubungan kekeluargaan tidak
terabai. Persefahaman sesama sendiri di
antara ahli keluarga menambahkan lagi
keharmonian dalam kehidupan seharian
beliau. Beliau juga menyatakan bahawa
perbincangan perlulah dilakukan dengan
kerap dan menjadikan ianya sebagai satu
kebiasaan. Hal ini kerana, segala masalah
dan kekangan mampu ditangani dan
difahami secara bersama. En.Nazri bersama isterinya










































USAHAWAN BERJAYA 10

USAHAWAN BERJAYA 06




PERCAYA PADA REZEKI







Beliau mempercayai dan menegaskan
bahawa rezeki itu dari ALLAH jua
semata-mata.Segala apa jua ancaman
dari luar tidak menjadi masalah. Beliau
percaya, segala cabaran dan rintangan
yang dihadapi hanyalah sebahagian kecil
ujian dari ALLAH kepada dirinya agar tidak
mudah lupa padaNya yang memberi
rezeki. Selain itu, beliau menyatakan
penambahbaikan pada mutu
persembahan, mutu perniagaan dan juga
diri sendiri, adalah lebih penting dari
membuang masa mengambil endah
perkara yang tidak mendatangkan
sebarang manfaat kepada dirinya Antara menu yang mendapat sambutan
mahupun perniagaannya.
Niat yang baik, pasti akan dibantu dan dipermudahkan urusannya oleh Tuhan, Itu pasti. Bagi
En Nazri, beliau sentiasa memasang niat untuk membantu pekerja-pekerjanya supaya
Berjaya seperti dirinya pada masa hadapan. Niat tersebut masih diteruskan sehingga ke hari
ini. Beliau seorang yang sangat prihatin kepada pekerjanya. Beliau sering membantu
pekerjanya yang mempunyai kesukaran dalam kehidupan. Beliau tidak memberikan
kesenangan dan bantuan tanpa usaha. Beliau memberikan peluang kepada pekerjanya
untuk memperbaiki kehidupan mereka. Beliau juga berhasrat untuk membuka seberapa
banyak cawangan dan akan diselia dan diurus oleh pekerja-pekerjanya.






































USAHAWAN BERJAYA 11

NASIHAT KEPADA USAHAWAN







Beliau menasihatkan kepada
usahawan-usahawan di luar, mereka
mestilah mempunyai tekad dan jangan
berputus asa atau membuat kerja mengejar
impian separuh jalan. Perlu mempunyai hala
tuju dan sasaran yang relevan. Sokongan
dan restu daripada ahli keluarga juga
penting agar kita sentiasa didoakan akan
perkara yang baik-baik.


Kepercayaan akan perkara-perkara khurafat
yang boleh menyebabkan syirik juga
perlulah dijauhi, tegas beliau. hanya Allah
sahaja yang berkuasa atas setiap sesuatu.
Jika mahukan kejayaan dan rezeki yang
berlipat ganda, perlulah usaha dan
bertawakal padaNya. Niat dan azam
haruslah tepat dan betul. niat jika berjaya
dan kaya, ingin membantu pada
mereka-mereka yang memerlukan, bukan
meninggi diri dan lupa diri.

Selain itu, hendaklah sentiasa bersyukur

dan menerima segala dugaan yang Allah
berikan kepada kita. Itu tanda Allah masih
saing dan ingat pada kita. Ilmu perlulah
ditambah bagi memperbaiki dan menambah
baik diri mahupun perniagaan. Dapatkan
seorang mentor yang boleh dijadikan
sebagai contoh untuk kita sentiasa tidak
tersasar dari hala tuju.
























USAHAWAN BERJAYA 12

PERANCANGAN








Beliau ingin menambah satu lagi
perkhidmatan iaitu perkhidmatan
penghantaran makanan milik beliau sendiri
dan tidak hanya bergantung harap pada
Syarikat Perkhidmatan Food Panda. Secara
tidak langsung, ianya membolehkan beliau
memberi peluang pekerjaan kepada
masyarakat selain daripada menjamin kualiti
produk beliau.

Selain itu juga, beliau mensasarkan
jumlah pendapatan tahunan sebanyak RM1
juta setahun melalui perancangan yang
telah diatur oleh beliau. Beliau menambah
lagi, perancangan yang dilakukan adalah
untuk tempoh 5 tahun. Sebagai seorang
usahawan, haruslah melangkah 10 langkah
ke hadapan dan bukan hanya satu atau dua
langkah sahaja dan telah memadai. Ianya
supaya kita tidak akan jauh ketinggalan.













































USAHAWAN BERJAYA 13

KEUNTUNGAN







Beliau menyatakan di antara RM60
ribu hingga RM70 ribu keuntungan
yang diperolehi dari perniagaan Char
Kuey Teow Sentap termasuk melalui
pesanan pelanggan melalui
perkhidmatan Food Panda.
Kesimpulan yang dapat kami ambil
melalui temubual bersama Encik Nazri,
beliau boleh dijadikan contoh sebagai
seorang usahawan yang hebat dan
berjaya kerana bukan sahaja mampu
memperolehi pendapatan mencecah
puluhan ribu, malah mampu
melakukan lebih dari 1 pekerjaan atau

kerjaya dengan cemerlang. Di samping itu juga, pembahagian masa yang teratur antara
kerja dan diri, dan keluarga juga memberi semangat kepada kami untuk Berjaya seperti
beliau. Tidak lupa juga, sifat kerohanian yang diterap dalam perniagaan mahupun kerjaya
tetap beliau memberi kami sumber inspirasi agar tidak mudah lupa diri dan sentiasa
memasang niat untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan. En Nazri
sesungguhnya kami letakkan sebagai idola ataupun ikon kepada diri kami untuk terus
gigih, rajin berusaha dan istiqamah hingga ke akhirnya.











































USAHAWAN BERJAYA 14

Sekalung Budi

























PENGHARGAAN


Pertamanya, kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah kami, Dr Nornazira Binti
Suhairom kerana memberi sepenuh kepercayaan
dorongan dan sokongan, tunjuk ajar serta bimbingan
kepada kami untuk menjayakan tugasan kumpulan bagi
subjek SPPL 2142 Operasi Penyediaan Makanan. Selain
itu, ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada Encik
Mohamad Nazri Bin Othman kerana sudi meluangkan
masa untuk ditemuramah.

PENGHARGAAN






Assalamualaikum w.b.t.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada
Pensyarah kami, Dr Nornazira binti Suhairom
yang telah banyak memberikan sumbangan
tenaga dan juga ilmu melalui pendekatan
terhadap pembelajaran didalam subjek SPPL
2142 - Operasi Perkhidmatan Makanan.
Selangkah diteruskan dengan diberi beberapa
tugasan dimana peringkat kami perlu
menghasilkan sesi temuramah dan juga
menghasilkan majalah keluaran berkaitan
penemuan yang kami cari dan perlukan. Didalam
penemuan tersebut, kami juga diberi bimbingan
yang terbaik didalam menghasilkan majalah yang
begitu menarik dan pengetahuan yang jelas bagi
memaparkan kesungguhan didalam memproses
bahan majalah yang afektif. Oleh itu, tahniah
diucapkan kepada keseluruhan ahli di dalam
kumpulan kami kerana dengan jayanya dapat juga menghasilkan sebuah majalah yang
memberikan input tentang bagaimana operasi perkhidmatan makanan itu berlaku.
Selain dari itu, tunjukkan pihak pensyarah didalam bimbingan kepada kami amat
memberikan kerangsangan yang begitu baik sehinggakan kami dapat dibentuk melalui
bidang perkhidmatan terjerus kearah perkhidmatan makanan mengikuti perkembangan
era terkini.

Tidak lupa juga kepada pihak pemilik Restoran char kuey teow sentap ini En Nazri,
kerana memberikan keizinan tanpa mengira latar belakang kami dengan hati yang begitu
terbuka sehinggakan kami mudah untuk mendekati beliau kerana sikap lemah lembut dan
ramah mesra yang disambut dengan adab dan sopan terhadap kami menjadi tarikan
kepada semua pihak yang ingin mendekati beliau. Permulaan tingkah laku ini memberikan
kesan, dimana secara peribadi pemilik restoran ini merupakan usahawan yang akan terus
meningkat dengan membawa kejayaan didalam bidang perniagaan yang diceburinya.
Sejurus itu, kami menjadikan beliau sebagai aspirasi objektif kami didalam menceburi
perniagaan perkhidmatan makanan yang cemerlang. Tiada apa yang kami perlu katakan
lagi selain menjadikan pemilik restoran ini sebagai contoh kepada usahawan-usahawan
diluar sana didalam langkah dan titik permulaan didalam menceburi bidang perniagaan
perkhidmatan makanan kepada pelanggan yang baik. Usahawan sebegini perlu
diperluaskan lagi bagi menghasilkan kejayaan demi kejayaan.


Terima kasih, Sekian.



USAHAWAN BERJAYA 16

AHLI KUMPULAN








AHLI KUMPULAN
EZI KEBABOOM


























AHLI KUMPULANAHLI KUMPULAN





MOHAMAD NORIZZUDDIN BIN MANSOR MUHAMMAD AFIQ BIN ZOLFILI NORSALIZA BINTI REDZUAN
( SX171040PPHS01 ) ( SX170868PPHS01 ) ( SX170876PPHS01 )


























NORHAFIZA BINTI MOHAMAD SAHAR SYED MOHD HAFIZ BIN SYED HADZIR
( SX170875PPHS01 ) ( SX170891PPHS01 )

DENGAN SEBILANGAN 5 ORANG AHLI INI, KAMI MAMPU MENJAYAKAN
PEMBENTUKKAN MAJALAH YANG MENARIK.









USAHAWAN BERJAYA 17


Click to View FlipBook Version