E-FOLIO
PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM
MENANGANI MASALAH SOSIAL
GROUP 4
AHLI KUMPULAN
YUVARAJ A/L PAVATHARENI A/P THEVAAH A/L KERISH KUMAR A/L
NAGARAJAN RAMACHANDRAN GOTHADABANI MUTHU KUMAR
21DDT20F2085 21DDT20F2076 21DDT20F2082 21DDT20F2093
ISI KANDUNGAN
1) Isi Kandungan 3 6) Kesan remaja dalam gejala sosial 17-20
2) Pengenalan 4 7) Peranan rakan sebaya dalam
menangani masalah sosial
3) Definisi 5 21-22
4) Isu remaja dalam gejala 6-13 8) Kesimpulan 23
sosial
5) Punca remaja dalam gejala 14-16
sosial
Pengenalan Masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini jelas makin hari makin
membimbangkan. Setiap hari ada sahaja berita-berita mengenai permasalahan
yang mengaitkan tingkah laku remaja. Antara masalah-masalah sosial yang
sering ditimbulkan oleh remaja pada masa kini adalah seperti ragut, pecah
rumah, penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, terlibat dengan video lucah,
bergaduh, menyerang fizikal, meminum minuman keras, lumba haram, berjudi,
vandalisme, mencuri, melepak, melawan ibu bapa dan sebagainya.
Oleh yang demikian,semua pihak haruslah mengambil tindakan dan sedar
akan punca dan akibat berlakunya masalah ini.
Definisi
Rakan sebaya menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 ialah sahabat yang sama
umurnya. Rakan Sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang
yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau
dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Dalam tempoh perkembangan
kanak-kanak, rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi
membentuk sosioemosi yang baik.
Masalah sosial merupakan sebuah gejala yang muncul dalan golongan remaja
dan kehidupan masyarakat. Masalah sosial juga merupakan sebagai perlakuan
negatif dalam anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi.
Isu remaja terlibat
dalam gejala sosial
Vandalisme
Pengaruh rakan sebaya menjadi punca utama
berlakunya vandalisme, namun masalah keluarga serta
kurangnya bimbingan sempurna daripada ibu bapa
turut mendorong kepada perbuatan keji ini kerana
dendam dan rasa ingin bebas. Justeru, remaja harus
berupaya membezakan antara perkara baik dan buruk.
Semua pihak haruslah berganding bahu membasmi
gejala vandalisme yang semakin berleluasa dalam
kalangan remaja. Walaupun isu ini dilihat sebagai
remeh, namun ia dapat memberi impak besar kepada
negara
LUMBA HARAM
Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang
diadakan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran daripada
pihak berkuasa. Alasan sering kali diutarakan oleh remaja yang
menyertai lumba haram ini adalah inginkan kebebasan dan
keseronokan. Mereka tidak ketinggalan menggunakan dadah.
Kumpulan lumba haram ini tidak takut kepada pemantauan
pihak polis yang paling teruk mereka tidak takut mati setiap kali
berlumba. Tidak menjadi masalah besar buat mereka
seandainya mereka pernah terbabit dalam kemalangan atau
rakan mereka maut ketika berlumba.Motosikal yang digunakan
untuk perlumbaan haram kebiasaannya telah diubah.
Peratusan remaja yang terlibat dalam perlumbaan haram ini
semakin meningkat.Pihak polis sendiri semakin kerap membuat
pemantauan bagi mengurangkan kes lumba haram sekaligus
mengurangkan kadar kemalangan ngeri akibat perlumbaan
tersebut.
Minum Arak & Penyalahgunaan Dadah
Sikap suka mencuba menyahut cabaran rakan-rakan antara
sebab berlaku gejala ini. Arak boleh dibeli di kedai runcit dijual
dengan harga yang murah. Bukan perkarayang pelik jika
akhbar ada melaporkan pelajar sekolah rendah juga ada yang
membeli minuman keras dan berkongsi dengan rakan-rakan
mereka. Penyalahgunaan dadah juga antara masalah sosial
yang paling kerap dilaporkan.Dadah bukan terhad kepada jenis
dadah yang dikenali umum seperti morfin,
heroin,metaphatemin, ganja dan pil kuda, ia turut merangkumi
jenis-jenis ubat yang disalahguna seperti ubat batuk gejala
hidu gam.Tidak kira dadah, arak atau pun hidu gam, ia
membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh membawa
maut.
Ponteng Sekolah
Ponteng sekolah bukanlah ma
salah sosial baru di kalangan
pelajar sekolah di negara ini. Daripada keseluruhan pelajar
yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-
kira 97% adalah dari kalangan pelajar lelaki dan 30 adalah
pelajar perempuan. Masalah ponteng sekolah lebih ketara
berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah iaitu
tingkatan 2 dan 3 terutama mereka yang bersekolah
dikawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar. Di antara
faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini ialah tiada
minat atau motivasi untuk ke sekolah, pengaruh rakan
sebaya pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat
hiburan, pusat membeli belah dan melayari internet di cyber
cafe
PUNCA REMAJA
Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja
DALAM GEJALA
Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial.
SOSIAL Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan
agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut pada dosa atau
pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya
tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka
berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan
keseronokan semata-mata.
Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa
Ibu bapa harus sentiasa peka serta mengambil berat akan setiap aktiviti anak-
anak terutama ketika mereka tidak berada di bawah pantauan secara dekat.
Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu
bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga
anak-anak terabai dan tidak mendapat kasihsayang yang secukupnya. Sikap ibu
bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya
lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan
kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini
semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
Pengaruh Negatif Media Massa
Media massa telah disalahgunakan dan menjadi salah satu daripada punca penyumbang utama berlakunya gejala
sosial. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Di samping itu,
konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat,
terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut
menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak
sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi. Pusat-pusat Internet pula menjadi
tempat untuk para pelajar melepak dan sanggup berada di hadapan skrin atau monitor komputer berjam-jam
lamanya sehingga mengabaikan masa.
Pengaruh Rakan sebaya
Dalam diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Kelompok rakan sebaya
diakui dapat mempengaruhi pertimbangan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya
mempunyai nilai-nilai tersendiri mempunyai pengaruh yang ketara. Jika rakan sebaya cenderung mempunyai sifat
negatif, begitu juga sikap remaja berkenaan. Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan.Dengan itu,
mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal dari
keluarga yang bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya
membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat paling teruk atas
sebab pengaruh rakan sebaya ini akan mempengaruhi remaja terlibat dengan najis dadah, merogol, merompak
membunuh.
Rasa ingin tahu
Punca lain yang membawa kepada berlakunya masalah sosial ini adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu
yang baru atau sikap ingin tahu. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang
dilarang itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Selain itu, remaja sekarang lebih suka kepada cabaran mudah
terikut-ikut dengan gaya - gaya hidup lain daripada yang lain. Jika tidak kena pada caranya, remaja akan terjebak
dalam masalah sosial.Sebagai contoh kes hamil luar nikah, memetik kenyataan Akhbar Utusan Malaysia
(30 September 2002) menyatakan, sikap terpedaya ukar mengawal hawa nafsu dikenal pasti sebagai punca
utama berlakunya gejala tersebut. Ini membuktikan, sikapr emaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa
mengetahui baik atau buruknya serta akibat yang bakal diterima.
Masalah Keluarga
Punca yang seterusnya ialah masalah keluarga seperti keluarga yang berpecah belahakibat penceraian,
kehilangan tempat bergantung dan seringkali berlakupertengkaran di antara ibu bapa. Remaja yang mempunyai
masalah keluarga seringkali mencari tempat bagi melepaskan tekanan yang mereka ada. Pada ketika ini,pengaruh
daripada rakan-rakan banyak menjadi punca kepada remaja untuk terlibatdalam masalah sosial. Peranan
daripada ahli keluarga lain dapat membantu mereka menentukan arah perjalanan mereka dalam menghadapi
cabaran zaman moden ini.
KESAN KE ATAS KELUARGA
GEJALA
SOSIAL Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya
daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan
bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi
kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas
kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan,
sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini
akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak
terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja.
Kesannya ialah berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti
budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan
sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
KE ATAS INDIVIDU
Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik
akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang
mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan
dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.
Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan
memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang
remaja itu.Kejatuhan moral dan maruah terhadap diri
sendiri.Individu tersebut juga akan kehilangan kerja dan akan
menerima hukuman jika melakukan gejala sosial secara
besar-besaran
KE ATAS NEGARA
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan
menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa
hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut
dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial
dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan
kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala
sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan
kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara
sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan kesan
paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan
rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini
tentulah serong dan buruk.
KE ATAS MASYARAKAT
Akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal
ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak
kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita
akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan
rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan
dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera.
Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak
bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam
masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal
ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu
perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.
Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang
mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja
semakin meningkat.
PERANAN Menjadi mata dan telinga Memanfaatkan masa
RAKAN bersama mereka
SEBAYA Sentiasa mendengar luahan dan
DALAM keluaran rakan-rakan yang
Melibatkan diri bersama-sama
MENANGANI mengalami masalah dalam aktiviti -aktiviti yang sihat
MASALAH dan produktif.
SOSIAL Sentiasa peka akan keadaan
rakan-rakan yang bermasalah
Kongsi minat, cita-cita atau
dan mangsa yang dibuli aspirasi anda dengan mereka
Memberi sokongan dalam
Membawa mereka mendekatkan
keputusan yang dibuat diri dengan aktiviti yang berfaedah
Sebagai agen pembentukan
Mengelakkan mereka daripada
personaliti. salah memilih matlamat hidup
Pencetus semangat
Memberikan nasihat dan
Bijak memilih rakan
kata semangat
Memastikan mereka bergaul
Menceritakan baik buruk
bersama-sama dengan orang
terhadap perkara yang mereka
yang betul
lakukan
Menceritakan tentang bahayanya
Menyarankan mereka berjumpa
jika salah memilih rakan sebaya
dengan kaunselor di sekolah.
Rakan sebaya yang berprinsip
Menyokong anda daripada aspek dan teguh jati diri serta tidak
akademik, emosi, sosial dan
mudah terjebak ke dalam
rohani. angkara yang memudaratkan
ampuh bertahan daripada segala
anasir yang tidak baik
KESIMPULAN
Semua anggota masyarakat tidak kira peringkat bawahan atau atasan perlu
mengambil inisiatif untuk membendung gejala sosial ini dari terus menular dengan
lebih serius. Setiap individu, keluarga masyarakat di satu-satu kawasan perlu
bekerjasama mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini memastikan
kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Masyarakat juga perlu menyokong
usaha pihak lain seperti agensi anti dadah Kebangsaan dalam melaksanakan
program-program untuk remaja. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan
kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang bahayanya gejala sosial ini jika
tidak dibendung. Didikan agama perlu dititik beratkan dalam keluarga agar ia dapat
dijadikan panduan.
Sebagai rakyat Malaysia yang aman damai hendaklah meyokong terhadap mereka
yang bermasalah dengan membantu mereka mengambil kembali ke pelbagai
pangkalan jalan dan memulakan hidup yang baru.
TERIMA
KASIH