SADN1033 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES
SESI 2022/2023 (JA221)
TUGASAN BERKUMPULAN
Kuda Kepang dan Keris Senjata Warisan
KUMPULAN:
KUMPULAN 3 (Pusat: UUM Johor Bahru)
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. RASHIDAH MAMAT
TARIKH PENYERAHAN:
24 JUN 2022
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
DISEDIAKAN OLEH:
BIL NAMA NO NO. MARKAH
MATRIK TELEFON
1. Nurulashikin binti Mohd Amaran 289196 01128505219
2. Faezah binti Dullah 289304 0146515964
3. Haslinda binti Hamzah 289043 0192600080
4. Mohd Nor Arif bin Nordin 289340 0137233130
II
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
SENARAI RAJAH ......................................................................................................................................iv
1.0 PENGENALAN ............................................................................................................................... 1
2.0 SEJARAH KUDA KEPANG ......................................................................................................... 2
3.0 TEMURAMAH ............................................................................................................................... 3
3.1 Link: https://youtu.be/66faU5m_1LI ............................................................................................... 3
4.0 PERALATAN MUZIK PERSEMBAHAN. .................................................................................. 5
4.1 ANGKLUNG ................................................................................................................................... 6
4.2 BONANG / CAKLEMPONG .......................................................................................................... 6
4.3 KENONG ......................................................................................................................................... 7
4.4 GENDANG ...................................................................................................................................... 7
4.5 JIDUR ...............................................................................................................................................8
5.0 KOSTUM. ....................................................................................................................................... 8
6.0 SEJARAH KERIS SENJATA WARISAN ................................................................................... 9
6.1 Antara koleksi keris milik Mutazar bin Maarof ............................................................................. 18
7.0 PENUTUP ............................................................................................................................................... 23
8.0 KESIMPULAN ......................................................................................................................................... 24
7.0 RUJUKAN ..................................................................................................................................... 25
III
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
Rajah SENARAI RAJAH Muka surat
Tajuk
4
3.2 Keratan akhbar kumpulan kuda kepang sinar warisan 5
8
4.1 Peralatan muzik kuda kepang 13
5.1 Kostum kuda kepang 16
19
6.1 Keris dan sarungnya serta bahagian keris dari Zakaria
Abdullah (2007) 20
6.2 Tempa Besi
6.3 Contoh pemegang hulu yang di larik
Keperincian permukaan yang diukir, hulu yang dihias batu
6.4 Keperincian permukaan yang diukir, hulu yang dihias batu
permata dan 2 contoh hulu tajung dari
IV
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
1.0 PENGENALAN
Seni dan kebudayaan warisan yang ada di Malaysia yang suatu masa dahulu menjadi
budaya tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Kuda Kepang dan Keris adalah merupakan senjata
warisan sejak berzaman lamanya. Tarian Kuda Kepang dibawa oleh orang jawa yang berhijrah
ke tanah melayu pada masa itu. Tarian ini dikatakan sebagai tarian warisan untuk orang jawa
sebagai tarian budaya yang dikatakan berhubungkait dengan kepercayaan tradisi. Terdapat juga
banyak cerita tentang asal usul kuda kepang antaranya ialah untuk mengembangkan agama islam
dimana terdapat seorang bernama Wali Songo yang tinggal di tanah jawa pada abad ke-15 yang
berusaha mengembangkan ajaran agama di kawasan luar bandar dan menghadapi kesukaran
untuk mendekati penduduk dan kemudian dia mendapat idea iaitu menari seperti menunggang
kuda yang diberi nama tarian kuda kepang. Jika dahulu kuda kepang dipandang sebagai
penyembuh penyakit dan hiburan kepada masyarakat setempat namun kini tidak lagi kerana kuda
kepang yang masih dimainkan pada zaman moden kini banyak berubah.
Pada zaman dahulu tarian ini dimainkan untuk mengubati penyakit yang dialami pesakit
seperti dirasuk, diganggu makhluk halus (jin) dan menguatkan semangat diri. Kini melalui
peredaran zaman dan permodenan negara tarian ini tidak lagi dipandang dan diamalkan oleh
generasi baru kerana mereka mengatakan amalan seperti ini syirik dan berbentuk pemujaan dan
menerusi satu fatwa negeri johor yang telah bersidang pada 18 Februari 2009 telah memutuskan
permainan kuda kepang sama ada tarian biasa, dramatari atau tarian gelanggang
adalah haram kerana ianya bercanggah dengan aqidah dan syariah namun jika dipandang dari
segi positif, kuda kepang merupakan salah satu warisan tradisi turun temurun kita yang paling
bernilai.
1
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10529
Manakala keris merupakan warisan seni dan melambangkan kebijaksanaan dan
kegagahan melayu, yang mana keunikan keris terletak pada reka bentuk dan bahan yang diguna
ketika ianya dihasilkan dengan melalui proses yang lama dan kesungguhan. Keris bukan sahaja
digunakan dalam pertempuran, alat kebesaran sebagai simbol kemegahan bangsa. Ia juga
dikatagorikan sebagai senjata tikam bermata dua berasal usul di pulau Jawa Indonesia. Oleh
kerana itu, keris lazimnya dipakai oleh mereka di Riau, Bugis, Jawa dan Bali sebagai sebahagian
pelengkap pakaian. Sejajar dengan perubahan waktu, penyebaran budaya keris ini menular ke
Asia Tenggara iaitu Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand Selatan dan Filipina Selatan. (Al-
Mudra, 2009).
2.0 SEJARAH KUDA KEPANG
Kuda kepang adalah tarian atau permainan yang dipersembahkan oleh orang Johor yang
berketurunan Jawa, kuda kepang adalah boneka berbentuk kuda tanpa kaki yang dimainkan oleh
penari yang mana sekumpulan penari itu terdiri daripada 10 hingga 15 orang kebiasaanya tarian
ini akan dipersembahkan di majlis-majlis kebudayaan mahupun perkahwinan. Terdapat beberapa
kemungkinan asal-usul tarian tersebut berasal dari peperangan Saidina Ali dan ilham tersebut
telah digunakan oleh Wali Songo untuk mengembangkan agama islam di Tanah Jawa pada kurun
ke 15 dan tujuan tarian tersebut adalah untuk menarik minat masyarakat Jawa sebelum ajaran
islam disebarkan. Di tanah jawa kuda kepang dikenali sebagai “Jaran Kepang” yang membawa
maksud kuda anyaman dan terdapat beberapa irama atau corak tarian iaitu sola, selendang, pak
tani, pucuk rebung, perjuangan dan mempertahankan diri, tarian ini merupakan sebuah teater
tarian tradisional melayu yang menggabungkan seni dan tarian ini merupakan satu tarian yang
2
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
sering dikaitkan dengan semangat dari makhluk halus. Di Malaysia tarian kuda kepang ini sangat
popular di kawasan selatan tanah air iaitu di daerah Batu Pahat, negeri Johor Darul Takzim
merupakan daerah yang didiami oleh hampir keseluruhannya adalah masyarakat kaum Jawa
yang menuturkan bahasa Jawa, mengamalkan budaya dan adat Jawa. Di daerah Batu Pahat,
terdapat banyak kampung atau lebih mesra dipanggil dengan nama ‘Parit’ dimana ia menjadi
pangkal nama setiap satu kampung seperti Parit Raja, Parit Tengah, Parit Surau, Parit Jawa, Parit
Sulong dan banyak lagi dan lebih menarik,setiap kampung mempunyai persatuan kuda kepang
tersendiri yang masih lagi dipengaruhi dengan unsur mistik dan mantera sebagai contoh tarian
kuda kepang mabuk yang mempunyai proses menyeru semangat, melakukan aksi-aksi
merbahaya dan juga proses membuang semangat setelah selesai menghiburkan penonton.
3.0 TEMURAMAH
3.1 Link: https://youtu.be/66faU5m_1LI
Temuramah bersama Encik Naim
Marjani
Lokasi: Kuda Kepang Sinar Warisan
Sungai Nibong Semerah, Batu Pahat
Johor.
Tarikh: 06 Jun 2022
3
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia
RAJAH 3.2: KERATAN AKHBAR KUMPU
4
PACE UUM Johor Bahru
ULAN KUDA KEPANG SINAR WARISAN
4
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
4.0 PERALATAN MUZIK PERSEMBAHAN.
Muzik merupakan salah satu aspek penting dalam setiap persembahan, rentak muzik yang unik
membuatkan penari taksub sehingga membawa mereka ke suatu alam yang lain. Terdapat
beberapa jenis alat muzik yang digunakan dalam persembahan kuda kepang seperti Angklung,
Bonang, Kenong, Gendang Jawa dan Jidur.
RAJAH 4.1 PERALATAN MUZIK KUDA KEPANG
5
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
4.1 ANGKLUNG
Sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh, Angkung kebiasaanya terdiri daripada
dua atau empat tabung yang diikat pada rumahnya atau dikenali ‘Ancak’ agar melodi
dapat dilaras dalam jarak antara satu sama lain.
Angklung pengiring dilaras mengikut kaedah tonic triad iaitu Do, Re, Mi dan So samada
dalam mode major atau minor manakala proses penalaan angklung dilakukan dengan cara
ketukan dibahagian kakinya atau meniup dibahagian bibirnya.
Permainan muzik angklung lazimnya menggunakan tiga atau empat buah angklung untuk
mendapatkan irama sebagai pelengkap alatan muzik yang lain.
4.2 BONANG / CAKLEMPONG
Sejenis alat muzik bergema yang digunakan dalam persembahan gamelan, alat ini juga
dikenali sebagai keromong iaitu gong-gong kecil yang diletakkan secara mendatar diatas
tali dan kotak kayu. Ia berbentuk mangkuk atau kendi kecil yang bercembul dan terdapat
sepuluh atau dua belas biji bonang yang diatur dalam dua baris diletakkan di setiap kotak
kayu masing-masing. Satu baris bonang tersebut mempunyai tangga nada yang tinggi,
sementara satu baris bagi tangga nada yang rendah.
Mangkuk bonang diperbuat daripada besi dan perunggu iaitu campuran tembaga dan
timah putih. Bahan ini dilebur dan ditempa mengikut campuran sepuluh bahagian
tembaga tulen serta tiga bahagian timah tulen. Besi dan timah dileburkan di dalam bekas
berbentuk mengkuk yang diperbuat daripada campuran tanah liat dan sekam padi.
Lakaran atau kepingan gangsa yang dihasilkan diketuk menjadi bonang. Alat bonang juga
boleh dibentuk daripada kepingan besi dengan cara ketukan sahaja tanpa dilebur.
6
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
Bonang dimainkan dengan menggunakan dua pemukul kayu yang dibalut dengan kain
merah pada hujungnya. Balutan kaian akan dijadikan pemukul lembut dan tidak
merosakkan cembul bonang apabila dipukul. Kedua-dua pemukul ini digunakan untuk
menghasilkan irama bonang samada dua nada yang serentak atau dua nada bertingkah.
4.3 KENONG
Sejenis alat berasal dari Jawa, Indonesia, Kenong mempunyai satu set alat yang
menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong. Kenong diletek diatas dan
diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu
setelah diketuk. Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada
bahagian atas kayu tersebut.
Kenong dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu dan peranannya adalah
untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi dihasilkan oleh gong.
Kenong disertakan dalam satu oktaf yang berlaras pentatonik iaitu skala lima nada tanpa
semiton pada jedanya, mempunyai pic yang tetap iaitu fixed-pitch dan diasaskan kepada
Western Tempered Pitch.
4.4 GENDANG
Alat muzik yang mempunyai bingkai kayu dan tertutup dengan belulang pada kedua
permukaan dan gendang merupakan alat membraphon yang dimainkan secara tabuh.
Gendang Jawa berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan saiz kedua-
dua permukaan yang berbeza dimana kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu
atau kulit kambing.
7
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
Gendang Jawa biasanya dimainkan secara duduk dengan gedombak diletakkan di atas
sila. Ia dimainkan dengan memalu secara langsung menggunakan tangan. Gendang
adalah alat penting dalam memimpin rentak bunyi samada rendah atau tinggi.
4.5 JIDUR
Jidur diperbuat dari batang kelapa berongga dan kedua-dua permukaan berukuran lilit
sama ditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Jidur berbentuk tong kecil setinggi
anggaran 16 inci. Jidur dipalu dengan menggunakan dua batang kayu untuk
memainkannya.
5.0 KOSTUM.
Pakaian penari kuda kepang menggunakan pakaian tradisional Jawa kuno seperti lengkap
memakai ketopang atau tanjak dan memakai kain samping. Manakala seluar bagi penari
dijahit dengan menggunakan kain kempun iaitu batik jawa.
RAJAH 5.1 KOSTUM KUDA KEPANG
8
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
6.0 SEJARAH KERIS SENJATA WARISAN
Keris adalah senjata tikam yang dihasilkan menggunakan duri ikan pari yang dipotong
pada pangkal dan dibalut supaya ia mudah dipegang dan dibawa. Walau bagaimana pun Griffith
Wilkens memberikan pendapatnya keris merupakan bahagian senjata tombak yang muncul
sekitar abad 14 sehingga 15 dan bentuk tombak yang panjang menyukarkan ianya dibawa
dengan itu hanya mata tombak diguna bagi memudahkan dipegang dan dibawa. Al-Mudra,
(2009) Para pengkaji berpendapat bahawa keris tercipta seawal abad ke-9 ketika agama hindu
mendominasi sebahagian besar kawasan asia tenggara dan kuasa terbesar ketika itu ialah
empayar majapahit buktinya apabila candi burobudur yang merupakan sebuah kuil kuno di
Magelang, Jawa Tengah dikaitkan dengan wujudnya keris apabila ukiran timbul berbentuk
senjata ini berada pada dinding candi tersebut. Mereka juga sepakat keris hanya dijumpai di
Nusantara bukan di tempat lain serta dimiliki oleh kaum dan budaya melayu.
Justeru itu, kita dapat mengelpasti bahawa keris mempunyai beberapa ciri-ciri iaitu keris
itu hendaklah mempunyai 2 bahagian utama iaitu bilah keris (termasuk besi) dan yang keduanya
ialah bahagian ganja. Ganja merupakan bahagian bawah dari sebilah keris, ia merupakan seolah-
olah alas atau dasar dari bilah keris tersebut. Pada bahagian tengah ganja, ada lubang untuk
memasukkan pesi. Bagian bilah dan ganja saling melengkap antara satu dan lain. Bilah keris
harus selalu membuat sudut tertentu terhadap ganja, tidak tegak lurus ianya miring dan condong
mengikut seperti rasmi padi makin berisi makin menunduk. Ukuran bila pula panjang bilah keris
antara 33cm sampai 38cm. Walaubagaimanapun berbeza saiz bagi keris luar daripada wilayah
Jawa ada hingga 58cm bahkan keris buatan Filipina Selatan boleh mencapai hingga 64cm. Ciri
9
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
terakhir keris hendaklah dihasilkan dan ditempa dengan menggunakan 3 jenis logam ke 2 logam
iaitu besi, baja dan bahan pamor. (Munir, 2015). Hulu keris ataupun pemegang keris mempunyai
ukiran tersendiri yang tampak unik apabila diukir bergitu halus dan punya makna yang tertentu.
Ukiran perlulah tidak menyalahi hukum hakam agama. Sebelum kedatangan agama islam ke
tanah melayu ukiran hulu keris banyak menyerupai patung dewa-dewa yang mereka percaya
sebagai tuhan mereka. Ketika itu jugalah sebahagian daripada mereka mempercayai keris punya
semangat roh dan mistik tertentu. Walaubagaimanapun selepas agama islam bertapak di
nusantara, hulu keris telah diukir dengan bentuk yang lebih kepada tumbuhan, ukiran bunga dan
bentuk lain yang tidak menyalahi ajaran agama islam. Sarung keris yang digunakan untuk
menyimpan keris, sebagai pertahanan setika bertempur dan melindungi keris daripada rosak bagi
menjamin kualiti keris tersebut. Sarung keris kebiasaannya dihasilkan menggunakan kayu yang
berkualiti dan menarik, ada juga menggunakan gading atau tanduk. Pemilihan kayu serta bahan
keris yang menggunakan kaedah tempa ini berbeza-beza harga dan ada juga hingga ribuan
ringgit harganya. Keris bukan sahaja berbentuk lurus dan juga berkelok-kelok yang lebih
dikenali sebagai lok. Lok yang ada pada setiap keris yang dihasilkan adalah ganjil bukannya
genap. Lok 1 hingga ke lok 13, jika ada keris punya lok melebihi jumlah ganjil ini tidak
sempurnalah pembuatan keris tersebut. Lok ini terbahagi kepada tiga irama, iaitu kembar atau
samar, kedua lok yang sedang, dan ketiga luk yang rengkol iaitu luk yang kelihatan tegas. Lok 3
ialah keris digunakan oleh panglima, pahlawan dan pendekar yang menjalankan tugas keduniaan
dan kerohanian. Lok 5 melambangkan kepetahan empunya keris bertutur kata dan bijak
mempengaruhi orang lain. Lok 7 ialah kepada pemerintah yang berwibawa serta punyai kasrisma,
lok 9 pula melambangkan kebijaksanaan dan kepimpinan bagi raja serta pemerintah. Lok 11
melambangkan pemiliknya yang bercita-cita tinggi mengejar kemajuan ekonomi dan sosial dan
10
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
lok 13 adalah lok terakhir menunjukan pemilik keris jenis ini sanggup mati demi
mempertahankan apa sahaja yang dimilikinya dan tidak mudah menyerahkannya kepada mereka
yang tidak berhak . (Effendy, 2019)
Nama-nama panggilan kepada mereka yang pakar dalam menghasilkan keris ialah pandai
besi, empu keris dan tukang keris. Mereka terdiri daripada mereka yang mahir dalam proses
pertukangan besi malah berpengetahuan tentang mutu besi yang digunakan. Kepakaran inilah
yang akan memberi kekuatan ke atas keris yang dihasilkan. Salah seorang tukang keris di Johor
ialah Mutazar bin Maarof atau senang disapa dengan panggilan abang mus antara penempa keris
yang berpengalaman lebih kurang 33 tahun. Mula berjinak dengan keris pada usia beliau 19
tahun. Beliau merupakan anak jati Batu Pahat, Johor yang menetap di Kampung Peserai. Beliau
mendapatkan sumber besi yang dicari sendiri di pusat pengumpulan besi lama dan ada juga
diperolehi dari kenalannya. Beliau sangat arif dalam pemilihan beli bagi memastikan kualiti keris
yang tempanya sendiri berkualiti. Besi akan ditempa berulang sebanyak dua kali sehingga
menjadi bilah keris. Keris dibuat dengan cara menempa besi samada ia lurus mahupun berlok
yang menggabungkan besi sebatang atau campuran beberapa besi tawar dan besi dan besi baja.
Empu keris iaitu orang yang membuat keris daripada awal hingga selesai proses keris
keseluruhannya daripada bilah dan sarung keris. Menempa bermaksud besi tersebut dibakar,
dicampor dan dibentuk. Bahagian besi keras di letak di tengah bilah manakala besi tawar adalah
besi yang mengapit besi baja dan ditempa akan terbetuk corak pada mata senjata yang disebut
pamor.
Terdapat berbagai-bagai jenis keris Melayu diantaranya ialah Keris Petani atau chenok
terdapat di patani dengan dipanggil tanjung, bugis, sarah dan choteng. Keris yang di hasilkan di
negeri Kelantan dipanggil dengan nama tok chu, debek, beko dan alang. Di negeri Terengganu
11
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
menghasilkan keris melela dan bugis, negeri Pahang pula keris-keris yang dihasilkan adalah
keris bugis manakala negeri Melaka tempaan keris melaka atau diberi nama keris semenanjung.
Kedah juga menghasilkan keris bugis ataupun dipanggil dengan keris alang, Perak punya nama
yang sama iaitu keris bugis dan Negeri Johor ialah keris johor-riau ataupun juga panggilan keris
bugis. Bertapa kuatnya adat serta maruah rakyat negeri melayu terutama di negeri Johor apabila
satu cerita dimana John Crawfurd seorang Residen Singapura memberikan cadangan agar keris
ini tidak lagi digunakan kerana keris adalah senjata tajam, walaubagaimanapun cadangannya
disangkal dan tidak diperkenan oleh Sultan dan Temenggong negeri Johor. Sejah ini tercatat
pada tahun 1824. (Khamis Mohamad, 2012)
Tidak dinamakan keris jika tiada bilah keris kerana ia
adalah bahagian paling utama pada sesebuah keris.
Bilah keris terjadi apabila tukang tempa menempa
beberapa jenis besi sehingga menjadi sebilah keris
yang cantik dan menarik. Bilah keris pula terdapat
bahagian-bahagian tertentu iaitu aring, ganja dan
cicak. Boleh kita lihat pada bilah ini ada sebatang
besi panjang diberi nama puting kedudukannya di
tengah dan paling atas bilah digunakan sebagai
penyokong kepada pendokok dan hulu keris. Selain itu ada mata pahat, ekor cicak, perut cicak,
leher cicak, kepala cicak, dagu cicak, kendek, kepak gajah, belalai gajah, lidah gaja, dan lembah.
Ukiran- sebelah kiri keris ini sangat cantik ukirannya dengan nama kerawang dan duri
mengkuang. Manakala bahagian lainnya terletak di bawah bilah iaitu lurah, alur, tebing dan
12
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
tulang bilah keris. Disebabkan bahagian inilah penempa mengambil masa yang lama bagi
menyiapkan sebuah keris dan kepakaran akan mempengaruhi penghasilan sesebuah keris.
Terdapat di dalam berbagai rupa bentuk, keris terbahagi kepada beberapa bahagian
seperti hulu, sarung, mata dan sampir. Ianya diperbuat oleh beberapa orang tukang untuk setiap
bahagian sebelum dicantumkan menjadi sebilah keris3 . Apa yang membezakan keris dengan
senjata lain ialah matanya yang tajam dua belah bahagian diperbuat dari besi samada lurus atau
berluk. Kepanjangan mata ini juga berbeza terpulang kepada berapa jumlah luk yang diusahakan.
Jumlah luk ini kebiasaannya bernombor ganjil dan mata tersebut berukuran dari 33 ke 58 cm.
Ada juga keris Philipines yang mencapai panjang 64cm. Kebiasaannya permukaan mata keris
terdapat hiasan dari pamor (Bambang Harsrinuksmo 2004), ia itu satu jenis logam yang
dicampurkan dengan besi untuk mendapatkan satu corak yang menarik. Ada 1 Bambang
Harsrinuksmo.
Mengikut ensiklopedi keris yang di tulis oleh Bambang Harsrinuksmo (2004), istilah
keris selain nama padanannya yang lain, digunakan oleh semua suku bangsa Indonesia. Keris
merupakan senjata khas Indonesia. Namun dalam perkembangannya, budaya keris ini telah
tersebar ke negara lain seperti Malaysia, Brunei Darussalam, Kamboja, Thailand dan Filipina.
Istilah keris digunakan oleh semua suku bangsa di Indonesia dan juga dipakai oleh orang Brunei
dan Malaysia. Tetapi sebahagian orang Barat memilih penggunaan kata dan ejaan kris atau
kriss1 . Namun ada juga diantara mereka seperti Wolley, Hill, Gardner dan juga Garret &
Bronwen Solyom yang menggunakan perkataan dan ejaan keris2 .
13
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
Gambarajah 6.1: Keris dan sarungnya serta bahagian keris dari Zakaria Abdullah (2007)
Keris adalah hasil seni tempa yang bahan-bahannya terdiri dari dua jenis logam tetapi
keris yang baik dibuat dari tiga jenis logam iaitu besi, bahan pamor dan baja (Bambang 2004).
Ketika pemerintahan British sebelum merdeka (sekitar 1957) dahulu di Semenanjung ia
digunakan sebagai senjata peribadi sehingga pihak British melarang pemakaiannya. Sehingga
masa kini keris hanya tinggal sebagai salah satu alatan pakaian tradisi tidak lagi digunakan
sebagai senjata. Namun ia masih lagi menjadi simbol kebesaran raja-raja dan di pakai oleh
kebanyakan sultan dan Yang Di Pertuan Agung.
Terdapat di dalam berbagai rupabentuk, keris terbahagi kepada beberapa bahagian seperti
hulu, sarung, mata dan sampir. Ianya diperbuat oleh beberapa orang tukang untuk setiap
bahagian sebelum dicantumkan menjadi sebilah keris3 . Apa yang membezakan keris dengan
senjata lain ialah matanya yang tajam dua belah bahagian diperbuat dari besi samada lurus atau
berluk. Kepanjangan mata ini juga berbeza terpulang kepada berapa jumlah luk yang diusahakan.
Jumlah luk ini kebiasaannya bernombor ganjil dan mata tersebut berukuran dari 33 ke 58 cm.
Ada juga keris Philipines yang mencapai panjang 64cm. Kebiasaannya permukaan mata keris
terdapat hiasan dari pamor (Bambang Harsrinuksmo 2004), ia itu satu jenis logam yang
14
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
dicampurkan dengan besi untuk mendapatkan satu corak yang menarik. Ada 1 Bambang
Harsrinuksmo.
Ensiklopedi Keris, 2004. 2 ibid 5 juga digunakan bahan lain seperti emas untuk
menjadikan ianya sebagai hiasan yang lebih menarik. Mata keris ini disambungkan ke hulu
(rajah 6.1) yang juga terdapat berbagai jenis samada dari bahan atau bentuk dan saiz. Yang
memisahkan antara hulu dan mata adalah satu bahan yang diperbuat dari emas, tembaga atau
perak yang dinamakan pendokok (gambarajah 6.1).
Jika hulu dipisahkan dari mata keris, ianya dipamerkan bersendiri samada bersama atau
tanpa pendokok. Ada juga pendokok yang dihiasi dengan batu permata sebagai hiasan.
Kebiasaannya ini terdapat pada selut (nama Jawa bagi pendokok) yang digunakan pada keris
Jawa. Selut juga dipakai untuk menunjukkan status sosial ekonmomi pemakai dan pemiliknya
(Bambang 2004). Keris menggunakan sarung sebagai pelindung dan mengelak dari melukakan
tuan sipemakai. Sarung pula terbahagi kepada tiga bahagian ia itu sampir di atas, batang di
tengah dan buntut di bawah yang dicantum sekali. Ia juga dibuat dengan berbagai bahan,
kebiasaannya dari kayu, gading, tembaga dan emas yang menyaluti batangnya.
Ada juga keris yang menggunakan tuli-tuli sebagai penyangkut untuk diikatkan ke
pinggang sipemakai. Kebiasaannya keris dipakai di sebelah kiri sipemakai yang diselitkan ke
dalam samping. Ada juga keris dipakai di hadapan dan belakang, ini terpulang dari asal usul 3
Perbincangan di dalam Forum keris di Multiply .com dan pertemuan ahli keris dipameran yang
berlansung di Muzium Negara, Muzium Kelnatan dan Trengganu. 6 seseorang pemakai itu.
Tetapi jika keris panjang, ianya hanya dipegang sahaja. Keris adalah artefek seni yang
mencakupi seni tempa, seni ukir, seni pahat, seni bentuk, serta seni perlambangan. Dari sini keris
dapat menceritakan keistimewaan adat sesuatu bangsa tersebut.
15
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
Namun pada zaman ini keris cuma tinggal hanya sebagai simbol di upacara resmi dan
kebudayaan ataupun sebagai azimat pusaka turun temurun keluarga. Kajian terhadap hulu-hulu
keris ini merangkumi hulu-hulu yang ujud di Semenanjung Malaysia seperti hulu tajung, hulu
bangsa agung, hulu coteng, hulu tapak kuda, hulu semenanjung, hulu Jawa demam, hulu patah
tiga, hulu ayam/pipit teleng dan dari luar seperti hulu Jawa, Bali, Sumatera, Minangkabau,
Sulawesi, Selatan Thailand, Philipines dan Cirebon.
16
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
Berikut adalah proses tempa besi untuk dijadikan keris.
Rajah 6.2 Tempa Besi
“Keris dihasilkan dengan menyatukan besi tawar, besi baja dan besi melela. Proses menyatukan
besi tidak boleh dibuat sembarangan. Pembuat keris haruslah mengenal sifat besi tersebut. Hal
ini penting supaya besi yang dibakar, ditempa dan dibentuk tidak patah. Kualiti keris yang
dihasilkan bergantung pada campuran besi dan lipatannya. Tujuh jenis besi dibakar, kemudian
dilipat beberapa kali sehingga besi bercantum menjadi satu, lalu ditempa untuk menghasilkan
keris yang berkualiti tinggi.”
17
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
“Setelah keris siap dibentuk, proses seterusnya adalah memupuk, iaitu meletakkan
bancuhan belerang bersama-sama garam halus dan cuka pada keris. Keris yang dipupuk
dibiarkan selama seminggu. Selepas itu, jalur dan alur besi akan kelihatan pada keris. Jalur yang
terhasil daripada proses pemupukan tersebut menentukan jenis keris, sama ada jenis isi petai,
beras tumpah atau jenis lain. Dalam tempoh pemupukan, Bagi menyiapkan pula hulu, sarung
dan sampir (bahagian atas sarung) keris. Hulu, sarung dan sampir ini dibuat daripada kayu
kemuning, kayu petai dan kayu jenis lain yang berkualiti”
6.1 Antara koleksi keris milik Mutazar bin Maarof
Keris Sepukal Mandar Keris Sepukal Bugis Johor
Riau
Keris Johor Keris Bugis Johor Riau lok 5
18
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
Keris Kawali Bugis
Kepelbagaian di dalam Rupabentuk dan hiasan keris dan permukaan keris memberi
kelebihan bagaimana hulu tersebut dikategorikan. Dengan penerangan lebih lanjut mengenai
sesuatu hulu, umum akan didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Kebiasaannya, bila topik
keris yang dibincangkan ianya berkisar mengenai bilah. Untuk lebih jelas, perkara hulu ialah satu
sabjek lain yang merangkumi keris. Namun bilah masih lagi tidak mencukupkan sesuatu keris.
Begitu juga jika hulu tanpa sampir, sarung dan bilah tidak akan menyempurnakan sebilah keris.
Memandangkan fungsi keris telah banyak berubah dari senjata kepada satu simbol budaya ianya
lebih terserlah di luar bila dipakaikan sebagai sebahagian dari busana tradisi, maka ianya menjadi
titik tumpuan. Apa yang nampak di luar kini menjadi perhatian kepada penggemar keris.
Walaupun secara rambang mungkin ramai yang mengatakan bilah adalah lebih utama dari hulu,
penulis bersama peminat hulu lain mengatakan hulu juga mustahak seperti bilah. Hulu juga di
mertabatkan seistimewa bilah. Selain dari mengumpul keris terdapat juga mereka yang
mengumpul jenis-jenis hulu. Hulu menjadi istimewa kerana tukang keris sendiri telah
merekabentuk tempat yang sesuai untuk perletakan sesuatu hulu. Ia tidak sama seperti tempat
19
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
meletakkan sebilah keris. Tiada pula ditemui tempat istimewa untuk menyimpan bilah atau mata
keris kecuali keseluruhan keris.
Gambarajah 6.3: Contoh pemegang hulu yang di larik
Dalam kajian ini hulu menjadi sabjek utama. Watak-watak dalam hulu ini yang
menjadikan bangunan keris berbeda. Variasi dari rupabentuk hulu juga lebih luas dari bilah yang
hanya terbahagi kepada dua ia itu lurus atau berlok. Tetapi pada hulu, rupabentuknya
menjangkau beberapa jenis bangunan yang berbagai.
Oleh itu menjadi penting untuk mendefinasikan jenis bangunan-bangunan hulu tersebut.
Bagaimana satu hulu berbeza dengan yang lain dan bagaimana satu jenis hulu haibrid itu terjadi
misalnya. Perkara ini tidak di kaji sepenuhnya sebelum ini (Frey 1988, Duuren 1996 dan Kerner
1996). Sebelum ini kriteria untuk mengenali keris adalah melihat dari mata, bilah atau dari hulu
dan sampirnya. Namun bila terdapat berbagai jenis hulu yang datang dari daerah yang sama
sepatutnya perlu ada cara mengenali hulu-hulu tersebut selain dari menggunakan nama tempatan.
Menggunakan hulu sebagai klasifikasi baru untuk dikenali akan memudahkan kita mengenali
jenis hulu lain yang datang dari tempat yang sama. Misalnya, rupabentuk raksasa antara salah
satu jenis bangunan hulu yang dikenali, tidak hanya diketahui datang dari Bali tetapi juga hadir
20
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
dari tempat yang lain seperti Jawa dan Sumatera. Klasifikasi menggunakan rupabentuk bangunan
hulu adalah cara asas untuk menentukan jenis sesuatu hulu tersebut. Kebelakangan ini fungsi
keris hanya digunakan pada majlis kebudayaan dan perkahwinan. Selain menjadi barangan
regalia untuk sesuatu pihak keujudan keris sangat terhad penggunaannya. Walau apapun,
kedudukan fisikal keris tersebut juga sangat terhad, selain dari diselitkan di pinggang ia mungkin
dipegang dan dijunjung mengikut saiznya. Di dalam keadaan ini, apa yang terlihat secara visual
hanyalah luaran keris sahaja, jika ianya diselit pula, hanya hulu keris tersebut yang dilihat. Mata,
sarung tidak lagi kelihatan. Secara lansung hanya hulu keris yang dapat dilihat dan terdedah
kepada masyarakat. Memandangkan kepada kedudukan visual ini juga menjadi sebab kenapa
hulu keris dijadikan tumpuan kajian.
Gambarajah 6.4: Keperincian permukaan yang diukir, hulu yang dihias batu permata dan
2 contoh hulu tajung dari
Keistimewaan yang terdapat pada hulu ini juga menjadi faktor penting kenapa ia dikaji.
Selain dari keperincian ukiran yang halus yang menyelitkan perlambangan dan metos hulu juga
dihias dengan batu permata. Arca kecil yang dipenuhi dengan ukiran yang halus ini dihasilkan
oleh seseorang tukang ukir yang hebat. Jika tidak ianya tidak sehalus seperti hulu tajung.
Dibandingkan dengan ukiran yang terdapat pada sesebuah rumah misalnya ukiran pada hulu
21
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
mempunyai banyak jenis corak motif dan membawa banyak makna dari sejarah mahupun dari
segi kehidupan serantau. Selain dari bangunannya yang istimewa, motif yang terdapat pada hulu
menjadikan pemangkin kenapa hulu tajung misalnya, menjadi salah satu hulu yang dikaji.
Menurut arwah Nik Rashidin dari motif ini seseorang boleh mengkaji sejarah yang silam. Pada
mulanya kajian ini didasarkan dari ukiran yang terdapat pada rumahrumah lama. 10-12
komponen rumah Melayu yang di ukir yang menghiasi rumahrumah itu. Ianya menjadi hiasan
samada di dalam mahupun di luar rumah. Bahagian luaran seperti cucur atap, sisir angin,
dipenuhi dengan ukiran. Sementara bahagian dalam pula seperti almari dan alatan lain juga
dipenuhi dan dihiasi dengan ukiran. Dari sebesar papan penghadang hingga ke papan rehal dan
juga sekecil cembul kayu terdapat ragam hias ukiran. Barang peribadi seperti kotak tempat
simpan barangan berharga hingga ke kotak pancing nelayan ke laut juga berukir. Dalam
barangan peribadi yang kecil seperti tongkat dan keris terdapat ukiran yang sangat halus dan
istimewa. Bila perbandingan dibuat diantara jenis ukiran ini, ukiran yang terdapat 16 pada hulu
keris adalah yang terhalus dalam jenis ukiran tradisional (Halim Nasir 1987, Nik Rashidin 2000).
Untuk menguatkan hujah ini lima orang tukang yang pernah ditemui termasuk Nik Rashidin
sendiri pernah mengatakan kepuasan melakukan sesuatu ukiran itu tidak akan sampai selagi
seseorang tukang ukir tidak mengukir ukiran pada hulu keris. Jika itu diambil kira mengikut
tafsiran penulis, tidak hairanlah hanya beberapa orang sahaja tukang ukir yang dapat sampai
ketahap ini. Kebanyakan mereka hanya dapat melakukan ukiran pada yang besar sahaja. Dari
sini ternyata hanya pengukir yang terpilih sahaja dapat sampai ke tahap mengukir hulu keris. Ini
adalah antara sebab lain kenapa kajian terhadap hulu keris menjadi sangat penting. Dari tukang
ukir hulu ini ternyata kefahaman terhadap bangunan hulu keris dan bahan yang digunakan
menjadi sesuatu yang relevan. Mereka yang tidak ramai inilah menjadikan ukiran pada hulu
22
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
sangat istimewa. Gulungan yang mengukir hulu ini pula, tidak semua yang boleh mengukir hulu
tajung (perbualan penulis dengan Norzi Latif Long seorang pengukir muda 2011). Oleh itu
pengukir hulu tajung itu sendiri terdiri dari hanya beberapa orang tukang yang menyebabkan
kedudukan hulu tajung tersebut menjadi lebih istimewa. Hulu tajung termasuk salah satu contoh
yang terbanyak (278 contoh) dikaji didalam jenis hulu keris ini. Pada bab 8 nanti akan
dibicarakan lagi dengan lebih lanjut mengenai hulu tajung ini yang telah dikategorikan sebagai
salah satu hulu jenis hibrid.
7.0 PENUTUP
Keris dan hulu belum ada satu tipologi meneyluruh yang memudahkan penerangan mengenai
keris dan hulu. Hulu keris juga dikaji kerana terdapat banyak rupabentuk dan nama yang
berbagai walaupun datang dari satu daerah. Terdapat beberapa cara hulu ini dikaji:
i. Dari rupabentuk asas (bangunan) hulu.
Ii. Cara ukiran dan perhiasan permukaan.
iii. Cara tunduk dongak sesuatu hulu (termasuk teleng)
iv. Dari jenis bahan yang digunakan.
23
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
8.0 KESIMPULAN
Di sini dapat disimpulkan bahawa seni dan kebudayaan warisan di Malaysia masih
mendapat perhatian walaupun ada fatwa yang menyatakan bahawa Tarian Kuda Kepang itu telah
diharamkan di negara kita, namun ada yang berpendapat bahawa Tarian Kuda Kepang itu ialah
sejenis tarian yang diwarisi oleh nenek moyang kita. Walau bagaimanapun, penggiat-penggiat
seni Tarian Kuda Kepang masih menjaga tarian ini. Pentingnya menjaga warisan Tarian Kuda
Kepang ini untuk dipertonton kepada cucu cicit bahawa tarian ini pada masa dahulu merupakan
seni yang banyak membantu dari segi penyebaran agama dan merupakan hiburan yang sangat
terkenal.
Selain dari tarian, senjata warisan yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu dan
kini iaitu keris. Keris merupakan salah satu senjata yang digunakan pada zaman dahulu yang
sehingga ke hari ini masih digunakan sebagai senjata warisan. Kedaulatan raja-raja Melayu pada
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka menjadikan keris sebagai senjata utama untuk
mempertahankan diri dari penjajah Tanah Melayu. Pentingnya untuk anak-anak kita diterapkan
nilai menjaga dan memelihara warisan nenek moyang kita untuk diwariskan kepada generasi
akan datang.
24
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
7.0 RUJUKAN
Al-Mudra, M. (2009). Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya dalam Sejarah Nusantara. Sari
(ATMA), 27-44.
AL-MUDRA, M. (2009). Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya dalam Sejarah Nusantara.
Sari (ATMA), 27-44.
AL-MUDRA, M. (2009). Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya dalam Sejarah Nusantara.
Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu, 29.
Effendy, H. (2019, December 3). Sejarah Dan Falsafah-Falsafah Keris. The Patriots.
Jandra, M., Djamil, A. S., Salamon, H., Ansyory, A., & Zein, M. D. (2016). IDENTITY AND
CULTURE CHANGE OF JAVANESE IN JOHOR. UMRAN - International Journal of
Islamic and Civilizational Studies, 3(3-1).
Khamis Mohamad, N. H. (2012). Falsafah Perkerisan dalam Masyarakat Melayu. International
Journal of the Malay World and Civilisation (Khamis Mohamad, Nik Hassan Shuhaimi &
Abdul Latif Samian Iman) 30(1), 2012: 105 - 119, 111.
MUNIR, M. K. (2015). MEMAHAMI KONSEP KERIS MENURUT MT ARIFIN DALAM
TINJAUAN ISLAM. Walisongo, 21-43.
25
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
Sha’ri, N. F. (2019). Keris Melayu Semenanjung: Suatu Pengenalan. KERIS MELAYU
SEMENANJUNG, 34-38.
https://www.thepatriots.asia/sejarah-dan-falsafah-falsafah-keris/
http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10529
Effendy, H. (2019, December 3). Sejarah Dan Falsafah-Falsafah Keris. The Patriots.
https://www.thepatriots.asia/sejarah-dan-falsafah-falsafah-keris
Al-Mudra, M. (2009). Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya dalam Sejarah Nusantara. Sari
(ATMA), 27-44.
AL-MUDRA, M. (2009). Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya dalam Sejarah Nusantara.
Sari (ATMA), 27-44.
AL-MUDRA, M. (2009). Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya dalam Sejarah Nusantara.
Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu, 29.
Khamis Mohamad, N. H. (2012). Falsafah Perkerisan dalam Masyarakat Melayu. International
Journal of the Malay World and Civilisation ( Khamis Mohamad, Nik Hassan Shuhaimi
& Abdul Latif Samian Iman) 30(1), 2012: 105 - 119, 111.
MUNIR, M. K. (2015). MEMAHAMI KONSEP KERIS MENURUT MT ARIFIN DALAM
TINJAUAN ISLAM. Walisongo, 21-43.
Sha’ri, N. F. (2019). Keris Melayu Semenanjung: Suatu Pengenalan. KERIS MELAYU
SEMENANJUNG, 34-38.
26
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE UUM Johor Bahru
27