The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezwati amnahomar, 2023-10-31 12:02:47

teks ucapan palestin

teks ucapan palestin

PERHIMPUNAN KHAS SOLIDARITI PALESTIN Bismillahirahmanirrahim (Kata alu-aluan) Yang berusaha, Puan Hajah Hapizoh binti Talib (Pengetua SMK Seri Sepang) Yang berbahagia, Pn. Siti Zubaidah binti Mohamed Said (Penolong Kanan Pentadbiran), Pn. Hanizam binti Mohd Rosly (PK HEM) dan En. Norshamsul Azlan bin Mohamad Nor (PK Ko-Kurikulum) Pn. Mahiran binti Hassan, (GKMP Kemanusiaan) selaku Penyelaras Program Barisan guru kanan mata Pelajaran. Rakan-rakan guru dan seterusnya para pelajar yang disayangi sekalian. Alhamdulillah..bersyukur kita kerana dengan izinNya kita dapat berhimpun pada hari ini bagi menjayakan PERHIMPUNAN KHAS SOLIDARITI PALESTIN SMK SERI SEPANG. Bagi memberkati lagi majlis ini dijemput Nazirul Mubin (4SG) untuk mengetuai pembacaan doa dan seterusnya pembacaan Qunut Nazilah. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Bacaan doa) Aamiin ya rabbal alamin. Semoga Allah SWT memperkenankan segala doa kita.


CUBIT PEHA KANAN, PEHA KIRI TERASA JUA- itulah perumpaan yang menggambarkan perkongsian rasa sakit yang dirasai oleh rakyat Malaysia terhadap peperangan diantara Regim Zionis Israel dan rakyat Palestine yang yang sedang berlaku saat ini Anak murid yang dikasihi sekelian, Perhimpunan Khas ini adalah satu perhimpunan bersejarah buat rakyat Malaysia. Ia merupakan satu usaha menyampaikan kepada seluruh dunia bahawa Rakyat Malaysia, pelbagai bangsa dan kaum Bersatu hati bersolidariti menentang kezaliman dan kerakusan Israel terhadap pembunuhan ribuan nyawa rakyat Palestin. Isu Kekejaman terhadap rakyat Palestine bukanlah sebuah isu agama semata, dan ianya juga bukan semata memperjuangkan masjidil Aqsa yang tercinta, Tetapi ia juga merupakan isu perjuangan hak kemanusiaan. Untuk makluman semua, Sejak 1948, Regim Zionis Israel telah memusnahkan 530 kampung rakyat palestin, 13,000 terbunuh dan 750,000 telah dihalau keluar dari tanah mereka sendiri. Sejak tahun 2004, mereka telah memunahkan 7,802 bangunan, menyebabkan 23,618 rakyat Palestin kehilangan rumah mereka. Tarikh Kemuncak kerakusan telah berulang semula pada 7 Oktober yang lalu hingga ke hari ini. Sejak semalam, regim zionis Israel telah membedil sebanyak 12000 tan bom kearah Bandar Gaza di Palestin dimana jumlah ini menyamai bom yang membedil bandar Hiroshima suatu Ketika dahulu . Kementerian Kesihatan Hamas di Gaza melaporkan jumlah kematian di wilayah itu sudah melebihi 8,000 orang. Sebahagian besar mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, Perumahan Musnah, Sumber air disekat, Bekalan elektrik diputuskan, Fasiliti kesihatan dibedil. Niatnya


sangat jelas- iaitu untuk menjalankan Penghapusan etnik dan Kaum secara sistematik. Anak -anak sekelian, mungkin kalian tertanya-tanya, mengapakahkan di dada akhbar, di media massa, berita di TV dan radio hangat memperkatakan hal ini. Keperitan ini bukan Sahaja di rasai oleh rakyat Malaysia, tetapi ianya merupakan isu kemanusiaan yang sedang hangat diperjuangkan oleh ratusan negara Luar. Hingga kini, 120 negara telah menyokong genjatan senjata terhadap Israel Tetapi usul ini ditolak mentah oleh 14 buah Negara. Atas kuasa Veto Amerika Syarikat, harapan Genjatan senjata Musnah sama sekali. Sedang kita rakyat Malaysia masih tenang di rumah sendiri, masih mampu berkumpul bersama rakan dan anak saudara, masih tersenyum mengemaskini story di media sosial, Namun begitu nasib 1.8 juta nyawa rakyat Palestin di wilayah Gaza kini diambang kemusnahan. Nasib mereka seperti telur dihujung tanduk, retak menanti belah. Bagi memahami konflik yang telah berlaku sejak sekian lama diantara Regim Zionis Israel dan palestin saya menjemput saudara Saif Zulkarnain (5SP) untuk membacakan sejarah tertubuhnya negara haram Israel. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Bacaan Sejarah) Terima kasih Saif Zulkarnain. Semoga dengan penerangan itu tadi, para pelajar jelas siapakah pengganas yang sebenarnya.


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Seterusnya mari kita dengarkan pula persembahan sajak bertajuk __________________________________ yang akan dideklamasikan oleh Muhammad Hazim Fahmi (5SG). (Deklamasi sajak) Sungguh menyentuh hati sajak yang dideklamasikan oleh Muhammad Hazim Fahmi itu tadi. Berdasarkan sajak itu tadi, saya menyeru kepada pelajar semua agar _______________________________________________________________ Para hadirin sekalian, Tibalah kita ke kemuncak program pada hari ini, iaitu ucapan perasmian daripada bonda Pn Hjh Hapizoh, Pengetua SERISS, dan seterusnya melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin. Dengan segala hormatnya dipersilakan yang berbahagia puan. (Ucapan Perasmian dan Pelancaran Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin) (Gimik Perasmian) Terima kasih Puan Hapizoh atas ucapan dan pelancaran itu tadi.


Untuk makluman semua beberapa acara telah disusun bersempena Perhimpunan Solidariti ini. Antaranya ialah: Solat Hajat Khusus setiap hari selepas solat zuhur berjemaah di surau sekolah (pelajar asrama dan terbuka kepada pelajar lain yang ingin menyertai) 2. Edaran Tabung Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin dari kelas ke kelas (Isnin hingga Khamis) 3. Hebahan berita terkini berkaitan Keganasan Israel oleh guru bertugas di perhimpunan pagi. 4. Kuiz spontan selepas hebahan berita terkini keganasan Israel oleh guru Pendidikan Islam. 5. Mimbar Daie - Rabu 6. Pertandingan melukis poster - Rabu 7. Tayangan multimedia - Khamis 8. Bacaan Yaasiin dan Solat Hajat Khas – Jumaat


Seterusnya majlis menjemput Kumpulan nasyid Sautul Jihad bagi mengalunkan nasyid bertajuk Atuna Tufuli . Nasyid ini menggambarkankan perasaan anak anak kecil yg tinggal di Tanah jajahan Palestin. ATUNA TUFULI – BERIKAN MASA KECIL KAMI- dipersilakan. (Nasyid) Para pelajar dan guru-guru sekalian, Sebelum kita bersurai, ayuhlah bersama-sama kita alunkan nasyidkan lagu Atuna Tufuli. Para pelajar dan guru dijemput berdiri. (Nasyid beramai-ramai) Tak Kenal maka tak Cinta. Diharapkan dengan berakhirnya Perhimpunan Solidariti Palestin pada pagi ini, maka akan timbullah kecintaan kita yang lebih mendalam terhadap rakyat Palestin. Kini laluan di pintu syurga sedang sibuk dengan kehadiran para syuhada palestin. Damailah para syahid dan bergembiralah anak anak kecil wildan di syurga sana. Moga ada nama mereka yang bakal diselitkan didalam doa kalian. Marilah kita sama sama doakan penganiayaan terhadap saudara kita di Gaza khususnya dan di seluruh dunia akan segera berakhir. Dengan itu, maka berakhirlah program pelancaran soladiriti Palestin kita pada hari ini. Semoga kita semua beroleh manfaat daripada program ini.. Wabilahitaufik wal hidayah.. wasalam


Click to View FlipBook Version