MIB TAHUN 3
Nota Ringkasan :
Bersikap Jujur, Ikhlas dan Amanah
(Menepati Janji dan Masa)
Bantu Sahabat.
Kebaikan Menepati Janji dan Masa.
Kesan dan Keburukan Tidak Menepati Janji dan Masa.
1) BANTU SAHABAT
a) Sikap jujur, ikhlas dan amanah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan.
b) Jujur bermaksud seseorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas.
c) Ikhlas bermaksud memberikan sesuatu dengan tidak mengharapkan bal-
asan dan pujian.
d) Amanah bermaksud orang yang diberi kepercayai dan tanggungjawab un-
tuk melaksanakan sesuatu tugas.
e) Nyatakan dengan jujur apabila hendak meminta pertolongan.
f) Orang yang memberi bantuan dengan ikhlas akan mendapat pahala.
g) Minta kebenaran dahulu sebelum mengambil barang orang lain.
h) Kita hendaklah menjalankan amanah yang diberikan kepada kita.
i) Membantu kawan dengan mendapatkan salinan pelajaran yang tertinggal
adalah merupakan suatu amanah.
2) KEBAIKAN MENEPATI JANJI DAN MASA
a) Kita harus menepati janji dan masa.
b) Apabila berjanji untuk berjumpa dengan kawan, kita hendaklah datang te-
pat pada masa yang dijanjikan.
c) Kebaikan menepati janji dan masa :
i. Orang akan percaya kepada kita.
ii. Semua pekerjaan akan dapat berjalan dengan lancar.
iii. Masa tidak akan terbuang dengan sia-sia.
iv. Kawan-kawan akan suka kepada kita.
3) KESAN DAN KEBURUKAN TIDAK MENEPATI JANJI DAN MASA
Terdapat beberapa keburukan bagi orang yang tidak menepati janji dan ma-
sa :
Menimbulkan rasa benci dan marah kepada orang yang menunggu.
Masa terbuang begitu sahaja tanpa faedah.
Menghilangkan kepercayaan orang lain dan rakan-rakan.
Rakan dan orang lain tidak menghormatinya.
Menampakkan kelemahan dan keburukan
diri sendiri.
Orang yang mengingkari janji adalah
orang yang suka berbohong.
Mengingkari janji dengan sengaja tanpa
sebab hukumnya adalah berdosa.