The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAKANAN TRADISONAL MUSIM PERAYAAN_20240117_155743_0000

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farisa Atieyah, 2024-01-17 03:00:22

MAKANAN TRADISONAL MUSIM PERAYAAN_20240117_155743_0000

MAKANAN TRADISONAL MUSIM PERAYAAN_20240117_155743_0000

MAKANAN TRADISIONAL MUSIM PERAYAAN DI MALAYSIA


ISI KANDUNGAN NAMA PELAJAR DAN PENSYARAH .................................................... 01 LATAR BELAKANG WARISAN ............................................................. 02-03 LATAR BELAKANG MAKANAN TRADISIONAL MUSIM .................. PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN BARU CINA HARI RAYA DEEPAVALI 04-06 LANGKAH PEMELIHARAAN MAKANAN ................................................ TRADISIONAL 07 LANGKAH PEMULIHARAAN MAKANAN ............................................... TRADISIONAL 08 INSTITUSI BERKAITAN DENGAN MAKANAN ..................................... WARISAN 11 09-10 KEPENTINGAN MENGEKALKAN MAKANAN .................................... WARISAN CABARAN MENGEKALKAN MAKANAN ............................................ WARISAN 14 POTENSI PELANCONGAN TERHADAP MAKANAN .......................... TRADISIONAL 12-13


NAMA PELAJAR DAN PENSYARAH NAMA : NURUL FARISA ATIEYAH BINTI ISMAIL NO MATRIK : 300317 NAMA PENSYARAH : DR SALMAH BINTI OMAR SUBJEK : KHAZANAH WARISAN DUNIA NAMA : NURUL ANIS SYAFIQAH BINTI MOHD SUHANMILIDI @ MOHD SUHAIDI NO MATRIK : 300064 01


Warisan adalah sesuatu perkara yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang baru. Warisan merangkumi adat resam, kebudayaan, kawasan, bangunan, bahan arkib, dan cetakan termasuk penulisan buku dan majalah. Terdapat dua jenis warisan iaitu warisan kebudayaan dan warisan semula jadi. Warisan kebudayaan terbahagi kepada dua iaitu warisan ketara dan warisan tidak ketara. Warisan ketara ialah sesuatu yang kekal dapat dilihat dan boleh dipegang sama ada dalam keadaan statik atau mudah alih manakala warisan tidak ketara pula ialah ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa dan persuratan. LATAR BELAKANG WARISAN 02


Makanan tradisional musim perayaan merupakan warisan tidak ketara. Malaysia mempunyai pelbagai kaum antaranya kaum Melayu, Cina dan India dan sebagainya. Setiap kaum ini mempunyai makanan warisan tersendiri sewaktu tibanya musim perayaan. Bagi kaum Melayu mereka akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kaum Cina pula mereka akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina Manakala kaum India pula mereka akan menyambut musim perayaan Deepavali LATAR BELAKANG WARISAN 03


Makanan tradisional musim perayaan Hari Raya Aidilfitri memiliki kebudayaan dan tradisi masyarakat Islam. Hidangan utama ketika musim perayaan ini ialah rendang ,serunding,lemang dan ketupat. Ketupat merupakan juadah wajib ketika tibanya musim perayaan ini, cara pembuatannya ialah nasi yang dikukus dalam anyaman daun palas Terdapat juga hidangan manisan untuk perayaan ini seperti penyediaan kuih raya. LATAR BELAKANG MAKANAN TRADISIONAL MUSIM PERAYAAN LATAR BELAKANG MAKANAN TRADISIONAL MUSIM PERAYAAN Antara kuih raya yang terdapat di Malaysia ialah: Biskut semperit Biskut Tart Nenas Biskut Almond London Biskut Cornflake Madu Selain itu, terdapat juga hidangan lain iaitu Roti Jala Sate Lontong 04


LATAR BELAKANG MAKANAN TRADISIONAL MUSIM PERAYAAN Makanan tradisional dalam perayaan Tahun Baru ini dikenali sebagai perayaan Tahun Baru Cina. Makanan tradisional yang berkait dengan perayaan Tahun Baru Cina mencerminkan warisan budaya Tionghoa. Hidangan-hidangan ini sering memiliki makna yang berkaitan dengan keberuntungan atau harapan dalam bahasa Cina. Antara makanan khas pada perayaan Tahun Baru Cina ialah: Dumpling (Jiaozi) Nian Gao Tang Yuan Bak Chang Dim Sum Yee Sang Kuih Bulan TAHUN BARU CINA 05


LATAR BELAKANG MAKANAN TRADISIONAL MUSIM PERAYAAN HARI RAYA DEEPAVALI Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Diwali Perayaan ini mencerminkan nilainilai spiritual dan kebudayaan dalam agama Hindu Terdapat beberapa hidangan khas yang sering disajikan menggunakan bahan-bahan rempah Antara makanan yang dihidangkan ketika perayaan ini ialah: Panipuri Murukku Tosai Terdapat juga hidangan manisan dihidangkan antaranya Laddu Athirasam Kandarppam Selain itu, Deepavali mencerminkan semangat kebersamaan ,sukacita dan keagamaan dalam memperingati kemenangan kebaikan dan kejahatan 06


langkah pemeliharaan makanan tradisional Kesedaran terhadap makanan tradisional pendidikan peranan agensi Memberikan pendedahan terhadap komuniti tentang cara pembuatan dan resipi makanan tradisional musim perayaan. Memberi pendedahan di sekolah mengenai cara pembuatan makanan tradisional kepada pelajar seperti mengadakan pertandingan memasak. mengadakan kelas untuk subjek yang berkaitan dengan memasak seperti matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga. Agensi yang berkaitan seperti ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan haruslah memelihara warisan supaya tidak ditelan zaman. Sebagai contoh, makanan tradisional. 07


langkah pemuliharaan makanan tradisional pentingkan cara pembuatan latih generasi muda Mengadakan Kempen atau kelas memasak makanan tradisional. Mengadakan Majlis atau Program mengenai makanan tradisional musim perayaan. sebagai contoh Majlis Rumah Terbuka kepaada Komuniti. Mengadakan pameran dan festival makanan tradisional untuk memperkenalkan dan mempromosikan berbagai jenis makanan kepada masyarakat luas. Menyebarkan cara pembuatan makanan tradisional di media massa supaya golongan muda mudah ikut. 08


INSTITUSI BERKAITAN DENGAN MAKANAN WARISAN 11 Januari 2018 - Pengasas bersama Friedchillies Media Sdn Bhd, Honey Ahmad, berkata pihaknya memperoleh dana daripada Yayasan Hasanah (Hasanah), sebuah yayasan berasaskan impak milik Khazanah Nasional (Khazanah). Projek menerusi program Seni, Warisan dan Budaya (AHC) Hasanah ini menjalankan kajian, melaksana usaha pemeliharaan, memperkenalkan penggiat perusahaan serta melakukan pemetaan kuih tradisional. Projek ini bertujuan mengekalkan resipi lama kuih tradisional, sama ada yang hampir pupus atau jarang dibuat dalam kalangan masyarakat masa kini. Matlamat utama projek KWIH adalah mengekalkan kesempurnaan resepi asli dan petua kuih tradisional kita kerana khazanah ini bukan sepatutnya disimpan, tetapi diajar kepada komuniti di Malaysia untuk generasi akan datang, Mengikut portal rasmi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Bagi mempromosikan makanan warisan Malaysia, satu pameran makanan warisan turut diadakan dan disertai oleh beberapa agensi seperti UPM, WCO Holding Sdn. Bhd., Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, “The Rojak Project” (satu perusahaan sosial tempatan yang mempromosi kepelbagaian budaya Malaysia) termasuklah Jabatan Warisan Negara sendiri. 13 Jun 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi agensinya, Jabatan Warisan Negara telah menganjurkan bengkel Pelestarian Pembungkusan Makanan Warisan dan Pengkomersialan untuk Pasaran Dunia atau ASEAN Workshop on Sustainable Heritage Food Packaging and Commercialisation for the World Market dengan kerjasama strategik Universiti Putra Malaysia (UPM) Mengikut artikel Berita Harian Online 09


INSTITUSI BERKAITAN DENGAN MAKANAN WARISAN Mengikut artikel Metro Online Program itu yang berkonsepkan santai sambil berhibur memberi peluang kepada pelancong luar negara dan masyarakat tempatan terutama generasi muda menjamu selera bersama keluarga serta rakan sambil menikmati pelbagai persembahan kebudayaan. 26 September 2016 - Dalam usaha mendedahkan pelancong dalam dan luar negara dengan keunikan kepelbagaian budaya setiap etnik di negara ini, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) memperkenalkan program ‘Eat & Enjoy’ yang menggabungkan seni persembahan, makanan dan pendidikan. 10


Makanan tradisional memainkan peranan penting dalam tarikan pelancongan. Setiap negara atau kaum memiliki keunikan makanan tradisional masing-masing. POTENSI PELACONGAN TERHADAP MAKANAN TRADISIONAL MEDIA SOSIAL Menyebarkan jenis-jenis makanan tradsional dan sejarah kulinari masakan tradisional melayu. FESTIVAL MAKANAN PAMERAN MAKANAN 11 Membuat pamaeran keunikan setiap makanan tradisional. menceritakan resepi dan warisan makanan tradisional. Menganjurkan majjlis pertunjukkan makanan tradisional seperti Program Festival Makanan Warisan Selangor yang dianjurkan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat).


KEPENTINGAN WARISAN MAKANAN TRADISIONAL 1) Pelestarian Budaya : Makanan perayaan adalah ekspresi dari warisan bagi sesuatu masyarakat di negara ini. Mereka akan merayakan perayaan dengan menghidangkan hidangan -hidangan khas Dengan cara inilah mereka dapat menjaga serta mewarisi makanan tradisional supaya generasi akan datang dapat mengenali Contoh hidangan musim perayaan - Hari Raya Aidilfitri : Rendang, Lemang dan Ketupat - Tahun Baru Cina : Yee Sang, Kuih Bulan - Hari Deepavali : Panipuri, Kandarppam 2) Makanan tradisional melambangkan identiti sesebuah negara Makanan tradisional negara kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Masyarakat kini berperanan penting dalam membentuk jati diri bangsa Malaysia dengan mengamalkan warisan kaumnya sendiri dalam kehidupan seharian Amalan memperkenalkan makanan tradisional boleh dilihat semasa perayaan agama dan budaya setiap kaum Makanan tradisonal musim perayaan mempunyai kepentingan yang mendalam berdasarkan konteks budaya, sosial dan ekonomi 12


3) Melahirkan modal insan yang berjati diri kebangsaan dan patriotik. Makanan tradisional penting dalam meneruskan adat serta warisan yang diwarisi secara turun-temurun oleh nenek moyang masyarakat di negara ini. Makanan tradisional merupakan elemen yang penting untuk melambangkan identiti dan keunikan sesuatu budaya dan bangsa. Oleh itu, jikalau anak muda di Malaysia sedar akan keunikan dan keistimewaan budaya masing-masing , hal ini akan menyebabkan makanan warisan tidak akan pupus 4) Menjana pendapatan rakyat dan negara Hal ini demikian kerana, pada masa kini juga terdapat makanan warisan tradisional dieksport untuk ke luar negara Makanan tradisional Malaysia seperti dodol, kuih bahulu dan kuih kapit dapat dipromosikan ke seluruh pelosok dunia dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat antarabangsa Ekoran sambutan ini telah menambahkan punca pendapatan negara KEPENTINGAN WARISAN MAKANAN TRADISIONAL 13


CABARAN MENGEKALKAN MAKANAN TRADISIONAL Malaysia sememangnya kaya dengan kepelbagaian budaya,adat dan agama . Makanan tradisi merupakan satu faktor dan warna-warni budaya yang terdapat dalam rakyat Malaysia .Namun begitu, kemodenan yang berlaku pada hari ini telah membawa masuk budaya-budaya asing iaitu dari luar negara ,terutamnya golongan muda. Kemasukan makanan-makanan dari negara luar telah menyebabkan makanan tradisional atau warisan di negara kita semakin pupus.Oleh itu terdapat beberapa cabaran dalam mengekalkan makanan tradisional:- 1) Perubahan Aliran Pemodenan Kemodenan yang berlaku hari ini telah makanan tradisional negara ini semakin lama semakin dipinggirkan, namun hanya terdapat beberapa sahaja makanan tradisonal yang masih dikekalkan sehingga kini Hal ini demikian kerana, kemasukan makanan ala-ala barat dari negara luar telah menyebabkan terutamanya golongan muda , lebih mementingkan makanan tersebut berbanding makanan di negara ini. Sebagai contoh , makanan seperti spagetti telah menarik minat masyarakat di negara ini. 2) Perubahan Gaya Hidup Perubahan ini dimaksudkan dengan gaya hidup masyarakat sekarang,mereka kini terlalu sibuk dengan kerja Hal ini meyebabkan mereka lebih memilih untuk makan makanan seperti fast food, kerana makanan tersebut lebih mudah dimiliki berbanding makanan tradisional Seperti yang kita tahu makanan tradisional susah dihidangkan kerana perlu memiliki waktu yang tepat untuk membutnya, oleh itu mereka memilih jalan yang mudah untuk mendapatkan makanan 3) Kurang Pendedahan Masyarakat kini kurang pendedahan atau kesedaran mengenai makanan tradisional Hal ini demikian kerana, kurangnya minat mereka untuk mengenali serta merasai jenis-jenis makanan warisan yang ada di negara ini. Oleh itu, untuk menarik minat mereka terhadap makanan warisan adalah dengan membuat Pesta Makanan. Denagan cara ini akan dapat menarik perhatian mereka serta mengenali pelbagai hidangan-hidangan makanan warisan 14


SEKIANTERIMAKASIH


Click to View FlipBook Version