The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2020 FLIP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smkaklflip, 2019-12-25 20:36:06

BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2020

BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2020 FLIP

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
2

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

MAKLUMAT PERIBADI

NAMA : _________________________________________________________
ALAMAT RUMAH : _________________________________________________________

NO. TELEFON _________________________________________________________
ALAMAT PEJABAT _________________________________________________________
_________________________________________________________
NO. TELEFON (PEJABAT) : _________________________________________________________
NO. TELEFON (BIMBIT) : _________________________________________________________
EMAIL _________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
: _________________________________________________________
: _________________________________________________________
: _________________________________________________________

MAKLUMAT KECEMASAN

NAMA : _________________________________________________________
ALAMAT RUMAH : _________________________________________________________

NO. TELEFON (PEJABAT) _________________________________________________________
NO. TELEFON (BIMBIT) _________________________________________________________
_________________________________________________________
: _________________________________________________________
: _________________________________________________________

3

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

KATA ALU - ALUAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi,selawat dan salam untuk junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w,para sahabat tabi’en dan ta’bi tabien. Tahun 2019
telah membawa banyak kejayaan oleh guru dan pelajar sama ada di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan. Kejayaan ini adalah bukti komitmen guru-guru
untuk menjadikan SMK Agama Kuala Lumpur sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri bersesuaian dengan slogan Excellent, Quranic and Virtuous.
Tahniah dan setinggi penghargaan kepada semua warga SMKAKL yang telah menunjukkan komitmen
yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Namun begitu pada tahun 2020 akan menjadi cabaran kepada kita terutamanya untuk
mengekalkan kecemerlangan seterusnya mempertingkatkan pencapaian kecemerlangan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Tahniah kepada pasukan robotik, nasyid dan taekwando yang telah
berjaya di peringkat antarabangsa. Saya yakin dan percaya dengan kesungguhan semua warga
SMKAKL, Insya Allah kita pasti berjaya.
Sebenarnya pendidikan berubah begitu pantas dalam mengejar IR 4.0 dengan mengajar anak
didik pengekodan dan alat pendidikan masa hadapan. Namun kita harus ingat bahawa yang
membentuk negara bangsa itu asasnya adalah melalui pendidikan karakter. Justeru akan lahir bangsa
yang saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, dunia pendidikan seharusnya menekankan
aspek kegembiraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati di kalangan murid dan warga
sekolah.
Seperkara lagi yang perlu di beri perhatian untuk terus kekal cemerlang, kita seharusnya
berusaha untuk meningkatkan kualiti diri dengan cara menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran
diri di samping menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah, menepati masa, dedikasi
dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Semoga usaha kita untuk melahirkan pelajar cemerlang,
berpengetahuan dan berakhlak mulia menjadi kenyataan.
Akhir kata, saya berharap buku pengurusan ini menjadi panduan dan rujukan seterusnya dapat
membantu semua warga SMK Agama Kuala Lumpur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang telah diamanahkan sepanjang 2020. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sebaik- baik manusia itu adalah
mereka yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain”. Jadikan hari ini lebih baik dari hari
semalam, Insya Allah bahagia.
EXCELLENT, QURANIC, VIRTUOUS
Sekian, terima kasih, wassalam.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah.

(AZMAN BIN YUSOF)
Pengetua SMK Agama Kuala Lumpur

4

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

PROFIL SEKOLAH

Nama sekolah : SMK AGAMA KUALA LUMPUR
Kod sekolah : WRA0004
Alamat sekolah : SMK AGAMA KUALA LUMPUR,
No. Tel / Faks BANDAR MENJALARA, KEPONG
e-mel 52200 KUALA LUMPUR
JPN : 03-62758923 / 03-62723269
PPD :[email protected]
Jenis sekolah : JPN WP KUALA LUMPUR
Peringkat : PPD SENTUL
Jenis murid : TMUA
Sesi : Tingkatan 1 - 5
Lokasi : Lelaki dan Perempuan.
Gred : Pagi sahaja
Jenis bantuan : BANDAR
Bilangan pelajar :A
Jumlah pelajar : Sekolah Kerajaan
Bilangan guru : L ( 314 ) P ( 368 )
Bilangan staf : 682 Orang
Bilangan kelas : 122 Orang
: 15 Orang
: 25 Kelas

5

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

SENARAI ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

MAKLUMAT PERIBADI 3
KATA ALU-ALUAN 4
PROFIL SEKOLAH 5
PENGENALAN 8
LATAR BELAKANG SMKA 9
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN [2013-2025] 11
SMK AGAMA KUALA LUMPUR 13
14
Visi dan Misi Sekolah 14
Visi dan Misi Guru 15
Lagu Sekolah 16
Pakej Mata Pelajaran Tahun 2020 18
Penggal Persekolahan Tahun 2020 19
Hari Kelepasan Am Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2020 20
Takwim Peperiksaan Tahun 2020 21
PENGURUSAN SEKOLAH 22
Panduan Am 30
Senarai Tugas Pengurusan dan Pentadbiran 51
Senarai Tugas Jawatankuasa Induk Pengurusan dan Pentadbiran 56
Senarai Tugas Pengurusan Kurikulum 80
Senarai Tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid 99
Senarai Tugas Pengurusan Kokurikulum 103
Senarai Tugas Jawatankuasa Khas 105
Senarai Tugas Staf Sokongan

6

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

PERKARA MUKA SURAT

PENGURUSAN BIDANG DAN JAWATANKUASA TAHUN 2020 112
Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran 113
Jawatankuasa Kurikulum 127
Pengurusan dan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM) 133
Pengurusan dan Jawatankuasa Kokurikulum 150
161
TAKWIM 2020 174
SENARAI GURU KELAS DAN PENYELARAS TINGKATAN 176
JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN PENGGAL 1/2020 178
JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN PENGGAL 2/2020 180
SENARAI NAMA GURU TAHUN 2020 185
NO. TELEFON GURU TAHUN 2020 187
NO. TELEFON STAF SOKONGAN TAHUN 2020 188
JADUAL GILIRAN MENYEDIAKAN RELIEF PENGGAL 1/2020 189
JADUAL GILIRAN MENYEDIAKAN RELIEF PENGGAL 2/2020 190
TARIKH BALIK BERMALAM TAHUN 2020 191
GILIRAN OUTING TAHUN 2020 192
SENARAI SEMAK GILIRAN PENGAWAS PEPERIKSAAN AWAM (SPM) TAHUN 2020 195
PELAN SEKOLAH

7

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

PENGENALAN

MISI PENDIDIKAN NEGARA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan
potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia

BPPDP KPM (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

Undang-Undang Malaysia,(Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, PNB Kuala Lumpur.)
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah kebaikan di dunia dan kesejahteraan
abadi di akhirat.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti untuk membangunkan Pontesi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

8

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

LATAR BELAKANG SMKA
Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebanggsaan Agama (SMKA) bermula dengan
pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 59 buah SMKA.
Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran
ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen Bin Haji Wan Musa. Hal ini
memang menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar
akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada
sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan Negara. Proses
penambaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan
semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan
oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid Bin Othman dan Dato Zainal Abidin Bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan
kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama,
kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu, Kementerian Pelajaran
pada masa itu telah berunding dengan kerajaan- kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar
sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah
harian.

Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab
sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah
Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena
ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik
makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam
pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyarakat semasa.

MATLAMAT SMKA
• Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
• Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
• Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
• Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu

dalam dan luar Negara
OBJEKTIF SMKA

• Mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum
• Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia
• Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
• Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang

bercanggah dengan nilai-nilai Islam
• Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi

keperluan Negara dan ummah

9

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

FALSAFAH SMKA
“Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh
serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang seimbang kearah melahirkan pelajar yang
berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab
untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat
kepada agama, diri, ummah dan Negara.

MISI SMKA
Bagi merealisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan
komited
• Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk realiti ilmu dan
penghayatan Al- Quran dan Al-Sunnah
• Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama
• Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisyen dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam
• Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum,
hal ehwal murid dan kokurikulum
• Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim dini
• Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempat dengan agensi-agensi
luar

10

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN [2013-2025]

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
menengah atas menjelang tahun 2020.
KUALITI – Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
EKUITI – 50% pengurangan dalam jurang pencapaian ( Bandar-luar Bandar, sosioekonomi,
gender) menjelang 2020
PERPADUAN – Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
KECEKAPAN – Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia
ada.

ENAM ASPIRASI UNTUK SETIAP MURID
1. Pengetahuan

2. Kemahiran berfikir
3. Kemahiran memimpin
4. Kemahiran dwibahasa
5. Etika dan kerohanian

6. Identiti nasional.

Bidang 1 : SEMBILAN (9) BIDANG KEUTAMAAN
Bidang 2 : Memartabatkan profesion keguruan.
Bidang 3 : Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.
Bidang 4 : Meningkatkan kualiti sekolah.
Bidang 5 : Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran.
Bidang 6 : Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
Bidang 7 : Mengukuhkan pelibatan ibubapa, sektor swasta dan masyarakat rakan
Bidang 8 : kongsi dalam pendidikan.
Bidang 9 : Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam
pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan
Membina kemampuan serta keupayaan sisitem penyampaian pendidikan.

11

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

Anjakan 1 : 11 ANJAKAN
Anjakan 2 : Menyediakan kesamaratan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf
Anjakan 3 : Antarabangsa.
Anjakan 4 : Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Anjakan 5 : Inggeris.
Anjakan 6 : Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
Anjakan 7 : Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai
Anjakan 8 : profesion pilihan.
Anjakan 9 : Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Anjakan 10 : Mengupaya JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
Anjakan 11 : berasaskan keperluan.
Memanfaatkan ( ICT ) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian
Pelajaran.
Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti, dan sector
swasta.
Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam

JANGKA MASA DAN SASARAN DITETAPKAN
Gelombang Pertama Tahun 2013 – 2015

Peningkatan kemahiran guru, kualiti pengajaran dan keupayaan pegawai di peringkat negeri dan
daerah dan mutu kepimpinan sekolah.

Gelombang Kedua Tahun 2016 hingga 2020
Berlaku perubahan sistem pendidikan Negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan
10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baharu.

Gelombang Ketiga Tahun 2021 hingga 2025
Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard
minimum

12

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
13

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

VISI DAN MISI SEKOLAH
VISI

“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”
MISI

“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"

MOTTO, VISI DAN MISI GURU
MOTTO

“IKHLAS BEKERJA SENYUMAN DITERIMA“

VISI
“KELAB GURU DAN KAKITANGAN
SMK AGAMA KUALA LUMPUR CEMERLANG”

14

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

MISI
“ SEMANGAT KERJASAMA, MENJALIN SILATURRAHIM SERTA MENJAGA KEBAJIKAN AHLI

DENGAN CEKAP DAN CEPAT”
“MENGURUSKAN AKTIVITI KELAB DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB DAN TAHAN

KERENAH”

“MEWUJUDKAN SUASANA BILIK GURU YANG KONDUSIF DAN CERIA”

“MEMBANTU MENINGKATKAN KEMESRAAN DAN MENYEDIAKAN SALURAN KOMUNIKASI
ANTARA GURU-GURU SERTA KAKITANGAN SEKOLAH”

“MEMBUAT KUTIPAN YURAN AHLI DENGAN SERATUS PERATUS BAYARAN”

LAGU SEKOLAH

“SEKOLAHKU TERCINTA”
SMK AGAMA KUALA LUMPUR
MERCU TANDA JAYA ANAK BANGSA
PUNYA WAWASAN TINGGI DAN MULIA
ILMU BERAMAL DAN BERJASA
SMK AGAMA KUALA LUMPUR
BUDAYA CEMERLANG AKHLAK GEMILANG
GURU TERCINTA TELADAN MULIA
PELAJAR GIGIH DAN BERJAYA
SEKOLAHKU KAULAH PELITA
PENYULUH KEGELAPAN DUNIA
SEKOLAHKU KAU AMAT BERJASA
MELAHIRKAN PEJUANG AGAMA SATRIA NEGARA

15

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

PAKEJ MATA PELAJARAN TAHUN 2020

16

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
17

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
1 PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU
2 19
02.01.2020 31.01.2020 20 11
10
01.02.2020 29.02.2020 49 1
9
01.03.2020 13.03.2020 9
7 2
JUMLAH HARI 22 7
11
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 40 1
16
14.03.2020 22.03.2020 16
17
23.03.2020 31.03.2020 18
35
01.04.2020 30.04.2020
9
01.05.2020 22.05.2020 19
21
JUMLAH HARI 21
13
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 74

23.05.2020 07.06.2020

08.06.2020 30.06.2020

01.07.2020 24.07.2020

JUMLAH HARI

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

25.07.2020 02.08.2020

03.08.2020 31.08.2020

01.09.2020 30.09.2020

01.10.2020 31.10.2020

01.11.2020 20.11.2020

JUMLAH HARI

CUTI AKHIR TAHUN

21.11.2020 31.12.2020 41 6

JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN TERMASUK CUTI UMUM
JUMLAH HARI CUTI PENGGAL

18

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

HARI KELEPASAN AM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2020

BIL HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI JUMLAH
HARI
1 Tahun Baru 01.01.2020 Rabu 1
2 Hari Thaipusam 08.02.2020 Sabtu 1
3 Tahun Baru Cina 25 - 26.01.2020 Sabtu & Ahad 2
4 Hari Wilayah Persekutuan 01.02.2020 Sabtu 1
5 Hari Pekerja 01.05.2020 Jumaat 1
6 Hari Wesak 07.05.2020 Khamis 1
7 Hari Keputeraan SPB 06.06.2020 Sabtu 1

Yang Di-Pertuan Agong 10.05.2020 Ahad 1
8 Nuzul Al-Quran 24 - 25.05.2020 Ahad & Isnin 2
9 Hari Raya Puasa 31.07.2020 - 01.08.2020 Jumaat & Sabtu 2
10 Hari Raya Qurban 1
11 Hari Kebangsaan 31.08.2020 Isnin 1
12 Awal Muharam 20.08.2020 Khamis 1
13 Hari Malaysia 16.09.2020 Rabu 1
14 Hari Deepavali 14.11.2020 Sabtu 1
15 Maulidur Rasul 29.10.2020 Khamis 1
16 Hari Krismas 25.12.2020 Jumaat

*Tertakluk kepada perubahan

Peringatan :

1. Sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh pada hari kelepasan mingguan (Sabtu & Ahad) secara berturut-
turut, maka hari-hari itu diganti dengan hari esoknya (satu hari sahaja) dan jika kemudiannya pula
sedia menjadi hari kelepasan am, maka hari yang berikutnya dijadikan hari kelepasan am.

2. Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada hari pertama kelepasan mingguan (Sabtu), tidak ada cuti
gantian bagi hari kelepasan am tersebut, kecuali hari kedua (Ahad) maka hari berikutnya adalah hari
cuti gantian.

19

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2020

TINGKATAN PEPERIKSAAN TARIKH
Tingkatan 1-2 Ujian Dalaman 1 09.03.2020 – 13.03.2020
Tingkatan 3 Pertengahan Tahun Lisan HAQ & MAQ: 14.05.2020 – 20.05.2020
Bertulis : 08.06.2020 – 12.06.2020
Tingkatan 4 Akhir Tahun Bertulis : 12.10.2020 – 16.10.2020
Tingkatan 5 Ujian Dalaman 1 Lisan HAQ & MAQ : 19.10.2020 – 23.10.2020
Pertengahan Tahun 09.03.2020 – 13.03.2020
Ujian Pelbagai Instrumen – Lisan HAQ & MAQ: 14.05.2020 – 20.05.2020
PT3( Sejarah ) Bertulis : 08.06.2020 – 12.06.2020
Ujian Pelbagai Instrumen –
PT3( Geografi ) *03.05.2020 – 23.05.2020
Ujian Lisan Bertutur – PT3
Ujian Lisan Mendengar – PT3 *06.07.2020 – 24.07.2020

Lisan Maharat Al-Quran & *Bahasa Melayu : 24.08.2020 – 28.08.2020
Hifz Al-Quran (KBT) – PT3 *Bahasa Inggeris : 31.08.2020 – 04.09.2020
Ujian Bertulis – PT3
Ujian Dalaman 1 *Bahasa Melayu : 21.09.2020
Pertengahan Tahun *Bahasa Inggeris : 22.09.2020

Akhir Tahun *14.09.2020 – 18.09.2020
Ujian Dalaman 1
Pertengahan Tahun *28.09.2020 – 07.10.2019
Ujian Hafazan ( PQS ) 09.03.2020 – 13.03.2020
Ujian Lisan Bahasa Arab Lisan HAQ & MAQ: 14.05.2020 – 20.05.2020
Percubaan ( SPM ) Bertulis : 08.06.2020 – 26.06.2020
Ujian Maharat Al-Quran & Bertulis : 05.10.2020 – 23.10.2020
Hifz Al-Quran– SPM Lisan HAQ & MAQ : 26.10.2020 – 30.10.2020
09.03.2020 – 13.03.2020
Peperiksaan SPM Lisan HAQ & MAQ: 14.05.2020 – 20.05.2020
Bertulis : 08.06.2020 – 26.06.2020

*29.06.2020
*29.06.2020 – 03.07.2020
*24.08.2020 – 18.09.2020

*11.09.2020 – 18.09.2020

Fasa 1 : 12.10.2020 -17.10.2020
Fasa 2 : 2.11.2020 – 26.11.2020

Tingkatan 1-5 DELF Bertulis :*01.09.2020
Lisan : *16.09.2020

*Tertakluk pada pindaan LPM

20

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

PENGURUSAN SEKOLAH

21

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

PANDUAN AM

1 Asas Pengurusan Sekolah
1.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Objektif Kementerian Pendidikan, Falsafah
Pendidikan Islam, Falsafah SMKA dan Nilai-Nilai Teras Sekolah Menengah
1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif
Sekolah
1.4 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan
1.5 Semua guru adalah guru disiplin
1.6 Semua guru adalah guru kaunseling
1.7 Mewujudkan Budaya Kerja Cemerlang
1.8 Mengamalkan budaya kerja sepasukan dan kebersamaan
2 Kedatangan
2.1 Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan
2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah mengikut waktu yang telah
ditetapkan dan mengetik kad perakam waktu semasa sampai dan sewaktu balik
sekolah. Waktu bertugas yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah:

Hari Waktu Bertugas

Guru Ulul Isnin 6.55 pagi hingga 2.10 petang

Albab Selasa hingga Khamis 6.55 pagi hingga 2.00 petang

Jumaat 6.55 pagi hingga 12.30 tengah hari

Guru Akademik Isnin hingga Khamis 7.25 pagi hingga 2.40 petang

Jumaat 7.25 pagi hingga 12.30 tengah hari

2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak pentadbir sekolah secepat mungkin,
sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi
kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah.

2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali
dalam kecemasan dan tidak terlalu kerap.

2.5 Waktu bekerja staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang
sedang berkuatkuasa.

2.6 Ketidakhadiran bertugas merupakan kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-
peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir bertugas
bermaksud tidak hadir bagi apa-apa tempoh masa pada masa dan tempat di mana
pegawai itu dikehendaki hadir bertugas serta tidak hadir bertugas tanpa cuti atau
terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah. Pegawai
yang tidak hadir bertugas boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan
Peraturan 24, Peraturan-peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993,[P.U.(A)395/1993] dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman
sehingga dibuang kerja.

3 Keluar Waktu Bertugas
3.1 Pada waktu persekolahan / waktu kerja guru dan staf sokongan ( AKP ) tidak
dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu yang tidak
dapat dielakkan atau arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia/Jabatan
Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Gabungan Daerah dengan syarat
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua / Penolong Kanan

22

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

3.2 Guru dan staf sokongan dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan ditulis
dalam Buku Rekod keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua / Guru Penolong
Kanan sebagai tanda kebenaran sebelum keluar.
3.3 Guru dan staf sokongan hendaklah merekodkan waktu keluar dan masuk semula.
3.4 Kerja bertulis dan terancang hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum
meninggalkan kelas/sekolah seperti berkursus, mesyuarat, mengiring murid dan
lain-lain.
4 Melakukan Kerja Luar
4.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan
mematuhi Perintah Am Bab ’D’ seperti berikut
4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
4.1.2 Dibenarkan dengan syarat;
tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
4.1.2.1

4.1.2.2 tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam

4.1.2.3 tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah

5 Cuti dengan kepentingan jabatan.

5.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh
24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua
tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan
tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.
5.2 Cuti Rehat Khas
5.2.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberi kepada
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas
sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar; dan
5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian
Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.
5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan
Guru kontrak
5.2.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan
keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5.2.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh
perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah
Am 1(ix) Bab C)
5.3 Cuti Sakit
5.3.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari
berturut-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14
hari dalan setahun
5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

23

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
5.4 Cuti Keluar Negara
5.4.1 Semua guru yang bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan. Sila
isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya
4 minggu (sebulan) sebelum tarikh bercuti.
5.5 Cuti Khas – Isteri Bersalin
5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota
perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua cuti rehat dan
kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk
kepada kepentingan perkhidmatan.
5.6 Cuti Tanpa Rekod
5.6.1 Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih
masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah
tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki
peperiksaan, mesyuarat persatuan iktisas,, mengambil bahagian sukan,
tugas khas perubatan [Rujuk Perintah Am 39,41, 42, 43, 44, 45 dan 46 ”Bab
C”]
5.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga
(3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli Keluarga yang diambil kira ialah:
suami atau isteri, anak- anak, ibu dan bapa kandung, ibu dan bapa mertua.
Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusan tertakluk
kepada kepentingan perkhidmatan.
5.8 Cuti Kuarantin
5.8.1 Diberikan maksimum lima (5) hari bagi setiap kes kepada anggota
perkhidmatan awam cuti kuarantin untuk menjaga anak yang sakit dengan
syarat anak yang dikuarantin berumur di bawah 18 tahun atau jika masih
belajar di bawah 21 tahun atau tidak kira umur untuk anak yang cacat otak
atau hilang upaya secara kekal: dengan syarat anak itu hilang upaya secara
kekal sebelum mencapai umur 21 tahun.
5.8.1 Senarai penyakit berjangkit yang dibenarkan ialah Penyakit Tangan, Kaki
dan Mulut (HFMD), Demam Denggi dan Demam denggi Berdarah, Campak,
Chickenpox, Difteria dan Malaria.

6 Pakaian
6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
penjawat awam dengan mematuhi pekeliling Perkhidmatan Awam
Bil.2/1985,Bil.1/2006 dan Bil.1/2008.
6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak
dibenarkan bagi guru peremPn..
6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai mengikut peraturan penjawat awam.
6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu. Guru perempuan. juga
dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih
kemas dan rasmi. Rujuk pekeliling SPI Bil.2/1981
6.5 Semua guru dan AKP dikehendaki memakai pakaian batik malaysia pada setiap hari
Khamis
6.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai:
6.6.1 Guru PeremPn. : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T,
kemeja sukan, baju, trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit

24

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
6.6.2 Guru lelaki : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T, kemeja
sukan, baju, trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit

6.7 Guru lelaki dikehendaki memakai pakaian Kebangsaan berbaju Melayu, seluar dan
bersongkok sepenuhnya pada hari jumaat. Guru tidak dibenarkan memakai pakaian
kebangsaan sebahagian sahaja cth baju melayu sahaja.

6.8 Perhimpunan rasmi( hari Isnin ) guru diminta memakai pakaian lengkap sama ada
memakai pakaian kebangsaan lengkap atau berkemeja bertali leher.

7 Buku Rekod Mengajar
7.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Semua
butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini
hendaklah diserahkan kepada Pengetua/Guru Penolong Kanan setiap hujung
minggu ( pada hari jumaat ) mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani.
7.2 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong
Kanan, untuk urusan guru pengganti.
7.3 Setiap akhir persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke Pejabat
Sekolah.

8 Jadual Waktu Mengajar
8.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
8.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
8.3 Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.
8.4 Guru masuk ke kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan segera.

9 Keselamatan Harta Benda Sekolah
9.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja
atau tidak hendaklah dimaklum kepada Guru Penolong Kanan HEM.
9.2 Guru Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-
peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel
dll. Demi keselamatan harta benda sekolah, guru-guru bertanggungjawab terhadap
kunci-kunci atau bilik khas dengan tidak menyerahkan kepada pelajar.

10 Kebersihan
10.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas
pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing.
Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan
dengan baik.
10.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik
khas/tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, makmal bahasa dan
lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-
masing.
10.3 Semua guru, staf sokongan dan pelajar sama-sama bertanggungjawab terhadap
kebersihan kawasan sekolah.
10.4 Sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula guru mata pelajaran hendaklah
memastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur.
10.5 Pastikan setiap pelajar yang bertugas telah melaksanakan tanggungjawabnya
dengan sempurna.
10.6 Kerjasama semua guru dipohon memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih dan
ceria. Jika terdapat sampah mohon kerjasama pelajar mengutip dan membuang ke
dalam tong sampah.
25

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
11 Surat Menyurat.

11.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter-head sekolah hendaklah
ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.

11.2 Semua surat rasmi berkaitan dengan tugas hendaklah melalui dan salinan kepada
pengetua.

12 Surat yang diterima.
12.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap
surat-surat tersebut.
12.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan
salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
12.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk
tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah :
12.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat,
jika salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan
dapat disimpan dalam fail di pejabat.
12.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam
borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan
setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup/iringan (covering)
yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang
berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup
(covering) dari sekolah walaupun dihantar dengan serah tangan. Satu
salinan borang berkenaan dan surat litup (covering) hendaklah disimpan
dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan biladiperlukan.

13 Urusan Dengan JPN/PPD
13.1 Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau
Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat
demikian

14 Pelawat/Jurujual
14.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua/wakilnya
14.2 Pelawat hanya dibenarkan berurusan setelah mendapat kebenaran bertulis
daripada pengarah.

15 Pembelian Barang
15.1 Setiap pembelian barang mesti mematuhi peraturan kewangan dengan mendapat
kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan borang pesanan dalaman (Nota
Minta) yang boleh didapati di pejabat sekolah dengan tiga sebutharga. Pembelian
hanya dibuat selepas LO dikeluarkan.
15.2 Setiap pesanan yang dibuat hendaklah diserta dokumen lengkap seperti
sebutharga, lesen kewangan, penyata bank bagi tujuan mematuhi prosedur
kewangan.
15.3 Nota Pinta hendaklah dibuat (2) dua minggu dari tarikh pembelian dan mendapat
kelulusan pengetua.
15.4 Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Guru
Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
15.5 Pembantu tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan
Borang Pesanan Tempatan (Local Order/LO).

26

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
15.6 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima borang, rekodkan no.
daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima
hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.

16 Kegiatan Kokurikulum
16.1 Semua guru adalah penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan
dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan.
16.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku
kehadiran kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.
16.3 Guru-guru bertanggungjawab sepenuh memastikan perjalanan kegiatan
kokurikulum dan keselamatan pelajar dalam melaksanakan aktiviti dan kegiatan.
16.4 Sebarang aktiviti atau perjumpaan kokurikulum wajib dihadiri oleh guru penasihat
kelab dan persatuan. Menjadi satu kesalahan jika aktiviti dijalankan tanpa kehadiran
guru penasihat.
16.5 Guru-guru bertanggungjawab menyediakan laporan kegiatan aktiviti kokurikulum
masing-masing seperti kehadiran, aktiviti/program, dan rekod pencapaian. Laporan
ini hendaklah diserahkan kepada PK Korikulum sebelum penggal persekolahan
berakhir.

17 Perhimpunan Rasmi Sekolah
17.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan
hari yang ditetapkan. Kerjasama guru dipohon untuk menepati masa supaya
perhimpunan dapat berjalan lancar.
17.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher( Suit)
ketika menghadiri perhimpunan rasmi.
17.3 Guru akan bersama-sama pelajar menasyidkan Asmaul Husna, menyanyikan Lagu
Negaraku, Lagu Negeri, dan Lagu Sekolah.
17.4 Guru Bertugas dipohon memastikan bahawa segala persediaan berkaitan
perhimpunan berjalan lancar.
17.5 Sebarang pengumuman yang hendaklah disampaikan hendaklah diserahkan kepada
guru bertugas untuk dibuat pengumuman.
17.6 Guru bertugas hendaklah mencatat laporan dan ucapan yang berlaku semasa di
Perhimpunan Rasmi di dalam Buku Catatan Perhimpunan Rasmi.
17.7 Guru bertugas hendaklah mencatat ucapan pengetua dan wakil pengetua serta
didokumentasikan.

18 Mesyuarat Guru
18.1 Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan
guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.
18.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Guru Penolong
Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia.
18.3 Pakaian semasa mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja-T, seluar
trek, selipar tidak dibenarkan.
18.4 Guru yang tidak hadir dipohon mengemukakan surat tunjuksebab secara bertulis.
Kegagalan mengemukakan surat tunjuk sebab dianggap ingkar perintah.

19 Acara/Majlis Rasmi Sekolah/Mesyuarat/Kursus Dalaman
19.1 Semua guru DIWAJIBKAN hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga
kursus dalaman.
19.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran
kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.
19.3 Kehadiran ke majlis rasmi sekolah menunjukkan semangat kerjasama dan
kesepakatan dalam kalangan guru.
27

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
20 Perhubungan Sesama Rakan Sejawat

20.1 Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional
yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud
perasaan kekitaan dalam organisasi.

20.2 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan sesama rakan ataupun pelajar
sekolah ini.

20.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud
di sekolah.

21 Keahlian KELAB GURU & KAKITANGAN / PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
21.1 Semua guru dan staf sokongan secara automatik menjadi ahli kelab staf dan semua
guru dan ibu bapa /penjaga menjadi ahli PIBG sekolah.

22 Arahan dan Pekeliling
22.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
22.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di
dalam fail khas.

23 Penggunaan Alat - Alat
23.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
23.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
23.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta
berkeadaan baik.
23.4 Jika rosak, hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.

24 Telefon
24.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf
sokongan tidak dibenar menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.
24.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah dan
semasa mesyuarat.

25 Kunci
25.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah
mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat.
25.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat
kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di
pejabat sekolah.

26 Buku Stok / Inventori
26.1 Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori
dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap
dan sentiasa dikemaskini, (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah
direkodkan dengan serta merta).
26.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok
inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun
untuk disahkan oleh Guru Penolong Kanan/Pengetua.

27 Komputer Riba / LCD Projektor
27.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD projektor hendaklah
mematuhi peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan. Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan.
27.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc sebagaimana
objektif penggunaannya.
28

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
28 Bilik-Bilik Khas

28.1 Guru-guru yang menjaga bilik-bilik khas hendaklah memastikan bilik tersebut kemas,
bersih, ceria dan kondusif.

28.2 Kunci-kunci bilik-bilik khas hendaklah dijaga dengan baik dan satu salinan disimpan
di pejabat.

28.3 Guru tidak dibenarkan menyerahkan kunci kepada pelajar untuk tujuan
keselamatan.

29

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

SENARAI TUGAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1 PENGETUA
Bidang Tugas :
1. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
2. Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian
Pendidikan Malaysia.
3. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
4. Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 tahun 1982 (pindaan)
Senarai Tugas :
1. Pengurusan dan pentadbiran
1.1 Bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan perjawatan dan
perkhidmatan guru dan staf sokongan di sekolah seperti berikut:
menjalankan prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan
1.1.1

guru dan staf sokongan.
menjalankan prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi.
1.1.2

1.1.3 menjalankan prosedur menamatkan perkhidmatan,
perletakan jawatan, penggantungan jawatan dan persaraan.
1.1.4 memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan
perkhidmatan dan kursus dalam perkhidmatan.
1.1.5 mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubungan dengan
cuti.
1.1.6 mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan
pembahagian kerja dan tugas guru dan staf sokongan sekolah dan
pejabat.
1.1.7 menyediakan senarai tugas guru dan staf sokongan.
1.1.8 menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan
staf sokongan.
1.1.9 menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan / berkala dan
Laporan Sulit Khas
/ Laporan Nilaian Prestasi Khas.
menentukan sistem penyelenggaraan fail yang teratur.
1.1.10

1.1.11 meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan

lain yang terdapat di sekolah.
merancang dan menentukan pelaksanaan Takwim sekolah.
1.1.12

1.1.13 menentukan data maklumat disediakan mengikut jadual.

1.1.14 menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.

1.1.15 menjadi Penasihat PIBG.

1.1.16 mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat tertentu di peringkat

sekolah.
menghadiri mesyuarat-mesyuarat di Kementerian Pendidikan
1.1.17

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Gabungan/Daerah dan di jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
2 Kewangan
2.1 Menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.2 Menguruskan tuntutan pembayaran per kapita dan lain-lain geran.
2.3 Menentukan segala kutipan (yuran dan sewa) dan lain-lain sumber
pendapatan dibuat dengan sempurna.

30

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
2.4 Merancang dan menguruskan segala perbelanjaan dan pendapatan: PTJ,
akaun Kerajaan, SUWA dan asrama.
2.5 Mengurus dan menyempurnakan urusan pembayaran gaji
2.6 Mengurus dan menyelenggarakan Buku Tunai untuk Akaun Kerajaan, SUWA
dan asrama.
2.7 Menyempurnakan segala persediaan untuk audit akaun sekolah
2.8 Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar
2.9 Menjadi Pengerusi Lembaga Tender / Sebutharga sekolah
2.10 Menentukan Buku Stok diselenggarakan dengan kemaskini
2.11 Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa,
wang runcit dan lain-lain.
2.12 Menentukan tatacara hapuskira stok dibuat dengan sempurna.
2.13 Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Sekolah.

3 Fizikal dan Pembangunan Sekolah
3.1 Menjalankan pengawasan fizikal sekolah.
3.2 Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan dan kawasan
sekolah.
3.3 Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan
kecil.
3.4 Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu.

4 Perkembangan Staf
4.1 Merancang dan melaksanakan program atau kursus bagi pemajuan guru dan
staf sokongan, sama ada kursus dalaman atau mengadakan / menghadiri
kursus di luar.

5 Kurikulum
5.1 Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
5.2 Menentukan pelaksanaan Sukatan Pelajaran yang ditentukan atau
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.3 Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum di sekolah berjalan
dengan sempurna
5.4 Menentukan mata pelajaran elektif
5.5 Menubuhkan Panitia Mata Pelajaran, Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan
lain-lain yang difikirkan perlu.
5.6 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum.
5.7 Menentukan wujud pusat sumber dan merancang perkembangannya.
5.8 Malaksanakan satu Perancangan Strategik Sekolah.
5.9 Menyemak buku persediaan mengajar PK, PK HEM, PK Kokurikulum, GKMP
dan GBK.
5.10 Mengkaji Laporan Jemaah Nazir untuk diambil tindakan.

6 Kokurikulum
6.1 Menentukan penubuhan Persatuan dan Kelab, Sukan dan Permainan dan
Unit Beruniform.
6.2 Menentukan unit-unit kokurikulum berjalan dengan aktif, baik dan
sempurna.
6.3 Menentukan perkembangan potensi pelajar dalam bidang-bidang di atas.

7 Hal Ehwal Murid
7.1 Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar.
7.2 Menetapkan satu Peraturan Sekolah.
7.3 Menubuhkan Lembaga Pengawas Sekolah.
31

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

7.4 Menentukan perjalanan 7.1, 7.2 dan 7.3 di atas dilaksanakan dengan
dengan baik dan sempurna serta adil.
7.5 Bagi keselesaan dan kebajikan pelajar-pelajar, perkhidmatan-perkhidmatan
seperti di bawah ini perlu wujud dan dilaksanakan dengan baik:
7.5.1 Bimbingan dan Kaunseling
7.5.2 Kesihatan
7.5.3 Biasiswa / Dermasiswa
7.5.4 Keselamatan
7.5.5 Rekreasi
8 Pengawasan dan Penyeliaan
8.1 Menjadi tugas Pengetua membuat penyeliaan terhadap pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
8.2 Mengawasi perkara-perkara yang telah disebutkan di atas (no 1 – 7)
8.3 Bertanggungjawab membimbing Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM
dan Penolong Kanan Kokurikulum dalam tugas-tugas mereka serta guru-
guru dan staf sokongan dalam tugas-tugas dan pengajaran mereka.
8.4 Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk tujuan penilaian prestasi
mereka pada hujung tahun.
9 Pengawasan Asrama
9.1 Melantik warden dan Ketua warden.
9.2 Menentukan sistem penempatan pelajar.
9.3 Memastikan menu seimbang disediakan.
9.4 Menentukan adanya langkah-langkah kawalan keselamatan penghuni
asrama.
9.5 Mengadakan kemudahan rekreasi.
9.6 Mengadakan kemudahan tempat sembahyang.
9.7 Menyediakan peraturan-peraturan asrama.
9.8 Mengawasi penggunaan air / api.
9.9 Meluluskan perlantikan AJK asrama / pengawas asrama.
9.10 Menentukan pekerja-pekerja asrama, kakitangan dapur dan dewan makan
menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa.
9.11 Merancang dan menentukan aktiviti kerohanian dijalankan dengan baik
9.12 Mengkaji laporan penggal yang dibuat oleh warden, pegawai kesihatan,
jemaah nazir dan lain-lain untuk diambil tindakan
10 Pembangunan Kendiri
10.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
10.2 Menjalankan Kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D).
10.3 Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.
10.4 Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
10.5 Memberikan sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan
kepada yang memerlukannya.
10.6 Menjadi Penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Sekolah.
10.7 Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh KPM /
JPN / PPD dan agensi-agensi luar
10.8 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan
Profesion Keguruan.

32

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
2 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Bidang Tugas :
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan

masyarakat dan keselamatan.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
Senarai Tugas :
1. Kurikulum

1.1 Menentukan rancangan pelajaran harian dan tahunan.
1.2 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
1.3 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber,

makmal dan bengkel.
1.4 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber

pendidikan.
1.5 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih,

guru baru dan guru sandaran tidak terlatih dalam memjalankan tugas
harian mereka.
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan.
1.7 Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan
penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
1.8 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan.
1.9 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan.
1.10 Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku
bacaan.
1.11 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu
ganti.
2 Pengurusan
2.1 Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah.
2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk
guru dan staf sokongan.
2.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data / maklumat.
2.4 Membantu merancang dan menyelia takwim sekolah.
2.5 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
2.6 Membantu menyelia anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.7 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.
2.8 Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
2.9 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.10 Menjadi Penandatangan kedua-dua cek sekolah.
2.11 Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan sekolah.
2.12 Mengurus, menilai prestasi tahunan guru dan staf sokongan
3 Pembangunan Diri Pelajar
3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah; keceriaan /
keindahan dan kebersihan sekolah.

33

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran peringkat
sekolah.
3.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

4 Pembangunan Organisasi
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa /
masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

5 Pembangunan Kendiri
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D)
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan
profesion keguruan

6 Tugas-tugas lain
6.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua
dari semasa ke semasa.
6.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan
oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

3 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Bidang Tugas :
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong
Kanan.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan
kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa, perayaan
sekolah, kantin sekolah, kebersihan, keceriaan serta penyeliaan asrama.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara 3 di atas.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
Senarai Tugas :
1 Pembangunan Diri Pelajar
1.1 Disiplin
1.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
1.1.2 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
1.1.3 Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah/MPP.
1.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang
melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
1.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan
murid.
1.1.6 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa /
penjaga.
1.2 Bimbingan dan kaunseling
1.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan
Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling
murid serta menyediakan laporan yang diperlukan.

34

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
1.2.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran murid.
1.2.4 Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-
murid baru.

1.3 Program Perlindungan Murid
1.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan
dadah dan program lain di peringkat sekolah.
1.3.2 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di
sekolah dilaksanakan.

1.4 Kesihatan
1.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.
1.4.2 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan
sempurna.
1.4.3 Menyelaras aktiviti kesihatan murid.

1.5 Skim Pinjaman Buku Teks
1.5.1 Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira
buku teks.
1.5.2 Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku
SPBT.
1.5.3 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim
pinjaman buku teks.

1.6 Biasiswa dan Bantuan
1.6.1 Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
1.6.2 Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.
1.6.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

1.7 Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah
1.7.1 Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi
kebersihan,keceriaan dan keindahan sekolah.

2 Pengurusan
2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid.
2.2 Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.
2.3 Mengurus dan menyelia data-data APDM/SSDM/KWAMP/eKASIH
2.3 Menguruskan pertukaran murid.
2.4 Menyemak buku kehadiran harian murid.
2.5 Menguruskan surat akuan, sijil-sijil murid, pengesahan dan pengedaran sijil
berhenti sekolah.
2.6 Menyemak Slip Keputusan Peperiksaan.
2.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.8 Membantu merancang takwim sekolah.

3 Pengawasan Asrama
3.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
3.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden asrama.
3.3 Menyelaras hal ehwal pembelajaran dan menentukan langkah keselamatan
murid.
3.4 Menyeliakan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
3.5 Menyelia hal makanan dan dapur serta dewan makan.
3.6 Menyelia hal-hal kesihatan penghuni asrama.
3.7 Membantu urusan tender / sebutharga makanan asrama.
3.8 Mempastikan kemudahan / penyertaan asrama dalam aktiviti riadah dan
kokurikulum.
35

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
3.9 Menyelaraskan segala jenis pungutan yang berkaitan dengan asrama.
3.10 Ketua Penasihat Badan Kepimpinan Asrama (BKA).

4 Pembangunan Organisasi
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa /
masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

5 Pembangunan Kendiri (Self Developement)
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan
profesion keguruan.

6 Tugas-tugas lain
6.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua
dari semasa ke semasa.
6.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh
Pengetua dari semasa ke semasa.

4 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Bidang Tugas :
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua, P.Kanan dan PK
HEM.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aktiviti, kokurikulum iaitu sukan
/ permainan/kelab / persatuan dan unit beruniform, aktiviti koperasi sekolah,
penerbitan, percetakan majalah sekolah.
4. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah.
5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
6. Memantau dan menyelia pelaksanaan dan pentaksiran PAJSK pelajar.
Senarai Tugas :
1. Kokurikulum
1.1 Sukan dan Permainan
1.1.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan
dan permainan di semua peringkat.
1.1.2 Membantu, merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
1.1.3 Mengurus pemilihan peserta sukan bagi mewakili sekolah.
1.1.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan
supaya mencapai matlamatnya.
1.2 Kelab / Persatuan
1.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan yang
bercorak akademik.
1.2.2 Memastikan pelaksanaan program kelab dan persatuan berjalan
mengikut jadual.
1.3 Unit Beruniform
1.3.1 Merancang strategi penglibatan unit beruniform.

36

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
1.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.
1.3.3 Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan
mengikut jadual.

1.4 Koperasi Sekolah
1.4.1 Menyelaras kegiatan koperasi sekolah.

1.5 Penerbitan dan Percetakan Majalah Sekolah
1.5.1 Membantu dan mengurus segala hal yang berkaitan dengan
penerbitandan percetakan majalah sekolah.

2. Pengurusan
2.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
2.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap bidang aktiviti
kokurikulum.
2.4 Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan / rumah dan
meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
2.5 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
2.6 Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
2.7 Mengenalpasti guru / murid yang berpotensi untuk maju dan mengadakan
program khas untuk mereka.

3. Persembahan Sekolah
3.1 Mengenalpasti jenis / aktiviti persembahan sekolah.
3.2 Memantau perjalanan aktiviti sekolah.
3.3 Memastikan pelaksanaan program persembahan sekolah.
3.4 Memastikan kualiti persembahan sekolah.

4. Melaksanakan Majlis-Majlis Penghargaan / Aktiviti Sekolah
4.1 Hari Kokurikulum
4.2 Majlis Anugerah Kokurikulum
4.3 Hari Koperasi Sekolah
4.4 Hari Pelanggan (Unit Beruniform) bersama PIBG
4.5 Malam Kebudayaan / Kesenian Islam Sekolah

5. Melaksanakan Program Sukarelawan
5.1 Merancang aktiviti program sukarelawan.
5.2 Menyelia pelaksanaan aktiviti program sukarelawan.
5.3 Menilai pelaksanaan aktiviti program sukarelawan.
5.4 Melaksanakan program pengantarabangsaan.
5.5 Mengurus keperluan passport/visa/tiket penerbangan/pengangkutan
peserta program.
5.6 Menyeliakan pelaksanaan aktiviti program pengantarabangsaan.
5.7 Menilai program aktiviti program pengantarabangsaan.

6. Aktiviti Tambahan Kokurikulum
6.1 Menilai setiap sukan / permainan berdasarkan skema penilaian aktiviti
kokurikulum (untuk individu) dan penilai kokurikulum mengikut SKPM
supaya mencapai matlamatnya.

7. Pembangunan Organisasi
7.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa /
masyarakat.
7.2 Mengadakan kursus / latihan untuk guru dan staf sokongan.

8. Pembangunan Kendiri
8.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
37

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
8.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
8.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
8.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
8.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
8.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan
profesion keguruan.

9. Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Kokurikulum
9.1 Mempengerusi Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Kokurikulum dan
Permainan.

10. Tugas-tugas lain
10.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua
dari semasa ke semasa
10.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh
Pengetua dari semasa ke semasa

5 GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP)
Bidang Tugas :
1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan
bidangnya.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan
kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
4. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pelaksanaan SKPMg2.
5. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah
pelajar.
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan
yang yang berkaitan dengan bidangnya.
7. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan pihak luar
seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-
guru pelatih / maktab
/ universiti dan seumpamanya.
8. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
Senarai Tugas :
1. Kurikulum
1.1 Memimpin guru menentu dan merancang Rancangan Pelajaran Harian /
Tahunan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di
bawah kawalannya.
1.3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Membimbing guru terlatih, guru baru dan guru sandaran dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
1.5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara
dengan berkesan.
1.6 Mengjkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya.
1.7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan,
pemulihan dan pengkayaan.

38

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
1.8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan
(kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan.
1.9 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang
dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.
1.10 Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan lain-lain jawatankuasa
yang diarahkan oleh Pengetua.
1.11 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di
sekolah dalam konteks perkembangan staf.
1.12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan
dan pendekatan- pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada guru.
1.13 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-
amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi
kurikulum.
1.14 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah
untuk mengatasinya.

2. Kokurikulum
2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum
yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan
kecemerlangan akademik pelajar.
2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah
bidangnya.

3. Pengurusan
3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata
pelajaran di bawah bidang dan kawalannya.
3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk
guru.
3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat
dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.4 Membantu merancang takwim sekolah.
3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.6 Menyediakan anggaran belanjawan/ ABM tahunan sekolah dan
mengawal perbelanjaannya.
3.7 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit
tahunan.
3.8 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau
bahan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.9 Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku
di bilik darjah dan sekolah
3.10 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik
darjah dan menjaga keceriaannya.
3.11 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar dan program Penilaian Kendalian
Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.

4. Tugas-tugas Lain
4.1 Berhubung dengan PKG, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber
Pelajaran Negeri tentang apa juga maklumat dan bantuan yang boleh
didapati untuk membantu sekolah dan guru.

39

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
4.2 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang
berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi
memantapkan keupayaan dan pengetahuan.
4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data dan maklumat mengenai
semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan
berhasil.
4.4 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan
sekolah.
4.5 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,
penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.

6 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Senarai Tugas:
1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada
semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan
tunjukajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
individu secara professional dan beretika.
7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
pelajar.
8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti
pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan
keperluan IPT.
9. Merancang,melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti
pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok, alcohol dan HIV/AIDS.
10. Merancang,melaksana,mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk
menyelia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di
institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program serta aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling kerjaya
dan pendidikan pencegahan dadah.
12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens
dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrument dan pendekatan secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.
14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling.

40

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah.
17. Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar yang memerlukan.
18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan
Lembaga/Badan Pengawas Sekolah.
21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
22. Menjadi penyelaras dalam program Jati Diri.
23. Menjadi penyelaras dalam program pengembangan pelajar seperti kolokium,
motivasi, kem jaya diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan.
24. Menghadiri kursus, bengkel atau seminar apabila diarahkan berbuat demikian dan
melaksanakan apa yang dipelajari.
25. Mengendalikan Kelab Bimbingan dan Kaunseling / Kerjaya dan menentukan ianya
bergerak dengan aktif.
26. Menyediakan laporan tahunan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
27. Mengurus dan melaksanakan Ujian Psikometrik
28. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke
semasa.

7 GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER (GURU MEDIA)
Senarai Tugas:
1. Mengurus segala yang berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber termasuk
anggaran perbelanjaan, alatan yang diperlukan dan perkara lain yang difikirkan
perlu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah.
3. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan
kemaskini.
4. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan
Pusat Sumber yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
5. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan
pembudayaan ilmu.
6. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program
latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
7. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
8. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
berasaskan sumber.
9. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri / PKG /
Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat
Sumber Sekolah.
10. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
11. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.
12. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
13. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

41

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
14. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah
Peringkat Negeri.
15. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat
Sumber Sekolah.
16. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan,
program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
17. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah.
18. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa
ke semasa.

8 GURU PENYELARAS BESTARI
Senarai Tugas:
1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Sebagai penghubung tunggal (single point contact bagi pihak sekolah)
2.1 Menjadi sumber penting penyalur semua maklumat dan maklum balas
kepadasemua perisian yang dibekalkan.
3. Mengurus dan menyelenggara kemudahan IT dan perisian-perisian aplikasi yang
dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
3.1 Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada
pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik
setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router,
hub dan sebagainya.
3.4 Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
3.5 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik
kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.
4. Menyediakan keperluan peralatan IT untuk guru dan membantu serta membimbing
mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
4.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang
diperlukan oleh pihak pengguna.
4.2 Menyediakan keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga
sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu
menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti Sekolah Bestari.
4.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru
seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan
sebagainya.
5. Melatih guru menggunakan kemudahan IT secara efektif di sampingmenggalakkan
penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan
sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti bahan Pengajaran dan
Pembelajaran.
5.2 Memastikan audit penggunaan kemudahan IT dijalankan untuk
menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.
5.3 Memastikan penggunaan bahab-bahan Pengajaran dan Pembelajaran
dalam PdPc.
6. Melatih staf menggunakan kemudahan IT secara efektif di samping menggalakkan
penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

42

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
6.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran kepada pengguna-pengguna dengan sistem komputer dan
aplikasi perisian.
6.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan
kakitangan. sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan
Sekolah Bestari dan bahan Pengajaran dan Pembelajaran.
6.3 Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School
Management System) untuk pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.

7. Sebagai pengurus e-mel.
7.1 Menguruskan akaun pengguna dan e-mel.

8. Memastikan integriti dan keselamatan data
8.1 Memastikan ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti
yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
8.2 Memastikan lemudahan infrastruktur teknologi dengan langkah-langkah
seperti berikut:
8.2.1 memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan
banyak komputer.
8.2.2 memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang
diberikuasa sahaja.
8.2.3 memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan
baik.
8.2.4 memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan
berada ditempat- tempat yang telah dikenalpasti.
8.3 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:
8.3.1 memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.
8.3.2 memastikan komputer bebas virus.
8.3.3 membuat back up dan replikasi maklumat.

9. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource) person IT sekolah dan sentiasa
mengikuti perkembangan IT semasa.
9.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang
menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan
perisian-perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mel, Internet,
printer dan lain-lain lagi.
9.2 Memberi latihan IT dalaman kepada masyarakat sekolah.
9.3 Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan
perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian
seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-
Pembelajaran dan menyelesaikan masalah- masalah yang dihadapi.
9.4 Menentukan kelancaran perjalanan Sistem Rangkaian secara keseluruhan
dan sentiasa memastikan bahawa pengguna dapat menggunakan sistem
dan aplikasi secara optimum

10. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada
pihak yang berkenaan.

11. Mempertingkatkan budaya IT di sekolah.
11.1 Menyediakan garis panduan / peraturan / tatacara penggunaan kemudahan
infrastruktur teknologi.
11.2 Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan laman web sekolah.

12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa
ke semasa.
43

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
9 GURU DATA/GURU ICT

Senarai Tugas:
1. Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 12 waktu dalam seminggu
2. Bertanggungjawab membantu pihak pengurusan sekolah dalam aspek pengurusan

data pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
3. Menjalankan tugas yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang

ditetapkan oleh Pengetua.
4. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah seperti

yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.
4.1 Bertanggungjawab bagi pengurusan data bagi aplikasi EMIS iaitu

melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran,
pelaporan, pembekalan dan
penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan
jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:
4.1.1 Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar
4.1.2 Murid seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain
4.1.3 Staf bukan guru
4.1.4 Profil Sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah
4.1.5 Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa
4.2 Bertanggungjawab sebagai Admin VLE sekolah dan membuat perancangan
pelaksanaan aktiviti dan program frog VLE di sekolah.
4.3 Membantu guru dan staf sokongan dalam pengumpulan, pemprosesan,
penyimpanan, pengeluaran, penganalisisan, pelaporan dan penyebaran
data dan pendidikan seperti Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan JK
SKPMg2.
4.4 Membantu dalam penyelenggaraan komputer, namun bagi
Sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh penyelaras IT.
4.5 Membantu pihak pengurusan sekolah mengemaskini data dan maklumat
peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
5 Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat
peringkat sekolah
6 Menjadi setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah
7 Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari
semasa kesemasa.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH
Adalah menjadi tanggungjawab Guru Data;
1. Mengemaskini data EMIS Online
2. Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah
ditetapkan.
3. Memastikan Data disemak dan disahkan.
4. Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi
turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentukan sah oleh PK Tadbiran dan
Kurikulum selaku pengurusan Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke
PPD/JPN/KPM.
5. Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS
Online. Disemak dan disahkan oleh PGB sebelum dihantar ke PPD.

44

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

6. Menyimpan dengan baik segala dokumen ( bahan bercetak atau elektronik)
berkaiatn pengurusan data EMIS Online.

7. Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat
sekolah dengan baik. Segala kerosakan peralatan/perisian/talian internet
hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Maklumat, PPD dengan segera supaya
kutipan data tidak terganggu.

8. Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses muat turun dan
menyimpan data dengan baik. Jika berlaku kerosakan komputer/talian internet
segala urusan kemaskini hendaklah dilakukan disekolah berhampiran
PPD/JPN/KPM.

9. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan ditempat yang selamat
kerana ia merupakan bahan terkawal dan sulit.

TUGAS GURU DATA SEBAGAI SETIAUSAHA JAWATANKUASA
PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH
1. Memastikan data dalam bentuk soft copy serta bercetak yang disediakan setelah

disemak dan ditentukan sah bagi menghasilkan data dan maklumat yang berkualiti,
sahih dan menepati masa.
2. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah ( pengantara ) dalam
rangkaian maklumat Sekolah, PPD, JPN, dan KPM.
3. Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan peringkat sekolah.
4. Memastikan mesyuarat JMPS dilakukan pada akhir bulan Januari, April, Jun dan
Oktober (kutipan Perdana) iaitu sebelum data EMIS Online dimuat turun oleh
PPD/JPN/KPM.
10 GURU MATA PELAJARAN
Senarai Tugas :
1. Mengajar mata pelajaran mengikut jumlah waktu dan kelas yang ditetapkan.
2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan
pelajaran dan huraian sukatan yang berkenaan.
3. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan
mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang
harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus
dicapai di akhir setiap PdPc bagi setiap tingkatan.
4. Mempunyai Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada
Pengetua atau wakilnya pada masa yang ditetapkan.
5. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian bagi mata pelajaran yang
diajar dengan lengkap dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan
Pelajaran yang disediakan.
6. Rancangan Harian perlu disediakan sekurang-kurangnya sehari sebelum PdPc
tersebut dijalankan.
7. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan
murid dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerah / menunjukkan buku
latihan murid kepada Pengetua atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.
8. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid. Rekodkan soalan-soalan
dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
9. Mengesan kelemahan murid dalam mata pelajaran yang diajar dan menjalankan
kelas pemulihan / bimbingan untuk mencapai visi sekolah.

45

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
10. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
11. Guru mata pelajaran hendaklah menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah.
12. Memastikan keselamatan murid di makmal sains / bengkel KH / bilik ERT / makmal
Bahasa / makmal komputer dan bilik-bilik khas yang lain serta mengawasi
penggunaan peralatan.
13. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama
ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah. Menyampaikan semula kepada guru lain
yang mengajar mata pelajaran yang sama di sekolah.
14. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi
mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam PdPc.
15. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah PdPc untuk
tindakan selanjutnya.
16. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan ,
memastikan ABM digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam
menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
17. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
18. Membantu menguruskan Koleksi Soalan dan Bank Soalan.
19. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
20. Bekerja sebagai “Team Player”.
21. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke
semasa.

11 GURU PENYELARAS TINGKATAN
Senarai Tugas
1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah
jagaannya. Persetujuan Penolong Kanan HEM perlu diminta terlebih dahulu
2. Menerima kemasukan murid baru dan membuat penempatan mengikut keputusan
peperiksaan dan minat / aliran bagi murid Tingkatan 4 dan 5.
3. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku SPBT.
4. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak
untuk diberi bantuan / biasiswa.
5. Memaklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan tentang jumlah pelajar dalam
setiap kelas dari semasa ke semasa.
6. Penyelaras Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bertindak membantu penyelaras
peperiksaan PT3 dan SPM.
7. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan di dalam daftar
masuk (ikut tingkatan) dengan kemas dan teratur.
8. Bekerjasama dengan guru tingkatan dalam memastikan dokumen-dokumen berikut
dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran murid.
a Buku Laporan Prestasi Akademik Murid (SAPS)
b Buku Rekod Kokurikulum (PAJSK & SEGAK)
c Borang Pinjaman Buku Teks (SPBT G)
d Sijil Berhenti Sekolah
e Dokumen berkaitan PBS

46

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
f Profil Pelajar APDM

9. Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid, dan memastikan fail tersebut
disimpan di pejabat. Kerjasama Pembantu Am Pejabat diperlukan.

10. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid dan membantu guru tingkatan satu
untuk mengagih murid.

11. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan
memasukkan butiran- butiran murid dalam buku pendaftaran.

12. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan ia kemaskini.
13. Bertanggungjawab menjaga Buku Pendaftaran dan memastikan buku tersebut

disimpan dipejabat
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari

semasa ke semasa.
12 GURU TINGKATAN

Senarai Tugas :
1. Pengurusan Bilik Darjah

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua kelas, penolong
ketua kelas, setiausaha dan ahli jawatankuasa kelas.

1.2 Mengadakan mesyuarat kelas dari semasa ke semasa.
1.3 Memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria.

1.3.1 Bidang Tugas Kebersihan
a membersihkan papan tulis
b menyapulantai
c mengelap cermin
d menyusun kerusi meja
e membuang sampah

1.3.2 Tugas Keceriaan
a mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari
semasa ke semasa
b menyediakan alas meja, langsir dan bunga untuk kelas

1.4 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada dalam kelas
a Nama Pengetua
b Nama PK1, PK HEM dan PK kokurikulum
c Nama Guru Kanan Mata Pelajaran
d Nama Guru Tingkatan
e Nama Guru Mata Pelajaran
f Jadual Waktu
g AJK Kelas dan Jadual Bertugas Murid
h Jumlah perabot dalam kelas (kerusi meja murid, meja guru dan
papan tulis
i Misi dan Visi Sekolah
j Moto Kelas
k Inventori kelas (Kew PA 7).

1.5 Memastikan pelajar membuat jadual tugasan dan menjalankan tugas
masing-masing.

1.6 Memastikan perabot, peralatan dan keadaan fizikal kelas dalam keadaan
selamat.

1.7 Menerima laporan kerosakan dan mengambil tindakan segera dengan
melaporkannya kepada pihak pengurusan [PKHEM].

47

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020

1.8 Memaparkan dengan jelas segala peraturan berkaitan dengan kelas di
papan kenyataan kelas.

1.9 Menentukan disiplin murid di dalam kelas terkawal.
1.10 Memastikan papan kenyataan kelas diuruskan teratur dan dapat

memanfaatkan murid.
1.11 Menentukan wayar elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan selamat

digunakan.
1.12 Memastikan segala peralatan elektrik dimatikan oleh ketua/penolong ketua

tingkatan sebelum meninggalkan kelas.
1.13 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
1.14 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya yang terpulang kepada budi

bicara murid.
Tabung ini digunakan untuk
a Keceriaan kelas
b Kebajikan murid
c Membeli peralatan kelas
2. Jadual Kedatangan Murid /APDM
2.1 Merekod dan memasukkan semua butiran murid ke dalam sistem online
APDM mengikut ruangan yang ditetapkan.
2.2 Merekod kedatangan murid setiap hari sebelum jam 9.00 pagi di dalam
sistem online APDM.
2.3 Merekod dan mengemaskini APDM rumusan kedatangan pada akhir tiap-
tiap bulan dan menyerahkannya kepada PK HEM.
2.4 Memastikan murid yang tidak hadir membawa surat ibu bapa / penjaga /
doktor jika tidak dapat hadir ke sekolah.
2.5 Memaklumkan ketidakhadiran murid ke sekolah yang melebihi tiga (3) hari
kepada PK HEM dan ibu bapa / penjaga.
2.6 Mengambil tindakan tentang pertukaran pelajar
- mencatatkannya ke dalam Jadual Kedatangan
- menyediakan dokumen pertukaran seperti Sijil Berhenti Sekolah,

Laporan Keputusan Peperiksaan, Butiran Biasiswa, Markah Ujian Lisan,
Kerja-kerja Kursus, Rekod Kesihatan Murid dan perkara-perkara lain
yang berkaitan dan menyerahkannya ke pejabat am sekolah.
3 Pungutan Wang
3.1 Mengutip bayaran persekolahan, peperiksaan, PIBG dan lain-lain yuran
yang diarahkan.
3.2 Mengeluarkan resit bayaran yuran dan rekod dalam Jadual Kedatangan.
3.3 Menghantar wang kutipan kepada kerani kewangan di pejabat sekolah dan
bendahari PIBG pada hari diterima.
3.4 Memasukkan butir bayaran ke dalam Jadual Kedatangan kelas.
3.5 Mengambil tindakan sewajarnya seperti memberikan peringatan terhadap
murid yang masih belum menyelesaikan bayaran.
4 Membantu Jawatankuasa SPBT serta Bantuan dan Biasiswa
4.1 Mengedarkan borang berkenaan kepada murid-murid.
4.2 Mencadangkan murid-murid yang sesuai untuk menerima bantuan dengan
mematuhi syarat yang ditetapkan.
4.3 Membantu murid mengisi borang permohonan.
4.4 Menguruskan penyerahan, pengambilan serta pemulangan buku-buku
SPBT mengikut jadual yang ditetapkan.

48

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
5 Akademik
5.1 Mengumpul semua markah ujian/peperiksaan daripada guru mata
pelajaran.
5.2 Mengisi markah ujian / peperiksaan ke dalam komputer.
5.3 Memproses dan menganalisis data.
5.4 Mengisi markah ujian / peperiksaan murid ke dalam Buku Laporan Prestasi
murid.
5.5 Menulis dan memberikan ulasan sewajarnya serta menandatangani Buku
Rekod Prestasi Murid.
5.6 Menghantar Buku Rekod Prestasi Murid kepada Pengetua / Penolong
Kanan untuk ditandatangani.
5.7 Mengenal pasti murid-murid yang lemah dalam pelajaran dan mengambil
langkah tertentu mengatasinya.
6 Kokurikulum
6.1 Mengumpul dokumen berkaitan kokurikulum setiap individu dalam kelas.
6.2 Semua dokumen disimpan dalam fail peribadi pelajar.
7 Lain-lain tugas
7.1 Mengedarkan borang serta membantu murid mengisi borang-borang surat
akuan dan surat berhenti sekolah murid yang akan digunakan bagi
keperluan mengeluarkan Sijil Berhenti dan Surat Akuan.
7.2 Melaporkan murid-murid yang perlu bimbingan dan kaunseling kepada Unit
Bimbingan dan Kaunseling serta memberi kerjasama yang diperlukan.
7.3 Bertanggungjawab tentang kebajikan murid di dalam kelas.
7.4 Menyedia dan mengisi profil pelajar dalam komputer.
7.5 Bertanggungjawab menyemai dan memupuk rasa kebanggaan terhadap
sekolah serta semangat kekitaan dan semangat kekeluargaan di kalangan
murid-murid di dalamkelas.
7.6 Melaporkan kepada Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM tentang
perkara-perkara yang tidak dapat diatasi sendiri, misalnya masalah disiplin.
7.7 Membantu penyelaras tingkatan / setiausaha peperiksaan melengkapkan
butir-butir yang dikehendaki bagi peperiksaan PT3 , SPM atau STPM.
7.8 Memastikan Ketua / Penolong Ketua Tingkatan mengambil dan menghantar
semula Buku Kawalan Kelas (BKK) kepada PK HEM
7.9 Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pengetua dan
Penolong- Penolong Kanan.

13 GURU BERTUGAS MINGGUAN
Senarai Tugas :
1. Guru Bertugas hendaklah datang ke sekolah awal sekurang-kurangnya 15 minit
sebelum sesi persekolahan dan selepas masa prep petang tamat.
2. Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap murid-murid
sebelum waktu perhimpunan pagi sebelum masa pertama bermula, semasa rehat,
sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera jika perlu.
3. Memeriksa kebersihan bilik-bilik darjah, bilik air, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan
sekolah.
4. Menilai dan memberi markah kebersihan dan keceriaan kelas serta diumumkan
pemenang semasa perhimpunan rasmi. Keputusan pemenang hendaklah
diserahkan kepada PK HEM pada hari Jumaat untuk tujuan pengesahan.

49

BUKU PENGURUSAN SMKAKL TAHUN 2020
5. Memastikan murid menepati waktu datang ke sekolah dan balik dari sekolah, waktu
rehat dan masa pertukaran guru.
6. Mengawasi kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah dan persediaan
makanan diasrama
7. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta
benda sekolah
8. Mengumumkan dan menyebarkan maklumat dan arahan-arahan kepada guru dan
murid waktu perhimpunan pagi dan waktu rehat.
9. Mengelolakan perhimpunan pagi dan perhimpunan rasmi. Murid dipastikan hadir
ke perhimpunan dan beratur dengan kemas.
10. Mengurus dan memastikan pembesar suara berfungsi dengan baik dan tempat
duduk guru mencukupi untuk perhimpunan rasmi.
11. Menyampaikan ucapan ringkas/pengumuman semasa perhimpunan pagi dan
menyampaikan laporan mingguan semasa perhimpunan rasmi.
12. Menyediakan laporan berasingan untuk perhimpunan rasmi dan dapatkan
pengesahan Pengetua / PK sebelum di failkan.
13. Menjadi pencatat taklimat mingguan (jika ada) dan dapatkan pengesahan Pengetua
/ PK sebelum difailkan.
14. Menyediakan laporan lengkap dalam Buku Laporan Guru Bertugas mengikut format
yang disediakan.

50


Click to View FlipBook Version