SK SELAYANG JAYA
JALAN SJ 24, TAMAN SELAYANG JAYA
68100 BATU CAVES, SELANGOR
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-32
2020
Dirasmikan :
TUAN U CHIN ONG
AHLI MAJLIS ZON 12, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
MEWAKILI
YANG BERHORMAT TUAN TONY PUA KIAM WEE
AHLI PARLIMEN DAMANSARA
Tarikh :
Masa :
Tempat :
(10 muka termasuk kulit)
KATA ALU-ALUAN
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
SK SELAYANG JAYA 2019/2020
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera dan salam perpaduan.
Yang saya hormati,
Dato/Datin/Tuan-tuan/Puan-puan/Guru-guru dan semua ahli PIBG.Pertama sekali, saya bersyukur
ke hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatnya, saya berpeluang untuk mencoretkan kata alu-
aluan untuk Mesyuarat Agung Kali Ke-32, PIBG SK Selayang Jaya. Syukur Alhamdulillah.
Sebelum saya melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya merakam jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Guru besar, semua Guru Penolong Kanan, Para Guru, staf sokongan, AJK
PIBG, Alumni SKSJ, KSIB dan semua ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk
menerajui PIBG SK Selayang Jaya sesi 2019/2020. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada
semua pihak, saya rasa usaha-usaha yang telah dirancang tidak akan berjaya.
Berkat usaha PIBG dan pihak sekolah yang sangat prihatin terhadap pendidikan murid maka kita
dapat melaksanakan segala aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah kita
khususnya kejayaan dalam UPSR yang lepas.Tahniah diucapkan kepada warga SK Selayang Jaya
kerana telah memperolehi prestasi UPSR yang cemerlang.Selain bidang akademik, wakil sekolah
kita telah menjadi juara sofbol peringkat negeri dan berjaya melayakkan diri ke peringkat
kebangsaan.
Dari segi pembangunan sekolah pula, PIBG telah membangunkan insfastruktur sekolah yang kian
hari kian usang yang mana hasil sumbangan daripada tuan/puan untuk pihak sekolah.
Oleh hal demikian, PIBG sentiasa menyokong segala program anjuran pihak sekolah bagi
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang. Saya juga menyeru, semua ibu
bapa turut bekerjasama dengan pihak PIBG dan pihak sekolah untuk bersama-sama
menyumbangkan khidmat bantu dan tenaga seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia anjakan kesembilan iaitu Sarana Ibu bapa.
Akhir sekali, saya mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 ingin memohon maaf sekiranya
ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku NYDP PIBG sesi
2019/2020. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan sebaliknya datang
dari kelemahan saya sendiri.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
(NORBAKYAH BINTI AHMAD)
Naib Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya.
KATA ALU-ALUAN PENASIHAT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK SELAYANG JAYA 2019/2020
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera
Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya dapat kita
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32 ini dalam suasana yang harmoni.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah
berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini.Untuk makluman hadirin
semua, tahun 2019 merupakan tahun memperkasakan akademik dan sahsiah yang telah diadun khas
untuk mencapai matlamat kecemerlangan akademik yang dicita-citakan memandangkan berlaku
transformasi dalam sistem pendidikan negara kita.
Oleh demikian, kami mengharapkan komitmen dan persefahaman yang padu daripada semua pendidik
dan ibu bapa sekalian merupakan tonggak utama untuk mencapai hasrat kejayaan. Bertitik-tolak
daripada keikhlasan dan kerjasama daripada ibu bapa dan guru akan melahirkan generasi yang bukan
sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dari segi pembangunan rohani dan
jasmani Hasrat ini juga sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengejar
impian murni dalam usaha mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi yang bukan mustahil menjadi
kenyataan suatu hari nanti.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua guru dan ibu bapa agar dapat bersama-sama
berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan yang terkandung dalam NKRA dan
merealisasikan Pendidikan Abad ke 21. Kepada Ahli Jawatankuasa Guru sesi 2019/2020 dan warga
pendidik SKSJ pula, sekalung tahniah dan ucapan terima kasih saya ucapkan kerana telah menjayakan
tugas dan peranan dengan penuh komited serta penuh kesungguhan. Sesungguhnya tuan/puan telah
berusaha serta berkorban masa dan tenaga untuk membantu menggerakkan fungsi PIBG sekolah kita
ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada AJK PIBG sesi 2019/2020, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan
majlis ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,
(ZULKEFLI BIN OTHMAN)
Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya
PETUNJUK PRESTASI UTAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA
DAN SASARAN TAHUN 2020
1. Peningkatan kualiti akademik berdasarkan
kecemerlangan UPSR, 6A (6% = 5 ORANG) dan
peratus MTM Sekolah (80%)
2. Peningkatan kualiti akademik berdasarkan
kecemerlangan peperiksaan bagi tahun 4 dan 5
(subjek teras) (75%).
3. Penguasaan murid melalui PBD mencapai
sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (80%)
4. Penguasaan guru dalam SKPMg2 (Standard 4)
sekurang-kurangnya (85%)
PENGHARGAAN
DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA :
TUAN U CHIN ONG
AHLI MAJLIS ZON 12 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
YANG MEWAKILI
YANG BERHORMAT TUAN TONY PUA KIAM WEE
AHLI PARLIMEN DAMANSARA
PN. NORBAKYAH BINTI AHMAD
NYDP PIBG SK SELAYANG JAYA
EN. ZULKEFLI BIN OTHMAN
GURU BESAR SK SELAYANG JAYA
SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG
KALI KE-32
SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SKSJ
WARGA SK SELAYANG JAYA
DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN
DAN SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MESYUARAT
AGUNG PIBG SK SELAYANG JAYA KALI KE-32