The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9757203, 2024-06-24 16:16:56

BAHAYA VAPE

BAHAYA VAPE

MADE BY:AHMAD AZRI BIN AHMAD SYUKRI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF BAHAYANYA VAPE START!


kandungan Buku Skrap Digital 4. Kandungan Vape 5. Bahaya Vape Kepada Manusia 6. Kesimpulan & Penutup 3. Jenis-jenis Vape 2. Pengenalan Tentang Vape 1. Biodata Murid


bIodata murID Nama Murid: AHMAD AZRI BIN AHMAD SYUKRI Nama Guru: Cikgu Juliana (Guru Bimbingan & Kaunseling) KOD Sekolah: AEB 2063 Nama Sekolah: SMK SULTAN YUSSUF Tingkatan: 4KAG


Vape atau rokok elektrik adalah salah satu jenis pengewap yang menggunakan kuasa bateri. Rokok jenis ini terkenal dikalangan perokok kerana dapat membantu perokok tegar untuk berhenti merokok. Dengan beralih dari rokok tembakau ke rokok elektrik, secara perlahan mereka belajar untuk berhenti merokok. Namun, vape dan rokok tembakau sama-sama berbahaya bagi kesihatan. PENGENALAN TENTANG VAPE


3.JENIS PEN JENIS-JENIS VAPE Vaporizer desktop adalah rokok elektrik yang berukuran paling besar. Anda hanya dapat menggunakannya di rumah atau di satu tempat. Selain itu, vaporizer desktop juga memerlukan permukaan yang mendatar untuk meletakkannya serta memerlukan kuasa eletrik yang konsisten agar dapat berfungsi dengan baik. bBekalan tenaga eletrik yang stabil dapat membuat vaporizer desktop menghasilkan panas yang lebih maksima, rasa yang lebih tajam, dan wap yang lebih banyak daripada vaporizer lain. Vaporizer jenis ini bentuknya lebih besar dibanding dengan vaporizer jenis pen. Namun, vaporizer portable masih lagi bersaiz poket. Seperti vaporizer jenis pen, vaporizer jenis ini juga mempunyai komponen elemen pemanas dan bateri. Namun, pada vaporizer portable, cecair vape tidak terkena secara terus dengan elemen pemanas sehingga menghasilkan rasa yang lebih baik dan asap yang lebih sedikit. Sementara itu, daya tahan bateri vaporizer portable biasanya kuat bertahan 2- 3 jam atau lebih. Seperti namanya, rokok elektrik satu ini berbentuk seperti pen dan merupakan vape terkecil dibanding dengan jenis vape lainnya. Cara kerja vape jenis ini pada dasarnya sama dengan jenis lainnya, iaitu dengan memanaskan cairan vape agar dapat menghasilkan wap. Vape ini memerlukan kuasa bateri 1300 mAh. Penguna perlu berhati-hati dengan bateri vape ini kerana mampu meletup dan membahayakan. 1.JENIS PORTABLE 2.JENIS DESKTOP


Bahan kimia ataupun cecair yang diisi ke dalam vape dikenali sebagai jus. Jika bercerita berkenaan dengan kandungan, pelbagai jenis bahan kimia boleh ditambah ke dalam vape termasuklah dadah seperti marijuana. Bahan Perasa. Perisa vape memiliki bau atau rasa seakan-akan gula-gula, lolipop serta perisa kordial seperti anggur, mangga dan juga strawberi. Penggunaan perisa yang pelbagai inilah yang menyebabkan ramai golongan muda tertarik untuk mencuba vape ini. Jika ingin ditanyakan tentang kebaikan vape, mungkin hanya pada rasanya yang sedap namun jangan tertipu oleh kerana rasa yang sedap sahaja. 1. Propilen Gilikon. Merupakan bahan yang diperolehi daripada sisa petroleum dan fungsinya adalah untuk menukar cecair vape kepada wap. Ia tidak memiliki bau namun ia manis dari segi rasa. 2. Gliserin. Ia merupakan bahan yang diekstrak daripada minyak sayur-sayuran dan berfungsi untuk memberikan ketebalan pada penghasilan wap vape. Ia juga menyebabkan tekak terasa tidak sakit apabila asap vape melalui keronkong seseorang. 3. Selain itu, terdapat beberapa bahan yang digunakan yang mana memberi impak negatif kepada kesihatan seseorang yakni kerana bahan tersebut merupakan bahan terlarang. Sebagai contoh: Nikotin. Nikton merupakan bahan yang bukan sahaja dijumpai dalam rokok namun dalam pelbagai jenis vape. Ia merupakan bahan yang akan memberi kesan ketagihan pada seseorang. Hal ini kerana, ia mempengaruhi saraf serta otak seseorang dan lama kelamaan amat sukar untuk seseorang itu melepaskan diri daripada ketagihan. 1. Fromalin, timah, merkuri, timbal dan juga bahan perasa lain yang juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapatkan kanser. 2. KANDUNGAN VAPE


Kebanyakkan jus vape mengandungi bahan yang dikenali sebagai nikotin sehinggakan pada label yang menunjukkan ‘tidak mengandungi nikotin’ juga masih memiliki sejumlah nikotin. Nikotin ini berbahaya kepada tubuh badan manusia dan mempunyai keburukan pod yakni rokok elektronik ini. Nikotin merupakan bahan yang memberi impak kepada otak seseorang terutamnya golongan muda. Penggunaan nikotin akan menjejaskan pembelajaran, daya fokus, mood serta memori seseorang. 1. Selain itu, pengambilan nikotin juga akan melepaskan satu hormon yang dikenali sebagai dopamin yang mana menyebabkan seseorang berasa gembira. Namun jika, ia diambil secara tidak terkawal, bahan ini akan menyebabkan seseorang berasa ketagih dan menyebabkan ketagihan. 2. Nikotin juga dikatakan memberikan impak kepada jantung seseorang pada jangka masa yang panjang. Hal ini kerana, pengggunaaan vape akan menyebabkan kelenjar adrenal merembeskan hormon epinefrin dan hormon ini akan menyebabkan jantung seseorang berdegup dengan lebih kencang serta tekanan darah tinggi. 3. 4.Penggunaan nikotin juga dikatakan meningkatkan risiko sesorang untuk mendapatkan kanser. Bahan yang tidak terkawal seperti merkuri dan sebagainya merupakan toksik kepada badan dan jika digunakan pada masa yang panjang akan menyebabkan banyak impak kepada organ manusia seperti paru-paru, buah pinggang, hati dan banyak lagi. 5. Selain kepada si perokok elektronik, bahan ini juga memberi impak kepada orang sekeliling yakni perokok sekunder. Bahan dalam bentuk asap serta wap juga akan disedut oleh orang sekelilng dan hal ini secara tidak langsungnya membahayakan orang lain. BAHAYA VAPE KEPADA MANUSIA


Terdapat mitos yang menyatakan bahawa penggunaan vape berupaya untuk menghilangkan ketagihan merokok, namun penggunaan vape juga mengunakan penggunaan nikotin yang disedut seperti rokok dan juga ia hadir dalam pelbagai bentuk bahan kimi yang tidak terkawal yang mana mengundang kepada variasi kesan sampingan. Seseorang hendaklah memiliki kesedaran bahawa beliau ingin berhenti merokok. Setelah itu, perokok boleh untuk pergi ke mana-mana klinik kesihatan terdekat iaitu ‘Klinik Berhenti Merokok’. Di situ penjelasan berkenaan program berhenti merokok akan diterangkan oleh pakar farmasi, doktor, jururawat, pakar pemakakan dan juru kaunseling. Objektif klinik ini adalah seperti berikut: a.Rehabilitasi Fizikal b.Rehabilitasi Mental c.Rehabilitasi Pemakanan d.Program Pencegahan & Berhenti Merokok e.Promosi Kempen Cara Hidup Sihat Menjalani sesi kaunseling secara berkala bersama dengan pakar farmasi dan juga juru kaunseling. Mengikut tahap ketagihan seseorang, ubat juga akan ditawarkan iaitu Terapi Gantian Nikotin yang hadir dalam bentuk pelekat ataupun gula-gula getah. Selain itu terdapat juga ubat yang tidak berasaskan nikotin iaitu Varenicline. CARA UNTUK BERHENTI MEROKOK


Menerusi satu kajian awal mengenai perokok dewasa di Malaysia. Sekumpulan penasihat pengguna mendapatkan pandangan pengguna mengenai pilihan yang lebih selamat berbanding rokok biasa, seperti rokok elektronik mengandungi nikotin. Kebanyakan remaja menggunakan e-rokok sebagai alternatif kepada rokok biasa. Ada sesetengah orang memilih untuk bertukar kepada e-rokok jika rokok ini mempunyai tahap keselamatan sewajarnya. Ada golongan yang mengatakan bahawa pengenalan e-rokok ini adalah satu kesilapan bagi kerajaan menghalang atau melengahkan proses membenarkan alternatif kurang bahaya daripada rokok. Ada yang berkata bahawa kerajaan harus menggalakkan remaja yang menggunakan e-rokok ini untuk bertukar kepada produk yang kurang bahaya mengikut polisi fizikal dan peraturan yang sewajarnya. Rokok elektronik boleh membahayakan kesihatan dan haruslah berhati-hati menggunakannya. Semakin banyak kandungan nikotin dalam cairan rokok eletronik, semakin bahaya risikonya. Perokok haruslah berwaspada tentang gejala-gejala keracunan nikotin dan mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika keadaan semakin serius. KESIMPULAN PENUTUP


THANK YOU END


Click to View FlipBook Version