The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORRIZELEE ANTING, 2023-10-29 22:21:50

Buku skrap Lagenda Tokoh Sukan Negara Di Daerah Sukan Tambunan

Buku skrap

BUKU SKRAP LAGENDA TOKOH SUKAN NEGARA DI DAERAH TAMBUNAN, SABAH Nama PELaJaR : NORRIZELEE aNTING NO. maTIRIK : BP20110391 SUBJEK : Pm30608 LaTIHaN INDUSTRI PENSYaRaH : DR. FREDERICK JOSUE @ mOHD FaDHIL aBDULLaH


ISI KANDUNGAN BIL PERKARA 1. PENGHARGAAN 2. PENDAHULUAN 3. TOKOH SUKAN NEGARA Biodata Tokoh Sukan Pencapaian Dalam Sukan Keistimewaan 4. PENUTUP 5. SUMBER RUJUKAN


PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan saya kekuatan dan kesempatan untuk menyiapkan buku skrap Legenda Sukan Negara di Daerah Tambunan Sabah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya dan penyelia latihan industri iaitu Dr. Frederick Josue @ Mohd Fadhil kerana memberikan peluang dan sokongan sepanjang proses penyiapan buku skrap ini. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang terlibat tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Akhir kata, saya berharap buku skrap ini dapat memberikan idea dan maklumat kepada semua pihak sekaligus memberikan pendedahan kepada generasi muda untuk mengetahui Lagenda-lagenda sukan negara selain daripada Datuk Gabuh bin Piging. Sekian, terima kasih.


PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan bakat-bakat sukan yang berjaya di peringkat antarabangsa. Dalam buku skrap ini, saya ingin berkongsi berkenaan dengan lagenda tokoh sukan negara yang berasal daripada daerah Tambunan, Sabah yang mana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dalam acara sukan olahraga iaitu Datuk Gabuh bin Piging. Menerusi penghasilan buku skrap ini, saya dapat mengetahui lebih mendalam latar belakang beliau sekaligus mendedahkan pencapaian beliau agar dapat diketahui secara umum.


BIODATA TOKOH SUKAN BIODATA: Datuk Gabuh bin Piging Nama Penuh : Gabuh bin Piging Nama Panggilan : The Kangaroo Man Tarikh Lahir : 11 januari 1932 Jantina : Lelaki Tempat Kelahiran : Kampung Tinompok Tambunan, Sabah. Tarikh Kematian : 31 Ogos 2010


PENCAPAIAN DALAM SUKAN PENCAPAIAN DATUK GABUH BIN PIGING ADALAH SEPERTI BERIKUT: Beliau merupakan salah seorang atlet yang mewakili Borneo Utara dalam acara lompat kijang di Sukan Olimpik 1956 sekaligus menjadi pembawa bendera Borneo Utara pada upacara pembukaan sukan berkenaan serta menduduki tempat ke-24 semasa pertandingan. Beliau kemudian menyertai Sukan Komanwel 1962 dalam acara lompat jauh dan lompat kijang. Beliau menduduki tempat ke-10 dalam acara lompat kijang. Beliau memecahkan rekod lompat kijang kebangsaan yang pertama dengan jarak 15.38 meter pada tahun 1959 dan rekod berkenaan bertahan selama 23 tahun. Beliau juga turut memecahkan rekod lompat jauh kebangsaan yang pertama dengan jarak 7.15 meter pada tahun 1962. Beliau dianugerahkan gelaran Datuk pada tahun 2008 oleh kerajaan Negeri Sabah atas pencapaiannya.


KEISTIMEWAAN Datuk Gabuh bin Piging ataupun lebih dikenali sebagai The Kangaroo Man sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai contoh atau role model dalam kalangan masyarakat tempatan khususnya generasi muda. Keadaan ini terbukti apabila beliau berjaya mengharumkan nama negara meskipun berlatarkan belakang pada kelompok keluarga luar bandar tetapi mampu mencapai sesuatu pencapaian yang luar biasa berbanding dengan individu-individu yang lain. Atas usaha, semangat yang tidak pernah mengenal erti menyerah kalah dan sentiasa bertekad untuk memajukan diri telah mendorong beliau sehingga berada sejajar dengan atlet-atlet dunia atau peringkat antarabangsa.


PENUTUP Hasil daripada penghasilan buku skrap ini telah memberikan motivasi kepada saya untuk berusaha sedaya upaya dalam segala aspek tidak kira dari aspek sukan mahupun akademik. Dengan pencapaian yang membanggakan daripada Datuk Gabuh bin Piging, hasrat saya untuk mencapai matlamat menjadi lebih proaktif dan bergerak seiring dengan cita-cita yang telah ditetapkan dari dulu lagi. Akhir sekali, tekad Datuk Gabuh bin Piging yang menyertai sukan pada peringkat tertinggi telah membuka mata semua pihak kerana bahawasanya, tiada yang mustahil untuk mencapai sesuatu perkara kecuali mempunyai hasrat dan usaha yang lebih dipamerkan.


SUMBER RUJUKAN Aqil Syakir. (2021). Sabah Pernah Jadi Negara yang Hantar Atlet ke Olimpik Sebelum Persekutuan Malaysia?. Soscili. Diakses Pada 12 Oktober 2023, Daripada: https://soscili.my/sabah-pernahmenghantar-atlet-ke-sukan-olimpik-sebelum-persekutuan-malaysia/ Jad Adrian Washif. (2010). Sabah’s First Olympian Datuk Gabuh Piging Dies. AdrianSprints. Diakses Pada 12 Oktober 2023, Daripada: http://www.adriansprints.com/2010/09/sabahs-firstolympian-datuk-gabuh.html Nur Afifah. (2021). Kenali Gabuh dan Sium, Atlet Lelaki Sabah yang Pertama Layak ke Sukan Olimpik. ILoveBorneo. Diakses pada 11 Oktober 2023, Daripada: Kenali Gabuh Dan Sium, Atlet Lelaki Sabah Yang Pertama Layak Ke Sukan Olimpik (iloveborneo.my) Wikipedia Contributors. (2023). Gabuh bin Piging. Wikipedia. Diakses Pada 12 Oktober 2023, Daripada: https://en.wikipedia.org/wiki/Gabuh_Piging Zhi Zhi. (2021). Sabah Once Participated In The 1956 Olympics As Its Own Country. Here’s The Story. Cilisos. Diakses Pada 12 Oktober 2023, Daripada: https://cilisos.my/sabah-onceparticipated-in-the-1956-olympics-as-its-own-country-heres-the-story/


Click to View FlipBook Version