TINGKATAN 6 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUKAI
MAJLIS
RESTU ILMU
STPM P2
21 OKTOBER 2021 (KHAMIS)
“Ya Allah, jadikan
setiap anak murid
yang pernah aku
ajari sebagai
hamba-Mu yang
soleh dan
solehah.”
IKHLAS : UBK TePCES
ATURCARA MAJLIS
RESTU ILMU STPM P2 2021
7.25 PAGI : BACAAN YASSIN
SOLAT DHUHA DAN SOLAT HAJAT
MAJLIS RESTU ILMU
❖ UCAPAN WAKIL PELAJAR
❖ UCAPAN PK TINGKATAN 6
❖ UCAPAN PENGETUA DAN LAFAZ RESTU GURU
❖ LAFAZ MOHON RESTU PELAJAR
PENYERAHAN TOOL-KIT
BERSURAI
Lafaz Penyerahan Ilmu (Guru)
Adalah kami warga pendidik SMK Chukai yang telah mengajar,
mendidik, membimbing dan menitiskan ilmu pengetahuan dan
pengalaman kepada murid-murid Tingkatan 6 Penggal 2 2021 dengan
penuh keikhlasan dan rela hati serta dengan lafaz
Bismillahirrahmannirahim secara rasminya menyerahkan dan
merestukan segala ilmu kepada murid-murid yang kami sayangi.
Harapan kami semoga murid-murid akan dapat memanfaatkan segala
ilmu dengan sebaiknya dan memperturunkan ilmu itu dalam
menghadapi peperiksaan nanti. Kami mendoakan semua murid
mendapat ketenangan semasa menghadapi peperiksaan. Kita telah
berusaha, bertawakal dan berserahlah kepada Allah untuk
menentukannya. Kami mendoakan murid-murid akan mendapat
keputusan yang membanggakan. insyallah
Lafaz Penerimaan Ilmu (Murid)
Adalah kami calon STPM Penggal 2 2021 SMK Chukai, yang telah
dididik dan menerima ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada
semua pendidik di sekolah ini dengan kesyukuran dan rendah hati
dengan rasminya menerima dan akan menggunakan segala ilmu
pengetahuan yang dicurahkan dengan sebaik mungkin bagi mencapai
kejayaan dalam SPM nanti. Doa dan restu daripada semua guru
adalah kami harapkan. Segala bakti yang guru curahkan akan kami
kenang dan semoga Allah membalasnya dengan kebaikan. Amin ..
TIPS SEHARI SEBELUM
PEPERIKSAAN
1. Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda
ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target
anda untuk mata pelajaran tersebut.
3. Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan
ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
4. Mohon ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.
5. Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur
secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.
TIPS SEMASA HARI
PEPERIKSAAN
1. Bangun awal dan lakukan solat hajat.
2. Jangan lupa untuk bersarapan.
3. Pastikan anda membawa :
a) Peralatan untuk menjawab / menulis
b) Kad pengenalan / lesen memandu
c) Slip peperiksaan
4. Salam dan cium tangan ibu bapa. Mohon mereka mendoakan
kejayaan anda.
5. Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit
sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
TIPS SEMASA DI DEWAN
PEPERIKSAAN
1. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan
sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh
merungsingkan fikiran anda.
2. Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan
yang cemerlang.
3. Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
4. Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
5. Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
Sekiranya anda terlupa, jangan panik. Tarik nafas dan berselawatlah. Insya'Allah
boleh ingat semula.
NOTA PENTING……
SYARAT AM IPTA IJAZAH SARJANA MUDA
SPM
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran
Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas
Julai diambil kira;
DAN
STPM
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan GRED C dalam 3 mata pelajaran
termasuk Pengajian Am;
DAN
MUET
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University
English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan
SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM
PENDIDIKAN UNTUK PERKHIDMATAN DENGAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Terbuka kepada warganegara sahaja.
2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun semasa mengemukakan
permohonan.
3. Lulus Matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia/Setaraf.
4. Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-
apa penyakit mental atau fizikal, dan berupaya mengikuti program-program
yang dirangka untuk kursus ini.