KERTAS KERJA
PROGRAM
“JOM KE SEKOLAH”
SMK BARU TAHUN 2022
“ANAKKU SAYANG, HARAPAN MASA DEPAN”
TARIKH : 06 hingga 10 JANUARI 2022
HARI : KHAMIS - ISNIN
MASA : 7.00 PAGI - 12.15 TENGAHARI
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH
ANJURAN : UNIT HEM & UNIT BIMBINGAN &
KAUNSELING
DISEDIAKAN OLEH:
EN. STYLAND AK ROLAND
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK BARU BINTULU
1
1.0 PENGENALAN
Pelajar sekolah hari ini merupakan perintis negara pada masa depan. Kita sedari semua
pelajar berpotensi lulus malahan lulus dengan cemerlang dalam apa-apa jua peperiksaan yang
bakal diduduki. Namun demikian, ada sebilangan besar daripada kumpulan ini akan tercicir atau
berhenti dari alam persekolahan kerana kurang motivasi diri dan kesedaran tentang kepentingan
kehadiran di sekolah. Justeru itu, pihak SMK Baru Bintulu mengambil inisiatif untuk membantu
kumpulan pelajar tersebut yang tegar tidak hadir ke sekolah pada tahun lepas agar dapat
mencapai kecemerlangan dalam akademik dengan membimbing mereka untuk hadir penuh
dengan kerjasama ibu bapa.
Ini selaras dengan aspirasi yang direncanakan oleh pihak Kementerian dan Jabatan
Pelajaran untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Namun segala impian
murni ini akan menjadi kabur sekiranya kumpulan pelajar ini tidak ditanggani dengan baik dari
faktor awal kehadiran mereka di sekolah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dalam bidang jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial.
2.0 RASIONAL
Menurunkan kadar ketidakhadiran ke sekolah Tahun 2020 ini memerlukan usaha bukan
sahaja guru-guru tetapi juga ibubapa pelajar terlibat agat turut serta membantu membasmi gejala
yang tidak sihat ini daripada menular menjadi wabak kepada murid yang lain.
3.0 MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta berkualiti melalui hala
tuju yang jelas dan melaksanakan serta mengadaptasikan segala pendekatan secara berkesan
serta bijak dalam menanggani ketidakhadiran murid di sekolah.
2
4.0 OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan tahap peratusan kehadiran pelajar ke sekolah.
2. Memberi kesedaran kendiri dalam kalangan pelajar akan betapa pentingnya nilai
ilmu serta membina keyakinan pelajar untuk menggapai kecemerlangan,
kegemilangan dan keterbilangan dalam hidup.
3. Meningkatkan kerjasama para ibubapa murid agar memahami masalah anak
mereka dan bersama-sama pihak sekolah membanteras gejala ponteng ini
5.0 TEMA
MEMBENTUK SAHSIAH ANAK-ANAK TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
6.0 PENGANJUR
Smk Baru Bintulu
7.0 PENGELOLA
Unit Bimbingan dan Kaunseling
8.0 TARIKH
06 - 10 Januari 2022
9.0 KELOMPOK SASARAN
Kelompok pelajar 70 orang disenarai pendek Tingkatan 4 dan 5 Sesi 2022
Senarai oleh PPD Bintulu berkaitan masalah kehadiran di tahap 3 atau 4 Tahun 2021
3
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Item Kos ( RM ) Jumlah ( RM )
1. Banner 420.00
8F X 3F ( Rm 260.00 ) 80.00
Makanan 2F X 6F ( Rm 160.00 )
2. Sarapan Pagi -
Mee/ Nasi Goreng Rm 5.00
(5 orang) 2 Jenis Kueh Rm 1.00
Minuman Rm 2.00
3. Kertas A4 (8x5 = 40 x 2 )
Kertas Mahjung
Fail ring Sekolah
JUMLAH BESAR RM 500.00
11.0 PERLAKSANAAN
Tarikh : 06 -10 Januari 2022
Hari : Khamis,Jumaat dan Isnin
Masa : 7.00 am – 12.15 am
Tempat : Kantin Smk Baru Bintulu
Strategi pelasksanaan : Ceramah/Motivasi/Perjanjian Ibu Bapa
Bilangan peserta : 70 orang
Para Penceramah : Pengetua, Polis Perhubungan, PK HEM Dan Guru
Kaunseling dan Ketua Guru Disiplin
4
12.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM JOM KE SEKOLAH
TAHUN 2022
PENAUNG
PENGETUA SMK BARU BINTULU
PN. FATIMAH BINTI WAN ADINI
PENASIHAT
PENOLONG KANAN 1
PN. ALBARIAH BT MUSTAPHA
PK PETANG
PN. LUCY UNING
PENGERUSI
PENOLONG KANAN HEM
PN. SALMIAH BINTI MAHLI
SETIAUSAHA
STYLAND AK ROLAND
PEN. SETIAUSAHA
PN. HII CHUI LEH
KAWALSELIA
KETUA GURU DISIPLIN
EN. SYAMIL BIN JAYA
AJK DISIPLIN
5
13.0 TENTATIF AKTIVITI PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2022
13.1 HARI (Khamis ) 06 JANUARI 2022
BIL. AKTIVITI KETERANGAN MASA
1. 7.00 PAGI
PERASMIAN MOTIVASI DAN ALUAN KEHADIRAN
-
MURID DI PERHIMPUNAN: 8.00 PAGI
1. GURU KAUNSELING
2. UCAPAN PENGETUA
PERASMIAN JOM KE SEKOLAH
2. PENCERAMAH MENANGGANI MASALAH SOSIAL AKIBAT 8.00 PAGI
JEMPUTAN POLIS SALAH LAKU PONTENG SEKOLAH -
PERHUBUNGAN 10.00 PAGI
SEKOLAH
/ 10.00 -
TAKLIMAT TAKLIMAT PROGRAM BERSAMA IBU BAPA 12.15
UNTUK MENANDATANGANI SURAT AKU PETANG
JANJI
13.2 HARI (Jumaat) 07 JANUARI 2022
BIL. AKTIVITI KETERANGAN MASA
1. 7.00 PAGI
CERAMAH / 1. MENGUMPUL MAKLUMAT KEHADIRAN - 8.00 PAGI
MOTIVASI -
2. TAKLIMAT DISIPLIN OLEH 8.00 PAGI -
EN. MOHD. SYAMIL BIN JAYA 9.30 PAGI
(KETUA GURU DISIPLIN)
2. SOAL SELIDIK KETERANGAN DAN EDARAN BORANG SOAL 10.00 PAGI
UJIAN SELIDIK FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR -
KETIDAKHADIRAN DALAM MASALAH KEHADIRAN KE SEKOLAH 11.30 PAGI
& CERAMAH KESEDARAN DAN MOTIVASI OLEH 11.30 -
BIMBINGAN DAN KAUNSELOR: 12.15
MOTIVASI 1. HII CHUI LEH PETANG
2. STYLAND AK ROLAND
6
13.3 HARI (Isnin) 10 JANUARI 2022
BIL. AKTIVITI KETERANGAN MASA
1. 7.00 PAGI -
KEHADIRAN IBU / PENDAFTARAN / REKOD KEHADIRAN 7.30 PAGI
BAPA MURID 7.30 PAGI –
8.00 PAGI
PESERTA MENGALUKAN KEHADIRAN DAN TAKLIMAT
8.00 PAGI
PROGRAM -
1. GURU KAUNSELING/URUSETIA 9.00 PAGI
2. SESI BERSAMA CERAMAH DAN KONSULTASI: 9.00 PAGI
-
DENGAN IBU BAPA
9.30 PAGI
TERLIBAT 1. GURU KAUNSELING (Dapatan Soal Selidik)
2. PN. SALMIAH BT HJ. MAHLI (PK HEM)
3. PN. PUAN FATIMAH BINTI WAN ADINI
(PENGETUA)
3. TANDATANGAN KETERANGAN DAN EDARAN BORANG AKU
AKU JANJI JANJI KEPADA IBU BAPA MURID TERLIBAT
KEHADIRAN SERAHAN PENGESAHAN BORANG:
1. PK HEM (TANDATANGAN SAKSI)
7
KESIMPULAN
Dengan kerjasama semua pihak yang terlibat adalah diharapkan dapat mewujudkan satu amalan
kehadiran murid yang berterusan, dirancang dengan teratur dan sistematik bagi menjamin
keberkesanan melahirkan produk insan yang berkualiti dalam menjana generasi yang bakal
menerajui negara kelak dengan menurunkan kadar ketidakhadiran ke sekolah dan ianya
memerlukan usaha bukan sahaja guru-guru tetapi juga ibubapa pelajar terlibat agat turut serta
membantu membasmi gejala yang tidak sihat ini.
Disediakan Oleh: Disahkan oleh:
------------------------- -------------------------
(Styland Ak Roland ) ( Pn. Fatimah Bt. Wan Adini )
Guru Kaunseling, Pengetua,
SMK Baru, Bintulu SMK Baru Bintulu.
8