SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA (AJ)
FIRST SEMESTER SESSION 2022/2023 (A221)
TAJUK: PERISTIWA 13 MEI 1969
DIHANTAR KEPADA:
PROF. MOHD AMMYRUL ASHRAF BIN SAIRAN
DISEDIAKAN OLEH:
AIREEN ZAKILA BINTI ZAMRI (292809)
NURUL SYAFINAS BINI MOHD HANOFIAH (292876)
NUR NAZIFFA BINTI AFANDI (293042)
NURAMALINA ALEEYA BINTI ABDULLAH (293106)
ANIS WARDINA BINTI ABDUL RAHMAN (293893)
NG RHU QIAN (294044)
CHIANG ROU XUAN (294164)
SUBMISSION DATE: 28 DECEMBER 2022
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGENALAN 1
KRONOLOGI PERISTIWA 2-4
PUNCA-PUNCA YANG MENGAKIBATKAN PERISTIWA 13 MEI 1969 5-6
7
USAHA-USAHA SEGERA YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN SEMASA 8-9
BERLAKU PERISTIWA 13 MEI 1969 10
11
DASAR KERAJAAN SELEPAS PERISTIWA 13 MEI 1969
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN
DALAM KALANGAN MASYARAKAT
TEMU BUAL
PENGAJARAN 12
RUMUSAN 13
RUJUKAN 14
PENGENALAN
53 tahun yang lalu pada 13 Mei 1969, Malaysia telah dikejutkan
dengan rusuhan kaum antara kaum melayu dan kaum cina yang telah
berlaku di Kuala Lumpur. Peristiwa berdarah ini terjadi apabila
wujudnya perbezaan mobiliti sosial di Malaysia sewaktu penjajahan
british dan penjajahan Jepun. Dasar pecah dan perintah yang
diperkenalkan oleh penjajah British telah menyebabkan identiti sosio
budaya kaum di Malaysia terpisah. Orang Melayu menetap di luar
bandar, orang Cina di lombong dan pekan bijih dan orang India pula
tinggal di kawasan ladang getah. Kaum Cina melangkah jauh
kedepan sedangkan kaum Melayu yang merupakan kaum asal tanah
melayu miskin dan kurang berpendidikan. Hal ini telah menjadi titik
bermulanya permasalahan antara kaum di Malaysia.
Di samping itu, penjajahan Jepun di Tanah Melayu telah
melebarkan lagi jurang sosiobudaya kaum di Malaysia,apabila
Jepun membunuh orang Cina dan mengupah kempetai dan
Tekikan daripada orang Melayu. Hal ini telah memusnahkan
integrasi antara kaum di Malaysia. Sifat perpaduan yang rapuh dan
nipis antara kaum di Tanah Melayu telah dibuktikan oleh kerajaan
Bintang Tiga ekoran daripada tindakan penjajah Jepun. Peristiwa
13 Mei adalah kemuncak kegagalan perpaduan negara ini.
KRONOLOGI PERISTIWA
Peristiwa 13 Mei 1969 dianggap sebagai titik hitam dalam sejarah Malaysia kerana peristiwa ini telah
menggugat perpaduan rakyat Malaysia apabila berlakunya rusuhan kaum antara Melayu dan Cina
mengisahkan perjalanan panjang ke arah rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, yang diakui oleh pihak
berkuasa Malaysia sebagai satu krisis perkauman yang paling serius dalam sejarah negara13 melibatkan tiga
kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang
kempen pilihanraya apabila parti pembangkang menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keistimewaan
yang diperolehi oleh orang melayu.Mereka telah mengetengahkan tiga isu yang sensitif iaitu pengguna Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu.Ketidakpuasan hati dan kebencian di pihak Cina sudah muncul semenjak awal
1950-an lagi.Hal ini demikian kerana,mereka khuatir isu bahasa kebangsaan dan kedudukan isitimewa ini akan
menghapuskan bahasa dan budaya kaum Cina.
Pada 9 Mei 1969, perarakkan kematian seorang pejuang berbangsa cina di Jinjang, Kepong juga menjadi
penyebab berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 apabila mereka mula berarak masuk ke Kampung Baru
yang merupakan petempatan orang melayu bersama-sama banner yang berbaur perkauman dan komunisme
bertujuan untuk menyindir orang melayu.
Pada 10 Mei 1969, pengisytiharaan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dengan Parti Perikatan
yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen manakala pihak
pembangkang iaitu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang dipimpin oleh Dr.Tan Chee Koon telah
berjaya memperoleh kemenangan.Pada 10 Mei dan 11 Mei, pihak pembangkang mula melakukan perarakan
bagi meraikan kemenangan di sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur diikuti dengan laungan provokatif
berkenaan isu perkauman. Perarakkan berjalan dari Jalan Campbell dan Jalan Hale melencong ke Kampung
Baru yang majoriti penduduknya adalah kaum melayu.Cercaan dan hinaan dilemparkan kepada kaum melayu
sambil memegang dan mengikat penyapu di kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu
bersih kerusi parlimen dan menyapu keluar orang melayu dari Kuala Lumpur. Hal ini telah membawa kepada
pertumpahan darah apabila orang melayu dan pemuda UMNO bercadang untuk berarak pada 13 Mei 1969
kerana tercabar dengan tindakan kaum cina tersebut.
Orang Melayu mula berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor, Dato' Harun Idris,yang terletak di Jalan
Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Oleh sebab orang melayu pada ketika itu
kekurangan senjata, ramai yang datang membawa kain rentang. Namun ada segelintir yang membawa parang
dan keris.Apabila berita perarakkan orang melayu mula sampai ke telinga kaum cina,senjata mula diagihkan
oleh alih kumpulan kongsi gelap dan pemuda-pemuda cina yang dikatakan dari PKM. Sejurus itu, terjadinya
rusuhan besar di Setapak apabila mendapat berita bahawa terdapat pembunuhan orang melayu di Setapak
yang hanya 2 km jauh dari rumah Menteri Besar Selangor.Dalam rusuhan tersebut,orang melayu menyerang
dan membunuh sesiapa sahaja yang berbangsa cina manakala pekedai cina pula membaling botol kaca dan
batu kepada mereka.Tindak balas orang Melayu telah menyebabkan 6,000 rumah dan perniagaan Cina
dibakar dan sekurang-kurangnya 184 orang telah dibunuh.
Sementara itu, orang melayu yang berada di dalam Panggung Odeon yang terletak di Jalan Tunku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur,dikepung dan diserang oleh orang cina yang bersenjata sebaik sahaja penonton dari
bangsa cina keluar dari panggung setelah disiarkan beberapa iklan dalam bahasa cina untuk menyuruh
mereka berbuat sedemikian.Ramai orang melayu yang terkorban dalam serangan tersebut dan ada
diantaranya dua orang askar melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Dalam pada itu, Rejimen Renjer menguasai Kampung Baru sebaik sahaja pasukan FRU dikeluarkan.
Malangnya pasukan Rejimen Renjer yang terdiri daripada Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha, dan lain-
lain, turut menembak orang Melayu, yang membawa kepada kemarahan orang Melayu. Dikatakan Komander
Rejimen Renjer ini berbangsa Cina. Pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru tidak berpuas hati
kerana percaya orang Cina dan askar Rejimen Renjer mengepung mereka. Selain itu, mereka juga menyerang
kediaman Menteri Besar Selangor.
Akhirnya, askar Melayu mengambil alih pentadbiran dan mengeluarkan Rejimen Renjer. Di sekitar Kampung
Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman, masih terdapat beberapa kedai yang terbakar.Beberapa askar Melayu turut
menceroboh peniaga emas Cina dan mencuri barang dari situ. Askar itu, menurut beberapa orang, memakai
pakaian samseng.
Rusuhan ini berterusan untuk tempoh masa yang panjang,menyebabkan Yang Di-Pertuan Agong terpaksa
mengisytiharkan darurat negara pada 16 Mei 1969 dengan mengarahkan perintah berkurung di seluruh negeri
dan menggantung Parlimen sehingga 1971. Lantaran daripada itu,Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN
ditubuhkan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, mengambil alih kuasa daripada
kerajaan Tunku Abdul Rahman, yang pada September 1970 terpaksa bersara kerana orang ramai memihak
kepada Tun Abdul Razak. MAGERAN bertanggungjawab membincangkan dan meneliti isu-isu perpaduan
negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Namun, didapati antara
masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Didapati
masyarakat Malaysia masih berpecah belah atas dasar bangsa, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang ingin
dicapai bukan sahaja melibatkan pengukuhan kaum,malah integrasi ekonomi dan sosial juga perlu
dilakukan.Oleh hal yang sedemikian, MAGERAN telah membentuk satu ideologi Kebangsaan Malaysia iaitu
Rukun Negara yang dibentuk pada 31 Ogos 1970.
Ekoran era darurat, kerajaan baharu menggantung parlimen dan parti politik, mengenakan penapisan akhbar
dan meletakkan sekatan ketat terhadap aktiviti politik dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri
atau dikenali sebagai ISA. Perlembagaan perkara 10 telah dipinda berkenaan dengan kebebasan
bersuara,berhimpun dan berpersatuan iaitu melarang sebarang perbincangan sensitif termasuk di Parlimen
terhadap kedaulatan raja-raja melayu,kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera,kewarganegaraan
serta status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Pada tahun 1971, Parlimen bersidang semula dengan Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
kedua.Sehubungan dengan itu,wujudnya gabungan kerajaan baharu yang diberi nama Barisan Nasional
termasuk UMNO, MCA, MIC yang mengambil alih kerajaan terdahulu.
Pada tahun 1970, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi baru melalui Rancangan Malaysia Kedua
bagi membasmi kemiskinan rakyat Malaysia khususnya di kalangan masyarakat Melayu.Dasar ini juga
bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Punca-punca yang mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969
Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza merupakan satu punca yang mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969. Hal ini
dikatakan demikian kerana apabila tanah melayu wujud sistem pendidikan sebelum merdeka telah dibahagikan
kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Aliran-aliran ini adalah
mempunyai kokurikulum sendiri. Sebagai contoh, Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan
mengira sekadar peringkat sekolah menengah. Sekolah Cina dan India pula adalah mengambil kokurikulum, guru-
guru dan buku teks dari negara asalnya. Manakala, Sekolah Inggeris hanya dapat dinikmati oleh kaum Cina dan
India yang tinggal di bandar. Situasi ini telah mengukuhkan keperibadian etnik yang telah sedia wujud di Tanah
Melayu. Oleh itu, sistem pendidikan yang berbeza telah membawa isu ketidakseragam antara kaum-kaum dan
menyebabkan rakyat tidak mempunyai kesatuan dalam pembentukan kaum di Malaysia.
Perasaan tidak puas hati terhadap hak keistimewaan orang melayu
Perasaan tidak puas hati terhadap hak keistimewaan orang melayu adalah punca yang menyebabkan berlaku
peristiwa 13 Mei 1969. Hal ini dikatakan demikian kerana menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi
dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia", perasaan tidak puas hati terhadap hak keistimewaan orang melayu
adalah isu sebenar yang mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969. Contohnya, PAP menganggap hak keistimewaan
orang melayu adalah tidak adil kepada orang yang bukan melayu dan dapat mengetepikan hak kaum-kaum lain.
Tetapi sebenarnya bahawa orang cina tidak dipengaruhi oleh hak keistimewaan orang melayu kerana kedudukan
mereka adalah lebih tinggi daripada orang melayu dalam ekonomi. Ini kerana mereka ingin mendapat perhatian dan
menarik sokongan rakyat dalam pilihan raya 1964.
Selain itu, Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 kerana Tunku membimbangkan hak keistimewaan
orang melayu akan membawa pengaruh bahaya kepada Singapura yang mempunyai majoriti rakyat Cina. Situasi ini
tidak memutuskan semangat PAP untuk mempertahankan kedudukan orang-orang Cina di Tanah Melayu.
Sementara itu, Malaysia kemunculan parti yang baru iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mengambil alih
fungsi PAP. Pada pilihanraya 1969, kemunculan ramai rakyat yang menentang hak keistimewaan orang melayu ini
kerana parti DAP dan parti-parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dalam hubungan etnik supaya
dapat sokongan dalam pilihanraya.
Dasar pecah dan perintah penjajah inggeris
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah terutamanya disebabkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah inggeris. Hal ini
dikatakan demikian kerana tanah melayu wujudnya jurang antara kaum dari segi sudut ekonomi adalah disebabkan
oleh dasar penjajah inggeris telah menjalankan konsep pecah dan perintah dengan berkesan. Sebagai contoh, orang-
orang melayu menjalankan pekerjaan petani dan nelayan kecil di luar bandar, manakala orang-orang india adalah
menjadi seorang buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Selain itu, wujudnya keadaan sosio-ekonomi tidak adil
adalah sebab orang-orang cina dapat menjalankan perniagaan di bandar dan menjadi pelombong di kawasan-
kawasan lombong maka memiliki aset yang tinggi berbanding dengan kaum lain. Situasi ini menjelmakan kegiatan
ekonomi orang-orang melayu dan india adalah bercorak sara diri. Oleh itu, British menjalankan dasar ini untuk
menjejaskan hubungan perpaduan kaum supaya tidak dapat mengancam kedudukan mereka.
Sementara itu, sosio-ekonomi yang tidak seimbang ini telah berlanjutan selepas negara merdeka. Penjajah
melakukan perkara- perkara ini untuk mengukuhkan kuasa dan kedudukan mereka di tanah melayu. Dasar ini dapat
menjadi faktor yang meletusnya peristiwa 13 Mei 1969 kerana kerajaan tidak mengambil tindakan untuk
menghalang perkara ini berlaku di tanah melayu. Kesannya, keadaan ini dapat dipulihkan oleh Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa rasmi negara juga adalah salah satu punca yang mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969. Hal ini dikatakan
demikian kerana berikutan perisytiharan kemerdekaaan Tanah Melayu 1957, telah menyatakan dengan jelas tentang
bahasa melayu dan bahasa inggeris dalah sebagai bahasa rasmi negara dalam sebuah perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa inggeris untuk menukarkan status bahasa rasmi dan
mengiktirafkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi sahaja. Oleh itu, kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan
untuk mengukuhkan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi pada 31 Ogos 1967. Contohnya, kempen-
kempen yang digalakkan oleh kerajaan ialah Bulan Bahasa Kebangsaan, Minggu Bahasa Kebangsaan dan Hari
Bahasa Kebangsaan. Sementara itu, Syed Nasir bin Ismail telah memimpin Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan.
Perbezaan agama dan budaya
Agama dan budaya yang berbeza adalah salah satu faktor berlaku peristiwa 13 Mei 1969. Contohnya, Kaum india
beragama hindu, Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala Kaum melayu pula
beragama islam. Sementara itu, terdapat rakyat yang beragama kristian. Oleh itu, setiap agama mempunyai budaya
mereka sendiri maka menyebabkan setiap kaum mempunyai pendapatan yang berpisah dan menyinggung emosi
penganut agama lain. Kesannya, situasi ini dapat mempengaruhi pembentukan kaum di Malaysia.
Usaha-usaha segera yang diambil oleh kerajaan semasa berlaku Peristiwa 13 Mei 1969
Mengisytiharkan Darurat
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan berlakunya pertempuran antara kaum
yang mengakibatkan suasana menjadi tegang. Bagi meredakan ketegangan keadaan ini, kerajaan telah
mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat adalah pertama untuk
menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua adalah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat
bertenang dan berfikir secara rasional atas tindakan mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan yang
berlaku dalam masa yang cepat.
Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Setelah darurat digisytiharkan di seluruh negara pada 16 Mei 1969, kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan
Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak.
MAGERAN ini dianggotai oleh pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan
pegawai-pegawai tinggi polis serta tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan,
Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri
Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
Fungsi utama MAGERAN adalah untuk memulihkan keharmonian dan undang-undang negara, menentukan
pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di
Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan segala kuasa
pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berperlimen mula dipulihkan semula pada 23
Februari 1971.
Menubuhkan Majlis Perundingan Negara
Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan untuk membentuk perpaduan antara kaum
di Malaysia. Majlis Perundingan Negara dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis pula terdiri
daripada wakil-wakil:
a)Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN
b)Kerajaan-kerajaan Negeri
c)Parti-parti Politik
d)Sabah dan Sarawak
e)Kumpulan-kumpulan Agama
f)Badan-badan Profesional
g)Perkhidmatan Awam
h)Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan
i)Wartawan
j)Persatuan Guru-guru
k)Kumpulan Minoriti
Majlis Perundingan Negara berfungsi untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum dan bertindak sebagai penasihat kepada
MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.
DASAR KERAJAAN SELEPAS PERISTIWA 13 MEI 1969
Dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk membentuk perpaduan selepas berlakunya peristiwa 13
Mei 1969. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenallkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang
dua mata iaitu membasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk membentuk perpaduan selepas berlakunya peristiwa 13
Mei 1969. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenallkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang
dua mata iaitu membasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.
Bagi memastikan matlamat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum tercapai, strategi ditumpukan
kepada pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan bancian penduduk
Malaysia pada tahun 1970, didapati kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia mempunyai
pendapatan di bawah paras kemiskinan. Hali ini dijelaskan dengan merujuk kepada pendapatan garis
kemiskinan pada tahun 1970 iaitu sebanyak RM200. Kira-kira 86% daripada jumlah itu adalah di kawasan luar
bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai Dasar Ekonomi Baru untuk
perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan kesihatan, pendidikan, bekalan air dan elektrik.
Selain itu, kerajaan juga memberikan keutamaan kepada golongan miskin dengan memberi bantuan seperti
program rumah murah, biasiswa buku teks dan pelajaran, makanan tambahan untuk kanak-kanak serta
program bantuan subsidi baja. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, matlamat membasmi
kemiskinan telah tercapai. Berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Keenam, kadar kemiskinan negara pada
tahun 1990 adalah 17.1% berbanding dengan 49.3% pada tahun 1970.
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan turut memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula
masyarakat yang telah berpecah belah disebabkan ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan
negara. Dalam dasar ini, kerajaan menetapkan sasaran pemilikan ekuiti dalam perusahaan dan perniagaan iaitu
70% ekuiti rakyat termasuk 30% ekuiti untuk bumiputera pada tahun 1990. Selaras dengan usaha untuk
menjayakan Dasar Ekonomi Baru, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan
keberkesanan pelaksanan Dasar Ekonomi Baru. Kerajaan meningkatan pendapatan dan taraf hidup golongan
kurang berkemampuan, menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu, menyusun semula
pemilikan ekuiti, melatih dan membentuk usahawanan dan pedagang baru dalam kalangan masyarakat
bumiputera serta menambah kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negera
khususnya untuk pelajar bumiputera.
Untuk memastiakan Dasar Ekonomi Baru berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut mengembleng
tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrument Dasar Ekonomi Baru. Dengan ini,
perbadanan yang turut mengambil bahagian membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi bumiputera ialah
Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Perbadanan-perbadanan
Ekonomi Negeri (PKEN), Bank Negara, Bank Pembangunan Nasional Berhad, Skim Amanah Saham
Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dengan ketimbulan kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia terhadap kepentingan mewujudkan
sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara untuk
mencapai perpaduan. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan
kepada syor laporan Razak 1956 dan laporan Rahman Talib 1960. Hal ini telah termaktub dalam Ordinan
Pendidkan 1957. Hal ini demikian kerana isu pendidikan dan bahasa kebangsaan telah mencetuskan perbalahan
politik antara orang Melayu dan orang Cina apabila kaum Cina turut menuntut penggunaan bahasa ibunda. Maka
isu ini telah dijadikan modal dalam kempen pilihanraya 1969 oleh parti-parti pembangkang dan banyak masalah
dan konflik dicetuskan. Dengan keadaan sedemikian, isu ini bersama-sama isu-isu politik dan ekonomi telah
mencetuskan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang mencatat sejarah hitam negara. Secara amnya, Dasar
Pendidikan Kebangsaan ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan
keturunan melalui sistem pendidikan yang menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta
berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Dasar ini turut menggalakkan
perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan turut diperkenalkan. Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat
berbilang kaum, bangsa dan agama Malaysia tidak lari dari aspek kepelbagaian budaya antara satu sama lain.
Melalui dasar ini, unsur-unsur budaya boleh digunakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan
membina negara yang mencerminkan keperibadian Malaysia. Dasar Kebudayaan Kebangsaan memainkan peranan
penting dalam proses pembangunan negara sementara keperibadian Malaysia patut dipupuk melalui usaha
meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Hal ini dapat menentukan bahawa sesebuah negara
memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
Lebih-lebih lagi, perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama untuk
pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
Akhir sekali, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mathahir Mohammad pada
17 Jun 1991 di parlimen. Dasar Pembangunan Nasional dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) dan terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua bagi tempoh tahun 1991 hingga tahun
2000. Melalui dasar ini, tujuan asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih dikekalkan dan dasar ini bertujuan untuk
mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil seterusnya
mewujudkan negara bangsa. Dasar Pembangunan Nasional akhirnya bermatlamat untuk membentuk perpaduan
kaum di negara Malaysia.
LANGKAH MENGEKALKAN/ MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN MASYARAKAT
Perpaduan kaum membawa maksud sebagai semua kaum di dalam sesebuah negara yang saling berkerjasama
atau erti kata lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dan damai. Oleh hal demikian sebagai
masyarakat wajar bagi kita untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat agar negara kekal aman dan
bebas daripada sebarang masalah perkauman.
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan perpaduan di kalangan masyarakat ialah tidak
membangkitkan isu sensitif kaum lain. Hal ini dikatakan demikian kerana pada hari ini telah banyak perkara yang
dibangkitkan berkenaan isu sensitif kaum tanpa memikirkan kesan kedepannya. Antara isu yang sering dibangkitkan
adalah masyarakat india sering kali dipanggil atau dibiasakan dengan panggilan india atau paria. Tanpa
menyedarinya perkara tersebut sangat tidak disuka oleh kaum mereka kerana merasa seperti dihina atau
dipinggirkan. Selain itu di dalam parti politik juga sering dikaitkan dengan isu sensitif kaum seperti yang dapat
dilihat pada hari ini terdapat banyak parti-parti pembangkang yang bertanding telah memainkan isu-isu sensitif
seperti kedudukan dan hak keistimewaan orang melayu, soal bahasa dan kerakyatan demi memancing undi daripada
orang ramai. Hal ini justeru perlu dielak dan setiap masyarakat perlulah bertindak dengan menggunakan pemikiran
yang waras agar tidak merosakkan perpaduan yang telah dibina antara kaum.
Selain itu, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum juga merupakan salah satu
langkah yang dapat diambil untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini dapat dikaitkan
dengan didikan daripada ibu bapa kerana dengan adanya didikan yang betul tentang nilai-nilai perpaduan mahupun
nilai murni daripada ibu bapa dapat menjadi contoh dan tunjuk ajar kepada anak-anak. Dengan ini anak-anak dapat
menerapkan nilai-nilai tersebut di dalam diri sejak kecil kerana ibu bapa lah yang menjadi tunjuk ajar atau “role
model” kepada anak-anak. Pergaulan antara pelbagai kaum juga harus dipupuk dan disemai sejak kecil bagi
mengajar anak-anak untuk tidak menghiraukan dan mementingkan diri sendiri dalam bergaul. Dengan adanya
pergaulan antara kaum dapat memberi manfaat dari segi adat yang diamalkan oleh mereka. Hal ini dikatakan
demikian kerana kita turut dapat mempelajari sedikit sebanyak adat daripada kaum lain dan ianya akan lebih
memeriahkan lagi suasana dalam bermasyarakat. Dengan ini perpaduan antara kaum dapat disemai dan dikekalkan
dalam kalangan masyarakat.
Amalan kunjung-mengunjungi semasa hari perayaan merupakan satu amalan yang amat baik dalam
mengeratkan dan mengekalkan hubungan baik antara kaum. Umum mengetahui setiap hari perayaan akan diadakan
rumah terbuka bagi setiap perayaan yang disambut khususnya perayaan Hari Raya. Hal ini dikatakan demikian
kerana perayaan Hari Raya banyak memberi gambaran yang positif kepada pelbagai kaum kerana setiap kaum tidak
kira Melayu, Cina mahupun India akan datang berkunjung bagi meraikannya. Budaya ini harus disemai dan
dikekalkan pada setiap lapisan masyarakat tidak kira tua mahupun muda agar sikap hormat-menghormati antara satu
sama lain dapat dipraktikan tanpa perlu mengira perbezaan dari segi agama, bangsa dan budaya. Sebagai masyarakat
yang berbilang kaum haruslah bagi kita untuk berusaha menolak mana-mana pihak yang mencuba untuk membawa
budaya yang tidak baik yang hanya bertujuan untuk memporak perandakan keadaan yang telah sedia ada ini.
Sebagai masyarakat yang ingin mengekalkan perpaduan antara kaum wajar bagi mereka untuk tidak membiarkan
anasir-anasir luar yang memiliki niat yang negatif untuk merosakkan perpaduan antara kaum yang telah lama dibina
dan diperjuangkan ini.
TEMU BUAL
1. Apakah punca-punca yang menyebabkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 ?
Perasaan tidak puas hati terhadap hak keistimewaan orang melayu
Orang cina menuntu hak sama rata daripada pemerintah Tanah Melayu
2. Apakah pengalaman yang anda perolehi daripada peristiwa tersebut ?
Belajar ilmu mempertahankan diri tanpa menggunakan senjata, malah hanya menggunakan kain dan tidak
bersuara.
Melihat sendiri Kuala Lumpur mengalami banjir darah atas kematian orang-orang cina.
Terlibat dalam perjumpaan orang-orang melayu di Bukit Pinang, Kubang Pasu dan Jitra.
3. Berdasarkan peristiwa itu, apakah iktibar yang dapat diambil oleh masyarakat pada hari ini ?
Masyarakat perlu sentiasa berwasapada dan tidak sesekali menyentuh isu sensitif dan mempertikai hak setiap
kaum.
Masyarakat juga perlu menitikberat dan mengekalkan perpaduan antara kaum supaya peristiwa tidak berulang
lagi.
BIODATA :
NAMA : HAJI ABDULLAH BIN DARUS (PAK ANDAK / PAK LAH )
UMUR : 75 TAHUN
TEMPAT TINGGAL : CHANGLUN
PEKERJAAN :PESARA TENTERA
PENGAJARAN
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah sebahagian daripada sejarah gelap negara kita. Peristiwa 13 Mei berlaku akibat
masalah perpaduan Malaysia. Banyak nyawa dan harta benda awam telah terkorban akibat tragedi itu. Tragedi itu
sedikit demi sedikit membuka mata masyarakat tentang kepentingan menjaga hubungan antara kaum di Malaysia.
Hormat-menghormati, bertolak ansur, dan menjauhi sifat-sifat yang menjijikkan seperti berdengkur, dengki, dan
menimbulkan syak wasangka antara kaum semuanya amat penting dalam kalangan rakyat. Terdapat beberapa
pengajaran yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia daripada peristiwa 13 Mei 1969.
Antara iktibar daripada peristiwa 13 Mei ialah semangat patriotisme. Semua rakyat Malaysia mesti memupuk
rasa cinta akan negara mereka. Ini kerana orang yang cintakan negara tidak akan sesekali melakukan perkara yang
boleh memudaratkan nama atau imej negara. Orang yang mengambil berat tentang negara mereka harus mengelak
daripada terlibat dalam pergaduhan atau rusuhan dengan mana-mana parti politik.
Selain itu, kita mesti menerima kekalahan atau kemenangan secara sederhana. Semua pihak harus menerima
kemenangan atau kekalahan dengan cara yang mudah. Provokasi dari satu pihak hanya akan mengundang lebih
banyak tingkah laku yang tidak diingini dari pihak yang lain. Akibatnya, sama ada kita menang atau kalah,
konsep kesederhanaan harus dititikberatkan. Sememangnya, banyak lagi cara untuk menyelesaikan masalah
dengan bijak jika anda berfikir dengan fikiran yang rasional.
Tambahan pula, tragedi ini telah menguntungkan musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan untuk
memecahbelahkan rakyat dan mengambil alih negara sebagai takluk dan jajahan negara. Pengalaman yang patut
dicontohi daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang tidak selamat.
Akhir sekali, masyarakat tidak seharusnya bertindak secara emosi atau keterlaluan. Ini kerana otak kita
dikurniakan akal yang cerdas yang membolehkan kita mempertimbangkan kesan dan akibat daripada tindakan
kita. Jika anda mengawal kemarahan anda, fikir dengan teliti sebelum bertindak. Tidak perlu bersusah payah
untuk mempertahankan ideologi masing-masing sehingga emosi dan kemarahan terlibat. Sikap ini hanya
memudaratkan diri sendiri, malah lebih teruk apabila melibatkan orang lain.
RUMUSAN
Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, merupakan isu penyatuan Malaysia pada kemuncaknya.
Peristiwa getir ini bukan sahaja didokumentasikan sebagai sejarah konflik perkauman yang menggariskan
sempadan yang harus dikaji dan dipelihara, malah ia turut mencipta peristiwa gelap dalam sejarah bangsa
kerana konflik perkauman yang berlaku mengorbankan banyak nyawa dan jumlah kerosakan harta yang
ketara. Tragedi ini berkait rapat dengan keputusan pilihan raya umum 1969, peningkatan penguasaan parti
cauvinis Cina, dan kehilangan majoriti dua pertiga parti PERIKATAN di parlimen negeri Selangor.
Peristiwa 13 Mei ini menjadi titik permulaan kepada keretakan hubungan antara kaum di negara ini. Justeru,
pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 10 Mei 1969, merupakan antara peristiwa yang
membawa kepada tragedi ini. Tragedi 13 Mei yang meragut nyawa dan menyebabkan kemusnahan harta
benda memberikan banyak pengajaran kepada negara kita, tetapi semakin lama masa berlalu, semakin ramai
pemimpin dan generasi muda melupakannya. Insiden itu memberi kesan yang ketara kepada hubungan
antara etnik serta kemunculan politik perkauman di negara kita yang mengikutinya. Oleh itu, Dasar
Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan bagi merapatkan jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu.
Disebabkan kerapuhan keharmonian kaum di negara kita yang berbilang kaum, langkah-langkah
pencegahan telah ditetapkan untuk mengurangkan jarak antara kaum. Kesimpulannya, selepas mencapai
kemerdekaan dan mengalami detik hitam pada tahun itu, kita dapat bangkit dan membangunkan rakyat dan
negara kita. Hasilnya, kini kita boleh hidup bersama secara aman di pentas antarabangsa setanding negara
lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
RUJUKAN
Tragedi 13 Mei 1969. (2016, August 2016). Ammar_syafiq. Retrieved December 18, 2022, from
http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html
Pengajaran 13 Mei 1969 | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved December 21, 2022, from
https://www.scribd.com/doc/242591655/Pengajaran-13-Mei-1969
PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969 by syamimi faziey. (n.d.). Prezi. Retrieved December 21, 2022,
from https://prezi.com/p/6aeacankyn6s/pengajaran-peristiwa-13-mei-1969/
Pengajaran 50 tahun tragedi 13 Mei 1969. (2019, May 15). HarakahDaily. Retrieved December 21, 2022,
from https://harakahdaily.net/index.php/2019/05/15/pengajaran-50-tahun-tragedi-13-mei-1969/
Pengajaran Peristiwa 13 Mei.docx - Pengajaran Peristiwa 13 Mei Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah
hitam Negara kita. Peristiwa 13 Mei telah. (n.d.). Course Hero. Retrieved December 21, 2022, from
https://www.coursehero.com/file/55017312/Pengajaran-Peristiwa-13-Meidocx/
Peristiwa 13 Mei. (n.d.). PDRM. Retrieved December 26, 2022, from https://www.rmp.gov.my/infor-
korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/peristiwa-13-mei
13 Mei dan politik perkauman – Sosialis. (2019, May 12). Sosialis. Retrieved December 26, 2022, from
https://sosialis.net/2019/05/12/13-mei-dan-politik-perkauman/
Peristiwa 13 Mei 1969: Monumen berdarah sebagai cermin zaman. (2022, May 13). HarakahDaily.
Retrieved December 26, 2022, from https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/13/peristiwa-13-mei-1969-
monumen-berdarah-sebagai-cermin-zaman/
"CARA MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM" by khairil hafizi. (n.d.). Prezi. Retrieved December 26,
2022, from https://prezi.com/v_vwreumqvw8/cara-mengekalkan-perpaduan-kaum/
KESIMPULAN. (n.d.). Tragedi 13 Mei 1969. Retrieved December 26, 2022, from
http://my13mei.blogspot.com/p/kesimpulan.html
Aliff, Z. (n.d.). 1 peristiwa 13-mei-19691. https://www.slideshare.net/ZurAliff/1-peristiwa-13mei19691
Peristiwa 13 Mei 1969: Monumen berdarah sebagai cermin zaman. (2022, May 13). HarakahDaily.
Retrieved December 27, 2022, from https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/13/peristiwa-13-mei-1969-
monumen-berdarah-sebagai-cermin-zaman/